SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYD (1)

PPPC 6253
TAMADUN ISLAM

TAJUK:
SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN

DISEDIAKAN UNTUK:
FARID BIN MAT ZAIN

DISEDIAKAN OLEH:
ZURIANI BINTI IBHRIM ( P78721 )
FAIZATUL AKMA BINTI AHMAD SAKRI ( P77880 )

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1

SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN
2015
ZURIANI BINTI IBHRIM
FAIZATUL AKMA BINTI AHMAD SAKRI


ABSTRAK
Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji tentang pendekatan falsafah sejarah tamadun Islam
yang dibawa oleh Jurji Zaydan di dalam karyanya. Jurji Zaydan beliau bukan sahaja terkenal dalam
penulisan sejarah malahan beliau juga turut menulis dan mengkaji dalam bidang kesusasteraan
seperti penulisan novel. Penulis akan mengkaji tentang penulisan yang ditulis oleh Jurji Zaydan
dalam bidang sejarah tamadun Islam serta beberapa karya yang dihasilkannya serta sedikit kritikan
yang dibuat oleh sejarawan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah sumber primer
dan sekunder. Perkataan tamadun adalah berasal daripada kata terbitan ‘maddana’ yang bererti
‘pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal’ dan ‘membangunkan sesuatu kawasan hingga
menjadi suatu perbandaran’. Perkataan ‘maddana’ juga membawa pengertian ‘hidup dalam
suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju’. Perkataan tamadun telah
melahirkan beberapa perkataan lain yang dapat menjelaskan lagi maksud yang diungkapkan.
Dalam dunia penulisan Arab, terdapat beberapa istilah yang pernah digunakan selain istilah
tamadun itu sendiri antaranya madaniyyah, umran, hadharah dan thaqafah. Dapatan kajian penulis
mendapati bahawa tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan perkataan tamadun ialah Jurji
Zaydan iaitu seorang sejarawan Arab pada awal abad ke-19. Beliau menggunakan perkataan
tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Ini bermakna dalam rentetan sejarah,
perkataan tamadun bukanlah perkataan pertama yang telah diperkenalkan bagi membincangkan
konsep pembangunan, kemajuan, peradaban, pencapaian manusia dan kebudayaan. Hasil karyanya

dalam tamadun mendapat taraf cemerlang kerana konsep tamadun modennya adalah lebih baik
dari kebanyakan penulis-penulis Arab yang lain.

2

PENGENALAN
Kajian ini membantu kita untuk mengetahui siapakah sejarawan yang pertama yang telah
menggunakan Perkataan “tamadun” sebagai satu istilah baru dalam dunia persejarahan Islam.
Perkataan ini sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah
masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian Jurji Zaydan yang
menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telah diterima pakai sebagai
perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintir manusia masih lagi hidup
dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari ini telah menempa sejarah tamadun
yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang, kemudahan yang canggih, kemajuan
sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yang mengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau
dari sudut fizikal. Bagaimana pula dengan spiritual? Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan
moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjang lebar. Walaupun begitu ada baiknya kita
bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamadun terlebih dahulu.

BIOGRAFI

Siapakah Jurji Zaydan?

Nama beliau ialah Jurji Bin Habib bin Zaydan bin Khalil bin Syaheen, boleh juga dikenal dengan
Jorge Zaydan, Georgie Zeidan, atau Jirji Zaydan. Beliau dilahirkan di Beirut iaitu di salah sebuah
kampung yang bernama ‘Ain ‘Anub pada 14 Disember 1861. Ayahnya merupakan seorang
peniaga di salah sebuah restoran di Beirut. Pendidikan awal beliau bermula ketika umurnya 5 tahun
di mana beliau mula berlajar membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 1869 sehingga tahun
1876 iaitu ketika umurnya 8 tahun sehingga 15 tahun beliau mempelajari Bahasa Inggeris, Bahasa
Perancis, dan Matematik dengan bersungguh-sungguh hingga mendapat pujian daripada guru3

gurunya, disebabkan galakan yang diberi beliau berazam untuk mempelajari pelbagai bahasa lain
(Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).
Pendidikan beliau terhenti seketika beberapa tahun kerana mahu membantu menguruskan
restoran yang dimiliki bapanya, namun Jurji Zaydan tetap mempunyai keinginan yang tinggi untuk
mencari ilmu, pada tahun 1881 beliau meneruskan pencarian ilmunya dengan memasuki sekolah
perubatan dan berjaya memperolehi kelulusan dalam bidang Sains dan menyambung pengajian
dalam bidang farmasi, namun sekolah perubatan tersebut mempunyai beberapa masalah hingga
menyebabkan Jurji Zaydan meninggalkan sekolah tersebut dan berhijrah ke Mesir untuk
meneruskan pengajian (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).
Tujuan asal Jurji Zaydan datang ke Mesir adalah untuk menyempurnakan pengajiannya

dalam bidang perubatan, namun beliau terkejut dengan tempoh masa pengajian yang agak lama
dan jumlah yuran yang tinggi di Mesir. Ia telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk
berhenti belajar dan mencari pekerjaan di sana untuk meneruskan kehidupan. Beliau bekerja di
salah sebuah syarikat akhbar harian selama setahun dan pada tahun 1884 beliau menyertai
kumpulan perisikan Britain ke Sudan sebagai penterjemah dalam perundingan kerana beliau mahir
dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Di dalam perundingan tersebut beliau memainkan
peranan yang cemerlang dan mendapat ganjaran melawat London sebagai hadiah atas khidmatnya.
Pada tahun 1885 beliau pulang ke Beirut untuk melawat keluarganya disamping mempelajari
Bahasa Ibrani dan Syria (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).
Pada tahun 1886 iaitu ketika umurnya 25 tahun beliau melawat London dan menziarahi
pelbagai muzium, universiti dan perpustakaan. Di sana beliau melakukan pemerhatian dan
perbandingan di antara tamadun Arab dan tamadun Barat. Apabila beliau pulang ke Mesir, beliau
ditawarkan bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan majalah al-Muqtataf sebagai penolong
editor selama beberapa tahun, kemudian beliau meletakkan jawatan dan mengajar Bahasa Arab di
sebuah sekolah (Philipp, Thomas, Jurji Zaydan, 1979).
Pada tahun 1890 Jurji Zaydan menerbitkan buku al-Tarikh al-‘Alam, iaitu buku sejarah
dunia yang ringkas dengan memberi tumpuan kepada Timur Tengah. Ia dinamakan sebagai salah
satu penulisan pertama yang mengikut sistem sejarah bukan Islam kerana sebelum ini keseluruhan
sejarah Arab ditulis oleh ulama-ulama Islam. Kemudian pada tahun 1892 beliau telah menubuhkan


4

syarikat akhbar milik beliau sendiri yang bernama al-Hilal. Pada tahun 1914 beliau meninggal
dunia dan meninggalkan begitu banyak penulisan, dalam bidang sejarah dan sastera (Philipp,
Thomas, Jurji Zaydan, 1979).
Terdapat

karya yang dtulis oleh Zaydan selain sejarah tamadun Islam antaranya

penulisan novel yang dihasilkan sebanyak 23 novel yang diterbitkan, banyak kerja-kerja ilmiah
dan majalah diedarkan di Parsi, India, Jepun, Afrika Barat, Zanzibar, Australia, New Zealand,
Hindia Barat, dan Utara dan Selatan Amerika, dia adalah salah seorang penulis-penulis Arab yang
paling prolifik dan terkenal pada masa itu. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam kepada
penduduk Arab umum serta sasterawan seperti Taha Hussein, Naguib Mahfouz dan penyair Fadwa
Tuqan (Stephen Sheehi.1999).

Sejarah
1.

1889: Tarikh al-Masuniya al-'Amm


2.

1890: Tarikh al-'Amm

3.

1899: Tarikh al-Yunan wa al-Ruman

4.

1901–1906: Tarikh al-Tamaddun al-Islami 5 Jilid.

5.

1907: al-'Arab qabl al-Islam

6.

1910–1913: Tarikh Adab al-luga al-'Arabiya 4 vols.


7.

1912: Ṭabaqāt al-umam aw Al-salāʼil al-basharīyah

Autobiografi
1.

1966: Mudakkirat Gurgi Zaydan

Majalah
1.

1892–1914: al-Hilal

Novel
1.

1891: al-Mamluk al-Sariid


5

2.

1892: Asir al-Mutamahdi

3.

1893: Istibdad al-Mamalik

4.

1893: Jihad al-Muhibbin

5.

1896: Armansura al-Misriyya

6.


1897/98: Fatat Ghassan

7.

1899: 'Adra Quraish

8.

1900: 17 Ramadan

9.

1901: Ghadat Karbala

10.

1902: al-Hajjaj ibn Yusuf

11.


1903: Fath al-Andalus

12.

1904: Sharl wa 'Abd al-Rahman

13.

1905: Abu Muslim al-Khurasani

14.

1906: al-'Abbasa ukht al-Rashid

15.

1907: al-Amin wa al-Ma'mun

16.


1908: 'Arus Farghana

17.

1909: Ahmad ibn Tulun

18.

1910: 'Abd al-Rahman al-Nasir

19.

1911: al-Inqilab al-'Uthmani

20.

1912: Fatat al-Qairawan

21.

1913: Salah al-Din al-Ayyubi

22.

1914: Shajarat al-Durr

6

FALSAFAH SEJARAH TAMADUN ISLAM MENURUT JURJI ZAYDAN
Definisi Tamadun dari Segi Bahasa dan Istilah
Seperti mana yang kita tahu bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap
tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan pendapat tentang tamadun apabila diikuti definisi yang
telah dikemukakan oleh mereka dalam menerangkan pengertian sebenar tamadun itu. Namun bagi
Jurji Zaydan pada abad ke 19 beliau telah menggunakan perkataan tamadun dalam bukunya”Tarikh
al-Tamadun al-Islami”. Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam
memperkatakan tamadun Islam dan sejarah perkembangannya dan telah diterjemah ke dalam
pelbagai bahasa. Dari segi bahasa tamadun berasal dari perkataan”madinah” yang membawa erti
membina, mendirikan bandar, menaikan taraf ke tahap beradab. Jurji Zaidan menggunakan istilah
tamadun untuk menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah
mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur (Chandra Muzaffar, 2001:3).
Ianya juga termasuk bandar-bandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat serta meliputi
bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian membawa maksud,
kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undangundang dan kemasyarakatan. Istilah ini kemudiannya diterima dan digunakan secara meluas oleh
penulis-penulis kerana ia dianggap menyamai maksud istilah Civilization dalam Bahasa Inggeris
(Jurji Zaydan, 1967).

Konsep Tamadun yang Didefinisikan

Penulis penulis Arab menggunakan berbagai bagai nama untuk tamadun. Terdapat beberapa istilah
tamadun dalam bahasa Arab yang diketengahkan oleh penulis dalam buku ini. Antaranyaa Jurji
Zaydan menggunakan istilah tamadun ialah:

a) Al-Hadarah: Membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan
ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan (Jurji Zydan, 1967).

7

b) Tamadun: ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandar-bandar Islam serta
terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi bidang sains, ilmu
pengetahuan, seni bina dan seni muzik
serta nyanyian (Jurji Zaydan, 1967).

Perkataan madaniyyah telah mengambil tempat dalam bidang penulisan dengan memberi
erti yang sama dengan Tamadun maka lahirlah pula kemudiannya perkataan “Tamadun” yang
berakarkan perkataan madaniyyah. Perkataan tamadun lebih cepat berkembang dan popular di
kalangan masyarakat. Perkataan Madinah yang bererti bandar dengan pengertian bahawa tamadun
itu adalah kebudayaan bandar. Perkataan ini telah digunakan oleh seorang penulis Arab, Jurji
Zaydan dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic
Civilization). Hasil penerbitan Jurji yang berkaitan tamadun Islam telah berjaya dihasilkan hampir
lima jilid yang mana buku-buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Parsi, Turki, Urdu,
Perancis dan Inggeris. Ini merupakan suatu hasil karya cemerlang mengenai tamadun Islam dalam
bahasa Arab Moden (Abdul Jabbar, t.th: 42). Disebalik keseluruhannya, terdapat beberapa
bahagian penting dari Tarikh al-Tamadun al-Islami sekarang menjadi ketinggalan zaman dan
memerlukan penulisan semula atau penyemakan kembali. Meskipun kajian keislaman berkembang
begitu giat sekali dalam beberapa dekad kebelakangan ini, namun buku Zaydan tetap popular
sebagai buktinya terdapat banyak jumlah edisi-edisi baru dari buku tersebut (Ibid).

Buku ini juga telah dapat menonjolkan pengertian sebenar yang dibayangkan oleh
perkataan ketamadunan manusia seperti yang dikehendaki. Jurji seorang yang mahir dalam
sumber-sumber sejarah dan suratan Arab Klasik dan juga berdamping rapat dengan hasil karya
penulis-penulis moden Eropah tentang tamadun (Jurji Zaydan, 1967). Hasil karyanya dalam
tamadun mendapat taraf cemerlang kerana konsep tamadun modennya adalah lebih baik dari
kebanyakan penulis-penulis Arab (Jurji Zaydan, 1967).

Penulis-penulis Arab tidak memberikan kita sesuatu definisi tamadun (civilization) kecuali
istilah-istilah Arab untuk tamadun seperti madaniyyah, tamaddun, hadarah dan lain-lain lagi.
Namun seseorang itu dapat merumuskan definisi tamadun berasaskan makna-makna dasar dari
perkataan tersebut. Terdapat suatu cara pencerakinan implikai-implikasi dari tamadun
8

(civilization) dalam pemikiran orang-orang Arab dengan menganalisa kandungan buku-buku Arab
mengenai tamaddun, hadarah dah lain-lain. Jurji Zaydan berpendapat bahawa sejarah hakiki bagi
umat Islam tertera dalam tamadunnya dan kehidupan menetap (Hadarah), dan tidak dalam siri
peperangan dan penaklukannya (Jurji Zaydan, 1967).

Seterusnya Jurji Zaydan merasai ketandusan dalam mengkaji siri peperangan penaklukan
yang dilancarkan oleh tentera Muslim Arab di zaman awalnya. Sejarah awal Islam ialah,
sebenarnya, sejarah keperwiraan Arab sebuah kuasa penakluk yang menguasai ke atas bangsabangsa dan qabalah-qabilah, dan meletakkan mereka di bawah pemerintahan khilafah. Jurji
Zaydan menghargai sejarah tamadun (Tarikh al-Tamaddun) dari sejarah politik. Di sebaliknya,
peperangan –peperangan penaklukan itu amat bermakna bagi keruntuhan tamadun-tamadun lama
dan kelahiran tamadun baru. Sebagai yang diungkap dengan tepat oleh Bertran Russell penaklukan
melalui kekuatan senjata itu memberi lebih sumbangan terhadap penyebaran tamadun dari manamana satu agensi lain (Bertran Russell, 1975: 28).

Apa yang jelas kita melihat bahawa Jurji Zaydan menggunakan tema tamadun Arab/Islam
sebagai tema yang berbahasa Arab. Beliau dalam kajiannya di dalam Sejarah Tamadun Islam
(Tarikh al-Tamaddun al-Islami) menumpukan kepada subjek-subjek berikut:-

i)

Negara Islam dan kerajaan (termasuk sistem pentadbiran).

ii)

Bandar-bandar Islam termasuk Basrah, Kufah Fustat dan Baghdad.

iii)

Susun lapis masyarakat (Nizam al-Ijtima’wa tabaqat al-nas).

iv)

Sains dan pengetahuan Arab (Ulum al-Arab).

v)

Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dan seni bina Islam terutamanya muzik
(muziqa) dan nyanyian (ghina).

Menurut Jurji Zaydan ciri-ciri tamadun Islam yang berjaya boleh diukur dan dapat dilihat dari
aspek system pentadbiran yang cekap oleh pemerintah yang mempunyai negara dan politik yang
maju, bandaraya Islam yang maju, susun lapis masyarakat yang teratur dan tersusun, bangunan
yang tersergam indah, kesenian yang halus dan ekonomi yang mantap. Kesemua ciri ini

9

berpaksikan kepada ciri-ciri Rabaniyyah (Ketuhanan), Insaniyyah (Kemanusiaan), Dunyawiyyah
(Keduniaan), dan Syumuliyyah (keseluruhan) (Jurji Zaydan, t.th: 288-289).

Perbezaan beliau dengan sejarawan Ilmuan Arab lain iaitu Hasan Husni Abdul Wahab
menghasilkan sebuah buku Arab yang berjudul tamadun Islam di Ifriqiyyah (Turnisia) (Abdul
Wahab, 1965:65). Terdapat dua jilid dan ia mencakupi
i)

Bandar-bandar Islam, seumpama Qayrawan, Abbasiyyah, Raqqabah dan Susah.

ii)

Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dengan penumpuan khusus kepada masjidmasjid, Ribat dan lain-lain.

iii)

Kehidupan ekonomi, terutama perniagaan dan perusahaan (Tijarah wa l-sinaáh).

iv)

Susunan etnik penduduk kota (sukkan al-mudun) i,e susun lapis masyarakat (social
stratification).

v)

Sains dan Pendidikan (dengan penumpuan khusus kepada astronomi, perubatan dan
lain-lain bidang pengajian Islam).

vi)

Seni Islam (seumpama muzik, nyanyian dan senilukis) (Abdul Jabbar, t.th: 47).

KRITIKAN TERHADAP PENULISAN JURJI ZAYDAN
Di sebalik kecemerlangan Jurji Zaydan menggarap perbahasan tentang sejarah tamadun Islam
yang kini menjadi asas kepada perbincangan dalam tamadun Islam, beliau juga sama seperti tokohtokoh lain yang tidak terlepas dari kritikan dalam penulisannya. Tambahan pula beliau merupakan
tokoh bukan Islam pertama yang menghasilkan tulisan berkaitan sejarah tamadun Islam
menjadikan suatu fenomena baru yang melanda Tanah Arab ketika itu. Beberapa tokoh yang
mengkritik Jurji Zaydan telah muncul dari pelbagai negara, antaranya ialah:

a) Kritikan dari Syeikh Shibli Nu’man
Beliau lahir pada 1857 dan meninggal pada 1914, beliau melakukan kritikan dan diterbitkan di
sebuah majalah yang bernama al-Manar. Beliau telah memulakan kritikan beliau terhadap Jurji
Zaydan dengan permohonan maaf terhadap penulis kitab Tarikh Tamadun al-Islam itu dan
meminta semua pembaca supaya membaca kritikannya secara menyeluruh untuk mengelakkan
10

sebarang salah faham berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa pada pandangan beliau Jurji
Zaydan adalah seorang penulis yang telah menyeleweng dan memalsukan fakta serta melakukan
pengkhianatan dalam penulisan sejarah Islam. Di samping itu beliau juga mengkritik pandangan
dan pendapat yang diutarakan oleh Jurji Zaydan dalam penulisan sejarah dan tamadun Islam.
Beliau telah membahagikan pemerintahan awal Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad ialah
Khulafa’ al-Rasyidin, di ikuti oleh Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Namun Jurji Zaydan hanya
memuji pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dan Bani Abbasiyah sahaja serta menyatakan bahawa
hanya 2 kerajaan tersebut yang memiliki pemerintahan bercirikan Islam. (Mahmood al-Sawi,
2000: 120)

b) Kritikan dari Rasyid Ridha
Beliau lahir pada tahun 1865 dan meninggal pada tahun 1935, kritikan beliau sedikit berbeza
kerana ia dilihat lebih lembut. Ini kerana beliau memulakan kritikannya dengan ucapan terima
kasih kepada Jurji Zaydan atas penulisan yang baik, ia telah dicetak dan dibaca oleh ramai pembaca
tambahan pula sudah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Rasyid Ridha berpandangan bahawa
medan penulisan merupakan medan yang luas dan penulis pula bebas dalam mengutarakan
pandangan dan pendapat mengikut pengkajian masing-masing, namun pada beliau Jurji Zaydan
sebenarnya belum cukup persediaan untuk menulis terutamanya dalam bidang sejarah Islam. Ini
kerana Jurji Zaydan tidak mengambil ilmu sejarah daripada ahlinya dan tidak mengetahui sejarah
dari asal usulnya. Jurji Zaydan mungkin hanya membaca sebahagian buku-buku sejarah yang
masyhur sahaja lalu beliau merasakan perlunya beliau menulis mengikut pandangannya sendiri.
Namun begitu Rasyid Ridha mengatakan bahawa perlunya pembaca untuk membaca
keseluruhan buku Tarikh Tamadun al-Islam terlebih dahulu secara keseluruhan sebelum mahu
mengkritik. Ini kerana bukan semua yang ditulis oleh Jurji Zaydan di dalam buku tersebut salah,
hanya ada beberapa sahaja yang perlu diperbetulkan. Tambahan beliau setelah membaca secara
keseluruhan barulah seseorang itu dapat mengkritik dengan adil dan baik. Rasyid Ridha
menyatakan sedemikian kerana beliau mendapati terdapat beberapa tokoh lain yang mengkritik
penulisan Jurji Zaydan secara keterlaluan (Mahmood al-Sawi, 2000: 119).

11

c) Kritikan dari Syauqi Abu Khali
Beliau merupakan tokoh kontemporari yang lahir pada tahun 1941 dan meninggal pada tahun 2010
turut mengkritik Jurji Zaydan dalam bukunya yang bertajuk Jurji Zaydan Fi al-Mizan. Beliau
menyatakan bahawa Jurji Zaydan mengkaji sejarah dan tamadun Arab adalah untuk melakukan
pemalsuan dan kerosakan terhadapnya serta tulisan-tulisan Jurji Zaydan telah merosakkan minda
pemuda-pemuda Arab. Beliau juga mengkritik beberapa tokoh lain yang mengkagumi Jurji
Zaydan seperti Taha Hussein dan Muhammad Husain Haekal. Beliau mendakwa penulisan Jurji
Zaydan terutama dalam bidang sejarah telah jauh daripada metodologi pengkajian sejarah dan
tidak melakukan penelitian dan penyelidikan (Syauqi Abu Khalil, 1983: 15)

KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa istilah tamadun yang di bawa dan ditulis oleh Jurji Zaydan di dalam
kitabnya Tarikh al-Tamaddun al Islami telah diterima dan digunakan secara meluas oleh penulispenulis muktahir kerana ianya dianggap dapat menyamai maksud istilah civilization dalam Bahasa
Inggeris. Sebelum Istilah tamadun digunakan secara meluas, terdapat beberapa istilah yang
digunakan oleh pengarang-pengarang Arab. Antara istilah yang digunakan oleh mereka seperti alMadaniyyah, al-Umran dan al-Hadarah. Di antara istilah-istilah ini, al-madaniyyah dianggap
paling klasik kerana ianya telah wujud sejak abad ke empat Hijrah lagi diutarakan oleh Abu Nasr
al-Farabi melalui bukunya al-Siasah al- Madaniyyah. Namun tidak dinafikan Jurji Zaydan juga
turut dikritik oleh sebahagian ulama sejarawan tentang penulisannya. Kita boleh melihat beberapa
kritikan yang dibuat oleh sebahagian sejarawan yang mengkritik hasil penulisan Jurji. Salah
seorang yang mengkritik ialah Syauqi Abu Khali yang mana beliau menyifatkan Jurji Zaydan
adalah sejarawan yang telah melakukan pemalsuan dan kerosakan terhadapnya penulisannya dan
beliau juga mengkritik beberapa tokoh lain yang mengkagumi Jurji Zaydan seperti Taha Hussein
dan Muhammad Husain Haekal. Beliau mendakwa penulisan Jurji Zaydan terutama dalam bidang
sejarah telah jauh daripada metodologi pengkajian sejarah dan tidak melakukan penelitian dan
penyelidikan. Namun setiap manusia tidak akan daripada melakukan kesalahan. Ada yang
menerimanya sebagai sandaran hujah dan ada yang tidak menerimanya. Apa yang boleh
disimpulkan disini ialah masyarakat Islam amnya harus mengkaji sedalam dalamnya perkara yang

12

tidak pasti dan janganlah mencerca dan mempertikaikan tentang kehebatan penulisan Jurji Zaydan
sebelum mengkaji dan menyelidikinya terlebih dahulu.

13

RUJUKAN

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Abdul Latif Muda. 1983. Pemikiran Islam Menghadapi Cabaran: Satu kajian
Tentang Pemikiran Malek Bennabi. Kuala Lumpur: Angkatan Belia IslamMalaysia.
Abdul Rahman. 1993. Waqfah Ma’a Jurji Zaydan. Riyadh: Maktabah al-‘Abikah.
Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam. (ed). Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Al-Qardhawi, Yusuf. 1992. Wawasan Islam: Antara Keaslian dan Kemodenan. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Bertran Russell. 1975. Power: A New Social Analysis. London
Chandra Muzaffar et.al. 2001. “Pengenalan Ilmu Ketamadunan” dalam Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Cachia, Pierre. 2004. "Literature: Arabic." Encyclopedia of the Modern Middle East and North
Africa. 2nd ed. Vol. 3. New York: Macmillan
H.H. Abdul Wahab. 1965. Waraqat. Tunis
Ibrahim Abu Shah, Prof. Dr., Lelawati Abdul Hamid, Mohd Asri Abdullah. 1977.
Kecemerlangan Tamadun Islam: Dalam Menghadapi Cabaran Abad Ke-15
Hijrah/21 Masihi. (et.al.). Shah Alam: Biroteks ITM.
Jurji Zaydan. 1968. Tarikh Tamaddun al-Islami. 1: 2 Cairo: Reprint of 1902-06 ed.
Jurji Zaydan. 1967. Tarikh Tamaddun al-Islami. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah
Jurji Zaydan. T,th. Tarikh Tamaddun al-Islami. Beirut: Dar Maktabat al-Hayah
Mahayudin Haji Yahya. 1986. Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini.Selangor:
Penerbit Nadhi.
M.A.J. Beg, 1980. Islamic And Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
................... 1980. The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur: National Universiti
of Malaysia.
14

Mahmood al-Sawi. 2000. Kitabat Jurji Zaydan Wa Dirasah Tahliliah Fi Dhu’ al-Islam. AlAzhar: Dar al-Hidayah.
Mustafa Haji Daud. 1992. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Muhammad Abdul Ghani Hasan. 1970. A’lam al-‘Arab Jurji Zaydan. Kaherah: Hay’ah
Misriyah.
Muhammad Abdul Jabbar. T.th. Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam dan Barat.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Philipp, Thomas, and Jirji Zaydan.1979. Gurgi Zaidan: His Life and Thought. Beirut: OrientInstitut
Stephen Sheehi.1999. Doubleness and Duality: Jurji Zaydan’s Al-Mamluk al-Sharid and
Allegories of Becoming .Index Islamicus: Journal of Arabic Literature.
Syauqi Abu Khalil. 1983. Jurji Zaydan Fi al-Mizan. Damsyik: Dar al-Fikr.
Syibli al-Nu’mani. 1912. Al-Intiqad Kitab al-Tamaddun. India: Maktabah Hind.
Wan Kamariah Lemah (et.al). 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam: Angkatan Edaran
Enterprise Sdn. Bhd.

15