PERANAN SISTEM EKONOMI ISLAM KEPADA MASY
TUGASAN
1:
PENULISAN
:
PERANAN
SISTEM
EKONOMI
ISLAM
KEPADA
MASYARAKAT SEJAHTERA DAN MENJAMIN KEDUDUKAN WANITA
Pengenalan
Sebuah negara maju memiliki sistem pemerintahan yang maju dan holistik.
Keberkesanan kepimpinan juga membawa kepada kemajuan sistem ekonomi yang giat
berkembang dan mampu memberi manfaat kepada rakyat di dalam negara berkenaan.
Perkataan ekonomi yang berasal daripada bahasa greek iaitu [aikos] yang bermaksud
‘rumah’, dan [nemo], yang bermaksud ‘peraturan’, (iaitu pengurusan rumah tangga)
merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad
untuk memenuhi keperluan manusia [ CITATION Apr16 \l 17417 ]. Terdapat pelbagai contoh
sistem ekonomi yang diamalkan seperti sistem ekonomi kapitalis, komunis dan sosialis.
Setiap daripada sistem tersebut bertujuan mencapai pelbagai objektif ekonomi yang berbeza
untuk pembangunan negara masing-masing. Akan tetapi bagaimana dengan Sistem
Ekonomi Islam? Bagaimanakah
sistem ini dapat membantu membina masyarakat
sejahtera?
Sistem Ekonomi Islam
Antara tujuan utama sistem ekonomi Islam dijalankan adalah untuk
mewujudkan keseimbangan di antara kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat.
Keseimbangan ini akan terbentuk melalui penglibatan anggota masyarakat di dalam
kegiatan ekonomi yang dibenarkan oleh syariat secara produktif. Menurut Jusoh (2011),
ekonomi Islam adalah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta urf tijar (amalan
komersial) yang tidak bertentangan dengan syariat. Misalnya, individu yang ingin
menjalankan perniagaan membuka peluang untuk memenuhi keperluan dirinya dan secara
tidak langsung membantu masyarakat untuk mudah memperoleh barangan keperluan
harian. Hal ini dikatakan serampang dua mata yang mewujudkan keseimbangan diri dan
masyarakat di dalam sistem Ekonomi Islam.
Antara peranan sistem ekonomi Islam adalah menitikberatkan keadilan dalam
semua perkara dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan,
rasuah, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasaran dan segala bentuk
penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu.
Firman Allah :
1
Terjemahan :“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) hartaharta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi, dan sebagainya), kecuali
dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa
mengasihani kamu.”
(Surah An-Nisa : 29)
Contohnya, manfaat yang diperoleh daripada pembeli adalah barangan yang
elok dan berkualiti serta bebas daripada sebarang unsur gharar. Hal ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan keyakinan kepada pembeli yang lain di atas kejujuran. peniaga
berkenaan. Jadi hal ini membuktikan bahawa sistem ekonomi Islam lebih harmoni dan adil
samada kepada pembeli mahupun kepada penjual.
Kesejahteraan masyarakat juga dapat dicapai melalui aktivti perniagaan.
Dunia hari ini menyaksikan bahawa aktiviti perniagaan merupakan bidang yang paling
popular dan banyak diceburi oleh ramai pelajar di universiti kini. Aspek yang membezakan
sistem ekonomi Islam dengan yang lain adalah bagaimana pelaksanaannya dilakukan.
Perniagaan dalam sistem ekonomi Islam yang dijalankan tetap berlandaskan kepada AlQuran dan Sunnah. Sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis
baginda :
""تسعة أعشار الرزق في التجارة
Terjemahan : “Sembilan persepuluh punca rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan.”
(Riwayat : Sunan Abu Said bin Mansur)
Berdasarkan kepada hadis baginda tersebut, perniagaan merupakan punca
rezeki yang paling luas. Jadi, sistem ekonomi dengan menggunakan strategi yang stabil
mampu membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk di negara itu. Jadi
keperluan asasi makan dan minum akan dapat diperoleh dengan pendapatan hasil
perniagaan kerana menurut Islam, manusia perlu bekerja untuk mendapatkan punca rezeki
yang halal kerana Rasulullah S.AW pernah bersabda :
طلب الللا واجب على كل مسلم
Terjemahan: “Mencari rezeki yang halal itu fardhu wajib ke atas setiap muslim”
(Riwayat : Al-Tabrani dan Baihaqi)
Pengangguran tidak wujud dalam Sistem Ekonomi Islam kerana semua
sektor melakukan tuntutan individu dan sosialnya (Roziah, Zulkarnain dan Nasruddin, 2011).
2
Hal ini kerana sistem ini menegaskan agar setiap ahli anggota masyarakat dapat menjana
pelbagai hasil dan ianya melengkapi keperluan dan kehendak bagi memenuhi kemaslahatan
masyarakat. Hasil yang diperolehi dapat menjana ekonomi sesebuah masyarakat, kerajaan
ataupun organisasi. Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati
melalui pengamalan sistem ekonomi Islam dan seterusnya mengenepikan sistem
konvensional yang menindas masyarakat dan cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu
sahaja [ CITATION Moh14 \l 17417 ]. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat
Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan syariat Islam dan
dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang terbaik untuk manusia.
Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah signifikan bagi menjamin negara
Islam tidak ditindas oleh pihak yang zalim. Jika kita lihat negara-negara yang kurang stabil
struktur ekonominya mudah mendapat campur tangan kuasa asing dan berlaku
kemusnahan melibatkan kehilangan nyawa dan sebagainya. Melalui sistem ekonomi yang
kukuh dan stabil negara Islam dapat berada duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai sistem ekonomi yang stabil pula memerlukan
kerjasama para ilmuwan Islam membuat dasar buka pintu untuk menerima pelbagai
pandangan dan cadangan untuk mengetahui bagaimana cara membangunkan sistem
ekonomi Islam bagi menjaga keamanan negara. Menurut Sobri (1989), kejatuhan ekonomi
Islam pada masa dahulu disebabkan oleh pemimpin tidak bersepakat dan saling
menjatuhkan antara satu sama lain.
Institusi zakat mampu memantapkan dan menstabilkan ekonomi negara
(Hafiz, 2013). Sesebuah negara boleh menjadi maju dan kualiti taraf hidup masyarakat
boleh ditingkatkan melalui bantuan secara menyeluruh dan bantuan bulanan kepada asnafasnaf zakat terutamanya golongan fakir, miskin dan muallaf agar mampu berdikari dan
akhirnya menyumbang kembali kepada institusi zakat. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul
Aziz, iaitu dua setengah tahun setelah beliau memerintah, telah dicatatkan bahawa tidak
ada orang yang dimasukkan ke dalam penjara dan tidak ada orang yang berhak menerima
zakat. Hal ini kerana sistem ekonomi Islam yang menghalang berlakunya monopoli di dalam
perniagaan menyebabkan kitaran ekonomi pada waktu itu maju.
Peranan Sistem Ekonomi Islam Dalam Menjamin Kedudukan Wanita
3
Islam tidak pernah memandang rendah pada kedudukan wanita akan tetapi
Islam tidak menyamakan lelaki dan wanita itu padasatu kedudukan yang sama. Kaum
wanita tetap perlu dihormati dan diangkat darjatnya selaras dengan lunas-lunas Islam
[ CITATION Nor10 \l 17417 ]. Mereka mempunyai hak yang sama untuk menggunakan harta
pemilikannya selaras dengan kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan syariah.
Mereka sama-sama berhak untuk menggadai, menyewa dan
memberi sewa, mewakaf,
menjual, membeli dan mendapat faedah daripada harta mereka, mendapat pusaka dan
sebagainya . Sebagaimana firman Allah :
Terjemahan : “Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan
kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa
”.dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan
(Surah An-Nisa : 7)
.Dalam konteks ini kita dapat melihat bahawa Islam sejak dari dahulu lagi
telah mengangkat martabat dan hak wanita dalam mengendalikan harta pemilikan mereka.
Islam telah memberi hak kebebasan ekonomi kepada kaum wanita berbanding dengan
wanita Barat yang hanya memperoleh hak tersebut setelah satu tempoh perjuangan yang
panjang sehingga terpaksa mengorbankan akhlak dan kehormatan mereka. Wanita Islam
dengan bebas dapat memilik, mengurus harta milik dan menggunakan harta miliknya secara
langsung dan peribadi tanpa sebarang campur tangan dari orang tengah, malah mereka
berhak untuk memberi dan menyumbang harta mereka kepada sesiapa sahaja tanpa
sebarang campur tangan lain seperti Saidatina Khadijah.
Prinsip keadilan dalam Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak
merujuk kepada satu faktor sahaja seperti kekuatan fizikal atau jantina dan begitu juga
dalam pembahagian harta pusaka. Faraid ialah pembahagian harta pusaka si mati (orang
Islam) yang ditetapkan oleh Syariat (Raazin, 2016). Secara umum perempuan mendapat 1/2
daripada apa yang diwarisi oleh lelaki. Namun, ada pecahan yang lebih terperinci
bergantung kepada siapa waris si mati yang sah. Perempuan itu berhak ke atas harta yang
diwarisi mengikut Faraid sepenuhnya dan tidak bertanggungjawab daripada segi kewangan
untuk menampung anak-anak atau waris yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa Sistem
Ekonomi Islam tidak menindas dan tetap menjaga kedudukan kaum wanita.
Rumusan
4
Pengurusan ekonomi kewangan dalam Islam dijelaskan dalam al-Quran dan
Al-Hadis serta telah diberikan penjelasan oleh ulama terkemudian. Pengurusannya bukan
bersifat
mendatang
atau
menciplak
pengurusan
ekonomi
bukan
Islam,
dengan
mengetepikan lunas atau nas yang ditetapkan dalam Islam. Pada asasnya, Sistem Ekonomi
Islam
bersifat
adil
dan
memberikan
kepuasan
kepada
kedua-dua
belah
pihak.
Pengimplementasian ekonomi Islam juga dapat menjamin kedudukan negara dan
masyarakat agar lebih stabil dan harmoni. Kedudukan wanita juga turut dipelihara di dalam
Sistem Ekonomi Islam.
Rujukan:
Ahmad, N. (19 Januari, 2016). Hak perempuan dalam Faraid – pembahagian pusaka orang
Islam. Retrieved from NORSA'ADAH AHMAD.com: http://norsaadah.com/hakperempuan-dalam-faraid-pembahagian-pusaka-orang-islam/
5
Hafiz Ahmad. (2013). Kepentingan Sistem Ekonomi Islam Terhadap Masyarakat.
Yogjakarta : LPP Universitas Muhammadiyah
Hairi Malik. (2014). Baitulmal Dan Peranannya Dalam Sistem Ekonomi Islam Di Malaysia.
Selangor : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd
Jusoh Abdul Halim. (2011). Memperkasa Ekonomi Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Razin Muhammad . (2009). Kedudukan Dan Peranan Wanita Dalam Islam . Singapura :
Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Roziah Sidik, Zulkarnain & Nasruddin Yunos. (2011). Pengajian Islam. Selangor : Oxford
Fajar Bakti Sdn. bhd
Saleha Noordin. (2010). Hak-Hak Wanita Pada Zaman Rasulullah Saw: Menyingkap
Sejarah Serikandi Islam. Kuala Lumpur : PTL Publication
Sobri Solomon. (1989). Ekonomi Islam : Pengenalan Sistem dan Kemungkinan. Petaling
Jaya : Al-Rahmaniah
Utami Abdullah. (2016). Sistem Ekonomi Islam dan Kesejahteraan Umat, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
6