KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Apakah Media?
Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti
filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana. ( Heinich,Molenda,
Russell,1981)
Apakah Pengajaran?
Pengajaran adalah proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih dahulu.
Romiszowaski,1988).
Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan
pembelajaran. ( Heinich,Molenda, Russell,1981)

(

1.1.1 Media Pengajaran
Membawa maksud sebagai peralatan atau perkaksan dan bahan ( perisian ) media yang telah
dikenalpasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses
pengajaran dan pembelajaran ( Yusup,1992).
1.1.2 Pengkelasan Media
Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.


Media Pengajaran

Media Cetak

Modul Pengajaran

Buku Teks

Media Bukan Cetak

Media Tayang

Media Bukan Tayang

Transparensi

Lukisan

Slaid


Carta

Surat Khabar
Graf

Model
Buku Rujukan

Nota Edaran

Filem Jalur
Mikro Filem

Mikrofis

Spesimen

Realia

Komik

Diorama
Bahan Legap
Risalah
Pelbagai Imej

Dokumen
Filem dan Audio

Gambar Foto

Boneka

Papan Hitam

Majalah/Jurnal
Video Interaktif

Papan Flanel

Papan Kenyataan


Papan Magnet

Papan Elektrik

Pita Audio

Cakera Padat

Poster

Kad Imbasan

Kartun

1.1.3 Latihan

1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat
penting pada masa kini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mencapai objektif pengajaran. Beri

pandangan anda daripada pengalaman selama anda
menjadi seorang guru di sekolah..
2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat
mengikuti pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja
sendiri serta tidak memberi tindakbalas. Senaraikan media
pengajaran yang sesuai untuk kumpulan murid ini dan
berikan rasionalnya.

1.4 Prinsip Asas Grafik
Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti
dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui
perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis
teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf,
gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.
1.4.1

Definisi grafik

Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih
keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos”

bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,
perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
1.4.2

Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk
menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.
1.4.3

Prinsip Penghasilan Grafik






1.4.4


Perancangan
Penyediaan ilustrasi
Warna
Huruf
Persembahan

Perancangan
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu
diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai.
Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip rekabentuk.
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :

1.4.4.1

1.4.5

Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis


1.4.4.2

Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan
kesesuaian dan mengelakkan pembaziran

1.4.4.3

Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid,
filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster,
lukisan)

Prinsip rekabentuk


Prinsip mudah
Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah
perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak
dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.
Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah
dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan

supaya tidak mengelirukan.
Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.



Prinsip penyatuan

Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual
apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu
keseluruhan.

Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara
satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak
disampaikan.
Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak,
garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.



Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat
dan pusat perhatian.
Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea
tersebut.



Prinsip seimbang
Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan
tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen

visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.
Perimbanngan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan
tidak formal.

Latihan

Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik
yang perlu. Beri perhatian dalam membina carta dan
poster


1.4.6

Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk


Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen
visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan
urutan/sikuen tertentu.


Bentuk
Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk kesluruhan
sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan
menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen
kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U
atau S atau T atau Z atau O atau I



Ruang
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau
selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat
grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal
disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan
perasaan sesak di kalangan pemerhati.



Warna
Memberi penegasan kepaa visual-visual
menambah kesan penyatuan di antara

tertentu

dan

menolong



Warna
Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual
akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun
begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan
batasannya.
Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau
meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar
dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

1.4.7

Panduan am mewarna






1.4.8

Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.
Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran
atau warna penggenap.
Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai
warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

Skema warna
Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

Kuning

kuning-oren

oren

Kuning-hijau

merah-oren

Hijau

merah

Biru-hijau

merah-ungu
Biru

biru-ungu

ungu

i.

Skim warna monokromik
Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari
satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna
ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii.

Skim warna berhampiran
Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang
berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan
biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii.

Skim warna penggenap
Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang
bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan
bersama warna biru-ungu.

1.4.9

Alat mewarna






Pena bermata felt
Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon
Cat air
Cat sembur
Kertas berwarna dan plastik berwarna

1.4.10 Penghurufan
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej
dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis,
jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan
baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang
digunakan.
1.4.11 Saiz huruf
Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat
dibaca dengan baik.

Jarak dari visual
2,5 cm
5.0 cm
10.0 cm
20.0 cm

Saiz minima huruf kecil
o.6 cm
1.3 cm
2.6 cm
5.2 cm

1.4.12 Jarak huruf
Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan
mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali
serta boleh dibaca dengan mudah.










Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)
Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)
Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf
bercampur
Tinggalkan jarak berzaiz M (besar) di antara
perkataandengan perkataan
Jarak di natara baris dengan baris mestilah
kurang satu huruf O kecil.

1.4.13 Jenis huruf

Jenis huruf akan menetukan sama ada visual tersebut dapat dibaca
denngan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang
ringkas dan mudah seperti huruf san serif
( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam
kad raya)

1.4.14 Cara menulis huruf / angka
i.

Tulisan bebas
Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan
menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan
untuk grfaik yang besar seperti carta dan poster.

ii.

Huruf yang dipotong
Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari
bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada
bahan grafik.

iii.

Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)
Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka
dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam
tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf
pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

iv.

Huruf stensil
Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh
digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide)
dan pen khasnya.

1.4.15 Cara membuat gambar
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.
Petak grid
Pantograf
Episkop
Penyalinan gambar (fotostat)
Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

PERSEMBAHAN
Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah.
Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan
kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga
disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain.
Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau
rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu
dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:
a. Melapik
b. Alas tepi
c. Laminasi

Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikehendaki
mencari cara-cara melapik,membuat alas tepi dan laminasi bagi
bahan bantuan mengajar.

Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapat
Maklumat yang terperinci untuk tajuk cara membuat gambar

Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip
rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan
sesuatu imej

1. Cuba anda analisiskan prinsip Grafik untuk menghasilkan
bahan P&P daripada mana topik yang anda ajar.

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1.6 Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran
Definisi bahan tayangan
Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan
atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang
bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim
terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :





1.6.1

Projektor Lutsinar
Projektor Slaid
Projektor legap
Projektor LCD

Jenis-jenis projektor
i.

Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik
darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih
berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara meliat dan mendengar.

ii.

Projektor LCD

Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)








Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagianbahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat
dengan alat yang lain.
Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh
membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan
sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab
kelembapan pada tangan.
Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les
Fresnel.
Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.
Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang
dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah
ATL.
Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:
o
o
o
o
o
o
o
o
o

1.6.2

Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang
Skrin tidak berkilat
Mendapat sedikit cahaya
Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai
Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)
Tegangkan skrin
Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua
pelajar.
Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.
Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada
sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

Projektor slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil.
Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid
menngandungi sliad ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan
menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2
inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

1.6.3

Projektor legap
Projekter legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej
bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar , gambarfoto atau
bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap
adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

1.6.4 Projektor LCD
Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor
untuk kegunaan audian secara berkumpulan.
Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin
monitor akan dipancarkan ke skrin besar.
Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam
video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Ciri ciri Projektor LCD

Fungsi
Nama

Connector Ports
Projector Control
Panel
Remote Control
Receiver
Lens Focus Ring
Lens Zoom Ring
Elevator Foot
Button
Lamp Monitor
Operating Monitor
Power Cord
Connector
Power Switch

Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan
Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor
Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor
Cincin pemutar penyelaras lensa fokus
Cincin pemutar penyelaras lensa zoom
Butang penyelars ketinggian kaki projektor
Penunjuk samada lampu dalam projector samada sedang
warming up , menyala atau cooling down
Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau
sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.
Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik
Menghidup atau mematikan LCD

Pengoperasian Projektor LCD







Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada
skin paparan
Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.
On kan LCD dan komputer
Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan imej
yang dipancarkan.
Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di
bahagian depan.
Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.

Model LCD Dan
Bahagian Utama

Penyambungan Projektor LCD ke komputer

Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara
Luaran

Panduan
Penjagaan





Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan
sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.
Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.
Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah lama
dibuka, ia akan menjadi panas.





Biarkan projector seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.
Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.
Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen yang
mudah pecah.

Latihan

1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini
2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana kelas.
Senaraikan apakah masalah yang dihadapi dan bagaimana
anda mengatasi masalah ini.

1.9 jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran

Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oeh guru
untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap
bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Papan Tulis
Papan putih
Papan Magnetik
Papan Flip
Papan Pameran / Papan Kenyataan
Papan Flanel
Papan Gulung
Papan Slip
papan Elektronik

Papan Tulis
Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah.
Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan
sejak lama dahulu.





Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah
Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau pealatanistimewa.
Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan
menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.





Tidak ada habuk
Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.
Boleh dihasilkan sendiri.

Papan Magnetik
Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas
permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :





Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan.
Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat
dan masa.
Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan
mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ketempat baru atau dapat tindan tindihkan
visual-visual iu.

Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu
dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan
keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan.




Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.
Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk berlajar berkumpulan.
Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan
Papan Pameran atau papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau
papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja
muriseperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus
pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.

Kelebihan





Sangant mudah untuk menyebarkan maklumat
Senang ditampal maklumat
Tidak memakan ruang
Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.
PAPAN KENYATAAN

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guruguru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain
flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini
mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keeping kain flannel boleh bercantum apabila
dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan
secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada
bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas
permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :







Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta
melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual
tersebut.
Menggalakkan pengelibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan
seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan
sebagainya.
Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau ndisimpan dan papan tersebut
boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada
kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan
terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut
kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam
bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.
Kelebihan;





Mudah dibuat
Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan
sempurna.
Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik
darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh
diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahanbahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.
Kelebihan :


Boleh dibuat sendiri





Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

1.10 Jenis dan Penggunaan Media bukan Unjuran

Bahan-bahan Dua Demensi
Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau
digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

Gambar
Grafik
Carta
Peta
Graf
Poster
Kad Imbasan
Kad Gambar

Gambar atau gambar foto
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar
rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas
foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau
dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis
gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti
harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto
a.
b.
c.
d.
e.

Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsepabstrak kepada ide-ide
yang maujud dan formal.
Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya
terlalu kecil.
Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat
pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup
Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru
kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto
a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam
sesuatu bilik darjah yang besar.
b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar ssuatu benda kerana gambar
berbentuk dua demensi.
c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang
ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan
kesahan tidak dapat dibuktikan
e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu
mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.
Panduan Penggunaan Gambarfoto.
a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat
dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau
diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak
terganggu kerana terlalu banyak visual.
e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan
dengan gambarfoto yang dipamerkan.

Gr afik
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam puti atau berwarna warni.
Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya
perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap
individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu
garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna
‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.
Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut
boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin
banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul
diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Car ta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang
kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya
mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan
sesuatu.
Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan
bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi
satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui
visual.

Jenis-jenis Car ta


Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.



Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahanbahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat,
kumpulan dan sebagainya.



Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk
meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.



Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan
mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku



Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara
atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar
perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Graf
Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan
boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.
Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam
bilik darjah bergantung kepada dua factor penting;



Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan
Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan
keperluan factor-faktor di atas.
Jenis-jenis graf





Graf Bar atau Batang
Graf Gambar atau Pictograf
Graf Bulat atau Pie
Grag Garisan

Graf Bar
Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf
ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti
Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok
yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah
dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Pictograf
Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai
tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat

Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat
menulis unit niali setiap gambar atau symbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie
Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen.
Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set
data.
Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami
oleh murid-murid.

Gr af Gar isan
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan
kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik
ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.
Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.
Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi
seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu

Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan,
huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau
lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu
peristiwa atau acara yang bakal diadakan
Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk
yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya
dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas
sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
Kelebihan poster
a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu
kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah,
perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lainlain.
c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasisituasi tertentu.
d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang
baik atau sikap yang murni.

Bahan Tiga Dimensi
Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai
bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.
Kelebihan Bahan 3D
a.

Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.

b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan.
f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.
Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain
termasuklah :



Realia
Model







Diorama
Akuarium dan terrarium
Boneka
‘Mobile
Topeng

Realia
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut:
(a) Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti
cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang
kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

(b) Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.
Contoh, ikan dan serangga.
(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang
lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen
didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.
Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai
spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Model
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis model:
(a)

Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama
besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil
denganberpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu.
Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b)

Model Olok-olok
Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk
benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan
kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar
daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu
tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.
Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

(c)

Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian
tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian
dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih
meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kuli
manusia

Dior ama
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan
diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau
keadaan semasa zaman silam.
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti
matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan
menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan
buangan lain

Akuar ium dan Ter r ar ium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah
tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang
plastik. Ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut

Ter r ar ium
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kurakura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh
digunakan sebagai terrarium.

Boneka atau Patung
Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran
Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru
termasuklah
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Boneka sarung Tangan
Boneka Lidi
BonekaKulit
Wayang Kulit
Boneka Bertali

Boneka Sar ung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan
boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka.

Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan
pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk
menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.

Wayang Kulit
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.
Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa
memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan
dan baying-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan
untuk menggerakkan anggota boneka.

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber
cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Ber tali
Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache,
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka
yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggotaanggota boneka tersebut bergerak.

Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat
sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan
Moral.

Latihan
Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut:
Mengaitkan jualan keluaran kepada kertiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh
tahun.
Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan
untuk menjalankan mesin.
Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan
yang panjang.
Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan.
Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi
sepuluh tahun yang akhir.