BIODATA PENULIS MODUL C1342 – HITUNGAN 1
MODUL POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Utaraan 2 (U2, T2) b
3 (U3, T3) 1 (U1, T1) c a d
4 (U4, T4) f g h e
Timuran
C
1
3
4
2 C
1
3
4
2 HITUNGAN 1
JASNI BIN MD. ZAIN (POLISAS)
BIODATA PENULIS MODUL C1342
- – HITUNGAN 1
Nama : JASNI BIN MD. ZAIN Alamat : Unit Ukur Tanah
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu 25350 Kuantan Pahang Darul Makmur
Telefon : 09-5661300 ext. 310 Kelulusan : Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan
Pembanguan Tanah) (UTM) Diploma Ukur Tanah (UTM) Jawatan : Pensyarah Teknik
Nama : CHE MAT NOOR BIN CHE IBRAHIM Alamat : Unit Ukur Tanah
Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu 25350 Kuantan Pahang Darul Makmur
Telefon : 09-5661300 ext. 310 Kelulusan : Diploma Ukur Tanah (UTM) Jawatan : Pensyarah Teknik
SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR
Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________
Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________ Kursus : ____________________________________ Nama Penulis Modul : ______________________________ Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.4 Sangat setuju
3 Setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju Arahan : Tandakan pada ruangan skor yang dipilih.
Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA
A. FORMAT
1
2
3
4 1 Susun atur muka surat adalah menarik.
2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai
3 dengan input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah
5 difahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami.
7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.
B. ISI KANDUNGAN
1
2
3
4 8 Saya faham semua objektif dengan jelas.
9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik.
11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan
12 dalam unit ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.
14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri.
15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya.
16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
17 Gaya penulisan menarik.
18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.
19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini.
20 Penggunaan modul ini menarik minat saya.
GRID KURIKULUM
Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
TOPIK UNIT
PENGENALAN
1 TRIGONOMETRI UKUR
2
3
4 TRABAS UKUR
5
6
7 KOORDINAT
8
9 UNIT 1: PENGENALAN: Bering Dan Sudut (2 JAM) 1.1 Perbezaan Di antara Bering Sukuan Dengan Bering Bulatan Penuh.
1.2 Menukarkan Bering Bulatan Penuh Kepada Bering Sukuan Dan Sebaliknya.
1.3 Menghitung Sudut Dalam Daripada Dua Nilai Bering.
1.4 Menghitung Bering Daripada Satu Sudut Dalam Dan Satu Bering Yang Diketahui.
UNIT 2: TRIGONOMETRI UKUR:Masalah Segitiga (3 JAM ) 2.1 Menyelesaikan masalah segitiga tepat.
2.2 Menyelesaikan masalah segitiga dengan menggunakan Formula Sain, Kosain, Formula Setengah Sudut dan Formula Tangen Napier bagi :-
2.2.1 Segitiga yang hanya mempunyai dua jarak sempadan dan satu sudut (bukan sudut kandung).
2.2.2 Segitiga yang mempunyai ketiga-tiga sempadan.
2.2.3 Segitiga yang mempunyai dua sempadan dan satu sudut
2.2.4 Segitiga yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang melibatkan koordinat, bering dan jarak.
UNIT 3 : TRIGONOMETRI UKUR: Masalah Ketinggian Dan Jarak (2 JAM )
3.1 Menghitung jarak mendatar, tinggi objek dan sudut pugak dalam masalah ketinggian dan jarak.
UNIT 4 : TRIGONOMETRI UKUR: Masalah Sempadan Segiempat dan
Trapizam (3 JAM )4.1 Menyelesaikan masalah sempadan segiempat dan trapizam.
UNIT 5: TRABAS UKUR: Konsep Trabas Ukur (3 JAM) 5.1 Maksud Trabas Terbuka Dan Trabas Tertutup.
5.2 Definisi Latit Dan Dipat.
5.3 Hitungan Latit Dan Dipat.
UNIT 6: TRABAS UKUR: Ketepatan Linear dan Pelarasan Trabas (3 JAM) 6.1 Ketepatan Linear Trabas.
6.2 Pelarasan Trabas Dengan Kaedah Transit Dan Bowditch.
UNIT 7: TRABAS UKUR: Data Yang Hilang Dan Pengiraan Luas Dengan
Kaedah DMD (4 JAM)7.1 Menghitung Bering Dan Jarak Untuk Data Yang Hilang.
7.2 Menghitung Keluasan Trabas Menggunakan Kaedah Dua Kali
UNIT 8: KOORDINAT: Masalah Bering, Jarak Dan Koordinat (6 JAM)
8.1 Menghitung Koordinat Jika Diberi Nilai Bering, Jarak Serta Satu Nilai Koordinat.
8.2 Menghitung Bering Dan Jarak Daripada Dua Nilai Koordinat Yang Diketahui.
8.3 Menghitung Koordinat Persilangan Antara Dua Garisan.
UNIT 9: KOORDINAT: Pengiraan Luas Dengan Kaedah Koordinat (4 JAM)
9.1 Menghitung Koordinat Trabas Tertutup Menggunakan Borang Latit Dan Dipat.
9.2 Menghitung Keluasan Trabas Menggunakan Kaedah Koordinat.
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini dibahagikan kepada 9 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.
C 1342 / UNIT 1 / 5 Subjek
Unit 1 Halaman 5 3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.
4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut:-
OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus setiap pembelajaran.
INPUT Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari. AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.
MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan- soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.
5. Anda perlu mengikuti unit demi unit yang disediakan.
6. Anda boleh meneruskan unit selanjutnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya dan yakin dengan pencapaian anda.
PERNYATAAN TUJUAN
Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar Semester 1 yang mengikuti kursus sijil/diploma di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah.
PRA-SYARAT KEMAHIRAN & PENGETAHUAN
OBJEKTIF AM
Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat: Mempelajari dan memahami maksud bering, sudut, bering sukuan, bering
bulatan penuh, penukaran bering bulatan penuh kepada bering sukuan atau sebaliknya, menghitung sudut dalam daripada dua nilai bering serta menghitung bering daripada satu sudut dalam dan satu bering yang diketahui.
Mempelajari, memahami dan menyelesaikan masalah segitiga, mengguna
Formula Sain, Kosain,, Formula Setengah Sudut dan Formula Tangen Napier, masalah ketinggian dan jarak dan masalah sempadan segiempat dan trapizam.
Memahami maksud trabas terbuka dan trabas tertutup, mendefinisi serta
menghitungkan latit dan dipat, membuat pelarasan trabas dengan kaedah Transit dan Bowditch, menghitung ketepatan trabas, menghitung bering dan jarak untuk data yang hilang dan menghitung keluasan trabas menggunakan kaedah Dua Kali Jarak Meridian.
Memahami maksud koordinat kutub dan koordinat segiempat, menghitung
koordinat jika diberi nilai bering, jarak serta satu nilai koordinat, menghitung bering dan jarak daripada dua nilai koordinat yang diketahui, menghitung koordinat persilangan antara dua garisan, menghitung koordinat trabas tertutup menggunakan borang latit dan dipat serta menghitung keluasan trabas menggunakan kaedah koordinat.
PERALATAN & SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL
1. Mesin kira ( Calculator ) 2. Borang Jilid Kiraan.
RUJUKAN
1. Ab. Hamid Mohamed, 2000. Asas Ukur Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Darul Takzim.
2. Bannister A and Raymond , S. 1984. Surveying. 5
th ed . London: Pitman.
3. Kissam, Philip. 1981. Surveying for Civil Engineers. 2 nd.
Edition . New York: McGraw Hill.
4. Schofield, W. 1984. Engineering Surveying: Theory and Examination Problems for student. London: Butterworths.
5. Shepard, F.A. 1968. Surveying Problems & Solutions. London: Edward Arnold.
6. Wilson, Ramsey, J.P 1983. Land Surveying. Plymouth: MacDonald & Evans.