Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh Kes
,
.,
LAPORAN AKHIR
..
CABARAN PENDIDIKAN
SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Oleh
ZURAINI ZAKARIA
FATIMAH HASSAN
HASMAWATI HASSAN
NORESAH HJ. MOHO. SHARIFF
Pusat Pengajlan Pendidlkan Jarak Jauh
Unlversltl Salns Malaysia
Pulau-Plnang
L.aporan Penyelidlkan Dlbiayal Sepenuhnya Oleh
Geran Penyelldlkan USM Jangka Pendek
Unlversltl Salns Malaysia
•
..
Jun 2006
-------
- - -
--_._--
.,
Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada negara,
masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan i1mu memang tidak dapat
dipertikaikan lagi. Dalam era globalisasi yang sentiasa berkembang pantas tanpa
mengira skala jarak dan sempadan politik, peranan dan penggunaan ICT
menjadi semakin memuncak terutama dalam menjana kemajuan pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan ini cabaran
mengaplikasi ICT bagi sistem pendidikan secara jarak jauh (PJJ) dalam
menghadapi era globalisasi ini terutama dalam aspek kesedaran, penguasaan
dan perancangan masa depan adalah sesuatu yang kritikal dan maklumat jitu.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan dalam era
ICT sebagai satu cabaran pendidikan secara jarak jauh dan mengkaji tentang
tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh di semua Pusat Wilayah di
Malaysia. Selain itu kajian ini cuba mengenal pasti isu dan masalah yang wujud
daripada pembangunan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar jarak jauh dan
akhirnya mengemukakan beberapa cadangan dan pendekatan untuk mengatasi
isu dan masalah yang timbul di kalangan pelajar ini. Kajian yang menggunakan
kaedah soal selidik secara bersemuka dansecara pos menggunakan pelajar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) sebagai sampel kajian.
Beberapa siri lawatan ke beberapa Pusat Wilayah dan temubual dengan Tutor
Residen dan Juruteknik semasa telah dijalankan bagi mema"ntau dan mengkaji
penyediaan prasarana berkaitan ICT di Pusat Wilayah. Hasil kajian merldapati
bahawa kesedaran dan pendedahan pelajar PPPJJ' dalam ICT adalah masih
dan agak perlahan berbanding perkembangan
pada peringkat 。ョィイ・、セ
semasa. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar penggunaan ICT
ini dipertingkatkan selaras dengan hasrat kerajaan agar kadar literasi dalam
komputer meningkat dan setaraf dengan negara maju. Infrastruktur dan
peralatanberkaitan ICT di PPPJJ dan Pusat Wilayah perlu dipertingkatkan agar
matlamat penggunaan dapat dimaksimakan. Suatu mekanisma dan visi serta
misi pembangunan PPPJJ perlu digarap agar dapat menyaingi perubahan dan
keghairahan yang dibawa' oleh ICT. Aplikasi ICT PPPJJperlu seiring dengan
perubahan semasa yang semakin canggih namun perlu dillbahsuai agar tidak
membebankan pelajar PPPJJ di samping menjamin daya saing dan kredibiliti
PPPJJ dalam mengembangkan i1mu melalui sistem yang' amat memerlukan
aplikasi dan perkasaan ICT ini.
.
('
Iセ
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas IimpahNya laporan ini dapat
disediakan dengan kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak, individu dan
organisasi yang terlibat. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan oleh
penyelidik dirakamkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam penyediaan dan pelaksanaan kajian ini terutamanya kepada
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ). Segala sokongan pihak
pentadbiran dan rakan sekerja, kerjasama kakitangan dan kemudahan
penyelidikan yang disediakan amatlah dihargai.
(
Para penyelidik kajian ini merakamkan penghargaan khusus kepada Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang atas pembiayaan menerusi Geran Penyelidikan
Jangka Pendek yang membolehkan penyelidikan ini disempurnakan dengan
jayanya.
Ucapan terima kasih ditujukan juga kepada semua pelajar PPPJJ sama ada
yang terpilih sebagai responden atau sebaliknya, Tutor Residen Pusat Wilayah
yang dilawati, Juruteknik PPPJJ dan Juruteknik di Pusat Wilayah yang sudi
meluangkan masa untuk ditemuramah. Tidak lupa juga kepada mereka yang·
telah membantu kami iaitu Cik Helen Choq (Pelajar Siswazah Tinggi Pendidikan
Jarak Jauh) dan Cik Wan Yusnadia (Pembantu Penyelidik Sambilan), dan
beberapapembantu penyelidik lain dalam menyempurnakan kajian dan
penerbitan hasil. kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan
seperjuangan dan ahli keluarga kerana sokongan dan dorongan yang diberikan
sepanjang proses penyelidikan ini. .
TERIMA KASIH
. Dr. Zuraini Zakaria (Ketua Projek)
Dr. Fatimah Hassan
Dr. Noresah Hj. Mohd Shariff
Pn. Hasmawati Hassan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800, Pulau Pinang
ii
I
,-
I'
I, _ _ •
,-
セ セ
BLセiGZョ⦅イM
[' -
Lセ
_,. _
セ
セ
|Lセ
- '"I'"
⦅セG
,1
,,',
-
セ
__-
セ
セGZ
セZ
>
、ZセスA
y',
セ セ セ
__
•
セ
セセ
__
Gセ|i
I
セ . '-/rA'\I'\ エセQI|ャjZ
\q! ゥB| セiGo
セ⦅
セ
H GセB
"
セ
セM
\'
__
セ
3.4
3.5
BABS
,
セ⦅ セ セ セ
__
_
I
'i
セ⦅ セェ
Pengenalan
Matlamat Kajian
Skop Kajian
Metodologi Kajian
Organisasi Kajian
Penemuan Kajian
1
2
2
3
3
3
Pengenalan
Halatuju Pendidikan Negara
Peranan ICT dalam Pendidikan
Perkembangan dan Pembangunan ICT
Kesedaran dan Penggunaan leT
Kesimpulan _
5
5
6
7
9
12
PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) DAN ICT
3.1
3.2
3.3
BAB4
B⦅セ
GBセ
-,
"
PENDIDIKAN DAN leT
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
BAB3
"
GBセj
PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
BAB2
セ セ
"
, Mukasurat'
i
ii
iii
Abstrak
Penghargaan
lsi kandungan
BAB1
_
,-"
",1)
Pengenalan
Proses Pendidikan Secara Jarak Jauh
Scenario Perkembal1gan dan Pembangunan
'PJJ dan ICT .
PJJ dan ICT di USM
Kesimpulan
ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN
4.1
Kesedaran dan Pendedahan ICT Pelajar PPPJJ
4.2
Motivasi Pelajar PPPJJ dan ICT
4.3
Kecemerlangan Pelajar dan ICT
4.4
Perkhidmatan ICT di PPPJJ
4.5
Masa hadapan ICT di PPPJJ
4.6
Kesimplilan
13
13
17
22
22
23
29
31
36
43
46
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
5.2
5.3
Penemuan utama kajian
Cadangan
Kesimpulan
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
47
48
49
50
51
iii
()
J
,
,
BAB1
PENDAHULUAN
1.1
(
..
Pengenalan
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak
jauh (PJJ) semakin berkembang. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web
telah mula diaplikasikan dalam pelbagai cara merentasi tahap dalam pendidikan pada
hari ini. Hal ini adalah selaras dengan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan yang
banyak dipengaruhi oleh ICT. Peranan ICTdalam pendidikan tiada batasan terutama
dalam era globalisasi yang memerlukan kepantasan dan kecekapan terutama dalam
mencari bahan rujukan, berbincang dan mendapat bantuan rakan atau pengajar serta
menyelesaikan sebarang masalah· yang timbul. Oleh itu setiap pelajar harus
menggunakan ICT sebagai alat dan kemudahan tambahan bagi membantu dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Pada hari ini, ICT boleh
dianggap sebagai anggota badan manusia yang mana kehidupan kita pasti terjejas
tanpa kehadirannya.
ICT memainkan peranan yang penting dalam konteks penjanaan ilmu terutama
untuk mereka yang mengikuti sistem pendidikan secara jarak jauh. Pelajar-pelajar
secara jarak jauh juga semakin bijak memahami penggunaan ICT. Ini disebabkan sistem
PJJ merupakan tren yang memuncak dalam sistem pendidikan kesan daripada
penjanaan ilmu yang efisen dan efektif melalui pengaplikasian ICT. Lazimnya ini ada
kaitan dengan pengertian pendidikan itu sendiri.
Pengaruh dan perkembangan pesat teknologi masa bagaimanapun kini telah
berjaya mengatasi jurang pemisahan masa dan mengurangkan jurang pemisahan
secara fizikal di antara pelajar dan pengajar (Cheah, 2004). ICT bermaksud teknologi
maklumat dan komunikasi digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta
menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu pelajar
dalam bidang pendidikan. Secara umumnya JCT digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk
penyampaian isi kandu"ngan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet,
Satelit, tape audio/video, TV interakrif, telesidang dan CD-ROM adalah sebahagian
daripada media elektronik dan komunikasi (Hasmawati & Fatimah, 2005) yang
mengg"alakkan kegunaan ICT dalam pendidikan.
.
Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi aplikasi ICT semasa proses
pengajaran dan pembelajaran seperti perkakasan ICT itu sendiri, tenaga pengajar dan
pelajar, bahan-bahan pembelajaran dan kaedah penyampaian (Hasmawati & Fatimah,
2005). Pelbagai harapan dan halangan tercetus apabila perkara-perkara ini
dihubungkaitkan. Selama ini PPPJJ mungkin dihalangi faktor lumrah sepert kekurangan
sumber bagi perkembangan yang berkesan, kekurangan infrastruktur bagi. menyokong
peredaran teknologi moden dan kekurangan dana yang diperlUkan bagi
penyelenggaraan perkakasan dan perisian. Maka kajian ini merupakan suatu
penambahan pengumpulan data yang mencirikan konstituensi utama PPPJJ iaitu
pelajar. Bagi pelajar, aplikasi teknologi dalam pendidikan bukan sekadar memiliki
komputer tetapi perlu mengintegrasi secara berkesan dan efisyen penggunaannya agar
membawa makna dengan cepat, mudah dan tepat. Dengan ini pelajar yang
mengaplikasi dan mengintegrasikan ICT dalam pendidikan sewajarnya berupaya
mencari, menganalisis dan mensintesis maklumat serta berupaya menyelesaikan
masalah secara kreatif dan efektif. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi· mendapatkan
maklumat berkaitan cabaran ICT di PPPJJ dengan lebih terperinci agar perancangan
awal dan daya saing berkaitan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
1
PJJ dapat dipertingkatkan. Pangkalan data akan merangkumi aspek perhubungan dan
keperluan pelajar dalam mengejar era globalisasi ICT. Ciri komponen ini adalah kritikal
didefinisikan sebelum segala aspek perancangan strategik, ヲゥエセャョ
dan proposal
dilaksanakan demi memastikan kecemerlangan PPPJJ dalam menjanakan,
mengorganisasikan dan mendesiminasikan ICT serta menepati matlamat institusi dan
mampu bersaing pada skala national dan juga antarabangsa.
1.2
Matlamat Kajian
Kajian ini bertujuan untuk :
• Menentu faktor yang mempengaruhi kesedaran penggunaan ICT di kalangan
pelajar PPPJJ agar tindakan susulan seperti proses pendekatan, peraturan dan
perancangan struktur yang terurus dalam prosedur system PJJ dapat
dilaksanakan.
• Mengenalpasti dan menilai tahap pendedahan dan penggunaan ICT di kalangan
pelajar jarak jauh agar kemudahan ICT dapat diintegrasikan dan diinovasikan
menurut tahap kompatibiliti serta penerimaan pelajar.
• Mengkaji keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana yang berkaitan ICT .
dan tahap penggunaan prasarana sedia ada.
• Mengemuka beberapa cadangan, strategi dan persekitaran pembelajaran yang
bersesuaian dan efektif untuk memaksimakan motivasi dan kemajuan pelajar
dalam pengaplikasian ICT dan untuk mengatasi isu dan masalah yang timbul di
kalahgan institusi sendiri.
1.3
(
J
Skop Kajian
TeknoJogi maklumat dan, komunikasi (ICT),merujuk kepada penggunaan
pelbagai item dan keupayaan dalam mencipta, menyimpan dan menyebar maklumat
tersebut bagi memenuhi keperluan manusia. Dalamkajian ini, teknologi maklumat dan
komunikasi meliputi aspek komputer, komunikasi dan kebolehan untuk berkomunikasi
maklumat melalui komputer dan menghubungkan manusia melalui maklumat. Dengan
itu, kajian ini mengkaji tahap kesedaran dan pendedahan pelajar jarak jauh tentarig
tahap penggunaan ICT. Selain itu keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana
yang mencukupi berkaitan ICT di Pusat Wilayah turut dikaji.
Kajian ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan dan pendekatan untuk
mengatasi isu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar jarak jauh USM. Setiap
cadangan dan pendekatan yang dikemukakan terlebih dahulu akan diteliti dari segi
kesediaan serta keupayaan pelajar untuk l11enggunakan ICT, dasar dan matlamat
pembangunan institusi serta negara secara keseluruhan sebelum dimuktamadkan oleh
USM sendiri.
2
.
(j
\
·
'.
'
.
1.4 Metodologi Kajian
Kajian ini telah dijalankan dalam beberapa sirL Antaranya ialah:
1) Menganalisis borang soal selidik kajian yang telah diedarkan kepada pelajar
baru (Tahun 1) yang mendaftar untuk mengikuti sistem pengajian secara jarak
jauh iaitu semasa kursus orientasi Sidang Akademik 20011 2002. Sebanyak 139
borang telah dikembalikan daripada 200 yang diedarkan secara rawak.
2) Membangunkan dan mengedarkan soal selidik kepada 100 pelajar Tahun 3
terpilih (sebahagian daripada 139 pelajar yang telah mengembalikan borang
mereka pada Tahun 1 lalu) sacara pas. (Kajian ini menggunakan kaedah timeseries untuk kelompok pelajar yang sama tetapi pada tahun atau masa yang
berbeza untuk melihat perubahan persepsi, penguasaan, kesedaran,
pendedahan dan permintaan terhadap ICT di PPPJJ khasnya dan USM amnya).
3) Menjalankan satu kajian kes yang mengaitkan ICT dankejayaan pelajar di
PPPJJ. Seramai 47 pelajar cemerlang yang dipilih dalam kajian ini merupakan
pelajar yang telah memenangi Hadiah Kepujian dan Sijil Dekan berdasarkan
kecemerlangan akademik pelajar pada SidangAkademik 2001/2002.
4) Mengadakan beberapa siri lawatan ke beberapa Pusat Wilayah bagi memantau
dan mengkaji keupayaan PPPJJ dalam menyediakan prasarana berkaitan ICT di
Pusat Wilayah. Temubual dengan beberapa Tutor Residen dan Juruteknik
berkenaan.
terpilih turut diadakan semasa ョ。エセキャ
1.5 Organlsasl Kajian
Laporan ini membincangkan hasil kajian dengan membahagikannya kepada
beberapa bab iaitu Bab 1 merupakan pengenalan kepada matlamat kajian. Ini
diikuti oleh Bab 2 yang membincangkan mengenai pendidikan dan ICT dalam
negara kita Malaysia secara umum. Seterusnya Bab 3 menjuruskan perbincangan
mengenai pendidikan dan ICT pada peringkat pendidikan secara jarak jauh.
Analisis dan penemuan kajian dibincangkan dalam Bab 4. Manakala Bab 5
memberi cadangan dan membuat rumusan untuk laporan dan kajian inL
1.6
Penemuan Kajlan
Antara dapatan utama kajian ini ialah:
1.
Bukan 100% pelajar PPPJJ mempunyai komputer manakala 89.2% pelajar
menggunakan komputer di rumah dan 80.0% menggunakan komputer di
sekolah atau pejabat. Hanya 12.3% responden menggunakan komputer di
siber cafe dan 70.8% mempunyai kemudahan melayari internet. Ini
menunjukkan kempen "Satu rumah satu komputer" yang telah lama
dijalankan hasilnya kurang berkesan dan bantuan pinjaman yang disarankan
USM juga kurang mendapat sambutan.
3
",
2.
Kesedaran dan pendedahan pelajar PPPJJ dalam ICT adalah masih pada
peringkat sederhana. Kesemua pelajar menggunakan komputer namun
hanya 36.9% pelajar yang berada pada tahap penggunaan dengan
kekerapan tertinggi, dan 24.6% pelajar berada pada tahap mahir dalam
menguasai kemahiran komputer. Kedua-dua tahap penggunaan dan tahap
penguasaan komputer oleh responden adalah signifikan pada aras 0.001 dan
mempunyai korelasi secara langsung yang positif pada tahap sederhana
tinggi iaitu 0.451. Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diterapkan agar
penggunaan ICT ini dipertingkatkan dan selaras dengan hasrat kerajaan agar
kadar Iiterasi dalam komputer meningkat dansetaraf dengan negara maju.
3.
Penggunaan ICT memang diakui" sebagai suatu alat yang berupaya
membantu, menambahbaikkan dan meningkatkan prestasi pelajar terutama
pelajar PPPJJ. Seramai 80% pelajar cemerlang mengaku menggunakan ICT
sebagai bantuan dalam proses pembelajaran iaitu untuk membuat tugasan
(50%) dan untuk berhubung dengan rakan- rakan dan pensyarah (45%).
4.
Infrastruktur dan peralatan berkaitan ICT di PPPJJ seperti peralatan
komputer dan peralatan telesidang yang mempunyai kapasiti tinggi dan
canggih serta peralatan di Pusat Wilayah seperti keselamatan, pemasangan
lengkap dan sambungan internet berkapasiti tinggi perlu disediakan dan
ditambahbaikkan dari masa ke semasa agar matlamat penggunaan dapat
dimaksimakan. Kemudahan peralatan sedia ada seperti peralatan sidang
video perlu dimaksimakan penggunaannya dan tidak terhad kepada aktiviti
yang berkaitan dengan pengurusan kursus sahaja. Ini adalah kerana kadar
sewaan talian adalah untuk sepanjang tahun dan 24 jam sehari.
5.
Aplikasi ICT PPPJJ perlu seiring dengan perubahan semasa yang semakin
canggih namun perlu diubahsuai agar tidak membebankan pelajar PPPJJ"
yang tinggal di seluruh pelusuk negara.Para pelajar sentiasa menghadapi
kemungkinan infrastruktur ItT yang kurang berkeupayaan, masalah teknikal
dan masalah kemahiranteknologi yang pelbagai peringkat.
6.
Mengaktifkan semula aktiviti persatuan pelajar mengikut Pusat Wilayah.
Antara aktiviti berkaitan ICT yang disarankan ialah penambahbaikan
peralatan ICT seperti pembelian CO burner, penyelenggaraan CO, penjualan
CD, pembelian alat pencetak, faks dan fotokopi untuk Pusat Wilayah. Turut
disarankan juga ialah penubuhan laman web mengikut Pusat Wilayah dan
keaktifan dinilai setiap tahun dan mendapat penganugerahan di majlis
tertentu anjuran PPPJJ. .
4
(
;
BAB2
PENDIDIKAN DAN leT
2.1
(
Pengenalan
Penjanaan i1mu, kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah
masyarakat
dalam era globalisasi banyak dipengaruhi dan didorong oleh
perkembangan dan penguasaan Tekologi maklumat dan Komunikasi (leT). Setiap
saban hari saintis mencipta perkakasan yang canggih yang meliputi setiap aspek
kehidupan.
ICT bermaksud teknologi maklumat dan komunikasi digital yang digunakan
untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian untuk membantu
manusia membangunkan manusia dan negara dalam bidang pendidikan, perniagaan,
ketenteraan dan sebagainya (Yusuf Hashim, 2003). Menurut kamus Oxford, teknologi
maklumat diistilahkan sebagai satu bidang sains berkaitan dengan aktiviti menyimpan
dan menghantar keluar maklumat denan menggunakan komputer. Manakala British
Advisory Council For Applied research and Development menjelaskan maksud teknologi
maklumat sebagai satu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik
pengurusan yang digunakandalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta
kegunaannya, komputer dan saling tindak antara komputer dengan manusia dan hal
yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan (Abdul Razak et.a!.,2000).
Oleh itu ICT adalah suatu metodologi peralatan perisian yang terlibat dalam
proses penjanaan, pemprosesan, penyebaran dan penyimpanan maklumat. Kesemua
fungsi ini amat penting dan berguna kepada pengguna maklumat untuk· memenuhi
keperluan, kehendak dan kerenah mereka. Pada hari ini, sumber maklumat yang cepat,
tepat dan berterusan merupakan pemangkin kepada kejayaan semua aspek kehidupan,
Oleh itu, ternyatalah ICT telah menjadi sebahagian daripada perkakasan penting dalam
setiap aspek rutin kehidupan kita. Justeru itu, penguasaan dan penggunaan ICT
sentiasa menjadi tunggak -utama kepada sesebuah masyarakat agar dapat terus
berdaya saing dan berdaya maju dalam semua aspek kehidupan.
2.2
Halatuju PendidikanNegara
Falsafah Pendidikan Negara menyatakan :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang. dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, berfanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serfa memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
.
Kerajaan menyeru kepada rakyat Malaysia supaya menghayati dan memahami
intipati Fasafah Pendidikan Negara. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga
dengan pencapaian Malaysia yang telah berkembang Illaju dalam segala bidang
khususnya bidang pendidikan. Daya saing dan daya maju rakyat Malaysia amat penting
dan bermakna untuk kemajuan negara. Kemajuan negara seterusnya memperlihatkan
5
Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. Usaha rakyat Malaysia yang gigih juga
berbaloi khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran
yang bermutu akan dapat memberi kesan dalam meningkatkan kemajuan negara.
Pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bidang pendidikan akan menjadikan
rakyat berpendidikan tinggi. Kemajuan negara amat penting dalam mencapai Wawasan
2020.
2.3
Peranan leT dalam Pendidikan
ICT amat penting dalam bidang pendidikan terutama untuk sistem pendidikan terbuka
(open learning), sistem pendidikan secara jarak jauh (distance learning) dan sistem
pendidikan secara talian (online or electronic learning). Menurut Baharom (2003), ICT
merupakan pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah
merevolusikan persekitaran pembelajaran di seluruh dunia. Jelfs (2002) juga
menyatakan bahawa ICT memberikan f1eksibiliti kepada pelajar dari segi masa belajar
dan mengurangkan masa perjalanan. Maka pengaplikasian periggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara jarak jauh sememangnya bukan sahaja
tidak dapat dielakkan lagi malah perlu sentiasa diberi keutamaan dan diperkemaskinikan
agar sejajar dengan arus pembangunan semasa.
ICT berperanan sebagai alat bantuan dalam pendidikan. Pendidikan hari ini
bukan sahaja menggunakan buku, tetapi lebih maju dan berkembang dengan alat-alat
bantuan lain. Komputer merupakan alat bantuan yang teramat penting. Selain itu,
informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati di jaringan internet. Kini,
kemudahan internet ini boleh didapatidi mana-mana sahaja. Penggunaan internet ini
semakin mudah, fleksibel dan capat.
Selain itu, peranan' ICT juga penting kerana ia membantu セ kekurangan
kepakaran dan tenaga pengajar. ICT berperanan sebagai alat aIternatif kepads_
kekurangan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar. Walaupun begitu, ICT hanya
sebagai bantuan tambahan kepada ·tenaga pengajar. Oleh itu, pelajar akan ieblh
memahami dengan bantuan pensyarah dan ICT.
Komputer telah menjadi keperluan bagi setiap keluarga. Harganya semakin
murah sehingga boleh didapati dengan harga RM 1000 ke bawah. Kerajaan juga
membenarkan pekerja untuk mengeluarkan simpanan wang Kumpulan Simanan Wang
Pekerja (KWSP) mereka untuk membeli komputer selaras dengan saranan kerajaan
iaitu "Satu rumah satu ォッューオエ・イョセ
Kini, kebanyakan rumah mempunyai sekurangkurangnya sebuah komputer. Kementerian Pendidikan juga' memperkenalkan
Pendidikan IT untuk pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendedahkan mereka
kepada kepentingan ICT.
ICT juga merupakan kemudahan infrastruktur yang lebih fleksibel. Ini kerana is,
dapat diguna pada bila-bila masa, oleh sesiapa, sahaja dan di mana-mana sahaja.
Pelajar- pelajar khususnya pelajar pendidikan jarak jauh lebih mudah menggunakan
ICT jika menggunakan komputer bimbit kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
Selain itu, teknologi baru seperti video, CO, DVO juga banyak membantu kerana·
kefleksibelannya.
6
(
-,
( ),
' j
.·
,
2.4
(
Perkembangan dan Pembangunan ICT
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) adalah berasaskan
kepada
keperluan dan kepuasan pengguna dalam penggunaan komputer.
Perkembangan ICT adalah selari dengan perkembangan dalam bidang komputer.
Perkembangan ICT ini meliputi aspek pembangunan teknikal, sumber manusia,
pengurusan, perkembangan pengetahuan, keperluan operasi dan taktikal, elemen
organisasi serta penyelidikan dan pembangunan.
Menurut Larsen (1998) dan Kholi (1990) dua keperluan asas untuk
perkembangan ICT ialah :
i. Keperluan Teknikal- meliputi aspek reka bentuk dan kegunaan perisian,
penyelidikan dan pembangunan, pengurusan, penulisan 1aporan dan
sebagainya.
ii. Keperluan Pengguna - keperluan pengguna meliputi aspek memahami
.keperluan dan permintaan pengguna, nilai dan norma masyarakat,
keserasian dari aspek sosial, bUdaya dan politik semasa serta memahami
isu-isu setempat dan global.
Proses perkembangan dan pembangunan ICT ini berlaku secara berterusan
kerana perkembangan ICT, sains, teknologi dan sebagainya akan berlaku secara
berterusan. Menurut Picard, Kort dan Reily (2001), apabila sesuatu perubahan atau
inovasi berlaku dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi terhadap
sesuatu perkara, proses pembelajaran atau penerimaan terhadap perubahan ini akan
berkembang berdasarkan masa. Proses pembelajaran atau penerirnaan ini akanterus
meningkat sehingga sampai ke satu tahap, proses ini berkemungkinanakantetap
menjadi malar atau mulai mengalami penurunan sehingga suatu inovasi atau
pembaharuan baru akan berlaku terhadap perkara tersebut. Apabila perubahan baru
berlaku, proses pembelajaranatau penerimaan terhadap perubahan akan berulang
semula. Proses perkembangan ICT melibatkan tiga proses utama iaitu proses
kesedaran terhadap ICT, proses pembauran (difusi) terhadap ICT dan proses
pendedahan terhadap ICT sebelum ianya dapat berkembang dan digunakan dalam
sesebuah masyarakat. Walau bagaimanapun, kadar proses perkembangan ini
bergantung kepada faktor ekonomi, sosial, budaya dan politik dalam sesebuah
masyarakat.
.
()
2.4.1
Dasar Pembangunan ICT Negara.
Sehingga tahun 1996, tiada satu dasar yang jelas telah dirangka oleh kerajaan
bagi menggariskan pembangunan ICT yang menyeluruh di negara ini. Oleh itu, kerajaan
telah mengambil inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ketujuh untuk keperluan ICT
negara. Pada tahun 1996, kerangka dasar pembangunan ICT negara yang lebih
terancang telah digubal dan dikenali sebagai Agenda IT Negara (NITA). Selain NITA,
Koridor Raya Multimedia (MSC) telah ditubuhkan sebagai asaskepada penggunaan ICT
dalam bidang ekonomi yang lebih menyeluruh. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
telah digubal bagi menyediakan persekitaran yang boleh memesatkan lagi
pembangunan ICT di negara ini.
7
"
2.4.1.1
Agenda IT Negara (NITA)
Peranan utama NITA ialah mewujudkan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang bermaklumat selaras dengan objektif Wawasan 2020. Kerangka NITA
adalah berdasarkan kepada pembangunan seimbang tiga unsur penting iaitu sumber
manusia, infostruktur dan aplikasi. Pembabitan rakyat dan institusi dalam ICT amat
penting demi meneapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. Justeru itu,
majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan Agenda Teras Strategik untuk mendorong
pembabitan rakyat dan institusi secara efektif dan menyeluruh dalam persekitaran
persaingan global. Lima agenda teras strategik yang telah dilancarkan oleh kerajaan
ialah E-Ekonomi, E-Perkhidmatan Awam, E·Komuniti, E-Pembelajaran dan EKedaulatan.
Oi bawah teras strategik E-Ekonomi, keseluruhan sektor ekonomi di negara ini
berasaskan pengetahuan menggunakan sepenuhnya sumber yang ada secara
berkesan untuk membentuk nilai dan kekayaan tersendiri dalam persaingan peringkat
Awam pula memberi penekanan untuk menyediakan
global. ョ。エュ、ゥィセイ・pMe
perkhidmatan secara elektronik sepenuhnya yang cekap, mesra pelanggan, efektif serta
dapat menambah tahap kepercayaan kepada pengguna. Selain itu, ia juga dapat
mengurangkan kos dan masa menunggu di samping perkhidmatan yang lebih cepat dan
tepat.
E-Komuniti digubal untuk mendorong dan meningkatkan lagi kadar interaksi dan
komunikasi di kalangan ahli komuniti. E-Komuniti juga dapat mengurangkan jurang
komunikasi yang wujud di dalam komuniti yang disebabkan oleh perbezaan lokasi dan
perbezaan kesedaran serta pengetahuan terhadap ICT. E-Pembelajaran digubal untuk
mewujudkan budaya pembelajaran sepenjang hayat di kalangan komuniti serta
menghapuskan jurang digital yang wujud. E-Pembelajaran juga membantu pelajar
dalam meningkatkan pengetahuan yang lebih cekap dan cepat. Sementara itu, E.,.
Kedaulatan berperanan dalam pembinaan identiti dan jati diri masyarakat yang tidak
mudah luntur dan cintakan negara dalam menghadapi arus pembangunan negara dan
perkembangan global semasa (Rozinan et.al, 2005).
.
2.4.1.2
('
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pada tahun 1996, kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multimedia
sebagai asas perkembangan dan pembangunan ICT negara. Tujuan penubuhan MSC
ialah untuk menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif dan efektif bagi
dan kehidupan yang akan mendorong kepada
mewujudkan persekitaran N。セ・ォ
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi berteraskan pengetahuan.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MOC) pula ditubuhkan sebagai
agensi pengurusan ·ICT dalam menarik minat pelabur asing dan meningkatkan ekonomi
Negara melalui industri keeil dan sederhana (IKS). Panel Perundingan Antarabangsa
MSC telah ditubuhkan bagi menasihati corak pembangunan MSC dan IT. Kebanyakan
ahli panel terdiri daripada tokoh perniagaan, pembuat dasar dan pemikir ekonomi.
Pelbagai inisiatif telah dijalankan .oleh kerajaan untuk menarik .syarikat
multinasional untuk beroperasi di Malaysia. Syarikat yang memiliki nilai ditambah yang
kukuh dan berdaya saing akan diberi status MSC. Pada hujung tahun 2000, sebanyak
274 syarikat tempatan telah diiktiraf daripada 429 buah syarikat. Terdapat banyak
keistimewaan bagi syarikat yang memperoleh MSC seperti :
8
( ....)
."
'.
1. Mengecualikan syarikat berstatus MSC daripada keperluan pemilikan tempatan
untuk memastikan kebebasan pemilikan tempatan.
2. Menyediakan insentif kewangan yang menarik dan berdaya saing seperti
pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun atau 100 peratus potongan
elaun cukai pelaburan bagi tempoh lima tahun.
3. Memberikan kebebasan syarikat berstatus MSC untuk menyediakan modal
daripada pinjaman tempatan dan dunia untuk infrastruktur MSC.
4. Menyediakan infrastt'uktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia.
5. Membenarkan tanpa sekatan pekerja pengetahuan tempatan dan luar.
6. Menjadi ketua serantau dalam perlindungan Hakmilik Intelektual dan Undang
Undang Siber.
7. Memastikan tiada tapisan (censorship) terhadap internet.
8. Menyediakan takrif telekomunikasi yang bersaing sejagat.
9. Menyediakan agensi berkuasa untuk bertindak sebagai pusat sehentian (one
stop supershop) untuk memastikan MSC memenuhi keperluan syarikat-syarikat
yang beroperasi (Abdul Razak et.aL, 2000).
()
2.5
Kesedaran dan Penggunaan ICT
2.5.1
Proses Kesedaran Terhadap ICT
(J
Proses kesedaran terhadap ICT bermula dengan proses pembelajaran ICT.
Secara umum, terdapat dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dari atas ke bawah
(top down learning) dan pembelajaran dari bawah ke atas (bottom up learning) (Van,
Heijst, Van de Spek dan Krizinga, 1998). Pembelajaran dari atas ke bawah merujuk
kepada pengetahuan tertentu akan mendorong kepada perkembangan pengetahuan
yang lain. Pembelajaran daripada bawah ke atas merujuk kepada individu yang
mempelajari sesuatu akan menggunakan pengetahuan tersebut dan menyebarkannya
kepada organisasi, masyarakat atau individu lain.
Proses kesedaran terhadap ICT boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu :
1. Kesedaran individu - Kesedaran ini melibatkan individu belajar dan sedar
terhadap leT melalui keluarga, sekolah, masyarakat, persekitaran kerja,
pengalaman kerja, pembacaan dan sebagainya.
9
2. Kesedaran ICT Melalui Komunikasi - Kesedaran ini melibatkan individu belajar
sesuatu dan seterusnya berkongsi pengalaman dan kesedaran tersebut dengan
yang lain. Kesedaran ini lebih berkesan kerana maklumat dan pembelajaran itu
berterusan sehingga tidak dapat digunakan lagi.
'
3. Kesedaran ICT Melalui Pembinaan Gedung Pengetahuan - Kesedaran ini
melibatkan individu bertumpu kepada pembentukan pengetahuan daripada
sumber-sumber tertentu dan penggunaan pengetahuan tersebut.
Jenis jenis pembelajaran dan kaitannya dengan proses kesedaran terhadap leT
ditunjukkan dalam Rajah 2.1
M M M セM Mi
r
Interaksi
Proses
Pembela
I
I
•
I
I
I
...
Proses
Kesedaran
! !:------
interaksi
, ""
, ,
, "" ,
Pembelajaran
Melalui
Komunikasi _ セ
B Lセ
......'-,
,.--,
-----セNZ ^GM
.
1It.'..:.. ....... --_ . . ......... ,.: ...... -- .....
Pembinaan
Kesedaran
Kombinasi
Kesedaran
,-
セ
-
Mセ
.......
セセ
interaksi
MセNl
__
_セ - -
... .......
Penyebaran
Kesedaran
"
Pemantapan
Kesedaran
Sumber : Rozinah et.aL, 2005 Rajah 2.1 : Jenis- jenis Proses Pembelajaran dan Interaksi Serta Perhubungan
Dengan Proses Kesedaran TerhadaplCT
2.5.2
Penggunaan ICT
Menurut Tengku Azztilan (1992), masyarakat Malaysia sentiasa berada pada era
pasca industri selaras dengan perubahan global yang berlaku. Masyarakat padapasca
industri mengutamakan i1mu pengetahuan sebagai teras kemajuan. Terdapat lima ciri
yang menggambarkan masyarakat pasca industri yang terdapat di negara iaitu:
i.
Sektor ekonomi mengalami perubahandaripada berasaskan pengeluaran
barangan kepada perkhidmatan
ii.
Taburan pekerjaan dan guna tenaga lebih kepada tenaga profesional dan
teknikal
iii.
Casar perancangan dan pembangunan berasaskan kepada teori i1mu
pengetahuan dan maklumat .
.
iv.
Matlamat masa depan untuk menguasai, membangunkan dan menggunakan
teknologi
v.
Proses membuat keputusan lebih bermatlamatkan untuk membentuk dan
merekacipta teknologi baru untuk masyarakat
(
..
'.
Masyarakat umum pada hari ini lebih terbuka untuk mendalami bidang ICT
kerana mereka berpendapat bahawa ICT dapatmemudahkan mereka dalam segala
aspek kehidupan. Soleh dikatakan setiap kerja pada hari ini banyak menggunakan
kemahiran komputer. Penggunaan internet juga semakin meluas di kalangan
masyarakat. Perkhidmatan internet dapat mengurangkan jurang antara individu,
kumpulan atau organisasi. Masyarakat yang mahir dalam penggunaan ICT juga akan
lebih cekap, cepat dan efektif dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Kita dapat lihat
bahawa pada hari ini, perubatan , perbankan, perdagangan boleh dijalankan secara
talian langsung (online) tanpa memerlukan kehadiran individu itu. Oleh itu, kerajaan
harus mengambil langkah yang wajar untuk menggalakkan masyarakat Malaysia
memperkayakan lagi kemahiran ICT untuk kepentingan sendiri, bangsa dan negara.
Selain masyarakat umum, pelajar pada hari ini juga lebih mahir dalam
penggunaan ICT. Bahkan, pelajar sekolah rendah juga bijak menggunakan komputer
dan internet. Kini, Portal Pendidikan juga boleh didapati di internet. Oengan ini, pelajar
sekolah rendah dan menengah dapat memanfaatkan penggunaan leT dalam
pembelajaran mereka seharian. Oi setiap sekolah rendah dan menengah juga terdapat
matapelajaran' komputer dan IT. Langkah ini amat membantu pelajar yang kurang
berkemampuan yang tidak merniliki komputer di rumah untuk bersama-sama dengan
pelajar yang lain dalam mempelajari kemahiran komputer. Oleh itu, mereka ini tidak
akan ketinggalan dalam arus global yang sentiasa cepat dan pantas. Pelajar universiti
juga tidak ketinggalan selepas penubuhan pengajian jarak jauh yang memberi peluang
kepada pelajar yang sudah bekerja untuk menyambung pengajian mereka. Penggunaan
ICT dalam pengajian jarak jauh banyak membantu siswa dan siswi universiti yang jauh
daripada lokasi dengan menghadiri kuliah melalui telesidang sahaja.
. Kesimpulannya, masyarakat dan pelajar mestilah berusaha untuk memajukan
diri mereka sendiri agar tidak ketinggalan untuk bersaing dengan negara maju yang lain.
Kerajaan juga perlu memperuntukkan modal untukpembangunan ICT demi masyarakat
Malaysia.
2.5.3
(
Isu dan Masalah
Penggunaan ICT sering juga dikaitkan dengan gejala sosial di kalangan remaja
khususnya daripada internet. Remaja yang terdedah dan sering menggunakan internet
lebih mudah terpengaruh oleh bahan ganas dan tidak bermoral. Mereka lebih terdorong
untuk melakukan jenayah seperti dalam internet.
Selain itu, penggunaan internet ini juga boleh membebankan pengguna terutama
bagi yang tidak mengawal perasaan ketika penggunaannya. Seban kewangan yang
tinggi harus dibayar jika penggunaannya melebihi had keperluan. Masa juga dibazirkan
dengan perkara,..perkara yang kurang berfaedahakibat penggunaan internet yang
berlebihan. Padahal, masa dan wang dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang
lebih berfaedah dan sihat.
Terdapat juga masalah-masalah semasa penggunaan ICTdi rumah dan tempat
kerja. Masalah semasa menggunakan ICT di rumah adalah seperti harga komputer yang
mahal. Tetapi, sekarang komputer boleh dibeli dengan harga yang murah iaitu lebih
kurang RM 1000 sahaja. Selain itu, masalah lain ialah seperti kekurangan pengetahuan.
Ini mungkin disebabkan oleh mereka kurang terdedah dan tidak mengambll perhatian
tentang kemahiran komputer. Ada juga yang mengatakan bahawa kurang tempat untuk
belajar. Ini mungkin disebabkan daerah atau tempat mereka kurang pembangunan ICT.
Kos belajar yang tinggi juga menjadi masalah kepada masyarakat. Pelajar-pelajar yang
masih belajar dan keluarga yang kurang berkemampuan mempunyai masalah untuk
11
belajar kemahiran. Pada hari ini, terdapat banyak tempat yang menawarkan pakej
kemahiran komputer dengan harga yang berpatutan. Kebanyakan pelajar sekarang
mampu untuk mengikuti pakej kemahiran komputer. Kursus kemahiran ini juga
mengambil masa yang panjang untuk belajar. Alasan itu menjadikan mereka yang ingin
mengikutinya berfikir dua kali kerana ada sesetengah mereka yang bekerja, masih
belajar dan berkeluarga. Selain itu, masalah penyelenggaraan juga menjadi masalah
kepada pengguna. Hanya masalah minor sahaja yang mudah diselenggarakan
manakala masalah major seperti kerosakan cip dan peralatan lain mestilah
diselenggarakan di kedai komputer.
Masalah semasa menggunakan leT di tempat kerja adalah bilangan komputer
yang tidak mencukupi. Komputer yang disediakan oleh pejabat terhad sebanyak
beberapa buah sahaja untuk satu jabatan. Tetapi kebanyakan setiap individu
mempunyai komputer masing-masing di pejabat dan tidak lagi berkongsi dengan yang
lain. Masalah lain ialah perisian yang tidak sesuai dengan tugas atau kerja. Seperi
jabatan grafik dan akaun, perlulah mempunyai perisian yang berbeza. Perisian yang
sudah ketinggalan menyebabkan masalah kerana teknologi yang semakin canggih dan .
lebih cepat. Perisian yang lama tidak dapat menampung dan mengakses kemudahan
lain kerana ia sudah lama dan kekurangan ciri-ciri lain. Selain itu, ada juga pekerja yang
tidak tahu atau kurang mahir dengan IT, ICT dan komputer. Penyelenggaraan yang
kurang dan kemudahan berkaitan juga sebagai faktornya.
Pihak atasan dan
pengurusan juga harus menggalakkan pekerja mereka untuk mahir dalam komputer dan
ICT.·
2.6 Kesimpulan
Secara keseluruhan, masyarakat Malaysia sedar dan prihatin terhadap kepentingan
ICT pada hari ini. Mereka sedar ICT dapat membantu diri mereka, anak-anak mereka
dan seluruh masyarakat. Mereka juga sedar, dengan kemahiran yang mereka ada,
dapat meningkatkan kecemerlangan dalam kerjaya dan kehidupan mereka. Masyarakat
juga bersedia untuk menempuh era kehidupan yang lebih mencabar di masa depan
dengan lebih yakin.
Kemajuan negara bergantung kepada daya saing dan daya maju masyarakat. ICT
pada hari ini berperanan besar dalam era globalisasi iaitu tanpa sempadan, had dan
masa; ICT juga merupakan salah satu agenda dalam mencapai Wawasan 2020..
Pendidikan amat penting bagi setiapindividu untuk memajukan diri mereka di
peringkat yang lebih tinggl. ICT dalam pendidikan banyak membantu pelajar dalam
meyelesaikan masalah pembelajaran. la amat penting kerana berperanan sebagai alat
bantuan pembelajaran yang berkesan sama seperti pembelajaran konvensional di
sekolah dan universiti. Bezanya cuma ia tiada komunikasi dua hala antara pengajar
tetapi lebih komunikasi melalui maya atau digital dengan yang lain tidak kira masa dan
tempat.
Kerajaan sedang berusaha untuk memperkembangkan lagi pembangunan ICT
untuk kemudahan masyarakat. Pelbagai pertubuhan telah ditubuhkan untuk
mengukuhkan lagi bidang ICT di Malaysia. Masyarakat harus menyokong dan memberi
galakan kepada kerajaan dalam menjalankan dan membangunkan bidang ICT.
12
(
BAB 3
PENDlDIKAN SECARA JARAK JAUH (PJJ) DAN ICT
3.1
(
Pendidikan menjadi teras hidup seseorang individu. Pada hari ini, semakin ramai
masyarakat yang menyedari kepentingan pendidikan dan juga ICT. Justeru itu. semakin
ramai manusia yang pandai dan bijak dalam segala bidang. Banyak institusi berteraskan
ICT ditubuhkan untuk mencapai matlamat pembangunan ICT.
Pendidikan hari ini semakin mencabar. Ramai pelajar perlu bersaing i.Jntuk
mendapat tempat yang terbaik. Pelajar universiti tidak terkecuali. Isu pelajar yang
semakin ramai sering menjadi topik hangat. ditambah dengan ruang yang terhad serta
teknologi tinggi. Kerajaan telah menetapkan kuota kepada jantina dan kaum di Malaysia
dalam kemasukan ke universiti selain daripada pencapaian akademik.
Selain itu, permintaan daripada pelajar juga melebihi tawaran yang ditawarkan.
Bidang seperti Kemanusiaan, Sains, Pengurusan dan Kejuruteraan memang mendapat
tempat di kalangan pelajar tidak kira jantina dan bangsa. Walau bagaimanapun, ada
juga sesetengah pelajar yang gagal mendapat bidang tersebut telah ditawarkan dengan
bidang pilihan mereka semasa pemilihan bidang ke universiti atau telah dihantar ke
universiti yang lain.
Kerajaan juga mewarwarkan "Satu rumah satu graduan". Galakan membina ini
akan seterusnya menggalakkan ahli rumah yang lain untuk mengikuti jejaknya ke
universiti. Justeru itu, semakin ramai rakyat Malaysia yang memperoleh pendidikan
peringkat tinggi dengan segala kemudahan yang disediakan.
Bidang pendidikan juga melambangkan identiti negara. Pendidikan yang bermutu
menggambarkan sebuah riegara yang maju. Seperti di Malaysia, bidang pendidikan
telah wujud sekian lama dan berkembang mengikut arus peredaran zaman. Pihak luar
juga mengagumi kebolehan Malaysia dalam bidang pendidikan kerana ia sudah
mencapai peringkat antarabangsa.
3.2
(J
Pengenalan
Proses Pendidikan Secara Jarak Jauh
Sistem pendidikan jarak jauh merupakan tren yang terkini dalam pendidikan negara. Ciri
utama pendidikan jarak jauh (PJJ) ialah wujudnya pemisahan fizikal antara pengajar dan
relajar pada kebanyakan waktu. Walaupun terdapat pemisahan secara fizikal,
pertemuan bersemuka perlu diadakan untuk membantu pelajar memperkukuhkan
motivasi dan membantu pelajarmengatasi masalah pembelajaran tertentu. Selain dari
itu penggunaan teknologi elektronik dan teknologi komunikasi sama ada menggunakan
media cetak, radio atau televisyen digunakan sebagai alat komunikasi utama bagi
menghubungkan pelajar dan pengajar yang terpisah ini agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan.lancar.
'
Istilah pendidikan jarak jauh sebenarnya adalah pelbagai. Walaupun tiada
definisi yang tepat, namun kesemua definisi harus mempunyai elemen-elemen asas
seperti berikut: .
1.
Pengasingan oleh jarak secara fizikal antara pelajar dan pengajar.
2.
Sebarang sistem komunikasi dua hala sarna ada sinkroni atau asinkroni
adalah diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
13
3.
4.
•
Penggunaan pelbagaian bahan media berteknologi sarna ada bahan media
cetak, media audio, media video, media elektronik atau media komputer·
digunakan untuk penyampaian bahan pembelajaran dan J!)engajaran.
Kemudahan masa, tempat dan cara belajar oleh pelajar yang pelbagai dari
segi kehendak, karenah dan kemampuan dalam pelajar.
Pelaksanaan sistem PJJ menjadi semakin berkesan dan meningkat dengan
mendadak setelah timbulnya penambahan bilangan pelajar, kemasukan yang terhad di
institusi pengajian tinggi, peningkatan kos pendidikan luar negara serta kemudahan dan
kecanggihan teknologi dan komunikasi negara masa kini (Zuraini et.aL, 2003). Mengikut
perangkaan pada tahun 1995, terdapat seramai 3472 orang pelajar PJJ dan bilangan ini
meningkat kepada 12597 orang pelajar pada tahun 1997. Kini terdapat 36000 orang
pelajar PJJ dan bilangan ini dijangka meningkat kepada 54000 menjelang tahun 2005
(Rancangan Malaysia Kelapan, 2001). Sistem PJJ ini menjadi popular kerana ia f1eksibel
dari segi masa, lokasi dan belajar serta bekerja pada masa yang sarna.
Pelajar jarak jauh umumnyaadalah pelajar dewasa. Pelajar ini telah lama
meninggalkan 81am persekolahan dan majoriti daripada mereka telah berkeluarga. Oleh
itu, mereka harus bijak dalam membahagikan masa antara pelajaran dan
tanggungjawab dalam keluarga sarna ada sebagai suami atau isteri, bapa atau ibu,
anggota masyarakat, anak kepada ibu bapa yang telah tua dan sebagainya.
3.2.1
(
Pengalaman USM, Meteor dan OUM
Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) telah dimulakan oleh Universiti Sains
Malaysia (USM) pada tahun 1971 dan merupakan -satu rancangan pengajian yang
. terulung di Malaysia yang menawarkan pengajian ijazah secara jarak jauh. Kursus. kursus yang ditawarkan adalah setara dengan kursus yang diikuti oleh pelajar dalam
kampus. Bahan pengajaran terdiri daripada bahan bercetak, pita rakaman dan bahan
aneka media yang lain. Jangkamasa pengajian ialah selama 4 tahun (minimum) hingga
12.tahun (inaksimum). Mereka yang· berjaya akan dianugerahkan salah satu Ijazan
。ョ セ s
Muda seperti berikut:
•
•
•
•
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) -
Setiap Sidang Akademik biasanya bermula pada bulan Jun dan berakhir pada
bulan Mac. tahun berikutnya. Semua rancangan pengajian yang ditawarkan terbuka
kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia. Sejak menawarkan
rancangan pengajian sepenuhnya secara jarak jauh mulai Sidang Akademik 1992/93,
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) telah menghasilkan seramai 10,423
orang siswazah iaitu 4,062 dalam bidang IImu Kemanusiaan, 3,004 dalam bidang Sains
Kemasyarakatan, 1,171 dalam bidang Sains, 1,492 dalam bidang Pendidikan, 306
dalam bidang Kejuruteraan dan 388 dalam bidang Pengurusan•.
PPPJJ juga menawarkan kursus Pra Sains yang bertujuan memberi peluang
yang mempunyai latarbelakang pelajaran sains tulen tetapi tidak
kepada 。イセエオーゥュb
mencukupi untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah. Rancangan dua tahun ini
menyediakan kemahiran dan pengetahuan saintifik untuk membolehkan pelajar
berkenaan mengikuti kursus-kursus Sains di peringkat ijazah.
14
(
:
(
Semenjak USM memperkenalkan RPJJ melalui PPPJJ pada tahun 1971,
beberapa jenis sistem pengajian telah diamalkan, Sistem 4 + 1 dan diikuti Sistem 5 + 1,
iaitu 1 tahun sepenuh masa dalam kampus. Mulai Sidang Akademik 1992/93 (Sains)
dan Sidang Akademik 1993/94 (Sastera). Sistem 5 + 0 tetah dllaksanakan yang
membolehkan pelajar berijazah sepenuhnya secara jarak jauh. Mulai Sidang Akademik
1996/97, Sistem Pengajian Empat Tahun (SPET) diperkenalkan dan mulai Sidang
Akademik 2000/2001 Sistem Pengajian Empat Tahun Millenium (SPETM) diperkenalkan
(Cheah ,2004 dan Karsono, 1993).
Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) yang juga dikenali sebagai Open
Universiti of Malaysia (OUM) ditubuhkan secara rasminya pada 10 Ogos 2000 sebagai
universiti swasta yang ketujuh di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. UNITEM
ditubuhkan oleh METEOR iaitu Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn
Bhd. Misi UNITEM ialah memberi pelajar jarak jauh segala kemudahan, fleksibeliti dan
peluang pembelajaran yang berterusan sebagaimana moto UNITEM iaitu 'University For
AII'. UNITEM telah memperkenalkan dua strategi pembelajaran iaitu kurikulum
pembelajaran dan kurikulum institusi. Filosofi UNITEM ini memberikan kebebasan
kepada pelajarnya yang bekerja sebagai individu yang aktif dalam mempelajari sesuatu
yang baru. Berikut merupakan prinsip prinsip asas dalam mewujudkan pembelajaran
yang efektif oleh UNITEM:
• Konteks - Pelajar lebih memahami melalui contoh, isi kandungan dan aktiviti
yang berkaitan dengan persekitaran kerja.
• Pendekatan - Pelajar memerlukan galakan yang lebih untuk membantu
mereka dalam pembelajaran. Ini penting supaya pelajar tidak terlalu dibebani
dengan maklumat yang berlebihan.
• .Interaktiviti - Dalam memastikan pelajar mengaplikaSi kandungan pelajaran
yang dipelajari, adalah penting material seperti modul, perbincangan ditalian,
perjumpaan bersemuka dan perbincangan melalui telefon.
• Pengukuhan - Konsep dan kemahiran diperkukuhkan melalui kitaran
pembelajaran dan pelajar diberi peluang melalui perbincarigan dalam talian.
• Penilaian - Pelajar dinilai pelbagai tahap dan memerlukan maklumbalas yang
yang segera.
(J
UNITEM menawarkan kursus IT, Kejuruteraan, Seni, Sains Sosial, Sains dan
Perniagaan. Seramai 753 orang pelajar mendafiar ke UNITEM pada tahun 2001, dan
bilangan ini telah bertambah sehingga 25000 orang pada tahun 2003. Pada awalnya
sebanyak 16 program ditawarkan, 2 program Diploma, 11 program Ijazah Sarjana Muda
dan 3 programljazah Sarjana. Pada 2005, program Diploma telah ditambah menjadi 5,
12 .program Ijazah Sarjana Muda, 4 program Ijazah Sarjana dan 1 program Ijazah
Kedoktoran (Cheah, 2004).
.
METEOR ialah sebuah konsortium, yang mana ia inerupakan badan swasta
yang ditubuhkan untuk menyelia 11 universiti awam iaitu UM, UTM, USM,
UUM,UNIMAS, UIA, UMS, UPM, UKM, UITM dan UPSI. METEOR mempunyal 3 cabang
perniagaannya iaitu pengajian jarak jauh, R&D dan konsultan pendidikan, dan aplikasi
multimedia dan pembangunan pendidikan. Pada tahun 1998, METEOR menubuhkan
syarikatnya sendiri iaitu METEOR Distance Learning Sdn Bhd (MDLSB). Syarikat ini
berperanan untuk menguruskan program jarak jauh yang dijalankan oleh universiti yang
terlibat.
15
"
•
Pada tahun 2000, MOLSB menawarkan program jarak jauh:
• UM - Ijazah Sarjana Muda IT
- Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
• UTM - /jazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
• UKM - Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi
- Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik
• UIA - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
- Ijazah Sarjana Muda Komunikasi
• UUM - Ijazah 。ョセs
Muda Pengajian Perniagaan
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah
merupakan satu konsep yang baru dalam Sistem Pendidikan Negara. Namun begitu,
ekoran daripada perubahan persekitaran baru yang mana ekonomi .berasaskan
pengetahuan atau K-Ekonomi menjadi keutamaan, konsep PSH telah diberikan
penekanan dalam pembangunan negara. PSH dari segi konsepnya merangkumi
pengertian yang begitu luas. Konsep. ini merujuk kepada proses pendemokrasian
pendidikan yang· merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahi