Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi da

Masalah Pendidikan Jilid 27

65

Kurikulum Baru Bahasa Arab Komunikasi dan
Bahasa Arab Tinggi Sekolah Menengah
Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan
Muhammad Azhar Bin Zailaini
Universiti Malaya
Abstract
Communicative Arabic or Bahasa Arab Komunikasi (BAK) and Upper Level Arabic or
Bahasa Arab Tinggi (BAT) subjects are taught in selected secondary schools, namely the
religious secondary schools and Arabic schools in Malaysia. The curricula of these two
subjects underwent review in 2000 to accommodate the current needs of the Ministry of
Education. This article discusses the rationale behind revision of the syllabus of BAK and
BAT. It also explains the major changes in the content of the revised syllabus for both
subjects.
Pendahuluan
Nunan (1988) mentakrifkan sukatan pelajaran bahasa sebagai suatu spesifikasi tentang apa
yang akan diajar dalam satu program bahasa dan yang mana satu akan diajar. Sukatan
pelajaran mungkin mengandungi fonologi, tatabahasa, fungsi, kecenderungan (notions),

topik-topik, terna-terna, tugas-tugas dan lain-lain lagi.
Di Malaysia, sukatan pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah menengah telah
mengalami beberapa perubahan mengikut keperluan semasa. Kurikulum Bahasa Arab untuk
sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990) mula digubal secara rasmi pada tahun 1977
dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam tempoh empat
tahun pertama penubuhan SMKA, Kurikulum Bahasa Arab ini adalah berdasarkan prosedur
peperiksaan mata pelajaran tersebut yang sedia ada di Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Schinggalah pada tahun 1981 apabila Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia menyediakan dua sukatan pelajaran (SP) Bahasa Arab iaitu satu untuk kegunaan di
seluruh SMKA dan satu lagi untuk kegunaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tertentu untuk
tujuan pengajaran bahasa asing.
Kandungan SP tersebut lebih menumpukan kepada penguasaan sorf (morfologi) dan
nahu (sintaksis) dengan objektif untuk membolehkan pelajar menguasai aspek -aspek bahasa
seperti fonologi, morfologi, tatabahasa dan makna

66

Masalah Pendidikan Jilid 27

perkataan. Pelajar juga diharap akan dapat menguasai kemahiran bahasa seperti mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Manakala matlamat tertinggi SP ini adalah agar pelajar
dapat memahami tcks al-Quran dan as-Sunnah (Kementerian Pendidikan,2001).
Apabila Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), Kurikulum Bahasa Arab telah digubal semula. Sukatan Pelajarannya
telah dilaksanakan di semua SMKA, SBP dan Kelas Aliran Agama (KAA) mulai tahun 1991.
Nama Bahasa Arab telah diubah kepada Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Selain dari itu
Kernenterian Pendidikan juga telah mcluluskan satu mata pelajaran baru yang dikenali
sebagai Bahasa Arab Tinggi (BAT) dan dilaksanakan mulai 1992. Maka BAK dan BAT telah
mempunyai SP dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang berbeza, begitu juga dengan buku
teks dan format peperiksaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a).
Kedudukan BAK dan BAT dalam Pendidikan Kebangsaan
Dalam Akta Pendidikan (1996) dinyatakan dengan jelas tentang status bahasa Arab. Perkara
yang menyatakan tersebut adalah seperti berikut :
Seksyen 2. (d) di mana kemudahan bagi pengajaran (iii) bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa
asing lain baleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat
sedemikian. (ms.lv)
Pelaksanaan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan dalam
"Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 - Jadual 3, Jadual 8 dan
Jadual 9" yang menyifatkan Bahasa Arab Komunikasi sebagai Mata Pelajaran Tambahan dan
Bahasa Arab Tinggi sebagai Mata Pelajaran Elektif dalam kumpulan kemanusiaan.

Seterusnya Jadual 13 dan Jadual 14 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 juga memberi peruntukan waktu minimum seminggu bagi matapclajaran
Bahasa Arab Komunikasi sebanyak enam waktu x 40 minit dan bagi Bahasa Arab Tinggi
sebanyak ernpat waktu x 40 minit.
Mata pelajaran BAK ini ditawarkan kepada murid Tingkatan I hingga Tingkatan 5
yang berminat manakala mata pelajaran BAT pula ditawarkan kepada murid Tingkatan 4
hingga Tingkatan 5 yang berminat. Namun begitu, BAK menjadi mata pelajaran wajib yang
mesti dipelajari oleh semua murid

Masalah Pendidikan Jilid 27

67

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di SMKA dan KAA. Begitu juga dengan BAT, ia menjadi
mata pelajaran yang boleh dipelajari oleh semua murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 di
SMKA dan KAA.
Kementerian Pendidikan telah memastikan bahawa guru yang mengajar mata
pelajaran BAK dan BAT mempunyai pengetahuan luas mengenai ilmu-ilmu Bahasa Arab
dengan mernpunyai kelulusan ikhtisas sekurang-kurangnya diploma pendidikan yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan memilih pengkhususan Bahasa Arab (major atau

minor). Walaupun begitu, guru-guru tanpa kelulusan ikhtisas hendaklah mcngikut kursuskursus dalam perkhidmatan berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002d).
Semakan Kurikulum BAK dan BAT
Pada tahun 2000, SP dan HSP BAK dan BAT yang sedia ada telah disemak semula untuk
pelaksanaan tahun 2003. Penyemakan semula kurikulum ini mengambil kira pemberatan
kandungan kurikulum; keseimbangan antara akademik dan bukan akademik; kcperluan
peperiksaan setara dengan kurikulum; tidak terlalu ideologikal; penekanan kepada kreativiti,
estetik, sains dan teknologi, Penyemakan ini adalah berbentuk penyesuaian dan bukan
rombakan kurikulum. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002a)
Antara rasional semakan BAK dan BAT ini dibuat menurut Kcmenterian Pendidikan
(2002a) adalah agar: sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan untuk
memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Islam; dapat diajar dalam bentuk yang lebih relevan,
lebih efisien dan lebih berkesan. Dengan itu, ia mampu untuk mcnghasilkan murid yang
menguasai Bahasa Arab; dan dapat mewujudkan integrasi antara kaum di peringkat
antarabangsa, memenuhi permintaan masyarakat dan menjadi asas yang mantap bagi murid
yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,
Penyemakan ini telah dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral, Bahagian Buku Teks, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian
Pendidikan Guru. Tanggungjawab telah diambil oleh Unit Bahasa Arab, Bahagian
Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral dengan menyediakan strategi pcnyemakan sernula

kurikulum Bahasa Arab di Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan, 2002a),

68 Masalah Pendidikan Jilid 27
Berdasarkan mandat yang telah diberi, Unit Bahasa Arab ini telah melakukan perkaraperkara berikut :








Menyemak, semula SP BAK (gubalan tahun 1989) dan SP BAT (gubalan tahun 1990);
Menggubal HSP BAK Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2000, Tingkatan 2 dan 5 pada
tahun 2001 dan Tingkatan 3 pada tahun 2002;
Menggubal HSP BAT Tingkatan 4 pada tahun 2000 dan Tingkatan 5 pada tahun 2001;
Menyedia dan menerbitkan Buku Panduan Penilaian Kendalian Sekolah Menengah;
Menerbitkan Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab; dan
Menyemak semula dan menerbitkan Buku Panduan Masyru ' Tahbib alLughat alArabiah (Program Sukakan Bahasa Arab) untuk Tingkatan 1.


Sukatan Pelajaran BAK dan BAT
Sukatan Pelajaran BAK disediakan bagi lima tahun pengajian di sekolah menengah dengan
mas a 240 minit minimum dalam seminggu iaitu 6 waktu minimum x 40 minit. (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002e). Manakala SP BAT disediakan bagi 2 tahun pengajian di
sekolah menengah dengan masa 160 rninit minimum dalam seminggu iaitu 4 waktu
minimum x 40 minit. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002f).
Matlamat BAK dan BAT
Matlamat pengajaran BAK seperti yang dinyatakan dalam Kementerian Pendidikan (20D2e)
adalah:
pengajian bahasa Arab di sekolah menengah bermatlamat kepada membolehkan murid
menguasai kemah iran-kemah iran berbahasa iaitu mendengar, bertutut; membaca dan
menulis dengan memberi perhatian kepada kemah iran bertutur; menguasai perbendaharaan
kata dan meningkatkan kepekaan mereka bagi menggunakannya dengan tepat serta
meningkatkan penghayatan akhlak mulia dan nilai-nilai murni. (ms.l)
Jelas bahawa matlamat BAK adalah untuk membolehkan pelajar berkomunikasi
menggunakan bahasa Arab. Ini bertepatan dengan Wilkins (1976) yang telah mencadangkan
agar takrif fungsian atau komunikatif bahasa digunakan sebagai asas dalam membentuk
kurikulum pengajaran bahasa. Keutamaan hendaklah

Masalah Pendidikan Jilid 27


69

diberikan kepada analisis makna komunikatif bukan hanya terhad kepada rumus bahasa
sahaja seperti tatabahasa dan perbendaharaan kata. Keutamaan juga mestilah kepada
kemampuan pelajar menyampaikan makna menggunakan bahasa yang dipelajarinya.
Manakala matlamat pengajaran BAT seperti yang disuratkan dalam Kementerian Pendidikan
(2002f) adalah untuk:
memberi ruang untuk menghargai dan memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa alQuran al-Karim dan bahasa ilmu untuk menguasai maklumat dan kemahiran berbahasa
supaya dapat memahami teks dan bahan-bahan rujukan Arab dalam pelbagai situasi serta
mampu menggunakannya dengan tepat di samping memperluaskan pengetahuan dan
menikmati keindahan berbahasa. (ms.2)
Pernyataan ini menunjukkan bahawa BAT bermatlamat untuk membolehkan pelajar
mendapatkan ilmu dan maklumat dari surnber-sumber Bahasa Arab yang pelbagai
terutamanya al-Quran dan al-Hadith, Perbezaan matlamat antara BAK dan BAT ini
bertepatan kerana pelajar BAT adalah bermula dari tingkatan empat dan mereka telah
mempunyai asas yang agak kukuh dengan mempelajari BAK sebelum itu di tingkatan satu
hingga tiga.
Objektif BAK dan BAT
Satu aspek terpenting dalam sukatan pelajaran adalah pernyataan tentang objektif. Yalden

(1983) mencadangkan agar sukatan pelajaran sesuatu bahasa mengandungi pertimbangan
yang lengkap tentang tujuan yang ingin dicapai oleh pelajar.
Kementerian Pendidikan (2002e) telah menyatakan objektif-objektifBAK seperti berikut:






Membiasakan diri mendengar ayat al-Quran dan al-Hadith yang terpilih dan
rnemahami maknanya secara umum serta membicarakan tentangnya;
Membiasakan diri mendengar siaran Bahasa Arab dan memahaminya serta
membicarakan tentangnya;
Bertutur dengan fasih dan lancar serta berkemampuan mengcluarkan pendapat dan
hujah-hujah dalam situasi-situasi tertentu;
Membaca pelbagai bahan bacaan serta berkemampuan menganalisa, menilai dan
merumus serta membicarakan tentangnya;

70 Masalah Pendidikan Jilid 27
Menulis pelbagai jenis penulisan dan membicarakan tentangnya;



Menguasai kemahiran menulis tiga bentuk khat Arab (Nasakh, Raq 'ah dan Thuluth)
mengikut kaedah-kaedah yang betul;
Menguasai sekurang-kurangnya 3,000 patah perkataan Arab;
Menguasai tatabahasa Bahasa Arab yang mudah serta berkemampuan
menggunakannya;
Berkemampuan mcnggunakan kamus Bahasa Arab; dan
Membiasakan diri menggunakan teknologi maklumat terkini yang berkaitan dengan
Bahasa Arab.






Pernyataan objektif BAK ini menjurus kepada kemahiran berbahasa yang empat iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa Arab dan
penambahan perbendaharaan kata. Menurut Toimah (1989) kemahirankemahiran ini
merupakan asas utama dalam proses berkomunikasi. Finocchiaro dan Brumfit (1983) juga

mencadangkan agar sukatan pelajaran meletakkan pelajar dan tujuan komunikatif sebagai
teras kepada kurikulum.
Kementerian Pcndidikan (2002t) pula telah menyatakan objcktif-objektif BAT seperti yang
berikut:











Mendengar ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadith al-Syarif terpilih
serta memahami maknanya;
Mendengar dan memahami dengan baik siaran dalam Bahasa Arab;
Menggunakan Bahasa Arab secara meluas dalam pelbagai bidang;
Bertutur Bahasa Arab dengan meluas dalam semua situasi;

Menguasai tatabahasa dan retorika yang mudah serta mampu
menggunakannya;
Menikmati keindahan gaya bahasa teks-teks kesusasteraan Arab;
Menguasai sekurang-kurangnya 2,000 patah perkataan baru Arab;
Berupaya menggunakan pelbagai kamus dan sumber rujukan Arab; dan
Membiasakan diri menggunakan teknologi maklumat terkini yang berkaitan dengan
Bahasa Arab.

Objektif BAT ini adalah lebih mcrupakan penggunaan Bahasa Arab sebagai alat untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dari al-Quran, al-Hadith, buku-buku Arab, sumber-sumber
sastera dan teknologi maklumat terkini.

Masalah Pendidikan Jilid 27

71

Kandungan Sukatan Pelajaran BAK dan BAT
Berdasarkan kepada objektif-objektif pembelajaran yang dinyatakan, SP BAK menekankan
aspek-aspek bahasa yang berikut (Kementerian Pendidikan Malaysia,2002e):
 Kemahiran-kemahiran bahasa yang terdiri daripada Kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca dan kcmahiran rnenulis;
 Sistem bunyi. Tajuk yang berkaitan ialah konsonan (sowamit), vokal (sowait), penekanan
suara (nabr) dan intonasi (tanghim);
 Tatabahasa, Ia terdiri dari sistem morfologi (sorf) dan sistem sintaksis (nahu) yang
mempunyai 29 tajuk;
 Kata-kata hikmah (hikam) dan perumpamaan (amthal). Terdapat 41 tajuk yang berkaitan
telah diberi untuk dipelajari; dan
 Perbendaharaan kata, Pelajar dikehendaki mempunyai sekurangkurangnya 3,000
perkataan.
Terdapat juga dalam SP ini 8 surah dari al Quran dan 10 hadis sebagai panduan kcpada guru
untuk rnencapai objcktif yang pertarna iaitu membiasakan diri rnendengar ayat al-Quran dan
al-Hadith yang terpilih dan memahami rnaknanya secara urn urn serta membicarakan
tentangnya.
Sukatan Pelajaran BAT pula menyatakan objektifumum terhadap beberapa aspek bahasa
yang berikut (Kernenterian Pendidikan Malaysia, 2002f):
 Kernahiran-kemahiran bahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan faham,
kemahiran bertutur dan faham, kemahiran mernbaca dan faham, dan kemahiran menulis
dan faham;
 Tatabahasa. Sepertimana BAK ia terdiri dari sistem morfologi (sorf) dan sistem sintaksis
(nahu) dan rnempunyai 25 tajuk yang agak lebih mendalamjika dibandingkan dengan
BAK
 Retorika (balaghah). Bertujuan untuk membina keupayaan memahami keindahan Bahasa
Arab; terdiri dari 15 tajuk meliputi ilmufasahah dan ketiga-tiga cabang ilmu balaghah
iaitu bayan, rna 'ani dan badi ';
 Teks Sastera (nusus adabiah). Ia terdiri dari ayat al-Quran, al-Hadith, wasiat, surat sastera,
pidaro, lelocon, syair Islam, syair emosi, syair so sial dan syair patriotik;
 Kata-kata hikmah (hikam) dan perurnpamaan (amthal). Terdapat 20 tajuk yang berlainan
dari apa yang terdapat dalam BAK; dan
 Perbendaharaan kata. Pelajar disarankan dapat rnenguasai 2,000 perkataan bam semasa di
tingkatan4 dan 5.

72

Masalah Pendidikan Jilid 27

Dilampirkan bersama SP ini beberapa ayat al Quran dari empat surah yang berlainan dan
empat hadith nabawi sebagai panduan untuk mencapai objcktif pertama iaitu mendengar
ayat-ayat al-Quran al-Karim dan al-Hadith al-Syarif terpilih serta memahami maknanya. Juga
dilampirkan 10 petikan teks-teks sastera terdiri daripada wasiat, surat sastera, pidato, lelocon,
syair Islam, syair emosi, syair so sial dan .syair patriotik.
Terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua SP ini. BAK memberi penekanan
kepada kemahiran berbahasa manakala BAT kepada aspek kefahaman teks. Kedua,
tatabahasa yang terdapat dalam BAT adalah lebih mendalam; sebagai contoh, BAT
merangkumi ilmu balaghah dan kritikan teks sastera. Hikam dan amthal dalam BAT dan
BAK juga berlainan.
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran BAK dan BAT
Huraian Sukatan Pelajaran BAK disediakan mengikut tahun pengajian mulai Tingkatan I
hingga Tingkatan 5. Ia mengandungi perincian kepada kandungan SP BAK (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002b). Manakala HSP BAT disediakan mengikut tahun pengajian
mulai Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. la mengandungi perincian kepada kandungan SP
BAT. Fokus yang diberi adalah kepada pembelajaran dan bukan kepada pengajaran
sebagaimana kurikulum yang dahulu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002c).
Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) ini telah mengutarakan beberapa prinsip pengajaran
Bahasa Arab dari segi perancangan, gabung jalin, pcngukuhan, aktiviti pengajaran
pembelajaran dan penilaian. Ini memudahkan guru untuk memahami sukatan pelajaran dan
cara pelaksanaannya dalam bilik darjah. Satu pembaharuan yang terdapat dalam kandungan
HSP BAK dan BAT ialah ianya disediakan dalam tiga lajur.
Lajur I mengandungi senarai bidang pelajaran (BP) iaitu objektif-objektif umum bagi
setiap kemahiran dan aspek bahasa sepertimana yang dinyatakan dalam SP BAK dan SP
BAT. Juga dinyatakan nombor rujukan sebagaimana yang terdapat dalam SP untuk
mcmudahkan kepada struktur kurikulum.
Lajur 2 rnenetapkan hasil pernbelajaran (HP) iaitu senarai kecekapan yang perlu
dikuasai murid mengikut setiap BP. Ia dinyatakan dalam bentuk yang umum berdasarkan tiga
bidang utama iaitu:


Kognitif - tentang pencapaian pengetahuan dan perkembangan hasil intelek;

Masalah Pendidikan Jilid 27 73



Afektif - tentang perkembangan perlakuan dalam minat, sikap, nilai, rohani dan emosi;
dan
Psikomotor ~ kebolehan amah dan perkembangan jasmani.

Satu pembaharuan dalam HSP baru ini ialah konsep aras yang disesuaikan dengan prinsip
dalam kurikulum sekolah bestari. Terdapat tiga aras yang diletakkan berdasarkan pencapaian,
prestasi dan kernahiran pelajar. Aras 1 adalah aras yang paling asas / minimum dan perIu
dikuasai oleh scmua murid. Aras 2 lebih mencabar dan akan dikuasai oleh murid berprestasi
baik, dan Aras 3 lebih mencabar daripada Aras 2 dan akan dikuasai oleh rnurid berprestasi
cemerIang.
Perincian HP berdasarkan bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor dari tiga
aras yang berbeza memudahkan penyediaan bahan pengajaran mengikut situasi bilik darjah.
Konsep aras ini juga selari dengan teras sistem pendidikan negara iaitu pendemokrasian
pendidikan kerana sernua pelajar akan dapat mencapai kemahiran bagi setiap pelajaran sesuai
dengan kemampuan mereka.
Lajur 3 mengandungi cadangan pengalaman pembelajaran (CPP) iaitu cadangan
aktiviti pelajar untuk mencapai HP. Guru diberi panduan secukupnya pada lajur ini untuk
memandu pelajar dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran supaya mencapai obj ektif Lajur 2.
Aktiviti-aktiviri tersebut bersifat komunikatif dengan memanfaatkan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (lCT).
Kesimpulan
Pembaharuan yang terdapat dalam semakan kurikulum BAK dan BAT dari segi kandungan
dan teknik persembahan selaras dengan hasrat penyemakan semula kurikulum oleh
Kementerian Pelajaran terhadap semua mata pelajaran. Semakan kurikulum BAK dan BAT
menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi tuntutan Falsafah
Pendidikan Islam. Kurikulum yang baru ini dapat diajar dalam bentuk yang lebih relevan,
lebih efisien dan lebih berkesan. Dengan itu, ia mampu menghasilkan murid yang menguasai
Bahasa Arab dengan baik.
Rujukan
Finocchiaro, M., & Brumfit, C. (1983). The functional - notional approach:
From theory to practice. New York: Oxford University Press. .
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Akta pendidikan. Kuala Lumpur: KPM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum
kebangsaan). Dalam Akta pendidikan dan peraturan-peraturan. (2004). Kuala
Lumpur: MDC.

74 Masalah Pendidikan Jilid 27
Kementerian Pendidikan Malaysia. (20(H). Keperluan kurikulum Bahasa Arab dalam era
millenium. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002a). Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi:
Kertas dasar kurikulum semakan di sekolah menengah, Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002b). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi KBSM. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002c). Huraian sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi
KBSM. Kuala Lumpur: labatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan. (2002d). Kertas dasar kurikulum semakan BAK & BAT di sekolah
menengah. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002e). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
KBSM. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002f). Sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM
Kuala Lumpur: labatan Pendidikan Islam dan Moral.
Nunan, D. (1988). Syllabus design. Oxford: Oxford University Press.
Toimah, R. A. (1989). Taalim al arabian li ghairi an natiqin biha: Manahijuhu wa asalibuhu.
Rabat: Mansyurat ISESCO.
Wilkins, D. A. (1976). Notional syllabus. London: Oxford University Press.
Yalden, 1. (1983). The communicative syllabus: Evolution, design and implementation.
Oxford: Pergamon.
Zainal Abidin Abd. Kadir. (1990). Pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kertas kerja Seminar Perkembangan Pengajaran Bahasa Arab
anjuran UIA dengan kerjasama KPMdan Maahad al Ulum al Islamiah Wal Arabiah,
Jakarta.