Pembangunan Sukatan Pelajaran Pendidikan pdf

Pembangunan Sukatan Pelajaran Pendidikan Keamanan Dalam
Mata Pelajaran Di Sekolah Menengah
Hamizah Husain* (hamizahusain@gmail.com), Nik Maisarah Akmal Nik Mustafa*, Nur
Afiqah Rosden*, Nurul Qistina Abu Bakar*, Siti Rohani Bt Ismail Piruz*, Zuraidah
Abdullah*
*Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Abstrak
Artikel ini membincangkan aspek pendidikan keamanan. Kajian ini dijalankan untuk mengukur tahap
kefahaman para pelajar dan guru terhadap konsep Pendidikan Keamanan. Pandangan dan buah fikiran
yang disalurkan oleh para pelajar dan guru diambil dan dikaji untuk dijadikan salah satu subjek baru
dalam kurikulum pendidikan, sekaligus dijadikan sebagai sukatan pelajaran baru yang perlu diterapkan
dalam silibus pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Selain mengkaji tahap kefahaman mereka
terhadap Pendidikan Keamanan di sekolah, kajian ini juga bertujuan mengukur dan menilai sejauh
mana guru-guru mengambil inisiatif dalam memperkenalkan subjek Pendidikan Keamanan kepada
pelajar. Seterusnya kajian yang dijalankan ini, turut bertujuan melihat dan mengkaji sejauh mana para
guru bersedia untuk menjalani latihan komprehensif yang akan sediakan kepada mereka. Hal ini
penting bagi memastikan

nilai-nilai yang telah digariskan dapat diterapkan di setiap sekolah


menengah di Malaysia. Oleh itu, satu falsafah ringkas mengenai Pendidikan Keamanan telah dikaji
semula dan diselaraskan mengikut perkembangan semasa bagi mencapai objektif utama kajian ini.
Penyelidikan ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif, data dikumpul melalui soal selidik yang
melibatkan 180 pelajar

dan

180 guru sekolah

menengah seluruh

Malaysia. Dapatan

kajian

menunjukkan bahawa kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar menganggap bahawa Pendidikan
Keamanan perlu diberi penekanan yang tinggi. Antara nilai penting yang perlu diberi penekanan dan
diterapkan adalah keadilan, keselamatan, kesaksamaan, dan kebebasan. Selain itu, guru dan pelajar
juga bersetuju bahawa latihan berbentuk holistik perlu diberikan kepada para guru agar mereka
mendapat pengetahuan dan maklumat yang jelas mengenai pendidikan keamanan supaya mereka

dapat menyampaikan dan menerapkan nilai-nilai tersebut kepada para pelajar dengan penuh yakin,
sekaligus menjayakan matlamat pendidikan negara dengan jaya dan cemerlangnya.

Kata kunci: Pendidikan Keamanan, sukatan pelajaran, kurikulum pendidikan

1

Pendahuluan
Pendidikan Keamanaan telah dilihat sebagai satu nilai penting pendidikan yang perlu
diterapkan dalam proses pembelajaran pelajar di sekolah. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan PBB (UNESCO) telah memberi penekanan terhadap kepentingan Pendidikan
Keamanan. Hal ini dapat dilihat apabila Ban Ki Woon, Setiausaha Agong PBB telah
mendedikasikan Hari Keamanan Antarabangsa kepada pendidikan keamanan pada tahun 2013
sebagai satu langkah dalam menggalakkan budaya keamanan kepada dunia. Secara amnya,
Pendidikan Keamanan boleh ditakrifkan sebagai mengekalkan nilai-nilai, memperoleh dan
mengaplikasikan pengetahuan, serta membina sikap, kemahiran dan tingkah laku untuk hidup
dalam persekitaran yang harmoni secara individu dan bermasyarakat. Definisi yang lebih
khusus boleh diperolehi melalui ideologi-ideologi terkenal, teori-teori dan juga idea-idea
daripada para perintis pendidikan keamanan. Satu definisi pendidikan keamanan yang telah
ditakrifkan oleh Ian Harris (1988) adalah pendidikan keamanan sebagai satu siri pengajaran

untuk membawa masyarakat kearah keamanan dan menggunakan alternatif lain yang tidak
melibatkan keganasan untuk menyelesaikan konflik. James Page (m/s 189, 2008) juga melihat
pendidikan keamanan sebagai satu sumber untuk menggalakkan orang ramai memberi
komitmen kepada keamanan dan meningkatkan keyakinan individu ejen keamanan.
Pendekatan kaedah pendidikan keamanan juga merupakan satu cara untuk memberi
pendedahan kepada pelajar tentang akibat peperangan dan ketidakadilan sosial. Selain
daripada itu, Pendidikan Keamanan juga membantu pelajar untuk menghargai struktur aman
dan adil sosial dan berusaha untuk mengekalkan struktur. Nilai-nilai keamanan yang
dilaksanakan ke dalam proses pembelajaran pelajar juga akan membawa kepada pelajar untuk
menjadi lebih prihatin terhadap satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama atau mungkin
norma yang pelajar menegakkan di kalangan masyarakat tertentu.
Sejarah Pendidikan Keamanan
Pendidikan Keamanan telah diaplikasikan secara tidal formal dalam masyarakat melalui
generasi terdahulu. Ia merupakan salah satu cara alternatif terhadap penyelesaian konflik
peperangan tanpa menggunakan

sebarang bentuk keganasan (A.M. Stomfay-Stitz,2008).

Dalam Pendidikan Keamanan, proses pembelajaran adalah tertumpu kepada memaklumkan
dan mengajar masyarakat mengenai bahana keganasan dan seterusnya membincang serta

merangka strategi yang boleh digunakan bagi mencapai keamanan. Masyarakat orang asli

2

secara turun-temurunnya telah mengamalkan tradisi penyelesaian konflik secara aman
bertujuan untuk menggalakkan dan mengekalkan keamanan dalam komuniti mereka
meskipun tiada rekod bertulis mengenai pengajaran pendidikan keamanan yang telah dibuat
dalam komuniti tersebut dan hanya dikenali sebagai pembelajaran pendidikan keamanan yang
tidak formal dan proses pembelajaran pendidikan keamanan secara formal adalah bergantung
kepada catatan-catatan bertulis, nota-nota dan arahan-arahan melalui institusi dan sekolah (D.
Banks, 2000).
Keamanan adalah salah satu aspek moral dan nilai murni yang terdapat dalam apa jua agama
serta menjadi satu amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Setiap agama
seperti Islam , Kristian, Buddha dan Hindu mempunyai perspektif dan cara tersendiri untuk
mencapai keamanan. Walau bagaimanapun , persepktif yang berbeza ini boleh menimbulkan
salah faham yang seterusnya membawa kepada konflik dan mencetuskan peperangan
disebabkan faktor dari segi percanggah pendapat serta pendekatan yang diambil oleh setiap
pengikut agama masing-masing. Comenius (1969) merupakan salah seorang pendidik Eropah
terawal yang telah menterjemahkan pendidikan keamanan dalam bentuk penulisan nota.
Beliau percaya bahawa melalui nota bertulis, ilmu tersebut boleh dikongsi serta disebar secara

universal dan dapat membawa kepada penyelesaian konflik secara aman. Matlamat utamanya
adalah untuk memastikan bahawa setiap individu dapat hidup dalam komuniti yang harmoni
tanpa sebarang diskriminasi terhadap jantina, agama atau budaya. Perkembangan pendidikan
keamanan adalah seiring dengan pembentukan gerakan keamanan. Gerakan keamanan moden
pertama yang menentang peperangan serta menjurus kepada pelaksanaan pendidikan
keamanan adalah pada abad ke-19 dimulakan selepas perang Napoleon (R. Blaklett, 1944).
Para ahli intelek dan ahli politik mula bergabung untuk mengkaji secara progresif dan serius
mengenai bahana perang

dan mengutarakan lebih banyak hujah-hujah yang menentang

penggunaan senjata dalam penyelesaian konflik. Gelombang kedua gerakan keamanan pada
abad ke-19 adalah lebih ke arah persatuan pekerja dan sosialis politik. Organisasi keamanan
kebanyakannya ditubuhkan di negara-negara Eropah dan terus merebak ke Amerika Syarikat,
Itali dan Jerman. Menjelang akhir abad ke-19, ahli-ahli persatuan keamanan adalah terdiri
daripada ahli akademik dari pelbagai lapisan. Persatuan ini yang mana telah dibentuk oleh
guru-guru , pelajar dan pensyarah universiti, telah memberikan penerangan dan mengajar
masyarakat mengenai bahaya peperangan.

3


Pada awal abad ke-20, masyarakat Eropah dan Amerika telah menjalankan provokasi
terhadap kerajaan masing-masing dengan membentuk gerakan keamanan bagi penentangan
terhadap ‘sabre-rattling’. Ini secara tidak langsung membawa kepada Perang Dunia Pertama.
Terdapat juga pembentukan kongres-kongres keamanan antarabangsa, penulisan-penulisan
novel yang bertemakan keganasan perang dan juga penghasilan hadiah nobel keamanan yang
telah diusahakan oleh Bertha von Suttner dengan meyakinkan Alfred Nobel untuk turut
berbuat demikian. Kongres yang telah dianjurkan memberi isyarat bahawa konflik
antarabangsa boleh diselesaikan melalui rundingan dan perdamaian tanpa menggunakan
senjata. Ianya dilakukan untuk mempengaruhi orang ramai supaya melakukan penentangan
terhadap pembentukan ketenteraan yang membawa kepada Perang Dunia Pertama.
Menjelang abad ke-20, Pendidikan Keamanan telah berkembang sehingga ke tahap mencapai
hubungan simbiotik antara gerakan keamanan, penyelidikan keamanan dan pendidikan
keamanan. Setiap entiti yang menggalakkan keamanan mempunyai pendekatan yang berbeza
dalam memastikan motif yang dibawa mereka diterima baik oleh masyarakat. Sebagai contoh,
para aktivis merangka strategi untuk memberi amaran dan menyebarkan mesej mereka kepada
masyarakat mengenai bahaya keganasan, peperangan antara negara, kemusnahan alam
sekitar, ancaman kuasa nuklear, pencerobohan penjajah, pencerobohan budaya, keganasan
domestik dan struktur melalui aktiviti-aktiviti berasaskan komuniti yang dijalankan secara
tidak formal. Manakala mekanisme yang digunakan oleh ahli akademik pula adalah lebih

tertumpu kepada membuat kajian dan berusaha mengembangkan penyelidikan dalam bidang
pendidikan keamanan. Guru-guru turut memainkan peranan dalam menggalakkan aktivitiaktiviti keamanan seperti

menganjurkan kursus-kursus dan program-program berkaitan

dengan pendidikan keamanan di sekolah serta kolej untuk memberi kesedaran mengenai
cabaran mengekalkan kestabilan ekologi, perang dan keamanan.

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman para pelajar dan guru terhadap konsep
pendidikan keamanan. Sehubungan itu juga, kajian ini akan menilai sejauh manakah guruguru mengambil inisiatif dalam memperkenalkan subjek pendidikan keamanan kepada
pelajar. Objektif lain adalah untuk mengkaji sejauh manakah para guru bersedia untuk
menjalani latihan komprehensif yang akan disediakan.

4

Soalan Kajian
Soalan-soalan yang akan diketengahkan dalam kajian ini adalah:
1. Sejauh manakah tahap kefahaman pelajar dan guru-guru mengenai konsep
Pendidikan Keamanan?

2. Apakah inisiatif yang diambil oleh guru-guru dalam memperkenalkan subjek
Pendidikan Keamanan kepada pelajar?
3. Apakah persediaan yang dilakukan oleh guru-guru untuk menjalani latihan yang akan
disediakan bagi menguasai mata pelajaran Pendidikan Keamanan di sekolah
menengah?
Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penerimaan subjek Pendidikan Keamanan
dan sukatan kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut. Bagi mengumpulkan data
yang diperlukan aktiviti kajian tinjauan telah dijalankan dengan menggunakan instrumen soal
selidik.
Persampelan
Kertas soal selidik telah dihantar ke seluruh sekolah di semenanjung Malaysia akan tetapi
hanya jawapan soal selidik dari 180 responden bagi pihak guru dan juga 180 responden bagi
pihak murid yang diperolehi dengan jawapan yang lengkap dan boleh dianalisis.
Instrumen
Sebanyak 28 item telah digunakan dalam soal selidik dengan menggunakan jawapan Ya,
Tidak, Tidak pasti. Item tersebut ialah Membina budaya keamanan di sekolah, di kalangan
komuniti serta masyarakat, Memahami keamanan dan membangunkan visi keamanan,
Memahami konflik dan punca konflik, Aplikasi praktikal ke dalam pengurusan dan
penyelesaian pelbagai jenis konflik sosial, Memahami manfaat komuniti dan masyarakat

hidup dalam suasana aman, Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan,
Memahami hubungan antara ekuiti keamanan dan jantina, Memahami hubungan antara
keamanan dan alam sekitar, Memahami hubungan antara keamanan dan ekonomi tempatan
yang kukuh (seperti mana kemajuan pertanian yang menguntungkan dan mampan di kawasan
luar bandar), Memahami hubungan antara keamanan dan pendidikan (seperti majoriti graduan

5

remaja dari sekolah menengah dan mendapat manfaat daripada pendidikan tinggi ),
Mendapatkan nilai-nilai peribadi yang percaya dan mengamalkan pendekatan tanpa kekerasan
kepada situasi manusia, Kemahiran dan kecekapan dalam pengantaraan, perundingan,
perdamaian, membina perhubungan, dan kebolehan lain seperti nonviolence, penyelesaian
konflik, transformasi konflik, Menangani buli di sekolah dari sudut pandangan peribadi dan
menggunakan kemahiran membina keamanan praktikal dan kecekapan, Memahami
bagaimana untuk membina budaya keamanan di sekolah, persefahaman dan membina
kemahiran dalam pengurusan konflik (belajar bagaimana untuk menguruskan konflik untuk
mencegah keganasan, memperbaiki hubungan), Memahami dan membina kemahiran dalam
pengurangan konflik (belajar bagaimana untuk mengurangkan , penggunaan kekerasan dan
keganasan, serta memudahkan keadaan), Memahami bagaimana untuk menjalankan
penyelidikan keamanan, Memahami bagaimana keadilan tradisional kerja-kerja dalam

masyarakat, Memahami bagaimana pemulihan keadilan kerja-kerja dan bagaimana ia
mungkin bekerja di sekolah dan dalam masyarakat, Memahami hubungan antara perdamaian
dan pembangunan peribadi, Memahami hubungan antara makanan dan keselamatan,
Memahami hubungan antara keamanan dan HIV, Menggabungkan Pendidikan Keamanan
dengan aktiviti-aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti drama keamanan, komposisi ,
debat dan lain-lain, Memahami hubungan pendidikan keamanan dan membina budaya
keamanan, Melaksanakan program pendidikan keamanan di sekolah saya (menggabungkan
kajian damai dengan aktiviti kreatif pelajar), Membangunkan kurikulum pendidikan
keamanan di sekolah, Membangunkan dan melaksanakan strategi untuk mencegah
peperangan masa depan, Peranan kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan. Item
yang telah dinyatakan adalah yang terkandung dalam soal-selidik.
Dapatan Kajian
Kajian ini melihat kepada jumlah tertinggi dan terendah dari item yang telah dipilih oleh guru
dan murid untuk mengenalpasti isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek pendidikan
keamanan serta mengenalpasti kefahaman terhadap apa yang dikatakan sebagai keamanan.
Dapatan berkaitan Pendidikan Keamanan seperti jadual berikut:

6

Jadual 1.0


Kategori Responden
Item

Responden

Pelajar
No.

Ya
Memahami hubungkait di antara keamanan dan
persekitaran

komuniti untuk berada dalam keadaan yang aman

komuniti dan masyarakat

keamanan

141 77.5 174 95.6
5.5

1

.5

Tidak pasti

31

17.0

7

3.8

139 76.4 172 94.5

Tidak

13

7.1

3

1.6

Tidak pasti

30

16.5

7

3.9

146 80.2 170 93.4

Tidak

8

4.4

3

1.6

Tidak pasti

28

15.4

9

4.9

Ya
Peranan golongan muda dalam pembangunan

%

10

Ya
Membina budaya keamanan di sekolah, di dalam

No.

Tidak

Ya
Memahami kelebihan kepada masyarakat dan

%

Guru

141 77.5 170 93.4

Tidak

10

5.5

4

2.2

Tidak pasti

31

17.0

8

4.4

Berdasarkan jadual 1, seramai 174 orang atau 95.6% responden yang terdiri daripada
kalangan guru memilih item ‘Memahami hubungan antara keamanan dan alam sekitar’
berbanding murid hanya 141 orang atau 77.5% yang setuju item yang tertinggi ini dijadikan
kandungan di dalam subjek Pendidikan Keamanan. Diikuti dengan item kedua tertinggi
seramai 172 orang guru atau 94.5% memilih ‘Memahami manfaat komuniti dan masyarakat
hidup dalam suasana aman’. Manakala peratus bagi murid iaitu sebanyak 76.4% atau 139
orang yang bersetuju bahawa kandungan tersebut perlu ada di dalam subjek Pendidikan
Keamanan. Melihat kepada item ketiga tertinggi pula seramai 170 orang guru atau 93.4%
memilih item ‘Membina budaya keamanan di sekolah, di kalangan komuniti dan masyarakat’,
dibandingkan pula dengan murid hanya 80.2% atau 146 orang yang memilih item tersebut.
Item yang terakhir sekali iaitu ‘Peranan kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan’
turut dipilih oleh guru dan menjadikan kedudukan item tertinggi menyamai item sebelum ini
iaitu seramai 170 orang guru atau 93.4% manakala murid pula seramai 141 yang bersetuju
item ini turut dimuatkan ke dalam subjek Pendidikan Keamanan.

7

Jadual 2.0

Kategori Responden
Item

Responden

Pelajar

No.

%

100 54.9

69

37.9

Tidak

25

13.7

36

19.8

Tidak pasti

57

31.3

77

42.3

137 75.3

88

48.4

Tidak

19

10.4

49

26.9

Tidak pasti

26

14.3

45

24.7

102 56.0

95

52.2

Tidak

35

19.2

44

24.2

Tidak pasti

45

24.7

43

23.6

No.
Ya
Memahami cara pengendalian kajian dalam bidang
keamanan

Ya
Membina kurikulum pendidikan keamanan di sekolah
saya

Ya
Membina dan melaksanakan perancangan dan strategi
dalam mencegah peperangan di masa depan

%

Guru

Jadual 2 telah menunujukkan bahawa peratusan yang terendah bagi setiap item yang telah
dipilh oleh guru berbanding murid. Item pertama terendah iaitu ‘Memahami bagaimana untuk
menjalankan penyelidikan keamanan’. Hanya 69 orang guru atau 37.9% yang memilih item
tersbeut berbanding murid iaitu 54.9% atau 100 orang. Diikuti pula dengan item kedua
terendah, sebanyak 48.4% atau 88 orang guru memilih ‘Membangunkan kurikulum
pendidikan keamanan di sekolah’. Manakala murid lebih 26.9% dari guru iaitu seramai 137
orang atau 75.3%. Akhir sekali bagi item ketiga terendah iaitu ‘Membangunkan dan
melaksanakan strategi untuk mencegah peperangan masa depan’. Guru hanya 95 orang atau
52.2% memilih item tersebut berbanding dengan murid iaitu seramai 102 orang atau 56%
sahaja.

8

Jadual 3.0

Kategori Responden
Item

Responden

Pelajar
No.

Ya
Membina budaya keamanan di sekolah, di dalam
komuniti dan masyarakat
Memahami konsep keamanan dan membangunkan visi
keamanan

Memberi visi kepada pihak komuniti ke arah tiada
peperangan

Kolaborasi Pendidikan Keamanan dengan aktiviti yang
mencetus kreativiti pelajar seperti drama, penulisan,
debat dan lain-lain.

%

Guru
No.

%

146 80.2 170 93.4

Tidak

8

4.4

3

1.6

Tidak pasti

28

15.4

9

4.9

Ya

147 80.8 162 89.0

Tidak

7

3.5

6

3.3

Tidak pasti

28

15.4

14

7.7

Ya

143 78.6 165 90.7

Tidak

9

4.9

2

1.1

Tidak pasti

30

16.5

15

8.2

Ya

143 78.6 138 75.8

Tidak

12

6.6

22

12.1

Tidak pasti

27

14.8

22

12.1

Jadual 3 lebih menumpukan kepada murid. Melihat kepada item yang tertinggi seramai 146
orang atau 80.2% yang dipilih oleh murid iaitu ‘Membina budaya keamanan di sekolah, serta
di kalangan komuniti dan masyarakat’. Keputusan ini jelas menunjukkan bahawa guru dan
murid memilih item yang sama dalam menterjemahkan apa sebenarnya pendidikan keamanan.
Diikuti pula dengan item kedua tertinggi iaitu sebanyak 80.8% atau 162 orang yang dipilih
oleh pelajar iaitu ‘Memahami keamanan dan membangunkan visi keamanan’. Berbanding
pula dengan guru yang lebih tnggi memilih item tersebut iaitu seramai 162 orang atau 89%.
Melihat kepada item ketiga dan keempat tertinggi iaitu seramai 143 orang murid atau 78.6%
memilih item ‘Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan’ dan item
‘Menggabungkan pendidikan damai dengan aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti
drama keamanan, komposisi, debat dan lain-lain’. Guru pula hanya 90.7% dan 75.8% atau
165 orang dan 138 orang memilih setiap item yang dinyatakan.

9

Jadual 4.0

Kategori Responden
Item

Responden

Pelajar
No.

No.

%

100 54.9

69

37.9

Tidak

25

13.7

36

19.8

Tidak pasti

57

31.3

77

42.3

Ya
Memahami cara dalam mengendalikan kajian
keamanan

%

Guru

Menumpukan kepada isu buli di sekolah dan

Ya

mempraktikkan kemahiran serta pendekatan

Tidak

35

19.2

21

11.5

Tidak pasti

45

24.7

42

23.2

102 56.0

95

52.2

Tidak

35

19.2

44

24.2

Tidak pasti

45

24.7

43

23.6

pembangunan keamanan dalam menangani isu

Ya
Membina dan melaksanakan perancangan dan
strategi dalam mencegah peperangan di masa depan
Memahami hubungan di antara konsep keamanan
dengan faktor pemangkin ekonomi tempatan ( seperti

Ya

102 56.0 119 65.3

111 61.0 149 81.9

Tidak

14

7.7

4

2.2

Tidak pasti

52

31.3

29

15.9

dalam bidang agrikultur adalah bidang yang bagus,
memberi keuntungan dan seimbang di kawasan luar
bandar)

Jadual 4 pula menunujukkan item terendah yang dipilih oleh murid. Melihat kepada item
terendah iaitu ‘Memahami bagaimana untuk menjalankan penyelidikan keamanan’ hanya 100
orang murid atau 54.9% yang memilih item tersebut. Manakala guru pula turut sama
menyamai kedudukan terendah untuk item tersebut. Diikuti pula dengan item kedua dan
ketiga yang mempunyai jumlah yang sama iaitu seramai 102 orang atau 56%. Item tersebut
ialah ‘Menangani buli di sekolah dari sudut pandangan peribadi dan menggunakan kemahiran
membina keamanan praktikal dan kecekapan’ dan ‘Membangunkan dan melaksanakan
strategi untuk mencegah peperangan masa depan’. Dibandingkan pula dengan guru hanya 119
orang atau 65.3% memilih item kedua terendah tersebut. Untuk item ketiga terendah, seramai
95 atau 52.2% orang guru sahaja yang memilih item tersebut. Akhir sekali untuk item
keempat terendah iaitu ‘Memahami hubungan antara keamanan dan ekonomi tempatan yang

10

kukuh’, telah dipilih oleh murid seramai 111 orang atau 61% berbanding pula dengan guru,
lebih tinggi peratusannya iaitu sebanyak 81.9% atau 149 orang.
Perbincangan
Melihat kepada keputusan tersebut jelas menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan
antara guru dan murid dalam memilih item yang telah disediakan untuk mengukur tahap
kefahaman terhadap subjek Pendidikan Keamanan. Merujuk kepada keputusan yang tertinggi
bagi keempat-empat item iaitu ‘Memahami hubungan antara keamanan dan alam sekitar’,
‘Memahami manfaat komuniti dan masyarakat hidup dalam suasana aman’, ‘Membina
budaya keamanan di sekolah, serta di kalangan komuniti dan masyarakat’ dan ‘Peranan
kanak-kanak dan remaja dalam membina keamanan’. Keputusan tersebut jelas menunjukkan
bahawa guru cenderung ke arah penerapan ilmu keamanan ke atas diri sendiri, murid itu
sendiri serta mewujudkan satu budaya yang mementingkan keamanan tidak kira apa yang
akan berlaku. Selain itu, guru juga lebih mementingkan cara pelaksanaan pendidikan
keamanan kepada murid. Murid juga telah memilih item yang tertinggi seperti guru dan
melihat bahawa pendidikan keamanan lebih kepada memelihara alam sekitar yang mana kian
menjadi isu hangat masa kini. Melihat kepada data yang telah dipilih oleh murid, ternyata
sekali murid lebih menumpukan kepada keseimbangan dalam mempelajari subjek ini di
sekolah. Item tersebut seperti, ‘Membina budaya keamanan di sekolah, komuniti dan
masyarakat

kita’,

‘Memahami

keamanan

dan

membangunkan

visi

keamanan’,

Membayangkan masyarakat di mana tiada peperangan’ dan ‘Menggabungkan pendidikan
damai dengan aktiviti membawa kepada pelajar kreatif seperti drama keamanan, komposisi,
debat dan lain-lain’. Murid juga lebih cenderung kepada cara pembelajaran yang tidak formal
seperti mempejari subjek tersebut dalam bentuk drama, debat dan yang berkaitan. Data dan
keputusan yang telah diperolehi jelas menunjukkan bahawa Pendidikan Keamanan ini perlu
dijadikan subjek utama yang perlu dipelajari di sekolah. Pendidikan Kemanan ini penting
dalam membuka minda pelajar dan masyarakat bahawa keamanan itu bukan semata-mata
untuk peperangan, malah keamanan ini ibarat pusingan 360 darjah yang perlu dilihat dari
pelbagai sudut. Pendapat murid dan guru juga perlu digabungkan agar mereka mendapat apa
yang mereka kehendaki serta mencapai objektif pembelajaran.
Pihak Kementerian Pendidikan juga perlu meneliti memandang serius bahawa Pendidikan
Keamanan ini perlu dilaksanakan dengan cara yang lebih proaktif dan dapat diterima oleh

11

semua pihak. Ini kerana negara jiran, seperti Indonesia telahpun menjadikan Pendidikan
Keamanan sebagai subjek utama di sekolah. Terdapat dua cadangan dalam melaksanakan
kajian ini samada menjadikan subjek ini sebagai satu subjek Pendidikan Keamanan secara
sendirinya mahupun menyelitkan unsur keamanan ke dalam setiap subjek yang sedia ada
dalam kurikulum sekolah, seperti memasukkan nilai-nilai ini ke dalam subjek Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan atau pun dalam subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.
Usaha ini amat penting dalam mendedahkan pemahaman keamanan ini terhadap masyarakat
supaya berfikir secara kritis serta meluas dan tidak hanya menumpu kepada satu sudut sahaja.
Memandangkan era globalisasi yang maju dan tanpa batasan, pendidikan keamanan perlu
dipelajari agar dapat menangani isu-isu semasa yang semakin kompleks dan terlampau
ekstrem. Oleh itu, subjek ini amat penting dalam menerapkan keamanan secara meluas ke
dalam minda guru, murid, komuniti serta masyarakat dalam menghadapi apa sahaja cabaran
yang tidak diduga pada masa akan datang.

12

Kesimpulan
Walaupun Pendidikan Keamanan telah diperkenalkan oleh UNESCO dengan meluas di
seluruh dunia, namun, Pendidikan Keamanan masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang baru
di Malaysia. Pelajar-pelajar di Malaysia tidak diperkenalkan secara menyeluruh mengenai
Pendidikan Keamanan. Mereka mungkin memahami erti keamanan tetapi mereka tidak
memahami konsep sebenar Pendidikan Keamanan. Pendidikan Keamanan bukan hanya
menggalakkan kita menentang keganasan dan peperangan, akan tetapi turut memastikan
bahawa masyarakat dunia dapat mengenal erti sebenar keamanan dengan cara yang betul.
Pendidikan Keamanan juga adalah berkait rapat dengan kesedaran dalam memelihara alam
sekitar serta persefahaman dan perlindungan hak asasi manusia. Pendidikan Keamanan
meliputi sebahagian besar daripada konteks kehidupan. Adalah penting bagi pelajar-pelajar di
Malaysia untuk belajar dan mengambil Pendidikan Keamanan sebagai mata pelajaran teras
kerana nilai-nilai kemanusiaan adalah penting dalam kehidupan seseorang individu. Melalui
Pendidikan Keamanan ini, nilai-nilai kemanusiaan, pembangunan dan juga kesedaran
memelihara alam semulajadi dapat diterapkan dan akan bergerak seiring dan membawa
kepada dunia yang mampan. Selain itu, Pendidikan Keamanan juga menyediakan
menyediakan pendidikan keselamatan untuk negara, kerana melalui pembelajaran mengenai
aspek dan nilai-nilai yang penting dalam kehidupan, masyarakat akan cenderung untuk
berfikir secara rasional. Sekolah-sekolah di Malaysia terdiri daripada pelajar berbilang kaum,
bangsa dan agama, antara nilai yang ada dalam Pendidikan Keamanan ini pasti dapat
memupuk nilai kesatuan persefahaman yang lebih baik kepada pelajar untuk sesama rakyat
seterusnya dapat menyelesaikan isu-isu perkauman yang berbangkit. Tujuan utama
memastikan Pendidikan Keamanan boleh diajar di sekolah-sekolah Malaysia adalah kerana
tidak ada subjek tertentu yang benar-benar boleh menerapkan kepada pelajar tentang nilai
kehidupan, persekitaran dan keamanan. Justeru, langkah pertama untuk memastikan
keamanan dapat difahami dengan jelas dan betul adalah guru-guru, para pelajar dan semua
anggota masyarakat harus benar-benar memahami konsep Pendidikan Keamanan yang
berkisar mengenai keperluan untuk menggalakkan keamanan, gaya hidup sihat dan
kemakmuran hidup bermasyarakat.

13

References
Cavanagh, T., Macfarlane, A., Glynn, T., and Sonja Macfarlaned (2012). “Creating Peaceful And
Effective Schools Through A Culture Of Care”. New Zealand. Discourse: Studies in the
Cultural Politics of Education, Vol. 33, No. 3, pp. 443-455.
Vrasidas, C., Zembylas, M., Evagorou, M., Avraamidou, L., and Aravi, C. C. (2007). “ICT as a Tool
for Environmental Education, Peace, and Reconciliation ”. Cyprus. Educational Media

International, Vol. 44, No. 2, pp. 129–140.
Aline, M., Stomfay-Stitz, Ed.D. (2008). “A History of Peace Education in the United States of
America”. University of North Florida. Encyclopedia of Peace Education, Teachers
College and Columbia University, pp. 1-10.
Prasad, S. N., and Kyung, H. (2008). “Access to Peace Education ”. The Graduate Institute of
Peace Studies, Republic University of Korea. Encyclopedia of Peace Education, Teachers
College and Columbia University, pp. 1-4.
Charles, F., Howlett. (2008). “American School Peace League and the First Peace Studies
Curriculum”. Molloy College. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College and
Columbia University. pp. 1-5.
Nel, N., Jacks. (2008). “Caring and Peace Education”. Stanford University. Encyclopedia of
Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-4.
Charles, F., Howlett. (2008). “John Dewey and Peace Education”. Molloy College. Encyclopedia
of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-5.
Danesh, H. B. (2008). “Unity-Based Peace Education”. International Education for Peace
Institute. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp.
1-8.
Dale, T. S. (2008). “The Moral and Spiritual Foundations of Peace Education”. University of
Toledo. Encyclopedia of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 15.
Ian, H. (2008). “History of Peace Education”. University of Wisconsin-Milwaukee. Encyclopedia
of Peace Education, Teachers College, Columbia University. pp. 1-6.
Sandra, M. K., and Michael E. M. (1990). “Peace Education in the Schools”. Canada. Council on
Peace Research in History and Consortium on Peace Research, Education and
Development. Peace & Change, Vol. 15, No. 3, pp. 272-291.
Anna, L., (2012). “Peaceful Schools”.UK. International Journal of Children’s Spirituality, Vol. 17,
No. 2, pp.187-191.
New Approaches to Education. (2013). Wise Prize for Education . IC Publications Ltd. p. A4.
Susan, Z., (2000). “Teaching Peace: Lessons From A Peace Studies Curriculum of the
Progressive Era”. Peace History Society and Consortium on Peace Research, Education
and Development. Peace and Change, Vol. 25, No. 1, pp. 55-69.

14

Jesse, F. (2012). “Learning Peace: Progressive Impacts of Peace Education in Peacebuilding”.
Social Alternatives, Vol. 31, No. 4, pp. 40 – 42.
Monisha, B., and Belinda, C.(2009). “Education for Sustainable Development as Peace
Education”. Peace History Society and Peace and Justice Studies Association. Peace &
Change, Vol. 34, No. 4, pp. 441-455.

15