Krisis Ekonomi Dunia pasca krisis

Krisis Ekonomi Dunia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Dunia kini sedang dilanda masalah krisis ekonomi global.Banyak syarikatsyarikat samada syarikat besar atau kecil yang terpaksa menggulung tikar akibat
dilanda hutang yang tinggi.Beribu-ribu pekerja kehilangan pekerjaan manakala
ramai lagi sedang menghadapi risiko dibuang kerja.Krisis yang melanda dunia ini
bermula dengan krisis ekonomi Amerika Syarikat.Disebabkan kebanyakkan
negara didunia bergantung pada Amerika Syarikat, maka negara-negara tersebut
turut sama mengalami krisis ekonomi.
Krisis ekonomi bermula disebabkan, bank pelaburan keempat terbesar di
Amerika, Lehman Brothers pula muflis dan juga banyak rumah terpaksa dilelong
kerana pembeli tidak mampu untuk terus membayar.
Selain itu, industri hartanah di Amerika merundum.Bahan makanan utama
dunia juga menjadi salah satu sebab krisis ini terjadi.Beras dan tepung
diperdagangkan di bursa saham untuk mendapatkan keuntungan lebih besar.
Pemanasan global memberi kesan rantaian kepada harga barang makanan.Kos
keseluruhan makanan global semakin meningkat dan terus meningkat.
PBB juga dapat merasai krisis ekonomi sebegini apabila mereka
kekurangan dana untuk membantu negara membangun terutama di Afrika yang
sedang berkecamuk dengan masalah kemiskinan dan kebuluran.Negara-negara
yang bergantung kepada pakej kewangan Amerika akan terjejas teruk.
Krisis ekonomi yang sedang melanda dunia sekarang ini memberi kesan

yang amat ketara bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat, malahan terhadap
orang perseorangan.Harga-harga kebanyakkan komoditi, khususnya minyak dan
makanan melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi.Perkara ini
juga membawa ancaman stagflasi (inflasi yang disertai ketiadaan permintaan)
dan pengunduran globalisasi.
Pada bulan februari 2008, Reuters melaporkan bahawa inflasi global
mencapai tahap paling dahsyat dalam sejarah, manakala inflasi domestik berada
pada paras tertinggi dalam masa 10 hingga 20 tahun bagi kebanyakkan negara.
Pada pertengahan tahun 2008, data IMF menunjukkan bahawa inflasi adalah
pada tahap tertinggi di negara pengeksport minyak, ianya akibat pertumbuhan
rizab pertukaran asing yang kekurangan pengendalian dasar kewangan yang
boleh mengimbangi campur tangan tukaran asing.

Bagaimanapun, inflasi juga menjadi-jadi di negara-negara yang dikelaskan
IMF sebagai ‘negara termundur bukan pengeksport minyak’ dan ‘Asia
Membangun’, disebabkan kenaikan harga minyak dan makanan.Inflasi juga
menjadi-jadi di negara-negara maju, namun tidak seteruk yang dialami negaranegara membangun.
Akhir sekali, Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurangkurangnya 20 juta pekerjaan bakal hilang menjelang penghujung 2009 akibat
krisis ini, kebanyakannya dalam sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan
kewangan dan kereta, sekaligus mengakibatkan pengangguran dunia melepasi

tahap 200 juta.
Kesimpulannya, kita janganlah membiarkan negara kita menjadi seperti
negara-negara di atas.Kita mampu mencegah krisis ini daripada berlaku di
Malaysia.Antara salah satu cara ialah, kita perlulah berjimat cermat ketika
berbelanja dan jangan boros.
Sekian dari saya, terima kasih