Doa Majlis Hari Raya doc

Doa

pembukaan

:

Pujian

kepada

Allah

dan

rasulullah

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh ‘alam,
sebagaimana selayaknya Engkau dipuji.
Ya Allah Ya Rahman, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia dan
barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala
anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami

semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa,yang berilmu, yang
berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.
Ya Allah Ya Rahim, Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pada Kali Ini, kami
memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang
telah kembali kepada-Mu ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat –Mu sempena
majlis ini, Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau
memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau
memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami
ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon
dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada
agama,bangsa dan Negara kami yang tercinta ini.
Ya Allah Ya Ghaffar, Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan
kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang
dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya
dibawah pemerintahan pemimpin kami.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang
dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi.dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan

mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari
memperolehi rahmat. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua
pekerjaan kami dengan segala kebaikan
Ya Allah, Ya Sami’un A’lim, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui, maka terimalah dan perkenankanlah doa’ kami ini.
doa penutup : selawat Nabi