PENGAJIAN PASCA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM

1

PENGAJIAN PASCA SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA : SATU
ANALISIS SEMASA
Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Badlihisyam Mohd Nasir,
Ruzman Md Noor,
Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali
&
Nor Adina Abdul Kadir

Masa depan umat Islam bergantung sepenuhnya kepada pengamalan budaya ilmu. Dalam
kes ini, mekanisme pengamalan budaya ilmu ini bergantung kepada peranan yang
dimainkan oleh institusi pengajian tinggi, melalui pembelajaran, penyelidikan dan
penjanaan ilmu baru, praktikal dan strategik yang bakal digunapakai oleh sesuatu
masyarakat dan pihak industri. Tugas membangun dan menjana ilmu baru ini bukan
dipegang sepenuhnya oleh professor, tetapi perlu juga dipikul oleh kalangan mahasiswa
sendiri, khususnya mahasiwa pasca siswazah. Sehubungan itu, bagi memastikan hal ini
diamalkan ataupun sebaliknya oleh IPT Islam, kertas kerja ini akan membincangkan
apakah yang perlu dilakukan untuk memantapkan pengajian pasca siswazah Pengajian
(pps) Islam di Malaysia. Hanya dengan kaedah ini kita dapat membantu dan

menyakinkan agar setiap IPTA Islam di Malaysia lebih mantap program pengajian pasca
siswazah dengan lebih baik dan berdaya maju untuk konteks dunia global ini. Justeru,
artikel ini disusun khusus mengandungi beberapa bahagian yang utama; pertama,
pengenalan; Kedua, konsep pengajian pasca siswazah pengajian Islam: analisis sejarah;
Ketiga, kepentingan dan pemantapan dan pengajian pasca siswazah pengajian Islam yang
membabitkan elemen pemikiran meta-kognitif dan pengajian paasca siswazah serta
keperluan masyarakat Malaysia semasa; keempat, rumusan dan kesimpulan.
Keyword : Pengajian Pasca Siswazah, Pengajian Islam, Pemikiran Meta-Kognitif, Niche Area,
Alam Melayu
Basically, the future of Muslim society was depended solely upon the advancement of
knowledge. In this case, the role of Islamic Higher learning institution were needed in
advancing the various types of Islamic knowledge’s by conducting a practical as well as
strategic research that can be utilized by the society and industrial sector. Indisputably,
such task must be performing both by the professor and post graduate student. Based on
this background, this article will try to evaluate and suggesting a measure of
improvement for the post graduate studies at the Malaysian universities. Therefore, this
article was designed to be divided into several sections. The first and second section will
focused on the introduction of the study and historical conceptual of Islamic post
graduate studies. In the third section, special attention will be given to the improvement
effort in the Islamic post graduate studies by initiating the meta-cognitive approach and

discovering the niche areas needed by the present Muslim society in Malaysia. Finally, in
the fourth section, the study will be summarized followed by several a suitable
suggestions.

2

Keyword : Post Graduate Studies, Islamic Studies, Meta-Cognitive Thinking, Niche Area,
Malay World
1. Pengenalan
Artikel ini bakal meneliti nisbah dan sifat program pps (program pasca siswazah) Islam
yang diamalkan di IPT Islam di Malaysia. Hal ini ditekankan memandangkan ianya telah
menjadi dasar utama pendidikan tinggi Negara yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan ilmu di rantau Asia amnya dan seluruh dunia khususnya. Usaha ini bukan
setakat membabitkan program ijazah pertama dan pasca siswazah selain daripada bidang
pengajian Islam, tetapi lebih penting lagi turut membabitkan bidang pengajian Islam itu sendiri.
Kebetulannya pula, Malaysia telah dikenali sebagai Negara Islam contoh (moderate) di peringkat
dunia,1 yang bakal menjadi asset utama bagi menarik kedatangan pelajar daripada negara Islam.
Berasaskan kepada latar belakang ini, kajian ini akan cuba menggunakan kaedah analisis 2
dan pensejarahan3 bagi meneliti konsep asas pps Islam dengan merujuk secara khusus kepada
sejarah tradisi pendidikan tinggi Islam dan realiti Malaysia. Bagi memperlengkapkan lagi

wacana ini, kaedah dekonstruksi (kritikan dalaman) bakal digunakan bagi melihat kelemahan pps
Islam semasa dan mencadangkan kaedah penyelesaian masalah yang sepatutnya.
2. Konsep Pengajian Pasca Siswazah Pengajian Islam : Analisis Sejarah.
Secara mudahnya, kita dapat mengatakan bahawa pps adalah kajian lanjutan di peringkat
sarjana ataupun PhD selepas seseorang pelajar menamatkan pengajian asas di peringkat ijazah
pertama demi untuk mndalami dan memperkembangkan lagi kajian keilmuan Islam. Hal ini
dibuat memandangkan keilmuan Islam dalam pelbagai disiplin bukan setakat untuk
ditransmisikan (disebarluaskan) tetapi juga perlu dibangunkan, agar ianya menjadi semakin
lengkap dan relevan dengan keperluan semasa. Ini bukan bermakna seperti didakwa oleh para
orientalis bahawa ajaran Islam itu masih belum sempurna yang perlu ditokok tambahkan melalui
peniruan dengan agama lain. Sebaliknya, ajaran Islam memang telah lengkap dalam bentuk
world-view Tauhidnya yang kekal sehingga kiamat, apa yang perlu diperlengkapkan adalah
berkaitan dengan isu Muamalah (membabitkan soal hubungan dengan makhluk) yang perlu
seiring dengan perkembangan zaman.4
Dirujuk kepada perkembangan sejarah keilmuan Islam, pendekatan semacam pps ini
telahpun wujud dan sentiasa dihidupkan oleh para sarjana Islam. Ianya berjalan walaupun masih
belum wujud lagi institusi pendidikan Islam secara formal seperti yang wujud pada masa
sekarang.Terdapat beberapa bukti yang boleh dikemukakan, antaranya;
Pertama, pembentukan pelbagai konsep Islam yang awal seperti mana diterangkan di
dalam al-Quran dan sunnah telah difahami dan dibangunkan melalui kajian lanjutan oleh

seseorang sarjana Islam. Contohnya, ilmu Usul al-fiqh telah dibangunkan oleh shafi'i melalui
kajian perbandingan antara mazhab Maliki dan Hanafi. Beliau telah menyusun ilmu ini
1

John Esposito (1996), Islam and Democracy, Oxford University press, New York.
Maklumat lanjut tentang kaedah analisis ini boleh dilihat dalam Cik Hasan Bisri (2003), Model Penelitian Fiqh :
Paradigma Penelitian Fiqh Dan Fiqh Penelitian, Bogor : Penerbitan Kencana.
3
Lihat maklumat tentang kaedah ini dalam Muhammad Yusoff Hashim (1992), Pensejarahan Melayu : Kajian
Terhadap Tradisi Sejarah Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : DBP,. H.M. Atho Mudzhar (1998), Pendekatan Studi
Islam Dalam Teori Dan Praktik, Yogyakarta : Pustaka Pelajar dan H. Abuddin Nata (2000), Metodologi Studi Islam,
Jakarta : PT Raja Grafindo Persada
4
Muhammad Said Busytami (1984), Mafhum Tajdid Al-Din, Kuwait, 1984, h. 29-30; Shatibi (1933), Al-Muwafaqat
Fi Usul Al-Ahkam, Kaherah, v. 2, h 5.
2

3

berdasarkan pemahamannya terhadap amalan para Sahabat dan tabi’in yang awal. Ilmu ini telah

dianggap oleh para sarjana (termasuklah sarjana orientalis) sebagai ilmu terbaik yang pernah
dihasilkan oleh daya intelektual manusia.5 Ilmu ini mengabungkan kesemua disiplin ilmu Islam;
syariah, usuluddin, tasawuf dan pengaruh logic Yunani6 , sebagai formula untuk mengali dan
mengemukakan kaedah penyelesaian masalah hukum7 yang timbul dalam masyarakat Islam.8 Di
zaman terkemudiannya, ilmu usul al-fiqh Shafi’I ini telah diperkembangkan lagi oleh ulamak
Islam lain.9
Antara formula lain yang dibangunkan menggunakan mekanisme pps ini adalah usaha alShatibi memperkenalkan konsep Maqasid syariah yang memakai pendekatan induktif dan
deduktif dengan nas syarak bagi memahami kepentingan dan maksud syarak yang perlu dipakai
dalam melakukan sesuatu perkara dan menyelesaikan isu hukum Islam. 10 Di zaman moden ini
Yusof Qardawi melanjutkan ataupun menyempurnakan kajian Shatibi dengan memperkenalkan
konsep fiqh Awlawiyyah - mengajar umat Islam bagaimana hendak memilih keutamaan
terpenting yang sepatutnya dalam menghadapi apa-apa masalah dalam kehidupan masyarakat
Islam yang berbeza.11
Kedua, pembentukan konsep sains Islam yang mengkaji teks wahyu dan fenomena alam
telah dibangun melalui kajian lanjutan secara sentesis oleh sarjana Islam terhadap warisan
tamadun sains Yunani, India, China dan parsi. Hal ini boleh dilihat daripada usaha yang
dijalankan oleh Ikhwan Safa, Ibn Sina, Kindi, Khazwini, Ibn Rusdh dan ramai lagi sarjana Islam
yang menceburkan diri dalam pengajian Islam dan falsafah.12 Bahkan, formula saintifik yang
diusahakan Ibn Rushd melalui pendekatan sentesis terhadap falsafah Yunani dan ajaran Islam
telah membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu S&T moden- yang mempengaruhi

perkembangan Renaisance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu saintifik) di dalam
masyarakat barat.13 Hal yang sama boleh dikesan dalam kes Ibn Khaldun. Tidak dapat dinafikan
lagi bahawa Ibn khaldun memang telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program
pembangunan masyarakat, seperti mana terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya
ini telah diakui oleh sebahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah sarjana
barat sendiri. Ianya sering dikaitkan sebagai pengasas utama kepada ilmu sosiologi yang
mengkaji sejarah dan struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat.
Ketiga, pembentukan paradigma dan metodologi ilmu Islam diusahakan oleh pelbagai
intelectual circle Islam yang awal, dikenali dengan nama mazhab Islam. Memanglah diakui,
kewujudan mazhab hanya timbul pada akhir abab ketiga Hijrah. Namun begitu, benih ataupun
asas awal (proto-mazhab) dikesan telah timbul sejak daripada zaman awal Islam lagi,
merangkumi zaman Rasulullah, Sahabat, Tabi'in, Tabi’ Tabi’in dan Mujtahid Mutlaq. Di
5

W. Hallaq (1992), “ Usul al-Fiqh : Beyond Tradition “, dalam Journal Of Islamic Studies, v. 3(2), h. 185-186.
Fadzlullah Haji Shuib (1995), Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, h. 48-57.
7
Mustafa Abd. Razak (1966), Tamhid Li Tarikh Al-Falsafah Al-Islamiyyah, Kaherah, h. 27, 101-123 dan 124-135
8
Mohd Fauzi Hamat (2000), “ Penghasilan Karya Sintesis Antara Mantik dan Usul al-Fiqh : Rujukan Kepada Kitab

al-Mustasfa’ Min ‘ilm al-Usul “, dalam Jurnal AFKAR, bil. 1, h. 126-137
9
Ghazali, Al-Mustasfa Min Ilm Usul, Beirut : Dar Al-Fikr, T.T. V. 1, Hlm 170
10
Sukeri Mohamad (1996), “ Maqasid al-Syariah dalam pengurusan harta “, dalam Monograf Syariah, v. 4, h 1-25
11
Paizah Ismail Dkk (2007), “ Pendekatan Baru Maqasid Al-Shari‘Ah Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia: Satu
Analisis “, Jurnal Syariah Dan Perundangan (Jounal Of Syariah And Jurisprudence) Fakulti Pengajian Dan
Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bil 1, No 1, h. 99-130
12
Lihat Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan : Pendekatan Islam
Dan Sains, Kuala Lumpur, h. 52-72
13
Hassan Ahmad (2006), Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal,
Kuala Lumpur : Alaf 21, h. 250-258.
6

4

kesemua zaman yang awal ini, asas mazhab Islam samada dalam bidang fiqh, teologi dan

politik14 sudahpun timbul, yang kemudiannya diperkukuhkan doktrinnya oleh penganut Islam di
abab ketiga Hijrah. Maknanya, kewujudan setiap mazhab ini bukan datang daripada ruang yang
kosong, tetapi berasaskan kepada latar belakang sosial, precedent silam ataupun buah pemikiran
yang diletakkan asasnya oleh masyarakat dan sarjana Islam yang awal. 15 Selanjutnya, keabsahan,
penerimaan dan dominasi sesuatu mazhab itu bergantung sepenuhnya dengan dokongan
pemerintah semasa yang wujud di dalam sejarah tamadun Islam.16
Secara kasarnya, mazhab adalah merupakan paradigma17 berfikir masyarakat Islam
mengikut world-view dan kaedah syariah yang diasaskan oleh seseorang fuqaha tertentu. Ianya
lahir daripada tradisi Islam sendiri dan bukannya berasal daripada pengaruh asing seperti
didakwa oleh orientalis barat.18 Ianya merupakan kemuncak dari satu proses pembentukan worldview yang panjang. World-view adalah pandangan dunia, hidup, kepercayaan dan pemikiran
yang berfungsi sebagai pemankin untuk segala perilaku manusia.19 Mengikut Hamid Zarkashi,
world-view Islam adalah : visi tentang realiti dan kebenaran, berupa kesatuan pemikiran yang
arsitektonik, yang berperanan sebagai asas yang tidak nampak (non-observable) bagi semua
perilaku manusia, termasuk aktiviti ilmiah dan teknologi. Antara elemen asas untuk world-view
Islam terdiri dari konsep tuhan, wahyu dan penciptaannya, psikologi manusia, ilmu, agama,
kebebasan, nilai dan kebajikan dan kebahagiaan. Elemen-elemen inilah yang kemudiannya yang
menentukan bentuk perubahan (change), perkembangan (development) dan kemajuan (progress)
dalam Islam.20
Proses pembentukan dan pengembangan sesuatu mazhab berpaksikan kepada kerangka
world-view Islam ini berjalan secara beransur-ansur melalui empat peringkat yang utama; 21

pertama, Quasi-scientific - Apabila Rasulullah sendiri menerangkannya berasaskan kepada dua
peringkat penurunan wahyu Allah. Wahyu Makkiah yang menekankan elemen akidah telah
diikuti pula dengan wahyu Madaniah yang memperkembangkan prinsip akidah dalam bentuk
sistem perundangan dan kehidupan yang lebih bersifat aplikatif.
Peringkat kedua, Pre-scientific conceptual - wahyu Allah yang mengandungi konsep-konsep
tentang kehidupan, dunia, ilmu pengetahuan, etika dan manusia sendiri mula dipelajari secara
14

Sebagai contohnya, perpecahan mazhab (basic nucleus) politik Sunni dan Syiah di peringkat awal (zaman
Rasulullah) boleh dilihat daripada pertelingkahan tentang penganti Rasulullah. Ianya terbahagi kepada dua puak;
pengikut fahaman Uthmaniyyah (pendokong sahabat) dan pengikut Ahl Bayt, yang kemudiannya melahirkan
mazhab Sunni dan syiah. Lihat S.H.M. Jafri (1979), The Origin And Early Development Of Shi’a Islam, London :
Muhammady Trust, h. 277-281; W. Madelung (1983), “ Imama “, dalam Encylopadia of Islam.
15
Aziz Azmeh (1989), “ Islamic Legal Theory And Appropriation “, Dalam Aziz Azmeh (Edit) Islamic Law : Social
And Historical Contexts, London : Routledge, h. 250-251.
16
Rahimin Affandi Ab Rahim (1994), “ Hubungan Antara Ulamak Dan Pemerintah Di Dalam Sejarah Tamadun
Islam “, Dalam Jurnal Pengajian Melayu , V. 4.
17

Paradigma adalah satu set proposisi (rancangan usulan) yang menerangkan bagaimana dunia harus difahami. Ia
berisikan sebuah pandangan dunia (world-view), suatu cara untuk memecahkan kerumitan dunia, yang memberitahu
seseorang ilmuan tentang apa yang penting, apa yang sah dan apa yang bersesuaian dengan logik. Lihat Mona
Abdul-Fadl (1989) , Paradigms In Political Science Revisited, Herndon : AMSS & IIIT.
18
T.J. De Boer (1994), The History Of Philosophy In Islam, Richmond : Curson press, h. 28-29 dan 309
19
Muhammad Abu Bakar (1993), “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan
Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib
Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, h. 307-309.
20
Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), Tantangan Sekularisasi Dan Liberalisasi Di Dunia Islam, Surabaya : Penerbit
Khairul Bayan, h. 1-6.
21
Alparsan Acikgence (1996), " The Framework For A History Of Islamic Philosophy ", dalam Al-Shajarah,
ISTAC, v. 1, bil. 1 &2, h. 6-7.

5

mendalam oleh sarjana Islam. Istilah konseptual wahyu seperti Ilm, Iman, Usul, Kalam, Nazar,

Wujud, Tafsir, Ta’wil, Fiqh, Khalq, Halal, Haram, Iradah dan sebagainya telah mencetuskan
pemikiran dan penyelidikan ilmiah yang cukup berkesan di kalangan penganut Islam.22
Peringkat ketiga, scientific scheme – dengan lahirnya tradisi intelektual Islam. Ianya timbul
melalui kewujudan tiga fenomena yang utama ; (i) wujudnya komuniti ilmuan Islam yang
menceburi bidang keilmuan Islam secara serious; (ii) disciplinary stage; ketika mana sarjana
Islam yang memiliki tradisi ilmiah bersepakat untuk membicarakan soal subjek dan metodologi
yang terbaik untuk setiap bidang keilmuan Islam yang diceburi. Hal ini boleh dilihat daripada
usaha gigih Shafi’i mensistematikkan disiplin usul al-fiqh dan akhirnya (iii) Naming stage;
proses di mana sesuatu disiplin, teori dan metode diletakkan nama yang khusus, yang biasanya
dinisbahkan kepada seseorang guru tertentu. Hal ini berlaku dengan munculnya nama Mazhab
Shafi’i dan sebagainya yang dinisbahkan kepada tokoh fuqaha tertentu.23
Berikutnya, dalam peringkat keempat, berlakunya proses kesinambungan dan perubahan
(continuity dan Changing) – sesuatu mazhab yang telah dominan kerangka metodologinya akan
melalui proses pembaharuan (islah) bagi memperkemaskan lagi kewujudannya. 24 Sejarah
keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ianya
memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; menarik
perhatian orang untuk diikuti, ketiga, mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable)
dan keempat, ianya mempunyai mekanisme untuk proses memperbarui idea yang lama tanpa
meninggalkan asas tradisi terpenting. 25 Apa yang jelasnya, keempat-empat perkara ini memang
dimiliki oleh Mazhab Shafi’i dan mazhab fiqh yang lain, sehingga mendorongnya untuk kekal
sehingga sekarang.26
3. Kepentingan dan Pemantapan Pengajian Pasca Siswazah Pengajian Islam Di
Malaysia.
Pada dasarnya, kita boleh berbangga dengan perkembangan semasa yang menyaksikan
Malaysia telah menjadi pusat pps pengajian Islam terpenting dalam peta pengajian Islam di
dunia. Hal ini boleh dilihat daripada beberapa sudut merangkumi program pps yang dipakai, latar
belakang sejarah Alam Melayu silam yang bersifat mesra ilmu dan dasar kerajaan yang prihatin
dengan reformasi IPT.
Dewasa ini, dengan kedatangan era globalisasi, kita dapat menyaksikan bagaimana peta
pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dunia telah terbahagi kepada tiga jenis yang utama; dunia Barat
yang berteraskan kaedah ala orientalisme; 27 dunia Islam Timur Tengah yang lebih menumpukan
kepada kerangka pengajian tradisionalisme28 dan dunia Alam Melayu (Malaysia dan Indonesia)
22

Hamid Fahmy Zarkasyi, Tantangan Sekularisasi, hlm 18-20.
Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Paizah Ismail (2004), Pengantar Pengajian Syariah, Kuala Lumpur : al-Baian
Corporation Sdn Bhd.
24
Louay M. Safi (1998), Truth And Reform : Exploring The Pattern And Dynamics Of Historical Change, Kuala
Lumpur : Open press, h. 86-88.
25
Ismail Raji Faruqi (2000), Tauhid, Kesannya Terhadap Pemikiran Dan Kehidupan, Terj. Oleh Unit Terjemahan
Modal Perangsang Sdn Bhd, Kuala Lumpur, h. 51-55.
26
Kata pengantar Akh. Minhaji dalam Amir Mualim (2006), Ijtihad Dan Legislasi Muslim Kontemporer,
Yogyakarta : UII Press, h. ix-xi.
27
Faisal Ismail (1997), “Studi Islam Di Barat, Fenomena Menarik“, Dalam Ed. Yudian W. Asmin, Pengalaman
Belajar Islam Di Kanada, Yogyakarta: Titian Ilahi Press, h. 35-42.
28
Yusri Ihza Mahendra (1994), “Studi Islam Di Timur Dan Barat: Pengaruhnya Terhadap Pemikiran Islam Di
Indonesia“, Dalam Ulumul Quran, 3, V. 3, h. 12-19.
23

6

yang dilihat telah mengadunkan di antara kerangka tradisionalisme dan reformisme sekaligus. 29
Walaupun Alam Melayu sering dikatakan sebagai pusat pengajian Islam ala peripheral,30
ternyata pendekatan Alam Melayu (Malaysia dan Indonesia) telah mendapat sambutan dan
momentum yang cukup baik, sehingga dikatakan sebagai nisbah utama ajaran Islam ala
Nusantara yang bersifat lembut, toleran dan terbuka dengan perkembangan moden semasa.31
Masyarakat alam Melayu silam memang terkenal dengan budaya yang mementingkan
pencarian ilmu32 dan menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun yang berbeza (seperti tamadun
Cina, Arab, Parsi, India dan Eropah). Contohnya, di Alam Melayu memang wujud kepentingan
konsep rehlah ilmiah33 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar, bertindak
mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini
menuntut pelajar institusi pondok sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai
tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti
menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan
melahirkan ulamak Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang
kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan). Bagi
tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu menguasai
pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa pengantar
keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut.
Hal yang sama boleh dilihat daripada proses asimilasi yang tinggi yang diamalkan oleh
masyarakat alam Melayu. Demi memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu, masyarakat
Melayu telah meminjam beberapa perkataan daripada bahasa asing seperti Arab, cina, India dan
sebagainya. Namun begitu, pinjaman terbesar telah dibuat daripada bahasa Arab memandangkan
ianya sangat diperlukan untuk pemahaman dan amalan praktikal ajaran Islam di Alam Melayu.
Di zaman pasca 9/11, realiti kebanjiran pelajar luar negara (khususnya daripada Timur
Tengah, Afrika, Asia Tengah, Iran dan Indonesia) bagi meneruskan pengajian dalam pps Islam di
Malaysia telah meningkat. Hal ini didorong oleh pelbagai faktur, antaranya sikap sinikal pihak
barat terhadap pelajar Islam luar negeri selepas peristiwa post 9/11 dan reputasi serta program
pengajian di IPT Malaysia yang berdaya maju, faciliti yang memuaskan, pakar yang bertaraf
dunia dan bantuan dana penyelidikan yang baik. Ianya boleh dikatakan sebagai a breakhthrough
utama dirujuk khusus kepada pertambahan mendadak bilangan pelajar asing daripada negara
umat Islam yang menyambung studi pasca ijazah (post graduate studies) di IPTA aliran Islam di
Malaysia.34
Dalam soal ini, kita patut menerima pakai pandangan Osman Bakar yang mencadangkan
agar IPT Malaysia meniru pendekatan IPT barat yang mengambil kesempatan daripada yuran
pengajian dan kajian pps pelajar luar negeri untuk pengumpulan data terpenting tentang realiti
29

Rahimin Affandi Abdul Rahim (2005), “Isu Pendekatan Di Dalam Pengajian Syariah Di Malaysia : Satu Telaah
Awal “, Dalam Jurnal Syariah, V. 13, Bil. 1, h. 105-134.
30
Azyumardi Azra (1999), Renaisans Islam Asia Tenggara: Sejarah Wacana Dan Kekuasaan, Bandung : PT
Remaja Rosdakarya, h. 5-7.
31
Ibid, h. Xv-Xvi.
32
Abdul Rahman Abdullah (1981)., Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 54-56.
33
Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90
34
Sebagai Contohnya, boleh dilihat nisbah pertambahan jumlah mahasiswa Pasca Siswazah Indonesia di IPTA Islam
di Malaysia. Jika di zaman selepas Malaysia merdeka, IPTA Malaysia memerlukan khidmat kalangan Sarjana
Indonesia bagi membangunkan program pengajian Islam di pelbagai IPTA, hal yang sebaliknya telah berlaku
dewasa ini apabila serangkaian mahahsiswa Pasca Siswazah Indonesia yang datang ke Malaysia bagi mendapatkan
khidmat nasihat untuk menamatkan studi mereka di peringkat Pasca Siswazah. Lihat Akh. Minhaji (2003), Masa
Depan Pembidangan Ilmu Di Perguruan Tinggi Agama Islam, Jogjakarta : Percetakan Ar-Ruzz Jogjakarta, h. 62-80.

7

negara pelajar terbabit dan penyelidikan terbaru yang kemudiannya boleh digunakan apabila
diperlukan. Beliau menyatakan : sumbangan pelajar asing yang menyambung pengajian di
negara barat tidak terhad kepada pengaliran masuk mata wang ke negara-negara tersebut
menerusi yuran pengajian dan wang saraan hidup, mereka turut menyumbang kepada
pembangunan, perkembangan da kemajuan ilmu di barat. Menurut penyelidikan yang mereka
jalankan samada penyelidikan untuk mendapat ijazah tinggi atau penyelidikan pasca kedoktoran,
ilmu yang mereka hasilkan menerusi penyelidikan ini dibawa pulang ke tanah air masingmasing. Tetapi ilmu ini terus tinggal tersimpan di barat tanpa sedikitpun berkurang. Laksana
juadah yang terhidang tetapi belum dijamah oleh sesiapa, memang bertuah negara yang menjadi
pusat ilmu dan penyimpanan ilmu ini.35
Semua memaklumi bahawa dasar kerajaan Malasyia yang berusaha menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan ilmu di peringkat dunia. Berbanding dengan negara membangun
yang lain, kita patut berbangga dengan inisiatif yang dijalankan oleh pihak KPT yang
memperkenalkan program penambahbaikian IPT di Malaysia dijalankan.
Apa yang
membanggakan, ternyata sekali dokongan dan bantuan penuh daripada pihak kerajaan telah
menyebabkan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan akademik di rantau Asia. IPT/IPTS
Malaysia sering dijadikan model oleh negara luar 36 yang mendorong kedatangan sejumlah besar
pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian mereka di Malaysia.
Untuk konteks IPT aliran Islam, kita dapat mengesan bagaimana pihak kerajaan telah
menjalankan dasar yang responsif dengan tuntutan NGO Islam bagi usaha penambahbaikian IPT
Islam. Sebagai contohnya, beberapa orang sarjana reformis Melayu-Islam telah mengkritik
kelemahan IPT Islam yang dikatakan mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan zaman.
Ianya dirujuk kepada kandungan kurikulum dan pedagogi pengajian yang bersifat tradisional dan
sudah tidak kondusif dengan realiti semasa.37 Kesemua komentar yang diberikan oleh sarjana
Islam ini telah diambilkira oleh pihak kerajaan sehingga melahirkan IPT Islam yang lebih cekap.
Antara lainnya, hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara yang utama. Antaranya,
sebahagian besar daripada tokoh akademik yang menganut fahaman reformisme Islam dan
terdidik daripada sistem pendidikan Timur Tengah dan barat telah diterima menjadi tenaga
pengajar di IPT Islam. Mereka ini dikesan telah bertanggungjawab melakukan proses reformasi
terhadap sistem pengajian keilmuan Islam di IPT Islam di Malaysia. Tambahan pula, kuasa
autonomi untuk melakukan program penambahbaikian IPT Islam telah diberikan sepenuhnya
oleh pihak kerajaan.38
Pihak KPT telah menetapkan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak MQA. Setiap
IPTA/IPTS yang mahu mendapat pengiktirafan daripada pihak KPT untuk beroperasi perlu
mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak MQA. Hal ini menuntut mereka melakukan proses

35

Osman Bakar (2004), “ Globalisasi Dan Tamadun Islam : Satu Wacana Awal “, (Edit) Mohamed Anwar Omar
Din, Dinamika Bangsa Melayu Menongkah Arus Globalisasi, Kuala Lumpur :DBP, h. 204-205
36
Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM
37
Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi –
Amalan Di ITM“, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, 1994, h. 75-84; Abdul Aziz Bari (1999), “Legal Education
And Islamization“, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, 1999, h.83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris
Awang (2003), “Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap
Pengalaman APIUM“, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Anjuran Fakulti
Pendidikan UTM, Johor Bharu.
38
Fred R. Von Der Mehden (1993), Two Worlds Of Islam: Interaction Between Southeast Asia And The Middle
East, Florida.

8

review terhadap elemen sistem pengurusan organisasi-fizikal, subjek dan pedagogi pengajian
yang ditawarkan.39
Selanjutnya, KPT telah memperkenalkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Pentinya
pelan ini adalah untuk menetapkan setiap IPTA/IPTS terpilih melakukan program
pengantarabangsaan. Ianya cuba untuk akur dengan kehendak THES yang berusaha melakukan
penarafan terhadap IPTA di Malaysia. Antara lainnya, program pengantarabangsaan ini terdiri; 40
(a) Penggunaan petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pengurusan dan sasaran kerja setiap
organisasi; (b) Pelaksanaan autonomi dalam kalangan universiti terpilih dari segi tadbir urus dan
kewangan; (c) Kepimpinan akademik yang lebih dinamik, luwes dan proaktif, terutamanya di
peringkat jabatan; (d) Penekanan aktiviti akademik mestilah berpaksikan kepada penerbitan
makalah dalam jurnal berwasit ternama peringkat antarabangsa, yang diambilkira dari segi
penilaian untuk kenaikan pangkat; (e) Pelantikan profesor ternama sebagai staf universiti yang
turut dibiayai oleh agensi penyedia geran penyelidikan; (f) Peningkatan jumlah pelajar
antarabangsa khususnya di peringkat ijazah lanjutan dan (g) Peningkatan jumlah pensyarah
berkelayakan phd dan mendapat status profesional atau bertauliah.
4. Apa Yang Perlu Dibuat Untuk Memantapkan PPS Islam.
Kita boleh mencadangkan beberapa perkara bagi tujuan memantapkan lagi pps Islam di
IPT Malaysia. Seeluknya dalam soal ini kita patut melakukan kritikan dalaman (proses
dekonstruksi) dengan segala kelemahan yang wujud dalam pps Islam, yang perlu disertakan
dengan cadangan penambahbaikian yang sepatutnya.
Dalam konteks Malaysia semasa, terutamanya selepas era kebangkitan Islam di tahuntahun 1980an ke atas, usaha reformasi institusi pendidikan secara amnya dan sistem pendidikan
Islam khususnya41 memang telah berjalan lancar sehingga momentum kejayaannya telah diakui
oleh kalangan sarjana luar sendiri. Tanpa menafikan kejayaan yang telah berjalan setakat ini,
tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa usaha reformasi ini masih lagi belum mencukupi
dinilai kepada cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh kalangan penganut Islam dengan
kedatangan fenomena globalisasi dunia, yang lebih didominasi sepenuhnya kuasa kapitalis
barat.42 Lebih menyedihkan lagi, usaha reformasi ini sebenarnya terpaksa berhadapan dengan
dominasi budaya Taqlid yang begitu kuat mencengkam dunia intelektual umat Islam – yang
terbukti dengan sikap samada ketaatan melulu dan negatif terhadap usaha reformasi ini yang
disuarakan oleh kalangan ulamak Islam sendiri.43
39

Rahimin Affandi Abd Rahim (2008), Metodologi Studi Syariah Di Institusi Perguruan Tinggi Negeri Di Malaysia
(Edit) Mohd Fauzi Hamat, Metodologi Pengkajian Islam : Pengalaman Indonesia-Malaysia, Gontor : Institut Studi
Islam Darussalam, h. 207-218
40
Zaini Ujang (2009), Mengangkasa Pengajian Tinggi, Skudai : Penerbit UTM
41
Mohammad Azam Mohammad Adil (1994), “ Pengajian Undang-Undang Islam Di Pusat Pengajian Tinggi –
Amalan Di ITM “, dalam Jurnal Tasawwur Islam, v. 3, h. 75-84; Abdul Aziz Bari(1999), “ Legal education and
Islamization “, dalam IIUM Law Journal, v. 7, no. 1, h. 83-94; Rahimin Affandi Abd. Rahim dan Idris
Awang(2003)., “ Usaha Memperkasakan Institusi Pendidikan Islam Di IPTA Malaysia : Satu Analisa Terhadap
Pengalaman APIUM “, dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan System Pendidikan, Anjuran Fakulti
Pendidikan UTM, Johor Bharu,
42
Lukman Z. Mohamad(2003), “ Globalisasi Dan Budaya Global : Ancaman Baru Kepada Masyarakat Dunia “,
dalam Globalisasi di Malaysia, Kuala Lumpur, , h. 9-14 dan Abdul Rahman Embong (2000) , “ Wacana globalisasi
“, dalam Malaysia Menanggani Globalisasi : Peserta Atau Mangsa, UKM Bangi, , hlm 27-28.
43
Dalam konteks Alam Melayu, terdapat beberapa orang penulis yang tidak jemu-jemu memperjuangkan penerusan
budaya taqlid yang berasaskan mazhab Sunni ini, antaranya adalah Uthman El-Muhammady, Sirajuddin Abbas dan
ramai lagi. Lihat sebagai contohnya Muhammad ‘Uthman El-Muhammady,( 2004), “ Islam sebagai Pembina watan
Melayu : Cabaran masa hadapan “, dalam (edit oleh Mohamed Anwar Omar Din) Dinamika Bangsa Melayu

9

Usaha reformasi ini kalau tidak direncanakan secara proaktif dan berwawasan jauh, pasti
akan mengalami kegagalan, memandangkan ianya terpaksa berhadapan dengan warisan budaya
Taqlid yang begitu mengakar di dalam dunia pendidikan Islam. Hal ini tidak boleh ditanggani
secara retorik semata-mata, tetapi memerlukan strategi yang tuntas dan perumusan teologi tajdid
era moden bagi menghakis akar Taqlid ini. Istilah teologi tajdid ini mungkin terlalu asing bagi
kalangan penganut Islam Malaysia, tetapi ianya telah menjadi asas intelektual utama di beberapa
negara umat Islam seperti Indonesia, yang mengikut kupasan sarjana “ Islam Kultural “ dan “
Islam Rasional44 “, rumusan teologi silam yang diusahakan oleh para teologi silam boleh
dikatakan tidak mengandungi metodologi khusus tentang bagaimana harus menghadapi cabaran
manusia di zaman moden ini. Hal ini antara lainnya diterangkan sebagai : “ berbagai persoalan
empirik yang melekat dalam realitas kehidupan masyarakat moden seperti kemiskinan, hak asasi
manusia, demokrasi, kebersihan, tertib lalu lintas, lingkungan hidup, kebodohan,
keterbelakangan, ketidakadilan, penindasan dan sederet persoalan lain dirasakan oleh para
pengamat kurang mendapat porsi kepedulian yang mengigit dari pemikiran teologis ulamak.”45
Secara tegas boleh dikatakan bahawa kejayaan sesuatu proses reformasi yang terpimpin 46
bergantung sepenuhnya kepada wujudnya suatu kerangka pemikiran tajdid yang menjadi
landasan utama kejayaan proses ini.47 Tinggal lagi, ternyata landasan pemikiran yang kondusif
ini boleh dikatakan sebagai tidak wujud di dalam sejarah perkembangan pendidikan Islam
sebagai akibat daripada dominasi pemikiran Taqlid.
Jika ditelusuri dari perspekktif sejarah, kita akan mendapati bagaimana sejarah precedent
pendidikan Islam silam, dimulai dengan era penubuhan Madrasah seperti Nizamiyyah 48 dan
Universiti al-Azhar49 sendiri, terdapat sejumlah pendekatan negatif dari sudut matlamat dan
pedagogi pengajaran yang telah diwarisi secara langsung oleh institusi pendidikan Islam
terkemudian. Antara pendekatan ini;
Pertama, pendekatan ala Taqlid yang menafikan kebolehan seseorang pelajar, tidak
menghargai kreativiti pelajar50 dan yang terpenting sekali : sejak awal lagi pembentukan
kurikulum pengajian lebih berteraskan kepada prinsip eksklusif kepada mazhab sendiri yang
bertujuan mengukuhkan mazhab Sunni serta menafikan kebenaran mazhab Islam yang lain.51 Di
zaman terkemudiannya, pendekatan ini telah menimbul sikap anti yang keterlaluan
(westophobia) terhadap sistem pengajian Islam ala barat tanpa melihat kepada beberapa aspek
positif yang dimiliki oleh sistem pengajian ini.52
Menongkah Arus Globalisasi, Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 220-225.
44
Budhy Munawar Rachman(2002) , Islam Pluralis : Wacana Kesetaraan Kaum Beriman, Jakarta : Penerbit
Paramadina, , hlm 267-287.
45
M. Amin Abdullah(1995), Falsafah Kalam Di Era Postmodernism, Yogyakarta : Pustaka Pelajar, , hlm 47-48.
46
Bagi membezakan dengan proses reformasi ala barat yang berkecenderungan meninggalkan semua warisan tradisi
yang dianggap sebagai kolot dan menyekat proses reformasi sejati. Lihat Hassan Saab(1963), “ The spirit of reform
in Islam “, dalam Islamic Studies, v. 2, , h. 15 dan 18.
47
Louay M. Safi (1999), Truth And Reform : Exploring The Patterns And Dynamics Of Historical Change, hlm 95.
48
M. Akmansyah( 2004), “ Madrasah Nizhamiyyah “, dalam (edit oleh H. Abuddin Nata) Sejarah Pendidikan Islam
: Pada Periode Klasik Dan Pertengahan, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, , hlm 62-66.
49
Imamudin( 2004), “ Madrasah Tingkat Tinggi (Universitas al-Azhar) “, dalam (edit oleh H. Abuddin Nata)
Sejarah Pendidikan Islam : Pada Periode Klasik Dan Pertengahan, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, Hlm 7980.
50
Lihat Akh. Minhaji, Masa Depan Pembidangan Ilmu Di Perguruan Tinggi Agama Islam, hlm 27-29.
51
M. Akmansyah, “ Madrasah Nizhamiyyah “, hlm 65-68.
52
Untuk maklumat lanjut sila lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim(2000) , “ Orientalisme dan keutuhan ummah
Islam : suatu analisis “, dalam Jurnal Syariah, v. 9, bil. 1, , hlm 39-41; Ach. Minhaji, “ Kontribusi Dr Wael Hallaq
dalam kajian hokum Islam “, dalam ed. Yudian W. Asmin(1997), Pengalaman Belajar Islam Di Kanada,

10

Kedua, pendekatan anti subjek filsafat53 dan keilmuan bukan agama – sehingga menyebabkan
pemberatan hanya diberikan kepada ilmu agama semata-mata sehingga menafikan sumbangan
bermakna yang bakal diberikan oleh keilmuan bukan agama. 54 Mereka juga amat tidak
menyetujui subjek filsafat yang dikatakan berasal daripada tamadun bukan Islam dan menuduh
sarjana filsafat Islam seperti Ibn Sina dan Farabi sebagai sesat yang perlu dijauhi 55 – sehingga
sebagai akibat jangka panjangnya telah melahirkan kalangan pelajar ala bebalism : tidak
mementingkan sifat kritikal, fanatik melulu dan tidak terbuka dengan pandangan orang lain.
Ringkasnya, rumusan utama yang boleh dipetik dari pembentangan fakta sejarah
pemikiran dan pendidikan Islam ini secara jelas menunjukkan bagaimana begitu kuatnya
dominasi Taqlid di dalam sistem pengajian Islam silam. Bagi sesetengah pemikir umat Islam
semasa,56 kesemua fakta ini walaupun begitu pahit untuk ditelan oleh umat Islam semasa, tetapi
demi untuk menjayakan usaha dekonstruksi serta reformasi pendidikan Islam , ianya terpaksa
didedahkan secara berhemah bagi membongkar faktur utama kemunduran daya intelektual umat
Islam, yang kemudiannya boleh difikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi persoalan budaya
Taqlid ini.
Kita boleh mencadangkan beberapa perkara bagi memantapkan pps Islam di Malaysia.
Ianya terdiri dari:
4.1 Menanamkan Sikap Perjuangan (Jihad) Intelektual Di Dalam Diri Seseorang
Pelajar Lepasan Ijazah
Secara kontekstualnya, dua perkara perlu ditekankan. Semua pihak perlu memahami
kepentingan penyelidikan ilmiah yang terdapat dalam pps sebagai usaha mengangkat martabat
ummah.57 Apa yang menyedihkan adalah kedapatan sesetengah orang yang beranggapan bahawa
sesuatu perjuangan Islam hanya perlu dilakukan dalam kegiatan politik semata-mata dan
memandang rendah terhadap kegiatan keilmuan yang membabitkan penyelidikan ilmiah. Sikap
simplistik ini menjadikan seseorang Islam itu lebih banyak bercakap dalam soal perjuangan
tanpa mengisi matlamat perjuangannya dengan pengisian keilmuan yang bermakna.58
Sarjana Islam perlu bertindak sebagai pembela Islam yang bertanggung jawab untuk
menjalankan tugas memperbetulkan sesuatu pandangan silap dan negatif yang dinisbahkan
kepada ajaran Islam oleh musuh Islam. Beberapa contoh boleh diberikan untuk menunjukkan
kajian yang menggunakan pendekatan ini, pertama, kajian yang dilakukan oleh Mohd Aziz Mat
Tom yang telah menolak tohmahan dan pendapat William Roff yang memandang rendah
sumbangan yang diberikan oleh majalah al-Imam yang diusahakan oleh Kaum Muda ke arah
Yogyakarta : Titian Ilahi press, , hlm 115-142.
53
Sebagai contohnya, untuk mengetahui kebaikan yang terhasil daripada pendekatan filsafat ini di dalam system
pendidikan Islam, sila lihat Kamaruzzaman Bustaman Ahmad(2002),, Islam Historis ; Dinamika studi Islam di
Indonesia, Yogyakarta : Galang press, hlm 9-10.
54
Ismail Faruqi(1986), The Cultural Atlas Of Islam, New York, , hlm 324-325.
55
Kata pengantar oleh Azyumardi Azra dalam Charles Michael Stanton(1994), Pendidikan Tinggi Dalam Islam,
terjemahan oleh H. Afandi, Jakarta, , hlm ix.
56
Antara tokoh-tokoh pemikir ini seperti Fazlur Rahman(1984), Islam And Modernity : Transformation Of An
Intellectual Tradition, Chicago : The university of Chicago press,; Muhammad Arkoun (1994), Rethinking Islam :
Common Question, Uncommon Answers, Boulder : Westview press,; Muhammad Shahrur(1992), Al-Kitab Wa AlQuran : Qira’ah Al-Mua’sirah, Kaherah : Sina lil Nasr, dan Muhammad Abid al-Jabiri, (1989)., Takwin al-‘Aql
al-‘Arabi, Beirut : Markaz Dirasah al-Widah al-‘Arabiyyah
57
Maklumat lanjut tentang soal ini boleh didapati dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim,( 2000),, “ Etika penyelidikan
Islam : satu analisa “, dalam Jurnal Afkar, bil. 1 hlm 179-182.
58
Mahmood Zuhdi Abdul Majid(1997), Pengantar Undang-Undang Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur, , hlm 7-11.

11

mewujudkan semangat nasionalisme yang terawal di Tanah Melayu. Kajian Mohd Aziz Mat
Tom ini telah mengubah persepsi sejarah perjuangan Islam yang dominan di Tanah Melayu yang
menegaskan bahawa golongan anak didik penjajah yang terdiri dari pembesar Melayu
merupakan tokoh ulung yang memainkan peranan membangkitkan semangat nasionalisme di
Tanah Melayu. Sebaliknya, daripada pembentangan fakta dan tafsiran yang menggunakan
serangkaian rekod pihak British, beliau telah berjaya menunjukkan bagaimana perjuangan awal
kaum muda ini yang kemudiannya diikuti dengan kebangkitan golongan ulamak Melayu telah
menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak British, yang menyebabkan pihak British
menguatkuasakan pelbagai bentuk penindasan ke atas ulamak Islam.59
Contoh kedua boleh dirujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Muhammad Redzuan
Othman telah menolak dakwaan William Roff yang menyatakan bahawa perkembangan
kemajuan moden di Tanah Melayu merangkumi sistem pendidikan, celik huruf dan pengenalan
sistem penerbitan buku dan majalah telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Tanah Melayu
oleh pihak British. Sebaliknya, hasil kajian ini mendapati perkembangan pemodenan sebenar
telahpun kedapatan dengan begitu meluas akibat dari hubungan intelektual yang wujud di antara
rantau Alam Melayu dengan Mekah, yang merupakan pusat pertemuan dan pendidikan ummah
Islam sedunia.60
Untuk contoh ketiga, kita boleh merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Jabal Bueben
terhadap pandangan tiga orientalis barat, William Muir, D.S. Margoliouth dan W.M.
Montgomery Watt tentang peribadi dan perjuangan Rasulullah. Kajian ini telah berjaya
menjawab tohmahan ketiga-tiga sarjana ini yang menilai perjuangan Rasulullah dari kaca mata
mubaligh Kristian dan faham sekularisme yang menolak sama sekali faktor wahyu di dalam
kerangka tugas kerasulan Rasulullah.61
4.2. Pemantapan Elemen Pemikiran Meta-Kognitif
Pada kebiasaannya, pensyarah dan pelajar pps kurang memahami perkara ini, kerana lebih
terdedah dengan bentuk pemikiran kritis peringkat rendah; sekadar memetik semula sesuatu
maklumat tanpa membuat apa-apa penilaian. Ianya membabitkan usaha membanding dan
membezakan, mengategorikan, membuat sorotan sejarah, meneliti bahagian terkecil dan
keseluruhan dan menerangkan sebab musabab sesuatu perkara. Dalam soal ini, pelajar pps perlu
diajar pemikiran inovatif62 dan pemikiran kritis peringkat tinggi, elemen metakognitif (Thinking
About Thinking).63 Ianya biasa digunakan bagi mengelakkan timbulnya kesilapan dalam berfikir.
Antaranya membabitkan beberapa proses berfikir yang utama; membuat ramalan, melakukan
usul periksa, menyiasat, meneliti sesuatu andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber
maklumat, membuat generalisasi dan mencari sebab musabab yang disertakan dengan
kesimpulan yang terbaik.
Sebenarnya, sesetengah elemen metakognitif ini tanpa disedari telahpun wujud dalam
disiplin keilmuan Islam, yang sayangnya sering kali dilupakan kerana pengaruh budaya Taqlid.
Sarjana Islam silam cuba mengaplikasikan prinsip wasatiyyah (pertengahan) dalam pengamalan
keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini boleh digunakan sebagai salah satu alat
untuk menilai, menganalisa dan menerima sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak
59

Lihat Abdul Aziz Mat Tom (2000), Politik al-Imam, Kuala Lumpur : DBP.
Muhammad Redzuan Othman (1988), “ The Role Of Makka-Educated Malays In The Development Of Early
Scholarship And Education In Malaya “, Dalam Jurnal Of Islamic Studies, v. 9:2.
61
Lihat Jabal Buaben (1996), The Image Of The Prophet Muhammad In The West, Leicester : Islamic Foundation,
62
Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Hadiah Novel Dan Kreativiti Sains, Skudai : Penerbit UTM, h.. 223-227
63
Mohd Azhar Abd Hamid (2001), Pengenalan Pemikiran Kritis Dan Kreatif, Skudai : Penerbit UTM, h. 98-116
60

12

lain, tanpa terpengaruh dengan kecenderungan si penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam
amalan keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-apa dapatan
kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal, futuristic, berpandangan jauh dan terpenting
sekali perlu mengambilkira prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan
adil (bertindak sebagai orang tengah) dalam menilai sesuatu perkara.
Melalui pemakaian prinsip ini, sesuatu pandangan yang diteliti perlu mengambilkira
beberapa perkara penting; (i) mengambil sikap selektif (tidak menerima dan menolak secara
melulu), yang menuntut ianya dilihat secara holistik (menyeluruh) 64; (ii) memastikan ketepatan
sesuatu berita atau teori itu didapati daripada sumber yang tepat dan betul, seperti mana
penegasan Allah agar kita mengamalkan sikap berhati-hati terhadap berita yang dibawa oleh
orang fasiq, kerana ianya akan membawa fitnah yang bakal merosakkan kehidupan. Untuk tujuan
pengesahan, ianya perlu dinilai dan dikritik secara luaran dan dalaman. Kritikan luaran bertujuan
untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber tersebut. (kajian sanad) 65 Manakala
kritikan dalaman pula bertujuan untuk memastikan kemunasabahan dan kewarasan isi kandungan
sesuatu sumber itu dinilai dari perspektif Islam.(kajian matan), 66(iii) melihat keserasian sesuatu
hujah yang dipakai dengan pandangan sumber yang berautoriti, samada ianya daripada nas
wahyu (al-Quran dan al-Sunnah), fakta sejarah ataupun teori serta aksioma pemikiran yang telah
diterima ramai (seperti terkandung dalam konsep ijma dan tawattur); 67(iv) Tidak boleh menyalahi
dengan apa yang telah ditetapkan secara qat’I oleh sumber al-Quran dan al-Sunnah, manakala
sesuatu warisan ulamak silam yang dihasilkan melalui pemikiran manusia berasaskan kepada
sumber akalnya sendiri baik dari segi pentafsirannya terhadap nas ataupun responnya terhadap
situasi sosial yang timbul di zamannya-perlu dinilai secara kritikal, kerana ianya masih bertaraf
zanni, yang perlu sentiasa diulangkaji dan diperlengkapkan oleh setiap sarjana di setiap zaman 68
dan akhirnya (v) tindakan menolak pendekatan kajian dan penilaian Islam yang bersifat legal
formalistik. (hitam ataupun puteh) yang akan menghasilkan kajian yang bersifat kaku dan
cenderung kepada tindakan menghukum dan bukannya bersifat konstruktif bagi tujuan dakwah
mendidik golongan sasaran kajian, anggota masyarakat. Sebaiknya, sarjana Islam perlu
memikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian yang lebih terbuka dan holistik
(menyeluruh) dalam proses penilaian sesuatu objek kajian.69
4.3. Disiplin Diri Dan Menajamkan Keupayaan Ilmiah.
Pelajar Islam menanamkan disiplin diri (Mujahadah) dalam bentuk penjagaan masa ( 6-8 jam
sehari) dalam aktiviti pembacaan dan terlibat mengadakan sessi wacana intelektual antara pakar
yang terpilih demi untuk mewujudkan budaya intelektual yang berbentuk brain storming.
64

65

66
67

68

69

Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa “, dalam Jurnal Afkar, v. 1, h.
177-196.
Maklumat Lanjut boleh didapati dalam Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith :
Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Untuk Fakulti Sastera Dan Sains Sosial,
Universiti Malaya, h.482-535.
Ibid, h. 642-657.
Rahimin Affandi Abd Rahim (1993),“ The Concept Of Ijma’ In Islamic Law : A Comparative”, dalam The
Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16, h. 91-104.
Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan “, dalam Jurnal
Usuluddin, bil. 15, 2002.
Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam
Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 5580

13

Terpenting lagi, mereka perlu menajamkan keupayaan ilmiah dengan aktiviti dan kebolihan
memilih bahan bacaan yang bermutu, seperti;
Pertama dan kedua, tesis di peringkat sarjana dan doctor falsafah – bagi mempelajari kaedah
kajian, flow of idea (susunan bab) dan pengkajian ulangan terhadap sumber rujukan yang
digunakan. Pelajar pasca siswazah perlu membiasakan diri dengan pengemaskinian bahan-bahan
bibliografi terkini dalam sesuatu bidang yang dipilih. Sebagai contohnya, di dalam usaha
mengumpul segala maklumat yang tepat dan terkini dalam bidang pengajian Islam, genre
orientalis barat telah mewujudkan koleksi Index Islamicus yang mengandungi segala bahan
berkaitan Islam. Begitu juga halnya dengan pengajian sosiologi di Malaysia yang telah
mewujudkan koleksi Malaysiana, Kelantania dan sebagainya. Hal yang sama patut dilakukan
kepada sesuatu bidang pengajian Islam.
Ketiga, pelajar perlu mengikuti sebarang perkembangan baru yang dihasilkan di dalam
sesuatu bidang yang merangkumi persoalan pembentukan teori yang baru, penganalisaan yang
kritikal dan penggunaan metodologi yang lebih moden.
Terakhir sekali, kita perlu menetapkan piawaian yang tinggi terhadap penghasilan sesuatu
kajian ilmiah berasaskan kepada (a) pembentangan proposal kajian ilmiah yang lengkap, (b)
penganalisaan yang kreatif terhadap sesuatu teori ataupun mencabar keutuhan sesuatu teori yang
dominan, (c) pembentangan literature review yang lebih rapi demi untuk memastikan sesuatu
kajian itu dapat menyumbang ke arah penemuan yang baru, (d) pembentangan kaedah
metodologi yang jelas dan (e) penggunaan analisis bahan dan fakta yang bersifat kritikal dan
tidak stereotype.
4.4. Usaha Mengenalpasti Beberapa Niche Area Yang Diperlukan Untuk Konteks
Zaman Moden
Antara bidang yang mungkin penting terdiri daripada bidang perundangan ( seperti zakat,
fatwa, wakaf, kepenggunaan, budaya, gender, sosiologi hukum Islam dan sebagainya),
Muamalat (produk Perbankan Islam, Insuran Islam, Dinar emas dan sistem Bond Islam),
Usuluddin ( pemikiran Islam menanggani isu global, pemikiran kritis dan kreatif Islam dan
pemikiran Islam menanggani fahaman /idealism moden), Kominikasi ( konsep filem Islam dan
konsep media Islam alternatif) dan S & T Islam (Astronomi Islam, falsafah S & T Islam dan
bio-teknologi dan pengaruhnya terhadap umat Islam)
Apa yang paling baik lagi, dapatan kajian yang dihasilkan melalui kajian pps ini boleh
dimanafaatkan untuk kepentingan umat Islam. Kita boleh memberikan beberapa contoh dengan
hasil pps yang berdaya maju dan praktikal ini. Antaranya;
Pertama, laman web Myais ( Malaysian Abstracting And Indexing System) yang
dibangunkan oleh Profesor Zainab Awang Ngah dengan bantuan pelajar pps Fakulti sains
Komputer UM ( Abrizah Abdullah Dan Nor Edzan Che Nasir). Ia dapat dijadikan sebagai
platform kepada pensyarah memperkenalkan hasil kajian mereka kepada masyarakat dan
kalangan ahli akademik seluruh dunia. Ia berfungsi antara lainnya seperti Pengkalan data ISI
Web Of Knowledge dan scopus.
Kedua, tindakan Prof. Ahmad Ibrahim yang mengalakkan pelajar lepasan ijazah mengkaji
kelemahan English Common Law yang dipakai di Malaysia, yang secara pastinya bakal
disertakan dengan pelbagai alternatif baru mengantikan pemakaian ECL ini dengan mewujudkan

14

Malaysia Common Law sendiri, y