SIARAN MEDIA DATO RAZALI IDEA BAHARU PERANGI JENAYAH RASUAH

YBHG DATO’ RAZALI IBRAHIM,
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
MENGENAI IDEA BAHARU PERANGI JENAYAH RASUAH

Sharm el-Sheikh, Mesir, 2 Oktober 2017 - Akademi Pencegahan Rasuah
Antarabangsa (IACA) perlu memastikan idea-idea baharu yang dilakarkan
untuk menentang jenayah rasuah dan salah guna kuasa disampaikan
kepada masyarakat pada era yang semakin berkembang pesat agar gejala
tersebut dapat ditangani bagi jangka masa panjang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim
berkata anggota IACA perlu mengadakan perbincangan dari segi
penyediaan akademik dan latihan terkini bagi mematikan jenayah rasuah
dan salah guna kuasa ditangani dengan lebih menyeluruh agar akademi itu
kekal relevan.
“Saya menyeru anggota IACA agar mewujudkan satu rangkaian kerjasama
sistematik, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dengan berkongsi
pengalaman masing-masing tanpa terikat dengan protokol. Setiap anggota
perlu memahami bahawa faedah yang diberikan oleh IACA bukan sahaja
kepada anggotanya, malah kepada seluruh dunia, sejajar dengan visi IACA
dalam menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa untuk jangka masa
panjang demi kepentingan semua,” katanya.

1

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada IACA Ke-6 yang
berlangsung selama tiga hari di Sharma el-Sheikh, Mesir bermula 2
Oktober 2017.
Jelas beliau, Malaysia selama ini menyokong usaha IACA dalam usaha
pencegahan rasuah antara komitmen yang ditunjukkan ialah panganjuran
satu modul Masters in Anti-Corruption Studies (MACS) oleh Akademi
Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) pada tahun 2012 dan 2014.
“Seramai 60 pegawai agensi antirasuah dari pelbagai negara telah
menerima latihan menerusi MACS dalam tempoh masa tersebut. Justeru,
Kerajaan Malaysia memberikan sokongan kepada IACA dalam usaha
memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa pada masa akan
datang,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi memastikan gejala rasuah dan salah guna kuasa
diperangi secara habis-habisan. Katanya, Kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan beberapa perubahan struktur dari segi undang-undang
dalam memerangi rasuah, antaranya ialah Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat 2010 (Akta 711) bagi menggalakkan orang ramai memberi
maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa serta Akta Perlindungan

Saksi 2009 (Akta 696) yang melindungi saksi dalam kes jenayah.
“Selain itu, Kerajaan turut mempertimbangkan secara serius untuk
menguatkuasakan

beberapa

peruntukan

dalam

Akta

Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi memastikan syarikat
Korporat dan organisasi agar bertanggungjawab atas kesalahan yang
dilakukan oleh kakitangan mereka melibatkan tender Kerajaan.
2

“Dalam masa yang sama, Kementerian Pendidikan juga telah memulakan

kelas mengenai antirasuah di peringkat sekolah rendah serta menubuhkan
Sekretariat Pencegahan Rasuah di peringkat universiti agar pengetahuan
mengenai antirasuah dikongsi secara umum,”katanya.
Tambah Razali, usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa tidak
akan berjaya tanpa kerjasama dan penglibatan daripada orang ramai.
“Bagi memastikan isu rasuah ditangani, setiap lapisan masyarakat,
termasuk ahli politik, penjawat awam, golongan akademik dan pelajar perlu
berpegang kepada misi tunggal, iaitu mewujudkan dunia tanpa rasuah,”
tegas beliau.
Pada masa yang sama, beliau turut meminta peserta MACS untuk
berkongsi pengetahuan yang diperolehi menerusi persidangan tersebut di
negara masing-masing dengan menerapkannya dalam sukatan pelajaran
pendidikan seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam ucapannya juga, Razali menyatakan Kerajaan Malasyia telah
mewujudkan satu pangkalan data “Name & Shame” melalui platform digital
yang akan memaparkan nama pesalah rasuah untuk pengetahuan awam.

Disediakan oleh:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERDANA MENTERI

3 Oktober 2017
3

4