percubaan upsr bahasa melayu pemahaman jempol - Sumber Pendidikan BM KEFAHAMAN jempol

SULIT

NAMA :

TAHUN :

LOGO SEKOLAH

SEKOLAH : __________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 6, 2016

0
1
1

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK
MEI
1 ¼ jam

011

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak di Bahagian A dan 8 halaman bercetak di Bahagian B.

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1


2

“__________ sudah laksanakan titah tuanku,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan
Melaka.
A

Beta

B

Dia

C

Patik

D

Hamba


Jutawan itu kelihatan __________ apabila dilihat memaki hamun pekerja kawasan parkir
kenderaan berhampiran premis perniagaannya.
A

peramah

B

angkuh

C

sangsi

D

baik

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.


3

Puan Qistina berjalan ke bilik guru sambil __________ failnya.
A

memegang

B

membimbit

C

mengelek

D

menjinjing
2


4

Konvensyen itu akan dihadiri oleh beberapa orang __________ dari beberapa buah negara
Asia Tenggara.
A

kenamaan

B

ternama

C

dinamakan

D

bernama


Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5

6

7

Bibi sedang __________ ayam yang sudah diperap menggunakan sebuah ketuhar yang baru
dibeli.
A

menggoreng

B

mengukus

C


memasak

D

memanggang

Gadis ayu itu berjalan dengan lenggang-lenggok sambil memegang __________ payung.
A

sebatang

B

sekaki

C

selaras


D

sebuah

Kakak membakar ____________ ubat nyamuk di dalam kamarnya kerana tidak tahan
dengan gigitan nyamuk.
A

selingkar

B

segelung

C

segulung

D


sekeping

3

8

9

Ibu leka menonton televisyen __________ terlupa untuk menyediakan hidangan makan
malam.
A

maka

B

manakala

C


tetapi

D

hingga

Para peserta kem motivasi itu dibahagikan ____________ dua kumpulan dan aktiviti
dijangka berlanjutan ____________ lewat petang.
A

kepada ... hingga

B

kepada ... sejak

C

ke ... hingga


D

pada ... sejak

10 Perasaan ____________ secara tidak langsung akan hilang apabila kita dapat menceriakan
suasana.
A

huru-hara

B

kacau-bilau

C

gundah-gulana

D

remuk-redam

11 Cikgu Fiza disayangi oleh murid-muridnya kerana beliau tidak pernah ____________
terhadap mereka.
A buruk siku
B
C
D

serkap jarang
pilih kasih
panjang tangan

12 Persahabatan Syahmi dan Aiman bagai ____________ kerana mereka saling bekerjasama
dan membantu antara satu sama lain.
A

isi dengan kuku

B

aur dengan tebing

C

langit dan bumi

D

enau dalam belukar
4

Soalan 13
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13

I
II
III
IV

Mak Wok melatah sebaik sahaja nenek mencolok pinggangnya.
Datuk menggunakan galah untuk mencolok buah rambutan.
Pakaian yang mencolok mata tidak dibenarkan bagi kakitangan awam.
Pasukan keselamatan terpaksa mencolok di kawasan yang gelap bagi memudahkan
rondaan mereka.

A
B
C
D

I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14

“Semua kerja rumah mesti siap hari ini,” ujar Puan Murana kepada murid-muridnya.
Kerja rumah Puan Murana sudah disiapkan hari ini oleh murid-muridnya.
A
Puan Murana menyiapkan kerja rumah murid-murid yang diberi hari ini juga.
B
Murid-murid perlu menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh Puan Murana.
C
Puan Murana mengarahkan murid-muridnya menyiapkan kerja rumah hari ini juga.
D

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.

15

A
B
C
D

Terlalu banyak peristiwa penting telah berlaku pada kurun ke-16.
Oleh akibat cuaca panas, murid-murid tidak dibenarkan bersukan.
Ayah membeli beberapa bungkus nasi lemak ke kedai pagi tadi.
Kedua orang anaknya menuntut di universiti luar negara.

16

A
B
C
D

Harap berjaja di kawasan larangan ini.
Tolong makan hidangan yang telah kami sediakan ini.
Jemputlah masuk, majlis masih belum mula lagi.
Janganlah masuk ke rumah saya, kami sudah lama menunggu.

5

Soalan 17 – 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aktiviti bersenam sangat penting kepada setiap individu. Walau apa-apa pun alasan yang
diberikan, luangkanlah sedikit waktu untuk bersenam. Kamu boleh melakukan senaman di manamana sama ada di rumah, gimnasium, pusat kesihatan atau di taman rekreasi.
Semasa melakukan senaman, tubuh badan menjadi cergas dan dapat meningkatkan
kesihatan diri. Hal ini disebabkan kerana bersenam menjadikan badan kita berpeluh dan segala
kotoran serta toksin di dalam tubuh akan keluar bersama-sama peluh. Kegiatan senaman yang
biasa dilakukan seperti berlari, berjoging, seni mempertahankan diri, dan bersukan boleh
meregangkan sendi-sendi dan otot, sekali gus melancarkan peredaran darah.
Selain itu, aktiviti senaman merupakan satu cara untuk merehatkan minda setelah kita
penat belajar atau akibat tekanan kerja. Selepas melakukan senaman maka fikiran kita menjadi
lapang dan secara tidak langsung kita berasa aktif semula. Bagi mereka yang mementingkan
kecantikan, senaman dapat membantu mereka memperoleh bentuk tubuh badan yang cantik dan
menarik. Dengan bersenam, otot-otot menjadi kuat, badan menjadi tegap dan dapat
mengurangkan masalah berat badan.
Bersenam amat berfaedah untuk mengisi masa senggang kita. Sekiranya masa yang
terluang tidak dimanfaatkan, maka sudah pasti seseorang mudah terjerumus dalam beberapa
aktiviti yang tidak sihat seperti menghisap rokok, berjudi, melepak, dan berpeleseran di pasar
raya.
Justeru, luangkanlah sedikit masa kita untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat seperti
yang disarankan oleh pihak kerajaan. Jika rakyat sihat, negara akan terus mengecap kemajuan.
17

Individu yang mengamalkan senaman dapat
A
B
C
D

18

menyebabkan tubuh berpeluh dengan banyak.
menjadikan tubuh lebih cergas dan minda yang cerdas.
menghasilkan cara penampilan diri yang menarik.
memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

Bagaimanakah aktiviti senaman boleh melancarkan peredaran darah?
A

Melalui proses merehatkan minda

B
C
D

Mengeluarkan peluh yang banyak ketika berjoging
Sendi-sendi dan otot-otot diregang
Toksin dan kotoran keluar bersama-sama dengan peluh

6

19

Aktiviti yang berikut merupakan aktiviti senaman yang patut diamalkan kecuali
A
B
C
D

20

berjoging.
taici.
yoga.
menonton klip video senaman.

Pernyataan yang manakah tidak benar tentang manfaat bersenam?
A

Otak menjadi cerdas dan sihat

B

Penampilan yang tampan dan menarik

C

Menghasilkan minda yang aktif dan bijak

D

Mengamalkan gaya hidup sihat

7

NAMA :

TAHUN :

LOGO SEKOLAH

SEKOLAH : __________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 6, 2016
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK

011

Bahagian B

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU
1.

Tulis nombor kad pengenalan atau
nombor sijil kelahiran dan angka
giliran kamu pada petak yang
disediakan.

2.

Jawapan kamu hendaklah ditulis pada
ruang jawapan yang disediakan dalam
kertas soalan ini.

3.

Serahkan Bahagian B ini bersama-sama
borang jawapan objektif kepada
pengawas peperiksaan pada akhir
peperiksaan.

Untuk Kegunaan Pemeriksa
Kod Pemeriksa :
No. Soalan
Markah
21
(a)
22
(b)
(c)
(a)
23
(b)
(c)
(a)
24
(b)
(c)
(d)
(a)
25
(b)
(c)
(d)

Jumlah

Kertas ini mengandungi 8 halaman bercetak.

30

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam dialog yang diberi.
Bagaimanakah

Siapakah

Mengapakah

bilakah

hendak

Harus

akan

baru

Aziz

:

Selamat sejahtera, adik apa khabar?

Mus

:

Khabar baik, abang. _______________ cuaca di Jordan ?

Aziz

:

Cuaca di sini baik. Ayah dan ibu di mana? Adik, tolong panggilkan mereka.

Mus

:

Ayah dan ibu berada di ruang tamu. Mereka sedang melayan tetamu.

Aziz

:

_______________ yang datang adik?

Mus

:

Encik Zakaria dan Puan Aminah. Abang ______________ bercakap dengan ayah dan
ibu?

Aziz

:

Ya,adik. Sebenarnya abang mahu memberitahu mereka tentang tarikh kepulangan
abang ke Malaysia.

Mus

:

Abang akan pulang bila ?

Aziz

:

Abang _______________ pulang pada hujung bulan ini.
[ 4 markah ]

Soalan 22
a.

Tulis ayat penyata yang paling sesuai berdasarkan jawapan yang diberi.

Ayat penyata :
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Jawapan : Apakah yang dibeli oleh Alia dari butik itu?

[ 2 markah ]
2

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Terima kasih,
Safiq Rahim.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan pepatah yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
[ 2 markah]

3

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila
Parameswara putera raja Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan
Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari
mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari
Termasik oleh penjajah dari Siam pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya
mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu
berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor
pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat
keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda
bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka.
Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon
tersebut.
Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang
dagangan yang boleh didapati di Melaka ialah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat
serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga
cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

a.

Siapakah putera raja Palembang?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Parameswara begitu kagum?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

4

c.

Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Sutera dan porselin dari China

Kain dari Timor serta Coromandel
di Borneo

Betul

Kapur barus dari India, cendana
dari Gujerat

Salah

Emas dan lada hitam dari
Sumatera serta timah dari Tanah
Melayu

[ 2 markah ]

5

Soalan 24
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Daripada :
Kepada :
Subjek :

wani@yahoo.com
syira@gmail.com
Jiran Saya

Syira,
Apa khabar awak di sana? Saya harap awak dan keluarga sihat sejahtera. Semenjak saya
berpindah ke rumah baru dua bulan yang lepas, kita jarang bertemu. Kita tidak lagi pergi ke
sekolah bersama-sama. Di sekolah pun, susah betul untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk
dengan kegiatan di sekolah. Saya rindukan awak.
Syira, saya ingin berkongsi sesuatu dengan awak. Saya mempunyai seorang jiran yang jarang
sekali berkomunikasi dengan jiran tetangga ibarat ‘seperti katak duduk di bawah tempurung’.
Dia kelihatan seperti orang yang baik. Kemungkinan dia memang pendiam dan pemalu
orangnya. Maka itu, saya ingin cuba mendekati jiran saya ini. Saya bercadang untuk
mengajaknya melakukan beberapa aktiviti supaya boleh mengeratkan hubungan kejiranan antara
kami. Saya rasa dia seusia dengan saya. Bolehkah awak memberi beberapa saranan aktiviti yang
boleh kami lakukan? Apa pula manfaat aktiviti-aktiviti tersebut?
Saya akan menantikan balasan e-mel daripada awak. Saya dahului dengan ucapan terima kasih
atas saranan awak itu. Sehingga kita bertemu di sekolah nanti.

Yang benar,
Wani

a.

Perkataan berkomunikasi dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_______________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b.

Apakah tujuan Wani menghantar e-mel kepada Syira?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
6

c.

Apakah maksud ungkapan ‘seperti katak di bawah tempurung’ dalam petikan ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d.

Pada pendapat kamu, apakah aktiviti-aktiviti yang disarankan oleh Syira kepada Wani?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca pusi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kawanku
Nasihatku jangan dilupa
Kata-kata ini amat bermakna
Walaupun di mana-mana kauberada
Keselamatan diri tetap diutama.
Kawanku
Jika kamu hadapi masalah
Usah kamu berasa gundah
Pantang alah jangan pasrah
Tenangkan diri elak amarah.
Kawanku
Awasi dompetmu
Pastikan di sisimu
Biarlah bersama-sama
Takut nanti hilang entah ke mana
Kelak pasti jiwa merana.
Kawanku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.

7

a.

Apakah maksud rangkap pertama puisi di atas?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap kedua dalam puisi di atas?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c.

Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan mutiara kata tersebut.

Elakkan bersendirian di sesuatu tempat untuk mengelakkan penculikan.

Kawanku, nasihatku ini tidak memberi sebarang makna

[ 1 markah ]
Kawanku
Bersendirian tanpa tuju
Mungkin bahaya sedang menunggu
Nanti diculik tak siapa yang tahu.

d.

Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

8