Kepimpinan Perilaku Dan Hubungannya Terh

1.0

PENGENALAN

Sistem pendidikan malaysia telah melalui banyak perkembangan dan perubahan demi
mencapai matlamat kerajaan supaya memberi pendidikan yang berkualiti keppda rakyat
bagi melahirkan modal insan yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) selaku agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk
memperkenalkan berbagai inisiatif dan program-program pendidikan bagi memastikan
hasrat murni ini menjadi realiti. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan diikuti
oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah satu blueprint yang
diformulasikan bagi tujuan tersebut.
Kepimpinan merupakan satu elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan
manusia. Pemimpin memang diperlukan sama ada sesebuah negara itu primitif atau
bertamadun. Hal ini adalah kerana, kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial
yang memperlihatkan hubungan manusia khususnya hubungan antara pemimpin dengan
pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi kepimpinan seperti sifat
mempengaruhi dan dipengaruhi. Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan
perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi
meningkatkan kualiti kehidupan organisasi atau unit yang dipimpin. Manakala pengikut pula
adalah golongan yang dipengaruhi oleh pemimpin berdasarkan hakikat yang manusia itu

perlu dipimpin (Hussein Mahmood, 2005).
Hal ini bertitik-tolak daripada tanggapan sesetengah pengkaji lepas bahawa tingkah
laku pemimpin adalah model kepada tingkah laku pengikut. Ini dapat dilihat dalam
kebanyakan definisi kepimpinan yang menghubungkan tindakan-tindakan pemimpin dengan
kejayaan-kejayaan yang memberi faedah kepada pengikutnya. Sebagai contoh, pengikut
atau pekerja dapat meningkatkan kepuasan kerja, komitmen dan sebagainya hasil daripada
tingkah laku kepimpinan ketuanya. Pemimpin-pemimpin yang berjaya mempengaruhi
tingkah laku pengikutnya dikategorikan sebagai pemimpin yang berkesan (Yukl, 2002).
Manakala, sekolah pula merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi
masa depan melalui pencapaian akademik yang cemerlang (Rahimah Haji Ahmad, 2005).
Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di
sekolah itu (Hussein Mahmood, 2005). Ramai mempercayai bahawa pengurusan sekolah
hanya diwarnai oleh kepimpinan pengetua sahaja (Abdul Shukor Abdullah, 2004) tanpa
1

menyedari bahawa kepimpinan semua warga sekolah juga turut menyumbang ke arah
kejayaan sesebuah sekolah. Pada dasarnya kepimpinan sekolah diterajui oleh kumpulan
pentadbir yang diterajui oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-guru Kanan
Mata Pelajaran.

Sehubungan itu, kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui
untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad,
2005). Budaya kepimpinan sekolah daripada model hierarki ‘atas-bawah’ kepada struktur
lebih mendatar yang melibatkan semua ahli komuniti sekolah perlu diperluaskan. Hal ini
kerana corak kepimpinan dan sistem pendidikan kini sedang mengalami ledakan perubahan
yang ketara. Kepimpinan semua pihak di sekolah diperlukan bagi meningkatkan kemajuan
sekolah khususnya terhadap pembelajaran pelajar. Walaupun begitu, kecemerlangan pelajar
turut dipengaruhi oleh perancangan program akademik disekolah.

Sebagai rumusannya, dapat disimpulkan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah
bergantung pada kepimpinan yang berkesan, manakala pencapaian akademik pelajar pula
diukur melalui pembelajaran pelajar yang bergantung pada kualiti pengajaran guru di
sekolah. Seterusnya kualiti pengajaran guru pula bergantung pada kepercayaan guru secara
individu dan kolektif terhadap keupayaannya untuk mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Berdasarkan kepada premis di atas, bagi meningkatkan pembelajaran pelajar di sekolah
maka faktor kepimpinan pentadbir sekolah dan efikasi kolektif guru merupakan faktor
penentu yang penting. Hal ini adalah kerana kecemerlangan sesebuah sekolah lebih banyak
bergantung kepada faktor-faktor dalaman sekolah tersebut (Ghazali Othman, 2001).

2.0


DEFINISI OPERATIONAL
2

2.1

KONSEP KEPIMPINAN

Kepimpinan atau leadership adalah proses mempengaruhi aktiviti kelompok dalam usaha
menentukan hala-tuju (Aminuddin Mohd. Yusof, 2000). Rahimah (2004) menyatakan
kepemimpinan bermaksud berfungsinya pemimpin dan orang bawahan dalam situasi
tertentu. Dalam kepemimpinan harus terdapat unsur mempengaruhi orang lain, unsur
bawahan (anggota organisasi) sebagai orang yang dipengaruhi, unsur situasi tertentu,
sehingga semuanya berfungsi untuk mencapai tujuan organisasi.
David M. Traversi (2007) menyebut bahawa faktor kepimpinanlah yang membezakan
antara sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini adalah kerana segala
keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi yang ingin dicapai oleh
pemimpin dalam sesuatu organisasi. Kepemimpinan merupakan satu bahagian yang sangat
penting dalam sesebuah organisasi atau perusahaan di mana organisasi dan pekerja di
dalamnya disusun dan diselaraskan mengikut peranan dan tugas yang berbeza. Adanya

perbezaan ini maka setiap individu dalam organisasi bertanggungjawab menentukan
kejayaan organisasi. Selain itu, adanya pelbagai peranan dan tugas mengakibatkan perlunya
pengendalian dan koordinasi dilakukan oleh pemimpin. Beberapa definisi pemimpin yang
diperoleh daripada Aziah, Yaakob dan Yahya (2006), iaitu pemimpin adalah seorang yang
memiliki

kelebihan

sehingga

dia

mempunyai

kekuasaan

dan

kewibawaan


untuk

menggerakkan, mengarahkan dan membimbing bawahan sehingga dapat menggerakkan
orang bawahan ke arah mencapai tujuan tertentu.

2.2

KEPIMPINAN BERKESAN

Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan
dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Bagi organisasi seperti
universiti,

kejayaannya

adalah

tanggungjawab

Kumpulan


Pengurusan.

Mereka

bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasil serta kualiti perkhidmatan.
Manakala, Blase J. (2002) berpendapat “principals can make a difference ”, yang membawa
maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada
kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan
pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi seperti program akademik sekolah merupakan
prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan. Hasilnya, prestasi sekolah dan kepuasan
kerja guru akan semakin meningkat. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan
3

menyatakan ciri-ciri yang lazim perlu ada pada kepimpinan yang berkesan ialah semangat,
integriti, kepintaran, keyakinan diri, kreativiti, fleksibiliti dan berpengetahuan dalam bidang
yang dipegang (Azlin Norhaini Mansor, 2004).

Sehubungan dengan itu Muijs, D., & Harris, A. (2007) juga menyuarakan pendapat
mereka tentang ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki oleh pengetua sekolah dalam era

globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali sebagai kepemimpinan profesional iaitu merujuk
kepada sikap tegas pengetua dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang
realistik serta menekankan keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di samping itu,
pengetua juga perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja
dan komitmen guru terhadap sekolah (Burrows dan Munday, R., 2003).

2.3

TINGKAH LAKU

Tingkah laku merupakan segala tindakan atau aktiviti manusia sama ada dilakukan secara
langsung atau tidak (Dinham S., 2004). Skinner (1983) pula menyatakan perilaku
merupakan respons atau reaksi seseorang terhadap stimulus. Perilaku akan berlaku melalui
proses dengan adanya stimulus terhadap organisme.
Burrows dan Munday (2003) menyatakan tingkah laku merupakan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa
sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang ditonjolkan oleh manusia
yang dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, pujukan, paksaan atau genetik.
Donaldson, G. (2006) pula menekankan bahawa tingkah laku ialah perbuatan yang
dilakukan mengikut persepsi diri sendiri dan sekiranya seseorang mempunyai konsep kendiri

yang positif, maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

2.4

HUBUNGAN

4

Menurut Kamus Dewan (2008), hubungan didefinisikan sebagai sambungan atau rangkaian.
Dalam kajian ini, hubungan yang terlibat ialah gaya kepimpinan perilaku pengetua dan
hubungannya dengan keberkesanan program akademik sekolah. Daripada kajian yang
pernah dilakukan oleh pengkaji lain mendapati bahawa peningkatan kualiti sekolah amat
bergantung kepada peringkat profesionalisme guru. Justeru, guru perlu mampu memberikan
pengaruhnya bagi menjadikan persekitaran sekolah dan program kecemerlangan akademik
yang dirancang mencapai kecemerlangan akademik pelajar. Keadaan ini disokong oleh gaya
kepimpinan pengetua untuk melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam pentadbirannya
sehingga guru dapat memberikan pengaruhnya kepada murid-murid untuk menjadikan
situasi dan keadaan sekolah menjadi kondusif untuk belajar (Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof,
2005).


2.5

KECEMERLANGAN PROGRAM AKADEMIK

Kecemerlangan merupakan kualiti unggul yang bersinar, indah, sangat baik serta bersepadu
dan simbang dalam diri seseorang. Mengikut Omardin Ashaari (2006), kecemerlangan
akademik didefiniskan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan,
langkah-langkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan
memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan akan tercapai
pada tahap maksimum.
Pengertian akademik sebenarnya meliputi pelbagai perkara yang berkaitan dengan
pendidikan, kurikulum, pelajaran, peperiksaan dan juga kelulusan yang dicapai oleh
seseorang. Untuk mendapat kelulusan yang baik dalam bidang akademik seseorang itu perlu
menunjukkan tahap kecemerlangan yang tinggi semasa berada di sekolah atau pun di
institusi pengajian tinggi (Zalizan dll, 2005).
Menurut Omardin Ashaari (2006), kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai
segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkah-langkah dan aktiviti yang
diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua
matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada tahap maksimumnya. Sebenarnya
kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti gaya kepimpinan pengetua dan

pentadbir, peruntukan kewangan, hala tuju program kecemerlangan sekolah, aktiviti
perkembangan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber,
5

aktiviti perkembangan staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti berkaitan. Dalam hal
ini lazimnya pihak pengetua bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan
pengajaran, pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik
komputer, kewangan dan pembelian barangan serta juga visi sekolah yang hendak dicapai.
Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011) menyatakan kejayaan akademik ialah kejayaan
yang dinilai berdasarkan pencapaian seseorang pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya pelajar
tersebut berada di sekolah Menengah kejayaan diukur berdasar keputusan peperiksaan
penggal ataupun keputusan PMR, SPM dan juga STPM. Bagi pelajar yang sedang belajar di
institusi pengajian tinggi pula kecemerlangan akademiknya diukur berdasarkan kepada
kuputusan Grade Point Average (GPA) ataupun Cumulative Grade Point Average (CGPA).
Peperiksaan merupakan alat pengukur untuk membuktikan sejauh manakah persediaan
yang telah dilakukan oleh setiap pelajar sebelum peperiksaan tersebut diadakan. Persiapan
yang rapi dan mantap sudah pasti memberikan hasil yang memuaskan. Oleh yang demikian,
setiap pelajar haruslah berusaha dengan sebaik mungkin untuk melaksanakan persiapan
untuk menghadapi peperiksaan.


3.0

TEORI-TEORI KEPIMPINAN TINGKAH LAKU

3.1

TEORI PERILAKU

Teori tingkah laku merupakan perilaku seorang individu ketika melakukan kegiatan
pengarahan suatu kelompok ke arah pencapaian tujuan. Dalam hal ini, pemimpin
mempunyai deskripsi perilaku yang cenderung mementingkan bawahan memiliki ciri
peramah, menyokong, membela, mendengar, menerima usul dan memikirkan kesejahteraan
orang bawahan. Di samping itu terdapat pula kecenderungan perilaku pemimpin yang lebih
mementingkan tugas organisasi (Ahmad Mohammad Sharif, 2006).
Pemimpin yang berorientasi kepada pekerja mempunyai sikap perilaku yang
memberi penekanan kepada hubungan atasan-bawahan, permasalahan anggota bawahan
serta menerima perbezaan keperibadian, kemampuan dan perilaku anggota bawahannya.
Manakala perilaku pemimpin yang berorientasikan prestasi memiliki kecenderungan
penekanan dari segi teknik pekerjaan, pengutamaan penyelenggaraan dan penyelesaian
tugas serta pencapaian tujuan. Pada sudut yang lain, perilaku pemimpin menurut Model
6

Leadership Continum pada dasarnya ada dua iaitu berorientasi kepada pemimpin dan
bawahan. Sedangkan berdasarkan model grafik kepemimpinan, perilaku setiap pemimpin
dapat diukur melalui dua dimensi iaitu perhatiannya terhadap hasil atau tugas dan terhadap
bawahan serta hubungan kerja. Kecenderungan perilaku pemimpin pada hakikatnya terikat
pada masalah fungsi dan gaya kepemimpinan (Rahimah Haji Ahmad, 2004).

3.2

TEORI SIFAT

Teori ini bertitik-tolak dari dasar pemikiran bahawa keberhasilan seorang pemimpin
ditentukan oleh sifat-sifat, perangai atau ciri-ciri yang dimiliki pemimpin itu. Atas dasar
pemikiran tersebut timbul anggapan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin yang
berjaya, harus mempunyai keperibadian sebagai seorang pemimpin. Keperibadian yang
dimaksud adalah kualiti seseorang dengan perbagai sifat, perangai atau ciri-ciri di dalamnya.
Ciri-ciri ideal yang perlu dimiliki pemimpin menurut Sondang P Siagian (2000) adalah
pengetahuan umum yang luas, daya ingat yang kuat, rasional, objektif, praktikal, fleksibel,
adaptabiliti, orientasi masa depan, sifat intuitif, menepati masa, rasa kohesi yang tinggi,
naluri relevan, keteladanan, ketegasan, keberanian, kesediaan menjadi pendengar yang
baik,

menentukan

mengikut

keutamaan,

membezakan

yang

baik

dan

buruk,

berketerampilan mendidik dan berupaya berkomunikasi secara efektif. Teori sifat yang
dimiliki oleh seseorang pemimpin terutamanya yang dimiliki oleh pengetua atau guru besar
akan berupaya meningkatkan akademik dan prestasi di sekolah (Wan Mohd Zahid Wan
Mohd Noordin, 2006).

3.3

TEORI X DAN TEORI Y MCGREGOR

McGregor (1960) telah mempelopori

Teori X dan Teori Y. Perbezaan gaya kepimpinan

bergantung kepada tanggapan pemimpin terhadap orang bawahannya. Tanggapan umum
yang terkandung dalam Teori X adalah seperti berikut:
I.

Manusia pada dasarnya malas. Untuk menggerakkan mereka, maka pemimpin perlu
menggunakan tekanan dan tindakan hukuman.

7

II.

Manusia, secara tabiinya tidak suka kepada kerja dan sedaya upaya cuba
menggelakkan diri daripadanya.

III.

Mereka tidak bercita-cita tinggi, suka melarikan diri daripada tanggungjawab dan
suka di arah.

IV.
V.

Mereka mahu mengatasi orang lain dan mahukan keselamatan di dalam hidup.
Untuk memastikan manusia dapat bekerja bagi memenuhi matlamat organisasi atau
kumpulan, perlu digunakan paksaan, kawalan dan tindakan hukuman.

Rajah 1: Teori X dan Teori Y yang diasaskan oleh McGregor (1960)
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Donaldson, G., 2006)

Berasaskan kepada tanggapan-tanggapan Teori X, kepimpinan akan menjadi efektif
sekiranya mereka bersifat autokratik. Mereka membuat keputusan tanpa melibatkan orang
bawahan dan tiada proses delegasi kuasa. Cara yang paling berkesan yang patut digunakan
oleh pemimpin pada anggapan Teori X ialah pendekatan ‘ carrot and stick’. Pemimpin perlu
menekankan kepada pemusatan terhadap tugas semata-mata dan tidak perlu memberi
tumpuan kepada aspek-aspek kemanusiaan dalam organisasi. Tanggapan-tanggapan umum
8

yang terkandung dalam Teori Y pula adalah berlawanan dengan tanggapan-tanggapan
umum dalam Teori X (Al. Ramaiah, 2002).

Pengagihan usaha dan segi mental dan fizikal dalam pekerjaan adalah proses biasa
bagi manusia. Mereka bukan secara tabiinya bersikap pasif atau suka menentang kemahuan
organisasi. Keadaan sedemikian berlaku kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur pengalaman
yang disediakan oleh organisasi. Kawalan luaran tekanan hukuman bukanlah satu-satunya
kaedah untuk memastikan pekerja bekerja keras bagi mencapai objektif organisasi. Kalau
pekerja sudah mempunyai komitmen terhadap organisasi, maka mereka akan mempunyai
arah pengarahan diri. Manusia yang normal, bukan sahaja sanggup menerima tetapi mereka
akan berusaha untuk mencari tanggungjawab. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab,
tidak beraspirasi tinggi dalam kerjaya dan malas bukanlah merupakan sifat-sifat semulajadi
manusia.

Mengikut Teori Y, kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan demokratik, iaitu
orang bawahan turut terlibat dalam proses membuat keputusan tentang matlamat dan polisi
organisasi. Kawalan diri adalah konsep utama dalam kepimpinan yang berlandaskan gaya
demokratik. Faktor-faktor kemanusiaan diberi keutamaan, maka bagi Teori Y, pemimpin
mestilah berorentasikan manusia dalam proses kepimpinannya. Selain itu, proses delegasi
kuasa pada tahap yang munasabah mesti berlaku sekiranya gaya kepimpinan pemimpin
berasaskan Teori Y. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pemimpin yang mempunyai Teori Y
akan lebih cenderung untuk bersama-sama dalam meningkatkan akademik pelajar di
sekolah. Keputusan yang dilakukan adalah secara kolektif dan wujudnya hubungan 2 hala
yang baik diantara guru dan pentadbir. Kerjasama yang erat ini berupaya untuk
memaksimakan pencapaian akademik pelajar terutamanya dalam peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR, SPM dan STPM.

3.4

TEORI PENDEKATAN EMPAT FAKTOR
9

Blase, J., & Blase J (2002) memperkenalkan Pendekatan Empat Faktor sebagai satu kaedah
mengenalpasti gaya-gaya kepimpinan. Pendekatan ini adalah terbitan daripada usaha-usaha
yang telah dipelopori oleh Likert dan kumpulan pengkaji Ohio State University. Bowers dan
Seashore menggunakannya sebagai asas bagi mengemukakan pendekatan empat faktor
yang mereka anggap lebih menyeluruh dan lengkap. Mereka telah mengenalpasti empat
gaya kepimpinan yang berbeza iaitu:
I.

Gaya Sokongan: Apabila gelagat pemimpin menganggap faktor kemanusiaan
sebagai sangat penting dan mereka mengambil kisah tentang hal-ehwal kepuasan
dan penghargaan diri pekerja bawahan.

II.

Gaya Kemudahan Interaksi: Apabila pemimpin menekankan usaha mewujudkan
suasana persaudaraan yang mesra di antara ahli kumpulan.

III.

Gaya Penekanan Matlamat: Apabila gelagat pemimpin semata-mata pada soal
pencapaian matlamat organisasi dengan prestasi paling memuaskan.

IV.

Gaya Kemudahan Bekerja: Apabila gelagat pemimpin melaksanakan aktivitiaktiviti tanggungjawabnya bagi mencapai matlamat organisasi. Ini dilakukan melalui
proses

perancangan

peralatanperalatan,

penyelarasan,

suasana

kerja

penjadualan
dan

dan

dengan

kemahiran-kemahiran

menyediakan
teknikal

yang

dikemukakan

cuba

diperlukan untuk melicinkan pelaksanaan sesuatu kerja.

Keempat-empat

pendekatan

gaya

kepimpinan

yang

menghuraikan gelagat-gelagat pemimpin melalui dimensi yang berbeza. Keadaan ini jelas
menunjukkan bahawa kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pihak pentadbir
dalam melestarikan program peningkatan akademik semestinya memberikan impak yang
maksima kepada pelajar.

4.0

GAYA

KEPIMPINAN

DAN

HUBUNGANNYA

AKADEMIK PELAJAR.

10

DENGAN

PENCAPAIAN

Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki
sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi. Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang
dijelaskan oleh Blake & Mouton (1993) iaitu gaya kepimpinan autokratik, gaya kepimpinan
demokratik dan laissez-faire. Gaya kepimpinan yang manakah yang manakah yang paling
terbaik dan sesuai digunakan untuk keberkesanan program akademik di sekolah?
Sebenarnya, ketiga-tiga gaya kepimpinan tersebut boleh digunakan dalam keadaan tertentu,
yang mana paling sesuai bergantung pada situasi ketua, pengikut dan persekitaran kerja
(Ainon Mohd, 2004), Oleh itu, seseorang pemimpin yang berjaya akan menggunakan gaya
kepimpinan yang berbeza untuk situasi yang berbeza. Gaya kepimpinan yang sesuai akan
dapat meningkatkan motivasi dan moral guru-guru serta para pelajar untuk meningkatkan
mutu prestasi dan kecemerlangan program akademik sekolah yang telah dirancang dan
dirangka sejak awal tahun.

Pengetua atau guru besar merupakan pentadbir sekolah yang mempunyai autonomi
yang dapat menjayakan sesuatu penambahbaikan melalui perubahan-perubahan dalaman
dan luaran sekolah. hal ini termasuklah kesediaan dari aspek pemikiran, afektif dan tingkah
laku pengetua untuk membuat perubahan dalam sekolah. Perubahan dalaman (mikro) dapat
memperbaiki kelemahan pengurusan sekolah dan menambahbaik dengan program
kecemerlangan pelajar (Abdul Ghani Abdullah et. al, 2008).

IV.1

Gaya Kepimpinan Autokratik Atau Kuku Besi

Pemimpin jenis ini banyak memberi arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja
yang boleh membuatnya. Pengetua jenis ini sangat mementingkan kedudukan sebagai
seorang yang berkuasa dan mahu membolot semua kuasa yang diberikan kepadanya. Dia
menentukan semua aktiviti yang boleh dibuat, cara-cara bagaimana aktiviti itu boleh dibuat
dan siapa yang harus membuatnya. Pemimpin ini hanya memberi arahan demi arahan dan
dalam masa yang sama dia tidak ikut serta mana-mana aktiviti. Pada masa ini gaya
autokratik tidak diterima ramai lagi dan dianggap sudah ketinggalan (Aminuddin Mohd
Yusof, 2000).

11

Namun

sebenarnya

masih

ramai

pemimpin

terdiri

daripada

mereka

yang

mengamalkan gaya ini. Dalam keadaan-keadaan tertentu hanya penggunaan gaya ini yang
berkesan umpamanya apabila berlaku krisis besar seperti hanya pemimpin sahaja yang
boleh membuat keputusan. Dalam situasi begini, keputusan demi keputusan mesti dibuat
dengan cepat manakala persetujuan ramai tidak diperlukan (Ishak dan Mastura, 2008).
Sikap yang dimiliki seperti ini tidak disukai oleh kebanyakan guru kerana sikap memaksa ini
membuatkan guru menjadi tertekan, tiada keseronokan bekerja dan merasai bebanan kerja.
Hal ini sekaligus menjejaskan pencapaian akademik pelajar.

IV.2

Gaya Kepimpinan Demokratik

Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat sesuatu
tindakan. Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan kuasanya
kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat
sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Pemimpin demokratik boleh
menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari peranannya
sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa tanggungjawab dan
kerjasama yang baik kepada setiap orang. Selanjutnya pemimpin tahu urusan kumpulan
bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua
pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri.

Pemimpin

memerlukan sokongan orang bawahannya. Kuasa yang diagih-agihkan

menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masingmasing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju (Ainon,
2003).

Hubungan dalam pencapaian dalam akademik ialah dapat melonjakkan prestasi

sekolah sama ada dalam kurikulum, ko-kurikulum mahupun dalam pengurusan sekolah.
Sikap demokratik yang diamalkan oleh pengetua dalam setiap program yang dianjurkan
seperti program Mentor-Mentee, Kelas Tambahan, Kelas Elit, Program Galus dan sebagainya
akan mencapai sasaran Headcount sekolah dan mendapat sokongan daripada guru dan
pelajar. Perkara sebegini sekaligus dapat melonjakkan pencapaian akademik pelajar dan
mengharumkan nama sekolah.

12

Pemimpin

demokratik

berfungsi

sebagai

pemangkin

yang

mempercepatkan

perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Oleh kerana
kepimpinannya bersifat membantu, pengetua akan dihormati dan dihargai serta dilihat
sebagai lambang kebaikan. Guru tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu
hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari usahanya
kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa. Contohnya,

IV.3

Kepimpinan Bebas (Laissez-Faire Leadership)

Menurut Aziah Ismail dan Abdul Ghani (2011), pemimpin jenis ini memberi sepenuh
kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia
tidak campur tangan langsung dalam sebarang aktiviti yang diajurkan. Dia melihat mereka
sebagai orang sudah matang, tahu membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu
membezakan antara betul dan salah. Baginya, guru harus bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas tindakan yang dilakukan, biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Sesuatu
yang diperlukan ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. Keadaan yang sangat bebas
dan liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak
mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kalau orangorang bawahannya betul-betul matang, maka hasilnya memang baik, tetapi jika ramai
antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka
seperti hilang pedoman kerana tiada pemandu yang menunjuk arah. Gaya laissez-faire akan
menimbulkan banyak masalah apabila sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi
sangat kompleks. Hal ini disebabkan dalam keadaan seperti ini, jumlah keputusan yang
terpaksa diambil sangat banyak dan sifatnya kompleks (Ainon, 2004).

Daripada tiga gaya kepimpinan di atas, ramai penyelidik mempunyai tanggapan
hanya ada dua gaya kepimpinan sahaja iaitu kepimpinan autokratik dan demokratik (Al
Ramaiah, 1992). Berdasarkan kepada tinjauan-tinjauan yang beliau telah lakukan, keduadua gaya kepimpinan tersebut telah dihuraikan dengan berbagai-bagai istilah. Kepimpinan
autokratik umpamanya disamakan dengan Teori X (McGregor, 1960), berorientasikan

13

struktur tugas (Felton, 1996) dan sebagainya. Sementara itu, kepimpinan demokratik
disamakan pula dengan Teori Y (Mc Gregor,1960), (berorientasikan timbang rasa (Rahimah
Haji Ahmad. 2004) dan sebagainya.

V.1

TEKNIK MEMPENGARUHI ORANG BAWAHAN DALAM TINGKAH LAKU
KEPIMPINAN

Sebagai seorang pemimpin, perkara yang paling penting ialah memastikan setiap program
berjalan seperti yang dirancang, tidak kira program itu kecil ataupun besar. Dalam
melaksanakan program, seorang pemimpin mungkin akan menghadapi pelbagai masalah,
maka beliau perlulah memilih pendekatan sesuai dengan cabaran yang dihadapi (Institut
Aminudin Baki, 2006). Pemimpin boleh melakukan tugasnya dengan penuh keyakinan
sekiranya pengetau dapat memahami objektif utama dan membuat perancangan awal untuk
mencapai objektif, mempunyai orang bawahannya yang komited untuk mengharungi
cabaran bersama dan saling bantu membantu dalam menangani cabaran

Untuk membolehkan seseorang pemimpin menjalankan tugas serta mengendalikan
isu-isu pada masa

yang

sama, beliau juga

perlu mempunyai

kebolehan untuk

mempengaruhi orang bawahannya. Pelbagai cara untuk mempengaruhi orang bawahan
boleh digunakan, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada sesuatu masa.
(Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail (2004) mengemukakan beberapa taktik yang boleh
digunakan untuk mempengaruhi orang lain dalam organisasi oleh pemimpin, iaitu:
a) Taktik pujukan rasional penggunaan hujah yang logik dan mempunyai bukti-bukti
nyata semasa memujuk orang bawahan digunakan dalam melaksanakan sesuatu.
Akan tetapi taktik ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai sifat yang jujur dan
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
b) Taktik daya tarikan inspirasi pula merupakan satu taktik mempengaruhi orang
bawahan dengan cara membangkitkan semangat dan emosi. Taktik ini hanya
berkesan jika pemimpin mempunyai kemahiran yang tinggi dalam berkomunikasi dan
berkebolehan menggunakan metafora serta dengan gaya dan gerak geri yang
menarik.

14

c) Taktik perundingan pula seseorang pemimpin itu memberi peluang atau mengajak
orang bawahan memberi pendapat, pandangan, kaedah dan cara-cara melaksanakan
sesuatu untuk mencapai sesuatu objektif. Taktik ini menjadi lebih berkesan jika
pemimpin mempunyai kebolehan mendengar yang tinggi serta boleh memujuk orang
bawahan.
d) Pemimpin yang menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik dengan orang
bawahan untuk memujuk orang bawahan melaksanakan tugas adalah pemimpin
yang menggunakan taktik daya tarikan peribadi. Taktik ini berkesan jika hubungan
pemimpin dengan pengikut akrab dan pengikut takjub kepada pemimpin.
e) Pemimpin yang menggunakan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan
melaksanakan tugas pula dikatakan telah menggunakan taktik gabungan. Namun
taktik gabungan ini hanya berkesan jika pemimpin mempunyai ramai orang
berpengaruh.
f) Taktik mendapatkan simpati pula berkaitan dengan taktik berbuat baik sambil
merayu. Biasanya taktik ini dilaksanakan melalui orang ketiga hingga menyebabkan
orang bawahan berasa mereka dihargai dan paling layak untuk melaksanakan
sesuatu tugas. Taktik ini berkesan jika orang bawahan mengamati pemimpin mereka
adalah jujur.
g)

6.0

KEKUATAN

GAYA

KEPIMPINAN

AKADEMIK

15

DALAM

MENINGKATKAN

PROGRAM

Menurut Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali (2008), matlamat
persekolahan mencorak dan membentuk sumber manusia yang berpotensi menjana
pembangunan negara. Bagaimanapun isu ini menjadi persoalan kerana sistem persekolahan
yang berfungsi mengembangkan potensi manusia masih menjadi tanda tanya. Masalah ini
menyebabkan berlaku pembaziran bakat yang dimiliki oleh pelajar dan generasi muda di
Malaysia. Bagi menangani isu ini, penekanan kepada aspek pembangunan modal insan perlu
dalam sistem persekolahan. Ini termasuk kepada penekanan kepada aspek penguasaan
kemahiran,

pengetahuan

yang

relevan,

proses

sosialisasi

sistem

persekolahan,

meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru, motivasi ke atas pelajar dan guru,
meningkatkan kemudahan pembelajaran, susunan pembelajaran yang konduktif dan
sebagainya.

Jika ditelusuri, sebenarnya kecemerlangan akademik meliputi pelbagai aspek seperti
peruntukan kewangan, hala tuju kecemerlangan sekolah, aktiviti perkembangan kurikulum,
proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan pusat sumber, aktiviti perkembangan
staf, penilaian, peperiksaan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Dalam hal ini, lazimnya
pengetua adalah bertanggungjawab memantau semua aktiviti berkaitan dengan pengajaran,
pengurusan dalam bilik darjah, penggunaan buku rekod, peralatan dalam bilik komputer,
kewangan dan pembelian barangan serta visi sekolah yang hendak dicapai.

16

Tujuan

belajar

di

sekolah

pada

umumnya

memberikan

pengetahuan

dan

mengembangankan kemahiran yang relevan dengan keperluan persekitaran semasa
(Hussein, 2005). Sistem persekolahan yang sentiasa menghadapi pelbagai perubahan dan
pembaharuan, memerlukan peningkatan inovasi dan kreativiti dalam sistem persekolahan.
Ini

kerana

sekolah

merupakan

institusi

yang

berkesan

bagi

merangsang

dan

mengembangkan potensi pelajar. Malah dalam dunia yang global ini, kreativiti dan inovasi
dianggap bidang kemahiran dan profesion yang penting bagi mencorak kualiti modal insan.
Modal insan yang kreatif dan berinovasi, merupakan aset penting kepada kejayaan
sesebuah negara.

Kepimpinan sekolah perlu berusaha untuk membentuk modal insan yang kreatif
dalam sistem persekolahan bagi meningkatkan kemajuan dan kejayaan dalam bidang
pendidikan (Aziah, Yaakob dan Yahya 2006). Selain itu, pemilihan gaya kepimpinan yang
sesuai turut menyumbang ke arah pemantapan tenaga kerja iaitu guru untuk terus
berkhidmat tanpa jemu dalam peningkatan akademik pelajar. Menurut Hussein (2005) pula,
kepimpinan di sekolah perlu berusaha dalam membentuk tenaga pengajar yang mahir,
profesional, kreatif dan inovatif secara berterusan. Idea strategi dan pendekatan kreatif dan
inovatif dalam sistem persekolahan perlu dikembangkan di kalangan tenaga pengajar,
sekolah dan sistem pelajaran itu sendiri.

Sebagai pemimpin peringkat sekolah, pengetua haruslah respons kepada perubahan
yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat globalisasi dan pengetua perlu mengerakkan
sebarang perubahan dalam diri setiap staff. Menurut Ayob (2005), sebenarnya pengetua
mengalami pelbagai cabaran, kekangan dan masalah dalam pengurusan rutin harian.
Masalah disiplin, motivasi pelajar, kebersihan dan keceriaan, komitmen staff sokongan, etika
dan profesion guru adalah antara masalah yang dihadapi oleh guru. Pelancaran Sekolah
Bestari, Sekolah Berkualiti, Sekolah Berwatak, Sekolah Berkesan dan sebagainya adalah
antara agenda kerajaan bagi melahirkan warga pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.

Bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti keputusan cemerlang dalam peperiksaan,
antara program yang dirancang oleh pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan
akademik pelajar adalah Program Latih Tubu Terancang, Program Elit dan Harapan, Mentor
17

Mentee, Hari Pelaporan Akademik, Hari Anugerah Cemerlang, Program Sentuhan Bonda dan
Graf Prestasu Diri, Program Guru Muda (Membimbing pelajar yang lemah), Program Make A
Different (MAD), Klinik Matematik, Program Anak Angkat dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, sikap dan kepimpinan pengetua amat mempengaruhi program yang telah
diaturkan oleh pihak sekolah.

Dapatlah

dilihat

disini

bahawa

kepimpinan

sekolah

terutamanya

pengetua

mempunyai tanggungjawab yang besar bagi pembangunan modal insan. Ini kerana jika
sekolah itu mempunyai daya kepimpinan yang berwibawa seperti gaya kepimpinan yang
telah diterangkan seperti di atas, sekolah tersebut dapat melaksanakan pembangunan
modal insannya dengan jayanya. Bukan itu sahaja, kepimpinan sekolah harus sedar aspek
kreativiti dan inovasi dalam sistem persekolahan penting bagi pembangunan modal insan
yang bermutu tinggi.

Manakala menurut Ayob Jantan (2005), pelbagai langkah telah di ambil bagi
menjana pelajar Malaysia yang berkualiti untuk kemajuan negara selaras dengan Wawasan
2020 dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu:

I.

Memperkembangkan kecerdasan yang lebih tertumpu kepada penggunaan teknologi
seperti komputer, media, peralatan dan reka bentuk pembelajaran dan kemahiran
hidup berdasarkan ketangkasan fizikal dan kecerdasan lain (IQ, EQ dan SQ).

II.

Literasi komputer seperti Internet, laman web, program pendidikan jarak jauh (PJJ)
yang berasaskan teknologi telekomunikasi, telekonfrensi, modul pembelajaran
terancang dan pembelajaran terancang dan pembelajaran sepanjang hayat.

III.

Kemahiran berfikir menjadi asas kepada pembangunan pelajaran yang bersifat
inovatif dan kreatif di sekolah. Penekanan aspek ini dalam sistem persekolahan
membolehkan percambahan pemikiran berlaku dan pelajar dapat berfikir dan
membuat keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan lebih objektivif.

18

Pengurusan

ke

arah

kecemerlangan

akademik

banyak

bergantung

kepada

kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Oleh itu seseorang pentadbir atau guru
seharusnya bersedia mengaplikasikan pelbagai pendekatan untuk merancang aktiviti
kecemerlangan akademik. Biasanya kebanyakan guru besar atau pengetua membuat
program kecemerlangan akademik sekolah pada awal tahun dengan tujuan agar pelajar
dapat kejayaan yang baik dalam pelbagai peperiksaan. Dalam masa yang sama program
seperti ini boleh mengurangkan masalah pelajar tidak berdisiplin. Sebagaimana yang kita
tahu,

semasa

aktiviti

atau

program

dijalankan

sekurang-kurangnya

pelajar

akan

menggunakan masa secara yang berfaedah. Mereka juga mendapat asuhan, bimbingan dan
nasihat yang berguna daripada guru-guru bagi kepentingan masa depan mereka.

Perubahan arena sistem pendidikan negara turut mempengaruhi kepimpinan
pengetua. Hal ini dapat dilihat sejauh manakah pengetau menerima secara terbuka dan
perubahan yang dilakukan oleh pentadbir. Pelbagai inovasi dan transformasi yang dirancang
oleh Kementerian Pendidikan pencapaian pelajar, Model Pengurusan Fayol haruslah
digunakan. Menurut Fayol, mengurus perlu kehadapan dan aktiviti meramal dan merancang
adalah aktiviti utama, diikuti oleh penganjuran dan pengawalan. Dalam pengurus sekolah,
pengetua perlu memastikan objektif setiap bahagian adalah sejajar dengan matlamat jangka
pendek dan jangka panjang dan berupaya mengadaptasi dengan sebarang perubahan yang
berlaku (Abdul Ghani, Abd. Rahman dan Tang Keow Ngang, 2008).

Ternyata gaya kepimpinan memainkan peranan yang penting ke arah meningkatkan
keberkesanan program akademik sekolah. Hal ini disebabkan, gaya kepimpinan pengetua
dapat mempengaruhi motivasi dan kepuasan kerja guru untuk meningkatkan prestasi dan
kecemerlangan program akademik sekolah sekaligus meningkatkan pencapaian akademik.
Organisasi seperti sekolah perlu menjadikan usaha peningkatan produktiviti dan komitmen
kerja sebagai satu proses yang berterusan bagi memperbaiki prestasi dan kecemerlangan
program akademik sekolah. Dalam pada itu juga, pengetua perlu menyediakan persekitaran
kerja yang kondusif serta memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi dan pencapaian guru-guru.

19

6.0

KESIMPULAN

Pelbagai konsep, teori dan model berkaitan gaya kepimpinan dan hubungannya terhadap
keberkesanan program akademik sekolah. Pelbagai program peningkatan akademik yang
telah digarap dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Namun begitu, kepimpinan perilaku
seseorang pentadbir banyak membantu menjayakan program yang telah dirancang. Sehebat
mana sekalipun program yang dirancang, namun jika sikap pentadbir yang masih
mengamalkan sikap ‘kuku besi’, segala aktiviti yang dirancang hanya menjadi sia-sia. Oleh
itu, gaya kepimpinan yang dimiliki pengetua amat mempengaruhi motivasi dan kepuasan
kerja guru untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan program akademik sekolah.
Organisasi seperti sekolah perlu menjadikan usaha peningkatan produktiviti dan komitmen
kerja sebagai satu proses yang berterusan bagi memperbaiki prestasi dan kecemerlangan
program akademik sekolah. Dalam pada itu juga, pengetua perlu menyediakan persekitaran
kerja yang kondusif serta memilih gaya kepimpinan yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi akademik pelajar.

20

Justeru, pengetua perlulah mengamalkan perbincangan secara dua hala dalam
menjana pemikiran orang bawah dalam menyelesaikan sesuatu dan bekerja sebagai satu
pasukan dan bukan secara individu untuk meningkatkan akademik pelajar. Malah, pengetua
juga perlu sering berusaha untuk mempertingkatkan tahap keperluan dan kebolehan orang
bawahnya supaya lebih bertanggungjawab dan berjaya menyelesaikan tugas organisasi ke
peringkat maksimum walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Pemikiran yang positif, tingkah laku yang dihormati disusuli dengan keseronokan
serta integriti yang tinggi dengan menunjukkan kejujuran dalam membuat perubahan
menjadikan perubahan yang dilakukan memberi manfaat kepada seluruh dimensi warga
sekolah. Untuk menyediakan kepimpinan pengetua yang cemerlang pada abad ke-21,
mereka harus bermula dari sekarang dengan menunjukkan sikap positif dan sentiasa
mencari jalan yang untuk melakukan perubahan agar dapat melahirkan warga pelajar yang
bermoral tinggi, bijaksana dan mampu melonjakkan nama negara pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Hj. Abd Aziz dan Tang Keow Ngang. 2008. Pincang
Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru: Satu Kajian Kes. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 33. Pp. 47-60. ISSN 0126-6020/2180-0782.
Abdul Shukor Abdullah. 2004. Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan
Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 14 (1), 18 – 30.
Ahmad Mohammad Sharif. 2006. Leader Behavior, Organization Effectiveness and Job
Satisfaction Vocational Teachers in Malaysia. Dissertasi Phd. Louisiana State
University.
Aminuddin Mohd Yusof. 2000. Kepimpinan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainon Mohamad. 2003. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ainon Mohd. 2004. Teori Dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Al. Ramaiah. 2002. Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur.Fajar Bakti.

21

Arksey, H., & Knight, P. 1999. Interviewing For Social Scientist. London: Sage Publications.
Ayob Jantan. 2005. Pengetua Sekolah Yang Afektif. PTS Profesional. Pahang.
Aziah Ismail dan Abdul Ghani. 2011. Cluster Scholls For Diverse Student’s Needs In
Malaysia: A System Riview. International Journal Of Educations. 3 (2). P.1-13.
Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di Malaysia.
Batu Caves Selangor. PTS Profefessional Publishing Sdn Bhd.
Azizi Yahaya & Rohaya Ahmad. 2006. Teori Sistem Yang Digunakan Di Sekolah. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Azlin Norhaini Mansor. 2004. Amalan Pengurusan Pengetua: Satu Kajian Kes. Prosiding
Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan IAB Ke 12, 2004.
Blake, R. & Mouton, J. 1993. The Managerial Grid III: A New Look At The Classic That Has
Booted Productivity And Profits For Thousands Of Corporations World Wide.
Houston: Gulf Publishing.
Blase, J., & Blase J. 2002. Principal’s Instructional Leadership And Teacher Development:
Teacher perspectives : Educational Administration Quarterly, 35, 349 – 378.
Burrows, L. and Munday, R. 2003. Leadership Substitute: Their Effects on Teacher
Organizational Commitment and Job Satisfaction. Journal of Instructional Psychology,
23(1): 3 - 61. Carlson , D.S. and Perrewa, P.L.
David M. Traversi. 2007. Eight Drivers of the High-Impact Leader. Retrieved September 10,
2008 dari http://www.leader-values.com/Content/detail.
Dinham, S. 2004. Principal Leadership for Outstanding Educational Outcomes. Journal of
Educational Administration, 43 (4), 338–356.
Donaldson, G. 2006. Cultivating Leadership In Schools : Connecting People, Purpose And
Practice. New York: Teachers College Press.
Felton, S. L. 1996. Transactional and Transformational Leadership and Teacher Job
Satisfaction. Dessertation Abstract International. Section A (DAI-A). 56(9): 2466.
Ghazali Othman. 2001. Sekolah Berkesan Dan Program Pembaikan Sekolah Di Malaysia.
Diges Pendidik. 1 (2). 1-8.
Hussein Mahmood. 2005. Perkembangan staf di sekolah: Bentuk dan Cara Pelaksanaan.
Jurnal Pengurusan Pendidikan. (2): 2-9.

22

Ishak bin Mad Shah dan Mastura Bte Mahfar. 2008. Impak Tingkah Laku Kepimpinan
Transaksi Dan Transformasi Pengetua Ke Atas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru. Fakulti
Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Teknologi Malaysia
Institut Aminudin Baki. 2006. Leadership Tips-Jack Welch Style. Artikal Buletin IAB. Bilangan
1/Jun 2006.
Kamus Dewan. 2008. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Katz, D. dan Kahn, R.L. 2000. The Social Psychology of Organization. New York: John Wiley
& Sons
Mat Min Ruhani. 1998. Hubungan Penyesuaian dengan Pencapaian Akademik Pelajar di
Institusi Pengajian Tinggi. Masters Thesis. Universiti Pertanian Malaysia.
McGregor D. 1960. The Human Side of Enterprise New York McGraw-Hill.
Mohd. Shaphri Bin Mohd Yusof. 2005. Stail Kepimpinan Guru Besar yang Sebenarnya
Berdasarkan Persepsi Guru-guru. Thesis Msc Mgt. Universiti Utara Malaysia.
Muijs, D., & Harris, A. 2007. Teacher Leadership In (In) Action: Three Case Studies Of
Contrasting Schools. Educational Management Administration & Leadership, 35(1),
111-134.
Noordin Yahya dan Shariffudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua Dan
Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa
Buah Sekolah Terpilih. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12 pada 6-9 Disember 2004.
Omardin Ashaari. 2006. Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Cergas.
Quah Cheng Sim dan Wan Azmiza Wan Mohamed. 2003. Kajian Keberkesanan Program
Pgce Dalam Membantu Pemimpin Sekolah Kluster Kecemerlangan Memimpin dan
Mengurus Institusi Pendidikan Di Malaysia. Institute Aminuddin Baki.
Rahimah Haji Ahmad. 2004. Malaysian School Prinsipalship: Predicament Of Leadership And
Management. Dlm Rahimah Haji Ahmad & Tie Ee Fatt (pnyt.), Principalship and
School Management. hlm 1-17. Kuala Lumpur: Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.
Rahimah Haji Ahmad dan Mohd Yaccob Mat Nong. 2005. Tingkah Laku Kepimpinan Dan
Amalan Profesionalisme Pentadbir Pendidikan Di Malaysia: Satu tinjauan bahan
penyelidikan. Seminar Kebangsaan Pendidikan. Konvensyen Ke Enam Mengenal
Pendidikan Kepimpinan Profesionalisme Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.

23

Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman dan Manisah Mohd Ali. 2008. Faktor Ibu Bapa
Dalam Kecemerlangan Akademik Pelajar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. Universiti
Kebangsaan Malaysia. MJLI VOL. 5 (2008) 79.
Sondang P. Siagian. 2000. Teori Dan Praktek Kepemimpinan. Jakarta: Rineka Cipta.
Siti

Khaidah
Ab.
Manan
dan
Rukiah
Mohamad.
2003.
Kajian Mengenai
Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Di UITM Shah Alam: Satu Analisa Perbandingan
Antara Jantina. Fakulti Pengurusan Perniagaan. UITM. Shah Alam.

Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin. 2006. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.
Yukl G. 2002. European Journal Of Work And Organizational Psychology. 8 (1), 33–48 An
Evaluative Essay on Current Conceptions of Effective Leadership
State University of New York at Albany, USA.
Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki Dan Jamil Ahmad. 2005. Prestasi
Akademik Mengikut Gender. Jurnal Pendidikan Malaysia, 30. Pp. 93-111. ISSN 01266020/2180-0782.

24