Visual branding biro perjalanan alam (6)

1. Permasalahan Kajian

Visual atau “mise-en-scène” ialah apa yang kita dapat lihat dengan mata kasar dan apa yang
terdapat dalam skrin kamera. Kadang kala, kita boleh menggunakan pergerakan kamera dan
karakter untuk menyampaikan maksud setiap babak tersebut dan menggambarkan emosi seseorang.
Akan tetapi, kebanyakan pembikin filem pada masa kini menggunakan dialog untuk menyampaikan
sesuatu mesej, emosi dan memberitahu sesuatu yang tidak penting atau berulang. Menurut Kolker,
“They use language to express the obvious, the reductive, and the redundant, utterances that speak
about feelings in ways that indicate their absence.”

(A Cinema Of Loneliness 2nd Edition, 1988, p. 107 )

Sepatutnya pengarah filem perlu memvisualkan bukan memberitahu menggunakan dialog. Dialog
boleh digunakan namun perlu dikurangkan kerana hanya melalui perbuatan, penonton dapat faham
mesej dan nampak apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem. Kolker menyatakan
“Mise-en-scène applies to almost of the shot itself: framing, movement of the camera and
characters, lighting, set design and general visual environment, even sound as it helps elaborate the
space, and it is precisely space that it is about.”

( Film, Form, and Culture 2nd Edition, 2002, p. 54 )


Jadi, pengarah filem boleh mengurangkan dialog dan memikirkan pergerakan karakter dan
pergerakan kamera yang memberi makna dan menunjukkan emosi seseorang dalam filem tersebut.
Penggunaan pergerakan kamera dan karakter boleh memberi kesan yang mendalam sekiranya
digunakan dengan betul. Kolker menyatakan

“The formal devices of the classical style communicate meanings, transitions, elements of story that
are the same from film to film. Facial expression, hand and body movements, props, camera
movement, lighting and cutting patterns are used over and over again to ensure that we understand
perfectly what is going on.”

( Film, Form, and Culture 2nd Edition, 2002, p. 62 )

Elemen penceritaan, maksud dan transisi adalah sama dalam setiap filem. Ekspresi muka,
tangan dan pergerakkan tubuh, prop, pergerakan kamera, pencahayaan, dan corak penyuntingan
digunakan secara berulang-ulang untuk memastikan kita faham apa yang sedang berlaku.

Mengambil contoh filem Nota arahan Yasu Tanaka, menurut pembikin filem, sejarawan dan
pengkritik filem, Hassan Abd Muthalib (2015), perwatakan Erin (Maya Karin) dapat dilihat dengan
jelas. Dia boleh menjadi seorang ibu yang baik, penyayang, boleh menjaga anak dan seorang yang
lemah lembut melalui babak Erin sedang memberi makan ikan, dan mengambil rama-rama dengan

lemah lembut dan melepaskannya di luar rumah. Kemudian, Yasu Tanaka memperkenalkan sifat
negatif Erin melalui babak kepelbagaian jenis batu, nasi mendidih, dan pantai. Di sini, kita dapat
lihat tanpa menggunakan dialog, kita boleh tahu perwatakan seseorang dan perubahan sikap watak.
Pada permulaan babak filem Nota, tiada penggunaan dialog dilihat. Hanya perbuatan antara Kamal
(Hans Isaac) dan Erin sahaja kita boleh faham bahawa hubungan mereka renggang kerana tidak
mempunyai cahaya mata setelah beberapa tahun berkahwin.

( The Daily Seni, 2015)

2. Latar Belakang Kajian
Disini saya akan menjelaskan maksud penggunaan kamera dan pembawaan karakter. Untuk
penggunaan kamera, menurut Jameson

“Within the real world, the camera represents the author’s act of directing its framings, choosing
the views to be presented to us. The camera is the instrument of a real relationship between author
and viewer. Following Griffith, movies are designed to arouse the viewer, to make the viewer
emotional. The film’s author subjects the viewer to his power. Within the world of film, the camera
has the power to penetrate its subjects’ privacy, without their knowledge or authorisation.
Furthermore, it represents the author who creates and animates that world and presides over its
‘accidents,’ who wields a power of life and death over the camera’s subjects.”


( Signatures of the Visible, 1992, p. 123-124 )

Jadi jelaslah bahawa kamera merupakan salah satu medium untuk pengarah menyampaikan
sesebuah cerita, emosi, dan mempengaruhi perasaan penonton. Kamera mempunyai kuasa untuk
menceroboh peribadi subjek tanpa pengetahuan mereka. Lanjutnya, ia mewakili penulis yang
mencipta dan mengendalikan baik buruk sesebuah cerita.

Untuk pembawaan karakter, menurut Blandford, Grant, dan Hillier

“At one level, a straightforward term meaning a person from the fictional world of the film
represented by a performer on the screen.”

( The Film Studies Dictionary, 2001, p. 39 )

Watak yang terdapat dalam ‘dunia’ ciptaan manusia (filem) dimainkan oleh pelakon di skrin.
Pelakon perlu menjiwai watak tersebut. Pandangan ini disokong oleh Cohen yang menyatakan,

“Playing the character from the character’s point of view, not from your own. Playing character
requires adopting the character’s egocentricity. It requires seeing the world through your

character’s eyes and from from your character’s point of view. It requires thinking yourself as a
subject, not an object. It requires seeing yourself in the centre of your environment - no matter what
role is in the play.”

( Acting Power, 2013, p. 99-100)

Disini, jelaslah bahawa pelakon perlu memainkan watak dari sudut pandangan karakter itu
sendiri, bukan dari pandangan pelakon itu sendiri. Karakter perlu memikirkan tentang diri sendiri.
Sifat egonya juga perlu diambil kira. Ia juga memerlukan pandangan daripada karakter sendiri,
menganggap dirinya subjek bukan objek dan faktor persekitaran juga harus diambil kira.

3. Objektif kajian
3.1.

Ingin mengetahui maksud dan fungsi pergerakan kamera dan karakter.

3.2.

Mengenal pasti jenis dan maksud pergerakan kamera dan karakter.


3.3.

Mewujudkan pergerakan kamera untuk mempamerkan emosi karakter bagi memberi kesan
yang mendalam kepada penonton.

4. Soalan kajian
4.1.

Apakah maksud dan fungsi pergerakan kamera dan karakter ?

4.2.

Apakah jenis dan maksud pergerakan kamera dan karakter ?

4.3.

Bagaimana cara untuk mewujudkan pergerakan kamera untuk mempamerkan emosi karakter
bagi memberi kesan yang mendalam kepada penonton ?

5. Skop kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui pergerakan kamera dan karakter. Selain itu kajian ini juga
untuk mengenalpasti pergerakan kamera dan karakter untuk mempamerkan emosi karakter bagi
memberi kesan yang mendalam kepada penonton sekaligus mencadangkan jalan penyelesaian yang
releven untuk mengurangkan penggunaan dialog dalam filem. Skop kajian saya ini tertumpu kepada
filem yang ada di Malaysia sahaja pada tahun 2015.

Research Design

Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji akan memilih kaedah yang akan digunakan untuk meneruskan kajian
pengkaji dalam topik ini untuk mendapatkan jawapan daripada apa yang pengakaji mahu. Terdapat
dua jenis kaedah yang penyelidik boleh menggunakan seperti Kualitatif dan Kuantitatif. Pengkaji
memilih kaedah kualitatif kerana lebih mudah untuk dijalankan dan sesuai dengan bidang
penyelidik kajian sinematografi. Selain itu, kaedah kualitatif merupakan kaedah yang lebih mudah
kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan penyelidikan. Dalam kaedah
kualitatif, pengkaji memilih penyelidikan aksi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
mempunyai potensi untuk menambah pengalaman pengkaji. Selain itu, pengkaji juga menggunakan
penyelidikan eksperimental untuk mengkaji keberkesanan visual berbanding dialog dan melihat
reaksi penonton (suka atau tidak).


Kajian Metodologi
Kaedah kualitatif sesuai dalam kajian ini. Hal ini kerana kajian ini dilakukan secara rawak dimana
kebanyakan pembikin filem pada masa kini menggunakan dialog untuk menyampaikan sesuatu
mesej, emosi dan memberitahu sesuatu yang tidak penting atau berulang . Jadi dengan
menggunakan kaedah kualitatif, penyelidik menggunakan eksperimen, temu bual dan bertanyakan
soalan terbuka untuk analisis lanjut kes kajian.

Instrumen Kajian
Penyelidikan aksi, temu bual, eksperimen, dan kajian kes digunakan sederhana untuk kajian ini.
Satu set soalan disediakan untuk temuduga dalam kajian kes dan untuk percubaan, kamera video
digunakan untuk merakam fenomena yang berlaku.

Kekangan Kajian
Kajian ini akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan agar mempunyai data yang betul dalam
maklumat yang terkumpul dalam proses penyelidikan. Kekangan masa merupakan batasan pertama
untuk kajian ini. Mengumpul kajian kes, menemuduga dan bereksperimen juga akan memakan
masa yang agak lama. Selain itu, menganalisis data juga akan mengambil masa. Had lain kepada
kajian ini adalah

kajian kes itu sendiri, di mana beberapa responden akan menolak untuk


mengambil temuduga kerana masalah peribadi, atau sibuk bekerja.

Rujukan

Blendford, S., Grant, B. K., & Hillier, J. (2001). The Film Studies Dictionary. London: Arnold, a
member of the Hodder Headline Group.
Cohen, R. (2013). Acting Power. Ney York: Routledge.
Jameson, F. (1992). Signiture of the Visible. London: Routledge, Chapman & Hall, Inc.
Kolker R. P. (1998). A Cinema of Loneliness 2nd Edition. Oxfort University Press, Inc.
Abdul, M. H. (Ogos 21, 2015) Nota by Yasu Tanaka: Of Human Nature, Red Herrings and the
Terrible Mother. The Daily Seni, Retrieved from www.dailyseni.com.my