TEKANAN STRESS AND COPING STRESS

BAHAGIAN C. PENULISAN REFLEKSI : Secara Individu Anda
Dikehendaki Menulis Satu Refleksi Tentang Bagaimana Anda
Menurus Tekanan Emosi Yang Dihadapi Semasa Belajar Di
Institut Pendidikan Guru Kampus Di Malaysia.

Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang
fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan
dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dan sebagainya. Atlanta Reproductive Health Centre
(1995) mendefinisikan stres sebagai ’wear and tear’ bagi pengalaman badan kita semasa kita
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal
dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif. Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe
(1978) ialah tindak balas ke atas kesan negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya diikuti oleh
kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan
hormon adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah. Kyriacou (1987) juga mendefinisikan stres
sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang tidak stabil seperti tension, kecewa, marah
dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul daripada kerjaya guru. Menurut Asmah Bee (2004), stres
adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologikal yang
memberikan kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen kognitif.
Menurut Anthony Yeo (1993), satu bentuk tekanan yang boleh membawa kesan kepada
kehidupan seseorang secara positif atau negatif. Stres dianggap positif sekiranya dilihat sebagai
cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti. Beliau juga membahagikan simton

stress seperti di bawah :

Simtom Stress Jangka Pendek / Jangka panjang
Fizikal

Emosi

Tingkahlak
u

Kesihatan

Sosial

Pekerjaan

Pening

Aniexti


Kurang
tumpuan

Ulser

Kepuasan
hubungan
menurun

Ponteng

Sakit
belakang

Hilang
sabar

Makan
berlebihan


Penyakit
jantung

Penamatan
perhubunga
n

Tukar kerja

Sakit kulit

Marah-

Tak

Infeksi

Tiada

Kemalangan


Sakit
perut/gastri
k

marah

berselera

pernafasa
n

sokongan

Berdengu
s

Meyendiri

Alahan


Penarikan
diri

Penguranga
n kualiti kerja

Seperti dinyatakan dalam jadual tersebut saya juga mengalami beberapa simton stress seperti
tidak selera makan, menyindiri, kurang member tumpuan, pening dan sebagainya. Hal ini
menunjukkan bahawa saya sebagai penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga tidak
terlepas daripada stress ini. Stress boleh timbul kepada sesiapa pada setiap peringkat usia. Pelbagai
keadaan boleh menimbulkan kepada setiap individu. Bagi saya punca-punca yang menyebababkan
saya yang selalu mengalami stress ialah suasana keluarga dan alam pembelajaran saya, masalah
pergaulan, kekurangan pada diri serta tekanan menghadapi peperiksaan. Oleh itu, saya selalu
mengambil pelbagai usaha dan insentif atau langkah yang positif untuk menghadapi tekanan-tekanan
yang menganggu emosi saya ini. Pelbagai amalan positif saya amalkan dalam pengurusan stress ini.
Antara langkah mudah mengurangkan stres adalah dengan mengamalkan senaman
pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang
membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung
secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan

dan penuh. Semasa menghadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan
kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Pada kebiasaanya,
saya ke kawasan yang luas dan terbuka seperti padang IPGM untuk melakukan senaman pernafasan.
Senaman pernafasan seperti ini membawa kesan positif dengan serta merta. Selepas senaman ini,
fikiran dan perasaan saya berasa tenang manakala sakit kepala hilang begitu sahaja tanpa mengambil
ubat. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
Selain itu, langkah yang paling mudah yang saya amalkan dalam menangani stres adalah
dengan tidur sejenak. Tidur sejenak pada waktu siang, minda dan perasaan saya akan menjadi lebih
tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan
lebih produktif dan berkesan. Ia juga menyegarkan tubuh saya kembali. Pada masa yang sama, ideaidea baru juga saya dapat difikirkan untuk melaksanakan tugasan saya tanpa sebarang gangguan
emosi. Saya kebiasaannya melakukan tidur sejenak ini selama 30 hingga 45 minit.
Tambahan lagi, kegiatan luar seperti bersukan juga merupakan antara cara saya mengurus
tekanan emosi saya. Badan cergas akan membentuk otak yang cergas. Saya suka melakukan
kegiatan luar ini untuk melepaskan tekanan saya. Segala tekanan sewaktu belajar dan membuat
tugasan akan dilupakan apabila saya melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh
badan seperti bersukan dan bermain bersama rakan-rakan sekelas saya. Situasi pada hari itu menjadi

lebih menggembirakan apabila saya meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain pergi beriadah.
Ikatan persahabatan kami juga bertambah erat dan kukuh. Permainan yang kami biasa bermain pada
waktu itu adalah bola jaring. Saya suka sangat untuk bermain permainan bola jarring sama ada secara

perseorangan ataupun secara kumpulan. Permainan seperti ini memang mendatangkan manfaat
kepada saya seperti menenangkan fikirikan serta tekanan saya.
Saya juga akan menangis sekiranya terdedah kepada tekanan. Hal ini berlaku tanpa kawalan
saya tetapi ia memang menyebabkan saya berasa tenang dan rileks. Menangis dengan sepuas hati
merupakan amalan saya yang selalu buat semasa berasa tertekan. Tekanan yang dihadapi dapat
diredakan melalui luahan hati saya dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati saya itu dalam sehelai
kertas. Sebelum ini, sikap saya yang cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati menyebabkan diri
saya merana. Oleh hal yang demikian, saya memilih tempat yang sesuai seperti kawasan landskap
IPG yang aman dan tidak mempunyai gangguan orang lain untuk menangis dengan sepuas hati. Saya
mempercayai sangat terhadap menangis dengan sepuas hati ini boleh mengurangkan tekanan yang
dihadapi.
Cara yang saya akan ketengahkan inilah cara pengurusan tekanan emosi yang saya paling
sukai iaitu mendengar lagu atau muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi
saya yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Saya memilih lagu atau muzik yang
digemari untuk mengurangkan tekanan serta untuk mententeramkan minda anda. Antara lagu atau
muzik yang saya gemari adalah seperti memilih muzik ringan dan dan melodi setiap hari.
Setiap hari saya kenalpasti kerja harian saya mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual
supaya saya dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Selain
itu, saya juga kenalpasti kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong,
perbualan telefon dan yang memebazirkan masa saya. Buku yang berjudul ‘Pempertingkatkan Kualiti

Peribadi’ hasil tulisan pengarah urusan dan konsultan Utama TQM Consultants Sdn. Bhd iaitu Dr
Ranjit Singh Malhi telah banyak membantu saya dalam menguruskan masa saya secara efektif. Kalam
karya beliau, beliau mencadangkan pelbagai cara untuk menguruskan masa secara efisien. Dengan ini
saya tidak memaksa diri dan minda saya melaksanakan tugasan atau apa jua kerja pada saat saat
akhir.
Luahkan perasan atau masalah kepada sahabat karib saya iaitu Cik.Demai Surya. Kawan saya
banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah dan tekanan yang saya hadapi. Dia juga
begitu sabar dalam mendengar masalah saya. Setiap kali saya mengadapi tekanan disebabkan
masalah pembelajaran atau yang berkaitan tentang diri saya, saya akan luahkan perasaan saya pada
dia. Apabila saya berbuat demikian minda saya berasa kosong seakan-akan saya menjadi seorang
yang normal. Selain itu, saya juga berasa bahawa saya mempunyai seorang rakan yang sentiasa
membantu saya. Dengan ini, diri dan minda saya menjadi kuat dan berani menghadapi sebarang
masalah. Kini saya lebih yakin dalam menyelesaikan tugasan dan tenang semasa sesi pembelajaran.

Antara cara atau teknik lain yang boleh mengamalkan untuk mengatasi tekanan ialah :-

o Pengurutan
Kita juga boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau
seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu.
o Mengekspresikan diri secara artistic

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi secara positif. Kita boleh cuba untuk belajar
akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun
menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau
cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
o Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih
ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
o Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita
sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Kita boleh mengubah
kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri kita sendiri. Malahan
pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang
menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi.
Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan
terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Pada pendapat saya, tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika kita berupaya
meningkatkan

kemampuan


dan

keyakinan

diri

untuk

mengatasinya.

Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya. Sekiranya beban kerja merupakan
punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul
dengan sebaik mungkin. Punca stress amat penting diketahui jika tidak kita akan teraba-raba dan
gagal mengatasi masalahnya. Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam
menyelesaikan masalah tekanan ini.

Kesimpulannya, tekanan emosi semasa belajar bukanlah satu bebanan yang sukar untuk
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu,
bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Masalah ini adalah

sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia. Justeru setiap daripada kita
menghadapi stres cuma yang membezakan adalah pada peringkat manakah stres memberi kesan
dalam kehidupan. Dengan ini, setiap pelajar yang menuntut ilmu di IPTA ataupun di IPTS menghadapi
tekanan, seperti juga kepada bakal guru yang akan berfungsi sebagai para pendidik pada masa kelak.
Tetapi menghadapi atau membanteras tekanan merupaka satu fenomena sangat penting kepada
setiap pelatih guru. Sebagai bakal guru kita harus mengetahui kemahiran pengurusan stres. Ini supaya
stres yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada para pelatih sehingga menjejaskan imej
mereka serta organisasi pendidikan itu sendiri. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin
mencabar kini, beberapa kajian lain tentang stres guru dapat dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan
yang boleh diambil agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang
tercapai.