E Wakaf Ke Arah Pengurusan Wakaf yang Le

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

E-Wakaf: Ke Arah Pengurusan Wakaf Yang Lebih
Sistematik
Aidi Ahmi, Mohd Herry Mohd Nasir dan Mohd Hisham Mohd Sharif
Fakulti Perakaunan, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia
Tel: + 6049283751, + 60194442064 Fax: + 6049285762
E-Mel: aidi@uum.edu.my, herry@uum.edu.my, hisham79@uum.edu.my

Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan kepentingan pengurusan wakaf dari perspektif
Islam, keperluan menguruskannya secara cekap dan berkesan bersesua ian dengan
perkembangan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini dan
pembangunan dan pelaksanaan sistem e-Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Darul Aman. E-Wakaf merupakan satu aplikasi berkomputer yang mengendalikan
pengurusan hartanah wakaf bagi sesebuah badan pengurusan wakaf seperti Majlis
Agama Islam Negeri dengan lebih cekap dan berkesan secara integratif. Ini
termasuklah dari segi pendaftaran tanah wakaf sehinggalah kepada pelaporan secara
kolektif hartanah wakaf serta perancangan dan pengagihannya dari segi
keekonomian hartanah wakaf itu sendiri bagi menjana pembangunan ummah

khususnya dan negara amnya.
Kata kunci: e-Wakaf, e-Hasil, e-Sewa, Sistem Wakaf

Pendahuluan

Mewakafkan harta adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama
Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara
berterusan oleh Allah kepada pewakaf (wakif) selagi harta atau ain yang diwakafkan
itu kekal atau dimanfaatkan. Allah telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan
menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan
Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap
tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurnianNya) lagi
Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah; 261)
1


Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Kedudukan harta wakaf adalah hak Allah. Dengan demikian ia tidak boleh dimiliki,
dijual, dihebah (diberi) dan diwarisi kepada sesiapa. Ianya juga tidak menjadi hak
milik orang yang diwakafkan untuknya. Yang menjadi hak orang diwakaf untuknya,
hanya mengambil manfaat atau hasilnya sahaja dan tidak pada pokok harta atau ain
barangan itu.

Definisi Wakaf
Wakaf dari segi bahasa bermaksud tahan (habs) atau berhenti (man’u). Dari segi
istilah pula ia bermakna menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk
zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.
Wakaf juga terkenal dengan nama sedekah jariah iaitu sedekah yang berterusan
pahalanya dari semasa ke semasa selagi ianya dapat dimanfaatkan.

Wakaf pada umumnya terbahagi kepada dua iaitu wakaf am (mutlak) dan wakaf khas
(muqayyad). Wakaf am adalah harta yang diwakafkan untuk kepentingan umat Islam
setempat ataupun maslahah umum manakala wakaf khas pula adalah wakaf yang
ditentukan oleh pewakaf yang mahu mewakafkan harta mereka untuk sesuatu projek

yang khusus seperti untuk pembinaan masjid, surau, keperluan anak-anak yatim dan
sebagainya selagi mana tujuannya tidak menyalahi syarak.

Pengurusan dan Pentadbiran Wakaf

Bidang kuasa pentadbiran wakaf di Malaysia adalah tertakluk di bawah pentadbiran
Majlis Agama Islam setiap negeri. Pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang
amat tepat yang mana tanpanya institusi wakaf tidak mungkin berperanan untuk
dikendalikan secara tersusun dan menyeluruh (Nik Mustapha Nik Hassan, 1999).

Setiap negeri di Malaysia mempunyai sistem pentadbiran wakaf yang tersendiri
berdasarkan peruntukan bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya. Bagaimanapun
perlaksanaan dan pengurusannya masih lagi memerlukan pembaharuan yang terkini
dan sesuai dengan perkembangan teknologi ICT yang semakin canggih. Keperluan

2

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya


maklumat wakaf yang cepat dan tepat boleh membantu sebagai satu sistem sokongan
kepada kerajaan misalnya untuk membangunkan ekonomi ummah.

Harta wakaf merupakan satu amanah yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh
pemegangnya terutama dalam memastikan tujuan dan hasrat asal pewakaf tercapai.
Pemegang amanah seharusnya juga dapat membangunkan semula tanah-tanah wakaf
untuk menaikkan nilai dan pulangannya, mengurus dan mentadbir tanah-tanah
tersebut dengan teratur serta melaporkan akaunnya setiap tahun agar kelihatan lebih
telus dan tidak lari dari hakikat untuk berlaku adil di dalam ekonomi dan sosial umat
Islam.

Wakaf juga dilihat sebagai salah satu kepada punca kewangan Islam. Pendekatan
Majlis Agama Islam Negeri untuk menambahkan bilangan tanah-tanah wakaf
sememangnya amat digalakkan bukan sahaja melalui pemberikan wakaf oleh umat
Islam sendiri bahkan juga malalui permohonan tanah-tanah baru kepada kerajaan
negeri untuk diwakafkan seterusnya dibangunkan untuk faedah dan kebajikan ummah.
Harta wakaf ini kemudiannya harus diuruskan dengan cekap, dibangunkan
berlandaskan hukum syarak atau digunakan mengikut tujuan ianya diwakafkan.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Islam merupakan satu agama yang dinamik. Begitu juga dengan perkembangan
teknologi. Maka atas sebab keselarian inilah adalah imperatif bagi umat Islam untuk
menguasai teknologi (Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, 1999).
Pengarah Bahagian ICT, JAKIM dalam ucapannya di laman web bahagian tersebut
mengatakan, “Kecanggihan ICT adalah kurnia Allah kepada semua makhluknya. Kita
sebagai khalifah perlu menguasai dan menggunakannya semaksimum mungkin untuk
tujuan akhir; beribadah kepadaNya ”.

Teknologi maklumat juga perlu dilihat secara bersepadu (Sidek Baba, 1997) dan ia
seharusnya dimanafaatkan bagi membangunkan insan yang bermaklumat sekaligus
berilmu. Teknologi maklumat mampu menjadikan sesuatu data yang bersifat mentah
diproses menjadi maklumat yang bermanafaat yang boleh digunakan untuk
pembangunan ummah.
3

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Justeru, satu sistem pengurusan yang lengkap dan tepat berkaitan dengan harta wakaf

ini seharusnya dibangun dan dilaksanakan memandangkan bilangan harta wakaf dari
tahun ke tahun akan bertambah. Dikuatiri sekiranya maklumat berkaitan harta ini
tidak disimpan dengan baik maka berkemungkinan tujuan dan matlamat wakaf itu
sendiri tidak akan tercapai kerana harta wakaf itu merupakan satu amanah yang
sememangnya tidak boleh dipandang ringan.

Harta wakaf juga merupakan salah satu khazanah yang tidak akan hilang sehingga ke
hari kiamat, bahkan ianya akan terus berkembang subur sekiranya dimanafaatkan
dengan sebaik-baiknya. Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad
(2004), mencadangkan supaya amalan wakaf dapat dilaksanakan secara lebih
berkesan, sebagai instrumen yang dapat memenuhi tujuan syarak, memelihara hartabenda dan mengurusnya untuk memenuhi keperluan manusia.

Sesuai dengan perkembangan teknologi, maklumat harta wakaf ini bukan sahaja boleh
disimpan di dalam fail secara manual tetapi ianya boleh juga disimpan di dalam
pengkalan data secara berkomputer yang mana perbandingan kelebihannya boleh
dilihat seperti di Jadual 1.

1.
2.


3.

Sistem Berkomputer
Capaian data yang mudah

1.

Lebih selamat kerana data hanya boleh
dicapai oleh mereka yang berkenaan
sahaja dan data boleh di “backup” di
dalam CD.
Pelaporan maklumat boleh dijana dengan
lebih mudah dan tepat.

2.

3.

4.


Sistem Manual
Capaian data yang sukar terutama
dalam proses sesuatu pencarian fail
Kurang selamat kerana berisiko untuk
hilang dan terbakar misalnya dan
“backup” data memerlukan ruang
simpanan yang besar.
Memerlukan masa yang lama untuk
membuat sesuatu laporan yang
dikehendaki oleh pihak pengurusan
terutama dalam kes yang memerlukan
maklumat yang segera.
Amat sukar diimplementasikan kerana
ia memerlukan bilangan staf yang ramai
untuk mengendalikannya.

Mudah diimplementasikan kerana ia
4.
hanya memerlukan komputer yang
berkonfigurasi rendah dan pengetahuan

komputer yang minima.
5. Memerlukan kos pentadbiran yang
5. Kos pentadbirannya mungkin
rendah memandangkan harga komponenmeningkat dari masa ke semasa
komponen komputer semakin rendah dan
termasuk dari segi penstoran, bilangan
memerlukan bilangan pekerja yang
pekerja dan yang berkaitan dengannya.
kurang.
Jadual 1: Kelebihan Sistem Berkomputer (Pengkalan Data) Berbanding dengan Sistem Manual
(Sistem Fail)

4

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Oleh yang demikian, secara tidak langsung pembangunan sistem secara berkomputer
ini akan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem yang
dibuat secara manual.


E-Wakaf

Sistem e-Wakaf ini sebenarnya telah pun dibangunkan dan dilaksanakan di Majlis
Agama Islam Negeri Kedah. Pembangunan adalah dibuat berdasarkan kepada
kehendak dan prosedur pengurusan wakaf di Majlis tersebut. Bagaimanapun
perbincangan berkaitan sistem e-Wakaf ini akan disesuaikan mengikut prosedur dan
pengurusan wakaf secara umum. Sistem e-Wakaf ini juga antara lainnya ingin
mencapai matlamat Agenda Teknologi Maklumat Negara yang menjurus ke arah
pembangunan masyarakat madani yang mempunyai strategi tiga (3) serampang yakni
pembangunan insan, infostruktur dan aplikasi.

Tujuan e-Wakaf ini dibangunkan adalah untuk membolehkan segala harta wakaf
diurus dan ditadbirkan dengan lebih sistematik dan profesional sama ada dari aspek
amalan wakaf itu sendiri mahupun dari aspek pelaksanaannya, supaya lebih telus dan
relevan dengan perkembangan teknologi masa kini.

Carta aliran sistem e-Wakaf ini adalah seperti di Gambarajah 1. Gambarajah 2 pula
menunjukkan antara-muka sistem e-Wakaf apabila pengguna telah “login” ke dalam
sistem.


5

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Surat Lafaz
Wakaf Geran Tanah
Laporan Wakaf
Dari Pejabat
Daerah

Pkln. Data
Wakaf

Pkln. Data
Pew akaf

Pkln. Data
Penyew a

Pkln. Data
Sew a

Pkln. Data
Hasil

e-Wakaf

Login ke Sistem
e-Wakaf

Masuk dan Edit
Maklumat Pew akaf dan
Hartanah Wakaf dan
Cetak Laporan

Data
Wakaf

Ringkasan dan
Pelaporan Hartanah
Wakaf serta Kemaskini
Pangkalan Data

Laporan Am
Maklumat Tanah
Wakaf Maklumat Tanah

Proses " Inquiry"

Analisis
Wakaf

Sew a

Analisis
Sew a

Analisis
Hasil

Gambarajah 1: Carta Aliran Sistem e-Wakaf

Gambarajah 2: Antara-Muka Sistem e-Wakaf

Antara ciri-ciri yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini adalah:
1. Melaksanakan pendaftaran tanah wakaf baru
2. Menyelaras dan mengemaskini daftar tanah wakaf
3. Menyelaras tanah wakaf yang hendak disewa/dipajak
4. Melakukan pencarian maklumat wakaf
5. Mengeluarkan laporan-laporan yang diperlukan
6. Pengagihan hasil wakaf

Pendaftaran tanah wakaf baru.

Maklumat berkaitan hartanah wakaf baru boleh direkodkan ke dalam sistem sebaik
sahaja surat lafaz wakaf telah lengkap dan segala dokumen-dokumen yang berkaitan
dengannya selesai. Ini termasukkan perkara-perkara seperti yang terdapat di dalam
rukun wakaf iaitu orang yang mewakafkan, pihak yang menerima wakaf, benda yang
diwakafkan berserta ijab dan qabul.

6

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Gambarajah 3: Borang Maklumat Pewakaf

Maklumat-maklumat asas pewakaf dan hartanah wakaf boleh disimpan melalui
borang maklumat pewakaf (rujuk Gambarajah 3) dan borang maklumat wakaf (rujuk
Gambarajah 4) seperti yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini.

Maklumat-maklumat asas pewakaf seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan
nombor telefon akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam sistem. Kemudiannya,
barulah maklumat hartanah wakaf akan direkodkan. Ini termasuklah maklumatmaklumat seperti yang terdapat di dalam Gambarajah 4 iaitu maklumat-maklumat
seperti yang terdapat di dalam geran tanah misalnya berserta dengan status tersebut
semasa ianya diisi atau diperolehi.

7

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Gambarajah 4: Borang Maklumat Wakaf

Penyelarasan dan pengemaskinian daftar tanah wakaf

Segala maklumat yang berkaitan dengan daftar wakaf ini boleh diselenggarakan dan
dikemaskini agar ianya lebih terkini dan tepat. Maklumat seperti status tanah sama
ada telah didaftarkan atas nama Majlis atau tidak, boleh dikemaskinikan. Sebarang
nota atau catatan terkini berkenaan hal ehwal pentadbiran tanah wakaf juga boleh
direkodkan. Pengeditan daftar tanah ini juga boleh dilakukan dari masa ke semasa
bersesuaian dengan perkembangan status tanah wakaf yang terbabit.

Sekiranya terdapat kes-kes seperti pengambilan semula tanah wakaf oleh pihak
berwajib misalnya, ia juga boleh direkod dan dikemaskinikan ke dalam sistem eWakaf di bahagian ini.

Penyelarasan tanah wakaf untuk disewa/dipajak

Bagi tanah-tanah wakaf yang hendak disewa/dipajak pula ianya boleh ditadbirkan
melalui agihan plot untuk disewakan. Kemudiannya, ia boleh dinilai dan disewa
mengikut kadar semasa. Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan
sewa seperti perjanjian sewa, kadar sewa, penyata sewa, notis sewa, kutipan sewa,
maklumat penyewa dan segala borang-borang yang berkaitan dengan sewa ini juga
8

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

boleh diuruskan. Bagaimana pun pentadbiran sewa ini diurus dan diletakkan dibawah
satu sub sistem yang dipanggil sebagai e-Sewa. Sistem e-Sewa ini sememangnya telah
diintegrasikan dengan e-Wakaf bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran
wakaf.

Pencarian maklumat wakaf

Memandangkan data-data yang dimasukkan ke dalam sistem e-Wakaf ini akan
meningkat dari masa ke semasa dan maklumat-maklumat yang terkandung di
dalamnya mungkin menjadi semakin kompleks, maka satu menu khas telah
disediakan bagi memudahkan maklumat-maklumat wakaf ini dicari di dalam sistem.
Carian boleh dibuat sama ada melalui perkataan sebahagian atau perkataan lengkap
melalui medan-medan seperti yang tertera di Gambarajah 5.

Gambarajah 5: Carian Maklumat Wakaf

Penyediaan pelaporan hartanah wakaf

Sistem pelaporan yang terdapat di dalam sistem e-Wakaf ini disediakan bagi
membantu pihak pengurusan wakaf di dalam pengurusan, pentadbiran, penyelidikan
dan pembangunan hartanah wakaf. Ianya disifatkan sebagai satu sistem sokongan
yang bukan sahaja membantu pengurusan wakaf itu sendiri bahkan juga dapat
membantu pihak berkuasa dalam membuat keputusan. Selain daripada itu, laporanlaporan yang disediakan ini juga dapat membantu pihak Majlis di dalam membuat
perancangan yang terperinci seperti penyediaan bajet untuk pengurusan hartanah
wakaf serta merancang, melaksana dan mengawal projek-projek pembangunan di atas
tanah-tanah wakaf.

9

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Antara laporan-laporan yang boleh dikeluarkan melalui e-Wakaf ini termasuklah:
1. Laporan senarai keseluruhan inventori tanah wakaf
2. Laporan terperinci maklumat setiap wakaf
3. Laporan bilangan tambahan dan kurangan tanah wakaf bagi sesuatu tempoh
4. Laporan tanah yang telah didaftarkan atas nama Majlis Agama Islam Negeri
5. Laporan ringkasan bilangan lot dan keluasan tanah wakaf
6. Laporan cukai bagi semua tanah wakaf mengikut daerah
7. Laporan tanah wakaf yang memberikan hasil dan pulangan
8. Laporan jumlah kutipan hasil tanah wakaf bagi setiap tahun
9. Laporan jumlah hasil yang diterima untuk sesuatu tempoh berdasarkan
klasifikasi wakaf dan penerimanya

Laporan-laporan lain juga boleh dikeluarkan berdasarkan permintaan secara ad-hoc
memandangkan segala maklumat berkaitan wakaf ini sememangnya disimpan di
dalam pangkalan data. Ad-hoc ‘query’ boleh dilaksanakan (run) bagi menjana laporan
yang dikehandaki oleh pihak-pihak yang berkenaan

Pengagihan hasil wakaf

Hasil yang diperolehi dari harta wakaf ini sememangnya dapat diketahui dengan lebih
tepat dan terkini melalui sistem e-Hasil yang dibangunkan secara berasingan dengan
dengan sistem e-Wakaf ini. Bagaimanapun ianya boleh diintegrasikan bagi
melengkapkan matlamat pengurusan dan wakaf itu sendiri. Misalnya, hasil wakaf ini
boleh diagihkan kepada pihak-pihak seperti yang dikehendaki oleh pewakaf melalui
lafaznya di dalam wakaf khas dan juga kepada seluruh masyarakat setempat secara
amnya. Agihan hasil wakaf ini juga boleh diketahui dengan lebih telus melalui
pelaporan yang boleh dijanakan melalui sistem ini.

Kesimpulan dan Cadangan

Sistem e-Wakaf ini boleh diimplementasikan oleh setiap Majlis Agama Islam Negeri
bagi mencapai pengurusan wakaf yang lebih sistematik sesuai mengikut kehendak
hukum syarak, matlamat wakaf dan merapatkan jurang komuniti dengan teknologi
maklumat. Seterusnya diharapkan sistem e-Wakaf ini kelak dapat diintegrasikan

10

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

dengan Sistem Maklumat Islam (SISMI) yang sedang dibangunkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan pengurusan dan pentadbiran wakaf melalui e-Wakaf ini, seluruh masyarakat
akan mendapat manafaatnya. Ianya boleh disalurkan kepada fakir-fakir miskin, anakanak yatim, masjid dan sebagainya dengan lebih sistematik demi meningkatkan
ekonomi umat Islam di Malaysia. Masalah-masalah tanah-tanah wakaf seperti yang
dialami oleh beberapa negeri seperti yang telah diutarakan oleh Kamarudin Ngah
(1992), Nik Mustapha Nik Hassan (1999) dan Salleh Buang (2004) mungkin boleh
diatasi dengan mengintegrasikan teknologi maklumat melalui sistem e-Wakaf ini oleh
pemegang-pemegang amanah hartanah wakaf ini.

Bagaimanapun kejayaan sebenar institusi wakaf itu sendiri adalah bergantung kepada
kefahaman yang jelas mengenai konsep, peranan dan matlamat harta wakaf serta
kesedaran yang mendalam mengenai amanah yang dipertanggungjawabkan demi
kepentingan menjaga dan memelihara harta wakaf. Sistem e-Wakaf yang
dibangunkan ini hanyalah sebagai satu alat dalam memastikan pengurusan dan
pentadbirannya dijalankan dengan lebih efektif dan efisyen. Yang penting adalah
matlamat wakaf itu sendiri.

11

Seminar Kebangsaan Ke Arah Pembangunan E-Malaysia: Merapatkan Jurang Komuniti dengan Teknologi Maklumat
6-7 Disember 2005, Palm Garden Hotel, IO Resort, Putrajaya

Rujukan
Dato’ Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen (1997) Penglibatan Masyarakat Islam di dalam
Pembangunan dan Penggunaan Teknologi Maklumat, Prosiding Seminar Cabaran
Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam, 25-26 Mac, Kuala Lumpur,
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad (2004)
http://www.yadim. com.my/YDP/YDP.asp

Sistem

Wakaf

Kontemporari,

Info Wakaf (2005) URL: http://www.maik.gov.my/Info Wakaf.htm

Kamarudin Ngah (1992) Isu Pembangunan Tanah Wakaf, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa &
Pustaka
Nik Mustapha Nik Hassan (1999) Konsep dan Pelaksanaan Wakaf Di Malaysia , Kuala
Lumpur, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Salleh

Buang (2004) Managing Wakaf Land, Property Times, 19 June,
http://www.nst.com.my/Weekly/PropertyTimes/News/Lawland/20040624143454/Art
icle/

Sidek Baba (1997) Penglibatan Masyarakat Islam di dalam Pembangunan dan Penggunaan
Teknologi Maklumat, Prosiding Seminar Cabaran Teknologi Maklumat dan
Internet: Agenda Umat Islam, 25-26 Mac, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam
Malaysia
Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (1999) Merombak dan Membentuk Imej Islam
dengan ICT, Prosiding Seminar Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) , 28-29 April, Kuala Lumpur, Institut Kefahaman Islam
Malaysia
Ucapan Pengarah (2005) URL: http://www.Islam.gov.my/bpict/ ucapanpengarah.html

12