PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MUR

PENTINGNYA PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID
BERKEPERLUAN KHAS
ISU ;
KESEDARAN GURU TENTANG PENTINGNYA
PERGERAKAN KREATIF KEPADA MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
DI SEKOLAH RENDAH
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan
perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan
memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar
mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa
bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak
mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama
dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai
individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan
kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan
persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang
sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan
ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan
dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut
pendapat Dauer dan Prangrazi (1983),

kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan
sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan
kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari
penghidupan.
Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas
kanak-kanak iaitu:

a. Keinginan untuk bergerak.
b. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan.
c. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup
bermasyarakat.
d. Keinginan untuk bersaing.
e. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik.
f. Keinginan untuk mengembara.
g. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.
h. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti.
i. Keinginan untuk mengetahui.
Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada
pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu
seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan

mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali
kepada murid berkeperluan khas.
2.0 DEFINISI
Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan
Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di
antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya
silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah
yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan
daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya
ekspresi.
Gladys Andrew Fleming menggunakan istilah ‘Pergerakan Kreatif’ untuk
pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau mentakrifkan istilah ini sebagai
penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui
perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang
individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen
utama dalam geraktari : untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau

kepuasan peribadi (Fleming, 1976).
Mengikut pendapat Margaret H’Doubler; geraktari kreatif ialah sejenis
tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang

individu. Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana
aktiviti yang merangsang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual.
Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati serta menghadapi
tuntutan-tuntutan hidup dengan berkesan (H’Doubler, 1925). Bentuk
geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada daya
ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa
yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk
menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan
perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri
yang disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.
Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif
mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
I. penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan
daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen
tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973;
Dimondstein, 1983; Stinson, 1982).
II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang
bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama
pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanakkanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta
menjadikannya sebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein,

1983).
III. Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang
menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak
menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu
mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam
melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh

jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976).
IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti
kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung
dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan
terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani.
Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan
meyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai
kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek.
(H’Doubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).
V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas
yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama,
cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson,
1982; Dimondstein, 1983).

VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan
koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang
bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan,
kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluangpeluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta
fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).
1.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIF
Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak
memberi sumbangan serta mempengaruhi arah perkembangan program
pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1960-an
berpendapat:
Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan
kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau
kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari
segi fizikal, mental dan sosial.
Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para

pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka
agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan
kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Bagaimanapun
nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif

bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut.
Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh
individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalaman-pengalaman
kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama,
imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi,
sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama insan
yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan
Shapiro 1973; Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli,
1982). Aktiviti ini juga bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga untuk
mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan dan mood
(Russell,1975)
Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas juga
akan memperolehi banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan teratur dan
sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar pendidikan jasmani kreatif, guru
tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar minat dan rasa
tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan yang
yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat:
5.1 Meningkatkan Kecergasan:
Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah
letih terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan

mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan
seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan pada
diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini
kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah
penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan

fizikal terdapat empat komponen penting iaitu:
ü Kecergasan kardivaskular
ü Kecergasan kekuatan dan ketahanan otot
ü Kecergasan kelenturan dan
ü Kecergasab bverat badan.
Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health,
physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif
berhubung kecergasan iaitu:
kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang
itu mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia
memberi implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk
hidup dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya.
Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental,
emosi, social dan spiritual yang menjadi komponen-komponen dalam konsep

kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara
satu sama lain. (Schurr, 1975).
Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan
seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam
mempelajari kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 :
Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan
ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulangtulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya.
Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah
berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan menyebabkan
tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui pergerakan
kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula
kekuatan tulang-tulang.
5.2 Alat Teraputik

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak
bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan
program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka menjadi
cergas dan efektif dari segi fizikal.
Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif
dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid

berkeperluan khas. Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam tulisannya antara
lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk kanakkanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai
aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut
digalakkan dan dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu
mendalaminya untuk kebaikan murid-murid berkperluan khas.
Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing Creative
Mmovement Experiences for the Handicapped, beliau menulis :
Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada
kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan
perkembangan imejkendiri yang positif, dengan menggerakkan keinginan
dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan
kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah,
dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan
pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan
mengembangkan kebolehan-kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan
menyuburkan pengalaman-pengalaman estetika.
Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluan-keperluan
yang unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak
berbeza dari segi ini. Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan diri
mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa keriangan dan

keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk
memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu

koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman
dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin mencipta
dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung.
Matlamat-matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai
pendidikan khas ada menyatakan dengan jelas bahawa ia (pendidikan
khas) :
… mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah
laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun
yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal, keselamatan
dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran akademik
yang fungsional.
Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif
mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya dengan
cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktri mampu meredakan
ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan
seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak
untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas.

Pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan
individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari
teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa
ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin
(Leventhal, 1980).
Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan
meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan perkembangan
peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka.
Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini,
terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan
pergerakan ritual serta ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab untuk
merawat kecelaan yang dihidapi oleh kanak-kanak. Aktiviti jasmani

memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan mereka,
dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping),
lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di
antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka yang
lemah daya koordinasinya.
Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan tumpuan
kepada kanak-kanak ceberal palsy dan mental retardation supaya kanakkanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti pergerakan
kreatif.

5.3 Sosialisasi
Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling
mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran,
maka ia sewajarnya menjadi satu seni ‘pergaulan’ (socialization) – suatu
perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik
berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan
aktiviti ini kerana mereka begitu sukar untuk bergaul , menerima arahan
dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid berpeluang:
ü Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat
ü Bersosialisasi
ü Menyemai minat-minat baru
ü Meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain
ü Membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan
ü Mencari saluran untuk pernyataan kendiri.
Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan
menunjukkan contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan

sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang
termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang
dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia memberi
peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama
dan bersosial. Clara Furst dan Mildred Rockefeller (1981), … kebanyakan
kemahiran interaksi social yang penting yang dibentuk itu boleh
diaplikasikan di luar bidang …. Mereka belajar cara memimpin dan juga
cara-cara menurut.
Joyce Boorman (1971) menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial
yang bermanfaat ini dari segi’memimpin’ dan ‘mengikut’, seperti berikut:
Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak
menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup
mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanakkanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan
menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh
rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanakkanak itu terpaksa membuat penyesuaian-penyesuaian yang mungkin
menuntutnya melupakan buat sementara waktu kepimpinan kelompoknya
dan sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah
digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi
berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya
memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak
boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu
kanak-kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu ‘memimpin’
dan ‘mengikut’.
Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan
menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama,
persaingan, ketertiban, kebertanggungjawaban, saling mempercayai dan
menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk kedua-

duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid khas boleh dibentuk
ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama. Guru hendaklah
bersabar dan tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut
arahan.
5.4 Meredakan Ketegangan Perasaan dan Tekanan Jiwa
Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat
mengawal peerasaan dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan
kreatif ketegangan tersebut dapat diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak
ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan pergerakan kreatif
untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan aktiviti yang berfaedah.
Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai unsure-unsur dorongan
bermain yang semulajadi. Hartley, Frank dan Goldensen (1964),
menyatakan :
Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu
persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk
menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling
membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.
Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah
katarik yang mampu melegakan tekanan-tekanan katanya:
Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana bukanlah
tujuan utamanya untuk melepaskan ‘tekanan perasaan’ semata-mata.
Walaupun benar ‘tekanan perasaan’ dapat diredakan namun itu bukanlah
tujuan akhir; sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan kepada jenis
aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu
sendiri, usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama ,
bentuk serta hubungan antara gerakan tubuh – gerakan yang merangkumi
gerakan sebenar dan pada ketika membuat persediaan dalaman untuk
bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal selepas selesainya

sesuatu pergerakan. (North, 1973).
Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga
kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam.
Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Muridmurid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru
berperanan membentuk mereka. Katarsis – konsep tujuan ‘meredakan
ketegangan’ adalah dinyatakan dalam contoh berikut:
Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak menentang
mereka habis-habisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan
menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedang-pedang khayalan,
mereka memusingkan tangan-tangan mereka menghala ke semua arah
dalam pergerakan yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap
musuh-musuh bayangan. (Ayob, 1985: 48)
Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan
lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan
tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik yang
ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak mempunyai
kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang
kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan
riang semasa bermain.
Winters(1975) menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaanperasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanak-kanak melalui
pergerakan iaitu:
ü Melahir perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka.
ü Melahirkan perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi,
emosi dan sosial rakan sebaya.
ü Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal
berbanding dengan golongan dewasa.

ü Melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan secara lebih spontan
daripada golongan dewasa.
ü Mempunyai masa yang terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan
simbol-simbol pergerakan yang bersifat univerrsal, dan oleh itu mereka
melahirkan perasaan mereka dengan cara yang lebih spontan, bebas
daripada sebarang tekanan.
ü Tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang
mencukupi untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan mereka
secara verbal (Winter, 1975)
Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran
yang dapat membantu kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea
dan melahirkannya melalui pergerakan.

5.5 Kemahiran Bertutur
Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan
permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan
minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini
akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran
fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan
dengan betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja.
Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik
minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Murid-murid khas
akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui
nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk
mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat
tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi yang jelas
dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan,
intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid
memperbaiki lisan.

5.6 Meningkatkan Kreativiti
Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa
kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak
untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas
pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga
kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas
tidak terkecuali mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi
kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti
perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh
kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan
pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia dapat
memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanak-kanak.
Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan mengembangkan daya
kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan
bertindak dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak, spontan
dan tanpa perancangan awalan. Kreativiti melambangkan bakat semulajadi
kanak-kanak dan ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik
darjah yang bersifat mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti
adalah pendekatan pengajaran yang bersifat semulajadi dan
menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajar-pelajar berkeperluan
khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming :
Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri
kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya
ialah ekspresi yang kreatif,kanak-kanak yang giat bekerja, iaitu mereka
yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajah-wajah
mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran penggunaan tenaga,
(fizikal dan mental). Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan
mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak itu ‘berfikir’

serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit daripada
curahan perasaan mereka (Fleming, 1976)
Dalam diri setiap kanak-kanak termasuk murid khas terdapat kebebasan
untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan
mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian: ekspresi
yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif.
Rumusan
Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi
kesan yang mendalam kepoada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk
melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan
kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal,
keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif.
Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan
menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk
pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas
berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.
Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap muridmurid pendidikan khas yang sering di label sebagai nakal, tidak mendengar
kata, tidak berdaya dan sebagainya. Sebaliknya guru hendaklah berusaha
dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya. Murid pendidikan khas
tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka sendiri. Guru dan
masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan yang
sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga
dengan kanak-kanak ini. Fleming (1976) telah mengubah satu “Akta Hak
Asasi” untuk kanak-kanak yang berbunyi:
Biarkan saya membesar mengikut keupayaan saya
Dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya;
Tidak seperti yang dikehendaki oleh emak

Atau tidak seperti yang diharapkan oleh bapa
Atau guru saya memikirkan apakah sepatutnya saya menjadi.
Tolong cuba memahami dan menolong saya membesar seperti saya!
(Fleming, 1976).
Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti
mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk
menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guruguru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk
mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program
pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama
jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai
masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak yang
mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru.
Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya
pergerakan kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan
mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah
murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk
melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.