Analisis masalah bahasa dan komunikasi
Analisis masalah bahasa dan komunikasi (kekuatan dan kelemahan)
Jika dianalisis masalah bahasa dan Aiman ini, kita boleh bahagikan kepada masalah
dalam fonologi, sintaksis,morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari segi
komunikasi, Aiman lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal kepada
orang ramai. Di sini terdapat kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam setiap
aspek seperti yang dinyatakn seperti tadi. Jadi saya akan membincangkan
kelemahan dan kekuatan bagi setiap aspek itu.
Fonologi.
Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Aiman ialah, Aiman dapat
menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa
kelemahan yang ditunjuk oleh Aiman terutama sekali nada yang dikeluarkan oleh
Aiman semasa mengeluarkan bunyi. Didapati, kadang-kala Aiman akan
mengeluarkan perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu dari rendah ke
tinggi secara tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit kekeliruan
mengenai apa yang ingin disampaikan oleh Aiman. Dalam erti kata yang lain,
kanak-kanak ini tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Selain itu,
kadangkala kanak-kanak ini juga kelihatan bernyanyi apabila ingin menuturkan
sesuatu. Hal ini jelas menunjukkan kanak-kanak ini mengalami masalah dalam
suprasegmental.
Menurut (Goldfarb, Braunstein & Horge, 1956) individu yang mengalami autism
seringkali mempunyai masalah luahan yang rendah dalam suara dan bercakap
dalam “ekanada”. (Fag &Schuler,1980) pula menyatakan bahawa individu autisme
ini mempunyai masalah luahan suara disebabkan oleh ketidakupayaan memproses
cirri-ciri suprasegmental dalam pertuturan. Namun begitu, kekuatan yang boleh
digunakan oleh kanak-kanak ini ialah, kelebihan kanak-kanak untuk bernyanyi.
Menurut guru kelasnya, Aiman pernah menjadi johan dalam juara nyanyian di
kalangan pelajar pendidikan khas. Hal ini menunjukkan walaupun kelemahan Aiman
ini boleh memberi tafsiran dan makna yang negatif namun kelebihan yang ada
dapat digunakan oleh Aiman untuk mengasah bakatnya yang terpendam itu.
Sintaksis
Dari aspek pembinaan ayat, didapati Aiman tidak dapat menuturkan ayat dengan
panjang. Aiman juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.
Sebagai contoh, jika kita hanya menanyakan adakah Aiman ingin mandi, Aiman
hanya menjawab “tak nak” sambil menggeleng. Di samping itu, jika kita cuba
berkomunikasi secara bertutur dengannya, kanak-kanak ini tidak akan
mengeluarkan perkataan dengan baik. Seolah-olah kanak-kanak ini tidak tahu
berbahasa walaupun hakikatnya kanak-kanak ini jika bertutur, kita dapat
memahami sebutannya itu.Faktor yang menjurus ini mungkin disebabkan oleh
kekurangan bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem bahasa dalam diri
kanak-kanak ini. Dalam erti kata yang lain, pertuturan kanak-kanak ini kelihatan
agak kompleks dan sukar untuk kita dekati supaya bertutur dengan kita lebih jelas.
Bartak, Rutter & Cox(1975) membandingkan perkembangan sintaksis pada diri
kanak-kanak autisme dan dysphasia(kecacatan bahasa khusus). Mereka mendapati
walaupun kanak-kanak tersebut lebih kepada ukuran maksud pengucapan, namun
kanak-kanak autism menunjukkan reaksi yang lebih teruk dalam ujian pemahaman
bahasa. Mereka juga mendapati kesukaran pertuturan kanak-kanak autism lebih
luas, melibatkan penggunaan dan pemahaman isyarat dan penulisan di samping
bahasa yang dipertuturkan.
Akan tetapi, walaupupun kanak-kanak ini tidak dapat membuat ayat dengan baik,
kanak-kanak masih lagi dapat memberi beberapa perkataan yang masih jelas dan
boleh dimengertikan
Morfologi.
Dari segi bidang morfologi, kanak-kanak ini dapat menggantikan kata ganti nama
nya dengan menamakan dirinya sebagai Aiman. Aiman juga dapat menggantikan
namanya sebagai saya. Namun dari kelemahan aspek morfologi pula, Aiman
didapati tidak tahu untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan. Disebabkan
itulah, Aiman hanya sedikit bertutur. Ini membuktikan bahawa perkembangan
bahasa Aiman tidak banyak dan tidak sama dengan kanak-kanak normal lain.
Dalam satu kajian (Fein & Waterhouse, 1979) jika dibandingkan hasil morfologi
kanak-kanak autisme dalam perkembangan skizofernia( sejenis penyakit jiwa) dan
kanak-kanak tidak upaya , didapati tiada perbezaan yang ketara sama ada yang
berkenaan dengan jumlah angka “morphemes” yang digunakan dengan kekerapan
penggunaan “morphemes” .
Semantik
Dari segi semantik, seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak ini juga mempunyai
bahasanya tersendiri iaitu bahasa idiosinkratik. (Volden & Lord ,1991),
mendefinisikan bahasa idiosinkratik sebagai penggunaan ayat atau frasa dalam
keadaan berbeza untuk menyampaikan maksud yang spesifik.
Tidak seperti kanak-kanak yang normal,jika Aiman mengelamun, beliau seringkali
mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami. Walaupun begitu, bahasa ini hanya
difahami oleh kanak-kanak ini sahaja. Oleh itu, kekuatan bahasa idiosinkratik ini
sebenarnya boleh menjadi satu medium bagi Aiman untuk berkomunikasi dengan
orang lain.
Sebagai contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar, Aiman
mungkin mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama. Maknanya
di sini, mungkin “saya” bagi Aiman ialah kamu. Walaupun dari sudut negatif kita
melihat perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut positifnya
kita mungkin boleh mengajar Aiman mengikut perspektif yang difahaminya. Apa
yang penting makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan
berbeza,
Pragmatik.
Dari segi pragmatik, Aiman merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti yang
diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Aiman tidak dapat
berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi yang
lemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Aiman didapati boleh
berkomunikasi dengan bahasanya iaitu bahasa idiosinkratik. Jadi ini menjelaskan
Aiman mempunyai keunikan tersendiri. Semasa pengamatan saya, matanya akan
terpejam secara tiba-tiba ataupun terkebil jika berbahasa dengan secara sendirinya.
Kita sebagai pendidik seharusnya harus cuba memahami isyarat dan mesej yang
ingin disampaikan bagi memudahkan kita untuk melakukan proses pembelajaran
dan pengajaran
Masalah Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak Autisme
Pengenalan
Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang
berkategori kanak-kanak khas. Antara contoh kanak-kanak yang akan mengalami
masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak sindrom sown,
cerebral palsi, autisme dan lain –lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan
seorang kanak-kanak seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang
terdiri daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi , sintaksis , semantik dan
pragmatik. Manakala masalah komunikasi pula terjadi apabila terdapat satu
penyimpanan daripada pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal
mengganggu komunikasi. Contohnya adalah seperti kesengauan dan juga gagap di
kalangan kanak-kanak.
Bagi artikel kali ini saya akan mengutarakan beberapa masalah bahasa dan
komunikasi yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme. Sebelum kita mengetahui
masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme ini eloklah dulu jika kita
mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kanak-kanak autisme ini.
Menurut istilah.Autisme berasal dari perkataan autos iaitu diri sendiri dan isme yang
bermaksud aliran. Jadi dalam erti kata lain kanak-kanak autisme diertikan sebagai
kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Oleh sebab itu, jika kita lihat
kanak-kanak ini sukar didekati dan berkomunikasi secara verbal. Hal ini kerana,
seperti yang sedia maklum, kanak-kanak autism adalah merupakan seorang kanakkanak yang sukar untuk didekati kerana sikapnya yang suka untuk bersendirian.
Autism merupakan salah satu daripada kecacatan yang kadangkala dipanggil “
pervasive developmental disorders” ataupun autisme spectrum. Walaupun
symptom autism berbeza, namun terdapat beberapa perwatakan yang biasa. Ini
termasuklah, kelemahan interaksi sosial yang seperti saya telah katakan tadi.
Perbezaan dalam hubungan sosial kemungkinan ciri yang paling menonjol dalam
spectrum disorders. Kanak-kanak ini kebiasaannya sukar memberi respons kepada
ibubapa ataupun penjaga yang lain.
Anggaran menunjukkan bahawa sesetengah daripada mereka tidak faham apa
yang dipertuturkan.(Rutter and Shoppler, 1987) . Kesukaran komunikasi dan
berbahasa adalah bukti bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengalami autism dan
ini berlanjutan sehingga dewasa. Selain itu juga, kanak-kanak autism sering
berkelakuan aneh dan berbeza berbanding budak normal yang lain. Kanak-kanak ini
sering dianggap berkelakuan pelik seperti suka memukul kepala mereka, menepuk
tangan dan membuat apa saja yang mereka suka. Mereka juga akan merasa sedih
jika terdapat sesuatu yang berlainan daripada asal.(Puttar& Schopler, 1987).
Antara sebab-sebab yang menyebabkan autism ini ialah disebabkan faktor genetik.
Selain itu ada juga mencadangkan kecacatan dalam sistem otak mungkin
menyebabkan kesukaran dalam memproses maklumat dan kelakuan streotaip pada
kanak-kanak autism.(Tanguny&Edwards,1992). Folstein &Rutter (1988) pula
mengatakan punca autism adalah organic daripada psikososial. Mungkin ini sahaja
yang dikatakan mengenai autism, namun punca sebenar untuk autism masih belum
diketahui. Seterusnya, saya akan mula membincangkan mengenai kajian kes
mengenai kanak-kanak autism yang telah saya kaji semasa mengikuti program PBS
yang lalu. Berikut adalah merupakan hasil dapatan yang saya perolehi. (rujuk kajian
kes di bawah)
LAPORAN PEMERHATIAN
Kategori dan ciri-ciri.
Aiman ( bukan nama sebenar) adalah merupakan kanak-kanak yang dikategorikan
sebagai kanak-kanak autisme. Dari aspek fizikal, kanak-kanak ini mempunyai ciriciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri
kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak seperti kanak-kanak normal
yang lain, Aiman didapati lebih suka untuk bersendirian dan tidak gemar untuk
bersosial dengan rakan-rakan sekelasnya. Hal ini jelas menunjukkan Aiman lebih
suka untuk melakukan sesuatu aktiviti secara sendirian.
Selain itu, Aiman juga seringkali melakukan aktiviti yang disukainya iaitu
memperbetulkan stokin. Boleh dikatakan setiap 5 minit Aiman akan sentiasa
memperbetulkan stokin dengan menarik ke atas. Selepas itu, Aiman akan mula
termenung dan mengomel secara bersendiriannya. Dari segi aktiviti bermain,
didapati Aiman tidak berapa memberi tumpuan terhadap aktiviti bermain yang
dilakukan. Ini mungkin disebabkan aktiviti bermain seperti bermain bola tidak
menjadi aktiviti yang digemari oleh beliau. Dari pengamatan saya, Aiman hanya
menggemari permainan puzzle, jadi tidak hairan sekiranya Aiman boleh bermain
puzzle dengan sendirian dan boleh menyiapkan dengan lebih cepat berbanding
rakan-rakan yang lain.Selain itu, semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran,
didapati Aiman juga sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.
Ini kerana tumpuan yang diberikan tidak lama.
Bahasa dan komunikasi
Melalui pemerhatian saya, Aiman boleh menuturkan beberapa perkataan dengan
jelas namun perbendaharaan kata yang dimiliki adalah sangat terhad. Ini mungkin
adalah disebabkan beberapa faktor. Pertama sekali adalah disebabkan sikap
antisosial Aiman yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini. Apabila ini berlaku maka
pertukaran bahasa dengan kekerapan yang tinggi tidak akan berlaku. Dalam erti
kata lain, Aiman mungkin tidak mendapat perkataan atau lambang bahasa baru
disebabkan sikapnya yang lebih suka bersendirian.
Selain itu, sikapnya yang tidak memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran juga menyebabkan Aiman mungkin tidak dapat menguasai
perbendaharaan kata yang baru. Dari segi fonologi bagaimana pun Aiman dapat
menuturkan bunyi bahasa dengan baik.
Semasa pemerhatian saya juga,didapati kanak-kanak ini seringkali membunyikan
sesuatu yang agak kurang difahami terutama sekali jika kanak-kanak ini
bersendirian. Dalam erti kata yang lain “bubling” juga merupakan salah satu aspek
yang terdapat kepada pencirian kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga didapati lebih
suka bernyanyi dan bercakap bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
ini hanya akan berkomunikasi dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja.
Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat mengungkapkan ayat
yang panjang. Ini adalah disebabkan faktor bahasanya yang terhad tadi. Seperti
kanak-kanak normal yang lain, Aiman juga mengalami echolalia iaitu jenis “delayed
echolalia”. Sebagai contoh semasa proses pembelajaran, Aiman tidak akan
menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yang
disukainya iaitu membetulkan stokinnya. Kanak-kanak ini juga tidak akan
menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh guru kelasnya,namun, setelah tamat
proses pembelajaran Aiman akan secara spontan menyebut beberapa perkataan
yang telah diungkapkan oleh gurunya tadi.
Dari aspek komunikasi, Aiman merupakan kategori yang agak sukar untuk
berkomunikasi dengannya. Ini adalah disebabkan sikapnya yang lebih menyendiri
dan tidak akan menumpukan apa jua yang akan diperkatakan oleh kita kepadanya.
Walaupun kita masih mendapatkan “eye contact” dengannya, namun hanya
beberapa seketika sahaja. Seterusnya Aiman akan terus mengelamun dan pergi ke
tempat yang lain. Jadi, proses komunikasi bersama Aiman agak sukar. Akibat
daripada ini, maka proses pertukaran maklumat dengan Aiman tidak dapat berlaku .
Jadi untuk mengetahui dan memahami kehendak Aiman akhirnya menjadi agak
sukar.
Dari aspek non verbal Aiman juga mempamerkan beberapa contoh mimik muka
sebagai bahasa isyarat yang dikeluarkan olehnya. Sebagai contoh sekiranya dia
mula hilang tumpuan, Aiman akan mula mempamerkan raut wajah yang
menunjukkan dia sudah jemu seperti mencebik. Selain itu, Aiman juga akan
menggelengkan kepala untuk membantah dan tidak mahu melakukan sesuatu
arahan kepadanya.
Melalui pemerhatian saya juga, Aiman juga mengalami masalah untuk menaksirkan
mesej atau pun kod bahasa. Ini kerana, untuk bertutur dan memberi arahan kepada
Aiman, kita perlu menunjukkan beberapa contoh sebagai tunjuk ajar. Sebagai
contoh, untuk menyuruh Aiman memasukkan bola dalam bakul, Aiman kelihatan
agak lambat untuk menaksirkan arahan yang disuruh, jadi contoh secara realistik
perlu ditunjukkan dan diajar kepada kanak-kanak ini.