DASAR dasar ilmu tanah cover (1)

DASAR PENGURUSAN HEM (berkuat kuasa mulai 30.12.2009)
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS

1.1

BukuJadualKedatanganMurid(BJKM )
1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan
pertama persekolahan.
1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap hari persekolahan seb elum pukul
9.00 pagi * Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat
dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam
masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut:
 Tandakan ’/ ’ sekiranya murid hadir.
 Tandakan ’O’ sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
 Tandakan ’S’ dalam bulatan sekiranya tidak hadir
bersebab. (surat pengesahan daripada ibu bapa/penjaga
atau sijil sakit).
 Tandakan ’L’ dalam bulatan sekiranya murid lewat
(dikira hadir).
 Tandakan ’W’ dalam bulatan sekiranya murid mewakili

sekolah (dikira hadir).
 Tandakan ’G’ dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan (dikira tidak hadir).
 Elakkan Budaya Comot. Cecair pemadam tidak boleh
digunakan. Segala kesilapan hendaklah dipotong dan
ditandatangani ringkas.
1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat lewatnya pada jam 9.00 pagi setiap hari. Pada hari Isnin dan
Jumaat, Ketua Tingkatan (KT) akan memaklumkan kehadiran
kepada guru tingkatan masing-masing dan guru tingkatan akan
memulangkan BJKM selepas selesai perhimpunan. Pada hari
Selasa, Rabu dan Khamis, K T akan memaklumkan kehadiran pada
waktu pertama dan kemudian memulangkan BJKM di rak kelas
masing-masing.
1.1.5 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 2 haribulan tiap -tiap
bulan berikutnya.

1

1.2


Pelajar”BukanWargaNegara”(BWN)
1.2.1 Bagi murid ”Bukan Warga Negara” (BWN), bayaran levi
sebanyak RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur setiap tahun terlebih dahulu sebelum
didaftar sebagai murid sekolah. Resit ba yaran mesti ditunjukkan
kepada PK HEM. Setiap murid BWN juga dikenakan bayaran
tambahan seperti murid lain.

1.3

FailPeribadiMurid(Folder)
1.3.1 Semua murid dari kelas Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam
wajib mempunyai fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru
Tingkatan ditulis pada helaian pertama fail.
1.3.3 Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar pelajar dengan
menggunakan kertas keras. En. Sahbudin akan menyediakan
dokumen yang berkaitan.
1.3.4 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad
pengenalan, keputusan peperiksaan UPSR/PMR, dll disimpan

dalam fail ini. Dengan salinan keputusan Peperiksaan Dalaman dan
Buku Kesihatan murid. Buku Kesihatan yang diuruskan oleh AJK
Kesihatan dan Anti Denggi akan disimpan di B ilik Rawatan.
1.3.5 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3.6 Semua fail perlu disimpan dalam ’loker’ berlabel di bilik
Peperiksaan.

1.4

FailKelasGuruTingkatan
1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga
bagi memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat
gantung/buang sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail
ini.
1.4.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK Hem. PK
HEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas.

2


1.5

PendaftaranMuridBaru
1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras
tingkatan. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh
penyelaras tingkatan terlebih dahulu).
1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status
kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar dilakukan.
Mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Maklumat
Murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada
masa itu juga. Jika murid membawa bersama SMM dari sekolah
asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.

1.5.3 Tingkatan Dua hingga PraU(A)
 Kumpulkan Borang SMM yang telah lengkap dan
serahkan kepada guru SMM. Guru tingkatan 1 dan
PraU(R) akan memasukkan data pelajar-pelajar baru.
Bagi guru tingkatan 2, 3, 4, 5 dan PraU(A), guru -guru
hanya mengemaskini data SMM yang telah dibuat dan

menyerahkan ’hard copy’ pada guru SMM.
1.5.4 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima
sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.5.5 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan
memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.6 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak
yatim/pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS,PEKA,Folio
KH, PAFA, dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.5.8 Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket kepada
guru tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya
kepada guru SMM untuk pengisian butiran di komputer.
1.6

BukuTeks
1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan
dan pemulangan buku teks.
3


1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks.
1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks
dengan plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang
tidak balut buku akan diminta membeli pembalut buku dalam ’Ops
rambut’. Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid
agar tidak meninggalkan buku teks di sekolah.
1.6.5 Guru mata pelajaran m emastikan murid membawa buku teks ke
sekolah. Denda boleh dikenakan ke atas murid -murid yang tidak
membawa buku teks seperti berdiri di belakang kelas. Murid tidak
boleh dihukum berdiri di atas kerusi atau meja. Guru-guru boleh
menulis hukuman yang diberikan di helaian BKK.
1.6.6 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada
hari pertama persekolahan.
1.7

MuridKeluar/Bertukar/Berpindah
1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mencatatkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.7.3 Pertukaran keluar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
 Merekodkan judul buku yang dipulangkan.(Sila guna
borang khas di pejabat)
 Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru
SPBT.
1.7.4 Pertukaran dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah
baru.(Sila guna borang khas di pejabat).
 Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru
SPBT.
1.7.5 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi muridmurid yang telah berada di SAB sekurang-kurangnya selama satu
(1) tahun.
1.7.6 Guru tingkatan menyediakan Surat Akuan Murid bagi murid-murid
yang belajar di SAB lebih daripada 6 bulan.
1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri
dan diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir
persekolahan (bergantung kepada keadaan).
4

1.8


Pengurusan&OrganisasiKelas
1.8.1 Melantik Jawatankuasa Kelas:
 Ketua Tingkatan + MPP
 Penolong Ketua Tingkatan + MPP
 Bendahari
 AJK Kebersihan – 2 orang
 AJK Keceriaan – 2 orang
 AJK SPBT – 2 orang
 Skuad Prasarana – 2 orang
 AJK ICT (celik ICT) – 2 orang
 AJK setiap Mata Pelajaran
1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
 Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
 Jadual Waktu
- ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
 Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas

 Pelan kedudukan murid - ditampal di atas meja Guru
 Inventori Kelas
- ditampal pada pintu
 Papan Kenyataan
- milik kelas tersebut
 Moto Kelas
- ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
 Misi & Visi Sekolah,
- ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas
Misi & Visi KPM,
Piagam Pelanggan,
Moto Sekolah, PIPP
(Nota: Misi,Visi dan Moto SAB akan menjadi soalan
wajib bagi mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan. Semua murid perlu menghafal
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris )
 Sudut Program Pencegahan Dadah
 Sudut Bacaan Kelas

 Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu
semasa – ditampal pada papan kenyataan di belakang
kelas
 Alatan pembersihan
 Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja murid mencukupi dan telah
diberi nombor siri.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perabot yang
rosak.
5

1.8.6 Kebersihan kelas:
 Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan
keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur
sebelum mula mengajar atau menggantikan guru
dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
 Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah
dibuang pada waktu akhir setiap hari.

5 minit sebelum berakhir P & P, murid bertugas
mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan
guru. Semua murid menaikkaan kerusi ke atas
meja. Menutup lampu dan kipas serta pintu
sebelum meninggalkan kelas. Memastikan pintu
kelas dikunci.
1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah
menjadi tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika
hilang atau rosak.
1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
 Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta
suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak
kepada guru berkenaan (Guru Perabot/Guru
Pembangunan).
 Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang
dilantik menjalankan tugas dengan cekap dan penuh
dedikasi.
 Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya
terpulang kepada budi bicara guru dan kemampuan
murid. (Diputuskan dalam mesyuarat kelas dan
diminitkan. Satu salinan Minit Mesyuarat kelas
hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewatlewatnya pada minggu pertama).
Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan
berikut:



Bahan-bahan keceriaan kelas
Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.

6

1.9

SenaraiNamaMuridDalamKelas(AwalTahun)
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:
Kelas : ____________
Nama Guru Tingkatan : _______________

Bil

No. Pendaftaran

Nama Penuh Murid(spt
KP & susun ikut abjad)

L/P

Kelas
(2009)

Bangsa

BWM

Catatan

1.
2.
3.

40.

Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada minggu 1 sesi persekolah an

1.10

SenaraiNamaMuridYangTidakMelaporkanDiri/TidakHadir
TanpaSebab
1.10.1 Mengisi borang senarai nama murid yang tidak melaporkan
diri. Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir
ke sekolah sejak hari pertama persekolahan sesi 20 10,
tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat
sakit.
1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat -surat
amaran ponteng sekolah dan surat buang sekolah kepada
ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang telah
ditetapkan.

2.0

DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN
2.1

PontengSekolah
2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir
sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau
surat sakit pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru Tingkatan hendaklah menendakan ‘O’ dalam BJKM kelas.

7

2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng Sekolah adalah seperti
berikut :
Tindakan

Ponteng Berterusan



Amaran 1
Amaran 2
Amaran 3
Buang Sekolah
Jumlah keseluruhan

3 hari berturut-turut
7 hari selepas Surat
Amaran 1
 7 hari selepas Surat
Amaran 2
 14 hari selepas Surat
Amaran 3
31 hari

Ponteng Berkala/Tidak
Berturutan
 10 hari
 10 hari selepas Surat
Amaran 1
 20 hari selepas Surat
Amaran 2
 20 hari selepas Surat
Amaran 3
60 hari

2.1.4 Guru Tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di
atas dalam borang RPS. Rekod hantaran surat kepada ibubapa /
penjaga (dalam fail kelas).
2.1.5 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari
pejabat sekolah.
2.1.6 Surat Amaran 1, 2 dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan
ditandatangani oleh Guru Tingkatan (bp Pengetua) :
Amaran 1
Amaran 2
Amaran 3
»
»
»

Ditandatangani oleh PK HEM
(bp Pengetua)
Ditandatangani oleh Pengetua

Salinan 1 (untuk ibu bapa / penjaga)
Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod
Salah Laku di pejabat sekolah)
Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas
guru Tingkatan)

2.1.7 Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar
kepada PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani
oleh Pengetua.
***Surat Buang Sekolah mesti disertakan dengan salinan
Surat Amaran 1, 2 dan 3(daripada fail kelas Guru
Tingkatan).
8

2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah
dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi :
»
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah
membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga
masing-masing.
»
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah
membawa surat jawapan daripada Ibu bapa/penjaga
masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM
terlebih dahulu.
»
Selepas surat Amaran 3, murid mestilah datang ke
sekolah bersama-samaIbu bapa/penjaga dan
berjumpa dengan Pengetua. Murid hanya
dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua
berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu
bapa atau penjaga melalui surat akur janji.
»
Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula
setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak
Pejabat Pelajaran Daerah Wilayah Persekutuan.
2.1.9 Ponteng Kelas/Sekolah
Kali 1
Kali 2
Kali 3

Kali 4

Kali 5





















Denda kerja kebajikan (5 minit)
Nama direkod dalam buku salah laku murid
Denda kerja kebajikan (10 minit)
Nama direkod dalam buku salah laku murid
Denda kerja kebajikan (15 minit)
Surat amaran I
Hubungi Ibu Bapa
Kaunseling
Nama di catat dalam rekod salah laku
Denda kerja kebajikan (20 minit)
Surat amaran II
Kaunseling
Hubungi Ibu Bapa
Nama direkod
Denda kerja kebajikan (30 m init)
Surat amaran III
Kaunseling
Hubungi Ibu Bapa/jumpa dengan PK HEM
9



Kali ke
10 -14

Kali ke
15 – 30

Kali ke
31 - 60
Kali ke 61
ke atas

2.2

















Lapor pentadbir
Kerja sosial (1jam)
Hubungi Ibu Bapa
Kontrak/Aku Janji
Lapor pentadbir
Kaunseling
Nama direkod
Nama direkod
Kerja sosial (1 ½ jam)
Hubungi Ibu Bapa
Kaunseling
Hubungi Ibu Bapa
Kaunseling
Gantung Persekolahan
Buang sekolah

BukuKawalanKelas(BKK)
2.2.1 Semua Guru Tingkatan mesti memastikan kelas m ereka
mempunyai BKK setiap hari.
2.2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Tingkatan pada waktu pagi di
tapak perhimpunan / pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab
setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke pejabat
selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
2.2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan
diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam
kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam,Pendidikan Moral, Pendidi kan
Jasmani termasuk kelas-kelas Tingkatan 6, BKK akan dibuat
secara berasingan.

10

2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar
kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas
bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti
diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya
kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan
Penyelaras BKK dan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Jika
kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam
BKK dan terus maklumkan kepada Penyelaras BKK / Guru
Disiplin / PK HEM.
2.2.8 Penyelaras BKK akan menyemak BKK setiap hari dan
menyerahkan senarai nama murid yang bermasalah pada
keesokannya kepada Guru Disiplin untuk tindakan selanjutnya.
2.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan
sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan
kepada PK HEM pada setiap akhir semestar 1 & 2.
2.3

PasKeluar
2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar
daripada PK HEM pada awal tahun.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas,
berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas
untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru k elas
sebelahnya jika tiada guru.

2.4

DisiplinMurid
2.4.1 Semua guru adalah Guru Disiplin. Oleh itu, guru -guru mestilah
memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.

11

2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka
dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin
murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin (KGD) atau
PK HEM.
2.4.4 Guru-guru diingatkan jangan merotan murid. Hanya guru yang
diberi surat kuasa merotan oleh Pengetua dibenarkan merotan
murid. Murid perempuan tidak boleh dirotan.
2.4.5 Hukuman rotan dijalankan hanya setelah semua rekod dan
prosedur disiplin diikuti dan perkara ini berlaku dalam
makluman Pengetua.
2.4.6 Sebelum seseorang murid yang bersalah itu dihukum, guru
hendaklah memberi peluang kepada murid itu untuk membela diri
dan menentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan dengan
sengaja atau tidak.
2.4.7 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman
yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan
kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya
dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.8 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru
yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
2.5

Kawalan/TanggungjawabGuru
2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap
sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan
dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang sering
menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih
terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.3 Jangan mulakan proses P & P jika murid -murid tidak memberi
tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri.
12

2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru
sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka
atau di belakang kelas.
2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki
lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan
membersihkannya dengan segera.
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid -murid
yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas.
Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang
sewajarnya.
2.5.7 Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak dua kali setahun.
Guru-guru perlu memberi peneguhan atau penegasan kepada
murid-murid. Bagi murid-murid yang engkar walaupun telah diberi
amaran, hukuman, guru-guru boleh memaklumkan kepada
Pengetua. Pengetua akan menjalankan tindakan seperti meminta
murid-murid tersebut bersila di Laluan Gemilang untuk
menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan dimaklumkan
semasa perhimpunan dan murid-murid mesti mencatatnya di
Student Planner masing-masing. Hal ini juga akan dicatatkan di
Buku Perhimpunan
2.6

DasarUmumDisiplin
2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan
dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2.6.2 Setiap murid wajib memiliki student planner dan w ajib
dibawa bersama sewaktu perhimpunan (Isnin, Rabu &
Jumaat).
2.6.3 Pada awal tahun permulaan semesta persekolahan, murid
akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan
sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui forum
disiplin.
2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
13

mesti

2.6.4.1

2.6.4.2

2.6.4.3

2.6.4.4
2.6.4.5

2.6.4.6

2.6.4.7

2.6.4.8

Pemeriksaan Gempar/spot check boleh
dijalankan dari semasa ke semasa ke atas
murid semasa berada di bilik kelas atau
tapak perhimpunan atas arahan pihak
pentadbir.
Guru disiplin/guru bertugas bersama guru
tingkatan atau guru mata pelajaran dengan
bantuan pengawas akan menjalankan
spot check dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.
Barang larangan akan dirampas dan
maklumat murid tersebut akan direkod oleh
guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah
Laku Barang Rampasan yang disimpan di
dalam almari di bilik PK HEM.
Barang rampasan akan disimpan di bilik PK HEM.
Barang rampasan yang mahal (seperti
telefon bimbit) hanya boleh dituntut balik
oleh ibu bapa/penjaga murid selepas
berjumpa dengan PK HEM dan surat
kontrak yang menyatakan dengan jelas
syarat bahawa jika murid mengulangi
kesalahan pada kali kedua, maka barang
rampasannya tidak boleh dituntut balik oleh
mana-mana pihak lagi. Barangan rampasan
tersebut akan disimpan selama tiga tahun.
Walaubagaimanpun, semua bergantung atas
budi bicara puhak pentadbir.
Tuntutan ke atas barang rampasan boleh
dibuat dua kali setahun iaitu dua minggu
akhir sebelum cuti penggal 1 dan dua
minggu akhir sebelum cuti akhir tahun.
Barang rampasan yang tidak dituntut
selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah
dibawa dalam mesyuarat AJK Lembaga
Disiplin & AJK PIBG.
Semua bahan larangan seperti kamera,
kamera digital, komputer riba boleh dibawa
14

2.6.4.9

2.7

ke sekolah hanya dengan kebenaran bertulis
daripada pihak sekolah.
Kehilangan barang-barang berharga adalah
di bawah tanggungjawab murid-murid.

KaedahMengatasiDisiplin
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
- Semua guru
- kelas-kelas (untuk tampal)
- Bilik-bilik khas
2.7.2 Guru mata pelajaran/guru kelas – rekod kesalahan murid dalam
buku kawalan kelas
- Guru penyelaras BKK akan kumpulkan.
- Guru penyelaras bawa ke mesyuarat disiplin (2 bulan sekali/ikut
keperluan).
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
- Kedatangan penuh – 2 kali setahun
- Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
- Kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan
sijil setiap bulan. Walaupun tidak hadir, ia nya mesti bersebab.

2.8

PengurusanPerhimpunan
2.8.1 Perhimpunan tiga kali seminggu (Isnin,Rabu dan Jumaat).
2.8.2 Diuruskan oleh penyelaras perhimpunan dan guru bertugas.
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpuna n
kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
2.8.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan
beruniform dan Permainan perlu dibuat di papan kenyataan
masing-masing.
15

2.8.6 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa
perhimpunan sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka
guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
perhimpunan tersebut.
2.8.7 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public
speaking perlu berada di belakang podium. Teks
pengucapan awam/public speaking mestilah ditaip dan
diserahkan satu salinan selepas selesai perhimpunan.
2.8.8 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh
dirampas (sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan
dijalankan) kecuali student planner.
3.0

DASAR AM KEBAJIKAN MURID
3.1

PengurusanSkimPinjamanBukuTeks(SPBT)
3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang
mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks
Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac
2008).
3.1.3 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri
buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.
3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima
oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama.
3.1.5 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang
ingin bertukar sekolah di luar Wilayah Persekutuan memulangkan
semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. (Sila rujuk bahagian 1.8.3)
3.1.6 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir
tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai
murid yang tidak memulangkannya.
16

3.1.6 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku
SPBT.
3.2

PengurusanBiasiswaKecilPersekutuan(BKP)danBiasiswaBaitulmal
3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya
menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di Bank
Simpanan Nasional. Guru-guru tingakatan juga boleh meminta
mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3.2.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru
berkenaan dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal
agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau
penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.
Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika
mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan
perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.3 Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa
berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid -murid baru
terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan
tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
3.2.4 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan,
mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di
sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan
biasiswa Baitulmal.
3.2.5 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid -murid berkenaan
dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan
menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada
Guru Biasiswa berkenaan.
3.2.6 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak
menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada
pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kuranng
daripada RM1000 sebulan..

17

3.2.7 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima biasiswa.
3.2.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima
biasiswa.
3.3

KhidmatBimbingandanKaunseling
3.3.1 Kaunselor / Guru BDK mestilah memberikan galakan, motivasi
dan merangsang minat murid terhadap akademik di samping
membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri
masalah emosi-sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut
etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid
adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak
yang bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid -murid dengan
memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau
kelompok.
3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam
merancang, mengelola dan menjalankan program -program
motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar
kepada pada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan
kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin
membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
3.3.6 Kaunselor / Guru BDK mestilah mengatur masa untuk memberi
khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran
ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi
kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya
dihantar kepada PK HEM setiap bulan.

18

3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada
kaunselor / Guru BDK tentang murid yang memerlukan bantuan
kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.
3.4

Kebajikanmurid
3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai
bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social
Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan.
Sila dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi
persekolahan dan isi borang maklumat berkenaan . Serahkan
borang tersebut kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan
PK HEM
3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM
sekiranya ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit
denggi atau penyakit mudharat yang lain atau murid yang
mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku
kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau
diri sendiri.

4.0

DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
4.1

Rekod Kesihatan Murid
4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai
Buku Rekod Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid
berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan
penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
4.1.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau
kehilangan buku tersebut, sila dapatkan daripada PK HEM dengan
bayaran RM1.00 bagi senaskhah.

19

4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid keran a
buku ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun
semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga sahaja)
diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang
bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid
berkenaan.
4.2

Kad Pergigian Murid
4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan
setiap tahun, terutamanya kepada murid -murid Tingkatan Satu.
4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu
bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi
menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang
berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh
yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

4.3

Surat Rawatan Murid
4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa
mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau
mana-mana Penolong Kanan.
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat
rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

4.4

Murid Sakit
4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid
kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Kunci
20

bilik rawatan akan disimapan setiap satu oleh PK HEM, PK
Kokurikulum dan Guru Bilik Rawatan. Satu lagi disimpan di
pejabat. Guru yang mengambil akan menulis di buku pergerakan.
4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang , Guru
Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa /
penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
4.4.3

Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan
murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya
berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di
bilik rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan
diganti pada setiap jam. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak
dapat mengambil, murid tersebut perlu balik semula ke kelas.
Murid-murid asrama yang sakit dibenarkan pulang ke asrama dan
mesti berada di bilik sakit asarama dengan diawasi oleh penyelia
asrama.

4.4.4 Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia
dibenarkan menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik
Rawatan.
4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas
mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid
berkenaan.
4.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang
dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod
Keluar Murid.
4.5

Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid -murid
menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik -bilik khas,
bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid
kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing masing.
21

4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk
menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan
kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mere ka
dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama
persekolahan.
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau
bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar.
4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu
persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menaikkan
kerusi ke atas meja masing-masing.

4.6

Kantin Sekolah
4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa
pengusaha kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,
penjualan dan menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada PK HEM
dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan
oleh JPWP.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada PK HEM atau
pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin
sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para murid
supaya mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak
22

menggalakkan murid membeli makanan daripada penjual di luar
kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin
bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid
semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid
menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila
loceng waktu kelima dibunyikan.

4.7

4.6.7

Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di
luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.

4.6.8

Penggunaan plastik minuman adalah dilarang sama sekali.

Kebersihan Kelas
4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan
waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama
bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat
persekolahan dan menyediakan laporan untuk dimaklumkan
kepada PK HEM dan akan diumumkan semasa perhimpunan pada
keesokan hari.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan).
4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang kebersihan untuk
menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut.
4.7.5 Pengawas sekolah juga menilai kebersihan setiap kelas.
4.7.6 Markah guru bertugas akan dicampur dengan markah pengawas
bertugas.
4.7.7 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas
/terkotor mengikut mingguan.
23

4.7.8 Keputusan diumumkan pada hari Isnin.
4.7.9 Kelas terbersih diberi penghargaan berbentuk plak.
4.7.10 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah sele pas
perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran
sehingga seluruh kawasan sekolah bersih.
4.7.11 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang
tahun akan diberi hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun
mengikut setiap tingkatan.
5.0

DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH
5.1

Latihan Kecemasan/Kebakaran
5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2
kali setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila
berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan
kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat
kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka.
5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan
elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) di bawa keluar dari
pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.
5.1.7 Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masingmasing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan
segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan
kepada Pentadbir dengan serta-merta.

5.2

Polisi Sekolah Selamat
5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah:
I.
Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
24

II.
III.

Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum

5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi -polisi ini
dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim
sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.
5.3

Kenderaan Guru dan Murid
5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastika n kenderaan diletakkan di
tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati -hati apabila
memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk
mengelakkan sebarang kemalangan.
5.3.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka
memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi
mereka yang menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang
membuat permohonan khas sahaja).

5.4

Pondok Kawalan Keselamatan
5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah
sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang
bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana -mana
pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir
keselamatan yang terpapar di tiang gate sekolah.

5.5

Menangani Bencana
5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada
MKN.
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan
penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah.
25