MODUL Teknologi Vokasional TMK Murid

  

KOMUNIKASI

2014

  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL MODUL PEMBELAJARAN TINGKATAN 1 TEKNOLOGI VOKASIONAL

  • TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

MODUL PEMBELAJARAN

  

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TINGKATAN 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  KANDUNGAN

  1. RUKUN NEGARA vi

  2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

  3. PENDAHULUAN

  a. Objektif Modul

  1

  b. Kandungan Modul

  1

4. MODUL PEMBELAJARAN UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

  1.1 Mengenal pasti komponen kitaran pemprosesan maklumat

  1.2 Mengenali konsep binari

  1.3 Membanding keupayaan komputer

  1.4 Mengenal pasti perisian komputer

  1.5 Menggunakan perisian aplikasi dan perisian utiliti

  1.6 Menjaga keselamatan komputer dan data

  1.7 Melaksanakan asas penyelenggaraan komputer 2-14 15-23 24-29 30-35 36-45 46 -55 56-73

RUKUN NEGARA

  BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  

PENDAHULUAN

SUB TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MODUL KOMUNIKASI

2 Modul ini memberi pendedahan kepada murid pengetahuan dan kemahiran asas mengenai sistem komputer. OBJEKTIF MODUL

  Modul ini membolehkan murid:

  1. Mengenali peranti input, proses, storan dan output juga mengurus maklumat yang dicapai dari Internet.

  2. Mengenali bait sebagai ukuran kapasiti data.

  3. Membuat perbandingan dan menentukan keupayaan sesebuah komputer.

  4. Mengenali jenis-jenis perisian.

  5. Menggunakan perisian untuk menyelesaikan masalah.

  6. Menggunakan perisian untuk menjaga keselamatan data dalam komputer.

  7. Mengamalkan penjimatan tenaga elektrik dengan mengkonfigurasi komputer dan mengurus folder dengan betul.

  KANDUNGAN MODUL

  UNIT 1: ASAS SISTEM KOMPUTER

  1.1 Mengenal pasti komponen kitaran pemprosesan maklumat

  1.2 Mengenali konsep binari

  1.3 Membanding keupayaan komputer

  1.4 Mengenal pasti perisian komputer

  1.5 Menggunakan perisian aplikasi dan perisian utiliti

  1.6 Menjaga keselamatan komputer dan data

  1.7 Melaksanakan asas penyelenggaraan komputer

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1 Mengenal pasti komponen kitaran pemprosesan maklumat. OBJEKTIF KHUSUS

  Di akhir pembelajaran murid dapat:

  1.1.1 Melabelkan input, proses, storan dan output pada gambar rajah blok berdasarkan kitaran pemprosesan maklumat.

  1.1.2 Memerihalkan kitaran pemprosesan maklumat berdasarkan gambar rajah blok.

  1.1.3 Mengenal peranti input, peranti output dan storan berdasarkan gambar.

  1.1.4 Mencari imej peranti input, output dan storan dari Internet.

  1.1.5 Menyimpan imej yang dicari ke dalam folder input, output dan storan dengan betul.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

  1. Kitaran pemprosesan maklumat ialah langkah-langkah dalam memproses maklumat oleh komputer yang melibatkan: i. - memasukkan data ke dalam komputer input ii. proses - melaksanakan operasi ke atas data iii. - menyimpan data, program, atau output untuk kegunaan di storan masa depan iv. output - hasil dari data yang diproses (maklumat) 2. Proses-proses ini bertindak bersama-sama dan berulang-ulang.

  KANDUNGAN / FAKTA 1. Komponen-komponen dalam kitaran pemprosesan maklumat.

  INPUT PROSES OUTPUT STORAN

  Gambar Rajah 1

  • – Kitaran Pemprosesan Maklumat

  2. Untuk memahami bagaimana komputer berfungsi murid harus memahami kitaran pemprosesan maklumat.

  

   Peranti input digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.  Peranti storan membenarkan data disimpan secara kekal supaya data tersebut boleh dicapai dan digunakan semula apabila diperlukan kemudian.  Peranti output digunakan untuk mengeluarkan maklumat dari sistem komputer ke dalam bentuk yang boleh difahami oleh pengguna.

  3. Peranti Input Antara peranti-peranti input yang terdapat dipasaran.

  Papan Kekunci Tetikus Kamera Web Mikrofon

  Pengimbas Kayu Ria Pen Stylus Pembaca Kod Bar

  4. Peranti Output Antara peranti-peranti output yang terdapat di pasaran.

  Monitor Pembesar suara Pencetak Headset Projektor LCD Mesin plotter

  5. Peranti Storan Antara peranti-peranti storan yang terdapat di pasaran.

  Cakera Keras Pemacu kilat / Pemacu USB Cakera Optikal ( CD, DVD dan Blu-Ray) Cakera Liut

  Kad Memori Cakera Zip

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Lembaran kerja

  2. Komputer murid

  3. Capaian Internet

  TUGASAN 1. Melabelkan gambar rajah blok kitaran pemprosesan maklumat yang dilukis.

  2. Membuat latihan 1.1.

  3. Mengumpul gambar-gambar peranti input, output dan storan dari Internet.

  4. Menyimpan imej dalam folder yang betul.

LANGKAH KERJA

  1. Lukis gambar rajah blok kitaran pemprosesan maklumat di dalam lembaran kerja dan labelkan komponen-komponennya.

  2. Berikan penerangan ringkas tentang kitaran pemprosesan maklumat berdasarkan gambar rajah blok yang dilukis.

  3. Bina folder baru dan namakan folder tersebut dengan nama murid dan kelas.

  Contoh: Amir 1 Jingga

  4. Bina tiga folder di dalam folder Amir 1 Jingga dan namakan Input, Output dan Storan.

  5. Cari dan kumpul gambar-gambar peranti input, output dan storan dari Internet i. ii. Start → Internet Explorer a c b

  Gambar Rajah 2 a. Taipkarti gambar rajah 2.

  b. Taipkan perkataan input device pada ruang seperti dalam gambar rajah 2.

  c. Klik pada image seperti gambar rajah 2. ii Simpan gambar atau imej ke dalam folder yang betul.

  a. Klik kanan pada imej dan pilih Save Picture As

  

  b c d Gambar Rajah 3. b. Klik pada Input seperti gambar rajah 3 c. Namakan fail dengan nama yang sesuai.

  d. Klik Save untuk menyimpan fail.

  6. Ulangi langkah-langkah dari 5. i b. hingga 5. ii d. untuk mencari sekurang-kurangnya dua contoh peranti input, dua contoh peranti storan dan dua contoh peranti output.

  

LATIHAN

  Latihan 1.1 1. Namakan komponen-komponen kitaran pemprosesan maklumat dalam komputer.

  a. …………………………………………………………………………………… b . ……………………………………………………………………………………

  c. …………………………………………………………………………………… d.

  ……………………………………………………………………………………

  2. Labelkan gambar rajah blok di bawah; KITARAN PEMPROSESAN MAKLUMAT

  3. Isi tempat kosong dengan perkataan yang betul Kitaran pemprosesan maklumat terdiri daripada empat langkah iaitu i)

  …………………….., ii)…………………………., iii)…………………………… dan iv) …………………………………….

  Kitaran bermula bila v) ……………….. dimasukkan ke dalam sistem sebagai input, diproses dan ditukarkan menjadi keluaran atau vi)

  ……………….. seperti laporan, gambar atau muzik dan disimpan supaya ia boleh vii )…………………. kemudian.

  4. a. Labelkan gambar peranti input di bawah.

  B F C D A

  E A B C D E F b. Labelkan gambar peranti output di bawah. B E A

  F

D

C

  A B C D E F

  c. Labelkan gambar peranti storan di bawah

  

B C

D D E F A A B C D E F

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K. PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN

  TAHUN NO. STANDARD PEMBELAJARAN

  1.1 MENGENAL PASTI KOMPONEN KITARAN TAJUK PEMPROSESAN MAKLUMAT TERAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI

  CATATAN YA TIDAK Melabelkan input, proses, storan dan output 1 pada gambar rajah blok berdasarkan kitaran pemprosesan maklumat. Memerihalkan kitaran pemprosesan maklumat

  2 berdasarkan gambar rajah blok.

  Mengenal peranti input, peranti output dan

  3 storan berdasarkan gambar.

  Mencari imej peranti input, output dan storan dari

4 Internet.

  Menyimpan imej yang dicari ke dalam folder

  5 input, output dan storan dengan betul.

  TIDAK TERAMPIL TERAMPIL KEPUTUSAN TARIKH NAMA GURU Tandatangan & tarikh DISAHKAN OLEH Tandatangan & tarikh

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN:

  1.2 Mengenali konsep binari

OBJEKTIF KHUSUS

  Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:

  1.2.1 Menyatakan hubungkait dua aras isyarat elektrik dalam komputer dengan digit 0 dan digit 1.

  1.2.2 Menyatakan unit ukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

  1.2.3 Menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz fail satu perkataan dan fail satu ayat.

  1.2.4 Membandingkan kapasiti penyimpanan data antara CD dan DVD.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

   Komputer merupakan sebuah peranti elektrik. Keupayaan komputer berkomunikasi dengan manusia sering menjadi tanda tanya. Murid diberi pendedahan bagaimana komputer berinteraksi dengan mereka.  Konsep binari membantu murid menghubungkait dunia realiti dengan dunia komputer.  Mengenali ukuran data dapat membantu murid memahami keupayaan dan keperluan simpanan data yang sedang atau bakal mereka gunakan.  Murid juga diberi pendedahan untuk mengetahui bagaimana komputer menghitung data yang disimpan.

  KANDUNGAN / FAKTA

  Data boleh disimpan dalam komputer, pemacu USB, CD, DVD dan bermacam-macam jenis storan lagi. Jika unit bagi jisim adalah gram, unit bagi panjang adalah meter, maka unit bagi data adalah bait. Contoh kapasiti bagi storan seperti : i. Pendrive biasanya 8 Gigabait (8GB)

  • – berapakah kapasiti pendrive anda? ii. CD biasanya 700 Megabait (700MB) iii. DVD biasanya 4 Gigabait (4GB) Unit terkecil bagi komputer ialah bit iaitu sama ada 0 atau 1. 8 bit membentuk 1 bait. 1 bait merupakan 1 aksara iaitu sama ada 1 huruf, 1 nombor, 1 special character atau 1 space.

  1 Kilobait (KB) ≈ 1 ribu bait

  1 Megabait (MB) ≈ 1 juta bait

  1 Gigabait (GB) ≈ 1 bilion bait

  1 Terabait (TB) ≈ 1 trilion bait Komputer menukar data yang kita masukkan ke dalam bentuk binari sebelum memproses data tersebut.

  Contoh Kod ASCII yang digunakan oleh kebanyakan komputer:

  Aksara Kod ASCII 00110000

3 00110011

A 01000001

  01001110 +

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Bahan bantu mengajar Mari Mengenal Ukuran Data.pps

  3. Aplikasi Notepad

  4. Sekeping CD

  5. Sekeping DVD

  TUGASAN

  1. Membuat latihan untuk menilai pengetahuan tentang konsep binari dan ukuran data

  2. Menggunakan aplikasi Notepad

  3. Membandingkan kapasiti data

LANGKAH KERJA

  1. Buka aplikasi Notepad Klik

  Start → All Programs → Accessories → Notepad

  2. Taipkan perkataan BAIT

  3. Simpan fail tersebut dengan nama Perkataan dalam folder anda seperti gambar rajah 1.

  Klik File

  → Save

  a. Taip Perkataan

  b. Klik Save b a Gambar rajah 1 4. Buka aplikasi Notepad sekali lagi.

  Klik File →New

  5. Taipkan 1 BAIT = 8 BIT

  6. Simpan fail tersebut dengan nama Penyataan di dalam folder anda seperti gambar rajah 2.

  File → Save

  a. Taip Penyataan

  b. Klik Save b a

  Gambar rajah 2

  7. Bandingkan saiz kedua-dua fail teks tersebut dengan cara berikut: a. Buka folder anda.

  b. Susunkan fail secara tiles seperti gambar rajah 3.

  c. Lihat saiz pada setiap fail. saiz fail

  Gambar rajah 3

  8. Berdasarkan apa yang telah dipelajari, jawab semua soalan yang disediakan dalam lembaran kerja 1.2(a) dan 1.2(b).

  

LATIHAN

Latihan 1.2 (a)

  1. Unit ukuran untuk mengukur data dalam komputer anda ialah

  2. Apakah bacaan dalam binari bagi denyutan elektrik ini: i. Ada Ada Tiada Ada Tiada Tiada Ada Ada ii. Tiada Tiada Ada Ada Ada Tiada Ada Tiada

3. Tandakan √ bagi ukuran data yang terendah.

  Gigabait Megabait Terabait

  Latihan 1.2 (b) 1. Tuliskan saiz fail di dalam kotak di bawah berdasarkan aktiviti di atas.

  Fail Perkataan = bait Fail penyataan = bait

  2. Dengan menggunakan aplikasi Notepad, nyatakan saiz bagi fail yang mengandungi ayat Hari ini sungguh cerah. bait

  3. Nyatakan saiz data bagi i) t = bait ii) makan = bait iii)

  21 = bait iv) 13/12/2011 = bait v) saya rajin = bait

  4. Tuliskan saiz kapasiti bagi: i) CD = ii) DVD =

  5. Jika anda mempunyai fail video bersaiz 1 Gigabait, storan manakah pilihan anda? CD DVD

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K. PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN

  TAHUN NO. STANDARD PEMBELAJARAN

  1.2 TAJUK MENGENAL KONSEP BINARI BIL PERKARA YANG DINILAI TRAMPIL CATATAN YA TIDAK

  1 Dapat menyatakan hubungkait dua aras isyarat elektrik dalam komputer dengan digit 0 dan digit

  1.

  2 Dapat menyatakan unit ukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, gigabait dan terabait.

  3 Boleh menggunakan aplikasi Notepad untuk membandingkan saiz fail satu perkataan dan fail satu ayat.

  4 Boleh membandingkan kapasiti penyimpanan data antara CD dan DVD.

  KEPUTUSAN TRAMPIL TIDAK TRAMPIL TARIKH NAMA GURU Tandatangan & tarikh

DISAHKAN OLEH

  Tandatangan & tarikh

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN: 1.3 Membanding keupayaan komputer. OBJEKTIF KHUSUS

  Di akhir pembelajaran murid dapat : 1.3.1 Menyatakan unit kelajuan bagi pemproses.

  1.3.2 Menyatakan kelajuan pemproses bagi komputer yang digunakan.

  1.3.3 Menyatakan saiz ingatan (RAM) bagi komputer yang digunakan.

  1.3.4 Membandingkan keupayaan antara beberapa komputer berdasarkan kelajuan pemproses dan saiz ingatan.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

   Kebolehan menentukan keupayaan sesebuah komputer merupakan kemahiran asas bagi murid menilai kebolehan komputer yang mereka gunakan.  Memahami bagaimana keupayaan komputer diukur memberi gambaran kepada murid tentang bagaimana komputer bekerja.  Murid juga diberi pendedahan tentang kesesuaian untuk melakukan penaiktarafan komputer.

  KANDUNGAN / FAKTA

  Kelajuan komputer diukur berdasarkan bilangan kitaran pemprosesan yang dapat dilakukan dalam masa 1 saat. Unit yang digunakan adalah Hertz. Bagi melihat kelajuan pada komputer yang digunakan, anda perlu melihat kelajuan pada pemproses yang digunakan oleh komputer anda. Contoh pemproses adalah Pentium (R) Dual Core.

  Ukuran saiz ingatan (RAM) = Bait

  RAM = Random Access Memory atau Ingatan capaian rawak

   RAM adalah ingatan sementara bagi komputer di mana apabila arus elektrik dimatikan pada komputer, semua simpanan di dalam ingatan akan hilang.  Menambah saiz ingatan boleh membantu meningkatkan keupayaan komputer.

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Bahan bantu mengajar Kelajuan Komputer.pps

  3. Risalah iklan komputer

  TUGASAN

  1. Menggunakan bahan bantu mengajar Kelajuan Komputer.pps

  2. Menggunakan komputer untuk melihat kelajuan yang dimiliki oleh komputer yang digunakan.

  3. Menggunakan komputer untuk melihat saiz ingatan (RAM) yang dimiliki oleh komputer yang digunakan.

  4. Membuat latihan yang disediakan bagi mengukuhkan kefahaman.

  LANGKAH KERJA 1. Buka bahan bantu mengajar Kelajuan Komputer.pps yang dibekalkan.

  2. Beri perhatian pada demonstrasi membaca kelajuan yang dimiliki komputer oleh guru anda.

  3. Dapatkan maklumat kelajuan pemproses dan saiz ingatan (RAM) komputer anda.

  a. Klik kanan pada ikon My Computer di desktop dan pilih Properties. Gambar rajah 1 akan dipaparkan. a b

  Gambar rajah 1

  b. Catatkan kelajuan pemproses dan saiz ingatan (RAM) komputer seperti di a dan b dalam gambar rajah 1 pada latihan 1.3.

  c. Dapatkan risalah iklan komputer dari guru anda.

  d. Pilih dua komputer idaman anda dan selesaikan latihan 1.3.

  

LATIHAN

Latihan 1.3

  1. Tuliskan kelajuan pemproses dan saiz fail di dalam kotak di bawah berdasarkan aktiviti di atas.

  Kelajuan pemproses = Saiz ingatan (RAM) =

  2. Berdasarkan komputer-komputer pilihan anda. Nyatakan i. Nama komputer =

  Kelajuan pemproses = Saiz ingatan = ii. Nama komputer = Kelajuan pemproses = Saiz ingatan =

  3. Antara dua komputer yang dipilih, komputer manakah yang mempunyai keupayaan yang lebih?

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K. PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN

  TAHUN NO. STANDARD PEMBELAJARAN

  1.3 TAJUK MEMBANDING KEUPAYAAN KOMPUTER TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI CATATAN YA TIDAK 1 Menyatakan unit kelajuan bagi pemproses.

  Menyatakan kelajuan pemproses bagi

  2 komputer yang digunakan.

  Menyatakan saiz ingatan (RAM) bagi komputer

  3 yang digunakan.

  Membandingkan keupayaan antara beberapa 4 komputer berdasarkan kelajuan pemproses dan saiz ingatan.

  TIDAK TRAMPIL TRAMPIL KEPUTUSAN TARIKH NAMA GURU Tandatangan & tarikh

DISAHKAN OLEH

  Tandatangan & tarikh

  UNIT 1 : MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN: 1.4 Mengenal pasti perisian komputer. OBJEKTIF KHUSUS

  Di akhir pembelajaran murid dapat :

  1.4.1 Menyatakan jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

  1.4.2 Menyenaraikan contoh perisian semasa bagi perisian sistem pengoperasian, perisian aplikasi dan program utiliti.

  1.4.3 Menyatakan kegunaan perisian sistem pengoperasian.

  1.4.4 Menyatakan kegunaan perisian aplikasi.

  1.4.5 Menyatakan kegunaan program utiliti.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

  Perisian komputer merupakan program-program yang mengandungi set arahan yang membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu. Komputer merupakan sebuah mesin dan tidak boleh berfungsi tanpa adanya perisian. Perisian boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi. Dalam perisian sistem terbahagi lagi kepada dua kategori iaitu perisian sistem pengoperasian dan program utiliti. Dalam unit ini murid akan didedahkan dengan perisian sistem pengoperasian, perisian aplikasi dan program utiliti.

  PERISIAN SISTEM APLIKASI SISTEM PENGOPERASIAN UTILITI KANDUNGAN/FAKTA a. Perisian terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

  b. Perisian Sistem terbahagi kepada dua jenis iaitu perisian sistem pengoperasian dan program utiliti.

  c. Perisian Aplikasi

  d. Sistem Pengoperasian

  e. Program Utiliti

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Bahan bantu mengajar Mari Mengenal Perisian Komputer.pps

  3. Latihan TUGASAN

  1. Menggunakan bahan bantu mengajar Mari Mengenal Perisian Komputer.pps

  2. Membuat latihan bagi menambahkan kefahaman tentang jenis-jenis, contoh-contoh dan kegunaan perisian komputer.

  3. Membuat latihan 1.4 berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi.

  LANGKAH KERJA 1. Buka bahan bantu mengajar Mari Mengenal Perisian Komputer.pps yang dibekalkan.

  2. Membuat ulangkaji dalam bahan bantu mengajar Mari Mengenal Perisian Komputer.pps 3. Selesaikan latihan 1.4. LATIHAN LATIHAN 1.4 1. Pilih antara berikut yang manakah jenis-jenis perisian komputer. Aplikasi Resolusi Utiliti Sistem Pengoperasian a. …………………………………………….……… b. ……………………………………………..……..

  c.

  …………………………………………………….

2. Pilih jawapan yang sesuai dan tulis jawapan anda dalam ruang yang disediakan.

SISTEM PERISIAN APLIKASI PROGRAM UTILITI PENGOPERASIAN

  a)

  b)

  c) Mac OS WinZip

  Skype Disk

  Avira Android MicrosoftWi

  Defragmenter CorelDraw ndows Microsoft Antivirus

  Word

3. Padankan kegunaan perisian sistem pengoperasian, perisian aplikasi dan program utiliti dengan jawapan yang sesuai.

PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN

   Membantu menguruskan dan mengemaskini perkakasan komputer, dan perisian aplikasi  Digunakan untuk menghasilkan surat, laporan, buku, pengiraan,

  PERISIAN persembahan projek dan

  APLIKASI lain-lain

   Untuk berhubung atau berkomunikasi secara atas talian  Boleh digunakan untuk menyunting gambar atau imej

   Komputer tidak dapat PROGRAM digunakan tanpa adanya perisian ini

  UTILITI  Mengurus ingatan  Mengurus input/output  Mengurus fail

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K. PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN

  TAHUN NO. STANDARD PEMBELAJARAN

  1.4 MENGENAL PASTI PERISIAN KOMPUTER. TAJUK

  TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI CATATAN YA TIDAK Menyatakan jenis perisian iaitu perisian sistem

  1 pengoperasian, perisian aplikasi dan program utiliti.

  Menyenaraikan contoh perisian semasa bagi

  2 perisian sistem pengoperasian, perisian aplikasi dan program utiliti. Menyatakan kegunaan perisian sistem

  3 pengoperasian.

  4 Menyatakan kegunaan perisian aplikasi.

  5 Menyatakan kegunaan program utiliti.

  TIDAK TRAMPIL TRAMPIL KEPUTUSAN TARIKH NAMA GURU Tandatangan & tarikh

DISAHKAN OLEH

  Tandatangan & tarikh

  UNIT 1 : MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN: 1.5 Menggunakan perisian aplikasi dan program utiliti. OBJEKTIF KHUSUS

  Di akhir pembelajaran murid dapat:

  1.5.1 Mengubah resolusi gambar dengan menggunakan perisian penyunting imej.

  1.5.2 Membandingkan saiz fail antara dua gambar yang sama tetapi berlainan resolusi.

  1.5.3 Memampatkan saiz fail dengan menggunakan perisian pemampat.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

  Perisian aplikasi dan program utiliti merupakan dua jenis perisian yang membantu pengguna melaksanakan tugas. Perbezaan kedua-dua perisian ini ialah pada tugas yang boleh dilaksanakan. Perisian aplikasi lebih membantu dalam melaksanakan tugas yang melibatkan dokumen atau fail, sebagai contoh untuk menyunting imej.

  Program utiliti pula lebih kepada tugas penyelenggaraan sistem komputer, peralatan ataupun program komputer. Contohnya jika ingin memampatkan saiz sesuatu fail yang besar, program utiliti yang sesuai boleh digunakan. Apa yang penting kedua-dua jenis perisian ini berfungsi untuk memastikan semua tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna. Segala maklumat tentang perisian ini boleh diperolehi melalui beberapa saluran.

  Media elektronik:

   Internet  Televisyen

  Media cetak:

   Surat khabar  Majalah  Brosur  Manual yang berkaitan 

  

KANDUNGAN/FAKTA

  a. Resolusi merupakan jumlah bilangan pixel yang digunakan untuk membentuk suatu gambar. b. Semakin tinggi resolusi, semakin banyak bilangan pixel dan semakin besar saiz gambar tersebut.

  c. Penyuntingan imej merupakan suatu proses mengubah bentuk, saiz, dan warna pada sesuatu imej atau gambar.

  d. Pemampatan saiz fail merupakan satu proses mengurangkan saiz fail tersebut menggunakan program utiliti.

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Folder (murid)

  3. Bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Perisian Aplikasi.pps

  4. Perisian FastStone Photo Resizer

  5. Bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Program utiliti.pps

  6. Perisian WinZip

  7. Fail Nota WinZip.doc

  8. Latihan

  TUGASAN

  1. Menggunakan bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Perisian

  Aplikasi.pps

  2. Mengubah resolusi gambar dengan menggunakan perisian FastStone Photo Resizer.

  3. Membandingan saiz fail antara gambar yang belum disunting dengan yang telah disunting dalam tugasan 2.

  4. Menggunakan bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Program utiliti.pps 5. Memampatkan fail dengan menggunakan perisian WinZip.

LANGKAH KERJA

  1. Buka bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Perisian Aplikasi.pps 2. Selesaikan latihan 1.5 (a).

  3. Buka perisian FastStone Photo Resizer.

  4. Pilih gambar yang hendak diubah resolusinya. Lihat gambar gambar rajah 1.

  a. Klik gambar yang hendak dipilih.

  b. Tekan butang Add .

  c. Dwi Klik pada gambar yang telah dimasukkan pada Input List.

  Paparan gambar yang telah ditukar resolusinya akan ditunjukkan pada gambar rajah 2.

  d. Klik butang Close untuk kembali ke paparan seperti gambar gambar rajah 1.

  e. Klik butang Browse untuk menyimpan gambar yang telah ditukar resolusinya di dalam folder anda.

  f. Kemudian klik butang Convert dan gambar tersebut akan ditukarkan kepada resolusi yang baru.

  g. Tekan butang Close untuk menamatkan proses.

  b c a e f

  Gambar Rajah 1 Saiz resolusi Saiz resolusi selepas sebelum ditukar ditukar

  Gambar Rajah 2

  d

  5. Catatkan perbezaan saiz fail kedua-dua gambar yang telah ditukar dalam latihan 1.5 (b).

  6. Buka bahan bantu mengajar Mari Menggunakan Program utiliti.pps yang dibekalkan.

  7. Selesaikan latihan 1.5 (a).

  8. Buka folder anda, pilih fail Nota WinZip.doc yang hendak dimampatkan. Lihat gambar rajah 3 dan gambar rajah 4.

  a. Klik kanan pada fail Nota WinZip.doc.

  b. Pilih menu WinZip.

  c. Klik pada Add to Nota WinZip.zip.

  d. Buka folder anda dan lihat fail anda telah dimampatkan.

  9. Bandingkan saiz fail yang belum dimampatkan dengan yang telah dimampatkan.

  10. Catatkan perbezaan fail dalam latihan 1.5 (b).

  11. Buat latihan 1.5 (a) dan 1.5 (c) untuk menguji kefahaman anda.

  a c b

  Gambar rajah 3

  d

  Gambar Rajah 4

  LATIHAN Latihan 1.5 (a)

  1. Tuliskan jenis perisian aplikasi untuk menyunting gambar yang telah anda gunakan.

  …………………………………………………………………………..….……… 2. Tuliskan jenis program utiliti untuk memampatkan fail yang telah anda gunakan.

  ……………………………………………………..………………………………..

  Latihan 1.5 (b)

  1. Tuliskan saiz gambar di dalam kotak di bawah berdasarkan aktiviti yang telah anda lakukan.

  Saiz gambar sebelum ditukar resolusinya KB = Saiz gambar selepas ditukar resolusinya = KB Saiz fail sebelum dimampatkan = KB Saiz fail selepas dimampatkan = KB

  Latihan 1.5 (c)

  1. Pilih satu gambar yang terdapat dalam komputer anda, ubah resolusi gambar tersebut menggunakan perisian FastStone Photo Resizer, kemudian catatkan perbezaan saiz yang anda perolehi.

  Saiz gambar asal = KB Saiz gambar selepas ditukar resolusinya= KB

  2. Pilih fail Pengenalan WinZip.doc, mampatkan fail tersebut menggunakan perisian WinZip. Catatkan bacaan saiz fail sebelum dan selepas dimampatkan.

  Saiz fail asal = KB Saiz fail selepas dimampatkan = KB

  UNIT 1 : MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

  NAMA MURID NO. KAD PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN TAHUN

  NO.MODUL/ UNIT

  1.5 TAJUK PROJEK MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI CATATAN YA TIDAK 1. Mengubah resolusi gambar dengan menggunakan perisian penyunting imej.

  2. Membandingkan saiz fail antara dua gambar yang sama berlainan resolusi.

  3. Memampatkan saiz fail dengan menggunakan perisian pemampat.

  TRAMPIL TIDAK KEPUTUSAN TRAMPIL TARIKH Tandatangan &

  Nama guru tarikh Tandatangan &

  Disahkan oleh tarikh

  UNIT 1 : MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN: 1.6 Menjaga keselamatan komputer dan data. OBJEKTIF KHUSUS

  Di akhir pembelajaran murid dapat : 1.6.1 Menyatakan keperluan penjagaan keselamatan komputer dan data.

  1.6.2 Membuat sandaran bagi fail yang digunakan.

  1.6.3 Mengimbas fail menggunakan perisian anti virus yang sedia ada.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

  Adalah penting melindungi peralatan komputer dan data komputer dari gagal berfungsi dengan baik, ancaman, risiko dan kecurian. Ini berpunca dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan perkakasan dan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan atau denial-of-service. Maklumat berkaitan keselamatan komputer dan data boleh didapati melalui media eletronik dan media cetak.

  Media elektronik :

   Internet :c=public&v=main  Radio  Television

  Media cetak:

   Surat khabar  Majalah komputer  Journal  Manual yang berkaitan teknologi maklumat

  MAKSUD PERKATAAN

  a. Keselamatan

  b. Virus

  c. Data

  d. Sandaran

  e. Imbasan

  f. Antiviru

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Bahan bantu mengajar Keselamatan Komputer.pps

  3. Perisian MS Word

  4. Pemacu USB

  5. Perisian anti virus (Trend Micro)

  TUGASAN

  1. Menggunakan bahan bantu mengajar Keselamatan Komputer.pps

  2. Membuat latihan dalam bahan bantu mengajar Keselamatan Komputer.pps bagi menunjukkan kefahaman tentang penjagaan keselamatan komputer dan data.

  3. Menggunakan perisian MS Word

  4. Menyimpan fail yang telah dibuat dengan menggunakan perisian MS Word

  5. Membuat sandaran fail dalam storan pemacu USB

  6. Menggunakan perisian anti virus Trend Micro

LANGKAH KERJA

  1. Buka bahan bantu mengajar Keselamatan Komputer.pps yang dibekalkan 2. Membuat fail sandaran.

  (a) Masukkan pemacu USB pada komputer (b) Buka perisian MS Word (c) Buat satu fail baru berkaitan biodata diri sendiri.

  (d) Simpan fail tersebut dengan nama Biodata di dalam folder Document seperti gambar rajah 1.

  (c)

  Gambar Rajah 1 (e) Tutup perisian MS Word dan kembali ke desktop komputer.

  (f) Buka folder Document

  Start

  Document (g) Cari fail Biodata, klik kanan pada tetikus dan anda akan dapati paparan seperti dalam gambar rajah 2.

  (h) Klik Send to dan pilih pemacu USB/storan mudah alih (pendrive)

  (h)

  Gambar rajah 2

  (i) Semak fail Biodata dalam pemacu USB/storan mudah alih (pendrive) untuk pastikan sandaran fail telah berjaya.

  (j) Klik pemacu USB/storan mudah alih (pendrive) dan anda akan dapati paparan seperti dalam gambar rajah 3.

  (j)

  Gambar rajah 3  Terdapat pelbagai cara untuk membuat sandaran fail seperti menggunakan CD- R, cakera keras mudah alih dan sistem sandaran.  Pemilihan cara membuat fail sandaran adalah bergantung kepada kesesuaian pelajar dan kemudahan sekolah.  Begitu juga dengan program anti virus yang digunakan untuk mengimbas fail, boleh menggunakan mana-mana program anti virus yang mudah diperolehi dengan percuma.

  3. Mengimbas virus (a) Buka perisian anti virus Trend Micro

  Start

  Programs Trend Micro OfficeScan Client 

  OfficeScan Client

  Gambar Rajah 4 (b) Pilih pemacu yang ingin diimbas dan klik Scan

  (b)

  Gambar Rajah 5

  (c) Gambarajah 6 menunjukkan proses imbasan sedang dijalankan

  Gambar Rajah 6

  (d) Gambarajah 7 menunjukkan proses imbasan sudah selesai dijalankan dan klik OK untuk tamatkan aplikasi

  Gambar Rajah 7

  

LATIHAN

  Latihan 1.6 Jawab semua soalan di bawah.

  1. Berikut adalah ancaman terhadap komputer KECUALI

  A. Banjir

  B. Pencuri

  C. Penggodam

  D. Kanak-kanak

  2. Berikut adalah cara untuk anda menjaga keselamatan data dalam komputer KECUALI

  A. Meyimpan fail dalam komputer tanpa membuat sandaran fail

  B. Mengimbas pemacu dengan menggunakan aplikasi anti virus

  C. Menyimpan fail dalam storan mudah alih (pendrive)

  D. Menetapkan kata kunci (password) dalam komputer

  3. Tuliskan urutan yang betul bagi membuat imbasan fail (i) Pilih pemacu yang ingin diimbas

  (ii) Lancarkan aplikasi anti virus (iii) Tutup aplikasi anti virus

  (iv) Mulakan proses imbasan pemacu

  4. Tandakan ( √) yang merupakan aplikasi anti virus Norton Anti virus Trend Micro MS Word AVG Anti virus

  5. Bulatkan contoh storan sandaran lain yang boleh menggantikan pemacu USB (pendrive )

  UNIT 1: MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER

PENILAIAN

NAMA MURID NO. K. PENGENALAN NAMA SEKOLAH TINGKATAN

  TAHUN NO. STANDARD PEMBELAJARAN

  1.6 MENJAGA KESELAMATAN KOMPUTER DAN TAJUK DATA TRAMPIL BIL PERKARA YANG DINILAI CATATAN YA TIDAK

  Menyatakan keperluan penjagaan

  1 keselamatan komputer dan data Membuat sandaran bagi fail yang

  2 digunakan Mengimbas fail menggunakan perisian anti

  3 virus yang sedia TIDAK TRAMPIL TRAMPIL KEPUTUSAN TARIKH NAMA GURU

  Tandatangan & tarikh Tandatangan & tarikh

DISAHKAN OLEH

  UNIT 1 : MENGENAL ASAS SISTEM KOMPUTER STANDARD PEMBELAJARAN:

  1.7 Melaksanakan asas penyelenggaraan komputer

OBJEKTIF KHUSUS

  Pada akhir pembelajaran ini murid boleh: 1.7.1 Melabelkan port USB, port VGA dan port audio pada unit sistem.

  1.7.2 Memasang tetikus, papan kekunci, monitor dan pembesar suara pada unit sistem.

  1.7.3 Melaksanakan defragmentasi storan mudah alih.

  1.7.4 Mengamalkan penjimatan tenaga elektrik dengan mengkonfigurasi sistem pada komputer yang digunakan.

  1.7.5 Membina, menamakan, menyalin dan menampal serta menghapus folder.

  

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

  Pengetahuan berkaitan komponen dan perkakasan komputer penting dalam pemasangan peralatan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan pembesar suara.Ini dapat memastikan komputer dapat berfungsi dengan betul sekiranya tiada kesalahan pemasangan dalam komponen tersebut. Selain itu penyelenggaraan asas seperti defragmentasi, mengimbas cakera/storan dapat membantu komputer berfungsi dengan baik. Cakera/storan perlu dianalisa terlebih dahulu untuk menentukan sama ada perlu dibuat defragmentasi atau tidak. Sekiranya analisa cakera/storan menunjukkan 10% dan keatas, maka ia perlu dibuat defragmentasi. Konfigurasi sistem komputer seperti masa untuk komputer berada dalam keadaan standby juga dapat membantu penjimatan elektrik.

  Pengurusan folder adalah penting untuk menyimpan fail/data di tempat yang mudah dibuka semula apabila diperlukan. Maklumat lain berkaitan kemahiran boleh didapati daripada sumber-sumber seperti Internet, majalah komputer atau bahan bacaan berasaskan teknologi maklumat.

  MAKSUD PERKATAAN

  a. Port USB, port VGA dan port audio

  b. Unit sistem

  c. Defragmentasi

  d. Mengkonfigurasi sistem komputer

  e. Folder

  

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

  1. Komputer murid

  2. Bahan powerpoint Mengenal Port.pps

  3. Unit sistem

  4. Tetikus

  5. Papan kekunci

  6. Monitor

  7. Pembesar suara

8. Pemacu USB

  TUGASAN