Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah unsur penting dalam
pengajaran bahasa. Istilah pentaksiran digunakan dalam menyatakan pelaksanan
pengujian bahasa. Pelajar bahasa menguji pencapaian bahasanya pada setiap masa
terutama semasa mereka bertutur. Mereka boleh menilai perkara yang dituturkan sama
ada menepati kehendak pendengar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di bilik darjah, guru perlu mendapatkan maklumat tentang pencapaian muridmuridnya untuk mengukur pencapaian murid melalui penilaian berterusan. Penilaian
hendaklah

dianggap

sebagai

sebahagian

daripada


proses

pengajaran

dan

pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan
sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan
kemajuan dan prestasi pelajar. Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
memberikan penekanan kepada empat konsep utama iaitu pentaksiran, pengujian,
penilaian dan perkaitan dan perbezaan antara pentaksiran, pengujian dan penilaian.
Maka, guru harus lebih memahami keempat-empat konsep tersebut.

Rajah

Pentaksiran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah

Pentaksiran


Pengujian

Penilaian

Perkaitan Dan
Perbezaan
Antara
Pentaksiran,
Pengujian dan
Penilaian

1 : Konsep Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
1|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

2.0 PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat yang diperolehi
haruslah meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Manakala, penghakiman
pula melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan.
Produk pendidikan pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Terdapat
beberapa aspek utama dalam pentaksiran, antaranya ialah :
1.
2.
3.
4.
5.

Instrumen
Kumpulan yang ditaksir
Respon
Kumpulan yang menaksir
Skor
Proses

mendapatkan


maklumat

dan

melakukan

penghakiman

tentang

pendidikan memerlukan para pendidik dan guru melakukan pengukuran. Pengukuran
ialah suatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif
sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam
sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengukuran merangkumi segala aspek
pengujian, termasuk menggunakan Skel Ordinal atau Skel Selang untuk menentukan
kedudukan dan pencapaian pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas atau di antara kelas.
Skel Ordinal ini merupakan satu alat pengukuran yang digunakan untuk menempatkan
kedudukan pelajar-pelajar mengikut markah-markah yang diperolehi daripada sesuatu
ujian. Manakala, Skel Selang yang mengandungi unit markah dengan sama berat

nilainya adalah digunakan bukan sahaja menentukan kedudukan tetapi juga membuat
perbandingan di antara pelajar-pelajar dalam sesebuah kelas yang sama ataupun di
antara kelas-kelas yang lain. Ringkasnya, Skel Ordinal digunakan berdasarkan prestasi
atau pencapaian mereka. Manakala, Skel Selang meliputi markah dan gred yang
digunakan untuk menentukan peringkat pencapaian di antara pelajar. Pengukuran yang
dilakukan memerlukan para pendidik dan guru menggunakan kaedah-kaedah
2|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

pentaksiran tertentu. Rajah di bawah akan menunjukkan lima kaedah yang sesuai
digunakan ketika melakukan pentaksiran, iaitu :

Kaedah
Portfolio
Kaedah
Pertimbangan
Profesional


Kaedah Lisan

Kaedah
Pentaksiran
Kaedah
Penulisan

Kaedah
Pemerhatian

Rajah 2 : Kaedah Pentaksiran

3.0 PENGUJIAN

Mengikut R. M Gagne dalam bukunya The Conditions Of Learning, pengujian
ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu. Di dalam sesebuah kelas, pengujian ini digunakan untuk mengukur perubahan
tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran pelajar-pelajar. Ia merupakan
sebagai sesuatu alat pengukuran dengan tujuan mendapat maklumat tentang

pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun
afektif. Dalam pengujian bahasa, pelajar dan guru bahasa memerlukan data yang boleh
digunakan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran terutama setelah dikenal
pasti daerah kelemahan yang memerlukan perhatian.
3|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

Pengujian memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab
secara lisan atau bertulis atau mendemontrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan
dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Oleh itu, di dalam proses pengujian,
pemerhatian dan ujian formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran. Proses
pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat
pelaksanaan dan diakhiri dalam peringkat pemeriksaan. Ia dilaksanakan dalam tiga
peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Melalui proses
pengujian ini, seseorang guru akan mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah
dipelajari.

Terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu :
1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai
2. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain
3. Ujian penempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada
murid sebelum pengajaran
4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

4.0 PENILAIAN
Penilaian telah didefinasikan dengan banyak cara. Di dalam buku Education
Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D. Stufflebeam
ditakrifakan

penilaian

sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and providing useful

4|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H


BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

information for judging decision alternatives’. Di mana, ia adalah proses menentukan,
mendapatkan dan memeberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
menegenai tindakan selanjutnya. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa
penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk
membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik untuk
memperoleh maklumat kuantitatif yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Ia
adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat
pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian
objektif pelajaran, kaedah mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah
kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif.
Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh
diajalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan
kurikulum.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan 2003 dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses

untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Dalam program KBSR, Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian seperi yang digambarkan di
dalam jadual di bawah:

Jenis Aktiviti
Penilaian

Penilaian Mengesan
Penguasaan

Huraian

 Penilaian ini dijalankan ketika guru berada di dalam bilik
darjah. Tujuannya untuk mengesan kelemahan penguasaan

5|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

____________________________________________________________________________________

murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan,
supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta.

 Gaya penilian ini dilakukan selepas beberapa kemahiran
dalam sesuatu topik telah selesai diajarkan. Penilaian ini
Penilian Mengesan
Kemajuan

bertujuan

untuk

mengesan

kemajuan

murid

tentang

kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat
menentukan siapa yang memerlukan aktiviti pengayaan dan
pemulihan.

 Penilaian ini dijalankan selepas guru telah mengajar
beberapa topik pelajaran, biasanya dalam tempoh satu
Penilaian Mengesan
Pencapaian

penggal. Tujuan penilaian ini diadakan adalah untuk
mengesan

pencapaian

murid

dalam

beberapa

topik

pelajaran untuk menentukan kedudukan murid-murid dalam
kumpulan masing-masing.

Terdapat juga beberapa kepentingan penilaian ujian di dalam bilik darjah,
antaranya ialah:
i.

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada

ii.

pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
Menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah

iii.

dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman

iv.

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam

v.

pencapaian mereka.
Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka.

6|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

vi.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

5.0 PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Pengujian
Pentaksiran
Penilaian

Rajah 3 : Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai
perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P
membabitkan ketiga-tiga aspek berkenaan. Perkaitan antara pentaksiran, pengujian
dan penilian ditunjukkan melalui enam aspek iaitu definisi, tujuan, cara, masa, liputan
dan keputusan. Enam aspek ini adalah seperti jadual di bawah :

Aspek
1. Definisi

Pentaksiran

Pengujian

Penilaian

Perkaitan

Proses untuk

Sabagai alat

Proses untuk

Peranan ketiga-

menentukan

pengukuran

menentukan

tiga konsep

7|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

peringkat

perubahan

perubahan

tersebut

pencapaian

sesuatu aspek

tingkah laku

sebagai alat

dan kedudukan

tingkah laku

dan melakukan

pengukuran

pertimbangan

perubahan

nilai

tingkah laku

murid

dan
pencapaian
murid-murid

2. Tujuan

Melakukan

Menentukan

Memberi

Mengukur dan

pengelasan

pencapaian

maklumat

memberi

pencapaian

sesuatu

tentang

maklumat

dan kedudukan

pembelajaran

pencapaian

tentang

dalam

objektif

pencapaian

pembelajaran

pelajaran,

pembelajaran

kaedah

murid-murid

mengajar dan

berdasarkan

kurikulum.

objektif
pelajaran,
kaedah
mengajar dan
kurikulum.

3. Cara

Dijalankan

Dijalankan

Dijalankan

Ketiga-tiganya

dengan

melalui cara

melalui data

memperlihatka

pelbagai cara

pemerhatian

kuantitatif dan

n cara untuk

pengumpulan

atau soalan-

penghuraian

mengukur yang

data kuantitatif

soalan ujian

kualitatif

sama, iaitu
kuantitatif atau
kualitatif atau
kedua-duanya

8|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

4. Masa

Dijalankan

Dijalankan

Diajalankan

Ketiaga-tiga

selepas

selepas

sebelum,

konsep

pelajaran

pelajaran

semasa dan

tersebut

selepas

diajalankan

pelajaran

selepas
pelajaran
kecuali penilian

5. Liputan

Terhad kepada

Liputan yang

Liputan

Daripada ciri

sesuatu

terhad kepada

daripada

terkecil untuk

peringkat

sesuatu

sesuatu

pengujian

pembelajaran

kemahiran atau

pembelajaran

kepada liputan

pembelajaran

tertentu kepada

sederhana

keseluruhan

untuk

kurikulum

pentaksiran
hungga ke ciri
terbesar untuk
penilaian yang
meliputi
keseluruhan
kurikulum

6. Keputusan

Menunjukkan

Menunjukkan

Menunjukkan

Dijalankan

pencapaian

prestasi

pencapaian

untuk

secara relatif

sesuatu

keseluruhannya menunjukkan

kemahiran atau

tetapi tidak

prestasi dan

penguasaan

semestinya

pencapaian

pembelajaran

membayangka

dalam sesuatu

secara spesifik

n kebaikan

kemahiran

9|B M M 3 1 0 3 P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U S E KO L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

seseorang

sama ada

individu

secara umum,
spesifik atau
keseluruhan.

6.0 PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Perkara
1. Pengertian

Pentaksiran

Pengujian

Proses menentukan

Proses menentukan

Proses membuat

peringkat

perubahan tingkah

analisis dengan

pencapaian dan

laku.

mentafsir hasil

kedudukan di

Penilaian

pengukuran.

antara pelajar.

2. Tujuan

Membuat

Menentukan

Memberi maklumat

perbandingan

pencapaian pelajar

mengenai

pencapaian dan

dalam sesuatu

pencapaian pelajar,

kedudukan di

pembelajaran.

objektif pelajaran,

antara pelajar

kaedah mengajar

dalam penguasaan

dan kurikulum.

pembelajaran.

3. Kegunaan

Untuk pengelasan,

Untuk

Untuk membaiki

pensijilan dan

menempatkan

rancangan

menempatkan

pelajar-pelajar

mengajar,

pelajar dalam

dalam kumpulan

kurikulum,

jurusan yang sesuai

yang sesuai.

pengesanan punca

10 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

4. Bentuk

dan untuk

kelemahan dan

penyelidikan.

membuat ramalan.

Ujian bertulis

Pemerhatian, ujian,

Jadual / gred

dengan markah dan

lisan dan bertulis.

berdasarkan teknik

gred.

5. Masa

perangkaan.

Selepas beberapa

Selepas sesuatu

Sebelum, semasa

pelajaran

atau beberapa

dan selepas satu

pelajaran

atau beberapa
pelajaran

6. Proses

1. Proses pengujian

1. Persediaan ujian

1. Proses

pelaksanaan

2. Merekod

2. Pentadbiran

pengukuran

markah / gred

3. Pemeriksaan

2. Proses
penganalisisan
3. Proses
interpretasi
4. Melapor
5. Tindakan

7.0 JENIS- JENIS UJIAN
Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk
menguji sesuatu kemahiran bahasa. Istilah ujian juga bolehmerujuk kepada alat-alat
yang digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran tertentu. Setiap guru sewajarnya
dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam
11 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

pendidikan. Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya
dirancang dengan baik dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam
pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KSSR, penguasaan murid-murid terhadap
kemahiran

mendengar,

bertutur,

membaca

dan

menulis

perlu

diuji

dengan

menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai.
Terdapat dua jenis ujian yang baiasa digunakan iaitu :
1. Ujian Kertas – Pensel
Ujian kertas pensel melibatkan kemahiran penggunaan perkataan dalam bahasa.
Murid perlu menguasai kemahiran membaca arahan dan kefahaman soalan serta
kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis. Kecuali ujian lisan dan amali,
kebanyakan ujian yang diadakan dalam bilik darjah adalah dalam bentuk ujian
kertas-pensel. Ujian ini sangat sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan
penguasaan kemahiran, khasnya dalam bidang kognitif. Ujian jenis ini bukan sahaja
sesuai ditadbirkan secara rasmi, tetapi juga boleh digunakan untuk menguji bidang
secara meluas. Terdapat dua jenis ujian kertas-pensel yang biasa digunakan dalam
sekolah iaitu:
A. Ujian Objektif
Ujian objektif terdiri daripada soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan
pendek atau memberi respon kepada gerak balas–gerak balas yang merupakan
jawapan-jawapan soalan disediakan terlebih dahulu. Item jenis ujian objektif ini
memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang
paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis
padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Pada amnya, ujian objektif ini boleh
disediakan dalam dua bentuk, iaitu Item Respon Bebas dan Item Respon Tetap.
Item Respon Bebas
Menggunakan soalan yang memerlukan jawapan ringkas sahaja.
Contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? (malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
Item Respon Tetap
12 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat.
Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah
format salah-betul, padanan dan aneka pilihan.

B. Ujian Subjektif
Ujian subjektif pula dikenali sebagai ujian esei iaitu ujian yang memerlukan murid
memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau karangan dengan tulisan sendiri.
Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam ayat, perenggan atau karangan yang
lengkap. Ciri utama ujian subjektif ialah memberi kebebasan murid menjawab
soalan, iaiatu murid bebas memilih, merancang dan menyusun isi jawapan
mengikut pendapat dan idea sendiri. Soalan jenis subjektif terbahagi kepada
beberapa pecahan seperti berikut:
i. Item jenis struktur
ii. Item jenis esei
iii. Pembinaan ujian
2. Bentuk Ujian Bukan Bertulis
a) Ujian Lisan
Ujian jenis ini sesuai dijalankan secara individu, khasnya bagi mata pelajaran
Bahasa, Agama Islam dan Pendidikan Moral. Penilaian menggunakan ujian lisan
boleh dijalankan dengan penggunaan teknik perbincangan dan temu bual. Bagi
teknik ini, tajuk dan tema yang dipilih hendaklah sesuai dengan kebolehan, jantina
dan tempat tinggal murid serta dijauhi daripada isu-isu yang sensetif dari segi
agama, budaya dan sosial. Ia juga boleh disediakan dengan menggunakan
pernyataan ringkas dan jelas, gambar atau ilustrasi yang menarik dan boleh
merangsangkan pemikiran murid.
b) Ujian Bacaan
Ujian bacaan adalah sesuai digunakan untuk menilai perkembangan bahasa
pelajar. Untuk menjalankan ujian bacaan dengan berkesan, guru hendaklah
menyediakan petikan bacaan dengan panjangnya yang berpatutan, aras
kesukaran bahasa sepadan dengan peringkat kefahaman pelajar, tema dan isinya
berkaitan dengan persekitaran.

13 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

8.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara
spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan biasanya tidak
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item/soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test
Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan
paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
Jadual Spesifikasi ujian (JSU) yang dulu dikenali sebagai Jadual Penentuan
Ujian (JPU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang
hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang
mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak
diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kebiasaannya Jadual Spesifikasi Ujian mempunyai maklumat seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa

iv.

mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajarkan.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-

v.
vi.

lain.
Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.

Terdapat beberapa fungsi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Anataranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Ujian dapat dibina secara terancang dan sistematik.
Sebagai panduan kepada penggubal soalan agar memudahkan membina soalan.
Menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran yang perlu diuji.
Menentukan bidang / topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.
Menentukan aras soalan dan bilangannya.
Menyelaras aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian.

14 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

7. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
8. Membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
9. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.
Terdapat beberapa Kepentingan JSU. Anataranya ialah:
1. Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
2. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
3. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
4. Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
5. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.
6. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
7. Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
8. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
9. Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
10. Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
11. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
12. Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang dan ujian meliputi keseluruhan
sukatan pelajaran.
13. Menjadikan soalan-soalan Bahasa Melayu lebih menarik.

9.0 PENUTUP
Tiga konsep utama dalam Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu
Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran
yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya ada kaitan rapat
dengan proses pelaksanaan. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam
pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan. Ketiaga-tiga konsep ini
dapat membantu untuk mengenalpasti kedudukan dan pencapaian pelajar serta
memperbaiki cara penyampaian pengajaran seorang guru. Oleh yang demikian guru
perlu menyediakan ujian yang sesuai terhadap murid mengikut tahap mereka. Melalui
ujian yang dilakukan guru dapat menilai tahap dan kedudukan murid serta membantu
kelemahan mereka. Cara yang terbaik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah
dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Ini kerana pengetahuan dan
15 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

kemahiran yang disenaraikan dalam JSU merupakan kandungan sukatan pelajaran
yang diajarkan di dalam bilik darjah. JSU Penting untuk menjamin kesahan isi
kandungan sesuatu ujian dan menyeimbangkan antara topik-topik dengan aras-aras
kemahiran yang diuji.

REFLEKSI
Umumnya, Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah sememangnya salah satu konsep atau
proses yang perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap guru
perlu memahami dan mengetahui tentang tiga konsep utama dalam Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah iaitu Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian. Ketiga-tiga konsep ini
penting dijalankan untuk mengukur pencapaian murid di dalam bilik darjah atau di antara
kelas serta dapat memperbaiki cara seorang guru melakukan penyampaian pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui tugasan ini, sebagai seorang guru saya lebih
memahami tentang kepentingan ketiga-tiga konsep ini. Melalui sumber rujukan daripada
beberapa buah buku dan sumber internet yang saya perolehi, telah memudahkan saya
mencari maklumat yang berkaitan dan membantu saya lebih memahami tentang ketiga-tiga
konsep ini, disamping dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Salah satu maklumat
yang penting telah saya perolehi daripada hasil tugasan ini adalah mengenai kepentingan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Memang tidak dinafikan, guru-guru di sekolah kadang-kadang
membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ini menyebabkan ujian
yang dijalankan mendapat tindak balas atau keputusan yang tidak tepat dan tidak membantu
meningkatkan pencapaian atau prestasi murid. Melalui tugasan ini saya mengetahui cara yang
baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan meneyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item / soalan agar ujian yang dijalankan mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan. Tugas seorang guru bukan sahaja mendidik pelajar tetapi juga menilai
prestasi pelajar dan memperbaiki kelemahan mereka dari segi cara pembelajaran.

16 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

RUJUKAN

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1993). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti
Jadual

Spesifikasi

Ujian.

Dicapai

pada

15

Februari

2014

daripada

http://raznizamohammadbmm.blogspot.com/
Modul BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dicapai pada 15
Februari 2014 daripada http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/09-bahanbacaan.pdf
Modul BMM 3103 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dicapai pada 15
Februari 2014 daripada http://www.scribd.com/doc/24496040/PGSR-BM-NOTAMODUL-BMM3103-By-Cikgu-Ruslee

17 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H

BMM 3103
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
____________________________________________________________________________________

Mok Soon Sang. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan
Guru Bahagian II : Kompetensi Dan Pembelajaran. Subang Jaya, Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2012). Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

18 | B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B A H A S A M E L A Y U S E K O L A H R E N D A H