Status Sosial Ahli Konfusian Di Zaman Qi

Dalam Sejarah Cina, Ada Satu Kisah Benar iaitu Shi Huang Ti, Maharaja
Qin Dahulu Telah Membakar Buku-Buku Konfusianisme dan Menimbus
Ahli Konfusian Yang Hidup, Jadi Bangaimanakah Status Sosial Ahli
Konfusian Di Zaman Qin?

Isa Ma Ziliang dan Gusnidar Binti Marzuki

Pengenalan
Dinasti Qin merupakan salah satu daripada tiga Dinasti yang berpengaruh di China sepanjang
sejarahnya. Dinasti Qin juga terkenal sebagai dinasti yang singkat zaman pemerintahannya,
namun meletakkan dasar-dasar ketenteraan yang kemudian akan diteruskan selama 2000
tahun oleh dinasti-dinasti setelahnya. Dinasti ini juga adalah dinasti pertama yang telah
menyatukan seluruh suku bangsa beragam di Cina ke dalam satu organisasi tunggal nasional
Cina. Dinasti Qin muncul sebagai sebuah empayar yang kuat disebabkan mempunyai
kawasan

yang strategik dan kedudukanya terletak di Lembah Sungai Wei.Dinasti Qin

muncul antara tahun 221 SM hingga 226 SM.

Dinasti ini diasaskan oleh Maharaja Shih Huang Ti (246-210 SM) dan kemunculan dinasti ini

menandakan berakhirnya Zaman Negeri-Negeri Perang yang wujud dari tahun 475-221 SM.
China mempunyai beberapa falsafah yang mana dinasti Zhou merupakan zaman
kegemilangan aliran pemikiran dan falsafah di China.Namun,kegemilanganya tidak
berkekalan setelah negeri Qin berjaya menyatukan seluruh negeri-negeri yang berperang dan
menubuhkan dinasti Qin.Dinasti Qin mengamalkan ideologi legalisme di China dan telah
menolak fahaman-fahaman lain.Oleh itu terjadilah satu peristiwa yang akhirnya membawa
kepada kejatuhan dinasti Qin iaitu peristiwa pembakaran buku.

Xun Zi
Xun Zi merupakan pengasas kepada ajaran legalisme.Xun Zi atau nama lainnya Xunqing atau
Xunkuang merupakan warga Negara Zhao,di sebelah Selatan Provinsi Shan Qi.Pada usianya
5 tahun,beliau telah pergi ke Negara Qi.Beliau mempunyai dua oaring murid iaitu Li Si dan
Han Fei merupakan orang yang terkenal di Negara Qi.Kedua orang anak muridnya ini
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam sejarah Tiongkok.Li Si menjadi Perdana
1

Menteri dari Pegawai Pertama Dinasti Qin,Han Fei pula menjadi tokoh utama dan sekolah
Legal iaitu undang-undang yang memberi kebenaran untuk penyatuan politik dan ideologi.
Xun Xi merupakan seorang yang memiliki sayap kanan ‘konfucius’yang mana menekankan
kawalan sosial.Xun Xi sangat terkenal dengan teorinya iaitu ‘manusia pada dasarnya adalah

jahat’.Menurut Xun Xi,manusia pada saat kelahirannya sama sekali tidak membawa kepada
kebaikkan apa pun,malahan membawa permulaan yang jahat.Beliau menganggap sifat yang
dibawa manusia pada kelahiranya ialah sifat dengki dan benci.

Xun Xi telah disingkirkan oleh pemikir-pemikir konfusius yang lain kerana telah dianggap
sebagai menyokong fahaman legalisme yang diguna pakai oleh Shi Huang Ti dalam
pemerintahan baginda .Xun Xi merupakan pemikir konfusius pertama yang menekankan
pentingnya hukum dilaksanakan dengan tegas dan hukum itu haruslah selari dengan
kebajukan dan keadilan.Aliran legalisme telah dikembangkan oleh kedua-dua anak muridnya
iaitu Li Si dan juga Han Fei Zi. Namun begitu,beliau tidak begitu bersetuju dengan ajaran
legalisme itu dalam satu perdebatan Yun Zi telah mengingatkan bahawa pemikiran anak
muridnya itu tidak benar dan akan mendatangkan banyak musuh. Beliau menyatakan bahawa
legalisme itu mengutamakan hukum tetapi mengabaikan nilai moral seperti kebajikan,
keadilan dan kesusilaan.

Han Fei Zi
Dilahirkan dalam keluarga bangsawan di negeri Han akhir zaman negara berperang.Pandai
menulis tetapi tidak banyak bercakap kerana gagap.Beliau adalah penulis kepada buku yang
bertajuk “Han Mei Zi”Bukunya telah tersebar di negeri Qin dan dibaca oleh Shih Huang Ti
(Ying Zheng) dan mula mempraktikkan teori ajaran-ajaran hukum yang ditulis oleh Han Fei

Zi.Teori ini mengusulkan agar raja melaksanakan pemerintahan berdasarkan hukum di
samping raja memegang kuasa dalam bidang politik.

Han Fei Zi merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penyebaran ajaran legalisme
yang mana beliau menekan unsur-unsur kualiti moral pemerintah dan bagaimana seseorang
itu memerintah , pemilikan kuasa (shi) membawa bersama kelebihan untuk ketaatan.
Tertakluk kepada pemerintah , anak berkhidmat kepada bapa, dan isteri berkhidmat kepada
suami" bersama-sama membentuk dalam membentuk satu prinsip yang tidak boleh berubah
di dunia. " Pemerintah yang bijak juga membuat undang-undang yang mana lelaki dipilih
2

dan tidak membuat sebarang pelantikan sewenang-wenangnya. Beliau membuat langkahlangkah undang-undang dan tidak membuat sebarang penghakiman sewenang-wenangnya
sendiri. Beliau juga memperbaharui undang-undang dan merupakan seorang pemerhati
kepada undang-undang tersebut.

Han Fei Zi juga berpendapat bahawa seorang pemerintah yang baik juga haruslah mempunyai
Negara yang baik baik dari segi ketenteraan dan juga ekonomi . Hal ini adalah faktor penentu
dalam hubungan antara negeri. Kuasa tentera tidak boleh dipisahkan dari kekuatan ekonomi.
Pertanian merupakan satu-satunya pekerjaan yang produktif, semua pekerjaan tertentu yang
lain, terutama golongan ulama , tidak digalakkan. Memberi bantuan kepada orang miskin

adalah perkara yang tidak bijak dan tidak adil kerana ini akan melatih mereka menjadi malas
bekerja.

Maharaja Shi Huang Ti.
Shih Huang Ti yang juga terkenal dengan panggilan ‘Ch'in Shih Huang Ti’ dilahirkan pada
tahun 259 Sebelum Masihi dan wafat pada tahun 210 Sebelum Masihi. Shi Huang Ti lahir di
penghujung tahun dinasti Chou yang didirikan sekitar 1100 SM. Berabad sebelum masanya,
dinasti Chou sudah kehilangan kekuatannya selaku pentadbir, dan Cina telah berpecah- belah
menjadi negara-negara feudal. Zaman kegemilangan China dicapai pada masa Dinasti Qin di
bawah pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti. Baginda berjaya menyatukan seluruh wilayahwilayah China di bawah satu pemerintahan pusat (221SM) dan menyusun semula
pentadbirannya.
Bukan itu sahaja, baginda juga telah menghapuskan sistem pemerintahan ‘negeri-negeri
diperintah oleh putera-putera raja’ melalui sistem feudal dan digantikan dengan sistem ‘chun’
atau provinsi. Pada ketika ini,terdapat 36 provinsi telah wujud semasa pemerintahan dinasti
ini. Shi Huang Ti telah memerintah secara autokrasi atau mutlak. Bagindalah yang
bertanggungjawab membina tembok besar negeri China untuk melindungi China dari
serangan puak gasar dari utara. Baginda juga telah membangunkan kemudahan seperti jalan
raya yang panjang dan rapi menghubungkan ibukota dengan kota-kota provinsi yang lain.
Jalan raya dibangunkan bertujuan untuk ekonomi dan juga merupakan jalan untuk gerakan
tentera ke pusat-pusat daerah yang mengalami kekacauan dan mampu menjatuhkan

kestabilan kuasa pusat. Shih Huang Ti juga turut mengumumkan peraturan bagi aristokrat-

3

aristokrat lama yang masih hidup supaya terus menetap di ibukota Hsieng. Hal ini demikian
kerana,mudah untuk baginda mengawasi gerak-geri mereka.

Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, matlamat utama Maharaja Shih Huang Ti adalah
untuk membina sebuah empayar yang seragam dan bersatu. Baginda juga ingin menggunakan
keunggulannya ideanya menawan negeri-negeri di China dalam pentadbirannya. Baginda
telah menjalankan tiga peringkat utama untuk menyeragamkan empayarnya iaitu dengan
mengawal kesemua negeri-negeri di bawahh jajahanya pada tahun 238sm,mengalahkan
musuh-musuh utama Negara pada tahun 230sm sehingga 221sm di samping memperluaskan
sempadan-sempadan di Negara China.

Sewaktu pemerintahan Shih Huang Ti,baginda telah mengamalkan fahaman atau ideologi
legalisme.Legalisme merupakan salah satu aliran pemikiran falsafah utama sewaktu zaman
negeri-negeri berperang.Shih Huang Ti mengamalkan legalisme untuk mengukuhkan
kerajaan dan mengukuhkan kepatuhan rakyat kepada undang-undang.Legalisme menekankan
undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat adalah perlu untuk menjaga keamanan

dalam masyarakat supaya mereka mudah untuk diperintah. ideologi sahajShih Huang Ti tidak
percaya kepada fahaman lain kerana menganggap fahaman itu mempunyai unsur-unsur
subvertif yang mana akan membawa kepada pemberontakan Dinasti Qin.Oleh itu,telah
berlakunya peristiwa pembakaran buku secara besar-besaran.

Ketika zaman pemerintahan Shi Huang Ti,baginda menganggap buku-buku dan kitab-kitab
kesusasteraan sebagai ancaman terbesar semasa pemerintahan Dinasti Qin. Justeru, Maharaja
Shih Huang Ti telah mengarahkan agar kesemuanya buku-buku dibakar.Pada ketika ini
juga,Dinasti Qin sering diserang oleh orang luar.Dalam menghadapi bahaya serangan
pelanggar-pelanggar Tartar secara besar-besaran, Baginda telah membina tembok besar
negeri China. Anehnya, jasa yang besar ini dikatakan oleh setengah-setengah ahli sejarah
tidak menjadikan orang China terhutang budi kepadanya kerana kesalahan yang dibuat oleh
Baginda iaitu ‘pembakaran segala buku’.Dalam usaha menolak idea sarjana China dalam halhal pentadbiran, Baginda telah membakar buku-buku sejarah dan falsafah yang mengandungi
unsur-unsur politik dan membunuh kira-kira 400 orang sarjana pada tahun 213 SM kerana
menganggap mereka ‘menyusahkan’ Baginda. Bukan itu sahaja,Shih Huang Ti juga turut
membunuh ahli-ahli falsafah konfusius.Kemusnahan terhadap fahaman-fahaman lain adalah
perlu disebabkan untuk menyatukan rakyat China. Shih Huang Ti mahukan rakyat China
4

bersatu dibawah satu fahaman sahaja.Oleh itu,segala unsur-unsur fahaman lain dihapuskan

supaya rakyat dinasti Qin berdiri di bawah satu ideology sahaja iaitu legalisme.Bagi orang
China, peristiwa pembakaran buku itu dianggap sebagai peristiwa pencabulan pusaka
intelektual mereka.

Li Si
Dikatakan bahawa idea pembakaran buku ini dicadang oleh Perdana Menteri Qin iaitu Li Si
untuk menentang percanggahan pendapat daripada golongan intelektual. Li Si merupakan
seorang Perdana Menteri yang berpengaruh pada zaman negeri feudal dan seterusnya pada
zaman Dinasti Qin antara tahun 246 SM hingga 208 SM. Beliau juga dikenali sebagai
pengikut ajaran Legalis dan ahli kaligrafi terkenal.Antara kejayaan semasa pemerintahan
berada di bawah pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti termasuklah perancangan untuk
membina jalan, menyeragamkan sistem ukuran, sukatan dan sistem tulisan serta
memperkenalkan pengeluaran duit syiling.Pada zaman ini juga, kumpulan keluarga telah
dikuatkan dan nilai-nilai moral dikenakan dalam kehidupan seharian.

Li Si terkenal dengan peristiwa Pembakaran Buku (Burning of the Books). Beliau percaya
bahawa buku-buku atau kitab-kitab yang dibaca atau dimiliki oleh rakyat terutamanya bukubuku berkaitan politik mampu menggugat pentadbiran sesebuah kerajaan. Namun begitu,
buku-buku selain berkaitan politik adalah dibenarkan seperti buku-buku berkaitan dengan
ilmu perubatan, pertanian dan ramalan.


Bagi beliau, perubahan ke arah negara yang lebih maju sukar dilakukan sekiranya terdapat
banyak penentangan daripada golongan sarjana dan intelektual yang masih memegang
kepada pemikiran lama (old school) yang kebanyakannya diperoleh daripada buku-buku dan
rekod sejarah lama.

Peristiwa Pembakaran Buku/(Burning of The Book)
Buku-buku atau kitab-kitab yang dibaca dan dimiliki oleh rakyat yang berkaitan dengan
politik dikatakan mampu menggugat pentadbiran sesebuah kerajaan.Oleh itu,pembakaran
buku dilakukan kerana akan terdapat banyak penentangan daripada golongan sarjana dan
intelektual yang masih memegang kepada pemikiran lama (old school) yang kebanyakannya
diperoleh daripada buku-buku dan rekod sejarah lama.Hanya pemerintah negeri dan
pembesar-pembesar negeri sahaja yang dibenarkan menyimpan buku-buku yang berkaitan
5

politik. Justeru, apabila ahli-ahli sarjana Konfusius menentang idea ini, arahan untuk
membunuh sarjana secara hidup-hidup telah dikeluarkan. Pada zaman itu, kira-kira 460 orang
daripada mereka telah dibunuh hidup-hidup kerana dianggap bakal menggugat kestabilan
negara.

Pada 215 SM,kesemua rekod-rekod sejarah dan kesusasteraan dibakar.Arahan itu telah

disebarkan ke seluruh negeri dan rakyat jelata termasuklah arahan untuk kesemua teks-teks
utama Konfius dikeluarkan kerana dianggap akan menjejaskan kebajikan negeri.Antara,bukubuku ajaran konfius yang dibakar termasuklah Classic of Documents dan Classic of Songs.

Legalisme
‘Legalisme’ atau Fa Jia merupakan pemikiran dominan semasa Dinasti Qin.Ajaran ini
menyatakan bahawa keadaan semulajadi manusia asalnya adalah jahat dan buruk. Justeru itu ,
undang-undang keras dan hukuman yang berat merupakan satu-satunya jalan bagi menjamin
kestabilan dan keamanan Negara.Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Dinasti Qin, ahliahli ‘Legalis’ yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan sentiasa menggunakan segala
kekuasaan yang ada tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat biasa.

Pada ketika ini,ahli-ahli atau sarjana Konfusianisme merupakan salah satu daripada golongan
yang sering ditindas pada zaman tersebut. Mereka tidak dibenarkan bersuara dan membuat
sebarang kritikan atau memberi pandangan berkaitan hal ehwal politik negara. Selain itu,
mereka juga menjadi mangsa kepada pembakaran buku yang diarahkan oleh Li Si.

Kebanyakan buku-buku dan kitab-kitab ajaran Konfusius banyak menggalakkan pemikiran
yang mendalam dari segi politik dan falsafah serta turut berkaitan dengan pemikiran
berkaitan perubahan-perubahan ekonomi dan sosial. Ahli Konfusius percaya bahawa konsep
‘Li’, merupakan kebaikan asas lelaki yang disokong oleh unsur pujukan moral.Konsep "Li"
telah diterima sebagai undang-undang di kalangan masyarakat berbanding dengan undangundang mahkamah manakala pendidikan dinilai sebagai aspek paling penting dalam

memelihara perintah. Undang-undang telah diterima dengan mudah kerana konsep ‘Li’ diberi
keutamaan melebihi pertimbangan-pertimbangan lain .

6

Kejatuhan Dinasti Qin
Dinasti Qin,merupakan dinasti pertama yang berjaya menyatukan keagamaan dan suku
bangsa di China.Dinasti Qin mengamalkan sistem politik yang sangat berbeza daripada
dinasti-dinasti sebelumnya sehingga penerapanya menghadapi tentangan dan berlawanan
dengan

pemikiran

politik

yang

bersifat

konvensional.Setelah


Shih

Huang

Ti

meninggal,Perdana Menteri Li Shi telah bersubahat memalsukan surat perintah raja untuk
membunuh Jeneral Besar Ming Tian dan pembesar Fu Shu agar dapat mengangkat Hu Hai
iaitu anak ke-18 Shih Huang Ti menaiki tahta.

Walaubagaimanapun,Raja Qin yang kedua ini mempunyai masalah yang serius iaitu sangat
lemah dan tidak bermoral kerana hanya mengikut arahan pembesar Li Shi semata-mata
menyebabkan pembesar-pembesar yang lain serta rakyat tidak berpuas hati mengakibatkan
terjadinya pemberontakkan.Antara pemberontakan yang berlaku ialah pemberontakan Chen
Sheng dan Wu Guang pada tahun 209 S.M dan pemberontakan Xiang Yu dan Liu Bang pada
tahun 207 S.M sehingga menyebabkan kejatuhan Dinasti Qin.Dinasti Qin yang didirikan oleh
Shih Huang Ti ini merupakan Dinasti terpendek dalm sejarah China yang mana hanya
mampu bertahan selama 15 tahun sahaja.

Status Sosial Ahli Konfusius Zaman Dinasti Qin
Status sosial ahli konfusian di zaman ini adalah sangat rendah.Golongan ini disingkirkan dari
sebarang urusan pentadbiran kerana fahaman berbeza yang dibawa.Mereka juga dibunuh dan
ditanam secara hidup-hidup kerana dianggap sebagai ancaman yang besar untuk kerajaan
kerana ideologi yang disampaikan mampu membuatkan rakyat bangkit dan memberontak
menentang kerajaan yang sedia ada.Namun begitu,terdapat seorang sasterawan yang ternama
ketika zaman silam China iaitu Li Yu.

Li Yu dilahirkan pada tahun 1610 zaman Dinasti Ming. Semasa beliau berusia 30 tahun,
Dinasti Ming digantikan oleh Dinasti Qin. Dinasti Qin merupakan dinasti feudal terakhir di
China telah menggantikan Dinasti Ming dengan kekerasan dan menyebabkan masyarakat
tidak tenteram. Proses tersebut berlaku berpuluh-puluh tahun. Dan Li Yu hidup dalam
masyarakat yang bergelora sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1680.

Semasa kecil, Li Yu menerima pendidikan teori Konfucius yang tradisional dan berharap
dapat menjadi golongan intelektual tradisional di China dengan mengambil peperiksaan
7

kenaikan pangkat tinggi. Walaupun beberapa kali mengambil bahagian dalam peperiksaan,
namun beliau sentiasa gagal. Selepas itu, Li Yu tidak mengejar lagi nama dan jasa. Beliau
telah membuka kedai buku di tempat kediamannya dan dengan sepenuh hati berkecimpung
dalam dunia penulisan. Kejayaan besar yang diperoleh Li Yu adalah beliau telah menggubah
skrip dan teori drama.
Kini, 10 jenis skrip yang ditulis oleh Li Yu masih disimpan, termasuk “ Ikan Sebelah”,
“ Percintaan Fineks”, “ Ketulan Batu jed” dan “Lianxiangban” .Gubahan tersebut pada
asasnya mencerita kisah cinta-mencintai antara lelaki dan wanita dan kebanyakan cerita lahir
di kalangan rakyat. Selain itu, karyanya telah mendapat sambutan dari golongan muda
kerana isi kandungan karyanya berliku-liku dan diminati pembaca serta sangat sesuai
dipentaskan. Karyanya bukan semata-mata untuk hiburan, tetapi meliputi kandungan sosial
yang serius, misalnya mengkritik konsep mengejar pangkat dan sistem perkahwinan yang
tidak bebas.

Drama Li Yu mendapat sambutan meluas oleh masyarakat pada zaman Qin dan disebarkan
ke Jepun dan negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai hubungan erat dengan China.
Sehingga hari ini, banyak drama yang diciptanya tetap dipersembahkan di China. Li Yu
bukan sahaja menggubah beberapa skrip drama, tetapi juga berkebolehan menguruskan
kumpulan untuk mempersembahkan dramanya. Beliau juga bertugas sebagai pengarah dalam
drama dan ada kalanya juga sebagai pelakon. Pada zaman Qin, dramawan tidak dihormati
oleh masyarakat atasan dan kaum intelektual. Namun, demi usaha yang diminatinya, Li Yu
mengetuai kumpulan kesenian mengadakan persembahan di seluruh negara dengan
mengambil masa lebih 20 tahun. Li Yu mempunyai banyak pengalaman dalam mementaskan
dramanya.

Kesimpulan
Peristiwa Pembakaran Buku (Burning of the Books) dan pembunuhan secara hidup-hidup
ahli-ahli sarjana atau intelektual adalah bertujuan untuk menghalang pemikiran-pemikiran
lama dalam pemerintahan kerajaan Dinasti Qin.Kerajaan menganggap bahawa pemikiranpemikiran lama akan menyukarkan kemajuan dan perubahan yang ingin dilaksanakan. Pada
zaman ini, walaupun rakyat bersemangat untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan,
namun Maharaja Shih Huang Ti bimbang sekiranya rakyat terutamanya golongan intelektual
yang mempunyai pemikiran tinggi akan sentiasa bercanggah pendapat yang seterusnya akan
8

membawa kepada revolusi menentang kerajaan. Peristiwa pembakaran buku juga telah
menjadi punca utama kepada kejatuhan dinasti Qin.Dinasti Han yang ditubuhkan oleh Liu
Bang(Han Wu Di)telah menaikkan semula martabat aliran pemikiran konfusianisme di
negara China.

Rujukan
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/253934/Han-Feizi
http://plato.stanford.edu/entries/xunzi
http://www.travelchinaguide.com/intro/history/qin
http://www.hyperhistory.com/online_n2/people_n2/ppersons2_n2/shihuangti
Edwin O. Reishaner, John K. Fairbank, East Asian, the Great Tradition, 1960, HOUGTON
MILFFLIN COMPANY, BOSTON.
GUNG-HSING WANG, the Chinese Mind, 1968, WOOD PRESS, PUBLISHERS NEW
YORK
Jaeques Gernet, A History of Chinese Civilization, 1996, Cambridge University Press.
Chu Chai with Winberg Chai, the Story of Chinese Philosophy, 1961, Greenwood Press,
Publishers Westport, Connecticut

9