Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonom
Islamic Economics and Finance Research Group,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: 603-89215789
http://www.ukm.my/ekonis
E-mail: [email protected]
Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0813
Kesan Rasuah Terhadap Pertumbuhan Ekonomi: Kajian Kes di Malaysia
Md Zyadi Md Tahir1
Sanep Ahmad2
Mohd Hafiz Abdul Wahab3
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Kebangsan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor D.E.
Malaysia
e-mail: [email protected]
This Draft June 2008
1
Profesor Madya di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
3
Pelajar sarjana di Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2
2
ABSTRAK
Rasuah merupakan penyakit masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya
dikalangan negara membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan
ekonomi dan juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa
boleh mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan
Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut menjadi
barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud dikalangan
masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama kajian adalah untuk
melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil penemuan kajian yang dibuat di
Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan rasuah sebanyak 1 peratus akan
mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618 peratus. Ini jelas menunjukkan bahawa
amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di
mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan untuk menerangkan kadar pertumbuhan
KDNK negara pada aras keertian 1 peratus.
Kata Kunci :
Indeks Persepsi Rasuah, Pertumbuhan Ekonomi, Stok Modal Insan,
Pelaburan Langsung Asing dan Perbelanjaan Kerajaan
3
PENGENALAN
Rasuah sering kali diperkatakan sejak kebelakangan ini. Bahkan ia menjadi barah kepada masyarakat
kerana sifat keji perbuatan tersebut dan kesan buruknya kepada masyarakat serta negara. Sejarah
Malaysia juga turut dibuktikan bahawa jatuhnya kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disebabkan
rasuah yang berleluasa dikalangan pembesar istana pada masa itu. Ini jelas menunjukkan bahawa
kejatuhan sesebuah kerajaan itu tidak semestinya kalah di medan peperangan, dan malahan kejatuhan
sesebuah kerajaan itu boleh dilihat daripada sikap keji masyarakat itu sendiri. Amalan rasuah juga telah
menyebabkan tumbangnya diktator Ceausescu di Romania yang dihukum tembak pada tahun 1990. Shah
Reza Pahlavi dari Iran terpaksa melarikan diri daripada takhtanya ekoran daripada revolusi rakyat Iran
kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbirannya. Begitu juga yang berlaku kepada bekas
Presiden Filipina Ferdinand Marcos, yang terpaksa hidup dalam buangan hingga ke akhir hayatnya kerana
digulingkan akibat rasuah. Di Amerika Syarikat pula, Presiden Richard Nixon juga tumbang akibat
skandal Watergate, semuanya berlaku gara-gara perbuatan jenayah rasuah (Mohd Shauki Abd Majid
2004). Ini jelas menunjukkan bahawa sejarah telah membuktikan segala-segalanya tentang keburukan
rasuah serta kesannya terhadap masyarakat sebagaimana kejatuhan tamadun yang gah pada zaman
dahulu, iaitu Kerajaan Melayu Melaka.
Dalam pada itu, Bank Dunia mengandaikan rasuah ini sebagai satu ancaman yang terbesar kepada
ekonomi dan pembangunan sosial. Ia membantutkan pembangunan negara dengan memporakperandakan undang-undang dan juga melemahkan institusi asas dalam pembangunan ekonomi(David Ng
2006). Jelas di sini menunjukkan bahawa rasuah ini meninggalkan kesan yang amat negatif kepada
masyarakat dan negara kerana pembangunan ekonomi sesebuah negara itu terbantut akibat daripada
amalan rasuah tersebut.
Malang sekali negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya terdiri dikalangan negara yang rakyatnya
menganuti agama Islam dan Kristian fahaman Katolik, negara yang menggunakan perundangan Perancis
ataupun sosialis dan prestasi kerajaan yang lemah juga turut menyumbang kepada peningkatannya kadar
rasuah. Namun sebaliknya, kadar rasuah yang rendah adalah dikalangan negara yang rakyatnya
menganuti agama Kristian fahaman Protestant, negara di bawah jajahan British, negara yang
mengamalkan undang-undang British, negara yang mengamalkan demokrasi dan kerajaan yang bersatupadu (David Ng 2006).
Penyataan yang dibuat tersebut menyebabkan kita tertanya-tanya mengapakah negara yang majoritinya
menganuti agama Islam menjadi negara penyumbang tertinggi kepada kadar rasuah dunia. Bahkan
pengharaman rasuah juga telah dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam kitab suci al-Quran dan turut
juga diterangkan oleh Rasul Allah s.a.w melalui hadis beliau. Antara mafhum firman Allah S.W.T dalam
surah Al-Anfaal, ayat 27 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan
RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)” (8:27)
Dalam ayat yang lain, pengharaman rasuah turut dijelaskan juga dalam surah al-Baqarah, ayat 188 dan
maksud ayat tersebut adalah:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”
4
Hakikat kepada berlakunya amalan rasuah ini disebabkan sifat tamak kerana sifat tamak haloba itulah
yang menjuruskan seseorang itu untuk melakukankan amalan rasuah. Hal ini tidak dapat dinafikan
kerana fitrah semulajadi manusia adalah berkeinginan kepada harta dan penyataan ini turut dijelaskan
dalam surah al-Fajr, ayat 20:
“Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba”
Dalam pada itu juga, pengharaman rasuah dan amalan mengkhianati amanah turut dinyatakan dalam
hadis-hadis Rasul Allah s.a.w yang bermaksud:
“Daripada Rasul Allah s.a.w bersabda: Rasul Allah s.a.w melaknat orang yang memberi
rasuah dan penerima rasuah”
Dalam hadis yang lain turut dijelaskan larangan mengkhianati amanah yang bermaksud:
“Sabda Rasul Allah s.a.w: Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. AlA’rabiy bertanya: Bagaimanakah mengabaikannya wahai Rasul Allah?. Maka baginda
bersabda: Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah
hari kiamat”(Hadis riwayat al-Bukhari)
Turut dijelaskan juga siksaan neraka bagi pengamal rasuah kerana hasil pendapatan haram yang
digunakan akan menjadi darah daging kepada orang yang mengambilnya, dan ini turut dinyatakan dalam
hadis Rasul Allah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ahmad:
“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya
daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya”
Jelaslah di sini menunjukkan bahawa pengharaman rasuah itu telah dijelaskan dengan jelas sekali
berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis Rasul Allah s.a.w itu sendiri yang mana maksud ayat
tersebut dijelaskan melalui dalil yang qati’ iaitu daripada dalil naqli yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan
juga hadis Rasul Allah s.a.w.
Berdasarkan kepada petikan ayat al-Quran dan hadis tersebut, Islam melarang keras amalan rasuah dan
ada asasnya mengapa Islam melarang keras amalan tersebut sebagaimana pengharaman judi, arak dan
zina. Asas kepada pengharaman rasuah tersebut boleh dilihat daripada mata kasar, iaitu kesan kepada
ekonomi negara dan juga kesan kepada masyarakat sejagat.
Khairul Azhar Idris (2005) menyatakan bahawa pada hakikatnya gejala rasuah dilihat sebagai satu jalan
pintas dan mudah bagi mendapatkan sesuatu peruntukan ataupun kejayaan daripada golongan tertentu.
Amalan rasuah tersebut menimbulkan satu fenomena dari kalangan masyarakat yang kaya semakin kaya
dan yang miskin bertambah miskin. Ini boleh mengakibatkan penindasan dimana suatu perkara tidak
dapat disalurkan dengan jalan yang betul dan ini menyebabkan yang berhak tidak mendapat apa-apa
manfaat dan sebaliknya yang tidak berhak mendapat manfaat.
Islam telah mengharamkan penindasan dimana sikap rakus tersebut menyebabkan orang miskin terpinggir
dan seterusnya tidak mendapat pembelaan. Namun demikian, setiap kehidupan manusia sama ada yang
kecil atau yang besar akan dinilai oleh Allah s.w.t. Oleh itu Islam lebih menekankan kepada konsep
persaudaraan yang mana setiap umat Islam adalah bersaudara dan Islam juga turut mengharamkan
penindasan.
5
Dalam negara kita, untuk menjana keutuhan Islam dan kekuatan umat adalah tanggungjawab orang yang
memegang amanah kuasa dan pangkat. Jika kalangan umat Islam yang diberi kuasa dan pangkat terbukti
kotor dengan rasuah, maka umat lain di negara lain akan melihat dan menilai betapa kepimpinan Muslim
tidak memiliki kredibiliti untuk dipertanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat (Mohd Shauki
Abd Majid 2004).
Maka dengan itu, adalah wajar bagi umat Islam untuk menegur dan membongkar segala penyelewengan
yang berunsur rasuah. Ini adalah jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah
s.w.t. (Mohd Shauki Abd Majid 2004). Hal ini kerana ia akan merosakkan nama baik agama Islam dan
seterusnya memporak-perandakan perlembagaan negara serta kemakmuran sesebuah negara akibat
daripada pengamalan rasuah.
Oleh yang demikian, amalan rasuah ini memberi kesan yang negatif dan ianya terbukti berdasarkan
kepada situasi keadaan masa sekarang dan juga sejarah-sejarah yang terdahulu yang mana kesannya
memberi kesan yang buruk sama ada daripada sudut politik, masyarakat sosial dan juga kepada ekonomi
sesebuah negara.
ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN
Kegiatan ekonomi akan menjadi ibadat dan diberi nilai pahala jika dilakukan mengikut syarat yang telah
ditetapkan, baik dari segi memenuhi tuntutan aqidah, akhlak mahupun syariat (Surtahman Kastin Hasan
& Sanep Ahmad 2005). Justeru itu adalah wajar bagi setiap umat Islam memegang amanah yang dipikul
bahkan bagi penganut agama lain juga perlu berpegang kepada amanah serta menghindari perbuatan
rasuah.
Amalan rasuah merupakan salah satu aktiviti yang dicela dan terkutuk di sisi Islam. Bahkan ia juga
meninggalkan kesan yang ketara terhadap masyarakat, mahupun daripada sudut pertumbuhan ekonomi
negara. Jelas di sini menunjukkan bahawa pengharaman akan rasuah dalam al-Quran dan hadis Rasul
Allah s.a.w. ada asasnya kerana ianya akan memudaratkan masyarakat sosial dan juga aktiviti ekonomi
bagi sesebuah negara.
Dalam pada itu juga, peranan pertumbuhan ekonomi ialah untuk mencapai tahap pembangunan dan
prestasi ekonomi bagi sesebuah negara kerana ianya merupakan garis pengukur kepada pencapaian
aktiviti ekonomi negara yang telah direncanakan. Namun demikian, persoalan yang timbul dan isu yang
boleh dilihat adalah sama ada dengan peningkatan kadar rasuah bagi sesebuah negara boleh merencatkan
pertumbuhan ekonomi ataupun sebaliknya. Hal ini telah dinyatakan oleh Axel Dreher et al. (2007) yang
menyatakan bahawa baru-baru ini Bank Dunia menganggarkan lebih daripada USD 1 trilion telah
digunakan untuk membayar rasuah bagi setiap tahun. Bagi mengatasi masalah rasuah tersebut perlulah
pihak kerajaan meningkatkan penguatkuasaan dan mematuhi undang-undang kerana ia boleh
meningkatkan pendapatan per kapita sesebuah negara sebanyak 400 peratus.
Dengan penyataan yang dijelaskan di atas, Bank Dunia mengandaikan bahawa sekiranya aktiviti rasuah
dapat dihapuskan, maka peningkatan pendapatan per kapita akan meningkat sebanyak 400 peratus.
Namun demikian, adakah penyataan yang diutarakan oleh Bank Dunia ini adalah benar ataupun
sebaliknya. Maka dengan itu, satu kajian berkaitan dengan “Kesan rasuah terhadap pertumbuhan
ekonomi: Kajian kes diMalaysia” perlu dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada
pertumbuhan ekonomi Malaysia berdasarkan petunjuk Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) dapat
berkembang ataupun tidak, akibat daripada amalan rasuah tersebut. Maka diharap kajian ini akan
memberi sesuatu yang bermanfaat kepada pihak-pihak kerajaan ataupun pihak-pihak yang berwajib untuk
menentukan arah tuju sebenar dasar pembangunan negara dan seterusnya pertumbuhan ekonomi negara
dapat ditingkatkan.
6
KAJIAN LEPAS
Dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kesan rasuah ke atas pertumbuhan ekonomi,
beberapa sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan rasuah telah dibuat. Antaranya ialah Pak Hung Mo
(2001) yang menjelaskan peranan rasuah dalam pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan penganggar
kuantitatif akibat rasuah ke atas pertumbuhan dan kepentingannya terhadap saluran perubahan. Kajian
rasuah beliau adalah tertumpu ke atas 54 buah negara yang terdapat dalam Corruption Perception
Index(CPI). Dengan menggunakan penganggar kuasa dua terkecil(OLS), beliau mendapati dengan
peningkatan satu peratus tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dalam
lingkungan 0.72 peratus. Dalam perkataan lain ialah, dengan peningkatan satu unit dalam indeks persepsi
rasuah akan mengakibatkan kadar pertumbuhan ekonomi menurun sebanyak 0.545 mata peratus. Apa
yang paling penting dalam saluran yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi ialah ketidakstabilan
politik, yang mana sebanyak 53 peratus jumlah yang mempengaruhi dalam pertumbuhan ekonomi.
Beliau juga mendapati rasuah boleh mengurangkan tingkat modal insan dan perkongsian pelaburan
persendirian.
Paolo Mauro (1995) pula telah menggunakan data yang mengandungi indeks keberkesanan dan
keluhuran birokrasi yang subjektif untuk menjelaskan bukti empirik kesan rasuah terhadap pembangunan
ekonomi. Analisis kajian beliau meliputi 58 buah negara yang mana kajian ini mempunyai hubungkait di
antara pelaburan dan rasuah. Padanan yang negatif antara rasuah dengan pelaburan dan pembangunan
adalah signifikan dari sudut ekonomi dan statistik. Walaupun berhadapan dengan data yang terhad,
artikel tersebut menunjukkan secara terperinci hubungan tersebut kuat bagi mengawal penentu piawai
untuk pelaburan dan pertumbuhan. Secara jelasnya, terdapat bukti kesan birokrasi yang sama penting
dalam penentu pelaburan dan pertumbuhan sebagaimana kestabilan politik.
Keith Blackburn et.al (2006) memfokuskan rasuah di kalangan birokrasi awam dan implikasi terhadap
pembangunan ekonomi. Analisis beliau menunjukkan beberapa petunjuk yang penting, bahawa campur
tangan kerajaan memerlukan pegawai perkhidmatan awam dalam mengumpul maklumat dan potensi
pentadbir, dan sekurang-kurangnya dari kalangan mereka juga yang mengamalkan rasuah dari segi
pemberian maklumat yang salah daripada harga yang betul. Petunjuk tersebut memberi tindak balas
kepada tiga situasi utama dalam berlakunya rasuah, iaitu wujud delegasi pihak berkuasa dari ketua
sehingga ke pihak bawahan bahawa pihak berkuasa ini boleh dieksploitasi untuk mendapat habuan
ekonomi. Di peringkat empirik, hubungan sebab dan akibat dua hala adalah penting bagi potensi untuk
mencipta masalah dalam bias secara serentak dalam regresi rasuah dan pertumbuhan. Kajian ini
melibatkan penganggar bagi regresi berbilang negara untuk menguji sesetengah hipotesis mengenai
hubungan antara rasuah(yang diukur melalui indeks rasuah dan indeks pentadbiran kerajaan),
pembangunan (sepertimana tingkat yang diberi, atau kadar pertumbuhan bagi pendapatan per kapita) dan
data bagi pemboleh ubah yang lain.
Bruce W.Finnie et.al (2006), kajian beliau menggunapakai analisis penjelasan ekonomi dan sosial pada
masa sekarang dan masa lepas bagi fenomena pembangunan. Pemantauan beliau mengenai rasuah dari
kalangan negara, pemilikan, kebebasan dan individualisme dianalisis dan dibincangkan. Interaksi ini
membentuk satu model yang dinamakan triad of strains dengan tiga sudut, iaitu pemilikan
tanggungjawab, penzahiran kebebasan dan kawalan rasuah. Semua aktiviti ekonomi bergantung kepada
kawalan politik dan sosial. Namun analisis beliau menunjukkan bahawa kawalan ini selalunya boleh
menjadi terlebih terutamanya kepada negara yang mengamalkan autokrasi. Bagi pembangunan yang
optimum, perlu ada had bagi kawalan terbabit. Birokrasi yang didorong oleh perundangan dan kuasa
tanpa batasan berbanding dengan sebab kebiasaannya akan jatuh kerana kekurangan pertimbangan nilai
manusia dan keperluan bagi pemilikan untuk membantu memastikan tindakan yang rasional.
7
Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, rasuah adalah penyebab kepada kelemahan dalam
makroekonomi seperti kekurangan pelaburan dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang lembab.
Kajian beliau meluaskan kesan negatif rasuah dan dikatakan turut menyumbang kepada tingkat inflasi.
Penyelidikan beliau meliputi 41 buah negara dan bukti kajian menunjukkan bahawa kadar rasuah yang
tinggi menyumbangkan kepada kadar inflasi yang tinggi. Hubungan terbabit begitu kuat dengan
memasukkan pembolehubah inflasi yang lain termasuklah tahap kebebasan bank pusat, ketidakstabilan
politik dan juga bentuk pemboleh ubah lain. Dari perspektif dasar, kesan utama bagi kajian beliau ialah
pembaharuan institusi ekonomi dan politik bagi mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang dan juga
mengurangkan amalan rasuah perlu menjadi agenda bagi setiap pembaharuan dasar.
Bagi David Ng (2006), tujuan utama kajian beliau adalah untuk mengkaji dengan memfokuskan kepada
peranan rasuah terhadap pasaran kewangan. Kebelakangan ini banyak kajian dibuat untuk mengkaji
bagaimana tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi negara yang lain. Bila
melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait rapat dengan kos
pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat yang lemah. Bukti anekdot
menunjukkan kesan gangguan rasuah dan juga kajian teoritikal mengesahkan kesan ini. Bukti kajian
beliau menunjukkan kos yang ditanggung akibat rasuah adalah sangat signifikan dengan pelbagai bidang
dalam ekonomi.
Kajian yang dibuat oleh Mushfiq Swaleheen (2007) yang menyatakan bahawa simpanan bergantung
kepada insentif dan keupayaan untuk menyimpan. Kajian perpustakaan membuktikan bahawa
kebanyakan penentuan bagi simpanan adalah berkaitan insiden rasuah. Kajian beliau melihat dengan
lebih mendalam hubungan antara rasuah dengan pelaburan di mana analisis empirik yang dibuat adalah
melangkaui negara. Bukti yang ditunjukkan, secara langsung kadar simpanan negara kasar berkurangan
akibat daripada galakan pelaburan. Kajian turut mendapati tahap pendapatan, kadar pertumbuhan
pendapatan benar per kapita dan nisbah cukai-KDNK adalah perkara penting yang menunjukkan kesan
rasuah kepada simpanan yang ditujukan. Keputusan yang dibuat adalah penting di mana tahap rasuah itu
dimasukkan dalam pertimbangan untuk menganalisis hubungan dengan penentunya. Bukti yang
ditunjukkan dalam kajian beliau mendapati dengan pengurangan cukai akan meningkatkan kadar
simpanan negara kasar sebanyak 6.1 peratus.
DAPATAN KAJIAN
Keputusan Kajian Empirik
Dengan menggunakan pakej E-views, hasil keputusan regresi yang diperolehi daripada Persamaan (1)
dapat ditunjukkan dalam Jadual 1.
In KDNKt = β
Yang mana;
KDNK
KORR
FDI
GEX
INFL
µ
0
+β
1
In KORRt + β
2
In FDIt + β
3
In GEXt + β 4 In INFLt + In µt
(1)
= Keluaran Dalam Negeri Kasar
= Kadar rasuah
= Pelaburan langsung asing
= Perbelanjaan kerajaan
= Inflasi
= Pembolehubah Rawak
Kebanyakan data yang dikumpulkan merupakan data indeks rasuah (corruption index), data Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK), data perbelanjaan kerajaan, data inflasi dan data Pelaburan Langsung
8
Asing (FDI). Kesemua data tersebut diperoleh daripada pelbagai sumber yang terdiri daripada sumber
berikut, iaitu:
i.
Transparency International Corruption Perception Index;
ii.
Euromonitor International; dan
iii.
Cd-Rom IMF.
Bagi mengukur indeks rasuah ke atas Negara Malaysia, data yang diperoleh adalah berasaskan kepada
Transparency International Index bagi tempoh 27 tahun, iaitu dari tahun 1980 sehingga ke tahun 2006.
Data tersebut dinilai berdasarkan daripada nilai kosong sehingga ke nilai sepuluh. Penilaian yang dibuat
adalah dengan menentukan negara yang paling teruk kadar rasuahnya adalah dengan nilai kosong.
Manakala bagi nilai sepuluh pula adalah negara yang paling bersih, iaitu negara yang tidak mengamalkan
rasuah.
Manakala bagi data Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK), data inflasi dan data Pelaburan Langsung
Asing(FDI) diambil daripada Eouromonitor International. Manakala bagi data perbelanjaan kerajaan
pula diperoleh daripada Cd-Rom IMF. Bagi data perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing(FDI)
dan inflasi merupakan pengukur kepada pertumbuhan ekonomi KDNK sesebuah negara.
Keputusan output E-views, menunjukkan bahawa hasil keputusan yang diperolehi adalah selaras dengan
hipotesis kajian. Hasil anggaran bagi pemboleh ubah yang ditunjukkan adalah negatif dan juga signifikan
pada aras ke ertian satu peratus. Hasil keputusan regresi linear yang dibuat dapat ditunjukkan di dalam
Jadual 1.
Jadual 1: Keputusan regresi
Pemboleh ubah
Koefisien
6.086
Intercept
(4.3349)***
-1.618
InKORR
(-3.0944)***
0.665
InGEX
(9.9479)***
0.179
InFDI
(3.0856)***
-0.086
InINFL
(-1.9253)*
139.33
Statistik-F
0.962
R2
Nota:
***
Signifikan pada 1%; ** Signifikan pada 5%; *Signifikan pada 10%. Nilai dalam kurungan adalah nilai
statistik-t.
Daripada keputusan regresi model yang dianggarkan, nilai statistiks-F adalah lebih besar daripada nilai Fjadual. Ini menunjukkan model penganggaran adalah signifikan pada aras keertian 1 peratus. Dengan ini,
jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhan adalah signifikan untuk menerangkan pertumbuhan
ekonomi.
Seterusnya, nilai R2 yang diperolehi adalah sebanyak 0.962. Ini beerti bahawa 96.2 peratus perubahan
yang berlaku dalam KDNK Malaysia dapat diterangkan oleh pemboleh ubah model. Sementara bakinya,
iaitu sebanyak 3.8 peratus ditentukan oleh faktor lain (µ i).
Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan bahawa KDNK Malaysia yang mewakili pertumbuhan
ekonomi mempunyai hubungan positif dengan perbelanjaan kerajaan(InGEX) dan pelaburan langsung
9
asing(InFDI). Namun bagi pemboleh ubah rasuah(InKORR) dan inflasi(InINFL) mempunyai hubungan
negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemboleh ubah yang berhubung secara positif bermakna
peningkatan dalam pemboleh ubah tidak bersandar akan meningkatkan KDNK negara, manakala
pemboleh ubah yang berhubung secara negatif bermakna peningkatan dalam pemboleh ubah tidak
bersandar akan menurunkan KDNK negara.
Merujuk kepada nilai statistik-t, didapati nilai t bagi pemboleh ubah rasuah(InKORR) adalah sebanyak 3.0944, perbelanjaan kerajaan(InGEX) adalah sebanyak 9.9479 dan pemboleh ubah pelaburan langsung
asing(InFDI) adalah sebanyak 3.0856. Ini menunjukkan bahawa ketiga-ketiga pemboleh ubah tersebut
adalah yang paling signifikan pada aras keyakinan 0.01. Manakala bagi nilai t untuk pemboleh
inflasi(InINFL) pula adalah sebanyak -1.9253 dimana aras keyakinannya pada 0.10.
Keputusan Ujian Diagnostik Dalam Mengesan Masalah Autokorelasi dan Heteroskedastisiti
Ujian diagnostik bahagian ini merupakan ujian yang dilakukan ke atas model untuk mengesan kehadiran
masalah autokorelasi dan heteroskedastisiti. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2: Keputusan ujian diagnostik
White Heteroskedasticity Test:
F-statistic
Obs*R-squared
1.639363 Probability
11.38048 Probability
0.182462
0.181059
Breusch-Godfrey Serial Correlation LM Test:
F-statistic
Obs*R-squared
2.361780 Probability
7.333781 Probability
0.103505
0.061987
Keputusan ujian White Heteroskedasticity menghasilkan jumlah 0.181059 dan ini menunjukkan bahawa
tidak wujudnya masalah heteroskedastisiti pada aras ke ertian 5 peratus. Maka hipotesis nul adalah
diterima (H0: tiada masalah heteroskedastisiti). Bagi ujian Bruesh-Godfrey Serial Correlation LM pula
menunjukkan jumlah yang diperolehi ialah 0.061987 dan ini juga turut menunjukkan bahawa tidak wujud
masalah autokorelasi pada aras ke ertian 5 peratus, yang mana hipotesis nul diterima (H0: tiada masalah
autokorelasi).
Analisis Keputusan Kajian
Bagi melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi, Negara Malaysia mempunyai kesan negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi secara signifikan pada aras ke ertian 99 peratus. Hasil keputusan regresi
yang diperolehi dapat ditunjukkan berdasarkan kepada Persamaan di bawah:
KDNK = 6.086 – 1.618 In Kor + 0.665 In GEX + 0.179 In FDI – 0.086 In INFL (2)
Berdasarkan kepada Persamaan 2, peningkatan rasuah sebanyak 1 peratus akan mengakibatkan
pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618 peratus. Ini menunjukkan bahawa rasuah
memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi ekoran daripada peningkatan kadar rasuah di
Negara Malaysia.
Bagi pemboleh ubah lain pula, peningkatan 1 peratus dalam perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan
pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak 0.665 peratus. Bagi pelaburan langsung asing, peningkatan 1
10
peratus dalam pelaburan langsung asing akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi KDNK sebanyak
0.179 peratus dan peningkatan 1 peratus dalam inflasi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi KDNK
menurun sebanyak 0.086 peratus.
RUMUSAN
Secara umumnya, objektif utama kajian ini ialah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan
ekonomi dan ianya dapat dijelaskan melalui hasil keputusan kajian yang diperolehi. Penggunaan model
pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan model regresi
(Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia.
Walau bagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas model pertumbuhan
ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.
Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya
dapat dijelaskan dengan peningkatan 1 peratus dalam rasuah akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi
KDNK menurun sebanyak 1.618 peratus. Manakala bagi pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan
kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza
dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia.
Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan
rasuah dimana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Misalnya kajian yang
dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan rasuah yang mana beliau mendapati
dengan peningkatan satu peratus tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan dalam
lingkungan 0.72 peratus.
Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan serta
merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu
dalam indeks rasuah akan menyebabkan pelaburan meningkat akan sebanyak 5 peratus dan pendapatan
KDNK akan bertambah separuh daripada peratusan peningkatan.
Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri turut meningkatkan kadar inflasi bagi
sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-Marhubi (2000) mendapati bahawa rasuah
memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah ini juga adalah sebahagian daripada berlakunya
peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian yang dibuat oleh beliau mendapati bahawa, peningkatan
jumlah rasuah secara tidak langsung akan meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan
peningkatan kadar inflasi juga akan turut menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.
Implikasi Dasar
Berdasarkan kepada rumusan kajian yang telah dijelaskan, dapatlah dicadangkan beberapa implikasi dasar
yang bertepatan serta berkesan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia dapat bertumbuh
dengan pesatnya. Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia.
Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung ia akan
membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan
Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri
daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakan penglibatan aktiviti
rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkat besar. Implikasi dasar ini
patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah mengurangkan pertumbuhan ekonomi.
11
Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita perlu mengetahui punca rasuah. Antara faktor
yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya
nilai-nilai akhlak yang baik dan juga kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang
menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak
kerajaan dalam memantapkan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak
dari zaman bangku sekolah rendah lagi.
Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan jenayah rasuah
kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah diharamkan disisi Islam.
Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan menyebabkan ketidakadilan itu wujud.
Ini bertepatan dengan pendekatan yang dibuat oleh Dr. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan
(2005) dimana kemiskinan juga boleh mendorong kepada akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin
cenderung untuk berdusta, mencuri menipu, menerima rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan
kemiskinan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa kemiskinan boleh mendorong
seseorang itu berlaku rasuah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Ambillah pemberian itu selagi ia bersifat pemberian. Jika ia bertukar menjadi rasuah
maka janganlah kamu mengambilnya. Tetapi kamu tidak akan meninggalkannya sebab
keperluan dan kemiskinan mencegah daripada berbuat demikian”
(Abu Nu’aim)
Justeru itu, akibat daripada kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat
Negara Malaysia kerana kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak dibandingkan
dengan Singapura dimana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar kemiskinannya
adalah rendah dimana pendapatan perkapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak hairanlah
penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih cenderung
melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga wujud akibat daripada
kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan kekayaan yang dimiliki bagi negara
terbabit hanya berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di Malaysia. Maka
dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot oleh pihak
tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak yang berkepentingan
dalam politik Negara Malaysia saja.
Dalam pada itu juga, peranan kerajaan ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan
kesejahteraan penduduk. Dr. Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa
pemerintah bertanggungjawab memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya.
Pemerintah perlu memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya
tetapi harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun negara
sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan tidak ada
individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah. Semua keperluan rakyat daripada
sekecil-kecilnya mesti dapat dipenuhi. Kejayaan seperti ini dicapai pada zaman pemerintah Khalifah
Umar Abdul Aziz. Khalifah Umar Abdul Aziz juga pernah mengarahkan pegawai-pegawainya supaya
mencari orang yang perlukan sebarang pertolongan, membayarkan hutang, membiayai perbelanjaan
perkahwinan, memberi tanah dan modal untuk diusahakan. Dalam kes ini jelas menunjukkan bahawa
pemerintah mencari orang yang perlukan pertolongan dan bukan sebaliknya orang yang perlukan
pertolongan mencari pemerintah. Justeru itu, secara tidak langsung apabila kemiskinan dapat di atasi dan
kekayaan rakyat di bentuk, maka kesan yang boleh dilihat ialah rasuah dapat dicegah.
12
Selain daripada itu, model pembangunan insan perlu diterapkan sebagaimana yang dijelaskan oleh Hasan
(1987)4 yang menyatakan bahawa andaian modul bina insan ini dirancang dan selari dengan mengambil
andaian yang berikut:
1. Kegiatan pembangunan tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar seandainya sumber kekuatan
dalaman manusia tidak dibangunkan terlebih dahulu.
2. Kekuatan yang dapat melahirkan dorongan atau penggemblengan luaran yang berkesan tidak
akan tercapai tanpa dorongan dan penggemblengan sumber kekuatan dalaman terlebih dahulu.
3. Semangat daya tahan dan berdaya juang tidak akan kekal tanpa menanam semangat bekerja untuk
keredhaan Allah.
4. Kesatuan ketahanan fizikal dan kerohanian tidak mungkin terhasil tanpa usaha membina kekuatan
dalaman.
Oleh itu, matlamat modul bina insan adalah untuk melahirkan kefahaman dan keinsafan di kalangan
pegawai (dan pekerja serta umat seluruhnya) tentang keperluan mengubah, membina dan mengekalkan
sikap menjadi pekerja (dan pejuang) terbaik di hadapan negara dan kerajaan Allah s.w.t. serta bersifat
amanah dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan.
Setelah melihat kepada huraian yang dijelaskan ini, dapat disimpulkan bahawa aktiviti rasuah memang
mendatangkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya dikalangan negara yang
membangun. Ini jelas menunjukkan bahawa kesan rasuah secara tidak langsung akan merencatkan
pertumbuhan ekonomi Negara Malaysia. Oleh itu, apa yang boleh diringkaskan bahawa amalan rasuah
akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi serta kebajikan kehidupan sosial masyarakat turut terjejas.
RUJUKAN
Ab Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt).
Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya gejala rasuah: satu
kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja
Malaysia. Kuala Kubu Baru.
Al-Marhubi, Fahim A. 2000. Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199-202.
Berita Harian. 2007, 30 Ogos
Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development. Journal
of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469
Bruce, W. F. Linda K. G & David E. M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth
and a contribution to the theory of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm.
22(4): 185-204
Fry, M.J., 1993. Foreign Direct Investment in Southeast Asia: Differential Impact.
Singapore: Institute of South East Asia Studies.
4
Sanep, A & Surtahman, K. H. 2005. hlm 334-335
13
Gujarati, D.N. 2003. Basic Econometrics. 4th Edition. McGraw Hill International Edition
Hjh. Noresah binti Baharom et.al. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jomo K.S & Ishak Shari. 2003. Makroekonomi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Kaur, Harmindar. 1974. Inflation and growth in Malaysia.. Proceeding of The Seminar Held on The 21st
& 22nd January 1974 at UUM. hlm. 35 45
Khairul Azhar Idris. 2005. Membendung Naluri ke Jerat Rasuah. Dlm. Ya’acob dan Norharizah Ismail
(pnyt). Islam Hadhari Himpunan Isu Kontemporori. Kuala Lumpur: IKIM.
Mauro, Paolo. 1995. Corruption and growth. Quarterly Journal of Economics. 110(3):
681-712
Mohd Shauki Abdul Majid. 2004. Wacana Hadhari Dalam Islam. Kuala Lumpur: i-Book Publication
Sdn. Bhd.
Mohd Zainudin Saleh. 2000. Pembiayaan Pembangunan dan Pertumbuhan. Dlm. Nor Aini Haji Idris &
Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ng, David. 2006. The impact of corruption on financial markets. www.emeraldinsight.com/03074358.htm. 30(10): 822-836.
Osman Rani Hassan. 1987. Kamus Istilah Ekonomi. Fajar Bakti.
Pak, Hung Mo. 2001. Corruption and economic growth. Journal of Comparative Economics. 29: 66-79
Rahmah Ismail. 2000. Teori Pertumbuhan Naluri. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt).

Sanep Ahmad & Surtahman Kastin Hasan. 2005. Ekonomi Islam Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sadono Sukirno. 1982. Ekonomi Pembangunan: Proses, Masalah dan Dasar Kebijaksanaan. Bima
Grafika.
Sheikh Abdulla Basmieh. 1995. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Kuala
Syed Hussen Al-Attas. 1995. Rasuah, Sifat Sebab Dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Swalehen, Mushfiq. 2007. Corruption and saving in a panel of countries. Journal of Macroeconomics
(2007). 1-23
www.transparency index.com
Yan Diaw, Chua. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
14