Syirik adalah merupakan sesuatu yang ama

Syirik adalah merupakan sesuatu yang amat berbahaya. Hal ini
adalah kerana apabila seseorang itu terlibat dengan perbuatan syirik,
maka ia akan mengakibatkan tergelincirnya akidah seseorang muslim
daripada landasan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman
dalam al-Quran, di dalam surah al-Nisa’ ayat 116, maksudnya:
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang
mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan
mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukamNya); dan
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua),
maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat
jauh”.
Maksud daripada ayat ini ialah apabila seseorang itu
meninggal dunia dalam keadaan syirik dan tidak sempat
bertaubat kepada Allah, maka sudah tentu akan terjerumus
dalam kebinasaan untuk selama-lamanya di akhirat kelak.
Hal ini adalah kerana ia tidak akan memperoleh
pengampunan daripada Allah SWT. Justeru, syirik adalah
merupakan suatu kesalahan yang amat besar yang tidak
boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun jua. Sehubungan
dengan itu, nabi SAW melalui hadis yang sahih telah

memberi amaran agar menjauhkan diri daripada terjebak
dalam perbuatan syirik kerana ia merupakan suatu
kebinasaan.
Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan
nyata). Syirik jali ialah syirik yang dilakukan secara jelas dan

terang yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah
kekufuran. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu
daripada tiga keadaan iaitu:
 Menerusi iktiqad: Contohnya ialah meragui atau
menafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa
sistem ciptaan manusia lebih baik dan sempurna daripada
sistem dan perundangan yang diciptakan Allah.
 Menerusi perbuatan atau amalan: Contohnya adalah
seperti perbuatan menyembah patung, berhala, batu,
pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu.
Begitu juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan
memuja kubur atas dakwaan kubur itu keramat atau
meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhlus

halus dalam perubatan dan sebagainya.
 Menerusi lidah atau perkataan: Contohnya adalah
seperti menghalalkan perkara haram atau mengharamkan
sesuatu yang dihalalkan.
Syirik khaf pula ialah syirik yang kecil dan tersembunyi
yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang.
Syirik daripada kategori ini banyak berkaitan dengan
perbuatan riyak di dalam beramal atau dalam melakukan
sesuatu perkara. Rasulullah SAW pernah menasihatkan para
sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas
ditanya oleh para sahabat apakah yang dimaksudkan dengan
syirik kecil itu. Maka Rasulullah SAW pun menjawab bahawa
syirik kecil yang dimaksudkan ialah riyak dalam melakukan
amalan.

#
Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum
syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke
hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat
Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti

dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. Sebenarnya banyak perkara
Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila
ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu
kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagungagungkan Dewa Rama dan Dewi Sita. Begitu juga apabila ada sesuatu kematian,
dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ),
kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris
dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam
jemaahnya sebagai ahli kubur.

#Maksud bidaah
Dari segi lughat/lughah/bahasa


Segala sesuatu yang diadakan



Tambahan baru

Dari segi syarak/syara’



Segala sesuatu yang diadakan
bercorak
keagamaan
yang
tidak ada contoh dari Nabi
s.a.w dan sahabatnya.



Ibadah
yang
direka
atau
ditambah
untuk
mendapat
pahala lebih atau mendekatkan
diri kepada Allah.




Sesuatu yang baru dalam
agama yang telah sempurna.
“Pada hari ini Aku telah
sempurnakan
bagi
kamu
agama kamu.” (Surah AlMaidah:3)



Dipandang indah dan baik



Menyerupai syariat




Bersangkut-paut
agama

dengan



Belum ditetap Allah dan Nabi
s.a.w



Penambahan
atau
pengurangan yang dipandang
agama




Tidak dapat difikir tujuannya

Perbezaan adat dan ibadah
Adat

Ibadah



Asal hukum adat itu harus





Asal hukum adat itu sah hingga
datang
dalil
yang
mengharamkannya


Asal
hukum
ibadah
menunggu
perintah
mengikut



Dalil: “Kamu lebih mengetahui
urusan
dunia
kamu.”(H.R.
Muslim)

Asal hukum ibadah adalah
batal hingga datang dalil yang
memerintahkan




Dalil: “Apakah bagi merka ada
beberapa
sekutu
yang
membuat syariat dalam hal
agama yang tidak diizinkan
Allah? (Surah As – Syura : 21 )
“Barangsiapa yang mengadaadakan di dalam urusan agama
kami
ini
apa-apa
selain
daripadanya, maka ia tertolak.
(H.R. Bukhari)



itu

dan

Contoh-contoh bidaah
Lughat/lughah/bahasa


Menggunakan mikrofon dalam
solat atau azan. Pada zaman
Nabi tiada, adakah bidaah? Jika
orang
bertanya
mengenai
mikrofon kita dapat menjawab
tujuannya untuk menjelaskan
suara
kepada
orang
ramai.Inilah
maslahat


Syarak/syara’


Maulid Nabi s.a.w atau Hari Jadi
Nabi
s.a.w.
Adakah
anda
mengikut sunnah Abu Talib
menyambut Hari kelahiran Nabi
s.a.w? Nabi s.a.w tidak pernah
menganjurkannya!



Solat Raghaib (solat 12 rakaat

mursalah.


Pesta bunga api sempena
tahun
baru.Adakah
ini ibadah.Ya, jika kepercayaan
kita
bunga
api
boleh
menghalau hantu dan syaitan,
jika tidak tiada masalah.



Menunggang
motosikal.
Adapun pada zaman Nabi s.a.w
menunggang unta, tetapi itu
hanyalah adat pada zaman itu.
Sebelum Nabi lahir memang
orang
menunggang
unta,
adakah mereka sebelum Nabi
mengikut sunnah?

pada malam Jumaat yang
pertama dalam bulan Rejab
dengan cara-cara tertentu). Jika
dilihat
dari
satu
sudut,mengerjakan solat ini
kelihatan
mengikut
sunnah
kerana
solat
merupakan
perbuatan yang baik dan
diperintahkan
oleh
agama.
Tetapi, jika dilihat dari sudut
lain, jelas bidaahnya kerana
tidak
pernah
diperintahkan
atau dicontohkan oleh Nabi
s.a.w.


Mempelai lelaki yang aqad
nikah di depan imam disuruh
mengucap 2 kalimah syahadah
sambil berjabat tangan. Pada
asalnya
mengucapkannya
memang baik, tetapi jika
diucapkan dengan cara-cara
tersebut sehingga dipandang
agama
dan
orang
ramai
memandangnya sebagai satu
ketentuan dari syariat, padahal
bukan dari perintah agama,
maka
perbuatan
tersebut
menjadi bidaah.