GERAKAN REFORMASI ALIRAN PEMIKIRAN KAUM

Pengenalan
Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan dari tangan British, terdapat banyak
gerakan dan perjuangan kemerdekaan untuk memperjuangkan tanah air bebas dari
cengkaman penjajahan. Maka, timbul atau muncul pelbagai dakyah pemikiran untuk
mempengaruhi masyrakat yang hidup pada waktu itu kearah pembebasan,kemerdekaan,
kemodenan, pembaharuan,membangunkan sosial masyarakat dan menjana peningkatan
ekonomi.
Topik yang ingin diketengahkan di sini ialah mengenai Kaum Tua dan Kaum
Muda. Dua aliran ini wujud pada waktu itu yang membawa wadah masing-masing.
Kaum Tua dikenali sebagai aliran tradionalisma manakala Kaum Muda pula dikenali
sebagai aliran radikal,reformisme atau pembaharuan.
Kedua-dua aliran ini, masing-masing bercanggah tentang pembawaan yang
dibawa oleh mereka masing-masing kerana Kaum Tua lebih selesa dengan apa yang ada
pada waktu itu manakala pula Kaum Muda pula cuba untuk membawa perubahan dan
pembaharuan.
Disebabkan kedua-dua aliran dan pendapat yang bercanggah ini, timbul pelbagai
banyak isu-isu yang kebanyakannya adalah isu hangat yang diperbincangkan dan
diperdebatkan.
Seterusnya, topik-topik ini akan diperbincangkan dan diperbahaskan dalam kajian
berikutnya.


Definisi
Definisi kebangkitan / reformasi
Dari segi bahasa, pengertian kebangkitan adalah kebangunan, kesedaran atau kegiatan
yang membawa kepada kemajuan1. Reformasi pula bermaksud, perubahan atau
pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, perubahan dalam sistem
sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat 2. Secara keseluruhannya orang
melayu mula sedar akan kelemahan diri untuk membangun demi nasib bangsa melayu
dan mengislahkan diri mereka bersesuaian dengan ajaran islam.
Definisi kaum tua
Secara amnya, kaum tua dapat didefinisikan sebagai golongan atau aliran tradisionalis
iaitu golongan yang ikut sunnah nabi dalam semua keadaan dan tingkah laku dalam
kehidupan seharian3. Mereka juga, terdiri daripada pemimpin agama dan ulama yang
menyokong dan mengikut pemerintah raja melayu dan adat istiadat melayu yang mana
semua tindakan raja-raja tidak dikritik malah didokong oleh mereka. Mereka juga,
mendapat kedudukan dan jawatan dari raja-raja dan bekerjasam dengan pegawaipegawai raja dalam mentadbir institut agama seperti madrasah, pondok, mahkamah
syariah dan sebagainya4.
Definisi kaum muda
Secara amnya, kaum muda adalah golongan yang terdiri daripada pemimpin agama dan
ulama yang mana, mereka mengkritik dan menegur tindakan raja-raja melayu dan
pemimpinnya serta adat istiadat melayu dengan menggunakan ajaran islam. mereka juga

1

Kamus Dewan. (2007). (4th ed.). (hlmn.122). Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibid, hlmn.1302.
3
Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.281-282.
Damansara Utama,Selangor: Pena sdn.bhd.
4
Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.),
Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.54-55). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.
2

1

tidak bergantung pada kesultanan melayu untuk memegang sesuatu jawatan5. Golongan
ini dikenali juga sebagai modernis yang anti-tradisi dan mereka mengagumi
ketamadunan barat iaitu mereka mengaitkan islam dengan ketamdunan barat6.

Latar belakang penubuhan kaum tua dan kaum muda
Latar belakang ringkas penubuhan kaum tua

Bermula pada abad ke-19 pada waktu itu umat islam Malaysia terpengaruh dengan
pemikiran dan ajaran islam dari Indonesia. Pada abad ke-20, aliran ini dikenali
tradisional iaitu kaum tua dan pada waktu itu ilmu berkembang pesat di Pattani serta di
Jawa, Banjar, Palembang, dan Riau. Setelah ramai anak-anak melayu yang merantau
untuk belajar ke timur tengah mereka juga telah membawa aliran dari timur tengah ke
tanah melayu dengan kepulangan mereka sebagai seorang mahasiswa. Institusi-institusi
banyak ditubuhkan oleh para ulama pada waktu itu yang produktif, yang mana
pendidikan islam berkembang ke wilayah pantai timur hingga utara semenanjung tanah
melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Dengan giat ilmu
diperkembangkan maka, ramai tokoh-tokoh ulama muncul bergiat di pondok-pondok
dan melalui karya-karya mereka.

Kebangkitan kaum tua bermula semenjak kedatangan British ke Tanah Melayu
kerana sebelum dijajah, masyarakat mengamalkan sistem feudal iaitu satu sistem taat
setia rakyat terhadap pemerintah yakni sultan atau pemerintah. Semua hak milik mereka
hanyalah untuk pemerintah. Dengan kedatangan British, mereka telah mengubah sistem
tersebut dan memperkenalkan undang-undang baru yang mana harta benda milik
individu dan yang paling ketara sekali pemerintah juga di bawah undang-undang seperti
5
6


Ibid
Opcit

2

rakyat juga, sistem ini banyak memberi manfaat kepada rakyat namun begitu, secara
tidak langsung telah menindas rakyat kerana tidak memberi kebebasan kepada mereka.
Disebabkan perkara ini, muncullah semangat kebangsaan yang mendalam di kalangan
rakyat dan politik mula berkembang dengan perasaan nasionalisme rakyat dan mereka
mula membuka sekolah-sekolah pondok dan menyebarkan risalah-risalah, pada ketika
itu muncullah kaum muda yang menolak pandangan kaum tua yang terdiri dalam
kalangan ulama-ulama terdahulu. Raden Soenarno ada menulis dalam tulisannya
mengenai kaum tua iaitu „condemned the young medernist group, the Kaum Muda as
“worse then idolators and Christians” on political issues the former were nationalis
looking backward‟7 bahawa kaum tua juga merupakan nasionalis yang memandang ke
belakang dan tentangan kaum tua terhadap kaum muda bukan hanya kaum muda lebih
radikal dan lebih kedepan tapi ada sebab lain yang memberi kepentingan kepada kaum
tua kerana sebelum dijajah, ulama kaum tua mempunyai jawatan dan memainkan
peranan yang penting terhadap pemerintah. Kemunculan Kaum Muda menyebabkan

mereka terpinggir. Ini ketara dari perselisihan yang berlaku diantara kedua-dua
kumpulan ini. Yang diperlihatkan oleh akhbar Saudara dan Lidah Benar. Akhbar
Saudara menerbitkan kritikan-kritikan yang dikeluarkan oleh Kaum Muda terhadap
Kaum Tua. Akhbar ini secara tidak langsung telah terlibat dalam satu perang besar
dengan akhbar Lidah Benar yang diterbitkan di Kelang oleh Raja Bon , iaitu seorang
ahli aristokrat yang terlibat dalam satu jawatankuasa agama di Selangor. Persengketaan
antara akhbar ini telah membawa kepada perkembangan dalam perubahan masyarakat.
Dari isu ini, pergerakan politik mula bergerak berterusan melalui ekonomi dan sosial
pula.

7

Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal of Southeast Asia History,
vol(1960), 1-19.

3

Latar belakang penubuhan kaum muda
Dari sudut sejarah, kaum muda bermula pada ke-17 dan 18 masihi merujuk kepada
peranan Muhammad bin Abd Wahhad. Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudah pun

bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah yang disifatkan oleh
Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and greatest Muslim reformer". Gelombang
reformasi ini pernah muncul di Mesir oleh tokoh al-Afghani(1839-1897) telah
mencetuskan satu bentuk pemikiran baru dalam islam dan telah mendidik pelajar-pelajar
al-Azhar dalam pembaharuan berfikir untuk membangkitkan islam dan beliau juga
terkenal melalui penerbitan akhbar Al-‘Urwah Wuthqa’.
Pemikiran kaum muda lebih ke hadapan dan progresif untuk perkembangan di
Tanah Melayu, antara cara mereka adalah dengan mengagaskan suatu kebangkitan yang
berlandaskan ketamadunan melalui gerakan pemikiran mereka yang mana mereka
merasakan orang melayu sudah ketinggalan dari segi teknologi, sains dan sebagainya
daripada barat. Selain itu, gerakan kaum muda ingin kembali ke jati diri islami itu
sendiri dan membentuk masyarakat yang mempunyai ketamadunan keagamaan untuk
menghayati islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Di samping itu,
mengekalkan jati diri islam dalam setiap diri orang melayu dalam menghadapi masalah
globalisasi terutama masalah dan pengaruh yang dibawa barat masuk ke Tanah Melayu
untuk mempengaruhi masyarakat8.
Mereka juga mengambil contoh dan pengajaran tokoh dunia luar seperti alAfghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rasyid Redha. Dari konteks di Tanah Melayu
gerakan kaum muda bermula di selatan iaitu di Singapura seterusnya merebak ke Pantai

8


Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.),
Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.52-53). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.

4

Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh ideaidea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda
ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed
Syeikh al-Hadi , Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini
bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah alManar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin alHilmi, Haji Abbas Taha dan Za'ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang
mempunyai serapan pemikiran kaum Muda.
Walaubagaimana pun, perjuangan mereka tetap diteruskan dan antara hasilnya
ialah tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 19349 oleh
Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan asia barat.
Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang diperjuangkan
oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa
khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang penjajah dan menuntut
kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Antara lain yang menarik ialah
penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan ancaman dan

kesan terhadap penjajah ketika itu dan mereka disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai
bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan
Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam yang
merdeka. Pertubuhan ini hanya bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja
selepas itu diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu

9

Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.216. Damansara
Utama,Selangor: Pena sdn.bhd.

5

Adapun pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemunculan majalah alImam

yang

dipelopori

oleh


Syeikh

Tahir

Jalaluddin

dan

rakan-rakannya.

Bagaimanapun penulis membuat kesimpulan bahawa aliran pengajian tafsir yang
mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak
kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang
mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada
peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah
fiqah dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat membawa pendekatan yang lebih
lembut walaupun sebenarnya beliau ingin mengekalkan fahaman Kaum Muda. Juga
perlu disebutkan peranan seorang tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam
memperjuangkan idealisme Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh10,

seorang ulama yang bukan sahaja memiliki perpustakaan peribadi yang paling besar di
negeri Kelantan, bahkan beliau telah mengarang dan menterjemah lebih daripada 100
buah kitab yang berunsur reformisme.
Akhir sekali, perjuangan gerakan kaum muda adalah lebih kepada pembangunan
umat islam di Tanah Melayu dan ingin mereka pandang ke depan dan tidak bercanggah
dari ajaran al-quran dan as-sunnah.

10

Ibid, hlmn.221

6

Medan Penyebaran
Kaum Tua
Golongan Kaum Tua tidak banyak dalam menyebarkan penyebaran sepertimana yang
dilakukan oleh Kaum Muda yang begitu drastik dan bersungguh-sungguh sekali.
Mereka lebih kepada bertaqlid terhadap apa yang dipegang tanpa melakukan sesuatu
arus perubahan iaitu pembekuan fikiran.
Walaupun medan penyebarannya tidak beberapa meluas, tetapi ada juga penyiaran

dan penyebaran kepada masyarakat iaitu: Majalah


Al-Mizan



Al-Munir



Al-Ikhwan (1 929)

 Akhbar

Ia muncul tatkala untuk mematahkan hujah Kaum Muda
mengenai penggunaan akal dalam menentukan kebenaran agama.


Pengasoh (1 918-1 937)
Dikeluarkan di Kelantan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat
Melayu yang mana memberi pandangan

yang bertentangan

dengan idealisma Kaum Muda.11


Suara Benar (1 932-1 933)

11

- William R.Roff. (1 967). The Origins of Malay Nationalism (1st Ed). New Haven & London,
England: Yale University Press. hlm 77-79.

7

Surat khabar terkemuka di Melaka yang menerbitkan tentang
pengharaman memukul beduk.12

 Pondok
Kaum Tua amat berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam
sesuatu perkara dan lebih banyak bertaqlid akan ulama terdahulu. Tidak
menerima sebarang pembaharuan dan masih berada di tanpuk yang sama
dan lapuk.

Kaum Muda
Kaum Muda menyebarkan dan meluaskan perkembangan dakyah pemikiran mereka
melalui berbagai cara iaitu :
i.

Akhbar
 Akhbar yang diterbitkan dalam negara : Akhbar-akhbar ini menceritakan dan menerbitkan penterjemahan tulisantulisan mengenai perbahasan tentang permasalahan isu Islam semasa
yang
berlaku pada waktu itu.




12

Neracha (1913)
Warta Malaya

- Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 19997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 239-240.

8





Al-Ikhwan (1 926)
Saudara (1 928)13

 Akhbar yang diterbitkan di luar Negara iaitu : Lebih fokus kepada perkembangan politik di Malaya yang mana
kebanyakan akhbar itu diedit oleh pelajar-pelajar yang belajar di
Universiti Al-Azhar dan institusi-institusi Timur Tengah yang mana
dimonopoli oleh pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang belajar di
sana






ii.

Seruan Azhar
Semangat Islam
Pilihan Timur14

Jurnal
 Tunas Melayu
Merupakan jurnal bulanan yang diterbitkan pada tahun 1 913 selepas
penerbitan akhbar mingguan Neracha pada tahun 1 911 yang berakarkan
matlamat yang sama di bawah deglasi Al-Imam.15

iii.

Majalah
 Al –Imam


Merupakan sebuah penyebaran yang radikal di mata Penerbitan
Melayu.



Mereka menyeru dan rnenjulang golongan cerdik pandai, tujuan
insentiti dalam usaha membuka mata masyarakat di Tanah

13

- Hashim Ismail. (2 005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.),
Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp.54). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga Sdn Bhd.
14
- Ibid.
15
- William R.Roff. (1 967). The Origins of Malay Nationalism (1st Ed). New Haven & London,
England: Yale University Press. hlm 64-66.

9

Melayu bagi berhadapan dalam keperluan sosial dan perubahan
ekonomi.


Agenda tunjang ialah kebangkitan orang Melayu.

 Al-manar


Yang menjadi ikutan dan rentetan kepada majalah Al-Imam
yamg menyebarkan pemikiran Kaum Muda.

 Al-urwatu‟l-Wuthqa 16

iv.

Buku dan novel
 Buku at-Tarikh al-Islami


Karya Sayid Syekh yang diterbitkan pada tahun 1912.



Tidak mendapat sambutan.



Mendapat keuntungan yang besar.

 Novel Hikayat Faridah Hanom


The Jelutong Press memiliki percetakan sendiri pada tahun
1927.17

v.

Media massa
 An-Nur
 Suara ar-Rahmaniyyah18

16

-opcit, hlm 54-58
-Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1 997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press,hlm 214
18
- Ibid, hlm 226.
17

10

vi.

Madrasah /sekolah
Gerakan reformasi terus menular luas dengan menyeludup masuk ke dalam
madrasah-madrasah untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama dan penawaran
terhadap ilmu-ilmu umum. Antaranya : Madrasah al-Iqbal al-Islamiah.
 Madrasah al-Ahmadiyyah.
 Madrasah al-Hadi
 Sekolah Arab
 Sekolah Puteri
 Madrasah at-Tarbiyyah ad-Diniyyah
 Madrasah Ansar as-Sunnah
 Madrasah al-Masyhur al-Islamiah
 Madrasah al-Huda ad-Diniyyah
 Madrasah Idrisiyah
 Madrasah al-Masyhur
 Madrasah ad-Diniyyah di Kampung Lalang pada tahun 1 934 di Perak.
 Madrasah al-Ihya’ ash-Sharif
 Madrasah al-Ubudiyah
 Madrasah Aliyah Islamiah (High Islamic School) di Kampung Pelangi
ada dua cabang iaitu :



Madrasah Islamiah di Sungai Dua
Madrasah Jamaah Islamiah di Kampung Tengkek.

 Madrasah Ittiba’ us-Sunnah
 Sekolah Arab Parit Jamil, Muar,Johor.19

19

- Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 212-218.

11

vii.

Kelab, Persatuan dan Gerakan
 Gerakan Islah Islamiyyah


Tokoh reformasi yang dipelopori oleh tiga ulama iaitu Syeikh
Tahir Jalaluddin,Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syed Syeikh alHadi yang terinspirasi dengan tokoh pambaharuan di Asia
Barat.20

 Persatuan Muhammadiyyah


Cuba untuk menubuhkan Persatuan Muhammadiyyah seMalaysia tetapi menemui kagagalan pada tahun 1 962.

 Hizbul Muslimin


Merupakan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu
yang muncul pada akhir 1920an.

 Persekutuan Dakwah Islam se-Malaysia(All Malaya Muslim Missionery
Society)



Melaksanakan dakwah Islam dan mengatasi dakyah
Kristian,Qadiyani dan Bahai.

 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, tahun 1 956 di Singapura.
 Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia(1 965)
 Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Tanah Melayu(31 Mac 1
961)
 Persatuan ar-Rahmaniyyah
 Angkatan Belia Islam Malaysia21

20

-Mohd. Sarim Haji Mustajab. (1 996). Gerakan Islah Islamiyyah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh
Pelopornya. In Abdul Latiff Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp.
117-119). Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya.
21
- Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 223-230.

12

Isu yang di bawa oleh kaum tua dan kaum muda
Antara isu yang dipolemikkan oleh kedua-dua golongan ini adalah:


Pendidikan ilmu

Pendidikan ilmu bagi kaum tua lebih kepada ilmu agama sahaja dan menekankan ilmu
tauhid, fiqih, dan tasawuf22. Pendidikannya tidak memiliki subjek sekular dan
vokasional seperti subjek di barat. Ilmu bagi kaum tua difokuskan pada bidang-bidang
syariah. Manakala bagi kaum muda pula, pendidikan bukan sahaja bagi agama malah
pendidikan secular tutur dipelajari, dan mereka telah membuat pembaharuan dengan
menggabungkan pendidikan agama dan pendidikan sekular bersama. Mereka merasakan
dengan gabungan ini pelajar berupaya untuk memajukan negara dan sekaligus
berlandaskan agama dalam pentadbiran akan datang. Idea-idea ini pernah diusahakan
oleh golongan luar Tanah Melayu seperti al-Afghani yang mengambil contoh negara
barat yang maju dalam bidang sains, begitu juga umat islam boleh maju dengan ilmu
islam dan ilmu barat. Beliau juga menyeru umat islam mempelajari ilmu falsafah dan
saintifik dalam kurikulum pendidikan23.


Taqlid dan ijtihad

Masalah taqlid dan ijtihad pula, kaum muda lebih berpegang kepada ijtihad yang
merupakan satu prinsip umat islam yang dapat membebaskan pemikiran pemodenan
mereka24. Kaum muda mendapat kecaman dari kaum tua bahawa mereka telah
membuka pintu ijtihad sewenang-wenangnya sehinggakan seolah-olah setiap orang
boleh melaksanakan ijtihad padahal mereka menggalakkan umat islam berijtihad tetapi

22

Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia:Sejarah dan Aliran. (1st Ed.). (pp.233.).
Jakarta,Indonesia: Gema Insani Press.
23
Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.),
Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.47-48). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.
24
Ibid, hlmn.49.

13

terbatas bagi sesiapa yang tidak mahir dalam ilmu ijtihad dan bagi mereka yang tidak
mampu hanya perlu berittiba’ sahaja bukan bertaqlid. Ittiba’ ialah mengikuti pendapat
seseorang dengan merujuk al-quran dan as-sunnah sebagai pendapat tersebut. Manakala
taqlid pula, mengikuti tanpa disertai dalil dan penjelasan. Ijtihad pula, berusaha untuk
mencapai kebenaran dari sumber al-quran dan al-sunnah untuk kejadian tertentu dan
tidak bercanggah dengan sumber tersebut25.


Masalah dari segi khilafiyah26.

Masalah dari segi ini pula, mengenai masalah berwudhuk yang mana bagi golongan
kaum tua, air musta’mal tidak boleh dipakai untuk berwudhuk kerana telah digunakan
dan kurang dari dua kolah. Bagi kaum muda boleh digunakan untuk berwudhuk.
Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan maka batallah wudhuk mereka bagi
pendapat kaum tua. Tapi kaum muda mengatakan tidak.
Mengenai urusan jenazah pula, ada doa dibaca setelah mengucapkan salam selepas solat
jenazah bagi pendapat kaum tua. Padahal, bagi kaum muda hal itu tiada pada sunnah
nabi. Lain pula halnya mengenai talqin yang mana kaum tua, dibaca sesudah mayat
dikuburkan dan ini ditentang hebat oleh kaum muda, mereka mengatakan ini adalah
bid’ah dan tidak ada pada sunnah nabi s.a.w.

Mereka mengatakan talqin ialah

mengingatkan kepada orang yang hamper meninggal bukan orang yang sudah
meninggal. Perkara ini ada ditulis dalam majalah al-ikhwan.
Mengenai masalah taharah atau bersuci, peristiwa bersejarah di Malaysia berkait dengan
masalah jilatan anjing yang tejadi di Kelantan pada 1930. Haji Nik Abdullah bin Haji
Wan Musa yang terpengaruh ajaran syah waliullah telah mengeluarkan fatwa boleh

25
26

Opcit., hlmn.237.
Ibid, hlmn.238-244.

14

memelihara anjing dan tidak harus disuci jika terkena jilatan anjing diatas permintaan
Sultan Kelantan yang memelihara anjing. Fatwa ini ada dalam mazhab Maliki tetapi
tiada pada ketiga mazhab yang lain, bahawa harus disucikan. Bagi Haji Nik Abdullah
bin Haji Wan Musa, umat islam boleh bertalfiq dalam soal ini kerana mazhab Maliki
merupakan mazhab yang sah dalam islam. Ketika beliau wafat pada 1935, pendapatnya
disokong oleh ayahnya, Haji Wan Musa, semasa menghadapi tokoh-tokoh kaum tua di
Istana Jahar 1936. Kemudian ayahnya mempertahankan dalam perdebatan di Istana Sri
Cemerlang pada 1937 yang mana ia dibantu oleh Dr.Burhanuddin al-Helmi dan Haji
Abbas Mohd. Taha tokoh dari kaum muda27.

27

Ibid, hlmn.238-239.

15

Tokoh-tokoh Kaum Tua dan Kaum Muda
Tokoh-tokoh Kaum Tua :
Senarai tokoh-tokoh Kaum Tua yang lahir pada generasi zaman itu ialah: 1. Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)
2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
3. Sheikh Abdul Halim
4. Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)
5. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan
6. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab
karangannya, Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai
Hadis)
juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).
7. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim
Al-Kalantani.
8. Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)
9. Khatib Kelantan.
10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.
11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang.
12. Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
13. Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)28
14. Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali
dengan nama Tok Pulau Ubi),29
28

Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 223-230.

16

15. Tok Padang Jelapang,
16. Tok Bachok, (Kelantan)
17. Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)
18. Tok Seridik.
19. Tok Kemuning (di Pulau Kundor),
20. Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan
21. Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)
22. Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani
23. Hj. Omar Sg. Keladi,
24. Pak Chik Musa,
25. Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz
26. Tok Pulai Condong
27. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
28. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
29. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
30. Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
31. Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani
32. Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang
33. Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
34. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal
Terengganu)
35. Wan Abdullah Tuan Tabal
36. Tok Syafie Kedah
29

Ibid

17

37. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)
38. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.
39. Tuan Guru Baba Hamid
40. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin
Thahir.
41. Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
42. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di
Kulim, Kelantan.
43. Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah

Tokoh-tokoh kaum muda :
Senarai penama-penama tokoh gerakan reformasi yang memacu ke arah pembaharuan
iaitu:1. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki.(1869-1956)
2. Haji Abbas bin Mohd Taha.
3. Syed Syeikh al-Hadi.30
4. Muhammad Salim al-Kalali
5. Sayid Muhammad Aqil
6. Haji Abu Bakar Ahmad
7. Haji Bachik
30

- Mohd. Sarim Haji Mustajab. (1 996). Gerakan Islah Islamiyyah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh
Pelopornya. In Abdul Latiff Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp. 119137). Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya.

18

8. Haji Sharif bin Sukkar
9. Haji Ahmad Amin(1 905-1 971)
10. Lebai Mohammad Maadah bin Layang
11. Syeikh Abu Bakr Rafi’
12. Syeikh Abdullah Maghribi
13. Haji Ibrahim Aqibi
14. Abdul Rahman Harun
15. Rijal Abdullah(1 960)
16. Dr. Dali Muin(1 962)
17. Syekh Junid at-Tala
18. Abu Bakar al-Baqir
19. Haji Jalaluddin bin Ismail
20. Maulana Muhammad Maadah bin Layang(1 895-1 943)
21. Abdul Jalil Haji Salim
22. Abdul Malik Hussain
23. Abdul Aziz Mohd.Yunus
24. Hashim Abdul Ghani
25. Syekh Abu Bakar al-Ashaari
26. Haji Ihsan bin Haji Abdul Manan

19

27. Haji Ahmad bin Haji Muhammad
28. Wan Ahmad bin Wan Daud31
29. Syekh Mohd.Nur Sururi
30. Ustaz Abdullah Rahman Ismail
31. Abdullah al-Qari bin Haji Salleh
32. Dr.Burhanuddin al-Helmi
33. Professor Zulkifli Muhammad
34. Maulana Abdul Alim Siddiqi
35. Sayid Abdul Rahman al-Junied
36. Sayid Muhammad Naquib al-Attas
37. Abdul Ahad
38. Muhd. Uthman al-Muhammadi
39. Mohd. Kamal Hassan
40. Ustaz Hassan Salleh
41. Sanusi Daing Mariok32

31
32

-Ibid
- Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1 997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed).
Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press,,hlm 211-227.

20

Kesimpulan
Perjalanan kaum tua dan muda ini jelas wujud di Tanah Melayu dengan peristiwaperistiwa kontroversi yang timbul dari dua puak ini.
Perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan yang berkaitan mengenai
khilafiyah seperti amalan-amalan warisan Melayu yang telah lama di amalkan oleh
masyarakat Melayu seperti tahlil, qunut, bacaan yasin malam jumaat dan banyak lagi.
Muncul juga tokoh-tokoh ternama yang mewakili dua puak seperti Syed Tahir
al-Haddad, Abu Bakar Muari dari kaum tua. Manakala dari kaum muda seperti Syeikh
Tahir Jalaluddin san sebagainya.
Kedua-dua aliran ini, iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda mempunyai medan
penyebaran mereka tersendiri yang mengikut citarasa mereka sendiri yang mungkin
sedikit banyak ada bersesuaian dan berpadanan dengan masyrakat pada waktu itu.
Perbincangan mengenai Kaum Tua dan Kaum Muda boleh juga dikatakan isu
sensitif kerana melibatkan dalam kancah politik yang mana Kaum Muda agak ekstrem
dan selalu bersalahan dengan kerajaan dalam beberapa perkara.
Jadi, apa yang boleh diambil ikhtibar di sini ialah kita harus mengambil inisiatif
yang positif dan tidak saling bercakaran sesama umat Islam dalam hal yang tidak
sepatutnya. Seharusnya, kita duduk bersama-sama berbincang dan memberi idea yang
lebih saksama untuk penbangunan umat Islam sejagat.

21

Bibliografi
Abdul Latif Abu Bakar. (1996). Pengenalan : Konsep Patriotisme dan Nasionalisme.
In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan
Malaysia (pp.1-7). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya Press.
Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran.
(1st ed.). Jakarta, Indonesia: Gema Insani Press.
Abd Rahman Abdullah. (1981). Sejarah dan Pemikiran Islam: Islam di Malaysia.
(1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Pena sdn.bhd.
Che Husna Azhari. (1993). Melor In Perspective: The Kaum Muda-Kaum Tua Debate
Of the 1930’s – 1950’s. (1st ed.). Bangi, Selangor: Furada Publishing House.
Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In
Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp.
31-87). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd.
Hussain Mohamed. (2007). Politik Reformasi: Penubuhan Politik Indonesia dan
Impaknya ke atas Politik Malaysia. In Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasi
dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik (pp.305-321). Kuala Lumpur,
Malaysia: Universiti Malaya.
Indrawan Mohd Yatim. (2001). Kebangkitan Islam pada Abad Ke-21: Renaissance
Melayu. (1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Inter Perfection.

22

Mohd Sarim Mustajab. (1996). Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh
Pelopornya. In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan
Kebangsaan Malaysia (pp.117-146). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti
Malaya Press.
Nakhaei Ahmad. (2007). Islam dan Pembentukan Masyarakat Bertamadun. In
Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasidan Dunia Islam Perspektif Teori dan
Praktik (pp.17-46). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya.
Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal
Of Southeast Asia History, vol(1960), 1-19.
William R. R. (1967). The Origins of Malay Nationalism: Kaum Muda-Kaum Tua:
Innovation and Reaction. (1st ed.). London, England: Yale University Press.

23