ANALISIS CAMPURAN PEMASARAN SYARIKAT NES

1.0 PENGENALAN
Campuran Pemasaran merupakan satu aspek penting yang diguna oleh sebuah
organisasi perniagannya untuk menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan jualan.
Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan penumpuan usaha pemasar
untuk memuaskan keinginan dan keperluan pengguna. Apabila sesuatu kumpulan
pengguna telah dikenal pasti, pemasar akan berusaha untuk memenuhi keperluan
pengguna tersebut supaya pemasar memperoleh keuntungan daripada aktiviti pemasaran
yang dijalankan.
Campuran pemasaran adalah kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi
pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran. Melalui pasaran
sedia ada, pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti
sasaran yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan
seterusnya menguasai keseluruhan pasaran.
Campuran pemasaran adalah satu set elemen pemasaran yang boleh dikawal dan
berstrategi setiap firma. Di mana setiap firma menggabungkan untuk menghasilkan
maklum balas dikehendaki dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen
pemasaran firma boleh melakukan aktiviti pemasaran untuk mempenaruhi permintaan
terhadap produknya. Iaitu empat elemen iaitu produk, pengedaran, penetapan harga dan
promosi. Petikan Hitesh Bhasin dari http://www.marketing91.com/service-marketingmix/ yang diakses oleh penyelidik pada 23 Jun 2015.
Produk merupakan sesuatu yang ditawarkan dalam pasaran dan mempunyai ciriciri tertentu yang dapat menarik perhatian pengguna. Produk mungkin berbentuk objek
fizikal, perkhidmatan, individu, tempat, organisasi, idea, atau kombinasi unsur-unsur

tersebut.
Harga merupakan pemboleh ubah berkaitan dengan penetapan harga atau
penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah organisasi. Strategi penentuan
harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan ganjaran atau hadiah
berdasarkan harga yang ditawarkan.

1

Promosi merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada
pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh
dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung dan demonstrasi produk.
Pengedaran merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu
pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian, dan
penyelarasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaraan, kaedah pengangkutan,
cara penyimpanan stok, dan pengawalan inventori
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah memilih Nestle Produk Bhd kerana
syarikat ini bukan sahaja merupakan pengeluar makanan yang terkenal di seluruh dunia
tetapi syarikat yang paling efisien dalam mengamalkan campuran pemasaran. Nestle
Produk Bhd mula bertapak Switzerland dan meluaskan pasarannya di seluruh dunia.
Syarikat Nestle Produk Bhd mendapat perhatian di kalangan pelanggan dengan

menyediakan keperluan makanan harian dan harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh
semua golongan. Penyelidik akan membuat analisis mendalam terhadap campuran
pemasaran oleh syarikat ini dan akan mengemukakan beberapa cadangan agar
penambahbaikan dapat dilakukan oleh syarikat Nestle untuk merancang masa hadapan
pemasaran yang lebih cemerlang. Syarikat Nestle telah memenuhi syarat campuran
pemasaran iaitu harga, promosi, produk, dan pengedaran.

2

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh

Nestle (M) Bhd untuk

mencapai sasaran pemasaran.
2.2 Menentukan elemen campuran pemasaran produk berdasarkan atribut produk,
penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan klasifikasi produk Nestle (M) Bhd.
2.3 Mengenal pasti elemen harga dari segi tokokan kos dan penetapan pesaing dan
mengikut pengguna bagi Nestle (M) Bhd.
2.4 Menganalisis strategi campuran promosi Nestle (M) Bhd menerusi pengiklanan,

promosi jualan, publisiti, dan jualan bersemuka.

3

3.0 LATAR BELAKANG
Sejarah Nestlé bermula pada tahun 1867 di Vevey, Switzerland, apabila
pengasasnya Henri Nestlé membuat keputusan untuk mencipta dan membuat makanan
bayi pertama sebagai tindak balas kepada keperluan untuk produk yang sihat dan mampu
untuk menjadi alternatif kepada ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan bayi
mereka. Beliau menamakan produknya Farine Lactee Henri Nestlé.
Setelah beberapa tahun, produk Farine Lactee dipasarkan di Eropah, syarikat
Nestlé dipanggil dengan panggilan Société Farine Lactee Henri Nestlé. Pada tahun 1874,
Nestlé membangunkan produk susu pekat, untuk bersaing dengan syarikat Anglo-Swiss
Susu Pekat. Syarikat Susu Pekat Anglo-Swiss merupakan pesaing yang menghasilkan
keju dan susu formula yang membuka kilang pertama kilang manis susu pekat Eropah di
Cham, Switzerland, untuk memasarkan susu pekat yang pertama iaitu MILKMAID.
Kedua-dua syarikat ini bergabung pada tahun 1905, beberapa tahun selepas Nestlé
menambah produk berasaakan coklat ke dalam barisan produk. Nestlé merupakan
syarikat yang baru ditubuhkan dan syarikat Susu Pekat Anglo Swiss yang merupakan
sebuah syarikat yang paling lama dalam pasaran bergabung idea dan inovasi untuk

menghasilkan produk yang memenuhi tuntutan pengguna mengikut persedaran zaman.
Hasil daripada usahasama ini banyak kilang memproses susu pekat ditubuhkan di
Amerika Syarikat, Britain, Sepanyol dan Jerman. Kilang pemprosesan susu pekat turut
dibina di Australia dengan beberapa tambahan gudang di Singapura, Hong Kong dan
Bombay.
Permulaan Perang Dunia I telah menyukarkan Nestlé untuk mendapatkan bahanbahan mentah dan mengedarkan produk. Susu segar menjadi semakin sukar didapati di
Eropah, dan kilang-kilang terpaksa menjual susu untuk keperluan awam sahaja dan
menghadkan belian bahan untuk diproses semula. Nestlé membeli beberapa kilang-kilang
di Amerika Syarikat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi susu dan
produk tenusu pekat melalui kontrak perjanjian dengan kerajaan. Pengeluaran syarikat
berkembang dua kali ganda semasa menjelang akhir perang.

4

Apabila pemintaan susu segar menjadi semakin meningkat selepas perang,
syarikat Nestlé semakin terdesak untuk memenuhi permintaan setiap pelanggannya dan
mula menderita dan jatuh ke dalam hutang yang banyak. Harga bahan-bahan yang telah
meningkat, pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan kadar pertukaran merosot kerana
perang. Sebuah bank telah menawarkan seorang pakar bagi membuat rundingan
membantu Nestlé mencari jalan untuk mengurangkan hutangnya. Menjelang tahun 1920an syarikat Nestlé telah berjaya melangsaikan segala hutang dan bangkit dengan

menghasilkan beberapa produk baru. Nestlé telah mewujudkan produk coklat baru dan
produk minuman dalam bentuk serbuk. Nestlé turut membangunkan produk jenama
Nescafé dan Nestea dalam tahun 1930-an. Nescafé merupakan produk yang
mempersembahkan kopi dalam bentuk serbuk yang larut dan merevolusikan minum kopi
menjadi minuman hit segera. Dengan permulaan Perang Dunia Kedua, keuntungan
syarikat Nestlé menjunam semula.
Perang Dunia Kedua yang melanda dunia tidak menjejaskan negara Switzerland
kerana negara ini hanya sebahagian kecil daripada Eropah. Disebabkan masalah
pengedaran di Eropah dan Asia, Nestlé membuka telah membuat keputusan untuk
membuka

kilang-kilang

di

negara-negara

membangun

seperti


Amerika

Latin. Pengeluaran meningkat secara mendadak selepas Amerika memasuki peperangan
dan Nescafé menjadi minuman utama bagi tentera Amerika di Eropah dan Asia. Jumlah
jualan meningkat sebanyak $ 125,000,000 dari tahun 1938 hingga 1945.
Selepas tahun 1945, Nestlé terus maju dengan menjalinkan hubungan dengan
syarikat Alimentana SA yang merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan sup dan
perasa. Nestlé terus menakluki pasaran dengan menjalinkan usahasama lagi dengan
syarikat Cross & Blackwell yang merupakan syarikat pengeluar makanan sejuk beku, jus
buah-buahan dan Libby. Nescafé menjadi jualan kopi segera empat kali ganda dalam
tempoh 1960-1974, hasil dari penggunaan teknologi baru pengeringan beku kopi segera.
Dengan pandangan yang kuat misi syarikat dalam fikiran, memberi tumpuan
kepada potensi yang berjangka panjang ke atas prestasi dalam masa jangka pendek,
Nestlé terus berkembang, memperkenalkan produk baru dan mengubahsuai yang sedia
ada. Sekarang Nestle merupakan pengeluar makanan terbesar di dunia yang berpusat di
5

Switzerland. Nestle telah beroperasi di hampir setiap negara di dunia. Nestle mempunyai
sebanyak 280,000 warga kerja di seluruh dunia dan mempunyai 449 buah kilang

beroperasi di 83 buah negara. Nestle telah mengeluarkan lebih daripada 10,000 produk
yang berbeza. Setiap hari lebih kurang 1 bilion produk akan dijual. Pusat penyelidikan
pemakanan swasta yang terbesar di dunia, bertempat di Switzerland. Nestle mempunyai
29 buah Pusat Penyelidikan & Pembangunan di seluruh dunia. Pulaburan tahunan
sebanyak RM6 bilion akan diberi untuk Penlidikan & Pembangunan
Komitmen Nestle kepada Malaysia adalah untuk menyediakan produk yang
berkualiti kepada rakyat Malaysia sejak hampir 100 tahun yang lalu. Nestle bermula di
Malaysia pada tahun 1912 sebagai Syarikat Susu Pekat Anglo-Swsis di Pulau Pinang.
Selepas itu, pengembangan dan pertumbuhan telah menyebabkan Nestle membuat
perpindahan ke Kuala Lumpur pada tahun 1939 atas keperluan. Sejak tahun 1962, kilang
pertama dibina di Petaling Jaya. Nestle Malaysia kini mengeluarkan produknya melalui 7
kilang yang dibina dan beroperasi dari ibu pejabat di Mutiara Damansara.
Nestle telah berlangsung secara terbuka dan disenaraikan di BSKL. Kini dikenali
sebagai Bursa Malaysia Berhad pada 13 Disember 1989. Hari ini, Nestle telah
mempunyai lebih daripada 5000 orang pekerja dan mengeluarkan lebih daripada 300
produk Halal di Malaysia. Jenama Nestle adalah MILO®, NESCAFÉ®, MAGGI®,
NESPRAY® and KIT KAT® telah menjadi produk dipercayai dan dinikmati oleh isi
rumah selama beberapa generasi. Info diakses oleh penyelidik dari laman
http://www.nestle.com.my/ pada 29 Jun 2015.
Nestle di Malaysia juga menghasilkan produk makanan yang berbagai-bagai jenis.

Produk makanan yang dihasilkan seperti minuman, makanan, tenusu, minuam cecair,
pemakanan bayi dan ibu mengandung, pemakanan prestasi, pemakanan penjagaan
kesihatan, bijirin sarapan, tenusu dingin, ais krim, konfeksi dan Nestle Professional.
Di Malaysia ada satu minuman yang dikeluarkan oleh Nestle dan sangat digemari
oleh semua rakyat Malaysia iaitu MILO. Setiap pengguna di Malaysia suka minum
MILO sebagai sarapan pagi. MILO ini diperkenalkan di Malaysia sebagai Minum Tonic
Makanan. Pada tahun 1999 B Vitamin diperkenalkan pada MILO untuk melepaskan

6

tenaga dan dipertingkatkan lagi pada tahun 2002 dengan ACTIGEN-E, gabungan unik 8
vitamin dan 4 mineral yang membantu dalam siaran optimum tenaga dari makanan.
Selain itu, Nestle juga memprodukan susu di Malaysia. Setiap hari, ibu mahu
memberikan anak-anak mereka yang terbaik. Ia adalah satu komitmen yang tidak
berkesudahan, satu diisi dengan jenis kegembiraan hanya seorang ibu boleh memberiyang adalah apa yang membuat setiap segelas susu setiap hari, pilihan bermanfaat. Penuh
dengan nutrien penting dan vitamin, ia membolehkan ibu untuk memberi penjagaan
kepada anak-anak dari dalam-supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada satu
perkara yang lain yang membuat anak-anak mereka pergi; murni, kasih sayang tanpa
syarat.
Setiap produk yang dikeluarkan oleh Nestle mendapat sambutan yang baik oleh

semua pengguna di Malaysia. Hal ini membukitkan Nestle telah berjaya.
Strategi pemasaran yang diamalkan sangat penting dalam perniagaan bagi
perusahaan mencapai tujuannya. Hari ini strategi pemasaran dipengaruhi oleh pelbagai
faktor khususnya tempat yang strategi, produk yang bermutu, harga yang kompetitif, dan
promosi yang gencar. Kejayaan sesebuah perniagaan adalah bergantung kepada
kesesuaian strategi pemasaran digunakan oleh usahawan dalam firma-firma besar.
Strategi utama yang Nestle adalah menjadi peneraju dalam pemakanan kesihatan dan
kesejahteraan, dan rujukan industri bagi prestasi kewangan, dipercayai oleh semua pihak
berkepentingan. Semua aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Nestle merupakan teras
kepada strategi dan operasi perniagaannya. Syarikat Nestle turut merancang programprogram bersama-sama dengan lebih daripada 100 organisasi di seluruh dunia. Nestle
juga mengamalkan strategi menghasilkan pelbagai jenis produk makanan berkhasiat
kepada semua pengguna. Nestle telah menghasilkan beberapa produk utama seperti Milo
(produk minuman), Nesquik Cereal (produk bijirin), Nescafe (produk coffee), Boost
(produk pemakanan kesihatan), Maggi (produk makanan masakan, dingin dan seju beku)
dan lain-lain. Selain itu, strategi yang paling penting adalah mengamalkan tingkah laku
baik iaitu amanah. Mereka mempercayai dan mengiktiraf amanah yang diperolehi dalam
tempoh masa yang panjang dengan konsisten meyampaikan janji-janji yang dibuat dapat

7


memajukan perniagaannya. Matlamat Nestle adalah jelas melaui slogan syarikatnya iaitu
“Good Food, Good Life”.
Pelaksanaan strategi pemasaran yang efektif dan efisien bergantung kepada
objektif syarikat dan operasi yang dirancang syarikat mencampuradukkan pengetahuan
tentang strategi pemasaran dalam bidang keusahawaan yang bersesuai dengan aktiviti
hendak dilaksanakan. Aspek pengetahuan tentang strategi pemasaran penting untuk
membolehkan objektif pemasaran dicapai.
Kesimpulannya, perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya
bergantung kepada operasi syarikat mencampuradukkan pengetahuan tentang strategi
campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian kepada satu program
tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

8

4.0 KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini untuk memperoleh
maklumat dan data yang tepat bagi kajian yang dilaksanakan. Tujuan pengkaji memilih
kaedah-kaedah ini kerana senang diguna pakai dan mudah mendapatkan hasil serta
membolehkan kajian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Secara
keseluruhannya, terdapat dua bentuk kaedah kajian telah digunakan untuk mencari

maklumat secara terperinci yang berkaitan dengan objektif kajian.
Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umunya menggunakan analisis
statistik, ia lebig bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada
istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk
kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah
kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data berangka dan ketepatan. Ia adalah
berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif di mana penyelidikan dilakukan melalui
kajian eksperimen dan data berangka yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik.
Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Maksudnya, kajian yang dibuat dengan nombor atau dalam pengiraan. Maksud kajian
kuantitatif diakses pada 14 Julai 2015 dari http://www.slideshare.net/ZenShah/kajiankuantitatif .
Kajian kualitatif merupakan kajian ke atas sesuatu dan individu untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. Penyelidikan ini menerangkan
proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Dari segi pengutipan data dan
penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka
dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Definisi kajian
kualitatif diakses 14 Julai 2015 dari http://www.scribd.com/doc/117748757/KaedahKajian-Kualitatif#scribd. Dalam kajian kualitatif, pengkaji mengutamakan huraian
tentang ciri-ciri atau sifat-sifat yang menggambarkan fenomena yang dikaji. Kajian ini
mengandungi unsur subjektif kerana kajian dibuat adalah berdasarkan pada pengalaman,
pandangan dan pengetahuan seperti kreatif dan inovatif yang dimiliki oleh pengkaji.
Data adalah sesuatu yang belum mempunyai erti bagi penerimanya dan masih
memerlukan adanya suatu pengolahan. Data biasa merujuk kepada suatu keadaan,
9

gambar, suara, huruf, angka, matematik, bahasa ataupun simbol-simbol lain yang biasa
kita gunakan sebagai bahan untuk melihat lingkungan, objek, kejadian ataupun suatu
konsep. Menurut Cambridge Dictionary Online, data adalah maklumat, terutamanya fakta
atau nombor yang dikumpul untuk diperiksa dan dipertimbangkan dan digunakan untuk
membantu membuat keputusan, atau maklumat dalam bentuk elektronik yang boleh
disimpan dan digunakan oleh komputer. Definisi data diakses 14 Julai 2015 dari
http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/data. Menurut Sabitha Marican (2005),
data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian, fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa
yang boleh dikira. Satu set data (data yang telah dikumpulkan) boleh merangkumi
ribuan pemerhatian (Burning & Kintz, 1987). Secara umumnya, data boleh dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu data primer (raw data) dan data sekunder (secondary data). Data
primer adalah data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan
kajian. Mengikut Rohana Yusof (2004) dalam buku Penyelidikan Sains Sosial, data
primer ialah data yang berasal dari sumber asli atau pertama. Data primer dapat
berbentuk pendapat seseorang secara individual atau kumpulan, hasil pemerhatian
terhadap benda, kejadian atau kegiatan dan hasil ujian.
Data sekunder adalah data yang diperoleh melalui data yang telah diteliti dan
dikumpul oleh pihak lain dan digunakan oleh pengkaji secara tidak langsung melalui
media perantaraan. Menurut buku Kaedah Penyelidikan Sains Sosial yang ditulis oleh
Sabitha Marican pada tahun 2005, data skunder merujuk kepada data yang telah
dikumpulkan oleh pengkaji lain. Data umumnya berupa bukti, catatan atau laporan
bersejarah yang telah disusun dalam akrib atau dokumentari yang diterbitkan atau tidak
diterbitkan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan data primer dan data sekunder
dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan. Data sekunder lebih mudah didapati dan
diperolehi dari sumber awam berbanding dengan data primer yang perlu mengambil masa
untuk membuat kajian dalam tempat awam. Data sekunder juga dapat memberi idea asas
dalam mereka bentuk kajian yang baru. Pengkaji tidak perlu memulakan atau mengumpul
sesuatu maklumat dengan bersusah payah kerana maklumat tersebut telah diterbitkan
dalam media perantaraan dan pengkaji dapat menjimatkan masa dan kos untuk
10

mendapatkan maklumat daripada soal selidik atau temu bual yang memerlukan masa
yang panjang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, instrument ialah dokumen rasmi yang sah
di sisi undang-undang dan mengikut peraturan tertentu yang menyatakan hak pihak-pihak
yang terlibat dalam sesuatu kontrak tersebut. Maksud intrumen dipetik dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=instrumen pada 14 Julai 2015. Instrumen
merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mengumpulkan data atau informasi yang
bermanfaat untuk menjawab objektif kajian. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji
untuk mendapatkan data internal ialah laman web tersendiri, profil syarikat, laporan
kewangan. Manakala, instrument yang digunakan oleh pengkaji dalam usaha
memperoleh data eksternal ialah rujukan kepustakaan, rujukan internet serta tesis dan
jurnal.
Pengkaji telah diaplikasikan penggunaan laman web rasmi syarikat Nestle Sdn
Bhd iaitu http://www.nestle.com.my/ dalam penulisan pengenalan dan penempatan lokasi
kajian yang dibuat oleh pengkaji. Objektif pertama kajian ini, iaitu mentakrif campuran
pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Sdn Bhd boleh diperoleh dalam laman
sesawang rasmi Nestle.
Profil syarikat ialah dokumen yang memperkenalkan sesebuah syarikat dengan
menyenaraikan wawasan, misi dan objektif syarikat, carta organisasi, latar belakang
pengurus, perniagaan syarikat, pendaftaran perniagaan serta stor atau pejabat operasi.
Profil syarikat Nestle (M) Sdn Bhd dapat membantu pengkaji untuk mendapatkan
maklumat yang lanjut tentang Nestle (M) Sdn Bhd terutamanya dalam menjalankan
kajian terhadap latar belakang dan pengenalan Nestle Corporation.
Laporan tahunan adalah laporan yang dikemukakan atau dibentangkan setahun
sekali dan lazimnya melaporkan hal-hal penting yang berkaitan dengan kewangan dan
belanjawan. Maklumat diolah oleh penyelidik dari sumber asli iaitu laman sesawang
http://www.slideshare.net/CikguHafizzudin/laporanbdk yang diakses pada 14 Julai 2015.
Isi kandungan laporan tahun sesebuah syarikat kewangan dan prestasi organisasi selama
satu tahun. Untuk mengenal pasti sama ada Nestle Corparation ialah syarikat
multinasional atau sebaliknya, laporan tahunan Nestle Malaysia telah digunakan sebagai
11

satu instrumen. Laporan tahunan Nestle Corporation juga digunakan untuk mengenal
pasti objektif kajian ketiga, iaitu pendekatan harga yang dijalankan oleh Nestle
Corporation.
Kaedah rujukan kepustakaan pula dijalankan dengan cara merujuk kepada buku
untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai Nestle. Antara buku yang digunakan
sebagai rujukan ialah buku “Epic Content Marketing” pengarang Joe Pulizzi, buku “The
New Rule of Marketing and PR” pengarang David Meerman Scott, buku “Sosial Media
Explained” pengarang Mark W. Schaefer dan sebagainya untuk membantu pengkaji lebih
memahami campuran pemasaran.
Kamus Oxford telah mendefinisikan secara jelas mengenai internet, iaitu
merupakan jaringan komputer global yang menyediakan berbagai-bagai kemudahan
informasi dan komunikasi, yang terdiri dari jaringan sumbangan yang menggunakan
protokol komunikasi standard. Definisi internet diakses dari laman sesawang
(http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/Internet pada 14 Julai 2015.
Rujukan yang didapati dari internet juga digunakan sebagai maklumat tambahan bagi
kajian untuk mendapatkan maklumat. Laman sesawang lain yang dikunjungi oleh
penyelidik melalui carian “Google” untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang
objektif-objektif kajian seperti campuran pemasaran, campuran pemasaran produk,
penetapan harga dan strategi campuran promosi.
Manakala jurnal merujuk kepada terbitan atau majalah berkalan yang khusus bagi
sesuatu perkara, profesion atau bidang tertentu. Media ini telah digunakan untuk
mendapatkan maklumat lanjutan tentang empat objektif kajian yang perlu dikaji iaitu
mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Sdn Bhd, mengenal
pasti

campuran

pemasaran

produk berdasarkan

atribut

produk, penjenamaan,

pembungkusan, pelabelan, dan keputusan lini produk. Jurnal turut digunakan untuk
menerangkan kaedah penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum
iaitu penentuan harga berasaskan tokokan kos, penentuan harga berasaskan titik pulang
modal dan untung sasaran, penentuan harga berasaskan nilai, penentuan harga berasaskan
persaingan dan penetapan harga baharu,menyenarai strategi campuran promosi menerusi
pengiklanan, promosi jualan, publisiti, dan jualan bersemuka.
12

5.0 Dapatan Kajian
Dalam kajian ini, data diperoleh daripada pelbagai sumber. Dalam kajian ini,
terdapat 4 bahagian yang dikaji mengikut objektif kajian. Bahagian pertama merangkumi
objektif pertama iaitu mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat
Nestle Bhd. Bahagian 2 merangkumi objektif kedua iaitu mengenal pasti campuran
pemasaran produk berdasarkan atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan,
dan keputusan lini produk. Bahagian 3 pula adalah daripada objektif yang ketiga iaitu
menerangkan penetapan harga dari segi faktor, pendekatan harga secara umum iaitu
penentuan harga berasaskan tokokan kos, penentuan harga berasaskan titik pulang modal
dan untung sasaran, penentuan harga berasaskan nilai, penentuan harga berasaskan
persaingan dan penetapan harga baharu. Bahagian 4 adalah objektif keempat iaitu
menyenarai strategi campuran promosi menerusi pengiklanan, promosi jualan, publisiti,
dan jualan bersemuka.

Produk

Pengedaran

Campuran
Pemasaran

Promosi

Harga

5.1 Mentakrif campuran pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Nestle Bhd.
13

Sebelum memulakan sesebuah perniagaan mesti mengambil kira beberapa faktor
bagi memastikan perniagaan berjalan lancar dan mencapai matlamat organisasi. Di bawah
adalah campuran pemasaran yang digunakan oleh Syarikat Nestle Sdn Bhd secara
terperinci.
Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai untuk objektif kajian iaitu
Nestle kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran. Campuran Pemasaran
Nestle membincangkan 4P iaitu salah satu syarikat FMCG yang terkuat di dunia ini.
FMCG ialah Fast-Moving Consumer Goods atau barangan pengguna yang dibungkus
(CPG) iaitu produk yang dijual dengan cepat pada kos yang rendah. Aktiviti pemasaran
yang dijalankan menggambarkan syarikat Nestle mempunyai barisan produk yang kukuh
untuk meningkatkan campuran pemasaran dalam keseluruhan pasaran. Berikut adalah
pemboleh ubah yang digunakan oleh Nestle iaitu produk, harga, pengedaran, dan
promosi. Campuran pemasaran Nestle (M) Bhd diakses pada 11 Jun 2015 oleh penyelidik
dari http://www.marketing91.com/marketing-mix-nestle/.
Produk
Dalam produk terdapat 4 strategik perniagaan yang berbeza dalam Nestle yang
digunakan untuk pelbagai jenis produk makanan. Minuman merupakan salah satu produk
yang digunakan oleh Nestle yang dikenali sebagai Nescafe. Nescafe adalah salah satu
jenama kopi yang terkenal serta diperuntukan sebagai salah satu keluarga Nestle dan juga
merupakan satu perniagaan, pelaburan atau produk yang memberikan pendapatan yang
stabil dan keuntungan kepada Nestle. Walaubagaimanapun, Nescafe bukan merupakan
pelaburan yang terbesar. Nestle mempunyai pengedaran di seluruh dunia dan banyak
variasi yang berbeza. Produk susu adalah sebahagian Nestle yang digunakan. Slogan yag
digunakan adalah Nestle Everyday, Nestle Slim and Nestle Milk Maid. Penyediaan
hidangan dan pembantu memasak adalah produk kategori ketiga yang digunakan dalam
menyediakan hidangan yang sedap dan membantu memasak. Perniagaan utama Nestle
terletak dalam segmen ini, iaitu Maggi Mi. Salah satu yang paling banyak dijual kepada
pengguna untuk memasak mi adalah jenama Maggi. Maggi mempunyai rasa yang hebat
dan berkualiti. Oleh itu, idea ini tidak mengejutkan, kerana Nestle mengharumkan jenama
Maggi dengan mewujudkan produk yang berbeza seperti Maggi Pasta, Sos Maggi, Kiub
14

Maggi dan lain-lain. Pelbagai produk Maggi telah menyumbang sebahagian usaha yang
besar kepada Nestle.
Nestle mempunyai beberapa jenama coklat yang popular. Coklat yang paling
popular ialah Nestle Kitkat, Munch, Milky bar, Eclairs, dan Polo. Segmen coklat Nestle
adalah di mana keadaan persaingan yang tinggi dan perlu membuat perbelanjaan yang
tinggi tetapi pada masa yang sama saiz pasaran coklat adalah sangat besar. Seperti yang
kita lihat, dua jenama utama Nestle adalah penyumbang yang sangat besar kepada ekuiti
jenamanya iaitu Nescafe dan Maggi. Ini adalah dua jenama yang dijual di seluruh
Malaysia dalam pasaran kecil serta kedai-kedai yang besar seperti supermarket. Faktor
ketara dalam Nestle ialah penyelenggaraan kualiti produk adalah tanda dan terdapat
hampir tidak ada aduan tentang produk nestles di pasaran. Ini adalah satu pencapaian
yang besar bagi sebuah syarikat yang bergantung majority pada produk makanan.
Pada pendapat pengkaji, produk yang dihasilkan oleh Nestle membawa
kemudahan dan faedah kepada pengguna. Hal ini demikian kerana Nestle telah
berkomitmen dan mengamalkan konsep Menjana Nilai Bersama dalam mengeluarkan
produk makanan yang berkualiti dan dapat menyihatkan tubuh badan fizikal dan mentah
pengguna seperti Milo. Milo adalah satu produk dihasilkan oleh Nestle dan Milo ini
merupakan produk sarapan pagi bagi pengguna temapatan. Milo telah menjadi
sebahagian hidup dalam pengguna terutamanya dalam kalangan pelajar kerana pelajar
memerlukan tenaga dan khasiat yang cukup untuk memulakan hari pelajaran baru.

15

Harga
Harga adalah bergantung kepada pasaran terhadap setiap satu produk. Syraikat
Nestle menetapkan harga harga yang lebih tinggi bagi produk Nescafe dan Maggi.
Penetapan harga dengan margin yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat pesaing
tidak menjejaskan permintaan pelanggan terhadap produk tersebut kerana pelanggan
menaruh kepercayaan yang tinggi pada produk yang telah lama berada dalam pasaran.
Bagi produk Nescafe dan Maggi, Nestle menawarkan banyak saiz dan pelbagai pakej
untuk menjadi pilihan kepada pelanggan. Hal ini membolehkan pelanggan bebas
membuat pilihan sendiri berdasarkan keperluan dan cita rasa diri sendiri dengan pelbagai
pilihan yang sedia ada. Selain itu bagi produk Kitkat dan Munch pula Nestle menawarkan
harga yang kompetitif disebabkan oleh persaingan sengit daripada syarikat-syarikat lain.
Pada pendapat pengkaji, Nestle sangat mementingkan harga produk yang
ditetapkan walaupun harga produk kadang-kala tinggi. Harga ditetapkan adalah tinggi
sebab Nestle mempunyai banyak pesaing tapi Nestle tidak berniat mengaut keuntungan
banyak daripada pengguna walaupun bersaing dengan pengeluar makanan lain maka
telah menjamin kualiti produknya adalah sejajar dengan harga yang ditetapkan. Bahan
mentah yang digunakan oleh Nestle bagi menghasilkan produk makanan adalah bermutu
tinggi dan berkualiti serta mempunyai kesegaran tinggi. Contohnya Cili yang digunakan
bagi menghasilkan Sos Cili MAGGI.

Pengedaran
16

Syarikat Nestle menggunakan strategik FMCG (Fast moving consumer goods)
untuk melakukan pengedaran secara pecah pukal. Strategik pengedaran ini khas
digunakan oleh Nestle adalah seperti berikut.
Pembuatan >> C&F ejen >> Pengedar >> Peruncit Pengguna
Pembuatan >> Pembeli pukal >> Pengguna
Ini adalah dua bentuk yang berbeza daripada pengedaran yang digunakan oleh
Nestle. Ia adalah khas kepada mana-mana syarikat FMCG. Walau bagaimanapun, saluran
Nestle juga dikenali syarikat yang kuat dalam pemasaran dan jualan rangkaian baik
untuk pengedaran saluran. Selain itu, Nestle sering menawarkan diskaun dagangan dan
pelbagai taktik untuk menyimpan saluran yang bermotivasi. Cabaran utama adalah dalam
pengedaran Maggi yang merupakan produk yang mempunyai banyak permintaan
bersama-sama dengan Nescafe. Oleh kerana kedua-dua produk ini Nestle mampu
memacu produk lain di pasaran juga. Selain itu, pada pembelian satu produk yang lemah,
pengedar mungkin mendapat diskaun pada produk yang lebih kukuh atau sebaliknya.
Cabaran bagi Nestle adalah dalam segmen coklat di mana ia menghadapi persaingan
sengit daripada Cadbury dan di samping itu menjual coklat menjadi gemaran pengguna.
Kitkat mungkin mempunyai sendiri kedudukan jenama, tetapi tidak akan lebih baik
daripada susu tenusu. Oleh itu, mereka menyakinkan peruncit untuk menjual Nestle
bukan Cadbury adalah tugas yang paling sukar untuk Nestle. Ini membolehkan
pertukaran menjual Cadbury kepada Nestle terutamanya melalui promosi.
Promosi
Salah satu lagu yang paling dikenali adalah lagu Nescafe. Ia adalah salah satu
kempen pengiklanan yang terbaik dan telah dilancarkan sekurang-kurangnya 2 dekad
yang lepas. Walaubagaimanapun, kempen yang membawa Nescafe menjadi produk yang
kuat di pasaran. Seterusnya, jenama Nestle telah dipromosikan bahawa kualiti produk
yang sangat baik dari Maggi dan kempen lucu dan inovatif Maggi. Di mana Nescafe
memberi tumpuan kepada nilai dan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan, Maggi
memberi tumpuan kepada detik-detik pengguna telah dengan jenama Maggi. Kempen
baru-baru ini telah benar-benar memberi tumpuan kepada cerita pengguna MAGGI, di
17

mana rakyat terpaksa keluar dengan pelbagai cara inovatif yang pengguna ada MAGGI
mereka. Promosi untuk produk lain juga dilakukan dengan bijak. Kitkat memberi
tumpuan kepada "Take a break" dan telah melakukan beberapa pemasaran yang baik
untuk yang sama. Laman web Kitkat juga sangat inovatif dan menunjukkan apa-apa
selain meminta pengunjung untuk berehat dan mempunyai Kitkat. Dorongan utama
diharapkan daripada sebuah syarikat FMCG adalah dalam promosi jualan di peringkat
bawah. Ini adalah di mana Nestle benar-benar rock. Nestle memberi tumpuan kepada
kekuatan yang ada pada Maggi, Nescafe dan Kitkat adalah produk yang paling digemari
dan jenama yang paling digalakkan dalam pasaran pada paras bumi. Di samping itu,
Nestle kerap menggunakan kaedah TVC (Total Viable Count) dan pemasaran ATL (Above
the Line). Ia juga hadir dalam talian melalui beberapa kreatif pintar. Secara keseluruhan,
Nestle adalah satu jenama yang mempunyai produk yang kukuh serta pemasaran yang
kuat, dan dengan itu jenama mempunyai nilai sangat tinggi.
Nestle telah dibina pada tahun 1867 atas keperluan kemanusiaan dan
tanggungjawab sosial apabila Henri Nestle, seorang ahli farmasi terlatih telah
menghasilkan satu sumber yang sihat dan ekonomi alternatif pemakanan bayi untuk
menyelamatkan bayi yang tidak dapat diberi susu. Hari ini, lebih daripada 140 tahun
kemudian, Nestle meneruskan warisan pengasasnya untuk memperbaiki kehidupan.
Komitmen Nestle kepada Malaysia adalah untuk menyediakan produk yang
berkualiti kepada rakyat Malaysia sejak hampir 100 tahun yang lalu. Nestle bermula di
Malaysia pada tahun 1912 sebagai Anglo-Swsis Susu Pekat Syarikat di Pulau Pinang.
Selepas itu, pengembangan dan pertumbuhan telah menyebabkan Nestle membuat
perpindahan ke Kuala Lumpur pada tahun 1939 atas keperluan.
Pada pendapat saya pelaksanaan strategi pemasaran yang efektif dan efisien
bergantung

kepada

objektif

syarikat

dan

operasi

yang

dirancang

syarikat

mencampuradukkan pengetahuan tentang strategi pemasaran dalam bidang keusahawaan
yang bersesuai dengan aktiviti hendak dilaksanakan. Aspek pengetahuan tentang strategi
pemasaran penting untuk membolehkan objektif pemasaran dicapai.

18

Kesimpulannya, Nestle dapat membentuk campuran pemasaran yang berkesan
dengan penumpuan usaha sepenuhnya untuk memuaskan keinginan dan keperluan
pengguna serta mencapai matlamat organisasi.

5.2 Mengenal pasti campuran pemasaran produk berdasarkan atribut produk,
penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, dan klasifikasi produk.

19

Atribut

MUTU PRODUK
CIRI PRODUK
REKA BENTUK PRODUK

Penjenamaan,
Pembungkusa
n, Pelabelan

Klasifikas
i Produk

KESELAMATAN
KEBERSIHAN
KESIHATAN

PRODUK PENGGUNA
PRODUK PERINDUSTRIAN

5.2.1 Campuran Produk berdasarkan atribut
Pengkaji mengkaji elemen campuran produk dari segi atribut produk,
penjenamaan dan lini produk yang diamalkan oleh Nestle Corporation (M) Bhd.
Penekanan dalam aspek atribut adalah menekankan melalui produk yang dijual di
Syarikat Nestle (M) Berhad secara khusus makanan bayi, air botol, bijirin, coklat dan
gula-gula, kopi, masakan, makanan sejuk beku, tenusu, minuman, perkhidmatan
makanan, pemakanan kesihatan, ais krim, petcare dan pengurusan berat badan. Produkproduk yang dikeluarkan menjadi asas pembangunan perniagaan Nestle dalam pasaran
20

Malaysia. Atribut produk merupakan keputusan utama yang perlu dibuat dalam
pembangunan sesebuah produk. Kepurusan dibuat terhadap produk dari segi mutu, ciri,
reka bentuk produk dan objektif pengeluaran produk. Penekanan terhadap mutu produk
adalah bergantung kepada jenis syarikat mengeluarkan produk tersebut. Perhatian
diberikan terhadap mutu produk dari segi kualiti bahan yang digunakan untuk
menghasilkan produk. Nestle Malaysia telah menjalankan dasar kualiti untuk memastikan
produk yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna serta membawa
kejayaan kepada syarikat. Untuk membangunkan produk akan melibatkan penentuan
manfaat produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Manfaat ini akan disampaikan
mengikut

sifat-sifat

produk.

Menurut

maklumat

yang

diakses

dari

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kualiti pada 5 Julai 2015 kualiti produk
bermaksud keupayaan produk untuk melaksanakan fungsinya. Kualiti produk termasuk
keseluruhan ketahanan, kebolehpercayaan, konsisten, ketepatan produk ini dan sifat-sifat
lain. Nestle Malaysia telah memilih tahap kualiti yang mengikut keperluan pasaran
sasaran dan kehendak. Salah satu produk yang dihasilkan oleh Nestle Corporation ialah
minuman iaitu Milo. Bahan mentah yang dipilih oleh pembekal untuk menghasilkan Milo
adalah berkualiti dan berkhasiat. Milo adalah diproses dengan malt, susu skim dan koko
yang mempunyai rasa coklat hebat. Milo mengandungi PROTOMALT dengan ekstrak
malt yang merupakan campuran pelbagai jenis karbohidrat yang memberikan tenaga dan
nutrien yang diperlukan oleh badan. Milo juga memberikan kualiti dan jaminan halal di
Malaysia. Komitmen dan pendekatan tegas untuk kesegaran produk, digabungkan dengan
proses pengukuran prestasi yang kukuh membolehkan Nestle Corporation menunaikan
janji bagi memastikan kesegaran produk. Maklumat produk Milo diakses pada 6 Julai
2015 dari http://www.milo.com.my/.

21

Seterusnya aspek yang terlibat dalam atribut produk adalah ciri yang terdapat
pada produk yang dihasilkan oleh Nestle Corporation. Ciri-ciri produk adalah ciri-ciri
fizikal sesuatu produk yang dijual dan dipasarkan oleh syarikat. Ia termasuk kualiti atau
pembolehubah

seperti

bentuk,

berat

warna

saiz,

kelajuan,

ketahanan,

dan

penyelenggaraan. Nestle sering menarik perbezaan antara ciri-ciri produk daripada
manfaat produk. Walaupun ciri-wujud pada keluaran itu dengan sendirinya, faedah adalah
sifat nilai kepada pelanggan berasal dari produk. Walaupun ciri-ciri produk yang kekal
sama tanpa mengira bagaimana atau oleh siapa produk digunakan. Manfaat sebaliknya
bergantung kepada ciri-ciri produk dan juga kepada apa yang diperlukan dan dihargai
oleh pengguna produk. Nestle telah memastikan bahawa semua produk mereka
mempunyai ciri-ciri khas untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Sebagai
contoh: Dalam kes ais krim mereka, mereka telah cuba untuk memasukkan ciri-ciri khas
yang lemak dan gula kandungan yang rendah. Nestle Corporation di Malaysia telah
mengeluarkan pelbagai jenis produk dan setiap ciri produknya sangat istimewa contohnya
seperti Maggi, Milo, Nestle Honey Star, Nestle Drumstick, Kit Kat, Nescafe dan
sebagainya. Produk yang berbagai-bagai jenis membolehkan pengguna mempunyai
banyak pilihan. Hal ini menunjukkan bukan sahaja memenuhi cita rasa pengguna serta
mendapat pulangan yang lumayan kepada perniagaan. Ciri produk Nestle sangat unik
iaitu menunjukkan produknya dapat menjaga kesihatan pengguna dan sesuai digunakan
oleh semua peringkat umur.
22

Selain itu, reka bentuk produk juga menjadi teras bagi Nestle Corporation dalam
membentuk campuran pemasaran berasaskan atribut produk. Reka bentuk produk adalah
proses

mewujudkan

baru produk yang

akan

dijual

oleh

perniagaan

kepada

pelanggan. Satu konsep yang sangat luas, ia pada dasarnya adalah generasi yang cekap
dan berkesan dan pembangunan idea-idea melalui proses yang membawa kepada
baru produk. Pakar antarabangsa bertemu di Amerika Syarikat minggu lalu iaitu pada 19
Julai 2011 untuk mengambil bahagian dalam bengkel Nestlé global untuk memajukan
kemampanan dalam reka bentuk produk dan pembungkusan. Acara lima hari di Art
Center College of Design di Pasadena, California salah satu daripada sekolah-sekolah
reka bentuk yang terkemuka di dunia yang dibawa bersama-sama ahli akademik kolej,
pakar kemampanan bebas dan ahli-ahli Penyelidikan Global Nestlé dan Pembangunan (R
& D), Jenama Komunikasi dan Produk rangkaian Design. Maklumat reka bentuk Nestle
diakses pada 10 Julai 2015 dari http://www.nestle.com/media/newsandfeatures/nestleglobal-workshop-advances-sustainability-in-product-design.

Tujuannya adalah untuk

membenamkan kelestarian ke dalam pemikiran pereka dari awal proses reka
bentuk.Topik adalah antara inisiatif kemampanan semasa di Nestlé, dengan cabaran yang
dihadapi oleh industri barangan pengguna secara keseluruhan, dan amalan reka bentuk
terkini.
Di samping itu, syarikat ini mempunyai pakar-pakar untuk membuat kajian
tentang trend pengguna dan reka bentuk semasa untuk merebut peluang yang luas untuk
membolehkan Nestlé membangunkan produk yang lebih mampan, perkhidmatan dan
sistem. Gordon Lane, Ketua R & D Global Design Perindustrian bagi Nestlé,
menjelaskan tumpuan bengkel mengenai kemampanan dan berkata: "Kemapanan adalah
sebahagian daripada penyelesaian perniagaan keseluruhan dan sesuatu yang pereka perlu
mengambil kira dari awal lagi. "Dengan menggunakan alat 'penilaian kitaran hidup', yang
23

dibangunkan dengan kerjasama oleh saintis kita di Pusat Penyelidikan Nestlé di
Switzerland, kita mempunyai peluang untuk mempertimbangkan jumlah kesan sosial dan
alam sekitar reka bentuk kami. "Dengan cara ini, kami menghubungkan sains dan reka
bentuk untuk bertanggungjawab menyokong Nestlé secara global." Kehidupan penilaian
kitaran pendekatan Nestlé diketuai oleh rangkaian R & D dan dijalankan oleh perunding
luar bebas - secara sistematik mengkaji kesan alam sekitar daripada keluarannya; dari
bahan sourcing, pemprosesan, pembuatan, penggunaan pengguna produk dan
pembungkusannya. Syarikat ini juga menggunakan pilihan dipermudahkan alat eko-reka
bentuk seperti Pembungkusan Kesan Pantas Alat Penilaian (PIQET) yang dibangunkan
oleh Alliance Pembungkusan Mampan untuk menghasilkan data kitaran hidup yang
berkaitan lebih awal di dalam proses pembangunan produk. Ini dengan cepat dapat
memberikan pereka Nestlé dengan maklumat yang diperlukan untuk membuat reka
bentuk produk baru, atau mengubahsuai yang sedia ada untuk mengurangkan kesan alam
sekitar mereka.

Pada pendapat pengkaji, Nestle menjalankan proses R&D dari segi mutu produk,
ciri produk dan reka bentuk produk secara mendalam serta piawaian kualiti yang ketat
sebelum melancarkan produk ke pasaran. Hal ini menunjukkan Nestle berusaha mencipta
ciri dan reka bentuk produk yang dapat menarik perhatian pengguna tempatan serta
menjamin mutu produk adalah tinggi. Hampir semua produk Nestle di Malaysia menjadi
laris dalam masyarakat tempatan sebab produk yang dihasilkan seperti Nestum, Nescafe,
Nestle Koko Krunch dan lain-lain telah diterima oleh masyarakat tempatan serta
berfungsi dengan baik.

24

5.2.2 Campuran pasaran berdasarkan penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.
Penjenamaan (branding) di dalam kamus Oxford bermaksud pemberian nama
atau imej ke atas barangan atau servis supaya orang tertarik untuk membelinya. Jenama
adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita
sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka
sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal. Tidak kiralah sebesar mana
pun atau sekecil mana pun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya
bernilai. Jenama bukan setakat menaikkan nilai sesuatu barangan, malah jenama juga
memainkan peranan yang penting untuk menentukan barangan tersebut laku di pasaran.
Jenama juga akan membuatkan kita dapat mengiklankan barangan kita dengan percuma
tetapi kita kena pastikan bahawa barangan kita itu berkualiti. Jenama adalah sesuatu
perkataan atau simbol yang menghubungkan minda dengan syarikat atau produk. Apabila
membangunkan sesuatu jenama, pegawai pemasaran akan menghubungkan apa yang
dimahukan oleh pelanggan dengan produk syarikat. Mereka akan mencipta satu persepsi
di mana sesuatu produk tersebut mempunyai kualiti yang menjadikannya unik dan
istimewa serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Misi Nestle iaitu
“Good Food, Good Life" adalah untuk menyediakan produk kepada pengguna dengan
rasa yang terbaik, pilihan yang paling berkhasiat dalam pelbagai makanan dan kategori
minuman dan masa makan dari pagi hingga malam. Nestle Corporation Malaysia
mempunyai beberapa jenama produk yang digemari oleh semua pengguna serta menjual
25

dengan laris iaitu MILO, NESCAFE, MAGGI, NESPRAY, LACTOGEN dan KIT KAT.
Sebelum Nestle memasarkan jenama produk ini, Nestle mengambil langkah untuk
mengkaji peletakan pasaran di Malaysia supaya dapat memahami adat resam, kebiasaan,
kehidupan, agama, keperluan dan kehendak penduduk tempatan. Nestle mengambil
konsep menggunakan simbol-simbol yang sama di seluruh dunia. Berfikir secara global
dan bertindak secara tempatan dengan menformulasi produk berbeza-beza sesuai dengan
perbezaan budaya.

Pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi suatu produk yang
dipasarkan dalam memasaran dan menjamin keselamatan produk. Pengguna pula
memainkan peranan dalam menentukan kaedah pembungkusan yang sesuai bagi produk.
Kaedah pembungkusan produk merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan
dalam merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi
produk makanan. Ini kerana, produk makanan merupakan produk yang menjadi
keperluan

harian

kepada

pengguna.

Selain

itu,

kaedah

pembungkusan

juga

menggambarkan kualiti produk dan identiti syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.
Kaedah pembungkusan produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang
26

digunakan dalam pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses
pemilihan kaedah pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar produk
yangdikeluarkan mudah mendapat tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik.
Kaedah pembungkusan produk yang terbaik adalah pembungkusan yang memenuhi
kehendak pengguna dan dapat menarik pengguna untuk membeli produk yang
dipasarkan. Menurut maklumat yang diperoleh oleh penyelidik daripada laman web
http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2005/04/01/1449618273-1195340363.pdf
yang diakses pada 11 Julai 2015 pembungkusan adalah penting untuk keselamatan
makanan. Untuk mengekalkan kesegaran pengguna, ia membantu untuk mengelakkan
pembaziran sebelum dan selepas pembelian. Strategi Nestle adalah berdasarkan kepada
mengoptimumkan bahan, pembungkusan membangunkan eko-cekap, dan menyediakan
maklumat yang bermakna kepada pengguna mengenai kitar semula dan pelupusan.
Inovasi dalam reka bentuk dan teknologi juga membantu banyak untuk mengurangkan
kesan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan pengguna dan mahu. Nestle adalah tegas
komited untuk mencari penyelesaian pembungkusan yang menyumbang kepada
menjadikan persekitaran yang lebih baik. Syarikat itu menyokong pendekatan bersepadu
yang nikmat pengurangan sumber, penggunaan semula, kitar semula dan pemulihan
tenaga. Jika boleh mereka menggunakan bahan pembungkusan yang boleh dikitar
semula. Nestle Malaysia telah menubuhkan skim pemulihan sisa kebangsaan bagi
pengumpulan, pemisahan dan pemulihan pembungkusan digunakan. Nestle telah
mengambil bahagian secara aktif dalam mewujudkan dan menguruskan skim ini. Nestle
menggunakan bahan-bahan kitar semula apabila ia masuk akal dan dibenarkan secara sah.

27

Pelabelan merupakan keterangan yang melengkapi suatu kemasan barang yang
berisi tentang bahan-bahan yang digunakan untuk membuat barang tersebut cara
pengggunaan yang berkesan dan sebagainya. Label boleh dibuat dalam beberapa bentuk.
Bentuk pertama adalah tanda dengan tulisan, kedua adalah gambar pada kemasan
makanan minuman dan barang yang lain dan bentuk terakhir ialah brosur atau selebaran
yang dimasukkan ke dalam wadah atau pembungkusan. Fungsi pelabelan merupakan
salah satu bentuk perlindungan pemerintah kepada para konsumen yang baru.
Pelaksanaan perintah suatu undang-undang bahan makanan dan minuman atau ubat.
Dalam hal ini pemerintah mewajibkan pengeluar untuk melekatkan label/etiket pada hasil
produknya sesuai dengan peraturan yang tercantum dalam undang-undang bahan makan.
Dengan melekatkan label yang sesuai dengan peraturan bermakna pengeluar memberikan
keterangan yang diperlukan oleh para pelanggan agar dapat memilih dan membeli serta
meneliti secara bijaksana. Ini merupakan jaminan bahawa barangan yang telah dipilih
tidak berbahaya apabila digunakan, untuk megatasi hal ini maka para pengguna akan
membiasakan diri untuk membaca label terlebih dahulu sebelum membelinya. Bagi
pengeluar label dipergunakan untuk alat promosi dan pengiklanan terhadap barang
tersebut. Nestle Malaysia turut mencetak maklumat tentang produk termasuk nama
produk, bahan yang digunakan, berat atau bilangan kandungan dan logo halal pada kotak
bungkusan

untuk

rujukan

pelanggan.
28

Ini

ditunjukkan

dalam

laman

web

http://www.nestle.com.my/media/pressreleases/allpressreleases/halal_assurance_on_nestl
e_malaysias_product diakses pada 12 Julai 2015. Label makanan Nestle menunjukkan
pelbagai maklumat untuk membantu pelanggan, memilih makanan yang betul untuk anda
dan keluarga anda. Undang-undang memberikan banyak maklumat, dan ada yang
ditambah oleh pengilang untuk menerangkan lebih lanjut mengenai produk. Hal ini
kerana mengikut undang-undang yang lebih dan maklumat lanjut perlu diberikan kepada
pelanggan tentang label makanan, mereka boleh menjadi sedikit mengelirukan untuk
memahami dan menggunakan. Walaubagaimanapun, maklumat yang disediakan adalah
bertujuan untuk membantu pelanggan untuk memilih makanan yang betul, dan
memberitahu pelanggan apa yang mereka beli. Maklumat yang terdapat pada label
makanan berbeza dari nama jenama, nama makanan, senarai bahan-bahan, negara asal,
penggunaan oleh tarikh dan arahan penyimpanan. Pelabelan menjadi kepercayaan Nestle
tersebut dengan memberikan telus dan mudah difahami maklumat pemakanan pada
semua produk kami, kami dapat membantu pelanggan untuk membuat pilihan yang lebih
sihat.

29

Berikut adalah contoh pelabelan pada salah satu produk Nestle yang diakses dari
http://www.research.nestle.com/nutritionhealth/nutritionalcompass pada 13 Julai 2015.
Understanding food labels (Memahami label makanan)
Membuat pilihan yang sihat untuk anda dan keluarga anda boleh menjadi sangat
mengelirukan.
Untuk membantu pengguna membuat pilihan berdasarkan maklumat mengenai diet dan
menikmati kehidupan yang lebih sihat dan seimbang, Nestlé telah membangunkan satu
alat dalam pek dipanggil Kompas Pemakanan Nestlé.
Nestlé Nutritional Compass
Kompas Pemakanan Nestlé boleh didapati di hampir semua produk Nestlé di seluruh
dunia. Ia memberikan pengguna pandangan maklumat untuk membantu anda membuat
keputusan.
Kompas terdiri daripada empat kotak:

30

Nestlé Nutritional Compass
Maklumat Pemakanan
Maklumat ini diberikan dalam format standard yang akan membolehkan anda untuk
dengan mudah membandingkan jumlah tenaga, protein, karbohidrat dan lemak dalam
produk yang berbeza.
Good question
Satu soalan yang berkaitan dengan penggunaan produk dan patut dalam diet yang
seimbang.
Good to know
Kotak maklumat menyediakan maklu