Kupasan Mutu Jawapan Bahasa Melayu Pemahaman SJK UPSR 2017 - Sumber Pendidikan

  

021/031 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SJK

MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN

  Kod Mata Pelajaran : 021/031 Markah : 30 markah Masa : 1 jam 15 Minit

  FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kertas ini mengandungi Bahagian B yang terdiri daripada 5 soalan yang perlu dijawab.

  Soalan 21 : Soalan padanan (2 markah) Soalan 22 : Soalan mengisi tempat kosong (5 markah) Soalan 23(a) : Soalan memilih jawapan yang betul (4 markah) Soalan 23(b) : Soalan melengkapkan frasa (2 markah) Soalan 23(c) : Soalan berbentuk dialog (2 markah) Soalan 24 : Soalan pemahaman berbentuk peta pokok (7 markah) Soalan 25 : Soalan pemahaman berbentuk peta buih (8 markah)

  Prestasi Terperinci Soalan 21

  Soalan ini mengkehendaki calon memadankan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat yang diberi.

  Contoh Jawapan Cemerlang:

  Calon dapat menjawab dengan memadankan perkataan yang tepat. Calon juga dapat menguasai penggunaan kata hubung yang diberi dengan tepat.

  Contoh Jawapan Sederhana: Calon berjaya memadankan satu jawapan sahaja dengan tepat.

  Soalan 22

  Soalan ini mengkehendaki calon memilih perkataan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat.

  Contoh Jawapan Cemerlang:

  Berdasarkan contoh di atas, calon berjaya mengemukakan jawapan dengan tepat berdasarkan arahan tugasan iaitu memilih perkataan dan mengisi tempat kosong dalam ayat dengan jawapan yang sesuai.

  Contoh Jawapan Sederhana:

  Jawapan ini menunjukkan calon hanya berjaya mengemukakan sebahagian jawapan dengan tepat.

  Soalan 23(a)

  Soalan ini mengkehendaki calon menggariskan jawapan yang paling sesuai bagi ayat yang diberi.

  Contoh Jawapan Cemerlang:

  Calon berupaya memberikan jawapan yang tepat dengan menggariskan jawapan yang betul.

  Contoh Jawapan Sederhana: Calon hanya berjaya mengemukakan sebahagian jawapan dengan tepat .

  Soalan 23(b)

  Soalan ini mengkehendaki calon melengkapkan frasa yang diberi supaya menjadi peribahasa yang betul.

  Contoh Jawapan Cemerlang: Calon berupaya memahami arahan soalan dan memberikan jawapan yang tepat. Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Jawapan ini menunjukkan calon tidak berupaya melengkapkan frasa yang diberikan untuk menjadi peribahasa yang betul.

  Contoh Jawapan Sederhana 2: Jawapan yang dikemukakan oleh calon tidak tepat atau tidak menjawab tugasan.

  Soalan 23(c)

  Soalan ini mengkehendaki calon memberikan respons terhadap soalan yang dikemukakan dalam bentuk dialog.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Calon berupaya memberikan jawapan yang relevan dengan soalan yang dikemukakan menggunakan ayat yang lengkap tanpa sebarang kesalahan tatabahasa.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Calon menunjukkan kematangan dalam mengolah jawapan yang diberikan dengan menyatakan persediaan-persediaan yang dilakukan sebelum menduduki UPSR.

  Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Calon berupaya memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan tetapi melakukan banyak kesalahan bahasa dari aspek kosa kata (eraser), ejaan (pensil), imbuhan (mensediaan) dan tanda baca (noktah).

  Contoh Jawapan Sederhana 2:

  Calon berupaya memberikan idea yang relevan dengan soalan yang dikemukakan dengan laras bahasa dialog yang tidak lengkap.

  Soalan 24

  Soalan ini mengkehendaki calon menganalisis maklumat yang terdapat dalam peta pokok bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

  Soalan 24(a)

  Soalan ini mengkehendaki calon menulis jawapan berdasarkan maklumat dalam peta pokok yang diberikan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Jawapan calon pada peringkat ini menunjukkan calon berjaya menaakul dan

  

memahami maklumat dalam peta pokok dan menyatakan hak pengguna terhadap alam

sekitar dengan tepat.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Jawapan ini menunjukkan calon dapat mengemukakan satu idea yang lengkap (mendapat alam sekitar yang tidak tercemar) dan menepati kehendak soalan.

  Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Calon masih dapat memberikan jawapan yang betul tetapi ayat dalam jawapan tidak mempunyai subjek. Sepatutnya calon mesti memulakan jawapan dengan hak

  pengguna terhadap alam sekitar ya ng bersih dan selamat adalah… Soalan 24(b)

  Soalan ini mengkehendaki calon memberikan dua cara penguna dapat memelihara alam sekitar.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Calon dapat menaakul dan memahami maklumat dalam peta pokok serta menyatakan dengan tepat dua cara pengguna dapat memelihara alam sekitar.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Contoh jawapan cemerlang ini menunjukkan calon dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat.

  Contoh Jawapan Sederhana:

  Calon hanya dapat mengemukakan satu jawapan sahaja yang menepati kehendak soalan (membuat gotong-royong).

  Soalan 24(c)

  Soalan ini mengkehendaki calon membuat ramalan tentang kesan yang akan berlaku sekiranya alam sekitar tidak dijaga.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Calon berupaya memberi pendapat dengan bernas. Jawapan ini menunjukkan calon mempunyai pengetahuan sedia ada tentang apa yang akan berlaku sekiranya alam sekitar tidak dijaga. Calon menggunakan kosa kata yang meluas seperti racun

  

serangga dan hidupan air. Penggunaan penanda wacana yang betul seperti selain itu

dan oleh itu.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Calon dapat mengemukakan jawapan yang cemerlang dengan penggunaan kosa kata yang meluas seperti kepupusan flora dan fauna, pemanasan global dan kekurangan

  oksigen. Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Sebahagian idea calon tidak menepati kehendak soalan (tidak merupakan makanan yang cukup kepada orang ramai). Idea alam sekitar akan berbau busuk diterima.

  Contoh Jawapan Sederhana 2:

  Calon berupaya mengemukakan idea yang sesuai tetapi terdapat kesalahan bahasa dari aspek kosa kata (kita = yang, bahu = bau ), ejaan (alam sekita = alam sekitar, busuh = busuk), tanda baca (Air = air).

  Soalan 25

  Soalan ini mengkehendaki calon menganalisis maklumat yang terdapat dalam peta buih bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

  Soalan 25(a)

  Soalan ini mengkehendaki calon mengemukakan pendapat Tun Tan Cheng Lock tentang cara untuk mencapai kemerdekaan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Berdasarkan contoh di atas, calon berjaya mengenal pasti jawapan yang tepat berdasarkan maklumat dalam peta buih.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Calon dapat mengemukakan jawapan dengan tepat tanpa kesalahan bahasa menggunakan ayat songsang.

  Contoh Jawapan Sederhana 1 :

  Calon dapat menyatakan idea tetapi ada kesalahan dalam aspek struktur ayat (Tun Tan Cheng Lock tentang cara untuk mencapai kemerdekaan ialah berpendapat).

  Contoh Jawapan Sederhana 2 :

  Jawapan ini mempunyai kesalahan bahasa dari aspek struktur ayat (tentang cara untuk) dan tanda baca (Berpendapat = berpendapat).

  Soalan 25(b)

  Soalan ini mengkehendaki calon mengemukakan pendapat tentang bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar miskin selain bantuan kewangan.

  Contoh Jawapan Cemerlang 1:

  Jawapan calon pada peringkat ini menunjukkan calon mempunyai pengetahuan sedia ada yang luas. Calon dapat menyatakan pelbagai jenis bantuan selain bantuan kewangan yang boleh diberikan kepada pelajar miskin seperti bantuan pakaian, makanan, pelajaran dan tempat tinggal yang selesa.

  Contoh Jawapan Cemerlang 2:

  Berdasarkan jawapan di atas, calon dapat mengemukakan jawapan dengan

  pengolahan yang cemerlang. Calon dapat menggunakan perumpamaan “seperti katak di bawah tempurung” untuk mengukuhkan idea.

  Contoh Jawapan Sederhana 1:

  Calon hanya berjaya menyatakan sebahagian jawapan dengan tepat (mengajar

  

mereka untuk menambah ilmu pengetahuan). Idea (dan mendermakan wang

kepada pelajar miskin) tidak diterima.

  Contoh Jawapan Sederhana 2:

  Idea yang dikemukakan oleh calon tidak lengkap (didikan). Sepatutnya calon perlu menghuraikan idea dengan lengkap seperti didikan di sekolah, didikan agama dan

  moral.

  Soalan 25(c)

  Soalan ini mengkehendaki calon menandakan (√) atau (X) bagi pernyataan yang diberikan.

  Contoh Jawapan Cemerlang: Calon berjaya menjawab soalan dengan tepat. Contoh Jawapan Sederhana 1: Calon berjaya menjawab sebahagian soalan dengan tepat iaitu pernyataan 2 dan 3.

  Contoh Jawapan Sederhana 2:

  Calon berjaya menjawab sebahagian soalan sahaja dengan tepat iaitu pernyataan 2 sahaja yang menyebabkan mereka kehilangan markah.

  1. Calon mestilah menguasai sistem bahasa yang dipelajari di sekolah dari tahun satu hingga tahun enam seperti kata nama, kata adjektif, kata hubung, simpulan bahasa dan kata majmuk.

  2. Calon mestilah menguasai ejaan, tanda baca dan pengimbuhan dalam jawapan yang diberikan.

  3. Calon dikehendaki membaca setiap arahan atau kehendak soalan dengan teliti.

  4. Calon juga mestilah mematuhi arahan seperti meletakkan simbol yang terdapat dalam arahan soalan.

  5. Akhir sekali, calon mestilah membaca dengan teliti bahan sastera atau bukan sastera yang terdapat dalam soalan.

  1. Semua guru mestilah mengajar mengikut Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  2. Kesemua kemahiran yang terdapat dalam DSKP mestilah diajarkan kepada murid- murid.

  3. Semua guru mestilah menggunakan buku teks yang disediakan sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (PDPC).

  4. Guru mestilah mendedahkan murid-murid dengan pelbagai bentuk soalan terutama soalan KBAT.

  5. Guru mestilah bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing kepada murid-murid serta peka terhadap pelbagai bentuk soalan.