BENCANA ALAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

BENCANA ALAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1
Khairul Hamimah M.Jodi (hamimahm@unitar.edu.my)
Center For Languages & General Studies,
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Zawiah Hj Mat (zawiah@utem.edu.my)
Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Abstrak
Bencana alam yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini mewujudkan satu kebimbangan
kepada penduduk dunia sehingga mereka mencari teknologi terkini untuk mengatasi
masalah tersebut. Perkara ini sebenarnya telah berlaku sejak dari kewujudan awal
manusia contohnya peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Apabila difikirkan
dengan kritis bencana semasa yang dikenali sebagai ‘tsunami’ yang berlaku pada tahun
2006 melibatkan Acheh di Indonesia, Thailand, Malaysia dan lain-lain sebenarnya boleh
dikaitkan dengan peristiwa banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Selain itu, bencana alam
juga dikaitkan dengan kejadian seperti gempa bumi, taufan, puting beliung, tanah
runtuh, letupan gunung berapi dan sebagainya yang mana bencana tersebut

sememangnya sudah berlaku pada zaman dahulu. Kemodenan sains dan teknologi telah
mencipta istilah-istilah khas bencana tersebut menyebabkan manusia merasakan bahawa
bencana itu seperti baru wujud di alaf ini. Kertas kerja ini cuba menyingkap dan
membincangkan bagaimana bencana alam berlaku dalam sejarah Islam dan masa kini,
sejarah tsunami yang berlaku di dunia dan pengajaran daripada perkongsian bencana
pada dua situasi dan zaman yang berbeza.

Katakunci: bencana alam, banjir,gempa, taufan

Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini, isu bencana alam kembali hangat dibincangkan sama ada melalui media
cetak mahupun media elektronik. Masyarakat mula kembali membuka mata bahawa isu ini cukup
penting dalam kehidupan manusia yang mempunyai kaitan dengan alam sekitar khususnya
bencana alam. Ia melibatkan gempa bumi, tsunami, banjir besar, tanah runtuh dan sebagainya
mampu memusnahkan kediaman dan harta benda termasuk nyawa manusia dengan sekelip mata.
Kejadian seperti ini telah wujud pada zaman dahulu dan kini kembali berulang, yang pasti
meninggalkan kenangan pahit, ngeri, sedih dalam kehidupan setiap insan yang pernah mengalami
peristiwa sebegini.
Sesungguhnya peristiwa bencana alam seperti ini telah disebut dan dijelaskan dalam al-Quran
sebagai pengajaran kepada semua ummat manusia.

‘Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi
1

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference On Social, Development And Environmental
Studies 2008, Global Change and Transforming Spaces pada 18-19 November 2008 bertempat di
Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya

1

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah
dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka
dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya
dan Tuhan pula membinasakan mereka); Allah tidak sekali-kali menganiaya
mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri’. (al-Taubah (9):70)
Daripada penjelasan di atas, setiap manusia yang berada di muka bumi ini perlulah belajar
memahami, memelihara alam sekitar agar ianya mendapat keseimbangan manusia dengan alam.

Kedua-duanya merupakan dimensi perhubungan yang cukup memerlukan antara satu sama lain.
Secara tidak langsung manusia dapat mengelakan daripada berlakunya bencana alam yang cukup
besar kepada manusia sekiranya manusia dapat menjaga dan memelihara alam sekitar. Justeru
perbincangan kertas kerja ini, cuba menyingkap dan membincangkan bencana alam secara umum
dan bagaimana bencana alam berlaku dalam dua dimensi yang berbeza daripada zaman dahulu
dan kini sebagai pengajaran kepada masyarakat dan pembangunan negara.
Bencana Alam Secara Umum
Menurut Kamus Dewan (2007), perkataan 'bencana alam' merujuk kepada bahaya atau
kecelakaaan yang dihadapi disebabkan banjir, gempa, angin rebut dan sebagainya yang berlaku di
muka bumi. Manakala berdasarkan kefahaman sains, ia melibatkan kemusnahan alam sekitar
termasuklah gempa bumi, tsunami, banjir besar, rebut taufan, tanah runtuh dan sebagainya.
Secara umumnya, gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba disebabkan
oleh tenaga yang sekian lama tersimpan di dalam batuan bumi tiba-tiba terkeluar. Lebih sejuta
gempa bumi mungkin telah melanda bumi sejak dahulu lagi. Gempa bumi menyerupai
gelombang air atau gelombang bunyi dalam cara pergerakannya. Ia biasanya berlaku dalam
beberapa saat atau minit sahaja, namun kemusnahan yang terhasil cukup banyak termasuklah
keruntuhan bangunan, jambatan, jalan raya, rumah kediaman dan mengorbankan banyak nyawa
(Era Hijau 4, 2007).

Bencana Alam Menurut Perspektif Islam Dan Masa Kini

Banjir Besar Nabi Nuh – Banjir Besar/Tsunami
Menurut al-Quran, banjir besar bermula pada zaman Nabi Nuh (Hud(11): 42-43, Qamar(54): 1113). Keadaan fizikal banjir pada waktu itu disertai dengan hujan lebat, limpahan dari air yang
sedia ada (Ibid), taufan (Hud(11): 40), ombak dan gelombang air seperti gunung (Ibid: 42) dan
keadaan banjir ketika mencecah ketinggian yang sangat tinggi iaitu setinggi gunung (alHaaqah(69):11). Manusia pada ketika itu dalam keadaan ‘huru hara’ untuk menyelamatkan diri
(Hud:42). Kajian arkeologi membuktikan kawasan itu berlaku di Dataran Mesopotamia di antara
Sungai Tigris dan Sungai Euphrates (Harun Yahya, 2006:21). Kisah banjir besar ini juga terdapat
di dalam Bible (Genesis, 6:13-22, Genesis, 9:11,2 Peter, 2:5), epik Shatapatha Brahmana dan
Mahabharata, lagenda Welsh di Kepulauan British, Nordic Edda, lagenda Lithuania, rekod
Sumeria dan Assyria-Babylon, mitos Yunani, China dan pelbagai lagi (Harun Yahya, 2006:33).
Kini kejadian Banjir berlaku disebabkan oleh hujan lebat berterusan, angin kencang, kadangkala
diringi dengan taufan dan ribut sebagaimana yang berlaku di Myanmar (taufan Nargis, 2008),
Taiwan (Taufan Fung-wong, 2008) dan Cina (Ribut Tropika Kalmaegi, 2008). Bencana alam
seperti Taufan Katrina-New Orleans,2005, Taufan Dolly-Mexico dan Texas, 2008, Taufan StanGuatemala, 2005, Taufan Yemyin–Pakistan, 2007, Taufan Winnie dan Nanmadol-Filipina, 2004

2

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

dan banyak lagi (Sekadar menyebut beberapa contoh negara) kesemuanya menyebabkan bencana

banjir yang besar yang memusnahkan harta benda dan nyawa. Keadaan fizikal banjir besar ketika
berlaku ialah membawa arus terlalu deras, tanah runtuh, tiupan angin ribut yang kencang, air
hujan membawa lumpur, terdapatnya lumpur dan tanah jerlus, kehilangan dan memusnahkan
banyak harta benda dan juga mengorbankan ribuan nyawa.
Tsunami atau nama lain yang bermaksud ombak besar pelabuhan berlaku disebabkan oleh gempa
bumi, tanah runtuh atau ledakan gunung berapi di dasar laut (Utusan, 2/1/2005), Ombak besar
yang terbentuk mempunyai kelebaran sehingga 200 kilometer dan ombak mencecah ketinggian
10-35 meter atau lebih(Utusan, Wikipedia). Mengikut sejarah, Tsunami bermula pada tahun 1755
di Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang diikuti pada tahun 1883 di Selat
Sunda dan mengorbankan 36,000 orang, seterusnya 1946 di Alaska, Amerika Syarikat, 165
terkorban, kemudian di Chile dan Hawai (1960), 3,000 terkorban, seterusnya di Filipina (1976),
5,000 terkorban, melanda pada tahun 1998 di Papua New Guinea 6,000 terbunuh dan terakhir
pada tahun 2004: Gempa bumi di Lautan India melibatkan banyak negara (Indonesia, Malaysia,
Thailand, Bangladesh, India, Kenya) yang menyebabkan lebih 150,000 terbunuh dan 2 juta
kehilangan tempat perlindungan (Wikipedia,tsunami).
Kita mengatakan perubahan cuaca global, pemanasan suhu bumi yang menghakis glasier, lapisan
ozon yang nipis yang disebabkan oleh kegiatan manusia menyebabkan masalah perubahan cuaca
yang membawa kepada banjir (Abdul Razak Idris). Tsunami pula terjadi akibat pertembungan
antara kepingan tektonik India-Australia dan Eurasia. Kepingan tektonik bumi bergerak dan
menghentam satu sama lain sebelum terpisah dan membentuk tekanan ke kawasan lain dan

membentuk gempa di dasar laut. Akibat perlepasan tenaga tektonik yang terkumpul puluhan
tahun hasil dari pertembungan dua kepingan tektonik (kepingan India-Australia yang bergerak ke
arah timur laut dengan kadar 70 mm setahun dan kepingan Eurasia yang statik), dasar laut di
kawasan berkenaan akan terangkat beberapa meter dari kedudukan asal, dasar laut di sebelah
kepingan Eurasia terangkat dalam jumlah isipadu yang sangat besar menyebabkan gangguan
besar kepada air laut yang seterusnya menghasilkan ombak yang besar (Utusan Online,2/1/2005,
wikipedia,Plat_tektonik)
Walau apa pun kajian dan pandangan yang diberi, persamaan fizikal banjir besar yang berlaku
pada zaman Nabi Nuh dahulu menyamai dengan keadaan fizikal berlakunya banjir besar kini
yang mana wujudnya angin kencang, ribut taufan, air membawa lumpur, air sungai melimpah dan
hujan lebat tanpa henti. Jika pada zaman Nabi Nuh telah mengorbankan nyawa penduduk yang
tidak beriman (al-A’raf (7): 64), apa bezanya dengan keadaan manusia hari ini? Lihatlah di mana
kejadian tersebut berlaku. Adakah penduduk kawasan tersebut beriman kepada Penciptanya atau
melaksanakan perintahNya? Walaupun Malaysia turut mengalami amukan tsunami dan
berlakunya banjir pada tahun 2006 dan 2007 di Johor, Pahang dan Kedah, namun angka korban
itu tidaklah terlalu besar seperti negara-negara lain. Namun terdapat sedikit perbezaan fizikal
yang berlaku ketika tsunami melanda. Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 tidak melibatkan
hujan lebat, taufan dan ribut kencang, tetapi persamaan gelombang air yang besar dan ketinggian
paras air membuktikan situasi yang sama juga telah berlaku ketika itu. Saifunnur (Temu bual)
mengesahkan air tsunami melanda Acheh ketika itu mencecah ketinggian bangunan dua tingkat.


3

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

Daratan Mesopotamia. Kawasan banjir Nabi Nuh

Kawasan Banjir Nabi Nuh (Sumber: Harun Yahya,2006)
.
Kehancuran Kaum Nabi Lut – Gempa bumi dan Letupan Gunung Berapi
Al-Quran mengisahkan keadaan kaum Nabi Lut yang dimusnahkan oleh letusan suara yang
menggemparkan (al-Hijr(15): 73), keadaan tunggang terbalik(al-Hijr(15): 74, Hud(11): 82) dan
tertimbus oleh tanah dan dihujani oleh tanah dan batu terbakar(al-Hijr(15): 76, Hud(11): 82-83,alDhariyat(51): 33-34). Dapat disimpulkan suasana fizikal ketika itu ialah terdapatnya satu gempa
bumi yang kuat sehingga tempat itu diterbalikkan, letupan gunung berapi yang mengeluarkan gas,
haba dan larva yang panas mengalir sehingga menyebabkan kebakaran besar. Sebagaimana yang
diketahui azab yang menimpa kaum Nabi Lut disebabkan oleh mereka mengingkari perintah
Allah dan mengamalkan keidupan seks di luar tabie (al-A’raf(7): 80-82, al-Ankabut(29): 8-29).
Kajian arkeologi mendapati kawasan berlakunya bencana tersebut di kawasan Laut Mati
Sepanjang sempadan Israel-Jordan yang dahulu dikenali sebagai Lembah Sidim (bandar Sodom

dan Gomorah) (Harun Yahya,opcit: 43). Arkeologi Jerman, Werner Keller (Harun Yahya)
mengakui kawasan sekitar laut mati dimusnahkan oleh satu bencana geologi yang hebat. Laut
Mati (tasik Nabi Lut) terletak betul-betul di bawah wilayah gempa bumi yang aktif dan dasarnya
terletak pada asas pergerakan bumi yang menghala ke bawah. Kenyataan ‘Kami hujani mereka
dengan batu dari tanah terbakar dengan bertubi-tubi’ (al-A’raf(7): 83) menunjukkan letupan
gunung berapi telah berlaku di setiap tebing tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan
meletup dan menjadi seperti ‘dipanggang’(al-Syuara(24): 173). Timbunan Lava dan basalt
merupakan bukti bahawa letupan gunung berapi dan gempa bumi pernah berlaku di situ. Tasik ini
berada lebih kurang 400 meter di bawah permukaan Mediteranean, memandangkan tempat yang
paling dalam di tasik itu ialah 400 meter maka dasarnya ialah 800 meter dari permukaan
Mediteranean yang merupakan titik tempat paling dalam di dunia. Berbanding dengan kawasan
lain yang lebih rendah dari paras laut hanya 100 meter. Salah satu ciri penting tasik Nabi Lut
ialah kandungan garamnya cukup tinggi dengan isipadu hampir 30%. Oleh sebab itu tiada
organisme boleh hidup termasuk ikan dan lumut, dan di dalam penulisan-penulisan barat, tasik
Nabi Lut dikenali sebagai ‘Laut Mati’ (Ibid: 52). Penyelidik goegrafi dan arkeologi Jerman,
Werner Keller mencatatkan bandar Sodom dan Gomorah terletak di wilayah paling jauh dan
rendah di tasik Nabi Lut, dan ini bertepatan dengan kedalaman tasik tersebut iaitu 400-800 meter.
Pantai Laut Mati di sebelah Timur tedapat sebuah semenanjung yang dikenali sebagai Al-Lisan
(Tongue Peninsula). Semenanjung ini tidak dapat dilihat dari daratan kerana jatuh di bawah
permukaan kanan, tanahnya curam ke bawah sehingga 1200 kaki dalam. Di sebelah kiri pula,

airnya cetek. Kajian bunyi yang dilontarkan ke bawah merekodkan kedalaman sebanyak lima
puluh hingga enam puluh kaki. Kawasan cetek yang melingkari semenanjung Al-Lisan sehingga
ke bahagian paling selatan ialah wilayah Lembah Sidim (Ibid: 55). Werner Keller mencatatkan
kawasan cetek ini terbentuk selepas berlakunya kejadian gempa bumi dan keruntuhan besar
akibat gegaran yang terlalu kuat. Jelaslah pada masa dahulu bandar Sodom dan Gomorrah yang
didiami oleh kaum Nabi Lut terletak di sini. Aspek mekanikal malapetaka yang menimpa kaum

4

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

Nabi Lut telah didedahkan oleh penyelidik kaji bumi dengan penemuan rekahan panjang pada
bumi (garisan gelinciran) sepanjang 190km dan membentuk dasar sungai Sheri’at yang jatuh
sebanyak 180 meter. Fakta ini diperkukuhkan dengan fakta tasik Nabi Lut 400 meter di bawah
paras laut. Garisan gelinciran ditemui bermula dari piggiran Gunung Taurus, memanjang ke
selatan pantai Tasik Nabi Lut dan berterusan sehingga gurun Arab dan terus ke Teluk Aqaba serta
bersambung melintasi Laut Merah dan berhenti di Afrika. Sepanjang laluan ini, aktiviti-aktiviti
gunung berapi dapat diperhatikan. Lava dan basalt hitam masih wujud di Pergunungan Galilee di
Israel, dataran tinggi Jordan, Teluk Aqaba dan kawasan sekelilingnya. Semua kesan dan bukti

geografi ini menunjukkan satu malapetaka geologi pernah berlaku di Tasik Nabi Lut.
Hari ini dikatakan terdapat lebih kurang 1,500 gunung berapi aktif yang mana 550 buah (Harun
Yahya,2007: 112) di daratan boleh meletup bila-bila masa yang akan mengakibatkan kemusnahan
yang besar. Kisah letupan Gunung Venicius di Itali, Krakatau (Indonesia), Nevado Del Ruiz
(Colombia) dan Pinatubo (Flipina), begitu juga kita masih mengingati gempa bumi yang telah
berlaku di Kobe (1995), Sinchuan (2008), Acheh (2004) dan banyak lagi memberi manusia
pengajaran dan peringatan maksud sebenar kehidupan di dunia ini dan sebenarnya bencana ini
terjadi tidak mengira masa dan tempat dan sememangnya telah berlaku semenjak sebelum masehi
lagi. Sehingga kertas kerja ini ditulis dilaporkan 8 gempa bumi berlaku disekitar benua Asia
terbaru di Rusia (August 09, 2008 02:35:56 GMT) dan terkemudian di Hokkaido Jepun (August
08, 2008 15:53:10 GMT) yang mana gegarannya tidak melebihi 6 skala ritcher
(http://earthquake.usgs.gov/eqcenter/recenteqsww/Quakes/us2008vmaj.php, http://maps.google.
com/). Laporan Berita Harian bertarikh 16 April 2008 menyatakan, saintis mendakwa California
akan mengalami gempa yang kuat 30 tahun lagi berukuran 6.7 skala ritcher seolah-olah memberi
‘amaran’ kepada manusia supaya sentiasa bersedia dengan kedatangan bencana yang tidak
diduga.

Tasik Nabi Lut

Kawasan Nabi Lut (Sumber: Harun Yahya,2006)


Taufan, Puting Beliung, Ribut Kencang – Kaum ‘Ad Nabi Hud
Satu lagi kaum yang telah dimusnahkan dan disebut di dalam al-Quran ialah kaum ‘Ad.
Sebagaimana yang dinyatakan kaum ini dibinasakan oleh angin ribut yang terlalu kencang selama
tujuh hari tujuh malam tanpa henti (al-Haaqah(69): 6-7,al-Qamar(54): 19-20). Kedatangan awan
yang disangkakan oleh mereka sebagai hujan sebenarnya ialah angin taufan yang memusnahkan
seluruh penduduk yang tidak beriman (al-Ahqaf(46): 24). Brian Doe(Harun Yahya, 2006: 81)
seorang pengkaji menyatakan,tanda-tanda awal ribut debu atau pasir ialah kemaraan dinding
angin yang dipenuhi debu, boleh mencapai ketinggian seribu kaki dan diangkat oleh arus yang
semakin kencang dan berpusar oleh angin yang kuat’ . Bandar ini ditemui oleh arekologi bernama
Nicholas Clapp (Ibid: 70) yang terletak di wilayah selatan Oman dan digelar “Atlantis Padang
Pasir Uber”. Bukti yang menunjukkan kawasan itu merupakan zaman Nabi Lut ialah kesan

5

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

stuktur pembinaan menara-menara hebat yang mempunyai persamaan tiang-tiang penduduk Iram
sebagaimana disebut di dalam al-Quran di dalam surah al-Fajr ayat 6-8 yang bermaksud “(Kami
tetap akan membinasakan orang-orang Yang menentangmu Wahai Muhammad), tidakkah
Engkau perhatikan, Bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur
derhaka). Iaitu penduduk "Iram" Yang mempunyai bangunan-bangunan Yang tinggi tiangnya,
(sesuai Dengan penduduknya). Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan
kukuhnya) di Segala negeri (pada zamannya)”. Ayat ini dikukuhkan dengan kenyataan Dr.Zarin
yang merupakan ketua projek penggalian tersebut mengatakan menara-menara yang ditemui
mempunyai ciri khusus Uber, dan Iram pula telah dinyatakan mempunyai banyak menara atau
tiang. Secara logiknya tempat itu ialah Iram, bandar kaum ‘Ad sebagaimana yang dijelaskan di
dalam al-Quran.
Kini, wilayah yang diduduki oleh kaum Nabi Hud dikenali sebagai Hadramaut (Ibid:76).
Penggalian arkeologi yang bermula pada tahun 1975 menemui bandar, tiang, istana dengan
pembinaan yang menakjubkan. Rekabentuknya sangat unik dan cantik. Penemuan ini
membenarkan cerita di dalam al-Quran yang bermaksud "Patutkah kamu mendirikan pada tiaptiap tempat Yang tinggi bangunan-bangunan Yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya
Dengan sesuatu tujuan Yang baik. Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan
benteng-benteng Yang kukuh Dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? (al-Syuara:
128-129)(al-Fajr: 6-8)
Al-Quran menceritakan kaum Nabi Hud dimusnahkan dengan kejadian ribut pasir dan debu yang
kencang. Kesan-kesan kaum ‘Ad atau “Atlantis Padang Pasir Uber” ditemui di bawah lapisan
pasir beberapa meter dalamnya. Nampaknya angin kencang selama tujuh dan lapan hari(alHaaqah(69): 7) telah menghimpunkan bertan-tan pasir dan menimbus penduduknya hidup-hidup.
Penggalian yang dijalankan di Uber menunjukkan kepada kemungkinan yang sama. Malah,
sebuah majalah Perancis, Ca M’Interesse turut menyatakan “Uber telah ditimbus pasir sedalam
12 meter selepas ribut”(Harun Yahya,Opcit:81). Bukti paling jelas menunjukkan kaum ‘Ad telah
ditimbus pasir ialah perkataan ‘ahqaf’ yang digunakan di dalam al-Quran yang bermaksud “dan
ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya
Yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf", - sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran
Yang telah diberikan oleh Rasul-rasul Yang terdahulu daripadanya dan Yang datang sesudahnya
- (dengan berkata): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, Sesungguhnya Aku bimbang
kamu akan beroleh azab hari Yang besar (huru-haranya)" (al-Ahqaf(46): 21) untuk
menunjukkan lokasi kaum ‘Ad. Ahqaf bermaksud bukit pasir dalam Bahasa Arab. Ini
membayangkan kaum ‘Ad tinggal di wilayah yang kaya dengan bukit-bukit pasir. Inilah fakta
logik yang mengesahkan mereka telah ditimbus oleh ribut pasir. Selepas semua penduduk
terkorban, ribut pasir itu membentuk gurun dan menutupi segalanya tanpa meninggalkan kesan.
Jelaslah di sini penemuan sejarah dan arkeologi telah mengesahkan kewujudan kaum ‘Ad dan
bandar Iram yang kemudian telah dimusnahkan dan penyelididkan telah menemui kesan-kesan
penduduk daripada timbunan-timbunan pasir.
Hari ini terdapat pelbagai nama untuk taufan iaitu hurricane, cyclone, typhoone, tornado, twister
dan sebagainya, namun kesemua bencana itu merujuk kepada kemusnahan yang disebabkan oleh
angin yang sangat kencang. Taufan Nargis (Myanmar), Puting beliung (wilayah Lingbi, China),
Taufan Fengshen (Filipina), Taufan Katrina (New Orleans), Taufan Larry (Queesnland) dan
pelbagai lagi membawa bencana dan memusnahkan landskap kehidupan malah turut memberi
kesan wabak penyakit kepada manusia. Josh Wurman, pengkaji taufan (National Geography)
telah membuat satu kesimpulan antara ‘kuasa’ yang dapat memusnahkan harta benda ialah angin.
Kenyataan ini sangat bertepatan dengan al-Quran yang menceritakan kemusnahan kaum ‘Ad
ialah disebabkan oleh angin ribut yang kencang (al-Qamar (54): 18-20). Walaupun para saintis

6

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

mengakui antara sebab berlakunya taufan ialah kemusnahan alam sekitar disebabkan oleh
manusia (National Geography), namun terdapat penyebab lain yang menyebabkan kejadian ini
berlaku iaitu tidak beriman dengan Penciptanya (al-Syuarak (26): 23-140)

Kaum ’Ad, Nabi Hud

Kawasan Kaum ‘Ad Nabi Hud (Sumber: Harun Yahya,2006)

Kesimpulan
Sesungguhnya, dunia baru kita yang berlainan corak kehidupan umatnya sudah semakin tua dan
memerlukan perhatian dari segi penjagaan muka bumi dan isi perutnya. Fenomena bencana alam
tidak terjadi sendiri jika tiada kesan perubahan sistem cuaca dunia dan usia bumi yang semakin
mengalami evolusi semulajadi yang di luar kawalan kita manusia biasa. Namun sebagai manusia
yang berada di muka bumi ini, kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa
bencana alam yang berlaku pada zaman dahulu berdasarkan sejarah Islam dan masa kini kembali
berulang. Hal ini berlaku mempunyai persamaan bagaimana bencana alam itu berlaku cuma
berbeza mengikut zaman dan keadaan.
Daripada perbincangan ini, jelas bahawa bencana alam merupakan salah satu malapetaka yang
perlu dihadapi oleh semua manusia di muka bumi. Ianya boleh berlaku sekelip mata sahaja di atas
kekuasaan Allah S.W.T kepada seluruh makhlukNya di mana-mana sahaja dalam pelbagai bentuk
dan rupa sama ada berlaku banjir besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.
Sesungguhnya kekuasaan Allah S.W.T kepada seluruh manusia di dunia adalah milik maha Esa
yang cukup memberi seribu satu pengertian, pengajaran dan keinsafan kepada makhlukNya di
dunia ini.

Bibliografi
Al-Quranul Karim
Gempa Bumi dalam Majalah Era Hijau, Keluaran 4. (2007) Terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Hajjah Noresah Baharom, et al., (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Harun Yahya (2006), Kaum-Kaum Yang Pupus, Saba Islamic Media.
Harun Yahya (2006), Bagi Golongan yang Berpemikiran, Saba Islamic Media.
Harun Yahya (2007), Hakikat Kehidupan Duniawi, Saba Islamic Media.

7

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

Holy Bible (2001)New International Version, Grand Rapids Michingan U.S.A
AlKitab Deuterokanonika Berita Baik (2001), Bible Versi Bahasa Melayu, The bible Society Of Malaysia
Abdul Razak Idris, Berita harian Online:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080519003251/Article/ 19/5/08
_______, ‘California Alami Gegaran Besar 30 Tahun Lagi’, Berita Harian, pada 16 April 2008.
’Bagaimana tsunami terbentuk’, Utusan Online, Laporan Khas:
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&dt=0102&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fk
has&pg=lk_13.htm&arc=hive 02/01/2005
Abdul Razak Idris, ’Bencana melanda akibat kerakusan manusia’,
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Rencana/20080519003251/Article/ 19/5/08
‘Satu maut banjir di New Mexico’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0730&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar
a&pg=lu_14.htm&arc=hive 30/07/2008
’12 maut banjir besar landa tengah China’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0724&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=b
t_12.htm&arc=hive 24/07/2008
’Lima maut banjir di China’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0713&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar
a&pg=lu_07.htm&arc=hive 13/07/2008
’Penduduk di 7 negara harungi banjir’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar
a&pg=lu_02.htm&arc=hive 29/06/2007
’Gempa bumi kuat di Pantai Timur Honshu, Jepun’,
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20080614120945/Article/index_html
14/6/08
’Gempa bumi kecil berlaku di Tawau’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hada
pan&pg=mh_10.htm 19/5/08
’8,533 terkorban gempa di China’,
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080513000119/Article/index_htm
l 13/5/08- akhbar page 1
’229 terkorban taufan di Filipina’,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadap
an&pg=mh_02.htm 23/6/08
’Fung-wong ragut 7 nyawa - Bertukar kepada ribut tropika ketika hampiri China’,
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0730&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegar
a&pg=lu_03.htm&arc=hive 30/07/2008

8

This paper was presented at International Conference On Social, Development And Environmental Studies 2008,
Global Change and Transforming Spaces, 18-19 November 2008, Danau Golf Club, UKM, Bangi

How do earthquakes generate tsunamis?
http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/earthquake.html
How do landslides, volcanic eruptions, and cosmic collisions generate tsunamis?
http://www.geophys.washington.edu/tsunami/general/physics/other.html
Laman web wikipedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tsunami
http://ms.wikipedia.org/wiki/Plat_tektonik
http://ms.wikipedia.org/wiki/Taufan#Peringkat_taufan
Discovery, Perfect Disaster-Tornado, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel 551
Discovery, Planet Green,Fearless Planet-Australian Coral Reaf, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel
551
Discovery, Planet Green,Fearless Planet-Sahara Desert, pada 16 Julai 2008, dalam Astro Channel 551
Discovery, Why Ancient Egypt Fell, pada 4 Ogos 2008, dalam Astro Channel 551
History, Tsunami The Wave of Death’s, pada 9 Julai 2008, dalam Astro Channel 555
National Geography, Myanmar’s Killer Cyclone, pada 6 Julai 2008, dalam Astro Channel 553
Temubual bersama Saifunnur pada 17 Jun 2008, bertempat di Acheh Indonesia.

9