Surat tasya lovebird kartasura 1

Nurshafieka Natashya binti Satmi
Lot 108 Kampung Razali
Batu 4 Jalan Gambang
25150 Kuantan
Pahang

28 March 2018
Tuan/puan,

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN DAN KEWANGAN
Merujuk maklumat yang tertera diatas, bertarikh 28/03/2018.
Dukacitanya, saya seperti nama diatas, Nurshafieka Natashya binti Satmi mahasiswi tahun dua
yang menuntut di Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Alor Gajah Melaka ingin memohon
bantuan kewangan daripada pihak tuan/puan diatas ingin membeli Kamera jenis DSLR jenama
Canon atau Nicon untuk digunakan di dalam subjek kos yang saya ambil iaitu Mass
Comunication & Media. Camera tersebut berkemungkinan akan digunakan dalam jangka masa
yang panjang sehingga saya habis semester. Sekiranya saya mendapat bantuan kewangan
untuk membeli Kamera, hal ini lebih memudahkan lagi untuk saya menggunakan di dalam
subjek tertentu.
2. Untuk makluman tuan/puan, tujuan utama saya memohon bantuan ini dari pihak tuan/puan
adalah disebabkan rentetan tuntutan hidup saya yang tak seberapa, disusuli dengan kos

pengajian yang tinggi dan faktor jarak jauh yang tak mugkin saya bayangkan untuk
menanggung kos pembelian Kamera tersebut dengan pendapatan keluarga saya yang tak
menentu. Pendapatan ibu saya sebagai seorang jurujual (salesgirl) hanya sekadar memenuhi
keperluan asas kami sekeluarga seperti makanan dan bayaran rumah, manakala peruntukan
untuk lanjutan pendidikan adalah jauh sekali. Saya juga ada membuat pinjaman PTPTN tetapi
ia hanya sekadar cukup untuk membuat perbelanjaan saya disini sahaja.
3. Dengan bantuan ini, impian saya untuk mengejar cita-cita mungkin tercapai. Dari segi
keluarga pula iaitu ibubapa saya sudah pasti tidak akan menghadapi kebimbangan dari segi
kewangan mereka sekiranya saya mendapat bantuan kewangan ini, dan secara tidak langsung
sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga saya untuk mencari kos lebih
untuk membeli Kamera kepada saya.
Saya akhiri kata-kata ini dengan ucapan terima kasih dari saya diatas masa dan ketelusan budi
bicara tuan/puan membaca surat permohonan saya ini.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar.
…………………………………….

(Nurshafieka Natashya binti Satmi)