TEKS UCAPAN TKSUK Perhimpunan Bulanan November 2016 transkrip V2 (002)

TEKS UCAPAN
YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN
JABATAN PERDANA MENTERI
BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN
NOVEMBER 2016
Tarikh

:

24 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)

Masa

:

8.30 PAGI

Tempat :

AUDITORIUM JPM

BLOK B1, KOMPLEKS JPM

1

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
1.

Terima kasih kepada saudara-saudari Pengacara Majlis,

2.

Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,
3.

Yang Berusaha Puan Normi Binti Nordin, Timbalan Ketua

Setiausaha (Pentadbiran), JPM,

4.

Yang Berbahagia Datuk Dr Omar bin Salim, Ketua Unit, Unit

Kawal Selia FELDA.
5.

Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Khairuddin Bin Haji

Mohamad, Pengarah Seranta FELDA, selaku penganjur majlis pada kali
ini
6.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Setiausaha-Setiausaha Bahagian,

Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian.

PENDAHULUAN
5.


Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka dapat kita
bersama pada pagi yang berbahagia ini di Majlis Perhimpunan Bulanan
bagi bulan November 2016. Terima kasih Seranta FELDA selaku
penganjur pada majlis pada kali ini. Selamat datang dan terima kasih

2

diucapkan kepada Encik Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan atau lebih
dikenali sebagai Imam Muda Asyraf yang akan menyampaikan ceramah
sebentar lagi. Semoga apa yang disampaikan dapat memberikan ilmu
yang membina kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
ISU-ISU TERBAHARU
6.

Pada perhimpunan kali ini, saya hanya ingin menyentuh dan

menyampaikan beberapa isu yang telah dibangkitkan pada Mesyuarat

Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Perkhidmatan yang telah
diadakan semalam. Isu yang dimaksudkan adalah:
i.

Jabatan Perdana Menteri diminta untuk menguruskan data
kuarters

dan

maklumat

data

terkini

tersebut

perlu

disampaikan kepada Kabinet dengan segera. Dimaklumkan

bahawa kuarters yang dimaksudkan ini adalah meliputi juga
kuarters-kuarters bagi jawatan Polis, Bomba, Guru dan
sebagainya.
ii.

JPM telah diminta untuk membuat pengawalseliaan kuarterskuarters di Putrajaya. Ini adalah kerana didapati bahawa
aspek penyelenggaraan masih berada pada tahap kurang
memuaskan. Sehubungan itu, saya memohon agar Tuan Haji
Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha
(Kewangan dan Pembangunan) dapat mengetuai tindakan ini
bagi

memastikan

tahap

penyelenggaraan

di


kuarters

Putrajaya berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
3

iii.

Perkhidmatan talian internet Telekom kurang memuaskan di
kawasan Presint 10, Putrajaya. Sehubungan itu, saya
memohon pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dapat membantu
menyelesaikan isu ini dalam memastikan perkhidmatan talian
tersebut

adalah

memuaskan.

Laporan


lengkap

perlu

disediakan dan dikemukakan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ketua
Setiausaha Negara.
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2015 SIRI 2
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
7.

Untuk makluman, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2

telah dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara di
Sesi Bersama Media pada 23 November 2016 bertempat di Auditorium
JPA, Kompleks C, Putrajaya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah terlibat dalam
sesi tersebut. Alhamdulillah, tiada isu yang dibangkitkan semasa sesi
tersebut. Walau bagaimanapun, ingin saya maklumkan terhadap
beberapa teguran audit yang melibatkan beberapa Jabatan/Agensi di
bawah JPM iaitu:

i.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) – Terdapat 9
pegawai yang akan dikenakan amaran dan tindakan tatatertib;

ii.

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan

iii.

Projek-projek sakit Jabatan Perdana Menteri.

4

Lain-Lain Perkara
8.

Ingin saya memaklumkan bahawa kos perbelanjaan operasi di JPM


telah dikurangkan daripada RM6 bilion kepada RM1 bilion. Sehubungan
itu, saya menyeru agar semua warga JPM dapat mengamalkan konsep
perbelanjaan yang optimum.
9.

Saya juga berharap agar warga JPM dapat merancang percutian

dengan betul menjelang cuti persekolahan hujung tahun dan cuti
perayaan yang bakal tiba pada bulan Disember 2016 ini dengan
memastikan kerja-kerja perlu diselesaikan sebelum bercuti. Bagi
Bahagian Kewangan, perancangan cuti yang lebih efisien perlu diatur
memandangkan setiap kali hujung tahun, bahagian ini merupakan
bahagian yang paling sibuk bagi memastikan segala urusan kewangan
dapat dilaksanakan dengan sempurna.
10.

Bulan Disember ini juga terdapat majlis besar Negara iaitu:
i.

Majlis Keberangkatan Pulang Seri Paduka Baginda Yang

DiPertuan Agong di atas penamatan perkhidmatan baginda
pada 12 Disember 2016; dan

ii.

Majlis Sambutan Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong yang baharu pada 13 Disember 2016.

Sehubungan itu, saya memohon bagi yang terlibat dalam upacara
tersebut dapat hadir untuk meraikan dan sebagai memberi sokongan
serta memastikan kedua-dua majlis tersebut berjalan dengan lancar dan
sempurna.
15.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada

Seranta FELDA sebagai penganjur Perhimpunan Bulanan JPM pada
kali ini.
5


Dengan itu saya akhiri ucapan saya dengan wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

6