Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajar

Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru di Bilik Darjah: Satu Kajian Perbandingan Antara Sekolah Rendah

Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

Malini a/p Witmuishwara Anuar bin Ahmad

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Malaysia

Abstrak

Kajian bertujuan untuk membuat perbandingan mengenai kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Berdasarkan William Edwards Deming yang menghasilkan Teori Deming, kualiti membuat setiap orang melaksanakan apa yang dipersetujui dan melaksanakan dengan tepat pada kali yang pertama. Manakala Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926-18 Ogos 2001) yang mengemukakan Teori Crosby, menyebut ‘zero-defect’ boleh dicapai pada awal proses iaitu usaha pencegahan lebih penting daripada proses penambahbaikan. Responden kajian melibatkan murid-murid sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak di sebuah sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi dari sekolah jenis kebangsaan Tamil di daerah Banting, Selangor. Kajian dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian untuk tujuan pengumpulan data. Penganalisisan data dibuat secara statistik deskriptif menggunakan Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0). Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan bahawa aspek-aspek amalan profesionalisme guru di bilik darjah, kemahiran komunikasi guru di bilik darjah dan pengurusan bilik darjah berada di tahap yang tinggi. Secara perbandingan min keseluruhan bagi amalan profesionalisme guru, kemahiran komunikasi guru dan pengurusan bilik darjah tidak menunjukkan perbezaan signifikan yang tinggi. Implikasi kajian mendapati tahap kualiti pengajaran guru di bilik darjah sebagai salah satu kriteria dalam menentukan kualiti sekolah sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan Tamil adalah hampir sama tinggi.

Kata kunci: Kualiti, pengajaran dan pembelajaran, sekolah rendah

Abstract

The study aimed to make a comparison on the quality of teaching and learning in the classroom in national primary school and Tamil national type primary school. Based on William Edwards Deming(14 Oktober 1900-20 Disember 1993), who created Deming Theory, said quality makes everyone to do what they agreed and implement correctly at the first time. While Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926-18 Ogos 2001) who suggested the Crosby Theory, said ‘zero-defect’ can be reached at the beginning of the process which is prevention efforts are more important that the process improvement. Respondents involved were primary school pupils aged 11 years old. Total of 30 pupils were randomly selected from a primary national school and 30 more pupils from a tamil national type primary school from the district of Banting, Selangor. The study conducted is a survey method using questionnaire as a research tool for data collection purpose. The data is analysed using descriptive statistical by using Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0). The result of the study using descriptive statistical showed that aspects of teacher’s professionalism in classroom, teacher’s communication skills in classroom and classroom management are in high level. In comparison, the overall min for teacher’s professionalism, teacher’s communication skills and classroom management did not show high significant differences. Implication of the study found that the teacher’s teaching quality in classroom as one of the criteria for determining the school’s quality either in primary national school or tamil national type school is almost equally high.

Keywords: Quality, teaching and learning, primary school

1.0 Pengenalan

Dasar Pecah dan Perintah Bristish pada zaman kolonialisme British di Tanah Melayu telah menyebabkan kaum-kaum telah tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi dimana kaum Cina tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India di perladangan luar bandar manakala orang Melayu menjalankan kegiatan pertanian, penangkapan ikan dan juga diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British sebagai pekerja bawahan. Akibat wujud empat sistem persekolahan iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris secara berasingan mengikut kaum dan tempat tinggal.

Kerajaan British mengamalkan dasar ‘laissez-faire’ dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan berkembang mengikut haluan masing-masing. Sistem pendidikan vernakular zaman British wujud sehingga kini disebabkan dalam suasana masyarakat majmuk yang “ethno-centristic” yang masyarakat mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman “cultural pluralism” sudah tentu agak sukar untuk memperoleh satu persefahaman dan persetujuan bersama apatah lagi dalam bidang pendidikan. Namun sistem pendidikan merupakan tunjang dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan negara(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia,2014).

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin sengit, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian murid dan kecemerlangan sekolah. Pada tahun 1992, satu garis panduan telah diterbitkan bagi Pengurusan Kualiti Menyeluruh[Total Quality Management(TQM)] bagi perkhidmatan awam bagi tujuan memberi penerangan tentang pelaksanaan TQM dalam sektor awam(PKPA,1992). Walaupun pelan asal TQM dilaksanakan dalam organisasi pengeluaran dan perindustrian, dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan turut boleh diaplikasikan. Sejak daripada dahulu, kajian melibatkan aplikasi prinsip TQM dalam pendidikan telah menunjukkan penambahbaikan dalam aspek pengajaran, pembelajaran dan reka bentuk kursus(Divoky & Taylor,1996; Lozier & Teeter,1996; Schargel,1996).

4 Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield & Ghosh(2000) pula mendapati kualiti adalah satu

faktor yang kritikal dalam menjana kejayaan sesuatu organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Menurut Abd Rahim Abd Rahman(2012), di dalam Indeks Prestasi Utama atau Key Performance Index(KPI), satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area(NKRA) terkandung meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Penerapan kualiti di sekolah penting untuk mewujudkan budaya kualiti dalam kalangan pentadbir sekolah, staf dan murid. Budaya kualiti membantu membentuk organisasi berkualiti iaitu dengan kata lain warga sekolah berkualiti maka sekolah turut berkualiti.

Maka usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010(KPM,2007), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM) 2010(KPM,2010), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)2013- 20125(KPM,2014) dan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah(SPSK) yang perlu dinilai setiap tahun, dilakukan setelah melalui kajian terperinci merupakan panduan dalam meningkatkan standard atau kualiti sistem pendidikan kebangsaan dalam pencapaian murid dan kecemerlangan sekolah.

2.0 Pernyataan masalah

Asas pendidikan formal bermula dari sekolah rendah. Jika sekolah rendah tidak kukuh maka sistem pengurusan dan pendidikan di sekolah menengah akan runtuh sama sekali. Maka dengan pelbagai aliran sekolah rendah di Malaysia, sejauhmana sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan mampu menandingi perubahan globalisasi dan membawa pendidikan negara ke peringkat antarabangsa jika masih mempertahankan hak masing-masing. Persoalan yang timbul lagi dan dianggap penting daripada segi kualiti sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia. Adakah sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan atau kedua-dua jenis sekolah berkualiti dalam sistem pendidikan kebangsaan mampu meningkatkan kedudukan dan prestij sekolah Malaysia di mata dunia? Adakah sekolah rendah yang dianggap baik sebenarnya sudah cukup baik?

5 Antara faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkualiti adalah proses pengajaran

dan pembelajaran yang berkualiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Faktor guru yang berkualiti dikenalpasti berada di hadapan faktor-faktor lain terutama dalam konteks pembelajaran di sekolah. Maka, konsep dan pemahaman kualiti guru telah dibincangkan sejak tahun 1970an lagi dan masih diperkatakan sehingga kini(Blanton, Sindelar & Correa,2006). Para guru memainkan peranan utama dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang diajar berada di tahap memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara(PIPP2006-2010,KPM 2007).

Oleh yang demikian, standard keempat dalam SKPM 2010 adalah mengenai pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi 12 aspek dan daripada aspek 4.5 hingga

4.12 memberi tumpuan pada kualiti pengajaran guru(KPM,2010). Timbul pula pertanyaan, adakah guru-guru sekolah rendah di Malaysia sama ada di sekolah rendah kebangsaan atau jenis kebangsaan dianggap berprofesional dan boleh dikelaskan sebagai tahap kualiti guru tinggi? Menurut Rivkin, Hanushek & Kain (2005) dalam penyelidikan pendidikan yang dijalankan menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara kualiti guru dengan prestasi pencapaian murid.

Murid merupakan pelanggan utama bagi sesebuah sekolah yang perlu diberi perhatian dan memastikan memenuhi kehendak setiap murid. Murid mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan melalui proses pengajaran guru yang berkualiti. Menurut Abdullah Sani(2005), dalam beberapa keadaan guru sendiri telah menjadi penyebab kepada kelakuan tidak baik murid. Pihak KPM, Jabatan Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) dan sekolah harus memikul tanggungjawab dan kewajipan dalam menjamin kualiti pengajaran guru sentiasa terjamin. Kualiti menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar murid(Rohani Arbaaa, Hazri Jamil dan Nordin,2010). Apabila kualiti pengajaran guru tinggi, pencapaian murid cemerlang lalu meningkatkan prestasi sekolah dan seterusnya menghasilkan sekolah yang berkualiti.

6 Kualiti pengajaran guru menentukan pembelajaran dan secara deduksi adalah faktor

yang dapat mengubah kualiti sekolah. Guru merupakan individu yang bertindak sebagai agen perubahan murid(Abdul Rahim,2001). Cabaran utama untuk mencapai matlamat negara maju dengan model acuan sendiri yang perlu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) membawa persoalan besar terhadap kualiti guru sekolah. Pembangunan modal insan juga sukar dicapai sekiranya kualiti pengajaran guru di sekolah rendah tidak sehaluan dengan sistem pendidikan dunia. Kualiti pengajaran guru harus dititikberatkan secara serius dalam memastikan kualiti sesuatu sekolah terpelihara dan dipandang tinggi oleh masyarakat negara dan dunia luar.

3.0 Kajian Kepustakaan

3.1 Konsep Kualiti

Berdasarkan Ashraf dan Ibrahim(2009), kualiti dalam pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada para pendidik dan juga persekitaran institusi sendiri. Isu kualiti merupakan satu isu yang global. Tanpa kualiti, pasaran produk atau perkhidmatan tidak akan berkembang dengan jaya. Perkhidmatan yang berkualiti menjadi ciri utama sesuatu organisasi atau institusi untuk menjadi berdaya saing dan terkenal. Kualiti mencerminkan kegemilangan.

William Edwards Deming(14 Oktober,1900 – 20 Disember,1993) merupakan seorang ahli statistik, professor, pengarang, pensyarah, dan perunding di Amerika. Deming terkenal di bidang pengurusan kualiti. Bermula dari tahun 1950, beliau telah membekalkan banyak pengetahuan mengenai kualiti perkhidmatan. Terdapat tiga asas dalam falsafah kualiti Deming iaitu ketekunan mencapai matlamat, pembaikan berterusan dan pengetahuan mendalam yang dapat membantu sesebuah organisasi meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan. Bagi menjamin kualiti, Deming telah membahagikan asas pengetahuan yang mendalam kepada empat komponen iaitu penghargaan kepada sesuatu sistem, teori variasi, teori ilmu dan psikologi. Menurut Teori Deming, kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang dipersetujui dan melaksanakan dengan tepat pada kali pertama.

7 Falsafah Deming 14 Points dn Deming’s Seven Deadly Diseases menjadi panduan untuk

mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Menurut Deming(1986), kualiti harus diukur melalui hubungan di antara tiga aspek iaitu perkhidmatan atau produk, penggunaan atau proses dan pengguna.

Manakala seorang lagi tokoh kualiti iaitu Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926 – 18 Ogos 2001) pula telah membawa konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami dalam tahun 70-an. Crosby dalam buku yang ditulis ‘Quality Is Free’ menyatakan kualiti bukan sahaja betul malah percuma. Maka wujudlah konsep ‘zero-defect’ iaitu kesilapan sifar pada awal proses boleh dicapai. Oleh itu, usaha-usaha pencegahan adalah lebih penting berbanding dengan proses penambahbaikan dan juga menjimatkan kos dengan melakukan sesuatu perkara dengan betul pada awal proses yang akan menjamin kualiti.

Dalam pendidikan, kualiti merupakan salah satu perkara penting dalam menentukan perkembangan kemakmuran dan kemajuan negara. Pendidikan yang berkualiti menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berkeperibadian mulia, berkemahiran dan berpengetahuan. Maka, kualiti pendidikan negara perlu dipertingkatkan secara menyeluruh supaya selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Objektif utama pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti adalah bagi memastikan kepuasan pelanggan, mempertingkatkan produktiviti, prestasi dan kualiti kerja organisasi bagi jangka panjang(Waldman,1994).

Mengikut model yang dibina oleh Oliver(1994), menyatakan bahawa jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana pesepsi mencetuskan sikap dan perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu dan keadaan persekitaran. Sebagai contoh, ganjaran dan amalan penyeliaan. Sikap dan perlakuan akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja dalam sosialisasi, perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Maka usaha akan mencapai kejayaan sesebuah sekolah. Konsep yang diutarakan oleh Oliver dapat menyumbang ke arah keberhasilan sekolah yang berkualiti.

8 Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield & Ghosh(2000) pula mendapati kualiti adalah satu

faktor yang kritikal dalam menjana kejayaan sesuatu organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Menurut Abd Rahim Abd Rahman(2012), di dalam Indeks Prestasi Utama atau Key Performance Index(KPI), satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area(NKRA) terkandung meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Apabila dikatakan sistem standard kualiti merupakan satu cara mengendalikan kerja bagi mengeluarkan sesuatu perkhidmatan atau produk yang lebih menitikberatkan kepada proses. Dalam bidang pendidikan, pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah(SPSK) di sekolah-sekolah diharap dapat meningkatkan kualiti sekolah berdasarkan kurikulum, produktiviti guru dan pentadbir. Kualiti dan produktiviti guru dan pentadbir banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sistem, prosedur, gaya pengurusan,sumber manusia, struktur organisasi, teknologi, persekitaran kerja, kelengkapan modal dan infrastruktur.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang berlandaskan Modal Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid, teori dan model-model lain yang berkaitan, menggariskan lima standard iaitu:

Standard 1 Kepimpinan dan hala tuju Standard 2

Pengurusan organisasi Standard 3

Pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan hal ehwal murid

Standard 4 Pengajaran dan pembelajaran Standard 5

Kemenjadian murid Kelima-lima standard digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sesebuah sekolah di

Malaysia (KPM,2010).

9 Secara kesimpulan, sekolah yang dianggap berkualiti bukan hanya mencapai kecemerlangan dalam akademik malah mampu memberikan suasana yang selesa, sistematik, rasa tanggungjawab dan ketenteraman di kalangan pihak pengurusan, staf-staf bukan akademik, para guru dan murid-murid. Kualiti sekolah akan dilihat juga daripada segi penguasaan kemahiran asas murid, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang mampu membangkitkan suasana belajar yang kondusif, masalah disiplin murid yang minimum dan kepimpinan pentadbir yang mampan.

3.2 Model Kualiti Perkhidmatan

Berdasarkan Gotzami & Tsiotras(2005), sesebuah organisasi yang menitikberatkan mutu dalam perkhidmatan akan memperbaiki operasi dalaman organisasi, meningkatkan mutu komunikasi antara pihak luaran dan dalaman, menaikkan kesedaran terhadap isu kualiti, meningkatkan produktiviti dan kepuasan pelanggan serta kepercayaan terhadap produk yang dihasilkan. Mengikut Model Kualiti Perkhidmatan seperti yang ditunjukkan di Rajah 1, terdapat satu perkaitan yang jelas antara kualiti dengan persepsi dan imej bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Setiap manusia mempunyai kehendak dan keperluan masing-masing terhadap perkhidmatan atau produk yang dirasakan dapat memenuhi keperluan dan kehendak diri. Maka bergantung kepada komunikasi dan pengalaman masa lalu. Hasil yang diperolehi secara tidak langsung akan mewujudkan persepsi terhadap perkhidmatan berkenaan. Namun, berdasarkan model, terdapat jurang yang wujud antara perkhidmatan yang diterima dengan perkhidmatan yang telah dijangkakan sebelum. Jurang wujud kerana rasa ketidakpuasan terhadap apa yang diterima. Oleh itu, pihak yang membekalkan perkhidmatan hendaklah memastikan jurang yang wujud tidak terlalu luas sehingga menunjukkan ketidakcekapan dalam menyediakan perkhidmatan.

Rajah 1 Model Kualiti Perkhidmatan( Boone & Kurtz 1996)

Persepsi peribadi

Keperluan peribadi

Komunikasi dari mulut ke mulut

PERSEPSI

Perkhidmatan yang dijangka

Jurang

Perkhidmatan yang dirasa perlu dan harus diperolehi

Jika dikaitkan dengan sekolah, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan adalah pendidikan bermutu dan menyeluruh kepada pelanggan(murid). Masyarakat dan ibu bapa mempunyai persepsi yang tinggi terhadap pendidikan di sekolah dan mengharapkan anak- anak dididik dengan sebaik mungkin berdasarkan pengalaman atau komunikasi dengan orang lain. Setelah anak-anak didaftarkan di sesebuah sekolah yang difikirkan terbaik, apa yang dijangkakan menjadi tidak sama dengan apa yang diterima. Akibatnya, berlaku ketidakpuasan terhadap kualiti sekolah berkenaan. Namun jika perkhidmatan yang disediakan melebihi daripada jangkaan, maka sekolah berkenaan mempunyai imej dan kualiti yang memuaskan atau baik.

3.3 Model Kepuasan Pelanggan

Kofler dan Armstrong(1999) mengatakan kepuasan pelanggan terjadi apabila prestasi perkhidmatan atau produk sama dengan jangkaan atau harapan pelanggan. Apabila perkhidmatan atau produk tidak mendatangkan hasil seperti yang dijangkakan, maka pelanggan tidak akan berpuas hati. Parasuraman, Berry dan Zeithaml(1988) telah menghasilkan satu model kepuasan yang mengandungi lima elemen penting dalam memastikan kepuasan pelanggan iaitu pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di sesebuah institusi pengajian tinggi. Modul kepuasan pelanggan dapat juga diaplikasikan kepada peringkat sekolah. Lima elemen yang dinyatakan dalam modul kepuasan pelanggan adalah seperti di Rajah 2. Kepuasan pelanggan penting dalam menentukan kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk.

Rajah 2 Modul Kepuasan Pelanggan( Parasuraman et.al,1998)

Bukti Fizikal

Kebolehpercayaan

Kepuasan Pelajar

Elemen 1 : Bukti fizikal – meliputi kemudahan fizikal, keadaan peralatan dan penampilan

personel

Elemen 2 : Kebolehpercayaan – keupayaan melaksanakan perkhidmatan dengan betul, tepat dengan kehendak murid dan boleh dipercayai oleh murid Elemen 3 : Responsif – kesediaan untuk bertindak membantu pelanggan(pelajar) dan

melakukan perkhidmatan dengan kadar segera

Elemen 4 : Jaminan – kemampuan untuk menanam kepercayaan dan keyakinan pada pelajar

dalam menerima perkhidmatan yang baik

Elemen 5 : Empati – perasaan memahami perasaan murid yang wujud dan menawarkan

perkhidmatan yang dapat menambat hati murid

Secara keseluruhan, Model Kualiti Perkhidmatan dan Model Kepuasan Pelanggan menjadi panduan dalam memastikan kualiti sesuatu organisasi termasuk sekolah dapat dipertingkatkan dan dijaga dengan lebih efektif. Jurang dan elemen yang terkandung dalam kedua-dua model dapat memberi tunjuk ajar cara untuk memastikan kualiti organisasi berada di tahap yang membanggakan.

3.4 Kualiti Pengajaran Guru

Sering kali wujud kekeliruan atau pemahaman berbeza terhadap konsep kualiti guru antara guru yang baik dan guru yang berkesan. Fenstermacher & Richards(2005), menyingkap maksud yang terkandung di sebalik tema kualiti guru di antara pengajaran yang baik(Good Teacher) dan pengajaran yang berkesan(Affective Teacher). Kualiti guru dengan makna pengajaran yang baik berfokus pada proses dan input. Manakala pengajaran berkesan melihat perubahan yang berlaku pada golongan sasaran iaitu murid. Maka bererti guru yang berkualiti tinggi ialah guru yang mempunyai kelengkapan diri dalam bidang pendidikan.

Model awal tentang amalan pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh Carroll(1963) dengan mengatakan terdapat lima faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan iaitu kebolehan untuk memahami pengajaran(ability to understand), peluang(opportunity),

dan pengajaran berkualiti(quality of instruction). Slavin(1994) pula membina model pengajaran berkesan yang baharu yang mengandungi empat faktor iaitu kualiti pengajaran(quality of instruction), kesesuaian aras pengajaran(appropriate level of instruction), masa(time) dan insentif(incentive).

sikap(attitude),

ketekunan(perseverance)

15 Berdasarkan Blanton, Sindelar & Correa(2006), berpendapat kajian-kajian lepas yang bergantung kepada pemahaman tertentu terhadap kualiti guru perlu digabungkan dalam beberapa bentuk pengukuran. Misalnya, amalan pendidikan guru dengan kualiti guru dan kualiti guru dengan hasil murid. Perkaitan kualiti guru dengan pencapaian murid akan menarik penerimaan banyak pihak terutama pembuat dasar. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kualiti guru membawa perubahan besar dalam pendidikan di sekolah. Pengajaran berkualiti guru menjadi salah satu aspek dalam mewujudkan sekolah berkualiti.

Teori Ekologi Bronfenbenner(1989), menggunakan tiga domain dalam menerangkan komunikasi dalam pendidikan iaitu mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Peringkat mikrosistem yang melibatkan komunikasi guru dengan murid secara berkumpulan atau perseorangan di dalam bilik darjah. Bentuk komunikasi adalah secara formal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan informal apabila perbualan atau bertegur sapa yang tidak terancang. Guru-guru yang mampu berinteraksi dengan baik akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan menyeronokkan.

Seterusnya dalam kajian Abdullah dan Ainon(2005), langkah pertama ke arah kecemerlangan pendidikan bermula dengan komunikasi interpersonal guru yang berkesan. Komunikasi berkesan melambangkan kualiti pengajaran guru kerana mempunyai sifat penyabar, suka pada murid, penyayang, pandai menghargai dan memuji murid, menggunakan bahasa badan dan gerak geri yang sesuai dengan pengajaran, sentiasa bersikap positif dan bercakap benar, air muka, pertuturan dan tindakan guru mencerminkan perhatian dan kejujuran membantu serta mendidik murid, sentiasa ada hubungan mata semasa berkomunikasi dengan murid, bertolak-ansur, sentiasa mengulang isi-isi penting dan memberi peluang kepada murid untuk bertanya atau maklum balas.

Menyentuh profesionalisme guru, menurut Noriah dan Mohamad Sani(2007), kualiti profesional dan sifat yang tinggi merupakan kewajipan seorang guru yang bertauliah dalam menjalankan tugas yang berkesan. Chee Kim Mang(2008) mendapati antara perkara penting bagi guru adalah penguasaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, perhubungan interpersonel dan intrapersonal serta terlibat dalam mengemaskini pengetahuan dan perkembangan baharu dalam pendidikan. Bagi menjamin guru berkualiti tinggi, Bahagian Pendidikan Guru,KPM membangunkan Standard Guru Malaysia(SGM) sebagai panduan dan rujukan guru. Tiga aspek utama dalam pelaksanaan SGM adalah amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

16 Seorang pendidik harus sentiasa menonjolkan imej diri yang positif dan beretika(Syed Najmuddin, Abd Halim, Ishak dan Mohd Sabri(2009). Bagi Razali Saaran(2010) pula, menjelaskan Iman Al-Ghazali telah menggariskan tujuh ciri guru efektif merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru cemerlang. Antara ciri-ciri yang berkaitan dengan kajian adalah mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani sebagaimana anak sendiri dan menasihati murid supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut tanpa memarahi. Ciri-ciri yang digambarkan akan menyebabkan murid akan mendekati guru tanpa segan dan maruah diri murid terpelihara.

Secara rumusan daripada kajian-kajian yang dijalankan sama ada di dalam atau luar negara, didapati kualiti pengajaran guru penting dalam menentukan kecemerlangan sistem pendidikan sesebuah negara. Apabila menyentuh kualiti pengajaran guru, bukan semata-mata bertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah malah meliputi aspek- aspek seperti amalan profesionalisme guru, kemahiran komunikasi guru dan cara guru mengendalikan atau menguruskan pengajaran dengan murid di bilik darjah. Mengikut kajian Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi dan Parilah M.Shah(2010), kelemahan yang berlaku pada diri murid ada hubungkait rapat dengan faktor tenaga pengajar iaitu guru. Sekiranya guru tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pengajaran maka amat sukar untuk menghasilkan produk atau murid yang berkualiti tinggi. Akibat sistem sekolah akan berlaku kepincangan lalu merendahkan kualiti perkhidmatan sekolah.

4.0 Tujuan Kajian

Kajian dijalankan dengan bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada murid sekolah rendah terhadap tahap kualiti pengajaran guru di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil. Aspek-aspek kualiti pengajaran guru yang dikaji meliputi amalan profesionalisme guru, kemahiran komunikasi guru dan pengurusan bilik darjah. Di samping itu, melihat sama ada terdapat perbezaan dalam kualiti pengajaran guru di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil. di Malaysia. Kajian yang dijalankan juga diharap dapat memberi maklum balas kepada pihak berkaitan mengenai kepentingan dan keperluan kualiti pengajaran guru sekolah rendah dalam membentuk sekolah berkualiti bagi menghadapi perubahan, cabaran dan era globalisasi.

5.0 Objektif Kajian

Objektif kajian dijalankan adalah untuk:

a. mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

b. mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

c. mengenal pasti tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

6.0 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian yang dibina bagi kajian dijalankan berdasarkan standard keempat SKPM 2010 iaitu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tiga aspek daripada 12 aspek yang difokuskan seperti di Rajah 3.

Rajah 3 Kerangka Konsep Kajian

Kualiti Sekolah

pengajaran dan Sekolah

Murid Jenis

Komunikasi

Kebangsaan Tamil Sekolah

guru

Pengurusan Bilik

Jenis

Darjah

Kebangsaan

Tamil

7.0 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diharap dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:

i. Apakah tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

ii. Apakah tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

iii. Apakah tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

iv. Adakah terdapat perbezaan antara tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah

di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil? v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah

di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil? vi. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengurusan bilik darjah di sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

8.0 Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang dijalankan diharap dapat:

a. menyedarkan pihak berkaitan tentang kepentingan dan keperluan kualiti pengajaran guru dalam membentuk sekolah yang berkualiti.

b. membantu para guru memperoleh maklum balas dalam membuat penambahbaikkan dalam amalan pengajaran guru sekolah rendah.

c. membantu pihak berkaitan merangka program kondusif untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah rendah.

d. menyedarkan para guru sekolah rendah kepentingan peranan kualiti pengajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan kualiti murid di sekolah.

e. Membantu guru mengatur idea dan langkah-langkah yang strategik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah agar hasil pembelajaran berkualiti diperolehi.

f. membantu para murid sekolah rendah dalam mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan melalui pengajaran guru yang berkesan.

g. membuktikan kepada pihak berkaitan bahawa sistem pendidikan negara yang berprestasi tinggi memerlukan guru yang berprofesional tinggi juga.

9.0 Batasan Kajian

Kajian dijalankan ke atas murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil di daerah Banting, Selangor. Seramai 30 orang murid dipilih sebagai sampel secara rawak dari sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi dari sekolah jenis kebangsaan tamil di daerah Banting untuk menjalankan kajian secara tinjauan. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran guru daripada perspektif murid berlainan aliran sekolah rendah. Maklumat yang diperolehi adalah terbatas kepada sekitar daerah Banting dan tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru sekolah rendah di Malaysia. Hasil kajian juga tidak mungkin dapat menggambarkan guru-guru sekolah jenis kebangsaan cina, swasta dan antarabangsa di Malaysia.

10.0 Metodologi Kajian

10.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah satu penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskrptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Jenis kajian yang dipilih adalah berbentuk tinjauan. Menurut Jackson, S.L.(2006), salah satu cara untuk mengumpul data secara deskriptif adalah menggunakan cara tinjauan. Berdasarkan Noraini Idris(2010), tujuan utama sesuatu kajian tinjauan adalah untuk menghuraikan ciri-ciri sesebuah populasi agar kajian dapat dilaksanakan. Tindakan mengkaji sesuatu masalah fenomena atau hal baharu bertujuan untuk mengetahui, menganalisis atau memperakui masalah, fenomena atau hal berkenaan.

Mengikut Chua(2011) pula, kajian tinjauan merupakan kaedah paling popular diaplikasikan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang sains sosial untuk mendapatkan pandangan orang ramai mengenai sesuatu isu semasa. Kajian berbentuk tinjauan sering melibatkan hubungan pembolehubah-pembolehubah dan fokus utama adalah mempelajari mengenai sesuatu populasi(Creswell,2005).

Kajian tinjauan dipilih untuk kajian dijalankan kerana kos yang murah, penglibatan responden yang ramai dan jangka masa kajian yang terhad. Selain itu, disebabkan responden membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun maka kajian tinjauan lebih sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Berdasarkan Mohd Najib2003), teknik penyelidikan melalui tinjauan adalah satu kaedah yang mudah iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Sekiranya kaedah pemerhatian langsung digunakan, kemahiran dan masa yang lama diperlukan. Maka soal selidik merupakan cara pratikal untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Kebaikan soal selidik adalah dapat menjamin kerahsiaan responden.

10.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian melibatkan murid-murid sekolah rendah di negeri Selangor yang berada di tahun lima. Kajian deskriptif melibatkan 60 orang murid sekolah rendah daripada kalangan murid lelaki dan perempuan. Seramai 30 orang sampel secara rawak dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi sampel dari sekolah jenis kebangsaan tamil di daerah Banting, Selangor. Sekolah yang dipilih terdiri daripada murid yang mempunyai pencapaian akademik, latar belakang dan sosioekonomi yang hampir sama.

10.3 Instrumen Kajian

Instrumen atau alat pengukuran yang digunakan merupakan satu set borang soal selidik bagi memperoleh maklum balas daripada responden. Menurut Chua(2011), soal selidik digunakan sebagai senarai semak untuk merekodkan pemerhatian ke atas tingkah laku responden, sebagai soalan sesi temu bual ataupun sebagai ujian kertas-pensel. Menurut Mohd Majid (2009), soal selidik ialah alat atau instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak. Pemilihan soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latarbelakang responden. Soal selidik merupakan instrumen kajian yang lazim digunakan dalam kajian deskriptif.

Soal selidik yang digunakan dalam kajian dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 Bahagian-bahagian Soal Selidik

Bahagian Aspek

No. Item

Jenis soalan Jumlah Item

A Demografi

Kategori 4

B Amalan

Skala Likert 10 profesionalisme

1-Sangat Tidak Setuju(STS) guru di bilik darjah

2-Tidak Setuju(TS) 3-Kurang Setuju(KS) 4-Setuju(TS) 5-Sangat Setuju(SS)

1,2,3,4, C Kemahiran

Skala Likert 7

Komunikasi

1-Sangat Tidak Setuju(STS)

guru di bilik

2-Tidak Setuju(TS)

darjah

3-Kurang Setuju(KS) 4-Setuju(TS) 5-Sangat Setuju(SS)

1,2,3,4, D Pengurusan

Skala Likert 8

bilik darjah

1- Sangat Tidak Setuju(STS) 2- Tidak Setuju(S)

3- Kurang Setuju(KS) 4- Setuju(TS) 5- Sangat Setuju(SS)

Nilai kebolehpercayaan (Cronbach Alpha α) bagi bahagian B ialah 0.78, bahagian C adalah 0.85 dan bahagian D pula ialah 0.75, hasil daripada kajian rintis terhadap tiga puluh orang murid tahun lima di sebuah sekolah kebangsaan yang lain di daerah Banting, Selangor. Kajian rintis bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan set soalan yang diberikan kepada responden. Instrumen kajian berasaskan kriteria-kriteria yang terkandung dalam SKPM 2010(KPM,2010).

Kesahan adalah sejauhmana instrumen penyelidikan yang digunakan mampu mengukur dengan tepat apa yang hendak diukur manakala kebolehpercayaan adalah kestabilan atau ketekalan sesuatu ukuran(Noraini Idris,2010). Dalam kata lain, kesahan merujuk kepada menguji apa yang ingin diukur dan kebolehpercayaan adalah konsistensi resonden dalam memberi jawapan.

Semua data daripada soal selidik dimasukkan ke dalam sistem penganalisisan data iaitu Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0) untuk penganalisisan statistik deskriptif. Menurut Creswell(2011), statistik deskriptif dapat membantu untuk membuat rumusan trend dalam data, memberi satu pemahaman tentang kesahan skor dan perbandingan antara skor. Analisis statitstik deskriptif menggunakan min, kekerapan dan peratus.

Bagi tujuan penginterpretasian skor, min antara 1.00 hingga 2.33 dianggap skor yang rendah. Skor min antara 2.34 hingga 3.67 dianggap sederhana manakala skor min antara 3.68 hingga 5.00 dianggap skor min yang tinggi(Izham,2000) seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 Interpretasi Skor Min bagi Tahap Kualiti Pengajaran Guru Skor Min Interpretasi Tahap

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.67 Sederhana

3.68 hingga 5.00 Tinggi

10.4 Proses Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan dengan menyerahkan borang soal selidik kepada guru yang mengajar responden kelas berkaitan. Tujuan dan kepentingan penyelidikan diterangkan kepada guru berkenaan sebelum guru mentadbir sendiri di bilik darjah. Guru mentadbir soal selidik disebabkan lebih mengenali dan memahami karenah murid daripada penyelidik serta mengelakkan responden berasa janggal atau tidak selesa. Pengkaji memberikan satu tempoh masa yang mencukupi untuk responden menjawab dan setelah selesai, pengkaji mengumpul semula sendiri daripada guru berkaitan unttuk tujuan analisis data.

11.0 DAPATAN KAJIAN

1. Profil demografi kajian Kajian dijalankan ke atas 30 orang murid di sekolah kebangsaan dan 30 orang murid lagi di sekolah jenis kebangsaan tamil. Profil demografi kajian secara terperinci seperti di Jadual 4 berikut.

Jadual 4 Profil Demografi Responden Kajian

Sekolah

Perempuan Jumlah Kekerapan Peratusan Kekerapan Peratusan

Sekolah kebangsaan(SK)

11 36.7 19 63.3 30 Sekolah jenis kebangsaan

9 30.0 21 70.0 30 tamil(SJKT)

Jadual 4 menunjukkan bahawa berdasarkan sekolah rendah kebangsaan, seramai 11orang(36.7%) murid lelaki dan seramai 19(63.3%) murid perempuan. Manakala bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, 9 orang(30%) murid lelaki dan selebihnya iaitu 21orang(70%) adalah murid perempuan.

2. Tahap Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah Persoalan kajian pertama: Apakah tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil? Analisis deskriptif melibatkan min digunakan untuk menentukan tahap amalan profesionalisme guru dan hasil analisis deskriptif tersebut seperti di Jadual 5 berikut.

Jadual 5 Skor Min Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru bertimbang rasa terhadap setiap murid

5.00 Tinggi dalam kelas Guru bersikap adil terhadap setiap murid

4.43 Tinggi

4.90 Tinggi dalam kelas Guru bersikap prihatin terhadap setiap murid

4.57 Tinggi

4.97 Tinggi dalam kelas Guru menunjukkan kesungguhan dalam

4.40 Tinggi

4.90 Tinggi menyampaikan pelajaran Guru sentiasa menepati masa untuk mengajar.

4.43 Tinggi

4.63 Tinggi Guru bersikap mesra terhadap setiap murid

3.53 Sederhana

4.63 Tinggi dalam kelas Guru bersikap sabar terhadap setiap murid

4.13 Tinggi

3.53 Sederhana dalam kelas Guru mempunyai perwatakan yang positif

3.93 Tinggi

4.83 Tinggi yang boleh dicontohi murid Guru mudah didekati oleh setiap murid dalam

3.97 Tinggi

4.47 Tinggi kelas Guru mengamalkan nilai-nilai murni yang

4.00 Tinggi

4.87 Tinggi boleh dicontohi murid

4.27 Tinggi

Min Keseluruhan

4.17 Tinggi

4.67 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan bahawa sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil, setiap item berada pada tahap sederhana dan tinggi. Bagi sekolah kebangsaan, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah guru bersikap adil terhadap setiap murid dalam kelas(Min=4.57)berada pada tahap tinggi. Item yang mempunyai min yang paling rendah pula ialah guru sentiasa menepati masa untuk mengajar(Min=3.53)berada di tahap sederhana. Secara keseluruhan, menunjukkan amalan profesionalisme guru di sekolah kebangsaan berada pada tahap tinggii(Min=4.17).

Bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, setiap item juga berada di tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah guru bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelas(Min=5.00) berada pada tahap tinggi. Seterusnya, min yan paling rendah adalah guru bersikap sabar terhadap setiap murid dalam kelas(Min=3.53) berada di tahap sederhana. Secara keseluruhan, amalan profesionalisme guru di sekolah jenis kebangsaan tamil berada pada tahap yang tinggi juga(Min=4.67).

2. Tahap Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah Persoalan kajian pertama: Apakah tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil? Analisis deskriptif melibatkan min digunakan untuk menentukan tahap kemahiran berkomunikasi guru dan hasil analisis deskriptif tersebut seperti di Jadual 6 berikut.

Jadual 6 Skor Min Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru menyampaikan pengajaran dengan

4.93 Tinggi bahasa yang mudah difahami murid Guru berjaya memotivasikan murid dengan

4.43 Tinggi

4.83 Tinggi memberi pujian Guru menyampaikan pelajaran dengan bahasa

3.97 Tinggi

4.50 Tinggi yang betul Guru menyampaikan pelajaran dengan sebutan

4.40 Tinggi

4.80 Tinggi yang jelas Guru menggunakan nada suara yang sesuai

4.33 Tinggi

4.57 Tinggi semasa mengajar dalam kelas Guru mendengar perkara yang diberitahu oleh

4.17 Tinggi

4.77 Tinggi murid Guru memberi maklum balas kepada

3.80 Tinggi

4.60 Tinggi pertanyaan murid

4.07 Tinggi

Min Keseluruhan

4.17 Tinggi

4.71 Tinggi

Jadual 6 menunjukkan tidak kira sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan tamil, semua item menunjukkan tahap yang tinggi. Bagi sekolah kebangsaan, item yang min yang paling tinggi adalah guru menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang mudah difahami murid(Min=4.43) berada pada tahap tinggi dan item yang min yang paling rendah ialah guru mendengar perkara yagn diberitahu oleh murid(Min=3.80) juga berada di tahap tinggi. Secara keseluruhan, kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah menunjukkan tahap yang tinggi(Min=4.17)

Sementara bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, item yang mempunyai min yang paling tinggi sama dengan sekolah kebangsaan iaitu guru menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang mudah difahami murid tetapi bagi item yang min yang paling rendah ialah guru menyampaikan pelajaran dengan bahasa yang betul(Min=4.50) berada di tahap yang masih tinggi. Min keseluruhan adalah 4.71 yang berada di tahap tinggi.

3. Tahap Pengurusan Bilik Darjah Persoalan kajian pertama: Apakah tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil? Analisis deskriptif melibatkan min digunakan untuk menentukan tahap pengurusan bilik darjah. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti di Jadual 7 berikut.

Jadual 7 Skor Min Pengurusan Bilik Darjah

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru memastikan bilik darjah ceria untuk

4.90 Tinggi proses pengajaran dan pembelajaran Guru meminta murid mematuhi peraturan

4.63 Tinggi

4.97 Tinggi sekolah Guru memastikan murid memberi tumpuan

4.60 Tinggi

4.97 Tinggi terhadap pelajaran dalam kelas Guru menegur salah laku murid dengan serta-

4.67 Tinggi

4.83 Tinggi merta tanpa memalukan murid dalam kelas

4.23 Tinggi

4.80 Tinggi sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di kelas Guru menggunakan ruang bilik darjah

Guru memastikan susun atur kedudukan murid 4.57 Tinggi

4.80 Tinggi sepenuhnya untuk pembelajaran murid Guru memastikan kelas selamat sebelum

3.90 Tinggi

4.80 Tinggi menjalankan aktiviti Guru memastikan murid tidak bising semasa

4.33 Tinggi

4.47 Tinggi pembelajaran dijalankan dalam kelas

Berdasarkan Jadual 7, item-item bagi di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil menunjukkan semua tahap yang tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi di sekolah kebangsaan ialah guru memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran Berdasarkan Jadual 7, item-item bagi di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil menunjukkan semua tahap yang tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi di sekolah kebangsaan ialah guru memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran

Manakala bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah guru meminta murid mematuhi peraturan sekolah dan guru memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran dalam kelas(Min=4.97) berada di tahap tinggi. Bagi item yang min paling rendah adalah guru memastikan murid tidak bising semasa pembelajaran dijalankan dalam kelas(Min=4.47). Secara keseluruhan, menunjukkan pengurusan bilik darjah berada di tahap yang tinggi(Min=4.82).

4. Perbezaan Min bagi Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah, Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah dan Pengurusan Bilik Darjah antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Min keseluruhan bagi amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah jenis kebangsaan

dengan sekolah kebangsaan(Min=4.17). Namun, perbezaan min antara kedua-dua jenis sekolah tidak bersignifikan tinggi. Bagi aspek kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah, min keseluruhan menunjukkan di sekolah jenis kebangsaan tamil(Min=4.71) lebih tinggi daripada sekolah kebangsaan(Min=4.17). Berdasarkan daripada segi perbezaan min tidak menunjukkan kesignifikan yang tinggi antara kedua-dua jenis sekolah. Seterusnya, min keseluruhan bagi pengurusan bilik darjah di sekolah jenis kebangsaan tamil(Min=4.82) juga lebih tinggi daripada sekolah kebangsaan(Min=4.40). Akan tetapi, perbezaan min tidak juga signifikan tinggi.

tamil(Min=4.67)

Secara perbandingan, antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil, aspek-aspek amalan profesionalisme guru di bilik darjah, kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah dan pengurusan bilik darjah berada di tahap tinggi walaupun min keseluruhan bagi sekolah jenis kebangsaan tamil berada tinggi sedikit daripada sekolah kebangsaan seperti di Rajah 4.

Rajah 4 Perbandingan Skor Min Kualiti Pengajaran Guru Antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Sekolah Jenis

Pengurusan Bilik

Dapatan kajian di sekolah rendah kebangsaan menunjukkan untuk keputusan amalan profesionalisme guru yang melibatkan aspek sikap guru bagi item guru bersikap adil pada setiap murid dalam kelas mempunyai min yang paling tinggi dan berada di tahap tinggi. Para guru di sekolah rendah kebangsaan mendapati tidak berat sebelah apabila bersama murid. Manakala item guru bersikap sabar terhadap setiap murid menunjukkan min paling rendah dan berada di tahap sederhana di sekolah rendah jenis kebangsaan tamil. Menurut model amalan pengajaran guru berkesan oleh Caroll(1963), yang selaras dengan dapatan kajian mengatakan salah satu faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan adalah sikap guru. Sekiranya, guru dapat memaparkan sikap positif yang tinggi maka kualiti pengajaran guru di bilik darjah akan meningkat lalu menaikkan kualiti sekolah.

Seterusnya, item guru sentiasa menetapi masa untuk mengajar menunjukkan min paling rendah yang berada di tahap sederhana di sekolah rendah kebangsaan. Menurut kajian Slavin(1994), salah satu faktor yang terkandung dalam kualiti pengajaran adalah masa. Guru perlu menepati masa ke bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar mengikut rancangan mengajar yang dirangka.

Min paling tinggi bagi amalan profesionalisme guru di bilik darjah melibatkan item guru bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelas berada di tahap tinggi di sekolah jenis kebangsaan tamil. Para guru menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap para murid di bilik darjah yang selaras dengan kajian Razali Saaran(2010). Murid akan lebih senang berinteraksi dengan guru dan guru pula lebih memahami keperluan murid. Sifat guru yang tidak terlalu rigid dan tegas membantu dalam memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas.