Penilaian Kemahiran Menulis Sekolah Rend

PENILAIAN TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB
DI SEKOLAH RENDAH
Mohd Fuad Othman, Maimun Aqsha Lubis
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN
Penulisan merupakan satu proses berterusan untuk memahami cara yang paling efektif dalam
berbahasa sebagai cara untuk berkomunikasi. Penulisan boleh menjadi satu cabaran, sama
ada menulis dalam bahasa ibunda masing-masing atau dalam bahasa kedua. Penulisan juga
meningkatkan penguasaan bahasa kerana para pelajar mencuba pelbagai jenis perkataan batu,
ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak untuk berkomunikasi idea-idea mereka
secara lebih efektif dan untuk mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2003), kemahiran
menulis pelajar ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis. Strategi
menulis yang pelbagai ini dapat membantu para pelajar dalam aktiviti penulisan, terutamanya
ketika peperiksaan. Para pelajar menulis untuk satu jangka masa di dalam bilik darjah
berdasarkan topic yang diajarkan oleh guru mereka.
Kemahiran menulis atau penulisan merupakan kemahiran terakhir yang perlu dikuasai
seseorang pelajar bahasa. Seseorang itu mungkin berjaya dan menguasai kemahiran bertutur
dan membaca. Namun demikian apa yang ditutur dan ditulis tidak akan berkesan jika tidak
disampaikan dalam bentuk penulisan. Sokolik (2003) menyatakan bahawa proses menulis
saling berkaitan dengan kemahiran membaca dan bertutur dan tidak dapat dipisahkan antara

satu sama lain. Penulisan akan menjadi lebih baik sekiranya pembaca atau penutur (pelajar)
dapat menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. Justeru, kemahiran menulis ialah proses
terakhir untuk seseorang itu meluahkan apa yang difikirkan, apa yang dituturkan dan apa
yang dibacakan dalam bentuk huruf-huruf yang dinamakan penulisan.
Di sekolah-sekolah, pengajaran kemahiran menulis dan membaca bukanlah sesuatu
yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.
Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului menulis tetapi ada kalanya kanakkanak telah pun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana
sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok
kanak- kanak disuruh menulis sebelum tahu membaca.

1

DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran mendengar,
bertutur dan membaca. Sokolik (2003) mendefinisikan kemahiran menulis kepada tiga
kriteria, iaitu seperti berikut :
1. Merupakan suatu tindakan fizikal dan mental.
2. Menulis adalah untuk meluahkan perasaan dan keinginan.
3. Suatu proses dan hasilan yang terbina daripada imaginasi, organisasi, draf, diedit dan

dibaca semula.
Muhammad Salim (2010) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai kemahiran yang
digunakan untuk tujuan berkomunikasi di tempat kerja, dalam situasi pendidikan dan untuk
tujuan kehidupan. Ab. Halim et al. (2010) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai satu
keupayaan pelajar membina dan mengarang ayat-ayat yang kompleks untuk melahirkan
perkara-perkara yang wujud di dalam minda mereka dengan menggunakan perbendaharaan
kata yang telah dipelajari sama ada melalui pembacaan teks ataupun memperolehnya
daripada kamus. Keadaan ini menggambarkan peningkaran penguasaan pelajar terhadap
sesuatu bahasa melalui kemahiran menulis. Malah menurut Azman Wan Chik (1994),
kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sangat kompleks. Malahan menurut beliau
lagi, kemahiran menulis ini telah dipersetujui oleh ramai pendidik bahasa bahawa ia harus
bermula hanya apabila kemahiran yang lain sudah sebati dengan pelajar, terutama sekali
pelajar-pelajar muda.
KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam
Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak
semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Berdasarkan Buku
Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia
(2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru

seharusnya memahami konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan
menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar. Pelbagai
usaha telah dijalankan oleh KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran
Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan

2

Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program
Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM).
Walau bagaimanapun, usaha sedemikian untuk pengajaran Bahasa Arab di sekolah
rendah tidak dijalankan. Tiada program khas yang dijalankan bagi mengatasi masalah murid
yang keciciran. Guru yang mengajar bahasa Arab itu sendiri yang perlu mempunyai inisiatif
tersendiri bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Berbeza dengan bahasa lain, bahasa
Arab mempunyai sistem tulisannya tersendiri.
Kebanyakan murid di sekolah rendah dapat mengetahui dan menghafal sesuatu
kalimah dalam bahasa Arab. Namun apabila diminta untuk menulisnya, terdapat banyak
kesalahan ejaan yang berlaku. Kesalahan ejaan di dalam penulisan akan mengakibatkan
maklumat atau mesej yang hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh
difahami. Ini adalah kerana ciri-ciri tulisan Arab sangat memerlukan setiap ejaan ditulis
dengan tepat bukan sahaja pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik, simbol,

syaddah dan lain-lainnya.
Sekolah rendah merupakan peringkat asas pendidikan bagi seseorang individu. Tidak
dinafikan pada peringkat awal sebelum seseorang murid yang pandai menulis, sudah
semestinya melakukan kesalahan. Antara kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan yang
berlaku ialah :



Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya.
Jarak perkataan dengan perkataan selepasnya tidak seimbang, begitu juga dengan






kedudukannya, tegak dan condongnya.
Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam.
Salah menulis huruf Arab sama ada boleh disambung atau tidak boleh disambung.
Bentuk huruf Arab apabila berada di awal, di tengah dan di hujung perkataan.

Tulisan huruf Arab sama ada di atas garisan mahu pun di bawah garisan.

KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB
Sebelum murid-murid diajar menulis, selalunya mereka telah dapat membaca. Sebagai
permulaan kepada kemahiran membaca, murid-murid perlulah diajar tentang huruf-huruf
bahasa Arab terlebih dahulu. Terdapat 28 huruf dalam bahasa Arab. Huruf-huruf ini boleh
dibahagikan kepada dua kelompok iaitu :
1. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain tetapi tidak pula boleh
mencantumkan huruf selepasnya. Terdapat 6 huruf yang bersifat demikian iaitu :

) ‫( وزرذدا‬
3

2. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain sama ada di hadapan, di tengah atau
hujungnya iaitu 22 huruf baki daripada kelompok yang pertama.

‫)يهنملكقفغعظطضصشسخحجثت‬
(‫ب‬
Selain dari itu, huruf-huruf Arab juga kompleks kerana setiap huruf mempunyai
sekurang-kurangnya dua bentuk bergantung kepada kedudukannya dalam perkataan, iaitu

sama ada tunggal atau bercantum dengan huruf lain sama ada di awal, di tengah atau di
hujung perkataan. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran kepada murid-murid
iaitu dalam mengenal pasti huruf atau menulisnya. Sebagai contoh :

‫ت‬
‫تا‬
‫لـتا‬
‫لت‬

Bentuk tunggal
Bercantum di awal
Bercantum di tengah
Bercantum di hujung

Begitu juga, dalam penulisan Arab terdapat perkataan-perkataan yang ditulis secara
bercantum seperti

‫ ( اسمك‬ia terdiri dari dua patah perkataan iaitu ‫ ك‬+ ‫) اسم‬

tetapi


pada masa yang sama terdapat perkataan yang bila dibaca, ia seolah-olah satu perkataan tetapi
sebenarnya dua patah perkataan. Cara penulisannya pun ditulis berasingan. Sebagai contoh :

( ‫) صباح الخير‬
Di samping itu, terdapat huruf bahasa Arab yang tidak mempunyai padanannya dalam bahasa
Melayu. Antara huruf tersebut ialah :

(‫) خصضظ‬
Oleh itu, bagi murid yang pertama kali berjinak-jinak dengan bahasa ini, akan menghadapi
sedikit kesukaran dalam menyebut serta mengenal pasti bunyi huruf yang asing ini.
LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS
Guru yang baik dan cemerlang merupakan seorang guru yang bukan sahaja mementingkan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah turut mengambil berat
tentang persiapan sebelum P&P itu dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah yang
boleh diambil oleh guru sebelum, semasa dan selepas mengajar. Iaitu :


Motivasi
4


Berikan kesedaran kepada murid-murid tentang tujuan pelajaran tulisan ketika sedang


belajar menulis.
Persediaan
Pastikan semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksa sama ada meja dan
kerusi sesuai atau tidak dengan murid-murid. Perhatikan dari segi bentuknya, tinggi



rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.
Persembahan
Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan



hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting.
Pelaksanaan
Guru hendaklah melihat tulisan murid dan bagaimana mereka membuatnya. Semua

peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna. Sekiranya terdapat
murid yang tidak mampu menulisnya dengan baik, pegang tangannya dan tunjuk cara



yang betul.
Penilaian
Pilih kerja terbaik dan tunjukkan kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka
menulis dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB
Menurut A. Kadir Hj. Ismail (1974) kaedah merupakan cara-cara yang diikuti oleh seseorang
guru untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid supaya mereka dapat mencapai
kejayaan dengan sepenuhnya, atau langkah-langkah yang diaturkan oleh guru sebelum ia
masuk ke bilik darjah untuk menjalankan tugasnya yang akan digunakan kepada murid-murid
supaya mereka menurut arahan dan perhatiannya. Guru telah menetapkan kaedah yang akan
digunakan terhadap murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
supaya sesi tersebut nanti akan berjalan menurut kehendak guru. Guru juga akan dapat
mengawal proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Ibnu Khaldun berpendapat kaedah-kaedah pengajaran merupakan teknik-teknik untuk

menyampaikan kandungan pengajaran kepada penuntut. Kaedah pengajaran ini hendaklah
sentiasa dikaji dan diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan pelajar
menerima bahan pembelajaran. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan itu hendaklah
mempunyai garis-garis yang dijadikan panduan. Ahmad Mohd. Salleh (1997) pula
berpendapat kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti
dengan saksama bagi mencapai sesuatu pengajaran. Menurut Al-Qabisi, asas perkaedahan
5

dalam pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pembahagian mata
pelajaran, objektif setiap mata pelajaran dan teknik dan pendekatan pengajaran.
1. KAEDAH LATIH TUBI
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Dalam Islam, kaedah ini
mempunyai sejarah yang unik. Malaikat Jibril a.s. sendiri telah menggunakannya sewaktu
mengajar Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang pertama turun. Baginda diajar membacanya
berulang kali sehingga dapat membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama
dalam kaedah ini, iaitu yang melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan
kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan dan pergerakan otot.



Tujuan kaedah latih tubi
Murid-murid dapat menghafal perkataan-perkataan bahasa Arab dan mengingat hurufhuruf dalam perkataan tersebut supaya apabila ditulis mereka tidak melakukan
kesilapan. Secara tidak langsung kaedah ini berkait rapat antara kemahiran membaca



dan menulis.
Idea utama dan cara penggunaan :
Dengan menggunakan kaedah ini murid-murid dapat mengingat dan menulis
perkataan yang diajar oleh guru. Murid-murid perlu menyebut huruf-huruf dalam



sesuatu perkataan secara latih tubi.
Langkah-langkah penggunaan :
Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan guru-guru perlu meminta
murid- murid agar :
i.
Menyebut perkataan yang diajar secara latih tubi
ii.
Latih tubi menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan yang diajar.
iii.
Berulang-ulang kali menyebutnya sehingga dapat menghafalnya
iv.
Setelah menghafalnya, minta murid-murid untuk menulis huruf-huruf yang
v.

terdapat dalam perkataan berikut.
Ini dapat memastikan tiada huruf yang tertinggal ketika menulisnya dan secara
tidak langsung dapat mengelakkan kesalahan ketika menulis perkataan
tersebut.

2. KAEDAH TOLAK , TAMBAH
Pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah tidak dapat lari dari kaedah latih
tubi mengeja dan menyebut. Contohnya bilangan satu sehingga sepuluh, rata-rata murid
tahun 1 di semua sekolah rendah sudah menghafal kata bilangan tersebut. Cumanya apabila
diminta untuk ditulis, kebanyakannya melakukan kesalahan. Justeru strategi ini dibina untuk
6

memudahkan para guru untuk mengajar murid-murid menulis perkataan bahasa Arab yang
diajar oleh guru terutamanya murid-murid yang lemah.




Tujuan kaedah ‘Tolak, tambah’
Menyambung huruf-huruf bahasa Arab tunggal supaya membentuk perkataan mudah
dalam bahasa Arab.
Idea utama dan cara penggunaan :
Dengan menggunakan strategi tolak, tambah, murid-murid akan dapat menyambung
huruf- huruf bahasa Arab dan seterusnya dapat membentuk perkataan-perkataan serta
menulisnya dengan cara yang betul. Guru perlu meminta murid-murid agar mengingat
enam huruf tolak ini. Iaitu :

‫ز‬-

‫و‬

‫ذ‬-

‫ر‬-

‫ا‬-

‫د‬-

Langkah-langkah Pengajaran :
i.
Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan.
ii.
Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut
iii.
Letak tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ) di belakang huruf-huruf tersebut. Jika
huruf tersebut merupakan salah satu daripada enam huruf tolak, maka tulis
tanda ( - ) di belakangnya. Dan sekiranya huruf itu selain daripada enam huruf
iv.

tersebut, sila tuliskan tanda tambah ( + ) di belakangnya.
Huruf tolak ( - ) maksudnya tidak boleh bersambung manakala huruf tambah

v.

(+) maksudnya boleh bersambung.
Sekiranya huruf-huruf bahasa Arab tunggal itu adalah huruf tolak, maka minta
murid anda ikut arahan berikut. Iaitu :
1. Tulis semula huruf itu.
2. Angkat pensil.
3. Tulis huruf selepasnya.

vi.

Sekiranya

huruf-huruf hijaiyyah

tunggal itu adalah huruf tambah, maka minta murid anda ikut arahan berikut.
Iaitu :
1.
2.
3.
4.

vii.

Tulis huruf tersebut.
Sambungkan dengan huruf selepasnya.
Panjangkan ke kiri
Jangan biarkan ekor huruf itu turun ke bawah garisan

Huruf yang terakhir sekali tidak perlu diletakkan samada tanda tolak ( - ) atau
tambah ( + ).
7



Contoh Pelaksanaan :
Sambungkan huruf-huruf hijaiyyah tersebut supaya membentuk kalimah.
1.

‫ر‬

‫ت‬

‫ف‬

‫د‬

2.

Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab

tunggal yang diberikan.
3. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut.
4. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah di belakang huruf-huruf tersebut. Murid hanya
perlu ingat enam huruf ini sahaja. Huruf-huruf selain daripada enam huruf
tersebut, letakkan tanda tambah ( + ) di belakangnya.
5. Guru perlu ingatkan murid-murid perkara-perkara ini.
i.

Tulis huruf ‫ د‬dan angkat pensil.

ii.

Tulis pula huruf

‫ف‬

. Pastikan huruf ‫ف‬

ditulis di atas garisan dan

ingat huruf ini bertanda tambah maksudnya boleh disambungkan dengan
huruf selepasnya iaitu huruf ‫ ت‬.
iii.

Kemudian sambungkan pula huruf

‫ت‬

dengan huruf

‫ر‬

Maka

terbentuklah :

‫دفتر‬
3. KAEDAH IMLAK
Imlak bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan,
frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Kaedah imlak melibatkan dua kemahiran berbahasa
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis
dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan dan ayat yang
dibacakan oleh guru. Kaedah imlak berlaku selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini
memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap
kata-kata yang diungkapkan dan murid menulis setiap kata-kata yang didengarinya. Guru
seharusnya menggunakan kaedah ini setiap kali di penghujung proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui adakah tercapai objektif P&P
pada hari tersebut.
KESIMPULAN
Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh murid-murid
dalam P&P bahasa. Walaupun kemahiran ini berada pada tingkat kemahiran yang terakhir,
8

namun kemahiran ini juga sama kepentingannya dengan kemahiran lain. Justeru para guru
perlu mengambil berat cara bagaimana untuk mengajar kemahiran ini dengan lebih berkesan.
Ketiga-tiga kaedah yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharap dapat membantu guruguru bagi memantapkan lagi pengajaran mereka dalam bahasa Arab terutamanya dalam
kemahiran menulis bahasa Arab. Ketiga-tiga kaedah ini juga dapat digunakan oleh guru-guru
untuk mengajar murid-murid yang lemah. Bukan sahaja kaedah yang diutamakan, guru juga
perlu mengambil berat perkara-perkara lain yang berkaitan dengan diri pelajar itu sendiri.
Selain itu, penulis juga menyarankan beberapa cadangan lain untuk menggalakkan
murid-murid menulis dengan baik antaranya ialah :
i.
ii.

Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik.
Tulisan atau hasil kerja murid-murid yang difikirkan baik hendaklah

iii.

dipamerkan di papan kenyataan kelas.
Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan

iv.

melalui contoh- contoh yang baik daripada guru.
Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh. 5. Tulisan di kad-kad,
di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama supaya dapat
dicontohi oleh murid-murid.

RUJUKAN
Abdullah Al-Amin Al-Na’miy. 1994. Kaedah dan Pengajaran Menurut Ibn Khaldun Dan AlQabisi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Abdul Manan Ali. 2005. Bistari Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah. Kuala Terengganu :
Akademi Al- Marbawi.
Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1):1–12
Ahmad Mohd. Salleh 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi. Fajar
Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1):67–87
Ghazali Yusri Abd Rahman. 2005. Kemahiran Menulis Tulisan Arab di Kalangan PelajarPelajar Uitm : Kelemahan Dan Cara Mengatasinya. Projek Penyelidikan, Universiti
Teknologi Mara.
9

Kamarudin Husin. 1988. Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Petaling Jaya : Longman (M) Sdn.
Bhd.
Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa.
Kuala
Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Kamarul Shukri Mat Teh. 2008. Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Ringkasan Penyelidikan Siswazah, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Panel Penyemak Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka Karyawan Tamu Yayasan Warisan
Johor. 2002. Pandai Jawi. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar
Sekolah Menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263-319.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Strategi
Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang : Inventori Strategi
Belajar Cara Belajar Bahasa .Bangi : Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia.

10