Objektif am : Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,

  UKUR KOMPAS OBJEKTIF Objektif am : Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,

mengambil butiran dan memelot kerja ukur kompas.

  Objektif khusus : Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:  Melakukan cerapan bearing hadapan dan belakang antara stesen- stesen ukur.

   Melakukan kerja luar ukur kompas menggunakan kaedah terabas.  Melakukan pengambilan butiran dengan kaedah jejarian dan silangan.  Membuat pelarasan terhadap tarikan tempatan

  UNIT 5

  Input 5a

  5.0 KAEDAH-KAEDAH UKUR KOMPAS

  5.1 Trabas

  Trabas dapat digambar dengan jelas diatas peta atau plan bila jarak dan arah garisan-garisan ukur serta kedudukan titik-titik diketahui. Trabas merupakan susunan garisan-garisan ukur yang berturutan. Bearing-bearing dan jarak-jarak ditentukan dengan alat- alat yang sesuai. Dalam trabas kompas bearing-bearing garisan dibaca dengan kompas dan jaraknya diukur dengan rantai ukur, pita ukur atau tekimeter. Terdapat 2 jenis trabas kompas.

  a) Trabas tertutup

  b) Trabas terbuka 5.1.1 Trabas Tertutup.

  Trabas tertutup merupakan satu susunan garisan-garisan ukur yang bermula dan berakhir pada satu titik yang sama atau ia bermula pada satu titik yang diketahui dan berakhir pada titik lain yang diketahui kedudukannya. Arah

  D

  pengukuran

  C

  Kodinit untuk kedudukan D juga diketahui

  D C B B A E

  Kodinit bagi kedudukan titik A diketahui

  A

  Kerja mengukur ini akan berakhir dititik asal

  Rajah 5.1 : Terabas Tertutup

5.1.2 Trabas Terbuka

  Trabas terbuka bermaksud trabas yang bermula satu titik dan berakhir pada titik lain yang tidak diketahui kedudukannya.

  Kodinit untuk kedudukan G tidak Kodinit bagi kediudukan diketahui

  A diketahui atau B D sebaliknya.

  E C A Rajah 5.2 : Terabas Terbuka

5.2 Trabas Ukur Kompas Prisma.

  Dalam ukur kompas setiap garisan ukur dibaca bearing dan diukur jaraknya. Bearing dibaca dengan kompas prisma dan jarak diukur menggunakan pita ukur atau rantai ukur. Ukuran ini dijalankan bagi menghasilkan plan atau peta bagi kawasan berkenaan dengan menunjukkan butiran-butiran atau parammuka yang terdapat dipermukaan bumi kawasan tersebut.

5.2.1 Peralatan Kerja Ukur Kompas.

  Berikut adalah alat-alat yang diperlukan dalam trabas kompas : a) Kompas dan kakitiga berserta plumbob.

  b) Rantai Ukur dan Pita.

  c) Pancang Jajar dan Panah Rantai.

  d) Buku Kerja Luar.

5.2.2 Kebaikan Ukur Kompas.

  a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan mudah dibawa serta dipasang dimana-mana hentian dikehendaki.

  b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

  c) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat dipadang kerana setiap cerapan adalah bebas daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang selisih dapat dikesan dan dilaraskan. d) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik kawalannya susah kelihatan, seperti kawasan hutan.

  e) Kaedah ini sangat sesuai untuk ukuran tinjauan dimana kejituannya adalah memadai serta proses pengukurannya cepat.

  f) Terdapat beberapa pilihan cara pengukuran mengikut keperluan, kesesuaian tempat dan keadaan iaitu :  Kaedah Trabas Bearing Hadapan.  Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.  Kaedah Jejarian dan Pancaran.  Kaedah Silangan.

  5.2.3 Kaedah-Kaedah Trabas Kompas.

  a) Kaedah Trabas Bearing Hadapan Dalam kaedah ini bearing hadapan sahaja yang dicerap pada setiap hentian. Masa operasi adalah lebih cepat . Ketepatan yang dicapaI adalah tidak berapa tinggi. Sesuai digunakan dalam ukuran tinjauan.

  Bearing hadapan B C

  A Utara magnet D b) Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang. Dalam proses pengukuran kaedah ini bearing- bearing belakang dan hadapan dibaca pada setiap hentian. Cara ini merupakan yang paling biasa digunakan memandangkan kebaikannya seperti berikut : i) Bearing-bearing hadapan dan belakang di cerap pada setiap hentian Sebarang kesan tarikan tempatan tidak mempengaruhi sudut- sudut yang diperolehi daripada bearing- bearing yang dibaca kerana kesannya adalah sekata. ii) Sebarang selisih atau kesan tarikan tempatan dapat dikesan semasa cerapan kerana perbezaan bearing hadapan dan

  A B C D Utara magnet

  Bearing hadapan Bearing belakang

  Rajah 5. 4 :Terabas yang dibuat dengan menggunakan bearing hadapan dan bearing belakang. belakang sesuatu garisan adalah 180 . Pelarasan dapat dibuat jika berlaku sebarang selisih atau perbezaan.

  c) Kaedah Jejarian Atau Pancaran. Dalam kaedah jejarian atau pancaran ini satu hentian trabas dipilih supaya jejarian atau pancaran dapat di bentuk dalam membuat cerapan kepada butiran-butiran diatas permukaan bumi kawasan yang diukur. Kaedah ini dapat juga membentuk satu trabas sesuatu kawasan yang diperlukan.

  Utara magnet B

   

  A C

    D

  Rajah 5.5 : Terabas yang dibuat dengan cara pancaran d) Kaedah Silangan.

  Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menentukan butiran-butiran atau paramuka di permukaan bumi sesuatu kawasan yang diukur. Bearing sesuatu butiran di baca sekurang-kurangnya dari 2 hentian trabas kompas berkenaan. Jarak bagi garisan-garisan tersebut tidak perlu diukur. Kaedah ini menjimatkan masa operasi dipadang dan kerja-kerja pemplotan plan atau peta dapat dilaksanakan tanpa perlu banyak menggunakan skala.Bagi menetukan titik E perlulah diukur bearing  dari stesen A dan bearing  dari stesen B, supaya dapat mewujudkan dua garisan pancaran dan garisan-garisan pancaran ini akan bersilang diantara satu sama lain. Titik persilangan ini mewakili titik E yang dikehendaki. (lihat rajah 6 dibawah).

  B 

   A

  C E D Rajah 5.6 : Terabas ABCDE yang dibuat dengan cara silangan. AKTIVITI 5a

   UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT

  SELANJUTNYA

   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA SOALAN 5.1

  Dibawah keadaan-keadaan yang bagaimana akan dianggapkan bahawa kerja mengukur dengan kompas adalah lebih sesuai daripada ukur rantai? Terangkan juga kebaikan ukur kompas.

  SOALAN 5.2

  Katakan bahawa anda dikehendaki melakukan suatu kerja terabas ukur kompas berprisma, halkan secara ringkas bagaimana anda melaksanakan kerja mengukur ini.

  PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5a Penyelesaian 5.1

  Kebaikan Ukur Kompas

  a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan mudah dibawa serta dipasang dimana-mana hentian dikehendaki.

  b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

  b) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat dipadang kerana setiap cerapan adalah bebas daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang selisih dapat dikesan dan dilaraskan.

  c) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik kawalannya susah kelihatan, seperti kawasan hutan.

  d) Kaedah ini sangat sesuai untuk ukuran tinjauan dimana kejituannya adalah memadai serta proses pengukurannya cepat.

  Penyelesaian 5.2

  Terdapat beberapa pilihan cara pengukuran mengikut keperluan, kesesuaian tempat dan keadaan iaitu :  Kaedah Trabas Bearing Hadapan.  Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.  Kaedah Jejarian dan Pancaran.  Kaedah Silangan.

  Maklumbalas 5a Input 5b 5.3 PERINGKAT-PERINGKAT KERJALUAR UKUR KOMPAS.

  Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat : a) Ukuran Tinjauan.

  b) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.

  c) Menandakan Hentian-hentian.

  d) Cerapan dan Ukuran.

  5.3.1 Ukuran Tinjauan. Ukuran tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti keadaan permukaan bumi kawasan yang hendak diukur. Dengan mengetahui keadaan rupabumi perancangan serta pemilihan hentian- hentian dapat dijalankan dengan sempurna. Rangka-rangka dapat dibentuk supaya pemugutan data butiran dapat dijalankan dengan lebih efisyen. Dalam peringkat ini juga semua butiran atau struktur berbentuk logam seperti tiang-tiang telefon dan eletrik besi, binaan-binaan keluli atau sebarang objek bermagnet hendaklah dikenalpasti kedudukannya supaya hentian yang dipilih tidak akan terdapat kesan tarikan tempatan semasa pengukuran dijalankan.

5.3.2 Pemilihan Hentian-Hentian Ukur.

  Hasil dari peringkat ukuran tinjauan hentian-hentian ukur yang sesuai dan baik dipilih. Kriteria-kriteria pemilihan hentian-hentian ukur : a) Hendaklah jauh dari butiran yang boleh memberi kesan tarikan tempatan. b) Bilangan garisan ukur hendaklah yang minimum tetapi mencukupi untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.

  c) Hentian hendaklah diatas permukaan bumi yang stabil serta rata

  d) Garisan ukur yang terbentuk daripada permilihan hentian- hentian sebaik-baiknya bebas daripada halangan-halangan semulajadi, orang-orang dan kenderaan yang lalu lalang dan sebagainya.

  e) Garisan-garisan ukur juga hendaklah melalui atau berhampiran dengan butiran-butiran yang hendak dipetakan. Jika garisan silangan diperlukan ianya dipastikan tidak terlalu panjang.

5.3.3 Menandakan Hentian-Hentian Ukur.

  Hentian-hentian ukur yang dipilih ditandakan dengan piket kayu yang bersesuaian ukurannya (3cm X 3cm X 15-20cm panjang ) supaya mudah mencarinya semasa menjalankan kerja-kerja ukuran. Ofset ke pokok-pokok atau objek-objek kekal diambil dari hentian-hentian yang telah ditandakan itu dan dicatat supaya mudah mengesannya di masa-masa akan datang apabila diperlukan.

5.3.4 Cerapan-Cerapan.

  Proses cerapan dan pengukuran boleh dibuat seperti berikut :

  a) Diatas hentian ukur yang dipileh pasangkan kompas prisma diatas kakitiga. Jalankan pelarasan supaya kedudukan kompas tepat diatas hentian. Ia boleh dilaksanakan dengan menggantung plumbob pada kakitiga berkenaan dan pastikan plumbob memusat diatas titik hentian. Araskan kompas dengan keadaan dial atau gegelang bebas terapong.

  b) Pusingkan Kompas kearah sasaran belakang dan jajarkan plumbob ) dan baca bearing apabila gegelang dalam keadaan tenang serta catatkan.

  c) Pusingkan kotak kompas ke arah sasaran hadapan seperti langkah disasaran belakang diatas dan baca serta catatkan.

  d) Lakukan langkah yang sama keatas mana-mana butiran- butiran yang perlu di pungut maklumatnya dengan kaedah- kaedah yang sesuai.

  e) Jalankan pengukuran jarak garisan-garisan ukur yang telah dibaca bearingnya dengan menggunakan rantai ukur atau pita ukur serta catatkan dalam buku kerjaluar.

  f) Pindah ke hentian hadapan apabila selesai mengambil maklumat butiran-butiran dan lakukan langkah-langkah seperti sebelumnya.

  5.3.5 Mencatat hasil Kerjaluar.

  Semua catatan mengenai mengenai cerapan dan ukuran hendaklah dibuat dalam buku kerjaluar yang piawai formatnya. Selain daripada data cerapan dan ukuran catatan dalam buku kerjaluar, maklumat- maklumat berikut sebagai nota atau rujukan : a) Nama Pengukur / Nama Kumpulan Ukur .

  b) Nama, Tempat pengukuran, Tarikh Ukuran.

  c) Jenis-jenis peralatan yang di gunakan.

  d) Lakaran lokasi, trabas dan butiran mengenai kawasan kerja.

  e) Maklumat-maklumat yang di fikirkan perlu.

5.3.6 Cara Membuku.

  Catatan boleh dibuat dalam buku yang digunakan untuk ukur rantai ( chain survey ) atau dalam buku berformat yang sesuai bagi memudahkan membuat pelarasan jika dipengaruhi tarikan tempatan dan terdapat selisih.

5.4 PELARASAN BEARING.

  Pada kebiasaan ralat tidak dapat di elakkan dalam apa-apa kerja ukur. Selain daripada ralat, ukur kompas juga mengalami kesan tarikan tempatan. Selisih ralat dan kesan tarikan tempatan boleh dihapuskan dengan kaedah berikut:

5.4.1 Kaedah Tarikan Tempatan

  Perbezaan di antara bearing hadapan dan bearing belakang sesuatu . Jika perbezaan tidak menepatinya maka garisan ukur adalah 180 terdapat kesan tarikan pada garisan tersebut. Pelarasan kaedah ini dilakukan seperti langkah-langkah berikut : a) Kira beza di antara bearing hadapan dan bearing belakang setiap garisan.

  b) Kenalpasti garisan yang tidak di pengaruhi tarikan tempatan iaitu perbezaan menepati 180 . Ini bermakna hentian-hentian dimana bearing-bearing hadapan dan belakang dibaca tidak terdapat tarikan tempatan.

  c) Bearing belakang dan bearing hadapan yang dicerap dihentian tanpa tarikan tempatan tidak perlu dilaras dan diterima sebagai betul.

  d) Pembetulan yang sama mestilah diberikan kesetiap bering hadapan yang dicerap dari sebarang satu stesen.

  e) Arah belakang dan hadapan sebarang satu garisan, selepas

  Untuk menghapuskan kesan tarikan tempatan, cerapan kerja luar dilaraskan dengan cara berikut. Jadual dibawah ialah bacaan kerja luar suatu trabas kompas yang telah dilaraskanseperti yang ditunjukkan dalam rajah :

  Jadual 5.1 : Pelarasan dilakukan dengan kaedah tarikan tempatan.

  Pem- Bering

  Jarak Bering betulan Beza Stesen Garisan sudah

  (m) Cerapan Beza tarikan baru dilaras tempatan

  A AB

  85 60 -6

  54 30’ 15’ 15’ 169 180

  45’ 00’ BA 230 4 234

  15’ 00’ 15’ B BC

  91 358

  4

  2 00’ 00’ 00’ 176 180

  00’ 00’ CB 182 182

  00’ 00’ 00’ C CD 154 148 148

  15’ 00’ 15’ 180 180 00’ 00’

  DC 328 15’ 00’ 328 15’ D DE 119 219 219

  00’ 00’ 00’ 175 180 00’ 00’

  ED 44 -5

  39 30’ 30’ 00’

  E EA 98 316 -5 310

  15’ 30’ 45’ 179 00’ 180 00’ A AE 137 -6 130

  00’ 15’ 45’

  CATATAN (i) Bearing setiap garisan dicerap dua kali.

  (ii) Huruf pertama di setiap penunjuk garisan menunjukkan stesen dari mana cerapan dibuat. (iii) Cuma dalam kes garisan CD sahaja arah belakang dan hadapannya berbeza sebanyak 180°. (iv) Anggapkan bahawa kedua-dua stesen C dan D bebas dari tarikan tempatan dengan itu, tiada pembetulan diperlukan untuk sebarang cerapan yang dibuat dari C atau D dan bearing cerapannya boleh direkodkan sebagai bearing akhir . (v) Disebabkan DE = 219°, ED mesti = 39° (beza 180°). Dengan itu, ED dan semua bacaan dari E mesti dibetulkan sebanyak -5

  30’. Maka dengan itu, EA = 316 15’ - 530’ = 31030’, bearing akhir. (vi) Disebabkan EA = 310

  45’0, AE mesti = 13045’, tetapi yang dicerap ialah 137°, jadi betulkan bearing ini serta semua cerapan yang dibuat dari A sebanyak -6

  15’. Dengan itu, AB = 6O30’ - 615’ = 5415’, bearing akhir. (vii) Disebabkan AB = 54

  15’. BA mesti = 23415’. tetapi yang dicerap ialah 230 15’. jadi betulk.an bearing ini dan semua cerapan dari B sebanyak. + 4°. Oleh itu. BC = 358°00’+ 4° = 2°.

  (v;iii) Oleh k.erana BC = 2°. CB mesti = 182°. yang bearing cerapannya tidak. memerluk.an pembetulan. menyamai nilai tersebut, dengan itu, membuk.tikan yang penyelarasan telah hetul. CATATAN: Satu ralat besar akan menunjukkan cerapan yang salah, mungkin disebabkan oleh jarum yang melekat pada pangsi atau satu perubahan dalam daya tarikan tempatan yang berlaku di antara cerapan pada satu stesen. Ini boleh disebabkan oleh pergerakan alat ukur semasa cerapan atau pergerakan logam, seperti pisau, ke atas sipencerap.

5.5 MEMBUAT PLOTAN BAGI TRABAS KOMPAS.

  Alat yang diperlukan bagi membuat plotan dalam kerja ukur trabas kompas ini adalah serupa dengan alat yang digunakan dalam kerja membuat plotan ukur rantai. Walau bagaimanapun, lebih baik sekiranya kertas yang mempunyai garisan-garisan selari digunakan dalam membuat plotan kerja ukur trabas kompas kerana ianya akan memudahkan kerja-kerja melukiskan trabas kompas.

  Sebelum kerja membuat plotan dimulakan adalah lebih baik ditentukan skala yang hendak digunakan berdasarkan tujuan plan tersebut dibuat. Elok juga sekiranya satu plan lakar dapat dibuat diatas kertas surih terlebih dahulu supaya dapat plan sebenarnya dilukiskan seimbang diatas kertas plan. Cara membuat plotan sama seperti membuat plotan bagi kertas ukur rantai, melainkan dalam hal membuat plotan bagi bearing yang memerlukan sebuah jangka sudut dan malukiskannya berdasarkan titik utara. Apabila segala butir yang telah dilukiskan dalam bentuk plan, dan sekiranya tidak terdapat apa-apa kesilapan lagi baharulah plan tersebut boleh didakwatkan dengan dakwat hitam. Beberapa perkara penting perlu dimasukkan kedalam plan tersebut iaitu skala, arah utara benar dan arah utara magnet, simbol-simbol yang diguankan, nama jurukur dan juga pembantu-pembantu dan jika perlu nama pembuat plan. Suatu perkara penting yang perlu dimasukkan bagi kerja ukur trabas kompas ialah tarikh kerja ukur tersebut dijalankan kerana perlu bagi menentukan arah utara berdasarkan kepada perbezaan-perbezaan arah utara magnet.

5.5.1 Melukis Dengan Kaedah Bowditch

  Selisih dalam memplot atau melukis satu-satu trabas kompas sentiasa akan berlaku. Dalam hal ini selisih yang dibenarkan adalah sekitar 1/400 bahagian . Untuk memelot dengan cara Bowditch ini , perlu di dtetapkan samada selisih itu dipersetujui atau tidak. (Selisih = selisih tutup / jumlah panjang trabas)

  Garisan Selari C B c b

  A Trabas tertutup

  Trabas tertutup yang betul a yang salah

  E D d e

  Rajah 5.6 : Plotan grafik dan pelarasan yang dibuat dengan kaedah Bowditch untuk trabas kompas tertutup A’

  E D C Selisih

  B tutup Aa

  A a d c e b

  Rajah 5.7 : Segitiga sebentuk yang digunakan untuk membahagikan selisih tutup Aa mengikut kadar jarak garisan trabas

  Melalui stesen.- stesen b, c, d dan e masing-masing akan dilukiskan garisan- garisan yang selari dengan arah selisih tutup Aa (Rajah ). Di sepanjang garisan-garisan selari ini ditandakan jarak bB, cD, dD dan eE yang dapat diperolehi dari segitiga sebentuk Bowditch. Sebagai contohnya, katakanlah jumlah selisih tutup di e ialah eE dan nilai ini akan diambil dari rajah segitiga sebentuk Bowditch dan kemudian ditandakan di atas garisan selari dengan hala selisih tutup melalui titik e di atas plotan terabas. Maksudnya ialahsupaya dapat memberikan kedudukan yang diperlukan. Oleh itu, selisih -.selisih yang perlu dibetulkan pada setiap stesen lain yang berkenaan akan dibawa ke atas plotan dengan cara yang sama juga, sepertimana yang telah dilakukan untuk stesen E. Selepas itu, kedudukan bagi kesemua titik yang telah dilaraskan akan disambungkan dengan garisan-garisan lurus supaya dapat mewujudkan rajah bagi terabas ABCDEA, yang sekarang merupakan plotan terabas tertutup yang tepat di mana ianya dibetulkan dengan secara grafik.

  Aktiviti 5b

   UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

  Soalan 5.1

  Nyatakan peringkat-peringkat kerja yang perlu dilakukan dalam kerluar ukur kompas.

  Soalan 5.2 Terangkan tentang selisih yang dibenarkan dalam ukur kompas.

  PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5b Penyelesaian 5.1

  Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat : e) Ukuran Tinjauan.

  f) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.

  g) Menandakan Hentian-hentian.

  h) Cerapan dan Ukuran.

  Penyelesaian 5.2

  Selisih tutup yang dibenarkan untuk terabas ukur kompas biasanya bernisbah 1/400. Ini bermakana selisih sebanyak satu meter adalh dibenarkan untuk setiap 400 meter panjang terabas ukur kompas. Had selisih yang dibenarkan dalam pembacaan sesuatu bering yang berkenaan ialah bahawa perbezaan diantara bering-bering yang sepatutnya dengan bering salah tidak boleh melebihi ¼ darjah, iaitu 15 minit.

  Maklumbalas Aktiviti 5b

   ANDA HAMPIR MENUJU KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DIBAWAH.

  167 15’

  30’ Laraskan bearing dengan kaedah tarikan tempatan.

  EA 135

  48 00’

  00’ ED

  DE 229

  118 30’

  CD 298 30’ DC

  00’ CB

   SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.  RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DIHALAMAM BERIKUT

  00’ BC 349

  BA 252

  72 45’

  00’ AB

  AE 319

  Kerja ukur kompas tertutup trabas ABCDE telah dijalankan dan cerapan bearing pada garisan adalah seperti berikut: Garisan Cerapan Bearing

  SOALAN

  PENILAIAN KENDIRI UNIT 5 SELAMAT MENCUBA Maklumbalas Penilaian Kendiri Unit 5

  • 2
  • 1
  • 1

  167 15’ 00’

  136 30’

  1 00’

  30’

  EA 135

  49 00’

  1 00’

  48 00’

  30’ DE 229 00’ 00’ 229 00’ ED

  30’ 00’ 118

  DC 118

  298 30’

  CD 298 30’ 00’

  167 15’

  15’ CB

  SUDAH MENCUBA ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH

  45’ 347

  349 00’

  15’ BC

  45’ 250

  00’

  BA 252

  70 15’

  30’

  72 45’

  AE 319 00’ -2 30’ 316 30’ AB

  Bearing Sudah Dilaras

  Cerapan Pembetulan tarikan tempatan

  Bacaan adalah seperti berikut: Garisan Bearing

  Penyelesaian

  baru jelas…