Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( ‫ ) الرحمن‬Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan
pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( ‫ ) الرحيم‬Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( ‫ ) الملك‬Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya
sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( ‫ ) القدوس‬Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( ‫ ) السلم‬Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan
kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( ‫ ) المؤمن‬Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah
dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benarbenar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( ‫ ) المحيمن‬Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu
memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( ‫ ) العزيز‬Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( ‫ ) الجبار‬Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu
mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan
seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( ‫ ) المتكبر‬Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang
melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( ‫ ) الخالق‬Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga
yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( ‫ ) البارئ‬Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu
mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( ‫ ) المصور‬Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk,
memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq
adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu.
Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah
yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( ‫ ) الغفار‬Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi
dosa-dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( ‫ ) القهار‬Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya
serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( ‫ ) الوهاب‬Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak
kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( ‫ ) الرزاق‬Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( ‫ ) الفتاح‬Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung
penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-’Aliim: ( ‫ ) العليم‬Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak
ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( ‫ ) القابض‬Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( ‫ ) الباسط‬Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah
Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( ‫ ) الخافض‬Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /
Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri
dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( ‫ ) الرافع‬Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang
selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan
kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( ‫ ) المعز‬Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( ‫ ) المذل‬Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya
dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( ‫ ) السميع‬Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( ‫ ) البصير‬Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( ‫ ) الحكم‬Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang

menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( ‫ ) العدل‬Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( ‫ ) اللطيف‬Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( ‫ ) الخبير‬Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( ‫ ) الحليم‬Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang
tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( ‫ ) العظيم‬Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu
keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( ‫ ) الغفور‬Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hambahambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( ‫ ) الشكور‬Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan
yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( ‫ ) العلي‬Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai
tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa
pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( ‫ ) الكبير‬Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( ‫ ) الحفيظ‬Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu

menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan
hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( ‫ ) المقيت‬Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang
berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( ‫ ) الحسيب‬Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu
memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( ‫ ) الجليل‬Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( ‫ ) الكريم‬Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa
diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( ‫ ) الركيب‬Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang
mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( ‫ ) المجيب‬Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja
yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( ‫ ) الواسع‬Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada
segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( ‫ ) الحكيم‬Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.


47. Al-Waduud: ( ‫ ) الودود‬Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan
segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( ‫ ) المجيد‬Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal
kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( ‫ ) الباعث‬Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan
kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( ‫ ) الشهيد‬Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( ‫ ) الحق‬Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( ‫ ) الوكيل‬Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan,
yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan
mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( ‫ ) القوى‬Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki
kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( ‫ ) المتين‬Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna
Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( ‫ ) الولى‬Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua
kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( ‫ ) الحميد‬Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh
pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( ‫ ) المحصى‬Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( ‫ ) المبدئ‬Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( ‫ ) المعيد‬Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu
menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( ‫ ) المحي‬Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap
sesuatu yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( ‫ ) المميت‬Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa
yang hidup.
62. Al-Hay: ( ‫ ) الحي‬Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( ‫ ) القيوم‬Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,
Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya
langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( ‫ ) الواجد‬Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja
yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat
kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( ‫ ) الماجد‬Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya
dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( ‫ ) الواحد‬Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( ‫ ) الحد‬Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( ‫ ) الصمد‬Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu
selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( ‫ ) القادر‬Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( ‫ ) المقتدر‬Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( ‫ ) المقدم‬Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan
sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( ‫ ) المؤخر‬Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari
yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( ‫ ) الول‬Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua
yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( ‫ ) الخر‬Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya
segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( ‫ ) الظاهر‬Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan
dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( ‫ ) الباطن‬Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga
tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( ‫ ) الوالى‬Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha
Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( ‫ ) المتعال‬Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.

79. Al-Bar: ( ‫ ) البار‬Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang
banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang
dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( ‫ ) التواب‬Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada
orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( ‫ ) المنتقم‬Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang
bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( ‫ ) العفو‬Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan
orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( ‫ ) الرؤف‬Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih
sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( ‫ ) المالك الملك‬Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /
Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit,

bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan
iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ‫ ) ذوالجلل والكرام‬Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan /
Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan
kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( ‫ ) المقسط‬Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan
pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( ‫ ) الجامع‬Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan
berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia
pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( ‫ ) الغنى‬Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat
mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( ‫ ) المغنى‬Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan
Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah
kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( ‫ ) المانع‬Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu
membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan
kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( ‫ ) الضار‬Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha
Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( ‫ ) النافع‬Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang
dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

93. An-Nuur: ( ‫ ) النور‬Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya
sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( ‫ ) الهادى‬Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk,
iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( ‫ ) البديع‬Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga
tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( ‫ ) الباقع‬Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( ‫ ) الوارث‬Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( ‫ ) الرشيد‬Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin,
iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh
hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( ‫ ) الصبور‬Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan
tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.