TRANSKRIP TEKS UCAPAN TKSUK PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2017 final

TEKS UCAPAN
YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN
JABATAN PERDANA MENTERI
BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN
BULAN JULAI 2017

Tarikh

:

26 JULAI 2017

Masa

:

9.00 PAGI

Tempat


:

AUDITORIUM JPM
BLOK B1, KOMPLEKS JPM

1

Bismillahirrahmanirrahim
‫السا ع يك ورحمة ه وبركاته‬
Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia,
Terima kasih kepada pengacara majlis pada hari ini dan saudara yang telah
memimpin bacaan doa pada pagi ini.
Yang Berbahagia Datuk Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) JPM,
YBrs. Encik Muhammad Yasir bin Yahya
Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan
dan
YBrs. Encik Sharez Izuan bin Md Zaidi
Setiausaha Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan
selaku penganjur bersama perhimpunan kita pada hari ini.

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha-setiausaha
Bahagian, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah.
PENDAHULUAN
1.

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada
Allah S.W.T kerana kita dapat berkumpul pada pagi ini sempena
Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai 2017 ini.
2. Seperti yang kita sedia maklum bahawa bulan Syawal telah pun melabuhkan
tirainya pada 24 Julai 2017 yang lalu dan sekarang kita telah pun berada
dalam bulan Zulkaedah. Semoga keceriaan pada bulan Syawal yang lalu
2

dapat diteruskan pada bulan-bulan yang mendatang. Amalan bermaafan
bukan sahaja perlu diamalkan pada bulan Syawal sahaja, tetapi pada bulanbulan yang lain juga haruslah diterapkan amalan tersebut kerana ianya satu
amalan yang mulia.
3.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat kenaikan pangkat,
Anugerah Penjawat Awam Cemerlang Bulanan (APCB) JPM dan Anugerah

Peminjam Buku Terbanyak Perpustakaan JPM bagi bulan Jun 2017.

4.

Selamat Datang juga diucapkan kepada semua warga kerja baru JPM.
Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu JPM
terus cemerlang dalam menyampaikan perkhidmatan kepada semua
stakeholders. JPM sentiasa mengalu-alukan idea-idea baru, kreatif serta
berinovasi dan berimpak tinggi yang boleh dijadikan sebagai tanda aras
kepada perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan.

5.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada warga kerja yang bertukar keluar
di atas segala sumbangan yang dicurahkan selama ini. Saya mendoakan
agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa berjaya dalam tugas yang
diamanahkan dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan di agensi yang baru.

6.


Kepada warga yang bersara sama ada bersara pilihan atau bersara wajib,
saya ucapkan Selamat Bersara dan saya merakamkan ucapan terima kasih
atas sumbangan dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan
dalam Perkhidmatan Awam, terutamanya semasa berkhidmat di JPM.

7.

Bagi yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini, saya ucapkan
selamat menjalani ibadah fadhu haji. Semoga mendapat haji dan hajah yang
mabrur.

3

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
PELANCARAN SISTEM E-TANAH DI PEJABAT PENGARAH TANAH DAN
GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PPTG WP)

8.

Pada 19 Jun 2017, Sistem e-Tanah telah dilancarkan di Pejabat Pengarah

Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang telah disempurnakan oleh
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi bin
Tuanku Jaafar.

9.

Saya dimaklumkan bahawa, Sistem e-Tanah ini merupakan aplikasi Kerajaan
Elektronik (e-Government) bersepadu yang dibangunkan untuk memudahkan
urusan pentadbiran Kerajaan secara elektronik selaras dengan Program
Transformasi Kerajaan sekaligus dapat mengurangkan urusan menggunakan
kaedah konvensional.

10.

Sistem berkomputer secara bersepadu ini juga dibangunkan sebagai satu
usaha ke arah pentadbiran tanah yang lebih efisien, efektif serta time and
cost saving kepada Kerajaan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada
pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Semoga usaha-usaha yang baik seperti ini dapat diaplikasikan dan
ditambahbaik di semua Jabatan/Agensi di bawh JPM khususnya demi

kelangsungan kecemerlangan JPM dalam memberikan perkhidmatan awam
yang terbaik kepada Rakyat.
Hadirin hadirat sekalian,
PERSIAPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA
TAHUN 2017

11.

Tahun ini, pada 31 Ogos 2017 nanti genaplah 60 tahun rakyat Malaysia
menikmati kemerdekaan. Justeru, pada tahun ini selaras dengan hasrat
stakeholders

kita,

Sambutan

Hari

Kebangsaan


Tahun

2017

akan
4

menonjolkan kelainan dan kejutan yang tidak akan sama sepertimana
sambutan tahun-tahun sebelum ini yang pastinya akan membuatkan para
hadirin yang hadir meraikannya di Dataran Merdeka terpesona dan kagum.
12.

Persiapan yang lebih awal dan kerjasama erat diperlukan daripada kesemua
Kementerian dan pihak lain yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari
Kebangsaan pada tahun ini. Semoga semuanya akan berjalan lancar dan
saya mengajak semua hadirin beramai-ramai bersama keluarga tersayang di
dalam dewan ini untuk turut sama-sama meraikannya di Dataran Merdeka
pada 31 Ogos 2017 nanti.

13.


Bagi Persiapan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September

2017 pula,

yang mana pada tahun ini, sekali lagi Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu
dipilih sebagai tuan rumah dan insyaAllah program sambutannya akan
diadakan di Kota Kinabalu. Perancangan awal sudah dimulakan di mana
semalam saya telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Penyelarasan
pertama (Kick-off meeting) dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan
Negeri Sabah dan dihadiri semua ahli jawatankuasa daripada Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah yang terlibat. Semoga urusan dan
persiapan selanjutnya dipermudahkan dan Sambutan Hari Malaysia pada
tahun ini akan diraikan oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan
bangsa dengan meriah dan jayanya.
14.

Pada 19 Ogos 2017 pula, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi acara
Sukan SEA. Ini merupakan acara terbesar yang Kerajaan Malaysia akan
anjurkan. Saya berharap agar kita dapat buat yang terbaik dan bagi yang

berkesempatan, marilah sama-sama meraikan acara ini sebagai tanda
sokongan kita sebagai rakyat Malaysia.

5

Hadirin yang dihormati semua,
RAKAMAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
WARGA JPM DAN PEMAKLUMAN MENGENAI PERSARAAN
15.

Seperti mana yang hadirin sedia maklum, pada asalnya saya akan
menamatkan perkhidmatan saya dalam Perkhidmatan Awam pada 14 April
2017 (genap umur saya 60 tahun). Tapi nampaknya, ketetapan dan takdir
yang Allah tentukan untuk saya tidak tertulis seperti itu. Setelah hampir 33
tahun saya berkhidmat, saya akan bersara lebih awal iaitu pada 31 Julai 2017
atas kepentingan Negara.

16.

Walau bagaimanapun berkuatkuasa pada 1 Ogos 2017, atas kepentingan

Negara dan kehendak

stakeholders, saya akan

berkhidmat semula

menyumbangkan idea, usaha dan keringat di tempat lain, di tempat yang
sebelum ini tidak pernah terlintas langsung di fikiran saya iaitu Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sebagai Timbalan Pengerusi.
17.

Untuk makluman semua juga, saya bakal digantikan oleh YBhg Datuk Mohd
Zuki bin Ali, yang pada masa ini memegang jawatan sebagai Setiausaha
Persekutuan Negeri Sarawak. Saya berharap semua dapat memberi
kerjasama yang erat dan memberi peluang kepada beliau untuk menggalas
tugas dan cabaran di JPM ini.

18.

Saya mula berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tadbir dan

Diplomatik

dengan

jawatan

Penolong

Setiausaha

di

Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam pada 9 Januari 1984. Selepas itu saya telah berkhidmat
di beberapa Kementerian dan Jabatan termasuk di Kerajaan Negeri Negeri
Sembilan dan Kerajaan Negeri Melaka.
19.

Kemudiannya saya berkhidmat di bawah JPM sebagai SUB BPH pada tahun
2006, SUB Kewangan dan Pembangunan JPM pada tahun 2007, TKSU JPM
pada 2008 dan memulakan tugas sebagai TKSUK pada tahun 2011 sehingga
sekarang. Sesungguhnya, selama lebih 11 tahun saya di JPM, banyak
6

pengalaman, kenangan pahit dan manis yang saya perolehi dan tidak akan
saya lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya JPM sangat dekat di hati saya.
20.

Memandangkan perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir saya
bersama YBhg Datuk/tuan/puan semua, saya mengambil kesempatan ini
untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya yang
tidak terhingga kepada anda semua yang menjadi tulang belakang kepada
tahap kecemerlangan yang dicapai oleh Jabatan Perdana Menteri hingga
pada hari ini. Terima kasih kerana banyak membantu saya dalam
menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dengan
sebaik mungkin. Tanpa tuan/puan semua, saya tidak akan mampu
menggalas tugas dan beban yang ditanggung selama ini.

21.

Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada YBhg
Datuk/tuan/puan semua di atas apa jua kesalahan saya sepanjang saya di
JPM sama ada yang disengajakan mahupun tidak. Sesungguhnya tiada
sebab untuk saya marah melainkan sebagai teguran berguna dan bagi
memastikan semua kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan lancar demi
menjaga kepentingan stakeholders dan nama baik JPM khususnya.

22.

Apa yang penting, di dalam penjawat awam ini, kita perlu ada keikhlasan
dalam melaksanakan tugas dan sentiasa memaafi antara satu sama lain.
Dalam tugasan ini juga, kita perlu menimbulkan semangat networking yang
baik di dalam persekitaran tugasan kita.

PENUTUP
Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
23.

Saya mendoakan supaya Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan yang baru akan dapat meneruskan
budaya kecemerlangan yang dicapai JPM pada hari ini. Saya juga
mengharapkan agar tuan/puan terus memberikan sokongan yang padu
7

kepada beliau dan terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan
integriti yang tinggi.
24.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian
Wilayah Persekutuan dan Unit Jawatankuasa Kerja Tanah sebagai pihak
penganjur bersama program atas usaha mengadakan persiapan dan
menyelaras perhimpunan pada kali ini.

25.

Akhir kalam, saya sudahi ucapan saya dengan pantun:
Bunga kembang di pagi hari,
Burung kelicap mencari teman,
Saya menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Tanam Kemboja batasnya rata,
Pucuk terjuntai di atas titi,
Budi semua saya tak lupa,
Telah terpahat di dalam hati.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehkah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah berjumpa lagi..

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

8