SKDK PSS Karya Besar & Karya Agung

  Senarai Nama Sasterawan Negara sehingga 2012

  1. 1981 : Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas 2. 1982 : Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 : Datuk Dr. Usman Awang 4. 1986 : Datuk A. Samad Said 5. 1988 : Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau Arena Wati 6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 : Datuk Noordin Hasan 8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain 9. 2001 : S. Othman Kelantan 10. 2009 : Dr. Anwar Ridhwan 11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)

   Karya-karya Agung (Besar) Definisi

  Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

  Rasional

  Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis- penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental dan rohani yang diperlukan oleh manusia.

  Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

  Objektif

  1. Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah melalui penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan yang bermutu.

  2. Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.

  3. Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif

  4. Melahirkan masyarakat berilmu dan menghayati budaya ilmu 5. Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.

  Kriteria

  1. Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan pemikir berwibawa.

  2. Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-karya terjemahan.

  3. Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.

  4. Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  5. Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, agama, bangsa, atau kaum.

  6. Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.

  7. Karya asli.

  8. Karya-karya besar dalam bentuk edisi pelajar adalah diterima.

  Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung (Besar)

  Bahasa Inggeris Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas) Karya Klasik

  31. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal

  24. Wuthering Heights - Charlotte Bronte

  25. The Tale of Two Cities - Charles Dicken

  26. Jane Eyre - Charlotte Bronte

  27. The Pearl - John Steinbeck

  28. Sons and Lovers - D.H. Lawrence

  29. The Pygmalion - George Bernard Shaw

  30. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde

  32. Centerbury Tales - Chaucer

  22. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.

  33. Lord of The Rings - L. Tolkien

  34. Collections of Khalil Gibran Karya Bacaan Matang dan Bukan Fiksyen (Menengah Atas)

  1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan B.Inggeris)

  2. The Wealth of Nation - Adam Smith

  3. The Republic - Plato

  4. The Prince - Machiavelli

  5. Utophia - Sir Thomas More

  23. Gone with the Wind

  21. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.

  1. Hamlet - William Shakespeare

  9. Twelfth Ninth - William Shakespeare

  2. Romeo and Juliet - William Shakespeare

  3. The Merchant of Venice - William Shakespeare

  4. Cleopatra - William Shakespeare

  5. The Tempest - William Shakespeare

  6. As You Like it - William Shakespeare

  7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare

  8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare

  10. King Lear - William Shakespeare

  20. Animal Farm - George Orwell.

  11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare

  12. Henry V - William Shakespeare

  13. The Prince of Padua - William Shakespeare

  14. Illiad & Odyssey - Homer

  15. Oedipus - Socrates

  16. Pride and Prejudice - Charlotte Bronte

  17. To Kill A Mockingbird - Harper Lee

  18. Roots - Alex Haley 19. Of Mice and Men - John Steinbeck.

  6. In Praise of Folly - Erasmus

  12. Gelora - Arena Wati

  2. Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid

  11. Badai Semalam - Khatijah Hashim

  10. Rantau Selamat - Abdullah Hussein

  9. Biru Warna - Awang Had Salleh

  8. Anak Titiwangsa - Keris Mas

  7. Rentong - Shahnon Ahmad

  6. Interlok - Abdullah Hussein

  5. Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim

  4. Samudera - Arena Wati

  3. Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin

  2. Desa Pingitan (1964) - Ibrahim Omar

  5. Sisa Neraka Dunia - Ahmad Lutfi

  4. Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasarudin

  3. Gelombang Hidup - Abdullah Sidek

  1. Puteri Gunung Tahan - Pak sako

  Bahasa Melayu Sekolah Menengah Karya Klasik

  Lain-lain

  7 Anak Mat lela Gila - Pak Sako

  6 Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang

  5 Salina - A.Samad Said

  4 Uda dan Dara - Usman Awang

  3 Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka

  2 Salah Asuhan - Abdul Moies

  1 Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad

  Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah

  Hikayat Raja Donan 6. Hikayat Malim Deman 7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda 8. Hikayat Amir Hamzah 9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah

  4. Hikayat Laila Majnun 5.

  Hikayat Merong Mahawangsa 3. Hikayat Malim Deman

  1. Tuhfat An-Nafis 2.

  • 1. Sungai mengalir Lesu (1967) - A.Samad said
  • 1. Srengenge (1973)

  15. Sami Mekong - Azizi Hj. Abdullah

  7. Ngayau - Amil Jaya Karya terbitan Tahun 80an 1 . Tok Guru - Shahnon Ahmad

  15. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan

  14. Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad

  13. Langit Petang - A. Samad Said

  12. Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh

  11. Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi

  10. Meniti Cahaya - Ghazali MA

  2 . Daerah Zeni - A. Samad Said 3 . Hujan Pagi - A. Samad Said 4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas 5 . Rimba Harapan - Keris Mas 6 . Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah 7 . Mega-Mega di Langit - Talib YK 8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa 9 . Buih di Atas Air - Abdullah Hussein

  6. Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis

  16. Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan

  5. Kunang-Kunang - Zahari Afandi

  4. Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi

  3. Lingkaran - Arena Wati

  2. Seluang Menodak Baung (1978)

  19. Daerah Tercinta - Muhd Mansor Abdullah

  18. Saga - A. Talib Hasan

  17. Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan

  16. Terang Bulan - Rahmat Harun 17. Arus - Anwar Ridhwan.

  MAKSUD KARYA AGUNG KARYA AGUNG KARYA AGUNG ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,

pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya

itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang

melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk

tradisi dan identitinya yang tersendiri. Kita mengenal tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan

bangsa-bangsa yang lain melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh

pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan

pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau

dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa

hingga ke zaman ini.

KARYA AGUNG MELAYU

  KARYA AGUNG MELAYU ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta

seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dahulu kala dalam menggambarkan idealisme,

nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya

melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah

kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini.

  Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, atau orang Aceh, orang Bugis, orang Minangkabau, dan lain-lain yang menghasilkan karya itu. Dari segi ini sempadan

geografi dan etnik tidak timbul, tidak kira di manakah daerah asalnya di Dunia Melayu ini,

dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa, unsur-unsur pemikiran,

sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurun.

KARYA AGUNG DUNIA MELAYU

  

KARYA AGUNG DUNIA MELAYU dimaksudkan kepada karya agung di kawasan Dunia

Melayu yang terdapat dalam bahasa-bahasa serumpun atau bahasa-bahasa Malayo-Polinesia

yang lain. Terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain yang diiktiraf dalam bangsa

berkenaan sebagai karya agung, antaranya Nagarakertagama atau Serat Centhini yang ditulis

dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo yang ditulis dalam bahasa Bugis. Karya-karya yang seperti ini jika sesuai dengan takrif Yayasan, boleh diterima sebagai Karya Agung Dunia

Melayu dan bolehlah dimasukkan ke dalam rancangan Yayasaan untuk dikaji, diperkenalkan

dan diterbitkan dalam bahasa Melayu melalui terjemahan.

  Karya Agung (Ditulis oleh Mohamad Basri Hamzah)

Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa

dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata

bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang

dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti

budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.

Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 14 judul Karya Agung dan 1

judul Buku Pengenalan Karya Agung . Penerbitan Karya Agung Justeru itu, tidak dapat dinafikan,

penekanan terhadap aspek kualiti dalam menghasilkan Karya Agung meninggalkan impak yang

mendalam dalam karya tersebut. dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana

yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Senarai karya agung:

  Sulalat al-Saltin : Juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Naskhah tertua pernah ditemui ini

   dikarang di Johor pada tahun 1612, atas titah raja oleh Bendahara Paduka raja (Tun Seri Lanang) Episod-episod yang dipaparkan dalam karya ini memberi maklumat penting tentang keturunan raja-raja Melayu serta adat istiadatnya, dan peristiwa-peristiwa bersejarah dalam perjalanan kerajaan Melayu Melaka dan tanah jajahannya.

  Hikayat Hang Tuah : Dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 ini adalah satu-satunya

   epik Melayu yang mewakili bangsa itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya, dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini: ”Takkan Melayu Hilang di Dunia’.

  Tuhfat Al-Nafis : menceritakan sejarah kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerjaan Melayu yang

   paling kompleks dan canggih. Dari segi kronologi, latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat Al-Nafis meliputi peristiwa di kalangan semua kerajaan Melayu di Semenjung Melayu dan Kepulauan Riau- Lingga (termasuk Singapura), di Siak (Sumatera Timur), di Kalimantan Barat, di Sulawesi Selatan, dan di Betawi.

  Hikayat Merong Mahawangsa : Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar

   tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal-usul keturunan raja-raja Kedah dari sudut mitos dan lagenda. Kehandalan pujangga tidak bernama dari istana Kedah ini ialah menggembelengkan kedua-dua unsur mitos dan realiti sejarah dalam penulisannya.

  Hikayat Raja Pasai : Karya ini berkemungkinan dikarang dalam jangka waktu dari tahun

   1211 hingga 1400. Hikayat ini mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, sebuah tempat di Sumatera Utara, di situ agama Islam mula bertapak di Gugusan Pulau-pulau Melayu, iaitu pada abad ke-13.

   Hikayat Acheh : Karya ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda di Acheh (tahun 1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu- Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511.

  Pantun Melayu: Bingkisan Permata : Karya ini menghimpunkan sejumlah 4000 pantun,

   puisi istimewa ciptaan orang Melayu yang tiada tolok bandingnya.

  Syair Ken Tambuhan : Karya ini selesai disalin pada 20 September 1840 di Kampung

   Melayu, Negeri Makasar. Karya jenis hikayat atau cerita panji ini dikarang dalam bentuk syair, berbeza dengan kebanyakan cerita panji yang dikarang dalam bentuk prosa.

  Undang-undang Melaka : Karya undang-undang Melayu yang tertua ditemui setakat ini

   dan belum pernah dicatatkan dalam mana-mana katalog naskhah Melayu lama. Undang- undang ini dipercayai digubah pada zaman pemerintahan sultan Melaka pada pertengahan

  Melaka.

  Hikayat Abdullah : Hasil karya Abdullah Munsyi yang selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di

   Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu di rantau ini sedang menghadapi cabaran politik, ekonomi, dan budaya yang luar biasa dari dunia Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu

supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif.

  Cerita Lipur Lara : Lima buah cerita lipur lara yang dimuatkan dalam buku ini adalah cerita

   lisan yang dirakamkan oleh pegawai-pegawai Inggeris terutama W.E. Maxwell dan R.O. Winstedt seawal tahun 1886, bertujuan mendalami ilmu tentang manusia Melayu di kalangan pegawai serta sarjana Barat. (Cerita Seri Rama, Cerita Malim Dewa, Malim Deman, Cerita Anggun Cik Tunggal, Cerita Raja Muda).

  Bustan Al-Katibin : Bustan al-Katibin ialah sebuah karya paling awal tentang Bahasa Melayu

   yang disusun oleh seorang ilmuwan dan budayawan Melayu yang ulung, Raja Ali Haji.

  Hikayat Sang Kancil, Pelanduk Cerita Jenaka Melayu : sebelas buah cerita jenaka, iaitu

   Dengan Anak Memerang, Pak Kaduk, Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Hikayat Pelanduk Jenaka, Hikayat Musang Berjanggut dan Hikayat Abu Nawas. Sebagai salah satu genre penting kesusasteraan tradisional Melayu, cerita Jenaka Melayu mempunyai dua fungsi atau tujuan. Pertama, tujuan untuk menghibur, dan kedua untuk menyampaikan “ilmu” atau pengajaran kepada khalayak yang cuba disampaikan oleh “tukang cerita” samada secara sedar atau tidak disedari melalui cerita hiburan tersebut.

  Hikayat Panji Jayeng Kusuma : merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa

   Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam karya ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam karya ini adalah di kalangan anak-anak raja daripada beberapa buah kerajaan seperti Kuripan, Daba, Gagalang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Laseri.

  Hikayat Inderaputera : Karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang sangat terkenal

   dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga abad ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam (Kemboja) dan Mindanao (Filipina). Sejumlah 30 naskhah diketahui masih ada, terpelihara di Perpustakaan Belanda, Great Britain, Jerman, Perancis, Belgium, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia.

  Buku Pengenalan Karya Agung : Buku pengenalan karya Agung ialah buku kecil yang

   memuatkan rasional penubuhan dan penerbitan Karya Agung sejak projek ini dimulakan. Buku ini juga bertujuan memperkenalkan Karya Agung kesusasteraan Melayu tradisional yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan.

  Buku

  Tulang-Tulang Berserakan (2006), ISBN 978-983-3742-00-9 Hardcover / Acid Free Paper : RM 75.00

  Paperback : RM 50.00 Status : OUT OF STOCK

  (May pre-order) Delivery charges according to postal address and logistic costs.

  

  ——————-x——————– Turunnya Sebuah Bendera (2007), ISBN 978-983-3742-01-1

  Hardcover / Acid Free Paper : RM 65.00 Status : AVAILABLE WHILE STOCKS LAST Delivery charges according to postal address and logistic costs.

  

  ——————-x——————– Scattered Bones (2009), ISBN 978-983-068-068-349-6 Paperback / Acid Free Paper : RM 45.00

  Status : AVAILABLE WHILE STOCKS LAST Delivery charges according to postal address and logistic costs.

  

  ——————-x——————– Jiwa Hamba/Enslaved Soul (2009), ISBN 978-983-068-310-2

  Paperback / Acid Free Paper : RM 40.00 Status : AVAILABLE WHILE STOCKS LASTS Delivery charges according to postal address and logistic costs.

  

  ——————-x——————– Sahabatku; Puisi-puisi 5 Bahasa (2009), ISBN 978-983-3742-06-6

  Koleksi Buku: Sastera Kanak-kanak di Tangan A. Samad Said

  Pada hujung minggu yang lalu saya berkesempatan ke Jalan Tunku Abdul Rahm

  Koleksi Buku: Di Atas Padang Sejarah - A Samad Said

A. Samad Said

  Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas. Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

  Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

  Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel seperti Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award

  Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003) Hasil karya:

  1. 2.

   3.

  4.

  5. a

  6. 7.

   8.