Umur Baligh Remaja Lelaki Pengetahuan Da

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

UMUR BALIGH REMAJA LELAKI & PENGETAHUAN DAN
AMALAN MEREKA TERHADAP ASPEK-ASPEK PENDIDIKAN
SEKS: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH BERASRAMA
PENUH TAHUN 2006
Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin*
SMK Desa Kencana (Sekolah Kluster)
Peti Surat 344 Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah
E-mel: Adou_Fr@yahoo.com

Abstrak

Pengetahuan asas tentang Pendidikan Seks amat penting bagi guru dan ibu bapa, kerana ia
dapat mempengaruhi bentuk komunikasi dan interaksi yang berlaku di antara mereka
dengan golongan remaja. Kajian kes tentang umur baligh remaja lelaki dijalankan
menggunakan kaedah soal-selidik, sekali gus mengkaji pengetahuan dan amalan mereka
terhadap aspek-aspek pendidikan seks iaitu takrif baligh, mandi wajib dan merancap.
Sampel (N=8) terdiri daripada pelajar tingkatan satu yang tinggal dalam sebuah bilik di
asrama lelaki sebuah Sekolah Berasrama Penuh, dan mereka datang daripada pelbagai latar

belakang. Hasil kajian kes ini menunjukkan bahawa 50% (N=4) remaja lelaki sudah baligh
pada usia 12 tahun, 100% (N=8) tidak tahu dengan tepat takrif baligh, 62.5% (N=5)
mempunyaï gambaran am tentang baligh, 100% (N=8) remaja yang telah baligh telah
mandi wajib dan 12.5% (N=1) remaja telah merancap. Hasil kajian ini penting bagi guruguru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi pelajar berusia 11-14
tahun, bagi ibu bapa untuk memahami perkembangan anak-anak mereka, dan bagi guruguru agama untuk mengajar hukum-hukum dan ilmu agama yang diperlukan oleh remaja.

Abstract
Basic knowledge on Sex Education is very important for teachers and parents, as this could
affect the type of communication and interaction between them and the adolescence. A
case study on the age of puberty is conducted using the survey method, thus studying their
knowledge and practice on aspects of Sex Education namely the definition of puberty, alghusl (obligatory bath) and masturbation. The sample (N=8) are form one students who live
in a dormitory in male hostels of a Boarding School, and they came from different
backgrounds. The result of this case study shows that 50% (N=4) of the adolescence has
reach the age of puberty at 12 years old, 100% (N=8) do not know accurately the definition
of baligh (puberty), 62.5% (N=5) has a general view of puberty, 100% (N=8) of the
adolescence who has reach the age of puberty has practiced the al-ghusl (obligatory bath)
and 12.5% (N=1) of the adolescence has practiced masturbation.

Kata Kunci
Pendidikan Seks, baligh, merancap, mandi wajib, al-ghusl, remaja


Keywords
Sex Education, puberty, masturbation, obligatory bath, al-ghusl, adolescence

Pengenalan
Kajian tentang Pendidikan Seks dari perspektif pendidikan amat jarang dilaksanakan di
Malaysia, sedangkan ia merupakan tajuk utama dalam topik Psikologi Remaja. Pengetahuan
guru-guru dan ibu bapa juga amat terhad berkaitan aspek-aspek tertentu Pendidikan Seks,

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

sedangkan ia sangat penting bagi mereka kerana ia dapat mempengaruhi bentuk
komunikasi dan interaksi antara mereka dan golongan remaja. Banyak ibu bapa mempunyaï
stereotaip negatif tentang remaja, termasuk persepsi tentang usia remaja sebagai usia
memberontak, pengaruh rakan sebaya, dan sanggup mengambil risiko (Buchanan dan
Holmbeck, 1998; Buchanan et al., 1990). Brendgen et al. (2005) menyatakan bahawa awal
remaja menunjukkan perubahan ketara dalam hubungan sosial antara remaja dengan ibu
bapa dan rakan sebaya. Arnett (1999) pula menyatakan bahawa remaja ialah usia
penyelarasan dan usia peralihan daripada cara berfikir dan berkelakuan kanak-kanak kepada

dewasa. Justeru, dengan peralihan ini, remaja cenderung untuk menghabiskan lebih masa di
luar rumah bersama rakan sebaya (Larson et al., 1996). Namun, lebih penting daripada itu,
bilakah sebenarnya umur remaja itu? Banyak ibu bapa dan guru tidak tahu bilakah anakanak dan pelajar mereka baligh dan ini menyebabkan mereka sering menganggap remaja ini
masih lagi sebagai budak-budak. Di pihak remaja pula, mereka beranggapan bahawa
mereka sudah dewasa terutama apabila mereka telah baligh. Justeru, hal ini menimbulkan
konflik dalam komunikasi dan interaksi antara remaja dan ibu bapa serta guru. Kajian
menunjukkan bahawa remaja amat memerlukan sokongan, pendidikan dan ilmu Pendidikan
Seks sebelum dan selepas mereka mencapai usia baligh. Kajian kes ini mengkaji usia baligh
remaja lelaki, dan pengetahuan dan amalan mereka terhadap aspek-aspek Pendidikan Seks
iaitu takrif baligh, mandi wajib dan merancap.

Kaedah Kajian
Kajian kes ini telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun 2006 di sebuah
Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pelajar-pelajar daripada sebuah dorm pelajar tingkatan 1
telah dipilih dan diberikan soalan dalam satu halaqah (kumpulan besar). Mereka diminta
menuliskan jawaban mereka di atas sehelai kertas, dan soalan-soalan kajian ditanya secara
lisan. Sesi ini telah dijalankan pada 26 Jun 2006 di dalam bilik pelajar seramai 10 orang.
Seramai 8 orang telah mengambil bahagian secara sukarela. Para pelajar ini datang
daripada latar belakang keluarga yang berlainan dan dari negeri-negeri yang berlainan.
Jadual 1. Latar belakang responden.

Bil. Pelajar dalam
dorm

10

Bil. Sampel, N
Tempat Lahir

8
Johor (2), Kelantan (1), Kuala Lumpur (1), Pahang (1), Sarawak (1),
Selangor (1), Terengganu (1)
Selangor (2), Terengganu (2), Johor (1), Melaka (1), Pahang (1),
Sarawak (1)
Guru (2), Peneroka (2), Kastam (1), Polis (1), Pesara Tentera (1),
Sendiri (1)
Guru (3), Suri Rumah (2), Jururawat (1), Setiausaha (1), Swasta (1)

Tempat Tinggal
Pekerjaan Bapa
Pekerjaan Ibu


Dapatan Kajian
Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada responden yang mengambil bahagian,
100% (N=8) pelajar tidak tahu dan tidak dapat menyatakan takrif baligh dengan tepat.
Seramai 62.5% (N=5) pelajar dapat menyatakan idea yang menunjukkan bahawa mereka
mempunyaï gambaran am tentang baligh. Seramai 62.5% (N=5) pelajar telah baligh ketika
kajian dijalankan, dengan 50% (N=4) pelajar menyatakan bahawa mereka telah baligh
dalam usia 12 tahun semasa darjah 6, dan baki 12.5 % (N=1) baligh dalam usia 13 tahun di
pertengahan tingkatan 1. Seramai 100% (N=8) pelajar yang telah baligh mengakuï telah

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

mandi wajib. Seramai 12.5% (N=1) pelajar menyatakan telah merancap semasa berusia 12
tahun dalam darjah 6.
Jadual 2. Respons dan latar belakang responden.
Sampel

1


2

3

Tahu takrif baligh
dengan tepat
Mempunyaï
gambaran am
tentang baligh
Telah baligh
Usia baligh
Telah mandi
wajib
Telah merancap

X

X

X


X

/

X
X

/
12
/

X

X

6/6

2/2


4
Respons

5

6

7

8

X

X

X

X

X


/

/

/

/

X

X

X
X

/
12
/


/
12
/

/
12
/

/
13
/

X
X

/

X

X


8/9

3/5

1/4

X
X
X
Tentang Latar Belakang

Anak ke-/Bil.
Adik-beradik
Tempat Lahir

4/6

4/6

4/5

Pahang

Sarawak

Johor

KL

Johor

Kelantan

Selang
or

Terenggan
u

Tempat Tinggal

Pahang

Sarawak

Melak
a

Selangor

Johor

Terenggan
u

Selang
or

Terenggan
u

Pekerjaan Bapa

Penerok
a

Polis

Kasta
m

Pesara
Tentera

Penerok
a

Guru

Sendiri

Guru

Pekerjaan Ibu

Suri
Rumah

Jururaw
at

Guru

Setiausah
a

Suri
Rumah

Guru

Swasta

Guru

Perbincangan
Dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa 50% (N=4) remaja lelaki telah baligh dalam
usia 12 tahun iaitu ketika darjah 6. Dapatan ini penting bagi guru di sekolah rendah dan
menengah, kerana usia baligh mempengaruhi perkembangan emosi dan psikologi pelajar.
Justeru, melaluï kajian ini, para guru yang terlibat (darjah 5, 6, dan tingkatan 1, 2)
seharusnya dapat merancang strategi pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan
perkembangan emosi dan psikologi pelajar. Bagi ibu bapa pula, sokongan moral untuk
remaja dalam usia baligh ini amat penting kerana remaja sangat memerlukan bantuan
mereka untuk memahami perubahan yang sedang mereka alami.
Dari konteks agama, dapatan ini penting kerana usia baligh berkaitan dengan
hukum-hukum seperti mandi wajib serta dosa dan pahala. Para pelajar seharusnya diajar
tentang baligh dan hal-hal yang berkaitan dengannya bermula dari sekolah rendah lagi,
sekurang-kurangnya dalam darjah 5. Hal ini penting kerana walaupun dapatan kajian
menunjukkan bahawa 100% (N=8) pelajar yang telah baligh telah mandi wajib, tetapi 100%
(N=8) daripada mereka tidak tahu dengan tepat takrifan baligh. Dalam kajian ini, apabila
pelajar disoal sama ada mereka telah baligh atau tidak, sebahagian besar tidak dapat
menyatakannya dengan jelas kerana tidak pasti. Namun, apabila disoal adakah air mani
mereka telah keluar, mereka dapat menjawab dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa
remaja tidak mengetahuï perkaitan antara baligh dengan keluar mani.
Pendidikan Seks ini juga amat penting untuk diajar kerana kajian yang dijalankan
terhadap pelajar senior sekolah tinggi di Linköping menunjukkan bahawa pengetahuan

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

seksual pelajar diperolehi 70% daripada rakan-rakan dan 62% daripada televisyen. Kajian
yang sama menunjukkan bahawa 50% remaja mendapat pengetahuan seksual daripada
pornografi (Larsson & Svedin, 2001). Justeru, ibu bapa dan/atau guru-guru harus mengambil
peranan untuk menyampaikan pengetahuan tentang Pendidikan Seks dengan acuan yang
sesuai kepada remaja agar mereka mendapat pengetahuan yang sebenar dalam keadaan
yang terkawal dan tidak terdedah kepada perkara-perkara negatif berkaitan seks.
Seramai 12.5% (N=1) pelajar menyatakan telah merancap dalam usia 12 tahun
ketika darjah 6. Daripada latar belakang pelajar tersebut, didapati bahawa beliau berasal
dan menetap di Pantai Timur, manakala kedua-dua ibu bapanya adalah guru. Dapatan ini
sebenarnya menimbulkan tanda tanya tentang berapa seriuskah gejala merancap dalam
kalangan remaja Malaysia dan berapa ramaikah yang terlibat dalam hal ini?
Kajian yang dijalankan oleh Larsson & Svedin (2001) menunjukkan bahawa 62%
remaja lelaki telah merancap sebelum usia 13 tahun, manakala kajian Smallbone & McCabe
(2003) menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam penderaan seksual (sexuallyabused) mula merancap ketika berumur 11.0 tahun, berbanding mereka yang tidak terlibat
iaitu pada umur 13.4 tahun. Hal ini amat membimbangkan terutamanya kerana ia
bercanggah dengan nilai-nilai budaya Timur.
Justeru, daripada hasil kajian ini, ibu bapa dan guru harus lebih peka dengan
perkembangan dan perubahan yang berlaku kepada para pelajar dalam usia 11 hingga 14
tahun kerana ketika itu remaja telah baligh dan mula mempunyaï keinginan seksual. Remaja
juga terdedah kepada perbuatan merancap dan aktiviti seksual yang lain terutamanya
dengan kepesatan ICT yang membolehkan mereka mengakses bahan-bahan lucah dan
pornografi di Internet atau melaluï telefon bimbit. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil
terutamanya dari aspek pendidikan dan keagamaan untuk membentuk dan membimbing
pelajar dalam usia tersebut agar mereka tahu matlamat hidup mereka dan tidak
terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

Penghargaan
Penulis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan
dan sumbangan untuk menjayakan kajian ini.

Rujukan
Buchanan, C.M., Eccles, J.S., Flanagan, C., Midgley, C., Feldlaufer, H., and Harold, R. 1990.
Parents’ and teacher’s beliefs about adolescents: Effects of sex and experience. Journal
of Youth and Adolescence. 19: 363-394.
Buchanan, C.M., & Holmbeck, G.N. 1998. Measuring beliefs about adolescent personality and
behaviour. Journal of Youth and Adolescence. 27: 607-627.
Brendgen, M., Wanner, B., Morin, A.J.S. & Vitaro, F. 2005. Relations with parents and with
peers, temperament, and trajectories of depressed mood during early adolescence.
Journal of Abnormal Child Psychology. Vol. 33, no. 5, Oktober 2005, hal. 579-594.
Jacobs, J.E., Chhin, C.S., & Shaver, K. 2003. Longitudinal links between perceptions of
adolescence and the social beliefs of adolescents: are parent’s stereotypes related to
beliefs held about and by their children? Journal of Youth and Adolescence. Vol. 34, no. 2,
April 2005, hal. 61-72.
Larsson, I. & Svedin, C-G. 2001. Sexual experiences in childhood young adults’ recollection.
Archives of Sexual Behaviour. Vol. 31, no. 3, Jun 2002, hal.263-273.
Smallbone, S.W. & McCabe, B-A. 2003. Childhood attachment, childhood sexual abuse, and
onset of masturbation among adult sexual offenders. Sexual Abuse: A Journal of
Research and Treatment. Vol. 15, no. 1, Jan 2003.