akademik Tugasan Individu Sosiolinguistik Eufemis

HMT 315
SOSIOLINGUISTIK BAHASA MELAYU
TAJUK : PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYU
PERAK DENGAN EUFEMISME BAHASA MELAYU
STANDARD
1.0

PENGENALAN
Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Maka dengan bahasa yang digunakan oleh seseorang itu boleh
menggambarkan keperibadian dan pendidikan orang tersebut. Menurut kamus Dewan Edisi
Keempat (2013), bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
komunikasi dalam lingkungan satu kelompok manusia.1 Hal ini turut dijelaskan oleh Asmah
Haji Omar (2008), bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan
maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu bahasa yang konkrit ataupun sesuatu yang
abstrak supaya pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu. 2
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahasa adalah alat untuk perhubungan dalam lingkungan
sosial.
Kesantunan berasal daripada kata ‘santun’ yang membawa maksud halus (budi bahasa
atau budi pekerti), beradab, dan sopan. Secara umumnya, kesantunan bahasa pula merujuk

kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman untuk berbicara. 3 Oleh kerana
itulah, kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Walaupun
kesantunan bahasa menjadi elemen penting dalam masyarakat yang berperanan sebagai

1
Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 106.
2 Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 103.
3 Awang Sariyan. (2001). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1.

Page | 1

pemakai bahasa tetapi mereka ini sering memanfaatkan bahasa tersebut kepada perkara yang
tidak sepatutnya yang dikenali sebagai tabu.
2.0

DEFINISI TABU
Kata tabu dikatakan berasal daripada kata ‘taboo’ yang diambil daripada bahasa

Tonga yang merupakan salah satu daripada rumpun bahasa Polinesia. Dalam bahasa

Polinesisa, tabu disebut ‘tapu’. Kata ‘taboo’ ini merujuk kepada tindakan yang perlu
dihindari. Manakala, Ullman (1962) mengatakan bahawa kata tabu ini mula-mula digunakan
oleh Kapten Cook ketika kata ini digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan Polinesia.
Kemudiannya, kata ini dikatakan telah meresap ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa
lain sehinggalah ke dalam bahasa Melayu.4
Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1563), tabu dari segi bahasa
membawa maksud sesuatu yang dilarang, pantang-larang, pemali, yang terlarang, yang
diharamkan atau ditegah daripada percakapan. Dalam erti kata yang lain, tabu merupakan
kata atau ungkapan yang kurang sopan, kasar, kesat, atau berbaur lucah yang tidak sebut
bukan sebab kata atau ungkapan ini tidak boleh disebut tetapi orang yang enggan untuk
menyebutnya.

Selain

itu,

tabu

juga


dikatakan

cara

masyarakat

mengekpresikan

ketidaksetujuan terhadap perilaku tertentu.
Manakala S.Bathesab (2008) mengatakan tabu secara umum merujuk kepada
larangan. Lazimnya larangan ini dikenakan pada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan
yang seumpama dengannya. S.Bathesab mengatakan juga, terdapat larangan terhadap
penggunaan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat. Apabila ada larangan dalam
penggunaan bahasa, maka kata yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu
yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan tidak sopan terus tidak

4 Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-TabuDalam-Bahasa-Dan-Pemikiran-Melayu.

Page | 2


digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.5 Dapat disimpulkan bahawa tabu adalah suatu
perlarangan sosial terhadap kata, tingkah laku, benda dan orang yang dianggapkan tidak
diinginkan oleh seseuatu kelompok, budaya dan juga masyarakat dan penggunaannya perlu
dielakkan kerana memberikan malu, aib dan menimbulkan perlakuan kasar.
Dalam kelompok masyarakat, terdapat ungkapan yang dianggap tabu. Ungkapan
tersebut tidak diucapkan di hadapan tetamu dalam situasi formal malahan ketika situasi yang
tidak formal juga. Faktor penggunaan tabu ditegah oleh masyarakat kerana boleh
mendatangkan malu kepada penutur dan juga pendengarnya apabila kata atau ungkapan tabu
ini digunakan. Selain itu, tabu ini dielakkan kerana boleh mendatangkan bencana dan
melanggar kod etika atau moral dalam sesuatu anggota masyarakat. Oleh itu, secara tidak
langsung ungkapan yang dianggap tabu ini digantikan dengan ungkapan yang lebih sopan
yang disebut sebagai eufemisme.
3.0

DEFINISI EUFEMISME
Kewujudan istilah-istilah tabu yang dianggap dilarang pengunaannya maka wujudnya

pula unsur eufemisme dalam berbahasa untuk menyampaikan makna yang terkandung dalam
ungkapan yang dilarang itu. Eufemisme merupakan suatu keadaan yang wujud apabila
seseorang itu mencuba untuk tidak menjadikan bahasa atau perbuatan yang dituturkan

dianggap melanggar kod etika dan moral.
Istilah eufemisme dikatakan berasal daripada perkataan euphemism. Euphemism
membawa maksud cara untuk menggantikan kata atau ungkapan yang dianggap tabu daripada
digunakan bagi menghindari perkara-perkara yang menakutkan. Selain itu, eufemisme
dikatakan berasal daripada kata Yunani yang membawa maksud pemakaian kata atau
ungkapan dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk frasa yang bersifat lebih sopan. 6
5 Saville-Troike (1991, 2003) menyatakan bahawa tabu ialah sistem kod bahasa yang dilarang, diharamkan atau ditegahkan
untuk dipercakapkan pada masa dan tempat tertentu dengan sewenang-wenangnya.
6 Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-TabuDalam-Bahasa-Dan-Pemikiran-Melayu.

Page | 3

Melalui penggunaan eufemisme dalam memperkatakan sesuatu perkara yang dianggap tabu
dapatlah penutur dan pendengar menggunakan tanpa rase segan silu.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2013) eufemisme diertikan sebagai ungkapan
yang lebih halus untuk menggantikan ungkapan yang kasar. 7 Sebagai contoh, dalam bahasa
Melayu standard eufemisme buang air besar digunakan untuk merujuk kepada fungsi badan
berak pada badan manusia.8 Jelaslah, eufemisme ialah sebagai ungkapan atau bahasa kiasan
yang diperhalus supaya lebih sopan didengari dan tidak mengandungi makna yang kasar
tetapi makna yang dibawa itu sedap didengari oleh pendengar dengan tidak menyinggung

perasaannya.
4.0

ETIMOLOGI
Negeri Perak atau dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan sebuah negeri

yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia. Darul Ridzuan membawa
maksud negeri yang diredhai oleh Tuhan. Negeri Perak adalah negeri yang kedua terbesar di
Semenanjung Malaysia selepas negeri Pahang. Negeri Perak terletak di bahagian utara
Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan banyak negeri iaitu bersempadan dengan
Kedah dan Thailand di bahagian utara, Pulau Pinang di barat laut, Kelantan dan Pahang di
bahagian timur, Selangor di bahagian selatan dan Selat Melaka di baratnya. Perak membawa
maksud sejenis logam yang banyak digunakan untuk membuat tin. Negeri Perak terdiri
daripada sembilan daerah seperti berikut:

7 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1563.
8 Wardhaugh (1986:231), menjelaskan bahawa eufemisme wujud apabila masyarakat menamakan, menyolek dan
mencantikkan sesuatu yang dianggap tabu untuk menjadikannya lebih baik dan sopan.

Page | 4


Gambar 1 : Daerah-Daerah di Negeri Perak
Berdasarkan kepada Gambar 1 di atas, menunjukkan sembilan daerah yang ada di
negeri Perak iaitu Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Hulu
Perak, Perak Tengah serta Larut, Selama dan Matang sebagai satu daerah. Dalam kajian yang
dilakukan bagi melihat eufemisme dialek Melayu Perak, pengkaji hanya melihat dialek di
bahagian daerah Perak Tengah sahaja. Bagi bahagian daerah Perak Tengah, pengkaji
mendapati bahawa Perak Tengah terdiri daripada tujuh kawasan iaitu Kuala Kangsar, Sayong,
Karai, Bota, Parit, Lambor Kampung Gajah dan juga Tanjung Blanja. Akan tetapi, pengkaji
akan menfokuskan kepada kawasan Parit dan Kuala Kangsar sahaja. Manakala daerah-daerah
yang lain dikatakan dipengaruhi oleh dialek Kedah, dialek Patani dan juga dialek Selangor.9
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), dialek merupakan satu bentuk bahasa
yang digunakan dalam sesuatu dareah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada
9

Maruwiah Ahmat. (2008). Kenali Negeri Kita Perak Darul Ridzuan. Shah Alam. Karisma Publications Sdn. Bhd.
Hlm, 1-2.

Page | 5


bahasa standard.10 Dialek merupakan ragam atau variasi daripada satu bahasa yang sama yang
dapat dibezakan melalui ciri-ciri sebutan, kosa kata, atau tatabahasa. Dialek berkembang
daripada bahasa yang pada asalnya seragam tetapi lama-kelamaan bahasa tersebut mengalami
perubahan dan perubahan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang antaranya ialah
faktor masa dan faktor geografi.
Sama seperti di negeri-negri lain di Malaysia, Bahasa Malaysia merupakan bahasa
rasmi negeri Perak. Namun begitu, Perak juga mempunyai dialek yang tersendiri. Dialek
melayu Perak hanya merangkumi kawasan sekitar sempadan negerinya sahaja dan tidak
tersebar melampaui batasan sempadan seperti dialek kedah dan dialek Negeri Sembilan.
Dialek Perak yang dituturkan mempunyai gaya yang khusus dan tertentu yang berlainan dari
dialek-dialek lain. Namun demikian, kelainan yang ada pada gaya ini tidak menjejaskan
tatabahasa Melayu yang betul yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard. Malah, dialek
Perak boleh dikatakan satu variasi bahasa Melayu standard yang berlainan hanya dari segi
gaya bahasanya. Dialek Perak ini juga berbeza-beza dari satu kawasan dengan kawasan lain
di dalam negeri Perak sendiri.
Negeri Perak begitu unik dari segi bahasa dialeknya. Sebagai sebuah negeri yang
bersempadan dengan negeri lain. Perak juga tidak lari daripada menerima pengaruh dialek
lain. Misalnya, penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan
Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan loghat utara
atau dialek Kedah.

Di bahagian Hulu Perak pula di bahagian Ulu Perak, Larut Matang, Kroh, Grik dan
Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Manakala, di
selatan iaitu daerah Ipoh sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan
dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Kemudian, di bahagian Perak Tengah
seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Kg. Gajah dan Tanjung Blanja,
10 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 348.

Page | 6

dialeknya agak berbeza kerana perkataan diubah kepada bunyi ‘e pepet’ tetapi daerah Parit
dan Kuala Kangsar merupakan dialek asli ngeri Perak yang melambangkan jati diri sebenar
orang Perak.11 Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan eufemisme dialek Melayu
Perak, pengkaji menggunakan dialek asli Melayu Perak yang melibatkan kawasan Parit dan
Kuala Kangsar sahaja kerana terdapatnya persamaan di antara dialek yang digunakan di parit
dengan di Kuala Kangsar.
5.0

METODOLOGI
Bagi memperolehi bahan kajian, beberapa kaedah telah digunakan untuk


mendapatkan maklumat dalam kajian yang dijalankan. Pelbagai kaedah digunakan dalam
kajian ini adalah bertujuan memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat.
Kaedah yang terlibat ialah borong soal selidik, bahan rujukan, pemerhatian dan internet.
i.

Borang Soal Selidik
Data yang diperlukan bagi kajian ini dikumpul melalui kaedah soal selidik
soal selidik. Melalui kaedah ini, segala maklumat mengenai eufemisme dialek Melayu
Perak diperolehi dari responden dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini,
borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak
dijalankan. Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk
yang dikaji. Borang soal selidik yang disediakan dengan pelbagai persoalan seperti
kata eufemisme yang digunakan oleh orang Perak untuk menggantikan kata atau
ungakapan yang dianggap tabu dalam beberapa aspek yang dikaji seperti anggota
tubuh badan, fungsi sistem badan, seks, pekerjaan, binatang, sifat manusia dan
kematian. Bagi memastikan borang soal selidik dapat diedarkan dengan lancar serta
dikumpulkan kembali, pengkaji sendiri telah mengedarkan borang tersebut dan

11


Omar Rarouk Bajunid. (1989). Warisan Kesenian Perak. Kulau Lumpur. City Reprographic Services. Hlm, 5-7.

Page | 7

mengumpulnya kembali setelah responden selesai menjawab. Maklumat yang
diinginkan oleh pengkaji datang daripada borang soal selidik itu sendiri.
ii.

Bahan -bahan rujukan
Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah berbentuk sekunder. Sumber
sekunder

merupakan

sumber

data

yang

mentafsirkan

dan

merumuskan sumber primer. Sumber sekunder yang diguna pakai
dalam mendapatkan data mengenai tajuk kajian ialah bahan-bahan
rujukan bercetak. Bahan-bahan rujukan bercetak ini adalah berbentuk
buku-buku ilmiah, majalah, dan jurnal yang tertentu. Bahan-bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk kajian didapati di perpustakaan Universiti Sains Malaysia
melalui proses pencarian OPAC. Kaedah ini melibatkan pembacaan, penganalisaan,
penafsiran atau penilaian untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan tajuk
kajian. Pembacaan dilakukan terhadap buku-buku ilmiah dan majalah yang bertujuan
untuk membolehkan pengkaji memahami konsep tabu dan eufemisme.
iii.

Pemerhatian
Kaedah ini dijalankan secara langsung oelh pengkaji sendiri. Kaedah ini jelas
sekali digunakan sepanjang proses untuk menyiapkan kajian ini. Dalam perlaksanaan
kaedah ini ketelitian yang tinggi sangat dititikberatkan untuk melihat perbandingan
eufemisme dialek Melayu Perak dengan eufemisme bahasa Melayu standard. Kaedah
ini digunakan adalah untuk memastikan setiap maklumat tentang eufemisme
mengikut kehendak soalan melalui pemerhatian dan penelitiaan yang jitu.

iv.

Internet
Sumber internet yang digunakan adalah berbentuk dokumen

yang berbentuk ‘iPaper format’ serta berbentuk ‘portable document

Page | 8

format’ sebagai rujukan untuk mendapatkan data. Sumber rujukan
internet ini boleh dilayari dalam secara talian dan penggunaannya
sangatlah mudah dan cepat. Sumber rujukan internet ini digunakan
merupakan sumber yang mempunyai hak

cipta

sahaja

bagi

memastikan data tersebut sahih. Data yang diperoleh berkaitan
dengan tajuk perbincangan daripada dokumen yang telah dipilih
dikelompokkan bagi memudahkan proses untuk menggunakan data
tersebut dalam kajian yang dilakukan. Data yang ditemui mengenai
tabu dan eufemisme yang mempunyai kaitan dalam kajian yang
dilakukan.
6.0

PERBANDINGAN

EUFEMISME

DIALEK

MELAYU

PERAK

DENGAN

EUFEMISME BAHASA MELAYU STANDARD
Terdapat beberapa aspek dalam kehidupan manusia yang dianggap tabu oleh
masyarakat sehinggakan kata atau ungkapan yang kurang sopan, berbaur lucah dalam aspek
tersebut tidak disebut. Antara aspek yang dikaitkan dengan tabu ialah aspek yang berkaitan
dengan anggota tubuh badan manusia, fungsi badan manusia, seks, sifat manusia, kematian,
pekerjaan, binatang dan juga aspek pakaian. Ungkapan yang kurang sopan dan berbaur lucah
dalam aspek-aspek di atas bukan tidak boleh disebut tetapi penutur jati terutama penutur
Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard sendiri enggan untuk menyebutkannya.
Hal ini disebabkan penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard sangat
sensitif terhadap hal-hal yang berkaitan dengan binatang, anggota tubuh badan manusia,
fungsi badan manusia, seks, sifat manusia, kematian, pekerjaan, binatang dan juga aspek
pakaian. Untuk menggantikan ungkapan tersebut, penutur dialek Melayu Perak dan penutur
bahasa Melayu Standard menggantikan mereka dengan kata atau ungkapan yang lebih halus
atau dikenali sebagai eufemisme ketika melakukan interaksi.
Page | 9

6.1

Aspek Binatang
Aspek pertama yang mendorong kepada kewujudan eufemisme dalam dialek

Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard adalah eufemisme aspek binatang.
Aspek binatang dianggap tabu kerana mempercayai bahawa binatang liar memiliki
semangat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Kebiasaannya, amat takut
kepada haiwan seperti harimau, ular, babi, buaya dan tikus.
Tambahan lagi, dikatakan masyarakat bergantung kepada sumber hutan untuk
mendapatkan keperluan seperti rotan, damar dan lain-lain untuk industrti pembuatan.
Hal ini menyebabkan masyarakat masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan sumber
tersebut. Sewaktu berada dalam hutan, mereka tidak menggunakan nama asal
binatang tersebut kerana bimbang bertembung sehinggakan boleh mendatangkan
bahaya dan kecederaan. Bukan itu sahaja, masyarakat memegang kepercayaan karut
yang diajar oleh nenek moyang mereka bahawa binatang ini boleh mengganggu
tanaman dan ternakan sekiranya mereka mengganggu habitat binatang tersebut atau
membuat binatang tersebut marah. Oleh itu, masyarakat menggantikan
nama asal binantang itu kepada nama yang lain. Contohnya seperti
dalam jadual berikut:
Jadual 1 : Perbandingan Eufemisme Aspek Binatang antara Dialek Melayu Perak
dengan Bahasa Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme

tabu

dialek Melayu Perak

bahasa Melayu Standard

Harimau
Ular

Pak Belang
Pak Belengkor, cik U

Raja rimba, pak belang
Tali pinggang

Makna

Binatang mamalia yang buas
Binatang menjalar yang tidak berkaki
dan kulit bersisik

Page | 10

Buaya

Sang rangkak

Batang hanyut

Reptilia besar berkulit tebal dan
hidup dalam air

Babi

Kerbau pendek

Khinzir, cadburry

Binatang mamalia yang berbadan
gemuk dan berkaki pendek

Tikus

Mak iti, cik siti, cik ti,

Cik ti

Binatang mengerip yang seakan-akan
arnab

Berdasarkan kepada jadual 1, di atas menunjukkan perbandingan eufemisme
aspek binatang dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Terdapat
beberapa bintang yag tidak disebut oleh penutur dialek Melayu Perak dengan penutur
bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, berdasarkan kepada sesi soal selidik yang
dijalankan bersama responden mendapati bahawa bintang-binatang yang disenaraikan
dalam jadual 1 mendatangkan bencana kepada mereka sekiranya mereka masuk ke
hutan dan merosakkan tanaman mereka. Oleh kerana itu, responden menggantikan
nama asal binatang ini kepada nama yang lain.
Perkataan ‘harimau’ dianggap tabu kerana jika disebut sewaktu berada
dalam hutan, seolah-olah memanggil harimau tersebut datang. Jadi
untuk memolekkan perkataan tersebut, perkataan eufemisme digantikan dengan
perkataan ‘Pak Belang’ dalam dialek Melayu Perak. Hal ini kerana, perkataan ‘Pak
Belang’ merujuk kepada belang yang terdapat di bahagian badannya. Perkara ini
sama

dalam

bahasa

Melayu

standard,

turut

menggunakan

perkataan ‘Pak Belang’ untuk merujuk kepada perkataan ‘harimau’.
Dalam bahasa Melayu standard turut menggantikan pekataan
‘harimau’ kepada perkataan ‘Raja Rimba’ kerana menggangap
bahawa binatang ini merupkan raja kepada binatang-binatang yang
lain di dalam hutan. Apabila, terdapat perkataan seperti di atas
Page | 11

menyebabakan perkataan ‘harimau’ tidak disebutkan lagi terutama
ketika berada dalam hutan. Hal ini sama bagi perkataan ‘ular’ yang
turut dianggap tabu menyebabkan perkataan ini digantikan dengan
perkataan yang lain.
Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘ular’ digantikan
dengan perkataan seperti ‘Pak Belengkor’ dan ‘Cik U’. Hal ini kerana
perkataan ‘Pak Belengkor’ dan ‘Cik U’ merujuk kepada keadaan jalan ular yang
bengkang-bengkok. Hal ini berbeza dalam bahasa Melayu standard kerana perkataan
‘ular’ digantikan dengan perkataan ‘tali pinggang’. Ini disebabkan bentuk fizikal
binatang ini seperti benda yang digunakan untuk mengikat sesuatu. Binatang seperti
‘babi’ dan ‘tikus’ turut dikatakan sebagai tabu. Hal ini kerana, dikatakan binatangbintang ini amat bahaya apabila disebut nama asalnya dan menyumpah serta
memarahi marah bintang ini, binatang-binatang ini akan merosakkan segala tanaman.
Hal ini turut diperakui oleh responden dialek Melayu Perak. Maka perkataan ‘babi’
dan ‘tikus’ digantikan dengan perkataan yang lain tetapi makna tetap merujuk kepada
binatang tersebut.
Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘babi’ digantikan dengan perkatan
‘kerbau pendek’. Perkatan ‘kerbau pendek’ digunakan dalam dialek Melayu Perak
disebabkan perkataan ini merupakan perumpamaan yang selalu digunakan untuk
merujuk kepada binatang yang diharamkan oleh Islam. Selain itu, perkatan ‘kerbau
pendek’ merujuk kepada binatang ini dikatakan menyerupai binatang asalnya iaitu
kerbau dari segi tempat tinggal tetapi terdapat juga sedikit perbezaan iaitu bintang
‘babi’ ini merupakan binatang yang berbadan gemuk dan pendek. Hal ini berbeza
dengan bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘babi’ digantikan dengan perkataan

Page | 12

‘khinzir’ yang merupakan istilah berlapik atau istilah yang lebih sopan daripada
menyebut nama asal binatang ini.
Tambahan lagi, akibat daripada isu coklat ‘cadburry’ yang hangat
diperkatakan di media sosial mahupun media massa mengenai
terdapat unsur glatin babi, menyebabkan perkataan ‘babi’ digantikan
dengan istilah baharu. Perkara ini telah berubah. Jadi, perkataan ‘babi’
digantikan dengan perkataan ‘cadburry’. Perkataan ‘cadburry’ yang merujuk
kepada sejenis produk makanan berasaskan coklat. Hal ini sama
seperti perkataan ‘tikus’ yang dikatakan boleh merosakan tanaman.
Oleh itu, perkataan ‘tikus’ digantikan dengan perkataan yang lebih
sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tikus’ digantikan
dengan perkataan seperti ‘Mak iti’, ‘cik siti’ dan ‘cik ti’. Hal ini sama seperti
dalam bahasa Melayu standard, menggantikan perkataan ‘tikus’ kepada
perkataan‘cik ti’.
Berdasarkan kepada pengamatan yang dilakukan oleh pengkaji, mendapati
bahawa eufemisme aspek binatang dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu
standard. Terdapat penggunaan nama khas dalam dialek Melayu Perak untuk
menggantikan nama asal binatang-binatang yang disenaraikan dalam jadual di atas.
Sebagai contoh dapat dilihat seperti berikut:
Jadual 2 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama Asal Binatang
dalam Dialek Melayu Perak
Bahasa Tabu
Harimau
Ular
Buaya
Tikus

Ungkapan Khas
Pak belang, Raja Rimba
Cik U
Sang rangkak
Mak iti, cik siti, cik ti

Page | 13

Berdasarkan kepada Jadual 2, menunjukkan penggunaan ungkapan khas yang
menggantikan kesemua nama asal binatang yang disenaraikan dianggap tabu dalam
dialek Melayu Perak bagi mengelakkan diserang sewaktu berada dalam hutan serta
mengelakkan tanaman dan ternakan rosak. Hal ini turut berlaku dalam bahasa Melayu
standard iaitu penggunaan nama khas untuk menggantikan nama asal binatangbinatang yang disenaraikan dalam jadual di atas. Sebagai contoh dapat dilihat seperti
berikut:
Jadual 3 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama Asal Binatang
dalam Bahasa Melayu Standard
Bahasa Tabu
Harimau
Tikus

Ungkapan Khas
Pak belang
Mak iti, cik siti, cik ti

Berdasarkan kepada Jadual 3, menunjukkan penggunaan ungkapan khas yang
menggantikan kesemua nama asal binatang yang disenaraikan dianggap tabu dalam
bahasa Melayu standard bagi mengelakkan diserang dengan bintang-binatang ini
sewaktu berada dalam hutan serta mengelakkan binatang-binatang ini merosakkan
tanaman dan ternakan.
6.2

Aspek Sifat Manusia
Selain daripada aspek binatang, aspek sifat manusia juga dianggap tabu dalam

masyarakat Melayu termasuk penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa
Melayu standard. Hal ini kerana terdapat beberapa sifat manusia tidak disebut secara
terbuka ketika berkomunikasi demi tidak menyinggung dan menjada perasaan orang
lain. Bahkan, seperti maklum bahawa masyarakat Melayu termasuklah kedua-dua
penutur ini merupakan masyarakat timur yang telah dilatih dari zaman kanak-kanak
lagi dengan adat dan budaya yang tinggi moralnya supaya beradab dan bersopan
ketika menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan. Apabila kita mahu menyatakan
Page | 14

sifat orang di sekeliling kita tanpa menggunakan nama asal sifat manusia kerana
bimbang menyinggung perasaan orang tersebut maka kata-kata tersebut digantikan
dengan perkataan yang lebih sopan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam jadual seperti
berikut:

Jadual 4 : Perbandingan Eufemisme Aspek Sifat Manusia antara Dialek Melayu Perak
dengan Bahasa Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme

tabu
Kedekut

dialek Melayu Perak
Kemut,bakhil, tahi

bahasa Melayu standard
bakhil

sangat berkira-kira

Tamak
Gedik

hidung masin,
Lahap
Ngelenyor, mengeletai

Haloba
Mengada-ngada

sentiasa ingin mendapat banyak
Sifat seseorang yang membuat orang lain rasa

Malas
Degil
Pekak

Penyegan, liat
Ketegur, biut
Telinga sumbat

Malas
Keras kepala, keras hati
pekak

meluat.
tidak mahu berbuat apa-apa
tidak mahu menerima nasihat
pura-pura tidak mendengar,

Makna

badak
Dungu,

Biol, tengin

Tidak pandai

atau benar-benar tidak mendengar
tidak mudah mengerti ketika mempelajari

bodoh
Boros

Joli sangkan, bazio,

Tidak hemat

sesuatu
suka mengeluarkan wang berlebih-lebih atau

Angkuh

Menkih, gah, ranggi

Berlagak, sombong,

suka memakai barang berlebihan
Sifat yang suka memperlihatkan ketinggian

Bohong

Ngelat, be’deah, auta

megah, bangga, tinggi hati
Dusta, temberang

diri
berlainan daripada yang sebenarnya
Page | 15

Berdasarkan kepada jadual 4 di atas menunjukkan perbandingan eufemisme
aspek sifat manusia dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard.
Perkataan-perkataan yang disenaraikan dalam jadual di atas merupakan perkataan
yang dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu
Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, sekiranya kedua-dua
penutur menggunakan istilah tabu ketika melakukan hubungan interaksi dengan orang
lain ianya akan mengakibatkan berlaku masalah pergaduhan atau pertelingkahan
antara satu sama lain. oleh itu, mereka mengggantikan perkataan-perkataan tabu ini
kepada perkataan yang lebih sopan.
Berdasarkan jadual di atas, mendapati bahawa dalam dialek Melayu Perak,
perkataan ‘kedekut’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan
perkataan yang lebih lembut seperti perkataan ‘kemut’, ‘bakhil’, dan ‘tahi hidung
masin’ bagi merujuk kepada seseorang yang sangat berkira soal duit. Hal ini sama
dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘kedekut’ digantikan dengan perkataan yang
lebih lembut iaitu perkataan ‘bakhil’.
Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tamak’ dianggap tabu dan perkataan
tersebut digantikan dengan perkataan ‘lahap’ merujuk kepada sifat seseorang yang
sentiasa ingin mendapatkan sesuatu lebih daripada orang lain. Manakala, dalam
bahasa Melayu standarad, perkataan ‘tamak’ pula digantikan dengan perkataan
‘haloba’ yang membawa maksud yang sama iaitu sifat seseorang yang sentiasa ingin
mendapatkan sesuatu lebih daripada orang lain.
Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘gedik’ dianggap tabu. Hal ini kerana,
ianya boleh membuat orang lain tersinggung sekiranya kita mengatakan dirinya di
hadapan orang ramai dan mungkin memalukan. Oleh itu, perkatan ini digantikan

Page | 16

dengan perkataan ‘ngelenyor’ dan ‘mengeletai’ untuk merujuk kepada sifat seseorang
yang membuat orang lain rasa meluat. Manakala dalam bahasa Melayu standarad,
perkataan ‘gedik’ digantikan dengan perkataan ‘mengada-ngada’ yang membawa
maksud yang sama iaitu sifata seseorang yang membuat orang lain rasa meluat.
Seterusnya, perkataan ‘degil’ merupakan sifat yang dimiliki oleh manusia.
Perkataan ini dianggap tabu oleh masyarakat. Hal ini menyebabkan perkataan ‘degil’
digantikan dengan perkataan lain seperti ‘ketegur’ dan ‘liat’ dalam dialek Melayu
Perak. Perkataan ‘ketegur’ dan ‘liat’ sebenarnya merujuk kepada sifat seseorang yang
tidak mahu dengar nasihat. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2013),
perkataan ‘liat’ membawa maksud lembut tetapi tidak mudah patah atau putus.12 Hal
ini sangat bersesuaian dengan perkataan tabu iaitu perkataan ‘degil’. Manakala, dalam
bahasa Melayu perkataan perkataan ‘degil’ digantikan dengan perkataan lain seperti
‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ yang membawa maksud sifat seseorang yang tidak
mahu dengar nasihat. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati
bahawa perkataan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ yang menggantikan kepada
perkataan ‘degil’ merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa
Melayu merupakan bahasa yang dinamik dan mempunyai kata-kata sinonim untuk
merujuk sesuatu perkara atau hal.
Selain itu, perkataan ‘boros’ merupakan perkataan tabu dalam masyarakat.
Perkataan ini turut tabu dalam dialek Melayu Perak. Dalam dialek Melayu Perak,
perkataan ‘boros’ tidak disebut kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu,
perkataan ‘boros’ digantikan dengan perkataan yang dianggap lebih sopan daripada
perkataan asal iaitu perkataan ‘joli sangkan’ dan ‘bazio’. Perkataan ‘joli sangkan’
yang digunakan oleh penutur dialek Melayu Perak merujuk kepada seseorang yang
12

Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 935.

Page | 17

suka sangat berbelanja. Manakala perkataan ‘bazio’ berasal daripada perkataan ‘bazir’
hanya huruf [r] digantikan dengan huruf vokal [o] di belakangnya. Manakala dalam
bahasa Melayu standard pula, perkataan ‘boros’ digantikan dengan perkataan ‘tidak
hemat’ untuk merujuk kepada sifat seseorang yang mengeluarkan wang atau membeli
belah berlebihan.
Kemudian, perkataan ‘angkuh’ pula juga dianggap tabu. Oleh itu, perkataan
tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih sopan. Dalam dialek Melayu Perak,
perkataan ‘angkuh’ tidak disebut kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu,
perkataan ‘angkuh’ digantikan dengan perkataan yang dianggap lebih sopan daripada
perkataan asal iaitu perkataan ‘menkih’, ‘gah’ dan ‘ranggi’ untuk merujuk kepada
sifat yang suka memperlihatkan ketinggian diri. Manakala, dalam bahasa Melayu
standard pula, perkataan tersebut digantikan dengan perkataan ‘berlagak’, ‘sombong’,
‘megah’, ‘bangga’dan ‘tinggi hati’ untuk merujuk kepada sifat yang suka
memperlihatkan ketinggian diri. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan
mendapati bahawa perkataan ‘tingggi hati’ yang menggantikan kepada perkataan
‘angkuh’ merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu
merupakan bahasa yang dinamik. Akhir sekali, berdasarkan jadual di atas, mendapati
bahawa dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘bohong’ dianggap tabu dan perkataan
tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti perkataan ‘ngelat’,
‘auta ’dan ‘be’deah’ bagi merujuk kepada sifat manusia yang mencerita sesuatu yang
berlainan daripada yang sebenarnya. Manakala, dalam bahasa Melayu standard,
perkataan ‘bohong’ digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan
‘dusta’yang merujuk maksud yang sama.
6.3

Aspek Anggota Tubuh Badan Manusia

Page | 18

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan eufemisme dalam
dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard adalah eufemisme aspek
anggota badan manusia. Aspek anggota badan manusia dianggap tabu kerana
masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa
Melayu standard merupakan masyarakat timur yang masih menggunakan adat dan
budaya yang tinggi nilai moralnya dalam kehidupan seharian. Selain itu, kedatangan
Islam ke negara-negara di Asia Tenggara menyebabkan hal berkaitan moral dan
akhlak diterapkan ke dalam diri masyarakat. Ajaran yang dibawa sangat menepati
dengan sifat masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan
penutur bahasa Melayu standard kerana kita amat mementingkan soal maruah dan
harga diri.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), ada menjelaskan bahawa
anggota tubuh manusia ialah tubuh, jasad, keadaan bentuk badan dari segi fizikal atau
susuk badan.13 Anggota tubuh badan manusia terbahagi kepada dua iaitu anggota
badan manusia dari segi fizikal dan juga dari segi dalaman. Anggota tubuh badan
manusia dari segi fizikal seperti tangan, jari, kaki, lengan, betis dan lain-lain tidak
dianggap tabu oleh penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu. Hal ini
disebabkan, anggota tubuh badan fizikal manusia merupakan bahagian yang boleh
diperkatakan walaupun di khalayak ramai tanpa ada rasa malu.
Hal ini berbeza dengan anggota tubuh manusia dari segi dalaman. Anggota
tubuh badan manusia dari segi dalaman dianggap sebagai anggota tubuh badan sulit.
Anggota tubuh badan sulit manusia seperti zakar, faraj, buah dada dan dubur dianggap
tabu oleh masyarakat Melayu termasuklah juga penutur dialek Melayu Perak dan
penutur bahasa Melayu standard. Hal ini menyebabkan penutur kedua-duanya tidak
13

Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1720.

Page | 19

menyebut kata atau ungkapan yang berkaitan dengan anggota tubuh badan sulit
manusia secara terbuka dan sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Bagi penutur
dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard, sekiranya mereka
menggunakan kata atau ungkapan tersebut ianya akan menimbulkan rasa malu dan
segan kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya. Oleh itu, digantikan dengan
leksikal kata nama, kata adjektif atau kata kerja atau frasa eufemisme tertentu apabila
untuk merujuk kepada hal tersebut. Hal ini diperjelaskan seperti di dalam jadual
berikut:
Jadual 5 : Perbandingan Eufemisme Anggota Tubuh Badan Manusia antara Dialek
Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme
Makna

tabu
Tetek

dialek Melayu Perak
Kopek

bahasa Melayu Standard
Payu dara, nasi lemak,

Payu dara perempuan

Pantat,

Apam,bunga kering

buah-buahan
Karipap, apam, bunga, vagina

Kemaluan wanita

nonok
Punai
Jubur
Bulu

Burung, cipit
Punggung
Hutan, bulu cemot,

Burung, belalai, zakar
Punggung
Bulu kemaluan

Kemaluan lelaki
Bahagian sebelah belakang
Rambut halus pada kemaluan

pubis

aghi-aghi
Berdasarkan kepada jadual 5 di atas menunjukkan perbandingan eufemisme
aspek anggota badan manusia dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu
standard. Kata yang disenaraikan di atas telah disolekkan kepada kata yang lebih
sopan. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden berkaitan
eufemisme anggota tubuh badan manusia mengikut dialek Melayu Perak seperti
perkataan ‘tetek’ tidak mempunyai kata yang sopan untuk merujuk kepada payu dara
yang dimiliki oleh perempuan. Malahan dalam dialek Melayu Perak, menggunakan
perkataan ‘kopek’ yang masih dianggap tabu dalam bahasa Melayu standard. Hal ini
Page | 20

berbeza dengan bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘tetek’ itu disolekkan
kepada perkataan yang lebih sopan supaya tidak mendatangkan malu kepada penutur
dan juga pendengarnya. Perkataan ‘tetek’ digantikan dengan perkataan ‘payu dara’,
‘nasi lemak’ dan ‘buah-buahan’. Di sini dapat dilihat, dalam bahasa Melayu standard
menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis makanan tradisional Melayu dan
sejenis buah-buahan seperti betik dan epal. Perkataan ‘nasi lemak’ ini digunakan
dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada saiz payu dara wanita manakala
perkataan ‘buah-buahan’ digunakan kerana bentuk payu dara wanita menyerupai
buah-buahan tersebut.
Seterusnya, kemaluan wanita turut dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak
dengan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, ianya boleh mendatangkan rasa malu
kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya. Kata yang merujuk kepada kemaluan
wanita seperti ‘pantat’ dan ‘nonok’ tidak disebut secara terbuka dan menyebabkan
perkataan ini dimolekkan dengan perkataan yang lebih lembut. Dalam dialek Melayu
Perak, perkataan ‘pantat’ dan ‘nonok’ digantikan dengan perkataan ‘apam’ dan
‘bunga kering’ untuk merujuk kepada kemaluan wanita. Hal ini sama dalam bahasa
Melayu standard di mana perkataan ‘pantat’ dan ‘nonok’ turut digantikan dengan
perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kemaluan wanita iaitu perkataan ‘apam’
dan ‘bunga’. Di sini dapat dilihat dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu
menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis kuih tradisional Melayu dan sejenis
bunga.
Namun dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘pantat’ dan ‘nonok’ turut
digantikan dengan perkataan ‘karipap’. Hal ini dapat dilihat bahawa dalam bahasa
Melayu standard menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis kuih tradisional
Melayu. Di sini dapat membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai
Page | 21

kepakaran untuk menggunakan metafora untuk menyebut perkataan yang dianggap
tabu. Selain itu, terdapat ungkapan khas iaitu ‘vagina’ bagi merujuk kepada kemaluan
wanita dalam bahasa Melayu standard.
Hal ini sama untuk kemaluan lelaki. Kemaluan lelaki juga dianggap tabu
dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu standard. Kata yang merujuk kepada
kemaluan lelaki tidak disebut secara terbuka di hadapan khalayak ramai kerana ianya
boleh mendatangkan rasa malu kepada penutur itu sendiri dan pendengarnya.Perktaan
‘punai’ tidak disebut dan perkataan ini disolekkan dengan perkataan perkataan yang
lebih sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘punai’ digantikan dengan
perkataan ‘burung’ dan ‘cipit’ untuk merujuk kepada kemaluan lelaki. Hal ini sama
dengan bahasa Melayu standard, di mana perkataan ‘punai’ digantikan dengan
perkataan ‘burung’. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati
bahawa dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard menyamakan
kemaluan lelaki dengan sejenis burung yang mempunyai sayap. Terdapat perkatan
lain yang digunakan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada kemaluan
lelaki iaitu perkataan ‘belalai’. Perkataan ‘belalai’ merujuk kepada hidung yang
panjang seperti yang terdapat pada gajah berdasrarkan Kamus Dewan Edisi Keempat
(2013).14 Tambahan lagi terdapat ungkapan khas iaitu ‘zakar’ bagi merujuk kepada
kemaluan lelaki dalam bahasa Melayu standard.
Seterusnya, perkataan ‘dubur’ turut dianggap tabu oleh masyarakat kerana
ianya mendatangkan malu kepada penutur dan pendengarnya apabila perkataan ini
disebut. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘dubur’ digantikan dengan perkataan
yang sopan iaitu perkataan ‘punggung’. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard
di mana perkataan ‘punggung’ merupakan eufemisme untuk perkataan ‘dubur’.
14

Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 150.

Page | 22

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) menyatakan bahawa punggung
merpakan pantat, bokong atau pinggul atau di bahagian sebelah dada manusia.15 Oleh
itu, ungkapan punggung dalam bahasa Melayu standard tidak dianggap sebagai tabu.
Selain daripada perkataan ‘punggung’, terdapat eufemisme lain yang digunakan oleh
penutur bahasa Melayu standard iaitu perkataan ‘belah belakang’ dan ‘bamper’.
Perkataan ‘bulu pubis’ turut dianggap tabu oleh penutur dialek Melayu Perak
dengan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini keran ianya mendatangkan rasa malu
dalam diri penutur dan pendengarnya. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘bulu
pubis’ dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih
lembut seperti perkataan ‘hutan’, ‘bulu cemot ’dan , ‘aghi-aghi’ yang merujuk kepada
rambut halus pada kemaluan. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, perkataan
‘bulu pubis’ digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan ‘bulu
kemaluan’yang merujuk maksud yang sama.
6.4

Aspek Fungsi Anggota Tubuh Badan Manusia
Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan eufemisme adalah

aspek fungsi anggota tubuh badan manusia. Aspek fungsi anggota tubuh badan
manusia ini merujuk kepada hal-hal yang berkaitan seperti berak, kencing, kentut,
bunting, menopause dan haid. Ungkapan yang menyentuh fungsi anggota tubuh badan
manusia ini dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuk kedua-dua penutur yang
dikaji. Selain itu, aspek ini mengandungi ungkapan yang dianggap sebagai kotor dan
kasar serta tidak boleh diterima pakai sewaktu berkomunikasi dengan orang lain. Oleh
kerana itu, kata atau ungkapan tersebut digantikan dengan kata atau ungkapan yang
lebih sopan seperti dalam jadual seperti berikut :

15 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1249.

Page | 23

Jadual 6 : Perbandingan Eufemisme Fungsi Tubuh Badan Manusia antara Dialek
Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme
Makna

tabu

dialek Melayu Perak

bahasa Melayu Standard

Uzur, datang kotor, lampu
Haid

Darah kotor yang keluar dari
Datang bulan, lampu merah

merah, datang pakai

rahim wanita pada setiap bulan

Melepas, membuang angin,

Membuang angin, melepas

Angin yang keluar dari bahagian

melepeh

bom

belah belakang manusia
Air najis yang keluar dari

Kayo, buang hajat kecil

Buang air kecil

Kentut

Kencing

kemaluan
Membuang, melabur,
Berak

Najis yang keluar dari bahagian
Buang air besar

melepas, mengheban, kincit

belah belakang manusia

Udah lekat, ngandung,

Perempuan yang mempunyai

Bunting

Mengandung, berbadan dua
hamil

janin dalam rahim
Berdasarkan kepada jadual 6 di atas menunjukkan perbandingan eufemisme

aspek fungsi badan manusia dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu
standard. Kata yang dianggap tabu telah disolekkan kepada kata yang lebih sopan.
Perkataan ‘haid’ digantikan dengan perkataan eufemisme kerana perkataan tersebut
mendatang rasa malu terutama wanita. Dalam dialek Melayu Perak, digantikan
dengan perkataan lain seperti ‘uzur’, ‘datang kotor’, ‘lampu merah’ dan ‘datang
pakai’ untuk merujuk kepada darah kotor yang keluar daripada rahim wanita pada
setiap bulan. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard di mana perkataan
eufemisme iaitu ‘lampu merah’ turut digunakan. Perkataan ‘lampu merah’ dalam
Page | 24

dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard merujuk kepada turun atau
keluar darah haid pada perempuan. Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah
dilakukan bahawa perkataan ‘lampu merah’ merupakan metafora yang merujuk
kepaada haid yang dapat dilihat dari dua sudut. Pertama perkataan ‘lampu merah’
merujuk kepada isyarat berhenti dalam sistem lalu lintas serta perkataan ‘lampu
merah’ merujuk kepada isyarat amaran supaya semasa haid, aktiviti yang berkaitan
dengan seks harus diberhentikan sementara. Kedua, perkataan ‘merah’ merujuk
kepada warna darah kotor tersebut kerana warna merah membawa makna darah kotor
itu seperti warna darah. Selain itu, perkataan ‘datang bulan’ turut digunakan dalam
bahasa Melayu standard untuk merujuk darah haid yang kelura daripada rahim wanita.
Seterusnya, perkataan ‘kentut’ dalam dialek Melayu Perak digantikan dengan
perkataan seperti ‘melepas’, ‘membuang angin’ dan ‘melepeh’. Perkataan-perkataan
ini digunakan untuk merujuk kepada angin yang keluar dari bahagian belah belakang
manusia. Perkataan ‘membuang angin’ merupakan ungkapan kata kerja yang turut
diguna pakai dalam bahasa Melayu standard. Namun begitu, terdapat perkataan lain
yang digunakan untuk menggantikan perkataan tabu tersebut iaitu perkataan ‘melepas
bom’ yang merupakan ungkapan kata kerja yang diumpamakan sebagai bunyi yang
dikeluarkan sangat kuat dan angin tersebut ditekan keluar dari perut.
Perkataan ‘kayo’ dan ‘buang hajat kecil’ merupakan penggantian eufemisme
dalam dialek Melayu Perak yang digunakan untuk menutup sesuatu perkara yang
tidak elok bunyinya iaitu perkataan ‘kencing’. Penggunaan perkataan eufemisme ini
bertujuan berlaku sopan terhadap orang yang diajak bercakap yang merupakan orang
yang lebih tua dan berpengalaman. Manakala, dalam bahasa Melayu standard,
perkataan ‘kencing’ digantikan dengan ungkapan kata kerja iaitu ‘buang air kecil’
yang merupakan eufemisme bagi perkataan ‘kencing’ yang merujuk kepada air najis
Page | 25

yang keluar dari kemaluan. Tambahan lagi, perkataan seperti ‘kencing manis’ dan
‘kencing darah’ tidak dianggap sebagai perkataan tabu sebaliknya sebaliknya telah
menjadi mantap. perkataan seperti ‘kencing manis’ dan ‘kencing darah’ yang merujuk
kepada kepada penyakit. Penggunaan ‘kencing’ dalam konteks kesihatan tidak
menimbulkan reaksi kasar, biadap dan seumpamanya.
Perkataan ‘berak’ merupakan perkataan yang rendah dan dianggap kasar.
Perkataan ‘membuang’, ‘melabur’, ‘melepas’, ‘mengheban’ dan ‘kincit’ merupakan
penggantian kepada perkataan ‘berak’ dalam dialek Melayu Perak. Perkataanperkataan tersebut digunakan untuk menutup sesuatu perkara yang tidak elok
bunyinya iaitu perkataan ‘berak’. Manakala dalam bahasa Melayu standard, perkataan
‘berak’ membawa maksud najis yang keluar daripada punggung. Penutur bahasa
Melayu standard biasanya menggunakan ungkapan kata kerja ‘buang air besar’
sebagai eufemisme ‘berak’. Perkataan ‘udah lekat’, ‘ngandung’, dan ‘hamil’
merupakan penggantian eufemisme dalam dialek Melayu Perak untuk menggantikn
perkataan ‘bunting’. Manakala dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘bunting’
mempunyai tahap penggunaan yang rendah dan menggangap perkataan ini sebagai
kasar dan kesat. Hal ini kerana perkataan ‘bunting’ kebiasaanya perkataan ini dipakai
untuk binatang sahaja. Oleh kerana itu, perkataan ‘bunting’ digantikan dengan
perkataan ‘mengandung’ dan ‘berbadan dua’ yang lebih sesuai dipakai untuk
manusia.
6.5

Aspek Seks
Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan eufemisme adalah

aspek seks. Aspek seks juga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, kata
atau ungkapan tersebut digantikan dengan kata atau ungkapan yang lebih sopan
seperti dalam jadual seperti berikut :
Page | 26

Jadual 7 : Perbandingan Eufemisme Seks antara Dialek Melayu Perak dengan Bahasa
Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme

tabu

dialek Melayu Perak

bahasa Melayu Standard

Cium

Sayang, melat

Kucup

Mengenakan bibir pada sesuatu

Peluk

Paut, dakap,

dakap

Dakap

Kulum

Melat, hisap, kemam,

Hisap

menyedut masuk (ke dlm hidung

Hubungan kelamin,

atau mulut)
melakukan perhubungan jenis,

hubungan intim

berjimak, bersanggama,

bersetubuh Ngentot, bersama,
ngenen

Makna

berseketiduran
Pondan

Mak nyah

Mak nyah

Lelaki yang lebih bersifat
keperempuanan

Berdasarkan kepada jadual 7 menunjukkan perbandingan eufemisme seks
antara dialek melayu perak dengan bahasa melayu standard. Dalam dialek Melayu,
perkataan seperti ‘cium’ digantikan dengan penggantian eufemisme iaitu perkataan
‘sayang’ dan ‘melat’ untuk merujuk kepada keadaan bibir manusia yang dikenakan
kepada sesuatu. Seterusnya, perkataan ‘peluk’ digantikan dengan penggantian
eufemisme iaitu perkataan ‘paut’ dan ‘dakap’ yang merujuk kepada keadaan badan
manusia yang dikenakan kepada sesuatu. Perkataan ‘kulum’ digantikan dengan
penggantian eufemisme iaitu perkataan ‘melat’, ‘hisap’ dan ‘kemam’ pula merujuk
kepada menyedut masuk. Perkataan ‘bersetubuh’ dianggap tabu oleh penutur dialek
Melayu Perak digantikan dengan perkataan ‘ngentot’, ‘bersama’, dan ‘ngenen’ yang
merujuk kepada melakukan perhubungan. Hal ini sama dalam bahasa Melayu
standard, perkataan seperti ‘cium’ digantikan dengan penggantian eufemisme ‘kucup’.
Perkataan ‘dakap’ turut digunakan oleh penutur bahasa Melayu standard. Perkataan
Page | 27

‘kulum’ digantikan dengan penggantian eufemisme ‘hisap’ yang turut digunakan
dalam bahasa Melayu standard. Perkataan ‘bersetubuh’ digantikan dengan perkataan
‘hubungan kelamin’ dan ‘hubungan intim’. Perkataan ‘hubungan kelamin’ dan
perkataan ‘hubungan intim’dalam bahasa Melayu standard merujuk kepada hubungan
lelaki dan perempuan. Perkataan ‘pondan’ digantikan dengan perkataan ‘mak nyah’
dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada
Lelaki yang lebih bersifat keperempuanan.
6.6

Aspek Kematian
Tabu dan eufemisme tidak terhad. Salah satu adalah aspek kematian.

Contohnya seperti berikut:
Jadual 8 : Perbandingan Eufemisme Kematian antara Dialek Melayu Perak
dengan Bahasa Melayu Standard
Bahasa

Eufemisme

Eufemisme

tabu

dialek Melayu

bahasa Melayu Standard

mati

Perak
Ghopah, kolu,

Mayat

arwah

Kubur
Tanamkan

Makna

Meninggal dunia, sudah
sampai masa, sudah tiada
arwah

tidak bernyawa lagi

Batu dua,

enam kaki dalam, batu dua,
rumah kekal, liang lahad

Tempat pengebumian

Simpan, kebumi,

kebumikan

Tanam,kebumikan=menanam,

Roh yang telah meninggal dunia

Simpan= tidak membuang
Bini si mati

Janda, balu

Isteri arwah

Perempuan yang menjadi pasangan
hidup kepada orang yang meninggal
dunia

Berdasarkan kepada jadual 8 menunjukkan perbandingan eufemisme kematian
antara dialek melayu perak dengan bahasa melayu standard. Perkataan ‘mati’
Page | 28

didefinisikan sebagai tidak bernyawa. Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mati’
diagntikan dengan perkatan ‘ghopah’ dan ‘kolu’ merujuk kepada tidak bernyawa lagi.
Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘mati’ adalah
perkataan ‘meninggal dunia’, ‘sudah sampai masa’ dan ‘sudah tiada’ yang merupakan
eufemisme dalam bentuk kiasan atau metafora yang sering diguna pakai. Ungkapan
‘sudah tiada’ digunakan untuk merujuk kepada peristiwa kematian. Kata metafora ini
menunjukkan sesuatu yang wujud sekarang tetapi sudah tiadal lagi atau kosong.
Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mayat’ digantikan dengan perkatan
‘arwah’ merujuk kepada roh tau jiwa yang telah meninggal dunia. Manakala, dalam
bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘mayat’ adalah

perkataan

‘arwah’ yang merupa