SET 1 TAHUN 2013 2014 ZZZT 3343 KRITIKAN
SET 1 TAHUN 2013/2014
ZZZT 3343 KRITIKAN SENI TAMPAK
TUGASAN INDIVIDU
Catan Realism
Disediakan Oleh:
Anis Suraya Binti Mohamd Tajuddin A136691
Nur Amirah Binti Sheikh Abd. Rahim A136691
Nama Pensyarah:
En. Nor Alfian B. Yusof
1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.1.1
Sejarah Catan
Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani purba. Pada masa itu aktiviti melukis
catan hanya bertujuan menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunkan adalah
Mozek dan Fresco. Zaman kelahiran semula atau dalam bahasa perancis disebut zaman
Renaissance merupakan zaman kemuncak seni lukis di eropah. Ramai pelukis eropah pada
masa itu menggunakan media Cat Minyat, Cat Air, Fresco, dan Tempera. Antaranya pelukis
yang mansyur ialah Leornardo Da Vinci catannya yang bertajuk Mona Lisa. Albrecht Durer
catannya cat air yang bertajuk The Great Piece of Turt, yang terkenal dengan gelaran Bapa
Cat Air Eropah. Pada zaman itu pelukis hanya menggambarkan catan yang realistic.
Pada abad ke-7 dan ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan. Pelukispelukis aliran ini mula mempersembahkan karya berbentuk semi-abstrak dan abstrak.
Antaranya pelukis yang termasyur ialah Paul Cazanne, Vincent Van Gogh, Pablo Picasso,
Salvador Dali, Jacson Pollock, dan lain-lain lagi.
Di Malaysia pula, catan hanya mula berkembang pada sekitar tahun 1930-an. Pelukis
pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka berkarya menggunakan media
cat air dan mempersembahkan landskap tanah air yang mana dapat kita lihat pada tajuk
perkembangan seni lukis moden Malaysia.
1.1.2
Post-Impressionisme
Post Impressionisme wujud antara tahun 1880 hingga tahun 1910. Istilah Post
Impressionisme diberi oleh pengkritik seni dari England iaitu Roger Fry dan Clive Bell.
Pengkarya pada aliran ini juga tidak mementingkan perspektif dalam penghasilan karya.
Mereka melukis dan mewarna gambar yang sama tetapi dari sudut yang berbeza dan lukisan
dalam bentuk yang tidak lengkap yang menimbulkan impresi stail yang spontan serta
kekayaan pada jalinan lukisan tersebut. Namun mereka tidak meniru bentuk sesuatu yang
hidup tetapi mencari persamaan seni kepada yang hidup dan mereka membuat imej secara
logik, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan audien.
2
Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan antara aliran Impressionisme dan PostImpressionisme. Antara perbezaan tersebut ialah aliran Impressionisme mementingkan apa
yang dilihat manakala aliran Post-Impressionisme pula mementingkan struktur dari imej
gambar. Selain itu, pelukis atau pengkarya pada zaman Impressionisme menggunakan warna
yang cerah tanpa menggunakan warna hitam, manakala pengkarya pada zaman PostImpressionisme pula menggunakan warna dari kumpulan yang sama tanpa memberi perhatian
pada jarak dan kedudukan objek. Pengkarya pada zaman Impressionisme menganggap seni
adalah berasakan sains tetapi pengkarya aliran Post-Impressionisme beranggapan bahawa
seni adalah seni dan tiada kaitan dengan sains. Persamaan kedua-dua aliran ini pula ialah
mereka berkarya di luar studio dan melukis gambar dari kedudukan dan teknik catan yang
pelbagai.
Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme
bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk
menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abd ke-19. Mereka
dipengaruhi
oleh
Impressionisme,
tetapi
kemudiannya
merasakan
prinsip-prinsip
Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsipprinsip tersendiri. Antaranya minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat
dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada
abad ke-20 seperti Kubisme, De Stijil dan Seni Abstrak, minat untuk menggunakan warna,
garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan
Gauguin. Ini mempengaruhi Ekspressionisme dan Surrealisme.
3
CATAN
Lukisan catan diatas adlah asil daripada karya Paul Gauguin. Tajuk catan diatas tidak
dinyatakan.
BIODATA PAUL GAUGUIN
Pelukis terkenal Perancis, Paul Gauguin dilahirkan ke dunia ada 7 Jun 1848. Paul Gauguin
dianggap sebagai salah seorang tokoh seni post-impresionis tahun 1880-an dan 1890-an.
Prinsip-prinsip warna dan komposisi yang digunakan Gauguin memberikan pengaruh kuat
pada lukisan moden.
Kerjaya Gauguin dipenuhi oleh kemiskinan. Awalnya, ia menjadi pelukis jalanan
sambil bekerja sebagai broker saham. Krisis saham membuatnya beralih kerja menjadi
pelukis profesional, tetapi tidak berhasil meraih kejayaan. Namun, ia meneruskan eksperimen
dalam pelbagai teknik lukisan.
Ia kemudian tinggal di Tahiti dan menghasilkan pelbagai lukisan tentang penduduk
dan alam negara itu yang kelak membuatnya terkenal. Selepas dibelenggu masalah kesihatan
dan kemiskinan, Gauguin akhinya bunuh diri di Tahiti pada tahun 1898.
4
2.0
DESKRIPTIF
Apa yang boleh dilihat:
1. Kelihatan terdapat tiga orang di dalam catan diatas yang mana wanita yang agak berkulit
gelap sedang berborak.
2. Tiga orang wanita itu sedang memakai bunga di telinga dan memakai baju santai berwarna
merah sedang berborak dengan seorang lagi wanita yang berpakaian santai berwarna biru
seperti wanita hawai.
3. Mereka bertiga sedang berborak di kawasan tanah lapang seolah-olah berdekatan rumah
mereka
4. Kelihatan pokok yang besar yang mana dapat berteduh dan tempat untuk bersembang.
5. Dapat juga dilihat terdapat haiwan ternakan yang mana mungkin dipelihara oleh penduduk
kampung tersebut serperti ayam dan juga kucing.
6. Kelihatan jelas terdapat gunung atau bukit yang agak jauh dari kawasan tempat mereka
bertiga sedang berborak dan sepertinya perkampungan tersebut berada disebuah pulau.
7. Lukisan ini idgambarkan pada waktu petang yang hening.
Catan ini telah menggambarkan tiga orang wanita sedang berborak di kawasan tanah yang
lapang yan mana boleh digambarkan di kawasan berhampiran tempat kediaman mereka.
Kemungkinan juga dua orang wanita yang memakia baju berwarna merah sedang cuba
memujuk seorang wanita yang berbaju biru. Pelukis melukis seolah-olah berlaku komunikasi
di antara mereka bertiga.
Pelukis ini juga mengambarkan keadaan pada waktu petang yang sangat damai yang
mana dapat dilihat pokok-pokok yang sedang bergoyang manakala terdapat ayam dan kucing
yang sedang berkejar-kejaran di kawasan sekitar itu. Pelukis juga melukis sebuah pokok yang
besar yang dpaat dilihat pada batang poko sahaja. Ini mengambarkan keadaan yang mana
poko itu telah menjadi tempat untuk penduduk sekitar itu berteduh. Selain itu, pelukis juga
menggambarkan keadaan kampung yang sebenarnya iaitu dapat kita lihat dengan begitu jelas
sekali pokok-pokok dan juga rumput yang sedang tumbuh memanjang. Kelihatan pokokpokok kelapa yang agak jauh sedang bergoyang dan pelukis telah berjaya menggambarkan
keadaan jalan kampong yang sebenarnya.
5
3.0
ANALISIS CATAN
Analisis Garisan
Garisan merupakan unsur seni yang paling asas. Garisan merupakan satu siri titik-titik.
Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Garisan dihasilkan dengan
menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari suatu titik permulaan merentasi
sesuatu kawasan hingga terbina satu objek. Terdapat 5 jenis garisan iaitu menegak, mendatar,
bengkok, melingtang dan zig zag. Dengan penghasilan garisan, pelukis dapat menyampaikan
maklumat kepada permerhati melalui pemerhatian terhadap titik-titik yang dilukis. Ketebalan,
ketajaman, dan kepanjangan garisan akan dapat menarik minat para pemerhati. Garisangarisan yang disambungkan ini juga dapat menghasilkan rupa.
Di dalam lukisan potret ini, unsur-unsur garisan dapat dilihat dengan jelas. Antara
garisan tersebut adalah garisan melintang pada bahagian badan dan tangan dapat
menunjukkan keadaan objek yang sedang bergerak dan tak stabil. Keadaan garisan yang
menegak dan melintang seakan-akan menunjukkan bahagian badan dan tangan wanita-wanita
di dalam catan itu. Ini juga dapat dilihat dengan ketara garisan melintang dan menegak pada
pokok besar dan pokok-pokok kelapa. Garisan melengkung terdapat pada dahan pokok
tersebut. Garisan yang yang terdapat pada kaki kucing itu dilukis untuk menunjukkan kucing
itu sedang berlari. Garisan berulang-rulang juga turut membentuk corak yang terdapat pada
rumput-rumput dan daun pokok.
Analisis Bentuk
Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan
dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam
penghasilan karya seni yang bersifat realistik. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat
digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. Garis
luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata. Ciri-ciri bentuk adalah
bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman, berstruktur mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan
sempurna, boleh dilihat dari semua arah atau mempunyai lebih dari satu permukaan dan
terdapat bayangan atau mempunyai kesan cahaya dan baying.
Bentuk yang terdapat dalam gambar tersebut adalah figura wanita-wanita dalam
gambar ini. Bentuk haiwan ternakan iaitu ayam dan kucing juga jelas terdapat dalam catan
6
ini. Dalam gambar tersebut pelukis ingin mengambarkan kedudukan ketiga-tiga wanita yang
mana dua orang sedang duduk agak rapat manakal seorang lagi duduk agak jauh tetapi
ketiga-tiga duduk di bawah sebatang pokok besar.
Analisis Jalinan
Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada
permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada
harimau dan lain-lain. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi
kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai
yang tersendiri.
Jalinan yang terdapat dalam gambar tersebut dapat dilihat pada batang pokok, daun-daun
pokok Jalian tersebut mengambarkan fungsi-fungsinya tersendiri iaitu jalinan pada batang
pokok dan juga pada pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita di dalam catan tersebut.
Analisis Warna
Definisi warna menurut Teori Sir Isaac Newton adalah warna adalah spektrum tertentu yang
terdapat didalam sesuatu cahaya sempurna atau cahaya putih manakala menurut Albert H
munsell, warna merupakan elemen penting dalam semua bidang seni bahkan secara umum
warna merupakan bahagian penting dari segala aspek kehidupan. Warna terjadi dengan
adanya bantuan sumber cahaya, apabila sumber cahaya dipancarkan ke satu permukaan,
ianya akan memantulkan suatu warna dan ianya bersifat natural dan secara tidak langsung
elemen seni ini mampu menghasilkan dan mewujudkan kaitan dengan psikologi dan emosi.
Terdapat tiga jenis warna iaitu warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain), warna sekunder iaitu campuran dua warna asas
(Hijau =Biru + Kuning, Jingga=Kuning + Merah dan Ungu =Merah + Biru) dan warna tertier
iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder.
Di dalam gambar tersebut ketiga-tiga jenis warna diatas digunakan tetapi yang paling
ketara adalah warna merah iaitu warna pada pakaian dua orang wanita, warna biru pada
pakaian seorang wanita yang kedudukan agak jauh sedikit dan warna biru gelap yang mana
jelas kelihatan pada sepohon batang pokok yang besar yng menjadi tempat teduhan figurafigura gadis hawai ini dan pada kawasan bukit-bukau dan warna air. Selain itu penggunaan
warna hijau kekuningan pula menggambarkan kawasan padang rumput yang luas .
7
Terdapat tiga gubahan warna iaitu warna harmoni iaitu warna bersebelahan dalam roda warna
(warna sekeluarga, selesa dan seimbang), warna penggenap iaitu warna yang bertentangan
dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) dan
warna sewarna
iaitu hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang
kepada gelap).
Di dalam gambar tersebut unsur gubahan warna yang paling ketara adalah ton warna
yang mana menggambarkan suasana di kawasan bukit yang kelihatan agak jauh dari tempat
mereka bertiga sedang berborak. Dalam pada itu juga pada kawasan figura-figura yang man
kelihatannya adanya penggunanan bayang-bayang yang lebih gelap di situ. Hal ini mungkin
kerana suasananya yang berada di bawah sepohon pokok yang besar. Juga terdapat warna
kulit figura yang kelihatan agak gelap.
Terdapat 2 suhu warna iaitu warna panas iaitu warna antara warna merah ungu hingga
kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang,
meriah dan sebagainya) dan warna sejuk iaitu warna antara hijau hingga ungu pada roda
warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang). Warna sejuk terdapat didalam
gambar tersebut yang mana pelukis ingin menggambarkan kawasan tanah lapang yang tenang
dan damai sesuai untuk tempat bersantai dan menghirup udara segar.
4.0
INTERPRETASI
Interpretasi adalah untuk mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang
disampaikan melalui karya seni serta bagaimana menterjemahkan maksud dan maknanya.
Berdasarkan gambar karya diatas bertajuk karya pelukis Paul Gaugin, catan ini telah
menggambarkan tiga orang wanita sedang berborak atau telah berlaku komunikasi diantara
mereka bertiga di sebuah perkampungan yang kelihatan luas dan damai dalam pemandangan
yang digambarkan dan dilukis oleh pelukis Paul Gaugin. Catan ini juga seolah-olah
menceritakan tentang bagaimana penduduk di kawasan kampung itu menghabiskan masa
lapang mereka. Selain itu, apa yang boleh saya ceritakan menurut pandangan saya ialah
pelukis ingin memperlihatkan suasana kampung yang terbentang luas yang jauh dari hiruk
pikuk bandar yang sesuai dijadikan tempat bersantai. Pada pandangan saya juga
kemungkinan dua orang sedang memujuk seorang wanita tersebut. Mungkin juga mereka
telah berkongsi masalah bersama-sama sambil menenangkan diri.
8
5.0
PERTIMBANGAN
Kriteria
Unsur warna dan jalinan terhasil memberikan penekanan pada pengaruh eksperasi gadis
hawai yang sedang duduk di bawah sepohon pokok yang besar dan kelihatan berinteraksi
antara satu sama lain yang berlatar belakangkan permandangan semulajadi seperti sebuah
perkampungan di sebuah pulau.
Bukti
Buktinya adalah pelukis Paul Gaugin sepertinya ingin menonjolkan penggunaan warna biru
iaitu warna sejuk. Warna sejuk menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan
sunyi. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang. Selain itu pelukis juga
ingin menonjolkan penggunaan warna hijau kekuningan yang mana
digunakan untuk
menghasilkan kawsan padang rumput yang terbentang luas. Oleh itu, warna biru da hijau
kekuningan yang banyak digunakan oleh pelukis ini berjaya menonjolkan suasana tenang di
desa yang berada di sebuah pulau , dengan rumput terbentang luas dan bukit-bukau, air
bahagian belakang di belakang. Warna langit yang kelihatan kekuningan juga membuktikan
bahawa suasana pada ketika adalah berkemungkinan pada waktu petang.
Ulasan
Pelukis dapat menyampaikan secara keseluruhan dengan berjaya dalam menggambarkan
suasana ketenangan di kampung atau desa yang memberi penekanan kepada situasi figura
wanita-wanita sedang berbual dibawah sepohon pokok yang menjadi objek tumpuan.
6.0
TEORI ESTESTIKA
Estetika adalah bidang pengajian berkaitan dengan falsafah keindahan. Berasal daripada
perkataan Greek ‘aisthetikos’ yang bermaksud persepsi terhadap perasaan. Ia juga adalah
cabang falsafah yg mengkaji konsep yg berkaitan dgn keindahan, cita rasa, dan lain-lain.
Beberapa pengertian estetika yang dikutip dari Sachari (2002) dapat dihuraikan seperti
berikut:
(a) Estetika adalah segala sesuatu dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan
kegiatan seni (Kattsoff, Element of Philosophy, 1953).
9
(b) Estetika merupakan suatu telatah yang berkaitan dengan penciptaan, apresiasi, dan
kritik terhadap karya seni dalam konteks seni dengan kegiatan manusia dan peranan
seni dalam perubahan dunia (van Mater Ames, Colliers Encyclopedia, vol. 1).
(c) Estetika juga mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan
filsafat seni mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni, atau artifak yang
disebut seni (Jakob Sumardjo, Filsafat Seni, 2000).
Teori estetika terbahagi kepada tiga iaitu imitationalism, formalism dan
emotionalism. Imitationalism ialah hasil seni yang menyerupai realiti dimana apa
yang dilukis atau dihasilkan adalah sama dengan apa yang dilihat. Formalism ialah
hasil seni yang mempunyai susun atur unsur-unsur seni yang menarik dengan
menggunakan prinsip-prinsip seni. Emotionalism pula adalah hasil seni yang
mempunyai mesej yang ingin disampaikan.Mempunyai sentuhan emosi yang
dilahirkan oleh pengkarya.
Oleh itu, secara applikasinya, di dalam catan pelukis Paul Gaugin ini,
terdapatnya unsur imitationalism di mana merupakan sesuatu hasil seni yang
melambangkan realiti. Di dalam karya ini kita boleh lihat bahawa terdapatnya figura
tiga orang gadis yang sedang duduk di bawah sepohon pokok. Dari segi pemakaian
ketiga-tiga wanita ini kelihatannya seperti gadis pulau atau berkemungkinan orang
hawai dan ditambah pula degan selitan bunga yang jelas di sisi telinga ketiga-tiga
figura wanita hawai juga kelihatannya seperti berinteraksi antara satu sama lain
dimana berkemungkinan sedang berbual yang suasananya berlatar belakangkan
permandangan alam semulajadi seperi kawasan perkampungan yang berhampiran
dengan pulau. Di lihat bahawa terdapatnya sebatang pokok yang besar yang menjadi
tempat teduhan figura wanita-wanita tersebut dan rumput yang hijau kekuningan
dalam meningkatkan imej desa yang ingin disampaikan oleh pelukis. Malah
dilengkapkan pula dengan binatang ternakan seperti kambing dan ayam yang berada
benar-benar berhampiran figura ketiga-tiga wanita ini.yang. Selain itu dalam catan
juga jelas kelihatan keadaan alam semula jadi yang adanya bukit-bakau,gunungganang, dan pokok-pokok kelapa yang mana keadannya seperti perkampungan berada
berdekatan di sebuah pulau sangat menyerupai realiti keadaan semula jadi.
10
7.0
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya apa yang ingin disampaikan oleh catan ini pelukis Paul Gaugin adalah
suasana semulajadi yang berlatarbelakangkan suasana desa atau kampung yang mungkin
terletak berhampiran pulau kerana jelas dapat dilihat kawasan padang rumput yang luas, bukit
bukau dan gunung-ganang malah seperti ada permandangan pantai yang adanya pokok kelapa
kawasan berair dan pasir yang memutih. Dengan meletakkan figura tiga orang wanita yang
berpakaian seperti wanita hawai bersituasi ketiga-tiga wanita ini berinteraksi satu sama lain
seperti berbual.
11