RINGKASAN LAPORAN ON JOB TRAINING OJT
Mohd Farmiezie Morni (KUCHING
VOCATIONAL COLLEGE) Automotive
Technology First Batch (2012-2015)
fb: https://www.facebook.com/mieyjie wc:MieyjiTongkatAli96
whtsapp:0146977047
Wednesday, April 27, 2016
RINGKASAN LAPORAN ON JOB TRAINING (OJT)
Laporan ojk tok mestilah ringkas, tapi mudah dipaham. then mun boleh jgn trlalu bnyak
penipuan. lagik2 bab latar belakang organisasi ya. agak balit toke ktk org, suroh nya
crita latar belakang syarikat ny. tok cuma contoh jak laa, pake rujukan ktk org. yajak
lahh.
PENGHARGAAN
Setinggi – tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan Juman
Enterprise kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri di
bengkelnya selama 4 bulan 2 minggu. Khasnya buat Majuman Bin Tembong selaku
pengurus di bengkel ini dan menguruskan hal kami semasa menjalani latihan industri di
syarikat ini.
Selain itu, terima kasih saya ucapkan kepada Muhammad Asyraf Bin Majuman
telah banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja dibengkel ini terutamanya
perkara yang saya tidak mahir. Pengurus bengkel ini juga banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya seperti penggunaan alatan terutama yang berkaitan dengan “special tool”
dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul. Segala tunjuk ajar daripada semua
pekerja di bengkel terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya
pengalaman yang baru dalam selok-belok kerja.
Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan
pada masa yang akan datang. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak unit latihan industri dan jabatan kejuruteraan mekanikal Kolej Vokasional
Kuching yang banyak membantu dari penyediaan sebelum, semasa dan selepas
menjalani latihan industri dan penyediaan laporan latihan industri.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan
dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan
menamatkan latihan industri selama 4 bulan 2 minggu ini.
BAB 1 : PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapatlah saya
menamatkan latihan industri dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan serta
menyediakan laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh
jabatan saya.
Dalam tempoh masa 4 bulan 2 minggu bermula pada 24 November 2015
sehingga 26 Mac 2016 , saya telah menjalankan latihan industri di syarikat Juman
Enterprise. Dalam tempoh saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui pengalaman
baru dalam hidup saya terutama di dalam alam pekerjaan. Selain itu, saya dapat
mempraktikan apa yang saya belajar secara teori sewaktu di Kolej Vokasional dan
mengenali bahan, kelengkapan dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri.
Selain itu, ianya dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan
dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan dan
mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah yang timbul semasa berada di tempat
kerja. Ianya juga dapat membantu saya menambah keyakinan diri terhadap
kemampuan saya sendiri.
Selain itu, latihan industri adalah merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar
seperti kami tentang bagaimana cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga
pihak atasan. Di dalam latihan industri, saya diberi peluang untuk mempraktikan cara
berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Ini kerana
tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titikberatkan dalam alam
pekerjaan.
Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab, membuat sesuatu keputusan dan berupaya menguji keyakinan diri
dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Justeru itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan
yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan didalam alam
pekerjaan pada masa akan datang.
1.2 Objektif Latihan Industri
Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus di Kolej Vokasional perlulah
menjalani latihan industri dalam satu tempoh yang ditetapkan iaitu selama 4 bulan 2
minggu . Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas
setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Kolej Vokasional
Kementeriaan Pendidikan Negeri. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud
adalah :
I.
Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
II. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek
praktikal di firma atau sebaliknya.
III. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
IV. Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa
latihan industri dijalankan dan dimasa akan datang.
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Apabila tamat latihan industri yang dijalankan, setiap pelajar diharuskan
membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah
ditetapkan oleh pihak Kolej Vokaisonal. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh
manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh
tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk
dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis
panduan dan rujukan ketika temuduga kelak
Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarahpensyarah yang berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi
makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan
bahan rujukan kelak.
Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari
pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan dan segala
peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah
yang memeriksa dan juga firma serta pihakpihak lain untuk penilaian serta rujukan
terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan
dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteran
mekanikal dan pembuatan khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi
manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Kepada pelajar, latihan industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang
memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses
pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai
perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang
sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat
kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui.
Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang
pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.
Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa
janggal apabila pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal
merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah
yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman
untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak lansung ia dapat memberi kesan kepada
pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah
yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
Dari sudut lain pula, latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar
untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak. Ini tidak dinafikan
kerana secara umum, sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.
Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan ini adalah sangat
besar.
Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi
semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.
Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh
tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan
prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja
yang berdedikasi dan cemerlang kelak.
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Sejarah / Latar belakang Syarikat Manjuman Enterprise
Syarikat Juman Enterprise adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan
semenjak 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998. Ketika itu, EnMajuman berumur 29
tahun. Walau bagaimanapun, pengurus syarikat ini mempunyai pengalaman kerja yang
luas kerana beliau bekerja dengan abangnya sendiri yang juga seorang mekanik
selepas tamat persekolah sekitar tahun 1988. Boleh dikatakan beliau sudah bergelar
mekanik hampir 28 tahun. Juman Enterprise ini bukanlah syarikat yang besar, tetapi
beliau meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Pengurus ini tidak
mempunyai pengetahuan asas dalam bidang automotif, tetapi beliau hanya belajar dari
pemerhatian dan pengalaman dari bapannya sendiri selain usaha dan dan
perjuangannya yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Syarikat ini
menyediakan perkhidmatan membaiki, menservis, mengubahsuai dan membaikpulih
badan kenderaan.. Segala selok belok pengurusan perniagaan telah dipelajari sebelum
menubuhkan syarikat ini. Bengkel ini terletak dikawasan Padawan, Jalan Kuching –
Serian, iaitu Kampung Jawa. Hal ini kerana kawasan terbabit berdekatan dengan pusat
bandar serta dapat mengurangkan kos pengangkutan untuk membeli peralatan tangan
dan sebagainnya. Syarikat ini mempunyai 5 orang pekerja termasuk pengurus yang
mempunyai kepakaran tersendiri. Bengkel ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu
jam 8 pagi hingga 5 petang.
2.2 Visi Dan Misi
VISI
Untuk menjadikan seseorang pekerja yang berdedikasi, amanah,
bertanggungjawab dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berkesan.
MISI
Melaksanakan kerja – kerja penyelenggaraan kenderaan yang berkualiti pada
jangka masa yang singkat.
2.3 Matlamat Syarikat
IV.
Berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Mempelbagaikan hasil keluaran.
V.
Mewujudkan warga yang prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah
VI.
yang diberikan
Memberi peluang maksimum kepada pemilik dan yang berkepentingan.
VII.
2.4 Prosedur-Prosedur Pekerja Syarikat
Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja di bengkel Juman Enterprise. Ia adalah
sama dengan waktu bagi pelajar yang menjalani latihan industri.
2.3.1 : Jadual Waktu Bekerja
J
AM
HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
SABTU
0800-1230
1230-1330
1330-1700
KERJA
KERJA
KERJA
KERJA
KERJA
0800-1200
REHAT
REHAT
REHAT
REHAT
REHAT
1200-1400
KERJA
KERJA
KERJA
KERJA
KERJA
1400-1700
KERJA
REHAT
KERJA
JUMAAT
Yang Benar,
..................................................
(MAJUMAN BIN TEMBONG)
Pengurus Syarikat Majuman Enterprise
BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktviti mingguan yang dilakukan
sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di
dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi
tugas yang diberikan oleh penyelia. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan
dicatat dalam buku laporan harian.
Oleh itu, bahagian ini akan meringkaskan lagi aktiviti-aktiviti dan tugas yang
telah saya jalankan semasa menjalani latihan industri. Segala aktiviti yang dilakukan
akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang
telah dilakukan dalam seminggu disamping akan memudahkan proses penyemakkan.
Hari bekerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana
terdapat cuti umum dan cuti yang diberikan oleh pihak syarikat seperti ketika berlaku
nya bencana alam. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan
banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej
Vokasional, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat
dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani
latihan industri.
Ketika menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah ditempatkan di
bahagian penyelenggaraan mekanikal yang lebih kepada kerja-kerja membaikpulih dan
menyelenggara kenderaan. Dalam menjalani latihan industri, saya telah diberi masa
selama 9 jam sehari termasuk waktu berehat selama 1 jam, bermula dari jam 8 pagi
hingga 5 petang setiap hari bermula dari hari isnin hingga sabtu. Berikut merupakan
ringkasan mingguan ketika saya menjalani latihan industri selama 18 minggu.
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
MINGGU 1
(23 /11/ 2015 – 28 /11/ 2015)
1. Melapor Diri
2. Sesi Suai Kenal
MINGGU 2
(30 /11/ 2015 – 5 /12/ 2015)
1. Menukar ‘lining clutch’.
2. Mengeluar injin kenderaan.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
MINGGU 3
(7 /12/ 2015 – 12 /12/ 2015)
1. Menukar penyerap hentak.
2. Menservis system brek.
3. ‘General overhaul’.
MINGGU 4
1. ‘General overhaul’.
(14 /12/ 2015 – 19 /12/ 2015)
2. ‘Top overhaul’ .
MINGGU 5
(21 /12/ 2015 – 26 /12/ 2015)
1. Menukar ‘lining clutch’.
2. ‘General overhaul’.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
5. Menukar ‘waterpump’.
MINGGU 6
(28 /12/ 2015 – 2 /1/ 2016)
1. Menukar ‘waterpump dan hydraulic clutch pump’.
2. Menukar ‘belting’ dan ‘timing belt’
3. Menukar penyerap hentak.
4. ‘General overhaul’.
MINGGU 7
(4 /1/ 2016 – 9 /1/ 2016)
1. Membaikpulih badan kenderaan.
2. Menservis kenderaan.
3. ‘General overhaul.
MINGGU 8
(11 /1/ 2016 – 16 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Membaikpulih badan kenderaan.
3. Membaiki system brek.
4. ‘Top overhaul’.
MINGGU 9
(18 /1/ 2016 – 23 /1/ 2016)
1. ‘Top overhaul’.
2. ‘General overhaul’.
3. Menservis kenderaan.
4. Menukar ‘lining clutch’.
MINGGU 10 (25 /1/ 2016 – 30 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Membaikpulih badan kenderaan.
3. Menukar penyerap hentak.
4. ‘General overhaul’.
5. ‘Top overhaul’.
MINGGU 11 (1 /2/ 2016 – 6 /2/ 2016)
1. ‘Top overhaul’.
2. Menservis kenderaan.
3. Membaiki system brek.
4. Membaikpulih badan kenderaan.
5. Menukar lining clutch.
MINGGU 12 (8 /2/ 2016 – 13 /2/ 2016)
1. Menservis system brek.
2. Menservis system steering.
3. Menukar alternature.
MINGGU 13 (15 /2/ 2016 – 20 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Menservis sistem brek.
3. ‘Top overhaul’.
4. Menukar ‘lining clutch’.
MINGGU 14 (22 /2/ 2016 – 27 /1/ 2016)
1. Menservis kenderaan.
2. Menservis sistem brek.
3. Menukar penyerap hentak.
4. ‘General overhaul’
5. Menukar ‘lining clutch’
MINGGU 15 (29 /2/ 2016 – 5 /3/ 2016)
1. ‘General overhaul’.
2. Menservis kenderaan.
3. Membaikpulih badan kenderaan.
MINGGU 16 (7 /3/ 2016 – 12 /3/ 2016)
1. Membaikpulih badan kenderaan.
2. Menservis kenderaan.
3. Menukar ‘waterpump’.
4. Menservis sistem brek.
MINGGU 17 (14 /3/ 2016 – 19 /3/ 2016)
1. Menservis sistem brek.
2. Menservis kenderaan.
3. Menservis sistem steering.
4. ‘Top overhaul’.
MINGGU 18 (21 /3/ 2016 – 26 /3/ 2016)
1. Menservis sistem steering.
2. Menservis sistem brek.
3. Menservis kenderaan.
BAB 4 : PROSES KERJA
4.1 Langkah Keselamatan
Bab ini menerangkan sesuatu perkara yang perlu diutamakan ketika melakukan proses
kerja. Sebelum, semasa dan selepas sesuatu kerja itu dilakukan, banyak perkara perlu
dinilai. Sebelum kami memulakan latihan industri, kami telah didedahkan dengan
kepentingan menjaga keselamatan. Ketika melakukan latihan industry di bengkel
Majuman Enterprise, saya dapati keselamat meliputi dalam pelbagai bentuk iaitu:
Keselamatan diri
Keselamatan alat tangan
Keselamatan mesin
Keselamatan peralatan elektrik
Keselamatan didalam bengkel
Keselamatan merupakan factor yang mesti diambil perhatian dan diamalkan untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan.
BAB 5 : LAPORAN KERJA YANG DIBERIKAN
Pengenalan bab ini menerangkan bahagian kerja yang dilakukan dan dipelajari
sepanjang menjalani latihan industri. Semasa menjalani latihan industri saya
ditempatkan di bahagian mekanikal. Semasa menjalani latihan saya sentiasa
mengambil bahagian dalam kerja yang dilakukan oleh petugas dan mempelajarinya.
Saya juga mempelajari untuk mengenali peralatan yang digunakan di ruang kerja.
Selain itu, dalam bab ini saya akan menerangkan beberapa kerja yang dilakukan
berserta beberapa gambar rajah yang akan di bentangkan dalam bab ini.
5.1 Sistem Brek ( menservis ‘master pump’)
a) Kapitkan ‘master pump’ pada ragum.
b) Tanggalkan takungan bendalir brek.
c) Tanggalkan klip lengkung.
d) Keluarkan injap sehala.
e) Keluarkan pepasangan piston ‘master pump’.
f)
Periksa badan silinder dan dibahagian dalam ‘master pump’.
g) Periksa pepasangan piston.
h) Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i)
Pasang semula bahagian-bahagian ‘master pump’.
j)
Pasang takungan bendalir brek ke ‘master pump’.
k) Uji kendalian ‘master pump’ sebelum dipasang pada kenderaan.
5.2 Sistem Gantungan (mengeluarkan McPherson strut dari pegas gegelung)
a) Mampatkan pegas gegelung dengan pemampat pegas.
b) Tanggalkan penutup habuk galas.
c) Tanggalkan nut di bahagian pendakap penyerap hentak.
d) Keluarkan pendakap penebat dan pegas gegelung dengan melonggarkan pemampat
pegas perlahan-lahan.
e) Periksa bahagian-bahagian yang diceraikan iaitu:
Kerosakan dan kebocoran penyerap hentak.
Kelesuan pegas.
f)
Mampatkan pegas gegelung dan pasang semula. Pasang semula bahagian-bahagian
yang lain.
BAB 6 : KESIMPULAN
Sebagai seorang hamba Allah s.w.t yang wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai
kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya
meninggikan diri akan kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan
kekurangan yang ada pada diri. Sebagai manusia tidak salah untuk kita sentiasa
memperingati antara satu sama lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan
kemantapan individu itu sendiri.
Dan seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih
mantap lagi. Apa yang diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dengan program latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari
kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan diri saya. Sekali lagi sebagai hamba
Allah s.w.t yang biasa ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf dan
keampunan terutama sekali kepada pihak firma sekiranya saya telah melakukan
kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan.
Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya
kepada Juman Enterprise ini kerana bagi saya selama 4 bulan 2 minggu saya menjalani
latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,
keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat
saya nilai dengan wang ringgit.
Tinggi harapan saya supaya pihak bengkel Juman Enterprise sentiasa
menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka apabila terdetik dihati untuk
bekerjaya di bengkel ini. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan mempelajari
sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus Teknologi Automotif.
Kemahiran ini benar–benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan
pengajian saya dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang
sebenar. Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan
pergaulan antara rakan–rakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik
beratkan hal–hal hubungan social tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am.
Namun demikian, sifat ingin tahu juga amat penting bagi membolehkan saya
mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan. Tahap keyakinan saya juga ada
bertambah dan kini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan
yang sebenar.
BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN
7.1 Komen
Semasa saya menjalani latihan industri di syarikat ini saya amat berpuas hati
dengan layanan yang diberi oleh majikan kepada saya yang menjalani latihan industri di
syarikat tersebut. Walaupun syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang maju, bagi
pandangan saya terdapat juga kelemahan yang boleh menjejaskan pretasi syarikat ini
antaranya ialah :
1.
Beberapa peralatan yang disediakan oleh majikan tidak mencukupi
dimana terdapat beberapa peralatan mesin yang sering rosak.
2.
Sikap segelintir pekerja yang tidak mementingkan ciri – ciri keselamatan.
Contoh seperti tidak menggunakan ‘jack stand’ dan bekerja dikawasan yang
basah.
3.
Terdapat sesuatu kerja tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan
kerana terdapat masalah dengan barang yang tidak mencukupi atau barang
lambat sampai atas sebab kelewatan pihak stor mengeluarkanya. Ini
menyebabkan untuk menghasilkn sesuatu kerja itu akan memakan masa yang
panjang.
4.
Kekurangan tenaga kerja antara penyebab sesetengah petugas terpaksa
melakukan tugas yang amat berat dan terpaksa menangung beban kerja.
7.2 Cadangan
Sebagai mana yang diketahui, latihan industri adalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar Kolej Vokasional. Jadi sewajarnya jika
semua pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok – belok kerja dan
mempraktikan segala yang telah dipelajari dahulu.
Walaubagaimanapun, disini saya ingin memberikan beberapa cadangan yang
difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat.
1.
Sikap bertanggunjawab menjaga peralatan syarikat perlu ditanamkan
kepada petugas.
2.
Langkah menyimbangkan pekerja sambilan atau pelatih perlu diambil
untuk menjimatkan masa dan meningkatkan mutu pengeluaran.
3.
Mengadakan satu program khas oleh syarikat kepada pelatih dan pekerja
bagi mendedahkan pelbagai aspek untuk mencungkil bakat – bakat dalam diri
mereka.
Selain itu, disini saya ini memberikan beberapa cadangan yang difikirkan wajar
kepada pihak Kolej Vokasional.
1.
Bagi pandangan saya, wajar pihak Kolej Vokasional memberikan
kelonggaran kepada pelajar untuk memohon tamat latihan industri lebih awal
dari tarikh yang diberikan mengikut persetujuan organisasi latihan industri. Hal
ini akan memudahkan pelajar menyelesaikan segala urusan yang berkaitan
terutama yang menjalani latihan industri jauh dari institusi.
2.
Saya juga berharap pihak Kolej Vokasional terutama pihak unit
perhubungan memberikan lebih maklumat tentang latihan industri kepada
pelajar. Bagi memudahkan dan pelajar lebih bersedia sebelum menjalani
latihan industry.
3.
Selain itu, maklumat dari segi kandungan penulisan akhir latihan industri
dan penulisan maklumat dalam power point untuk dibentangkan selepas tamat
latihan.
IV. RUJUKAN
Penyelia, Muhammad Asyrah Bin Majuman, Syarikat Juman Enterprise.
Penyelia OJT, Encik Shuhor Bin Ahmad, Pensyarah, Unit Teknologi Automotif,
Kolej Vokasional Kuching.
Encik Idhamranizam Hj. Aleh, Pensyarah, Unit Elektronik, Kolej Vokasional
Kuching.
OJT tok nang best. arum bulak ehh yaalah pengalaman ktk org yg sbenar. sbenarny bnyk gk gmbr mok
ku nunjok. tp yalahh, line slow nak mampus. mun crik tmpt ojt yaa, jgn prgi syarikat besar ilak, cayak mdh
ku, sikda pengalaman ilak ktk org sia. xbnyk keja ny berik. mun bengkel2 biasa tok bukan ku nak nganok
laa, tp boleh tnyk sapa yg prnh practical sia. besttt dooo. blom gk masok hal overhaul gearbox, celahh
gigi jak bah polah yaa.
Posted by Farmiezie Morni at 4/27/2016 03:19:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
13 comments:
1.
Nur AmirahDecember 16, 2016 at 10:49 AM
thanks bro, dptla tahu jgk serba sedikit panduan cara yang betul nk buat laporan ni..
Reply
2.
miss AJanuary 10, 2017 at 3:07 PM
makseh sharing. berguna gilak panduan tok. sik juak buntu gine mikir nak molah
laporan ojt tok kelak.
Reply
3.
EddisonJanuary 30, 2017 at 8:40 PM
Bro, ku kat Regas byk juak pa yg dibelajar. Tgh OJT tok
Reply
4.
wak luqmanFebruary 17, 2017 at 5:27 PM
thankz for that format
Reply
5.
nazharul ahsraffMarch 6, 2017 at 8:39 PM
lepas ke macam nie ?
Reply
6.
Syaz WanieMarch 24, 2017 at 10:33 AM
tq for sharing ... xoxo... dapat lah idea jugak nak buat laporan
Reply
7.
nrulshafiza abubakarMarch 30, 2017 at 12:40 PM
thank you for yourinformation.. sangat membantu
Reply
8.
Nurul NadiahApril 5, 2017 at 12:30 AM
makseh bro ...dapat jak idea
Reply
9.
Nurul Nazurah AnisahApril 14, 2017 at 10:01 PM
ada blog ehhh hahaha makseh aok
Reply
10.
UnknownApril 15, 2017 at 7:47 PM
thanks lha bro
Reply
11.
AI DIApril 18, 2017 at 1:38 PM
bena ya. bengkel kecik nang best. mun aku bandingkan aku ngan kawan aku nok ojt
kat syarikat besar dalam 4 bulan ya, kesian juak sebab 4 bulan ya servis jak. aku ngan
partner ku banyak dah polah
Reply
Replies
1.
UnknownApril 25, 2017 at 11:45 PM
tak jugak bro. aku ojt kat syarikat besar. banyak je yg aku belajar. ojt kat
syarikat continental lg better dr bengkel biasa
Reply
12.
fayiee lavencieDecember 10, 2017 at 12:00 PM
tq bro dapat jak idea
Reply
Add comment
Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Farmiezie Morni (Automotive Technology)
Laman utama
Kejayaan perlukan Usaha
▼ 2016 (1)
▼ April (1)
o
RINGKASAN LAPORAN ON JOB TRAINING (OJT)
► 2015 (4)
► 2014 (1)
► 2013 (11)
► 2012 (2)
Translate
TOP 10
Loading...
There was an error in this gadget
It's for U
Awesome Inc. theme. Theme images by centauria. Powered by Blogger.