MASALAH KECICIRAN MENJADI PENGEKANG ASPI
MASALAH KECICIRAN MENJADI PENGEKANG ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA
TERCAPAI
1.0 Faktor masalah keciciran
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai satu matlamat tinggi untuk
bersaing dengan negara-negara maju di peringkat global. Bagi mencapai hasat ini, negara
kita perlulah menyediakan sejumlah bilangan besar tenaga masyarakat yang celik pandai
dan berguna. Namun begitu, dalam usaha menyediakan tenaga masyarakat yang celik
pandai ini, negara telah mendapat tentangan yang hebat dalam sistem pendidikan iaitu
melibatkan masalah keciciran. Oleh hal yang demikian Institute for Democracy and
Economic Affairs (IDEAS) telah membuat satu kajian pada tahun 2013 terhadap golongan isi
rumah berpendapatan rendah di seluruh Malaysia. Berdasarkan kajian tersebut majoriti
pelajar yang terlibat dalam masalah keciciran ini datangnya daripada keluarga yang
berpendapatan rendah. Hal ini kerana mereka memberi alasan tidak mempu untuk
menampung perbelanjaan sekolah seperti membeli keperluan sekolah termasuklah buku
dan seragam sekolah.
Selain itu, IDEAS juga telah mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan
pelajar tercicir ialah kurang minat untuk sekolah, berdasarkan statistik yang dikeluarkan 72
peratus ibu bapa menyatakan bahawa anak mereka berhenti sekolah adalah disebabkan
tidak minat untuk sekolah. Hal ini berlaku hasil daripada beberapa sebab tertentu seperti
lemah dalam pencapaian akademik, tidak mampu untuk membayar yuran dan perbelanjaan
sekolah dan ingin menampung keluarga. Di samping itu, dalam kajian IDEAS ini juga telah
mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang tercicir ini memilih untuk keluar bekerja. Hal ini
kerana mereka yang tercicir ini adalah datangnya daripada keluarga yang kurang
berkemampuan. Mereka beranggapan bahawa apabila mereka keluar bekerja sedikit
sebanyak mampu untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga mereka setiap bulan.
6
Carta 1: Statistik alasan ibu bapa yang menghadapi masalah anak keciciran
Seterusnya, tidak berdasarkan carta tersebut antara faktor berlakunya masalah
keciciran ini ialah kegagalan ibu bapa untuk memberi perhatian yang cukup kepada anakanak. Hal ini telah dikukuhkan oleh statistik yang telah dikeluarkan IDEAS yang menyatakan
bahawa purata keprihatinan ibu bapa yang tidak mempuyai anak tercicir adalah lebih tinggi
berbanding ibu bapa yang mempunyai anak tercicir. Ketidakprihatinan ibu bapa ini juga
diukur melalui kekerapan ibu bapa berkomunikasi dengan pihak sekolah, pengetua atau
guru besar, PIBG dan membuat lawatan ke sekolah. Jadual kekerapan tersebuat adalah
seperti berikut:
Sumber : IDEAS Giving Voice To The Poor Survey (2013)
7
Akhir sekali, antara faktor berlakunya masalah keciciran ialah kekeliruan persepsi ibu
bapa terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Kebanyakan ibu bapa beranggapan
bahawa pendidikan akademik akan menjamin masa depan yang cerah kepada anak mereka
sebaliknya masih ragu-ragu terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Hal ini
mengakibatkan ibu bapa memilih untuk membenarkan anak mereka berhenti sekolah
apabila tidak minat untuk sekolah dan mempunyai prestasi yang lemah dalam akademik.
Kemudian ibu bapa ini lebih memilih untuk anak mereka keluar bekerja. Secara
kesimpulanya jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang mengakibatkan
berlakunya masalah keciciran di negara kita khususnya bagi mereka yang berpendapatan
rendah atas alasan gagal untuk menampung perbelanjaan anak mereka untuk pergi ke
sekolah.
2.0 Kesan masalah keciciran terhadap aspirasi pendidikan negara
Secara asasnya, masalah keciciran ini mampu untuk menjejaskan sistem pendidikan
di negara kita sekaligus menjejaskan pencapaian aspirasi pendidikan negara. Hal ini
demikian kerana apabila masalah keciciran ini gagal untuk ditangani bilangan pelajar yang
akan tercicir daripada sistem sekolah akan meningkat dari masa ke masa. Berikut
merupakan aspirasi pendidikan negara yang terbahagi kepada aspirasi sistem pendidikan
dan aspirasi murid:
Gambar 1: Aspirasi sistem pendidikan Malaysia
8
Gambar 2: Aspirasi murid
Secara logiknya, masalah keciciran ini akan memberi kesan terhadap kedua-dua
aspirasi pendidikan negara iaitu aspirasi sistem dan aspirasi murid. Hal ini kerana pelajar
merupakan individu pelaksana yang memainkan peranan penting untuk mencapai keduadua aspirasi tersebut. Manakala, sekolah merupakan laluan utama untuk pelajar ini
memperoleh segala tuntutan yang telah digariskan oleh sistem pendidikan di Malaysia.
Sebagai contoh, aspirasi sistem pendidikan iaitu memupuk perpaduan dalam kalangan
murid. Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar maka mereka perlu untuk
melakukan interasi dua hala antara kaum tanpa mengira latar belakang, agama dan etnik.
Namun, apabila kanak-kanak berhenti sekolah mereka tidak akan terdedah dengan suasana
sekolah yang menerapkan nilai perpaduan antara kaum. Oleh itu, jelas menunjukkan
bahawa masalah keciciran ini telah mengekang aspirasi sistem melalui aspek memupuk
perpaduan dalam kalangan murid untuk tercapai. Purata keciciran mengikut etnik di
Malaysia adalah berdasarkan carta berikut:
9
Berdasarkan carta tersebut jelas menunjukkan purata kaum Melayu yang mengalami
masalah keciciran adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain. Oleh hal yang demikian,
potensi untuk timbul perasaan perkauaman dalam kalangan kaum Melayu akan berlaku
disebabkan mereka hanya terdedah dengan situasi dan persekitaran dalam kelompok kaum
yang sama. Oleh itu, jelas membuktikan bahawa masalah ini menjejaskan aspirasi
pendidikan negara melalui aspirasi murid iaitu identiti nasional. Secara kesimpulanya,
masalah keciciran ini akan menjejaskan kesemua aspirasi pendidikan negara kerana kanakkanak ini telah terkeluar daripada sistem pendidikan sekolah yang merupakan medium
utama untuk menyampaikan pengetahuan, kemampuan memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti nasional dan kemahiran berfikir.
3.0 Inisiatif yang membantu dalam mengatasi masalah keciciran
Melihat kepada realiti yang berlaku di Malaysia, pelbagai usaha telah dilaksanakan
bagi menangani masalah keciciran ini seperti menguatkuasakan pendidikan wajib peringkat
sekolah rendah, memperbanyakkan program pendidikan dan memberi sesi bimbingan dan
kaunseling kepada ibu bapa khususnya berkaitan kesedaran terhadap kepentingan
pendidikan kepada anak-anak. Namun, setelah meneliti daripada pelbagai program yang
telah dilaksanakan Transformasi Asrama Harian 2013-2020 merupakan salah satu program
yang banyak membantu dalam mengatasi masalah keciciran.
Transformasi Asrama Harian 2013-2020 ini merupakan satu inisiatif sedia ada yang
terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Latar belakang
transformasi ini ialah merupakan asas penubuhan asrama yang berlandaskan kepada Akta
10
1996 dengan matlamat asal memastikan tiada masalah keciciran terhadap pelajar yang
tinggal jauh daripada sekolah. Transformasi Asrama Harian ini telah dilaksanakan mulai
tahun 2013 iaitu setelah memperbaiki sistem asrama harian yang terdahulu dengan
meletakkan 4 bidang fokus utama.
Terdapat pelbagai kebaikan dengan wujudnya Transformasi Asrama Harian ini bagi
memastikan masalah keciciran ini berjaya untuk diatasi. Pertama, melihat kepada 4 fokus
yang telah digariskan dalam inisiatif ini iaitu:
1. Pengurusan dan pentadbiran asrama harian.
2. Penjanaan kejayaan akademik.
3. Penjanaan kecemerlangan sahsiah dan didisiplin.
4. Penjanaan kejayaan kokurikulum dan sukan.
Apabila dilihat secara kasar sememangnya keempat-empat fokus utama dalam inisiatif ini
dapat membantu mengatasi masalah keciciran di negara kita melalui dua aspek utama iaitu:
1. Mengatasi masalah keciciran bagi pelajar yang kurang berkemampuan.
2. Mengatasi masalah keciciran bagi pelajar yang kurang minat untuk belajar.
Hal ini demikian kerana dengan adanya inisiatif seperti ini mereka yang datang daripada
keluarga yang kurang berkemampuan tidak lagi perlu untuk memikirkan masalah kewangan
untuk menampung perbelanjaan anak mereka di sekolah. Sebaliknya, hanya perlu memberi
sokongan dan perhatian yang penuh terhadap pembelajaran anak-anak di sekolah untuk
mencapai kecemerlangan. Sebagai contoh, ibu bapa ini tidak lagi perlu khuatir terhadap kos
wang saku untuk anak mereka membeli makanan di sekolah kerena mereka ini telah
mendapat peruntukan makanan di asrama seperti sarapan pagi, makan tengah hari, minum
petang dan makan malam. Selain itu, ibu bapa juga tidak perlu khuatir lagi terhadap kos
tambang bas untuk anak mereka pergi ke sekolah. Perkara ini secara kesimpulannya
mampu mengurangkan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
Seterusnya, inisiatif ini akan membantu untuk mengatasi masalah keciciran bagi mereka
yang kurang minat untuk pergi ke sekolah. Hal ini kerana, di asrama mereka ini akan
didedahkan dengan pelbagai jenis program akademik serta dilengkapi dengan kemudahan
prasarana yang cukup lengkap seperti perpustakaan media, pusat akses dan bilik
persediaan pelajar. Secara tidak langsung, dengan adanya program-program akademik dan
prasarana pembelajaran yang kondusif ini para pelajar mampu untuk menerapkan minat
11
terhadap ilmu pengetahuan sekaligus membantu menarik minat mereka untuk pergi ke
sekolah dan belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dan tahap potensi
masing-masing.
Kesimpulanya, Transformasi Asrama Harian ini mampu untuk mengatasi masalah
keciciran kerana pelaksanaan inisiatif ini adalah membantu ke arah para pelajar yang
kurang berkemampuan dan kurang minat untuk pergi ke sekolah. Secara asasnya
sumbangan melalui kedua-dua aspek ini merupakan satu sumbangan yang besar dalam
menangani masalah keciciran. Hal ini kerana faktor utama berlakunya masalah keciciran
ialah pelajar kurang minat untuk belajar dan pelajar kurang berkemampuan. Oleh itu, inisiatif
ini jelas menunjukkan bahawa ianya merupakan satu pelaksanaan yang berkesan untuk
menangani masalah keciciran.
RUJUKAN
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2013). Transformasi Asrama Harian 2013-2020.
Putrajaya: Kementarian Pelajaran Malaysia.
Kadar kemiskinan menurun. (2014, July 12). Berita Harian [Kuala Lumpur]. Retrieved from
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarkemiskinanmenurun/m/mArticle
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan
Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Ringkasan eksekutif pelan pembangunan
pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noriati A. Rashid ... [et al.]. (2012). Falsafah dan pendidikan di Malaysia. Selangor Darul
Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Patel, T. (2014). Dropping out of school in Malaysia: what do we know and what needs to be
done. Kuala Lumpur. Institute for Democrasy and Economic Affairs.
12
Pengawasan longgar, kurang perhatian punca ramai tercicir. (2013, January 5). Borneo post
[Kuching]. Retrieved from http://www.theborneopost.com/2013/01/05/pengawasanlonggar-kurang-perhatian-punca-ramai-tercicir/
Mohd Fuad Sam, Mastura A. Ghani, Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid & Wan Noor
Siah
Wan Abdullah. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbitan
Multimedia SDN. BHD
13