BAHASA KEBAN GSAAN ASSIGN(1). docxv
Bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar abad ke-13 iaitu pada
zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua
franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi
urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok dunia yang berhajat
untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan perdagangan mestilah pandai
bertutur dalam bahasa Melayu.
Kini, keaslian bahasa melayu kurang dititik beratkan oleh orang melayu itu sendiri terutamanya
golongan anak muda. Bahasa melayu yang dikenali dengan kesopanannya telah dicemari dengan
bahasa slanga yang dibawa oleh mereka. Jika dilihat iklan - iklan dan papan tanda masih ada
yang bertulis dalam bahasa asing dan kini penguatkuasaan papaan tanda dan iklan untuk ditulis
dalam bahasa melayu baru terlaksana setelah sekian lama bumi Malaysia ini merdeka.
Menurut Dr. Mohd. Ridhuan Tee (2010), “Sejak dahulu lagi isu ini telah dibangkitkan oleh
pejuang-pejuang bahasa, tetapi ia tidak diendahkan, baharu sekarang kita mahu mengambil
berat. Apakah sudah terlambat? Yang selalu kedengaran adalah kelantangan Dong Zong, Jiao
Zong dan Dong Jiao Zong dalam mempertahankan bermatian-matian akan bahasa ibunda
mereka. Kita baru mula insaf setelah nasi menjadi bubur. Orang lain bukan sahaja sudah insaf
lama, tetapi mereka langsung tidak pernah mengenal erti putus asa.”
Jika sifat ini masih diteruskan tidak mustahil suatu hari nanti bahasa melayu akan luput dek
zaman. Tidak terhenti disitu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan
bahawa pembelajaran ilmu sains dan matematik diperingkat universiti mestilah di dalam bahasa
Inggeris. Ini menunjukkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu pada zaman ini
kurang memuaskan.
Dalam penulisan ini, isu bahasa melayu sebagai bahasa ilmu akan dibincangkan dan diseluruti
dengan lebih mendalam.
Menurut Ku Hasnita, Adlina Ab. Halim dan Muhd. Hafiz Sulaiman (2013) telah menyatakan
mengenai penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi. “Dewasa ini, bahasa Melayu
di bumi Malaysia dilihat seperti kurang bermaya dan diperkecil oleh bangsa sendiri. Buktinya
dapat dilihat apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih
memartabatkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya.”
Sesetengah IPT tempatan telah bertindak mewajibkan urusan pengaaran dan pembelajaran
dijalankan sepenuhnya dalm bahasa Inggeris. Hal ini mencabar kewibawaan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu. Tindakan yang kurang rasional ini juga telah merosakkan agenda Malaysia
untuk memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu di peringkat supranasional.
IPT yang merupakan gedung ilmu sepatutnya menjalankan usaha yang lebih intensif dalam
memantapkan dan memperluaskan pengembangan bahasa Melayu. Ironinya, universiti-universiti
luar negara giat memartabatkan dan memperkembangkan bahasa Melayu melalui penubuhanpenubuhan Kursi Pengajian Melayu, akan tetapi IPT tempatan adalah sebaliknya.
Apabila hal ini disuarakan kepada pihak atasan, alasan yang sama diberikan iaitu masalah
pengantarabangsaan. Disebabkan hadirnya pelajar anatarabangsa yang turut sama menuntut di
institusi – institusi pengajian Malaysia, maka penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) diwajibkan. Jika dahulu sekiranya pedagang asing ingin
berdagang di Melaka mereka seharusnya tahu menggunakan bahasa Melayu. Namun, kini
sebaliknya. Disebabkan pelajar antarabangsa, kita sebagai rakyat Malaysia yang menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpaksa menukarkan sistem P&P ke bahasa Inggeris.
Tindakan ini jelas mencabar prinsip Keluhuran Perlembagaan dalam Rukun Negara melalui
Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, sepatutnya bahasa Melayu
diletakkan mengatasi bahasa-bahasa lain selaras dengan peruntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan. Bahkan menjadi bahasa yang diagungkan oleh segenap lapisan masyarakat dan
institusi-institusi ilmu di Malaysia. (Ku Hasnita, Adlina Ab. Halim dan Muhd. Hafiz Sulaiman,
2013)
Persoalannya adakah bahasa Melayu tidak mampu untuk dijadikan bahasa ilmu sepertimana
yang telah terlaksan di Negara Jepun ?
Usaha kerajaan menggantikan dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam
bahasa
Inggeris)
kepada
dasar
MBMMBI
(Memartabatkan
bahasa
Melayu,
Memperkukuhkan Penguasaan bahasa Inggeris) patut dipuji. Namun begitu, apabila anak – anak
ini memasuki dunia IPT mereka terpaksa untuk mendengar kuliah dalam bahasa Inggeris.
Dasarnya penggunaan bahasa Melayu sebagai bahsa ilmu ini membawa banyak kebaikannya.
Pertama, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu membolehkan pelajar untuk lebih
mendalami pelajaran yang mereka pelajari. Hal ini kerana penggunaan bahasa Melayu yang
merupakan bahasa pertuturan utama pelajar lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa
Inggeris.
Selain itu, perkara ini juga dapat mengelakkan serta mengurangkan masalah plagiarisma yang
berlaku dalam kalangan peajar. Hal ini kerana kebanyakan sumber ilmu adalah dalam bahasa
Inggeris. Jadi, pelajar terpaksa memerah otak mereka untuk menyelesaikan tugasan mereka
sekali gus menjadikan mereka pelajar yang lebih cemerlang.
“Pengamalan bahasa Melayu di IPTA menunjukkan bahasa Melayu masih dipertikaikan
peranannya sebagai bahasa ilmu di peringkat IPTA Malaysia, walaupun terdapat usaha untuk
membawa bahasa Melayu menjunjung bidang keilmuan di IPTA (Noraien & Noor Rohana,
2013).
Kesan daripada kurangnya pengamalan IPT dalam penggunaan bahasa Melayu Membuatkan
pelajar – pelajar kurang berminat dengan bahasa Melayu. Kini, dapat kita lihat bahawa mereka
sendiri kurang berkeyakinan dalam bahasa Melayu. Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang
datang daripada barat lebih baik. Hal ini membuatkan mereka lebih bermegah dalam
menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
Menurut Noraien & Noor Rohana, (2013). Pengamalan bahasa Melayu di IPTA negara secara
jujurnya telah mencerminkan ketidak yakinan kita sendiri terhadap bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa ilmu yang digalas oleh bahasa Melayu selama ini sebagai wahana
penyampaian ilmu dalam sistem pendidikan Negara
Terdapat ramai rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu yang berpengaruh, tidak yakin bahasa
Melayu boleh digunakan sebagai bahasa ilmu tinggi, kerana percaya hanya bahasa Inggeris
sahaja sebagai bahasa global.
“Ramai ahli akademik termasuk Melayu, yang yakin bahawa bahasa Inggeris sahaja yang
unggul dan bersama-sama meraih kedudukan dalam arena tempatan atau arena global (Ibrahim
Komoo, 2013). Justeru, jika golongan akademia dan ilmuwan negara sendiri tidak yakin dengan
keupayaan Bahasa Melayu, maka akan sukarlah bahasa ini untuk dijulang sebagai bahasa ilmu
tinggi.
Kajian Penerbitan Ilmiah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Tinggi dalam Kalangan Ilmuwan
Negara memaparkan bahasa Inggeris mendominasi penerbitan ilmiah bagi ketigatiga kategori
yang dikaji iaitu penerbitan buku, artikel dalam jurnal dan artikel dalam prosiding.
Dapatan kajian kali ini selari dengan hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Noraien
& Noor Rohana, 2013, yang mendapati bahawa “…penerbitan secara khusus dalam aspek
penerbitan artikel jurnal, jurnal dan modul pengajaran masih memperlihatkan bahasa Inggeris
sebagai media utama penyampaian dan penghasilan karya”.
Daripada 13 kluster yang terlibat dalam kajian ini, hanya Kluster Politik dan Hal Ehwal
Antarabangsa mencapai peratusan yang seimbang dalam penerbitan ilmiah bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Malah penerbitan bagi kategori buku dalam bahasa Melayu merupakan hanya
satu-satunya kluster yang mencapai tahap 73% dalam bahasa Melayu berbanding 23% dalam
bahasa Inggeris. Kesemua kluster yang terlibat memperlihatkan penghasilan karya penerbitan
ilmiah yang tertinggi dalam bahasa Inggeris terutama bagi kategori penerbitan artikel dalam
jurnal dan artikel dalam prosiding.”
Petikan berikut dipetik dari sebuah jurnal oleh Pusat Pendidikan Asas dan Liberal, Universiti
Malaysia Terengganu, Terengganu.
Kurangnya penerbitan bagi kategori buku dalam bahasa Melayu adalah akibat daripada kurang
mendapat pasaran dalam kalangan masyarakat. Penulis lebih berminat unruk menerbitkan buku
atau lain –lain bahan ilmiah dalam bahasa Inggeris kerana mereka berpendapat selain mendapat
pasaran yang lebih luas, buku mereka mendapat nilai lebih tinggi berbanding buku yang di tulis
dalam bahasa Melayu.
Oleh itu, di sini dapat kita simpulkan, penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek
“bahasa ilmu” semakin merosot, malah bahasa penjajah pula yang diagung-agungkan.
Menurut Dr. Salleh, dominasi bahasa Inggeris dan persepsi masyarakat terhadap bahasa Melayu,
menyebabkan bahasa ini mengalami pengurangan fungsinya dalam banyak bidang. Ini ditambah
pula dengan kurangnya pembudayaan bahasa Melayu dan lunturnya rasa kecintaan terhadap
bahasa kebangsaan sebagai asas jati diri menyebabkan bahasa itu terpinggir daripada arus
pemodenan. ( Risdan Ahmad,2015 )
Jelasnya, untuk melihat bahasa Melayu dimartabatkan dalam pelbagai bidang bukanlah sesuatu
yang mudah untuk dilakukan sekalipun tidak mustahil dijayakan. Impian inilah antara matlamat
perjuangan yang masih belum selesai walaupun negara sudah lama mencapai kemerdekaan.
RUJUKAN
1. Rasdan
Ahmad,
Kiasu
Terhadap
bahasa
Melayu,
15
Julai
2015,
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/kiasu-terhadap-bahasa-melayu1.110695#sthash.ehW3vH1v.dpuf
2. Dr. Mohd. Ridhuan Tee, Nasib Bahasa Melayu di Bumi Melayu, 17 Oktober 2010,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
3. Ku Hasnita Ku Samsu, Adlina Ab Halim & Mohd Hafiz Sulaiman, Keupayaan Bahasa
Melayu di Persada Antarabangsa, 2013, UKM
4. Noraien Mansor dan Noor Rohana Mansor, Journal of Business and Social Development,
3 Mac 2015, UMT
NAMA
: NUR LINA KHALIDA BT HARIF FADZILAH (M151116134)
: NUR NAJIHAH BT RUSLAN (M151114934)
COURSE
: BAHASA KEBANGSAAN
LECTURER
: PN. HASLINAWATI BT
GROUP
: MPW 2013- BK (A)-3