Kualiti Pelaksanaan Program Diploma Pend

Pengenalan
Joseph M. Juran dan Philip B. Crosby mengatakan kurun ke-20 adalah kurun ‘produktiviti’ dan
kurun ke-21 adalah kurun ‘kualiti’. Berdasarkan penekanan ini maka profesyen perguruan turut
mengutamakan kualiti dalam pelbagai perspektif profesyen. Aspek kualiti amat dipentingkan
dalam sesuatu organisasi yang melibatkan tugas seperti mana yang dinyatakan oleh Edward
Deming: ‘quality must come first’. Adalah menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui misi
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara Malaysia.
Begitu juga dalam kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP),
selain teras ‘kualiti’ yang ditekankan dalam teras PIPP, teras lain seperti; akses, ekuiti serta
kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan juga diberi perhatian bagi memacu
negara maju seperti yang diungkapkan oleh Hishamuddin Tun Hussein, 2008.
“Hasrat kita adalah untuk memastikan bukan sahaja kita dapat melahirkan guru yang
berkualiti, tetapi lebih
jauh daripada itu,iaitu memastikan mereka yang berkualiti ini kekal di dalam sistem
pendidikan Negara dan
kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.”

Melalui buku bertajuk; ’Pembangunan Pendidikan 2001-2010 : Perancangan Bersepadu
Penjana  Kecemerlangan Pendidikan’ di terbitkan pada tahun 2001 bagi menerangkan

perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia untuk tempoh sepuluh tahun bermula 2001
hingga 2010. Antara lain buku tersebut menyatakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
atau kini dikenali sebagai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk melaksanakan teras
pembangunan pendidikan merangkumi aspek aksesibiliti, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan
keberkesanan pengurusan pendidikan. Kepada KPM, seseorang guru mestilah mempunyai
kualiti dari pelbagai aspek dalam konteks pendidikan bagi mencapai hasrat mewujudkan
pendidikan cemerlang bertaraf dunia.
Pada tahun 2001, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan ’Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia’ (SKPM) dilakularis di semua sekolah sebagai garis panduan kepada
pengetua untuk mengurus dan pemimpin sekolah dengan berkesan. Selain daripada itu KPM
juga telah memperluaskan pengupayaan pada peringkat sekolah, meningkatkan pembudayaan
1

konsep learning organisation, memberi tumpuan terhadap aspek-aspek kualiti peribadi seperti
akauntabiliti, self directedness, motivasi, dan kepimpinan efektif, memantapkan proses
pemantauan dan penilaian program pendidikan supaya tugas pemastian standard (SKPM)
dapat dilaksana dengan jaya. Pada tahun 2006 pula, ’Standard Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia’ (SKKSM) digubal. Berdasarkan SKKSM, pengetua dapat menghayati dan
menguasai standard kompetensi pengurusan dan kepimpinan apabila mereka mempunyai
pengetahuan, memiliki nilai profesional, serta melakukan amalan terbaik dalam sembilan bidang

pengurusan di sekolah. Bidang-bidang tersebut merangkumi bidang pengurusan dan
kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan ko-kurikulum, pengurusan hal ehwal
murid, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan
kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, dan pengurusan
perhubungan luar.
Latar Belakang Kajian
Latar belakang kajian ini akan membincangkan dua jenis atau kategori latihan perguruan
Pendidikan Islam di Malaysia, pertama latihan/kursus atau program perguruan di Maktab
Perguruan (MP) atau Institut Pendidikan Guru (IPG) dan kedua di Institut Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) atau Universiti Awam Malaysia.

Latihan Perguruan Pendidikan Islam DiI Institut Pendidikan Guru
Mengikut Report of The Educational Committee (1956), latihan perguruan bagi guru-guru
agama (Pendidikan Islam) bermula daripada cadangan Laporan Razak

1956 yang

mencadangkan : “We recommend that in any assisted school where not less than 15 Pupils
profess the Muslim religion, religious instruction to them Shall be provided at public expense”,
(Laporan Razak 1956 juga dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Pendidikan 1956, yang

mengemukakan beberapa cadangan dasar pelajaran Tanah Melayu. Cadangan-cadangan
dasar pelajaran daripada Laporan Razak 1956 pula dijadikan asas untuk penggubalan Dasar
Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961, cadangancadangan Laporan Razak 1956 seperti mewujudkan :
1. satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama untuk menyatupadukan
kaum di Tanah Melayu.
2

2. dasar Pendidikan yang dapat diterima oleh semua kaum harus memenuhi dua
kehendak
i.

ia dapat memenuhi aspirasi setiap kaum utama di negara ini

ii.

ia dapat menjamin setiap kanak-kanak yang lahir di negara ini berhak
mendapat pendidikan dalam mana-mana sekolah mengikut kehendak ibu
bapa mereka).


Juga dalam Laporan Rahman Talib 1960 (dalam Report of the Education Review Committee
1960 Juga terdapat dalam

Federation of Malaya Act of Parliment No. 43 of 1961, Education

Act 1961) yang menjelaskan; ‘Where in an assisted school there are fifteen or more pupils
professing the Islamic relation such pupils shall be instructed by religion teachers approved by
the state authority in the tenets of that religion for the least two hours each week …’
Mengikut Abu Zahari Abu Bakar (1980), Pada peringkat awalnya 1967 Kementerian
Pelajaran menyediakan guru-guru agama hanya di sekolah berasrama penuh sahaja dimana
guru-guru agama ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Pentadbiran Kerajaan
Negeri. Pentadbiran guru-guru agama dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan ekoran
daripada Laporan Rahman Talib 1960 dengan membuat penyelarasan dari segi perjawatan,
latihan, gaji dan perkhidmatan. Latihan perguruan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) diberikan
kepada guru-guru agama selama tiga tahun yang dimulakan pada Disember 1967 bagi guruguru di semua sekolah rendah di seluruh negara dan juga guru-guru agama yang mempunyai
kelulusan SPM, STP dan ijazah dari Universiti al-Azhar yang mengajar di sekolah menengah
(Laporan Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran Terhadap Pelajaran Agama Islam Mengikut
Shor2 Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Menyemak Pelajaran 1960 (1972)).

Pada tahun 1973, Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu (RLPB), Kementerian

Pelajaran diperkenalkan bagi pengemaskinian kurikulum latihan perguruan termasuklah
kurikulum Pendidikan/Pengajian Islam. Jangka masa latihan selama dua tahun. Guru pelatih
akan mengikuti satu kurikulum yang sama dalam latihan pertama dan pada tahun kedua
mereka akan dibahagikan mengikut kursus sama ada sekolah rendah (Pendidikan Peringkat
Awal Kanak-Kanak - PPAK) atau menengah rendah (Pendidikan Peringkat Awal Remaja PPAR). Kelayakan minimum calon telah dinaikkan daripada LCE atau SRP kepada Senior
Cambridge atau FMC atau MCE, atau sijil yang setara dengan Sijil Menengah Agama
(Thanawiah). Skim gaji guru juga disatukan bagi kelayakan yang sama (Abu @ Abu Bakar
Jantan, 1994).
3

Sehingga tahun 1973 dan 1974, terdapat 25 buah maktab perguruan (19 buah di
Semenanjung Malaysia, 3 buah di Sarawak dan 3 buah di Sabah), kelayakan umur masuk
latihan perguruan pada ketika itu ialah 23 tahun. Mengikut Education in Malaysia 1974 (1975),
Pada tahun 1974 terdapat 14 buah maktab perguruan, tiga di Sabah dan tiga di Sarawak
dengan umur masuk 23 tahun bagi pemegang Sijil Malaysian Certificate of Education dan umur
30 tahun bagi pemegang sijil High School of Certificate. Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (7 November 1979) pula menjelaskan pada tahun 1976
empat buah maktab perguruan lagi dibina bagi menampung kekurangan guru yeng mendesak.
Pada tahun 1977 sebuah maktab perguruan untuk melatih guru-guru agama telah dibina di
Semenanjung Malaysia


dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia, tempoh kursus

selama dua tahun.
Maklumat daripada Bahagian Latihan Guru (1980) menjelaskan komponen kurikulum
Latihan Guru Bersepadu meliputi aspek; ikhtisas, bahasa, mata pelajaran sekolah, kokurikulum
dan latihan mengajar. Rancangan ini berjaya dan berkesan mengurangkan jurang perbezaan
mutu latihan, konsep 3M (membaca, menulis dan mengira), kelas bercantum, pelajaran
diagnostik dan pemulihan status guru dan kualiti guru-guru SRJC dan SRJK telah menunjukkan
peningkatan kefahaman dan kefasihan Bahasa Melayu. Juga telah berjaya menghasilkan guruguru yang benar-benar memahami ideologi dan aspirasi negara.
Abu Hassan Ali (1984) menjelaskan satu seminar mengenai program latihan perguruan
di Malaysia telah diadakan di RECSAM, Pulau Pinang (12-22hb Mac 1979) yang telah
menggariskan beberapa objektif latihan perguruan yang antara lainnya menyemak semula dan
menilai kurikulum Latihan Perguruan Bersepadu bagi tujuan pengemaskinian. Dengan itu pada
tahun 1981, sistem tiga tahun latihan perguruan termasuklan Pendidikan Islam di Maktab
Perguruan Islam Petaling Jaya diperkenalkan dengan tujuan mengatasi kelemahan latihan guru
yang dianggap terlalu padat. Kurikulum Latihan Kursus Perguruan Asas - KPA Tiga Tahun yang
diperkenalkan mengandungi komponen-komponen seperti (Bahagian Latihan Guru, 1984) :
i. kursus teras (sekolah rendah dan menengah)
ii. kursus pengkhususan dalam mata pelajaran sekolah

iii. kursus penyuburan diri
iv. latihan mengajar dan
v. gerak kerja kokurikulum.

4

Sumber daripada Zuhawir Mohd. Daud (1990) menyatakan perubahan latihan perguruan juga
telah berubah dengan pelaksanaan KBSR (1982) dan KBSM (1988) bersesuaian dengan
matlamat

KBSR dan KBSM untuk memberi penegasan kepada perkembangan pelajaran

seimbang dengan aras pencapaian mereka.
Menurut Laporan Tahunan BPG (1986), pada peringkat awal latihan perguruan di
maktab perguruan telah menawarkan Kursus Sijil Perguruan Asas - KPA 1981 (Pendidikan
Islam) bagi guru permulaan dan kursus dalam perkhidmatan untuk guru terlatih. Pada tahun
1983, satu perubahan yang menonjol telah berlaku di mana Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
melalui Maktab Perguruan telah menawarkan Kursus Sijil Perguruan Lepasan Ijazah (SPLI).
Perubahan ini penting sebab untuk pertama kalinya BPG diberikan mandat untuk melatih calon
guru yang telah memiliki ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang tetapi berminat untuk

menjadi seorang guru. Guru pelatih yang mengikuti kursus ini memiliki ijazah sarjana muda dari
universiti tempatan dan luar negara. Pada tahun 1989 program SPLI telah digantikan dengan
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di mana pelajar dianugerahkan dengan Diploma
Perguruan Malaysia.
Sukatan

Pelajaran

KPLI

memberi

tumpuan

kepada

amalan

pengajaran


dan

pembelajaran serta pengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran. Unit Kurikulum,
Bahagian Pendidikan Guru, tahun 2005 telah merangka ‘Konseptual Sukatan Pelajaran KPLI’
seperti rajah 1 berikut:

Rajah 1 : Konseptual Sukatan Pelajaran KPLI

5

Suk
KETUHANAN

ROHA
NI
Pengetahua

n
INTEL
EKS


EMO
SI
Kemahiran

KENDIRI

Nilai

JASMA
NI

KEMASYARAKATAN

atan KPLI juga memberi tumpuan kepada pelaksanaan kokurikulum dalam bindang sukan dan
permainan, persatuan dan badan beruniform. Tambahan juga, program Bina Insan Guru (BIG)
diwajibkan untuk semua ambilan KPLI (2001). Semenjak tahun 2004, pelajar juga diwajibkan
menghadiri Kursus Tata Negara, kursus Pergigian, Kursus Pencegahan Dadah dan Kursus
Induksi Sistem Saraan Malaysia untuk pelatih KPLI. Program seperti ini memberi peluang
kepada pelatih KPLI mengembangkan potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Struktur kurikulum KPLI mewajibkan peserta kursus berada di institut untuk tempoh satu
tahun dengan tempoh 2 minggu

pengalaman Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) serta
6

praktikum (Latihan Mengajar) selama 10 minggu. Pada akhir tempoh pengajian, pelatih guru ini
akan mengambil peperiksaan akhir.
Pada tahun 1984 hingga Mei 1996 rancangan latihan perguruan telah dipendekkan
daripada segi jangka masa latihan daripada tiga tahun (enam semester) kepada dua setengah
tahun (lima semester). Tujuan Perubahan ini dibuat adalah untuk mengatasi kekurangan guru
yang amat mendesak di seluruh Negara (Penulis khas, 1995). Begitu juga seperti yang
dijelaskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (1996) untuk mempercepatkan pengeluaran guru
ekoran kekurangan guru yang mendesak di sekolah rendah dan menengah selaras dengan
keperluan

dan perkembangan pendidikan semasa. Mengikut maklumat dari Bahagian

Pendidikan Guru (1993), sepanjang tahun-tahun tersebut (1981 - Mei 1996) rancangan latihan
perguruan Pendidikan Islam dinamakan sebagai Kursus Perguruan Asas (KPA) bertaraf Sijil
Perguruan Asas (SPA). Rasional latihan perguruan berteraskan KPA adalah bagi memenuhi
keperluan seperti,

memenuhi tuntutan perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan

Islam di sekolah dan perubahan dalam sistem pendidikan negara, di samping penghayatan
terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
Peranan BPG dalam melahirkan guru semakin mencabar dengan satu lagi perubahan
pada tahun 1996. BPG diminta meningkatkan Kursus Sijil Perguruannya ke peringakt Diploma.
Kursus Diploma Perguruan Malayusia (KDPM) termasuk juga Pendidikan Islam telah
ditawarkan untuk memberi tumpuan melatih guru agama sekolah rendah. Kurikulum KDPM
memberi tumpuan terhadap pengkhususan dua major yang kemudiannya telah berubah
menjadi major dan minor.

Bahagian Latihan Guru (1980) menjelaskan mulai tahun 1996 terdapat 31 buah maktab
perguruan di Malaysia. Sehingga tahun 2000 latihan perguruan di 27 (4 buah telah ditutup)
buah Maktab Perguruan Malaysia telah berubah status kursus dan latihan perguruannya
apabila program baru diperkenalkan daripada Kursus Perguruan Asas (KPA) kepada Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM). Dengan itu tempoh latihan kursus pun dilanjutkan
kepada tiga tahun atau enam semester. Program latihan guru KDPM Pendidikan Islam
menekankan tiga aspek yang meliputi, akademik (Ilmu Perguruan, Pedagogi dan subjek
sekolah), ikhtisas (profesyen perguruan) dan perkembangan diri (pembentukan sahsiah insan
guru).
7

Ahmad Rashidi (1990) menjelaskan perubahan kursus pengajian dan kurikulum latihan
perguruaan Pendidikan Islam telah dirombak beberapa

kali

selaras

dengan keperluan-

keperluan semasa dalam arus pendidikan nasional, bermula pada tahun 1957 (Sistem
Perkhidmatan dan Pengajian Yang Sama), 1963 (Program Integrasi Latihan Perguruan), 1973
(Rancangan Latihan Perguruan Bersepadu-RLPB), 1981 (Kursus Perguruan Asas - KPA), 1985
(Kursus Perguruan Asas Bersemester - KPAB). Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia
(1993), menjelaskan pada Jun 1993 (Kursus Pengajian Islam bagi Kursus Perguruan Asas KPA) digubal semula memandangkan kepada keperluan-keperluan berikut:
i.

memenuhi tuntutan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam kurikulum
pendidikan sekolah rendah.

ii.

Memenuhi kehendak perubahan-perubahan di dalam Sistem Pendidikan Negara.

iii.

Mewujudkan keseimbangan antara aspek pengetahuan dan kemahiran serta
amali (practical-based).

iv.

Menghayati sepenuhnya prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Negara.

v.

Mengatasi kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah seluruh
negara.

Pada bulan Ogos 1996, Sukatan Pelajaran Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM), Pendidikan Islam (Pengkhususan), yang buat pertama kali diperkenalkan digubal
bermatlamatkan untuk menghasilkan insan guru yang berkalibar dalam semua aspek : sahsiah,
ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilai-nilai kerohanian yang positif bagi melahirkan
guru yang profesional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilainilai murni, berfikir dan cekap teknologi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996).
Buat kali keduanya, pada Jun 1997, Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia,
Pengajian Agama Islam (Pengkhususan), digubal bermatlamatkan untuk menghasilkan insan
guru bestari yang memiliki keterampilan peribadi, bertanggungjawab terhadap perkembangan
kendiri, mempunyai rasa akauntabiliti yang tinggi terhadap pelajar dan masyarakat, mempunyai
semangat patriotik dan berkalibar dalam semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran
profesional dan nilai-nilai kerohanian yang positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara,
Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1997).
8

Buat kali ketiganya, pada Mac 1998, Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia,
Pengajian Agama Islam (Major), digubal selaras dengan tuntutan pendidikan semasa dan
rancangan penubuhan sekolah bestari. Pengubahsuaian kursus ini menuntut para pendidik
guru membuat peranjakan pemikiran dan amalan dalam mendidik guru bagi meningkatkan
keterampilan guru permulaan agar mereka dapat melaksanakan pengajaran pembelajaran
bestari yang berkesan. Matlamat utamanya adalah untuk menghasilkan insan guru bestari yang
berkalibar dalam semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilainilai kerohanian yang positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan
Guru dan Falsafah Pendidikan Islam (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
Buat kali keempatnya, Januarai 2001, Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia,
Pengajian Islam (Major), digubal untuk menghasilkan insan guru bestari yang berkalibar dalam
semua aspek : sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran profesional dan nilai-nilai kerohanian
selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Beberapa rentetan perubahan dalam
kurikulum di atas juga turut melibatkan beberapa pindaan kecil dari segi komponen, peruntukan
masa dan bidang kursus Pengajian Agama Islam di maktab / institusi perguruan Malaysia,
khasnya daripada KPA kepada KDPM.
Selaras dengan program pensiswazahan guru, buat kali kelimanya, Januari 2004 hingga
kini 2011 kurikulum KDPM telah berubah kepada ‘Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan’
(PISMP). Dengan itu kurikulum latihan perguruan di 16 buah kampus Institut Pendidikan Guru
(IPG) khususnya Pendidikan Islam turut mengalami perubahan yang sama.
Latihan Perguruan Pendidikan Islam Di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
Berbanding dengan BPG, universiti tempatan pula telah menawarkan Kursus Diploma
Pendidikan (KDP) mulai 1960an (Wong & Chang, 1975). Disamping itu juga universiti tempatan
juga telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan mata pelajaran
pengkhususan sejak 1970an dan kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) mulai
2006. Guru yang dihasilkan oleh universiti adalah untuk menampung keperluan guru sekolah
menengah khususnya sekolah menengah atas. Sehingga tahun 2011 hanya terdapat 13
universiti awam yang menawarkan latihan perguruan diperingkat Diploma Pendidikan (DP) dan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP); UUM, USM, UPSI, UIA, UM, UKM, UPM, UiTM, UTM,
UTHM, USIM, UMS, UNIZA di samping universiti swasta seperti OUM.
9

Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISPM) yang ditawarkan oleh
kebanyakkan universiti tempatan (IPTA) pula, dilaksanakan dalam tempoh 1 – 4 tahun di mana
kurikulum pendidikan yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan diintergrasikan dengan
kurikulum pengkhususan daripada fakulti lain seperti; fakutli Sains, Pendidikan/Pengajian Islam,
Sastera, Pengajian Melayu dan lain-lain. Terdapat juga program Pendidikan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (ISMP) yang dikendalikan sendiri oleh Fakulti Pendidikan tanpa integrasi
dengan fakulti lain seperti; TESL, Kaunseling, Pendidikan Islam, Pentadbiran dan Pengurusan
Pendidikan, Bahasa Arab dan sebagainya.
Satu lagi program pendidikan guru di IPTA ialah melalui program ‘Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI) yang dibuat selama 1 tahun. Program Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (DPLI) di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) telah
berlangsung sejak tahun 2006 sebagai memenuhi hasrat melahirkan insan guru cemerlang
sesuai dengan prinsip memartabatkan profesyen perguruan melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia (2004 – 2010).

Program DPLI adalah satu usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Diploma
Pendidikan (DP) kepada lepasan pemegang Ijazah Sarjana Muda (ISM) di kalangan graduan
universiti samada yang baru menamatkan pengajian mereka dari IPTA atau pun mereka yang
telah berkhidmat di lain-lain agensi dan ingin menjadi guru. Program ini adalah untuk memenuhi
aspirasi dan keperluan sistem pendidikan negara dalam konteks pemerkasaan perguruan.
Program DPLI merupakan program khas Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibentuk
untuk memberi peluang kepada para guru meningkatkan taraf pendidikan akademik mereka
seterusnya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41.
Program ini merupakan satu daripada usaha ke arah merealisasikan hasrat

Kementerian

Pelajaran Malaysia menempatkan 100 peratus guru-guru siswazah di semua sekolah
menengah seluruh negara menjelang tahun 2005 dan 50 peratus guru siswazah di semua
sekolah rendah menjelang tahun 2010.

Program Diploma Pendidikan di IPTA diletakkan dibawah ‘Act x (amended) 1995 yang
mensyaratkan calon mestilah :

10

i.

telah memiliki ijazah sarjana muda dari universiti yang diiktiraf oleh Kementerian

ii.

Pelajaran Malaysia, atau
memiliki ijazah sarjana muda daripada universiti-universiti yang setaraf yang

iii.

diperakui oleh senat
pemohon mesti telah menduduki ujian atau temuduga berkaitan yang
memuaskan pihak fakulti mengenai kursus yang dipohon.

Program Diploma Pendidikan mengambil masa selama 2 semester secara sepenuh
masa. Latihan perguruan akan dijalankan di beberapa buah (11 Institusi Pengajian Tinggi Awam
Malaysia). Calon juga dikehendaki mengambil beberapa kursus yang ditawarkan oleh pihak
fakulti serta telah memenuhi segala syarat lulus yang ditetapkan oleh pihak senat dan peraturan
berikut:
i.
ii.
iii.

memenuhi segala syarat dan peraturan akta
memuaskan lembaga pemeriksa untuk program Diploma Pendidikan dan
telah menjelaskan segala kos perbelanjaan program.

Program Diploma Pendidikan mengandungi komponen-komponen teori dan Praktikal seperti
berikut:
i.

ii.

30 kredit kerja kursus:
a). 14 kredit kursus profesional pendidikan
b). 4 kredit kursus pengayaan
c). 6 kredit kursus kaedah pengajaran utama
d). 6 kredit kursus kaedah pengajaran kedua
6 kredit latihan mengajar 10 – 12 minggu

Daripada kajian-kajian yang lalu didapati Bahagian Pendidikan Guru telah membuat kajian
terhadap program-program latihan perguruan yang mencakupi;
i. Latihan Praperkhidmatan (KPLI)
Aktiviti yang termasuk dalam program penilaian ini ialah KPLI satu tahun yang
menyediakan latihan kepada guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah (SR) dan
menengah (SM).
ii. Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
KDP yang termasuk dalam penilaian program ini adalah melibatkan guru-guru yang
pernah mengikuti kursus pendek yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan Guru.
iii. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG).
Aktiviti yang terlibat dalam program penilaian ini ialah Program Khas Pensiswazahan
11

Guru (PKPG). Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap akademik guru dan
tahap kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Sasaran Kerja Utama Kementerian Pelajaran telah menetapkan pada tahun 2005, 100
peratus guru di sekolah menengah dan 50 peratus guru di sekolah rendah terdiri daripada guruguru siswazah menjelang tahun 2010. Daripada jumlah guru bukan siswazah yang ada setakat
ini Mac 1998 adalah seramai 40 peratus guru-guru di bawah umur 40 tahun. Menjelang tahun
2005, keperluan guru siswazah

di sekolah menengah masih berkurangan. Berdasarkan

Rancangan Malaysia ke-7, Kementerian Pelajaran Malaysia memang berhasrat untuk
memperluaskan peluang bagi guru melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma, ijazah sarjana
muda dan ijazah lanjutan (khusunya Ph.D) khususnya bagi mata pelajaran Sains, Matematik
dan Bahasa Inggeris.
Dasar penempatan guru siswazah di sekoleh rendah dan dasar ‘Continuous Profesional
Development’ (CPD) merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan profesion
perguruan yang digariskan dalam Rangka Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Pernyataan dasar
tersebut diperjelaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8). Selaras dengan pernyataan
tersebut, Kementerian Pelajaran telah menyediakan Rancangan Pembangunan Pelajaran bagi
tempoh 10 tahun (2001 – 2010) yang antaranya mensasarkan 100 peratus guru siswazah di
sekolah menengah pada tahun 2005, dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada
tahun 2010. Perancangan ini telah dipersetujuai oleh Jemaah Menteri pada 16 Jun 2002,
Kementerian Pelajaran juga mensasarkan agar setiap guru mengikuti program CPD sekurangkurangnya sekali setahun.
Bagi mencapai sasaran 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah pada tahun
2005, kerajaan perlu mensiswazahkan seramai 22,112 guru bukan siswazah yang sedang
mengajar di sekolah menengah, di samping menyediakan 11,234 guru siswazah

kerana

pengwujudan jawatan baru dan pesaraan. Bagi mencapai sasaran 50 peratus guru siswazah di
sekolah rendah pada tahun 2010, kerajaan perlu mensiswazah dan menyediakan seramai
100,470 guru siswazah untuk ditempatkan di sekolah rendah yang berjumlah 5,255 buah
sekolah, iaitu 63,000 melalui program pensiswazahan dan 37,000 guru baru. Ini bermakana
kerajaan perlu menyediakan kira-kira 7,000 guru siswazah sekolah menengah, dan 9,500 guru
siswazah sekolah rendah setahun sehingga tahun 2010

12

Justeru itu untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, pada awal tahun
1995 Bahagian Pelajaran Guru telah merancang dan melaksanakan Program Pensiswazahan
bagi guru-guru terlatih bukan siswazah melalui Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK).
Kursus ini diharap dapat meningkatkan ke profesionalisme guru-guru dengan penganugerahan
di peringkat Diploma pada peringat pertama dan disambung pada peringkat kedua pula dengan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam bidang pengkhususan masing-masing daripada IPT
tempatan. Jadual 1 dan 2 di bawah menunjukkan bilangan guru agama mengikut negeri dan
keseluruhan bagi tahun 2012.
Bilangan Guru Agama Mengikut Negeri Tahun 2012
Jadual 1 : Bilangan Guru Agama Mengikut Negeri Bagi Tahun 2012
1

Johor

4957

2

Kedah

4589

3

Kelantan

4775

4

Melaka

1687

5

Negeri Sembilan

2042

6

Pahang

3930

7

Pulau Pinang

2156

8

Perak

4608

9

Perlis

703

10

Selangor

7200

11

Terengganu

3675

12

Sabah

4495

13

Sarawak

2861

14

WP. Kuala Lumpur

2018

15

WP. Labuan

176

16

WP. Putrajaya

223

13

Bilangan Guru Agama (Keseluruhan) Tahun 2012
Jadual 2 : Bilangan Guru Agama (Keseluruhan) Tahun 2012
Jenis
Sekolah
Jantina
Menengah
Rendah

Siswazah
L
4504
6326

P
9500
14411

Bukan Siswazah
Jumlah
14004
20647

L
159
4086

P
Jumlah
170
329
11029
15115
Jumlah Besar

Jum. Semua
14333
35762
50095

Perlantikan Guru Pendidikan Islam
GPI

adalah mereka yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

setelah mengikuti latihan ikhtisas pendidikan sama ada di peringkat diploma atau sarjana muda
dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi
pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Bidang kuasa penempatan dan pertukaran GPI di semua Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan semua
Sekolah Menengah Harian terletak di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH). Bidang
kuasa penempatan dan pertukaran GPI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
berada di Bahagian Pendidikan Islam (BPI). Manakala bidang kuasa penempatan dan
pertukaran GPI di Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Teknik dan Vokasional, Sekolah
Berasrama Penuh, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan berada di bawah Bahagian-bahagian
yang berkaitan di Kementerian Pelajaran. Walau
bagaimanapun, urusan penempatan dan pertukaran GPI di sekolah-sekolah tersebut di
peringkat negeri diuruskan oleh Sektor Pendidikan Islam (di SMKA, SABK dan SMAN), Sektor
Pengurusan Sekolah (di SK, SJKC, SJKT, SMK) dan Sektor Pendidikan Khas dan Swasta (di
SPK).

Kenaikan Pangkat Guru Pendidikan Islam
GPI mempunyai peluang yang sama seperti guru-guru lain untuk menikmati kenaikan pangkat
ke gred jawatan-jawatan yang lebih tinggi sama ada secara time-based (Khas Untuk
14

Penyandang), Guru Cemerlang dan jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran di sekolahsekolah, jabatan-jabatan pelajaran negeri dan KPM.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
GPI juga berpeluang mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang disediakan oleh KPM seperti
latihan-latihan yang disediakan oleh Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Pendidikan Guru.
Mereka juga berpeluang untuk mengikuti latihan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan
yang lain seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di samping peluang-peluang latihan
yang dianjurkan oleh badan-badan antarabangsa seperti UNESCO. ISESCO, Bank Dunia dan
SEAMEO RECSAM.
Kebajikan Guru Pendidikan Islam
GPI mendapat kemudahan kebajikan sama seperti penjawat awam yang lain berdasarkan
pekeliling perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. Bagi guru pendidikan Islam Sekolah

Agama Rendah, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Swasta urusan pelantikan,
penempatan, pertukaran, latihan dan kebajikan diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga
Pengurusan Sekolah (LPS).

Terminologi Kualiti Dan Kualiti Guru
Kualiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan terbaik yang dihasilkan, kualiti sewajarnya dijadikan
asas penting yang mendasari nilai, rites and ritual sesebuah organisasi. Unsur kualiti bukan
sahaja ke atas produk keluaran tetapi merangkumi kualiti secara total, seperti kuliti tenaga
manusia itu sendiri, kualiti persekitaran kerja dan kualiti kepimpinan. Justeru kualiti menjadi
inspirasi dan daya penggerak utama setiap anggota organisasi. Wujudnya budaya kualtii ini
disokong oleh falsafah organisasi yang mempercayai dengan kuatnya bahawa tanpa
perkhidmatan dan keluaran berkualti, survival sesebuah organisasi akan terjejas (Marwin Boser,
1982).
John MacDonald (1993) mentakrifkan kualiti sebagai ‘memenuhi kehendak atau
keperluan’. Evans (2005) juga menyebut kualiti adalah ‘memuaskan kehendak pelanggan’.
Begitu juga seperti yang diungkapkan oleh John Oakland (1996) kualiti adalah ‘menepati
keperluan pelanggan’. Busher, H & Saran R. (1995) mendifinisikan kualiti sebagai dapat
15

memenuhi kehendak pelanggan dari segi memberi perkhidmatan. Dari segi produk, kualiti
bermaksud; menepati standard yang telah ditetapkan, seperti; tanpa cacat/zero defects serta
dapat mencapai matlamat.
Menurut Hargreaves (1994) dari segi pemberian perkhidmatan kepada orang ramai,
seseorang guru hendaklah memiliki nilai seperti; perkhidmatan yang cepat, bersopan santun,
kebolehpercayaan, keselamatan pengguna, keselesaan, menepati masa, ketepatan fakta, etika
profesyen perguruan yang tinggi, berkeyakinan, sensitif dengan keperluan dan masalah pelajar,
memiliki nilai etika perkhidmatan awam ( nilai peribadi seperti; amanah, bertanggungjawab,
ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, berkerjasama, bersih, tekun, sederhana, nilai kepimpinan
seperti; adil, berani, syura, nilai professional seperti; berilmu, kreativiti, inovasi, integrity,
neutraliti, kejujuran intelektual, akauntabiliti, berkecuali, nilai produktiviti/kualiti

seperti;

produktiviti, kualiti, nilai agama seperti; bersyukur, beriman, bertakwa dan nilai pelanggan
seperti; berbudi mulia, bersabar, sopan santun dan peramah.
Kualiti professional yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru yang bertauliah,
supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan disamping sifat kualiti guru seperti; ingin
tahu, pengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur dan daya ingatan (Ozga, J.
1995). Shuib Dahaban (2006) menjelaskan kualiti kepimpinan guru mencakupi misi yang
ditetapkan, memiliki pemikiran yang tinggi, beretika, pencetus perubahan, sensitif dan berani
menanggung risiko. Zakaria Ahmad (2006) menyatakan perancangan strategik kualiti
mencakupi; mengenal pasti pelanggan dan kehendaknya, menentukan jenis output yang
dikeluarkan serta sentiasa membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang.
Definisi kualiti guru datang daripada dua istilah penting iaitu kualiti dan guru. Mengikut
Kamus Dewan (2007), kualiti ialah darjah kecemerlangan yang biasanya tinggi mutu. Menurut
Ahmad Sarji Abdul Hamid (1991) kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang atau amat baik.
Tetapi kebaikan itu tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap. Ia sentiasa berubah dan tidak
statik. Menurutnya lagi, setelah mencapai satu tahap, kita perlu berubah untuk mencapai satu
tahap yang lebih tinggi secara peringkat demi peringkat dan usaha ini tidak pernah habis tetapi
kita mendapat kepuasan melalui usaha kita itu.
Sementara definisi guru dalam The Encyclopedia of Education (Deighton, 1971) dalam
kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) disebut sebagai teacher, iaitu golongan yang menyediakan
16

pelajar dengan kemahiran seperti membaca dan menulis serta melakukan lain-lain kewajipan di
dalam berhubung dengan pelajarnya itu. Menurut Noran Fauziah Yaacub et al. (1992)
mendefinisikan guru sebagai pengajar, pengasuh atau pendidik yang memberikan kesan besar
terhadap perkembangan personality, mental dan fizikal setiap manusia. Guru juga adalah orang
yang mendidik, mengasuh, menunjuk ajar, membimbing, membina dan memandu golongan
pelajar kea rah mencapai matlamat yang telah ditetapkan berpandukan kepada Falsafah
Pendidikan Negara (Johari Ariffin, 1994).
Sementara itu perkataan kualiti menurut Kamus Dewan (2007) ialah darjah
kecemerlangan yang biasanya tinggi mutu. Dalam kamus Oxford (2000) kualiti diambil dari
perkataan qimatun atau nau’iyyat yang membawa maksud kualiti atau kecemerlangan. Menurut
Mu’jam al-Wasit (1972), kualiti diambil dari perkataan qadaruhu atau thamanuhu yang memberi
makna kualiti. Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang atau amat baik tetapi kebaikan itu
tidak terhad atau tetap pada sesuatu tahap serta sentiasa berubah dan tidak statik (Ahmad
Sarji, (1991). Menurutnya lagi, setelah mencapai satu tahap, kita perlu berubah untuk mencapai
satu tahap yang lebih tinggi secara peringkat demi peringkat dan usaha ini tidak pernah habis
tetapi kita mendapat kepuasan melalui usaha kita itu. Menurut Busher, H & Saran.R. (1995)
dalam Najwa Mohd Noor (2002) mendefinisikan kualiti sebagai dapat memenuhi kehendak
pelanggan dari aspek memberi perkhidmatan. Manakala dari sudut produk pula kualiti
bermaksud menepati standard yang ditetapkan seperti tanpa cacat atau zero defects serta
dapat mencapai matlamat.
Justeru itu, guru mempunyai pengertian yang sangat luas dan meliputi pelbagai bidang.
Kualiti guru merujuk kepada kualiti guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran
menurut pandangan al-Ghazali (1111) memfokuskan kepada lapan aspek; penyayang kepada
pelajar, mahir dalam kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, penguasaan ilmu,
prihatin terhadap pelajar lembap, mahir dalam menasihati pelajar, mahir dalam mendisiplin
pelajar, menghormati mata pelajaran lain, mencontohi teknik pengajaran Nabi Muhammad
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kajian dari Noran Fauziah Yaakob (1990) mendapati lima kualiti guru yang unggul di tiga
peringkat sekolah rendah, menengah dan pendidikan tinggi adalah seperti : peramah, adil,
kepimpinan, asli, fleksibel, tegas, berorentasikan pencapaian, peramah, paras baik.

17

Menurut Kamus Dewan (2007) kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat
sesuatu seperti cara mengajar. Kualiti penguasaan kaedah yang diaplikasikan oleh guru
semasa proses P&P dilaksanakan di dalam kelas merujuk kepada cara yang disusun oleh guru
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dalam P&P iaitu kaedah projek, kaedah penyelesaian
masalah, kaedah dapatan.
Menurut al-Ghazali kualiti guru dalam P&P ialah memiliki ilmu pengetahuan berkaitan isi
kandungan pelajaran yang diajar . Ilmu pengetahuan adalah perkara utama yang wajib dimiliki
oleh guru kerana dialah penyampai ilmu kepada pelajar. Tanpa penguasaan ilmu yang mantap
dan kukuh bagaimana seorang guru itu dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan
berkualiti. Guru juga bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan berkaitan mata pelajaran
yang di ajar malahan pelbagai ilmu sampingan yang lain seperti psikologi, sosiologi, sejarah,
bahasa dan sebagainya (Abdullah Ishak, 1989). Justeru itu, dengan ilmu dimiliki guru dapat
menyampaikan ilmu dengan lebih yakin dan berkesan.
Menurut al-Ghazali lagi kualiti komunikasi guru dalam P&P merujuk kepada guru dapat
menunjukkan perasaan kasih

sayang ketika berkomunikasi, pandai menasihati serta

mendisiplinkan pelajar melalui interaksi yang positif antara kedua dua pihak. Menurut Kamarul
Azmi Jasmi et al. (2010) menjelaskan komunikasi ialah satu aspek yang penting dalam
pendidikan kerana keberkesanan sesuatu P&P bergantung kepada keberkesanan komunikasi
yang dijalankan. Dalam kajian ini komunikasi merujuk kepada komunikasi yang berlaku semasa
proses P&P di dalam bilik darjah diantara guru dan pelajar.
al-Ghazali juga menyentuh mengenai kualiti penampilan diri guru di dalam kelas.
Menurut Kamus Dewan (2007), penampilan bermaksud perihal iaitu tindakan atau usaha
menampilkan atau mengemukakan seseorang atau sesuatu. Penampilan diri merupakan aspek
penting yang perlu ada pada guru yang berkualiti semasa P&P berlangsung. penampilan diri
merujuk kepada cara berpakaian, percakapan dan tingkah laku guru semasa P&P atau di dalam
kelas. Menurut al-Ghazali penampilan diri guru juga dapat dilihat melalui kasih sayang terhadap
pelajar dan menganggap mereka seperti anak mereka sendiri, prihatin, selalu menasihati
mereka dengan berhikmah, membimbing serta mendisiplinkan pelajar dan sebagainya.
Seterusnya guru juga menurut al-Ghazali tidak memperlekehkan atau merendahkan disiplin
ilmu lain di hadapan pelajar, menyampaikan ilmu iaitu tidak menyembunyikan ilmu yang dimiliki,
ikhlas dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dan seterusnya sentiasa mengamalkan ilmu
yang dimiliki.
18

Konsep Guru Berkualiti
Guru berkualiti diambil dari dua perkataan iaitu ‘guru’ dan ‘kualiti’. Menurut Kamus Dewan
(2007), guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru juga boleh
diertikan sebagai pengajar,pengasuh atau pendidik yang dapat memberikan kesan yang besar
terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal setiap manusia (Noran Fauziah Yaacub et
al., 1990). Menurut Earl V. Pullias dan James D. Yang (1982), guru ialah seorang pembimbing
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dia diibaratkan sebagai pemandu perjalanan
kerana pengalamannya, pengetahuannya akan jalan-jalan yang dilalui dan dia mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam menetukan tujuan dan batas perjalanan itu sesuai dengan
keperluan dan kemampuan seorang murid.
Guru dalam bahasa Arab pula merujuk kepada beberapa istilah iaitu mudarris, muaddib,
murabbi, mursyid dan mu’allim ( Ab. Halim Tamuri et al., 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim
Tamuri, 2010 ). Mudarris menurut Ab. Halim Tamuri et al. (2006) merujuk kepada konsep yang
diasaskan kepada guru cemerlang yang berkesan yang merangkumi lima aspek iaitu ciri-ciri
peribadi yang dimiliki, kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan, kejayaan mewujudkan iklim
dan personaliti bilik darjah yang baik, mempunyai kepakaran serta mempunyai kecekapan dan
kemampuan dalam membuat keputusan yang profesional.
Muaddib dalam lisan al-Arab dalam kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010) adalah merujuk
kepada kata dasar iaitu addaba iaitu merujuk kepada orang yang mengajar orang lain cara
beradab atau melatih dengan sifat beradab (Ibn Manzur, 1997). Muaddib juga merujuk kepada
peranan guru di dalam bilik darjah untuk mengasuh, mendidik, membentuk, membimbing,
menanam, menyuci, menitis dan menyuburkan akhlak mulia, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan
seluruh adab sopan dalam pembinaan dan pembangunan diri para pelajar (Ab. Halim Tamuri et
al., 2006; Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri, 2007). Menurut Rosnani Hashim (1997) juga
guru sebagai muaddib iaitu seorang yang bertanggungjawab dalam menerapkan adab (disiplin
dalam pemikiran, fizikal dan rohani). Seterusnya guru juga sebagai murabbi iaitu dari kata
terbitan tarbiyyah yang bermaksud pendidikan. Langgulung (1987) dalam kajian Zaharah
Hussin (2006) menyandarkan perkataan tarbiyyah kepada firman Allah SWT dalam surah alIsra’, ayat 24 yang bermaksud :
“Hai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka mendidikku sewaktu kecil”.

19

Menurut al-Ghazali (t.t.), guru murabbi juga adalah sentiasa bersifat menyayangi pelajar
dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri, sentiasa memberi nasihat kepada pelajar
dalam segala aspek samaada pembelajaran mahupun tingkahlaku, menjaga disiplin pelajar
melalui cegahan dan teguran yang baik terhadap perlakuan maksiat dan menggalakkan
perlakuan makruf secara kasih sayang. Syed Hossein Nasr (1987) menjelaskan bahawa guru
mengikut perspektif Islam bukan hanya semata-mata sebagai mu’allim tapi juga sebagai
murabbi iaitu mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan akhlak pelajar supaya berjaya di
dunia dan juga di akhirat. Murabbi juga merujuk kepada guru di dalam bilik darajah untuk
menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih sayang, mendidik, mengajar, menyubur dan
memelihara fitrah para pelajar serta memupuk bakat dan kebolehan yang wujud dalam diri
mereka secara beransur-ansur agar dapat berkembang dengan baik selaras dengan
kematangan yang dilalui oleh para pelajar tersebut (Ab Halim Tamuri, 2006).
Sementara perkataan mursyid menurut Glosari Bahasa dan Kesusteraan Arab (1996)
dalam Zaharah Hussin (2006 ) ialah sinonim dengan ahda iaitu memberi petunjuk, dengan itu
kata mursyid

bermaksud orang memberi petunjuk atau orang yang menunjukkan hidayah

kepada pelajar adalah bertepatan dengan tujuan profesion perguruan Pendidikan Islam.
Mursyid juga merujuk kepada aspek kepimpinan guru dalam bilik darjah untuk menjaga,
menasihati, mengarah, membimbing dan memberi petunujuk kepada para pelajar ke arah
pembentukan dan pembangunan diri sebagai insan soleh (Ab. Halim Tamuri, 2006; Kamarul
Azmi Jasmi, 2007). Kalimah seterusnya guru dalam Bahasa Arab ialah mu’allim iaitu bentuk
kata nama ( ism fa’il) yang diambil dari kata terbitan ta’lim yang bermaksud pengajaran.
Langgulung (1987) dalam Zaharah Hussin (2006) mengaitkan perkataan ta’lim dengan istilah
yang terkandung di dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 31 yang bermaksud :
“Dan Allah mengajarkan kepada Adam segala nama, kemudian ia berkat Kepada
malaikat : Beritahulah aku nama-nama semua itu jika kamu benar”.

Menurut Ab. Halim Tamuri et al. (2006), perkatan mu’allim juga merujuk kepada peranan
guru dalam bilik darjah untuk memberitahu, mengajar, memindah dan menyampaikan pelbagai
jenis maklumat, disiplin dan ilmu pengetahuan kepada para pelajar sama ada melalui latihan,
arahan atau sebarang bentuk pengajaran yang dirancang.
Berdasarkan kajian Kamarul Azmi Jasmi (2010), guru ialah seorang yang mempunyai
ketinggian peribadi, cekap dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran lagi
20

mampu mewujudkan iklim dan personaliti bilik darjah yang baik serta mempunyai kepakaran,
kecekapan dan kemampuan membuat keputusan profesional yang bertanggungjawab
menyedia dan merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru juga adalah mereka yang
mengajar para pelajar dengan matlamat selain memberi panduan, nasihat , petunjuk yang baik,
mengelakkan kesesatan, membantu membezakan antara yang benar dan yang salah, melatih,
membimbing, memupuk bakat, serta meningkatkan potensi dan seni. Menurut beliau lagi, guru
juga adalah mereka yang menanam, menyuci, menitis, menyuburkan dan memelihara fitrah
mereka dengan didikan rohani, akhlak, sakhsiah, adab, budaya, dan kemasyarakatan yang
baik. Seterusnya guru juga dalah mendidik, mengasuh, menjaga, membesarkan, mencurahkan
kasih sayang dalam rangka pembentukan dan pembangunan jasmani para pelajar dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sehingga menjadi insan yang bbenar-benar
soleh.
Secara ringkasnya berdasarkan perbincangan definisi guru di atas ialah segolongan
orang yang bertanggungjawab mendidik, mengasuh, membentuk, melatih dan membimbing
para pelajar dalam menbentuk masa depan mereka dan masyarakat dan juga Negara melalui
pembangunan diri pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial .
Oleh itu, sistem pendidikan akan berfungsi dengan baik melalui guru yang berkelayakan dari
semua segi termasuk penghayatan agama, memiliki akhlak

mulia, menguasai bidangnya

dengan baik, memiliki pengetahuan yang luas serta kualiti penampilan diri yang unggul.
Konsep guru berkualiti mempunyai maksud yang hampir sama dengan istilah lain seperti
guru berkesan, guru efektif, guru cemerlang dan guru profesional serta guru unggul. Oleh itu,
dalam bab ini pengkaji turut mengupas konsep guru berkualiti dari sudut guru berkesan, guru
efektif, guru cemerlang, guru profesional dan guru unggul. Konsep guru berkualiti sekiranya
berdasarkan guru cemerlang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi serta
sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran ( KPM, 2007). Terdapat enam ciri guru
cemerlang atau berkualiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan
dipersetujui oleh Jemaah Nazir (KPM , 2003) iaitu :
1) Peribadi

:Guru

cemerlang

ialah

guru

yang

mempunyai

sahsiah

terpuji,

berketrampilandan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan

21

awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model
kepada warga pendidik.
2) Pengetahuan dan kemahiran : Guru cemerlang ialah guru yang menguasai dan
menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya,
menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan
sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan
masalah pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan program tindakan susulan,
berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
3) Hasil Kerja: Guru cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil
pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangssaan (PFK).
4) Komunikasi: Guru cemerlang ialah guru yang memiliki nkemahiran komunikasi yang
tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam
pelbagai situasi.
5) Potensi: Guru cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif,
bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
6) Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru cemerlang ialah guru yang
berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang penghususan masingmasing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.
Istilah guru efektif digunakan dalam kajian Mohd Johdi Salleh (2007) yang menekankan
ciri-ciri guru efektif seperti berikut:
1) Dapat menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama
berdasarkan tahap pencapaian pelajar.
2) Menyediakan rancangan mengajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
bermula dengan mengambil kira masa yang berbeza mengikut pencapaian pelajar,
kelas, bahan bantu mengajar dan kearifan individu tersebut.
3) Memiliki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam bidang yang diajar dan
sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada supaya
sentiasa kemaskini dan menarik serta inprasional.
22

4) Menggunakan kepelbagaian kaedah mengajar supaya pembelajaran menjadi lebih
menarik, mudah difahami dan berjalan lancer.
5) Mementingkan keceriaan, interaksi dan penglibatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan.
6) Dapat meningkatkan motivasi, minat dan mengcungkil sikap ingin tahu dikalangan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
7) Dapat menyampai dan menghuraikan isi pelajaran dengan jelas dan mudah difahami
semasa pengajaran dan pembelajaran.
8) Berkemahiran dalam mengemukakan soalan ujian dan penilaian berasaskan konsep
penyoalan yang sesuai dan menarik perhatian pelajar.
9) Melaksanakan tindakan susulan melalui pengayaan dan pemulihan .
10) Berkemahiran dalam pengurusan bilik darjah bagi mewujudkan keselesaan dan
keseronokan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Sementara menurut Berliner et al. (2005) dalam Kamarul Azmi Jasmi (2010)
menyatakan bahawa guru yang berkualiti dan cemerlang didefinisikan kepada dua aspek.
Aspek pertama ialah menyentuh pengajaran dan pembelajaran yang baik yang mana guru
menguasai dan memiliki segala yang diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aspek
yang kedua ialah pencapaian cemerlang para pelajar melalui usaha guru dalam pengajaran
dan pembelajaran yang berjaya. Selain itu, guru berkualiti juga dikenali sebagai guru berkesan
dalam kajian Azizah Lebai Nordin (1999) iaitu guru yang menguasai isi kandungan ilmu
Pendidikan Islam yang diajarkan kepada pelajar. Di samping itu, guru berkesan juga
berkemahiran dalam ilmu pedagogi bagi membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penguasaan terhadap ilmu yang berkaitan dengan sukatan pelajaran seperti ilmu tajwid, tafsir,
ulum al-Quran, tarannum, fiqah, hadis, mustalah hadis, sirah nabawiyyah, akhlak, sejarah,
psikologi dan lain-lain yang berkaitan juga sangat membantu dalam meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Azizah Lebai Nordin, 1999). Manakala sifat guru
berkesan pula terdiri daripada sifat mesra, bertanggungjawab, bekerjasama dengan guru lain,
sayangkan pelajar, sabar dan kreatif se

Dokumen yang terkait

MANAJEMEN PEMROGRAMAN PADA STASIUN RADIO SWASTA (Studi Deskriptif Program Acara Garus di Radio VIS FM Banyuwangi)

29 282 2

PENGEMBANGAN PROGRAM ACARA CHATZONE(Studi Terhadap Manajemen Program Acara di Stasiun Televisi Lokal Agropolitan Televisi Kota Batu)

0 39 2

Tingkat Pemahaman Fiqh Muamalat kontemporer Terhadap keputusan menjadi Nasab Bank Syariah (Studi Pada Mahasiswa Program Studi Muamalat Konsentrasi Perbankan Syariah Fakultas Syariah dan Hukum UIN Syarif Hidayatullah Jakarta)

1 34 126

Perilaku Kesehatan pada Mahasiswa Program Studi Pendidikan Dokter UIN Syarif Hidayatullah Jakrta Angkatan 2012 pada tahun2015

8 93 81

Implementasi Program Dinamika Kelompok Terhada Lanjut Usia Di Panti Sosial Tresna Werdha (Pstw) Budi Mulia 1 Cipayung Jakarta Timur

10 166 162

Analisis Prioritas Program Pengembangan Kawasan "Pulau Penawar Rindu" (Kecamatan Belakang Padang) Sebagai Kecamatan Terdepan di Kota Batam Dengan Menggunakan Metode AHP

10 65 6

Tinjaun Atas Pelaksanaan Pemotongan Pajak Pertambahan Nilai Sewa Infrastruktur Tower Pada PT. Sarana Inti Persada Bandung

2 31 1

Sistem Informasi Pendaftaran Mahasiswa Baru Program Beasiswa Unggulan Berbasis Web Pada Universitas Komputer Indonesia

7 101 1

Peranan Komunikasi Antar Pribadi Antara Pengajar Muda dan Peserta Didik Dalam Meningkatkan Motivasi Belajar ( Studi pada Program Lampung Mengajar di SDN 01 Pulau Legundi Kabupaten Pesawaran )

3 53 80

Asas Tanggung Jawab Negara Sebagai Dasar Pelaksanaan Perlindungan dan Pengelolaan Lingkungan Hidup

0 19 17