Pengenalan Bola sepak bola brebes

Pengenalan Bola sepak
Bola sepak (tulisan Jawi : ‫ )بول سيڤق‬ialah sukan sepasukan yang paling banyak
dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana
setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini
telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang
menjadikannya sebagai sukan paling terkenal di dunia. Bola sepak bertujuan
menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol
lawan. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat,
di atas rumput atau rumput buatan. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA,
atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation
International Football Association, bahasa Perancis : Fédération Internationale de
Football Association).
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan
tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 pemain lainnya hanya dibenarkan
menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan
kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola.
Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah
pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih pasukan-pasukan berakhir seri,
maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti,
bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk

pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia
FIFA setiap empat tahun sekali.

Sejarah Bola Sepak
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah
wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga
telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang
mempunyai cara permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi lebih
terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal
diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan
memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football
Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan
ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia.
Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari
ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini
ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil
persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala


pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui
undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola
sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran
televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada
peringkat profesional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke
stadium bola sepak untuk mengikuti pasukan pilihan mereka, manakala berbilionbilion yang lain pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar
pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football
Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim
bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam
lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan
memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan
tumbesaran dalam popularitinya.
Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu sama ada peminat,
komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat
terkenal di dunia. Oleh kerana itu, ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan
Dunia Lalu.


Kedudukan bola sepak

Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain
pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini,
sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola
kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu
serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain
banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan
pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam
bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan
sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga
boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan
masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam
permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan

percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan
satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak
pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang
akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal
dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Cara permainan Bola Sepak
Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang
mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan

dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil
hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan
palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki,
tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali
tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan
gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam
kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan.

Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu
dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa
30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan
jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol
yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan
diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan
penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Kejohanan antarabangsa bola sepak
Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA
yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali
setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200
negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat
melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya
berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada
tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala
Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan
terkemudian dalam tahun 2002.
Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang

dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali
setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916.

Rencana utama: Bola sepak di Malaysia
Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak
Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada
tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935
hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM
dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala
HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap
kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya
dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena

Sukan Komanwel 1998 yang memperhebat perkembangan dunia bola sepak di
Malaysia.

20 tahun selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, banyak pemain
pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan
antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas
AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.