View of ZAKAT: INSTRUMEN PENINGKATKAN SOSIOEKONOMI UMAT ISLAM

3
ZAKAT: INSTRUMEN PENINGKATKAN
SOSIOEKONOMI UMAT ISLAM
Amirulhakim bin Ahmad Nadzri
Jurusan Syariah Kolej Islam As-Sofa (KIS)
Ampang, Malaysia

ABSTRACT: This article discussing about zakat, which is
one of the laws of Islam and an obligation for all Muslims.
Zakat distribution apply to these eight group of asnaf, that
are enshrined in the Holy Quran which is in Surah AtTaubat paragraph 60. However, nowadays, this distribution
should suit the age, and if we look closer, Zakat are use to
develop or add another group of entrepreneurs which will
further develop the socioeconomic Muslims and thus can
develop the country and discuss the concepts and opinions of
scholars associated with this problem.
Keywords: Zakat, entrepreneurs, socio-economic development.
Pendahuluan
Islam merupakan ad-Din (agama) yang membawa dan menyeru
kepada umatnya supaya mempunyai sifat tolong-menolong (Ta’awun)
antara satu sama lain. Dengan seruan itu, maka terserlah bahawa

Islam adalah agama yang membawa kepada rahmat dan kesejahteraan,
secara tidak langsung menonjolkan kebencian kepada segala bentuk
penindasan, pencabulan hak dan penafian kebebasan kepada
penganutnya.
Salah satu bukti yang menunjukkan bahawa agama Islam itu
agama tolong – menolong adalah dengan mewajibkan penganutnya
mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan untuk membantu
golongan yang memerlukan pembelaan, seterusnya menjamin
kemakmuran dalam masyarakat. Pada dasarnya, zakat merupakan
rukun Islam keempat, yang mana ia bukan hanya berkonsepkan

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 36

hablum minallah (hubungan dengan Allah) semata-mata, malah yang
lebih besar ia berkonsepkan hablum minannas (hubungan sesama
manusia), yang mana dengannya dapat membawa kepada
ketamadunan bagi manusia.
Namun begitu, jika mereka ingkar membayar zakat sedangkan
mengetahui tentang kewajipan serta kepentingannya, maka mereka
akan mendapat balasan daripada Allah S.W.T. Kekuatan yang dimiliki

oleh dana zakat ini amat besar sehingga mampu memberikan impak
yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia telah berlaku
semasa pemerintahan khulafa‟ al-Rasyidin sehinggakan sumber
kewangan negara dan perkembangan ekonomi mencapai tahap yang
amat memberangsangkan.

Denifisi Zakat
Zakat menurut bahasa beerti tumbuh dan bertambah 1. Ia juga
seolah-olah menyucikan semua baki harta daripada syubhat
(kesamaran) dan melepaskannya daripada segala hak yang berkaitan
dengannya, khususnya hak-hak orang yang memerlukan dan orangorang fakir. Ia juga pada dasarnya adalah satu bentuk pemberian
secara sukarela kepada mana-mana pihak dengan tujuan untuk
mendapat pahala daripada Allah S.W.T2.
Menurut istilah syara‟ zakat ertinya nama dari sejumlah harta
yang diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat
tertentu.3 Jika ditinjau pengertian zakat menurut pendapat pelbagai
mazhab adalah pemberian hak pemilikan ke atas sebahagian harta
tertentu dari harta tertentu kepada orang tertentu yang telah
ditentukan oleh syariat, semata-mata kerana Allah, ini adalah
pendapat Hanafiyyah. Sedangkan menurut Malikiyyah ertinya

mengeluarkan sebahagian harta tertentu dari harta tertentu yang telah
sampai nisab kepada orang yang berhak menerima, jika sempurna
milik, haul (genap satu tahun) telah sempurna selain barang galian,
1

2

3

Wahbah az-Zuhaili, , Zakat Kajian Berbagai Mazhab (Bandung: PT Remaja
Rosdakarya, 2008) Diterjemah oleh Agus Efendi dan Bahruddin Fananny (Teks
asal dalam bahasa Arab) h. 82.
Mahmmod Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2003) h. 4.
Taqiyuddin Abubakar bin Muhammad Alhusaini, Kifayatul Akhyar Kelengkapan
Orang Shalih (surabaya: Bina Iman, 2007) Diterjemah oleh Syarifuddin Anwar
dan Mishbah Musthafa (Teks asal dalam bahasa Arab) h. 386.

37 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055


tanaman dan harta temuan. Selain itu, menurut Syafi‟iyyah zakat
adalah nama bagi barang yang dikeluarkan untuk harta atau badan
(diri manusia untuk zakat fitrah) kepada pihak tertentu. Seterusnya
Hanabilah memberi definisi zakat adalah hak yang wajib pada harta
tertentu kepada kelompok tertentu pada waktu tertentu.4

Dalil Kewajipan Zakat
Dalil dari al-Quran:
        
“ Dan laksanakan solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul
(Muhammad) agar kamu diberi rahmat”.5
Selain itu:
       
“ Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan rukuklah beserta
orang yang rukuk”. 6
Seterusnya:
             
      
“Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari
mengingati Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka

takut kepada ketika hati dan penglihatan menjadi guncang (hari
kiamat)”7

4

Wahbah Az-Zuhaili, Fiqh Islami Wa-Adillatuhu alih bahasa, cet. ke- 10 (Jakarta:
Gema Insani, 2007) Diterjemah oleh Abdul Hayyie al-kattani et al (Teks asal
dalam bahasa Arab) h. 165.
5
An-Nur (24) : 56.
6
Al-Baqarah (2) : 43.
7
An-Nur (24) : 37.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 38

Dari dalil-dalil di atas, jelaslah bahwa zakat itu merupakan
tuntutan agama, yang mana tuntutan zakat dinyatakan selepas
tuntutan solat, dan solat merupakan tiang agama. Sehubungan itu,

tuntutan melakukan zakat amat dititikberatkan oleh Islam.
Adapun dari dari hadits nabi:

‫ َع َعا رس ُع ِع‬:‫َع َعا‬
‫ اُعِع َعِن ِعإل ْعس َعَل ُعم َعلَعى‬:‫صلَّى ّعّللُع َعلَعْعيو َعو َعسلَّم‬
‫وا ّعّلل َع‬
‫َع ُع‬
‫َع ْع اْع ِع ُع َع َع‬
‫وا َِّع‬
َّ ‫ َعوأ‬،‫ َعش َعه َعدةَع أ ْعَعن الَع إلَع َعو إَعالَّ َّّللُع‬: ‫َعْع ٍس‬
،‫لصَلَعِعة‬
‫َعن ُعُمَع ّع ًد َع ْعب ُعدهُع َعوَعر ُعس ُع‬
َّ ‫ َعوإِع َع ِعم‬،‫ّلل‬
‫ِع ِع‬
‫ِع‬
.‫ص ْعوِعم َعرَع َع َعن‬
‫ َعو َع‬، ‫ َعو َع ِعّع لبَعَبْعي‬،‫َعوإِع يَع ا َّللَع ة‬
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW bersabda, Islam ditegakkan
di atas lima (perkara): (pertama) bersaksi bahawa tiada Ilah (yang patut
diibadahi) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul utusan

Allah, (kedua) menegakkan solat, (ketiga) mengeluarkan zakat,
(keempat) menunaikan ibadah haji, dan (kelima) melaksanakan siyam
(puasa) Ramadhan.” (Muttafaqun Alaih). 8

‫ِع‬
َّ ‫َع ْع اْع ِع َعبَّ ٍسس َعر ِعضي ّعّللُع َع ْعنَب ُعه َع أ‬
‫صلَّى َّّللُع َعلَعْعي ِعو َعو َعسلَّ َعم اَعَب َعع َع‬
َّ ‫َعن لنِع‬
‫َِّب َع‬
‫ث ُع َعع ًذ َعرض َعي ّعّللُع‬
‫َع‬
‫ِع‬
‫ِع‬
‫ َع ْعن ُعى ْعم‬،‫وا َّّللُع‬
‫َعّن َعر ُعس ُع‬
‫ ْعد ُع ُعه ْعم إِع َع َعش َعه َعدة ْع‬:‫َع ْعنوُع إِع َع ليَع َع ِع َعَب َع َعا‬
‫أن الَع إِع َعلو إِعالَّ ّعّللُع َعوأِعّع‬
‫ِع ِع‬
َّ ‫ك َعأَع ْعلِع ْع ُعه ْعم أ‬
‫صلَع َعو ٍست ِعِف ُع ِعّعل َعَب ْعوٍسم‬

‫أَعطَع ُع ْعو ل َعذ ل َع‬
‫َعن َّّللَع تَعَب َعع َع ْعَبيَعَبَع َع‬
‫ض َعلَعْعي ِعهم َعْع َع َع‬
‫ِع ِع‬
‫ِع‬
َّ ‫ك َعأَع ْعلِع ْع ُعه ْعم أ‬
‫ َعِعإ ْعن ُعى ْعم أَعطَع ُعو ل َعذ ل َع‬،‫َعولَعْعيَبلَع ٍسة‬
‫َعن َّّللَع ْعَبيَعَبَع َع‬
‫ض َعلَعْعي ِعه ْعم َع‬
‫ص َعد َع ًة تَبُع ْعؤ َعخ ُعذ ْع‬
.‫أَع ْعنِعيَع اِع ِعهم َعوتَبُعَع ُّدد َعلَعى ُعَب َع َع اِع ِعه ْعم‬
“ Dari Ibni „Abbas R.A bahwa Nabi Muhammad SAW mengutuskan
Mu‟az R.A ke Yaman maka bersabda: Serulah mereka agar meyakini
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Muhammad adalah
rasul-Nya, bila mereka menyambut seruanmu itu, barulah ajarkan
bahwa Allah mewajibkan mereka bersolat lima waktu sehari, dan
apabila mereka melakukannya barulah kamu memberitahu mereka
bahawa Allah mewajibkan mereka berzakat yang dikenakan kepada

8


An-Nawawi, Riyadhus Shalihin, (Jeddah: Al-Haramain, 2005), h. 483.

39 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

orang-orang yang kaya untuk diberikan kepada orang-orang miskin
dalam kalangan mereka.9
Hadith ini menunjukkan bahawa tuntutan hukum wajib bagi
zakat di dunia tidak akan terjadi melainkan setelah seseorang itu
memeluk agama Islam. Zakat adalah salah satu dari rukun Islam, maka
zakat tidaklah diwajibkan bagi orang kafir begitu juga puasa dan solat.
Apabila zakat tidak diwajibkan kepada bukan muslim, maka zakat ini
juga tidak sah seandainya dibayar oleh orang kafir. Hal ini kerana
mereka tidak memiliki pensyaratan pertama iaitu Islam.10

Asnaf Zakat Menurut Syariat
Asnaf zakat merupakan golongan-golongan yang berhak
menerima dana zakat. Pada masa kini, ramai dalam kalangan
masyarakat tidak memahami atau tidak mengetahui hakikat sebenar
asnaf-asnaf yang berhak menerima zakat. Ada dalam kalangan

masyarakat yang beranggapan bahawa asnaf zakat adalah anak yatim,
ibu tunggal dan warga emas. Tanggapan ini sebenarnya telah meleset
kerana Islam tidak pernah menggolongkan mereka termasuk di dalam
asnaf-asnaf yang layak menerima zakat.
Mereka yang layak menerima zakat (asnaf-asnaf Zakat) sudah
termaktub di dalam al-Quran. Maka ia merupakan perkara yang harus
diperhatikan oleh setiap individu yang beragama Islam. Agihan dana
zakat adalah sepertimana firman Allah S.W.T :
         

             

 
“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orangorang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya,
dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba9

Muhammad bin Ismail Al-Kahlani, Terjemahan Subulussalam, (Surabaya: Al-Ikhlas,
1991) Diterjemah oleh Abu Bakar Muhammad (Teks asal dalam bahasa Arab) h.
479.
10

Dalil-Dalil Pilihan Berkaitan Zakat (Ipoh: Majlis Agama Islam dan „Adat Melayu
Perak, 2012) h. 8.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 40

hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orangorang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum
yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari
Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.11
Berdasarkan ayat di atas, Allah telah menjelaskan mengenai
mereka yang berhak untuk menerima dana zakat. Mereka meliputi
lapan golongan yang dikenali sebagai asnaf-asnaf zakat. Huraian
mengenai asnaf zakat ini adalah seperti berikut 12:
i. Fakir
Ia merupakan golongan yang tidak mampu menyara
kehidupan keluarga pada tahap yang minimum. Selain itu,
golongan ini yang tidak meminta-minta untuk mendapatkan
sumber kewangan daripada masyarakat umum.
ii. Miskin
Orang yang memiliki sesuatu untuk menampung keperluannya
dan cukup untuk sebahagian dirinya.
iii. „Amil
Pegawai dan pemungut zakat yang dilantik oleh pemerintah
untuk mengumpul dan membahagikan harta zakat berkenaan.
Mereka akan diberi upah berdasarkan kerja pungutan yang
dilakukan.
iv. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam di mana mereka akan
diberikan wang zakat berkenaan untuk tujuan meneruskan
kehidupan sebagai seorang muslim. Ia bagi membantu mereka
khususnya jika menghadapi kesulitan berkaitan kewangan
daripada keluarga mereka yang tidak beragama Islam.
v.
Riqab
Harta zakat yang digunakan untuk membebaskan hamba.
Hamba yang dimaksudkan ialah golongan mukatab yang
berakad dengan tuan mereka untuk dibuat pembayaran bagi
tujuan pembebasan.
vi. Gharim
Orang yang dibebani hutang dan tidak mampu membayarnya.
Oleh itu, mereka akan diberikan sejumlah wang dengan tujuan
untuk melunaskan hutang mereka yang telah matang.
11
12

At-Taubah (9) : 60.
Mustafa al-Khin et al, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Kuala Lumpur: Pustaka Salam,
2009) h. 374-376.

41 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

vii.

viii.

Fisabilillah
Pemberian harta zakat kepada golongan yang berperang dan
berjuang secara sukarela demi menegakkan syiar Islam.
Sedangkan pada masa sama, perjuangan mereka itu tidak
diberikan upah dan gaji daripada orang Islam.
Ibnu Sabil
Orang yang bermusafir dengan perjalanan yang dibenarkan
syarak dan memerlukan sedikit wang bagi meneruskan
perjalanan berkenaan. Namun, jika niat perjalanannya untuk
tujuan maksiat maka pemberian harta zakat adalah dilarang
oleh syariat.

Objektif Agihan Zakat
Dalam melaksanakan tuntutan Ilahi melalui zakat, maka secara
dasarnya ia mampu memberikan keseimbangan dari aspek
pembangunan ekonomi dalam kalangan masyarakat. Bahkan jika
ditinjau dengan lebih jauh lagi, ia dijana untuk memberikan
keselesaan umat Islam di muka bumi ini secara kolektif. Namun
begitu, harus diingat bahawa sumbangan zakat yang diperolehi perlu
digunakan dengan sebaiknya dan tidak membazir. Ia adalah keperluan
optimum bagi meneruskan kehidupan secara tabie.
Selain itu, ia juga bertujuan menguatkan ikatan persaudaraan
dan kasih sayang dalam kalangan umat Islam. Hubungan ukhuwah
yang terjalin ini melalui institusi zakat boleh memberi impak yang
amat baik serta menyatupadukan umat manusia.13 Golongan yang
kurang berkemampuan akan dibantu oleh golongan yang kaya dengan
memberikan sumbangan material mengikut kadar yang telah
ditetapkan oleh syarak. Oleh itu, jika difokuskan kepada agenda
kerajaan negeri, maka secara tidak langsung ia mengurangkan kadar
kemiskinan di setiap negeri. Kesannya sudah pasti dirasai oleh
pembangunan sosioekonomi negeri berkenaan. Rentetan daripada itu
juga, pelbagai program agihan zakat boleh dilaksanakan bersesuaian
dengan keperluan semasa asnaf bagi meningkatkan pendapatan isi
rumah.

13

Hisham bin Sabri dan Zulkifli bin Hassan, Zakat : Instrumen Penyumbang
Pembentukan Usahawan (Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006) h. 219220.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 42

Seperti yang sedia maklum, individu mahupun sektor korporat
perlu membayar zakat. Sehubungan itu, sudah pasti kutipan zakat
khususnya di kawasan perindustrian contohnya sekitar Lembah Klang
memperoleh kutipan tertinggi. Perkara ini boleh dilihat seperti yang
dilakukan oleh agensi kewangan seperti Bank Pembangunan Malaysia
Berhad (Bank Pembangunan) telah menunaikan zakat perniagaan
sebanyak RM 127,111.37 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) MAIS
dalam satu majlis ringkas pada 28 April, 2005. Begitu juga beberapa
agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyerahkan
zakat perniagaanya untuk negeri Selangor sebanyak RM 3,999,081.49,
P.E.S.B Engineering Sdn. Bhd. (PESB) membayar zakat perniagaan
sebanyak RM264,522.51 dan sebagainya.14

Bentuk Agihan Zakat
Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa zakat
mempunyai dua fungsi, iaitu membersihkan harta benda dan jiwa
(fitrah) manusia.15 Seseorang yang telah mengeluarkan sebahagian
hartanya (berzakat) kepada penerima (mustahiq), bererti dia telah
menyucikan hartanya dan jiwanya
daripada mengambil atau
menggunakan hak milik orang lain dan sekaligus menunaikan ibadah
yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Perkara ini juga memupuk
diri menjadi seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan. Kedua, zakat
itu sebagai fungsi sosial iaitu sarana berhubung sesama manusia bagi
mereka yang kaya dan yang miskin.16 Dana
zakat demikian
mempunyai dimensi hablum minallah wa hablum minannas, dapat
dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan yang merupakan
salah satu masalah sosial yang ada dalam kehidupan suatu masyarakat
dalam rangka meningkatkan harkat hidup sebahagian masyarakat.
Zakat boleh berfungsi sebagai ibadah dan juga sebagai konsep
sosial. Hal ini diertikan sebagai sistem pendayagunaan zakat, yang
mana huraiannya dapat dijelaskan dengan lebih mendalam. Daripada
berbagai-bagai jenis bentuk bantuan yang dijalankan, dapatlah
disimpulkan bahawa bentuk bantuan zakat terbahagi kepada empat:17
14

Ibid.
Pedoman zakat (Jakarta: Kementerian Agama Republik Indonesia, 2006) h. 241242.
16
Ibid.
17
Ibid.

15

43 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

i.

Bentuk pertama “konsumtif tradisional”, iaitu zakat
dibahagikan kepada mustahiq untuk dibahagikan langsung,
seperti zakat fitrah yang diberikan kepada fakir miskin untuk
memenuhi keperluan harian atau zakat mal (harta) yang
dibahagikan langsung kepada mustahiq.

ii.

Bentuk kedua “konsumtif kreatif” iaitu zakat yang diwujudkan
dalam bentuk lain dari barangnya, seperti diberikan dalam
bentuk alat-alat sekolah, biasiswa, dermasiswa dan sebagainya.

iii.

Bentuk ketiga “produktif tradisional”, di mana zakat diberikan
dalam bentuk barang-barang atau keperluan-keperluan yang
produktif seperti kambing, lembu mesin jahit dan sebagainya.
Pemberian dalam bentuk ini dapat mencipta suatu usaha atau
memberikan pekerjaan baru kepada fakir dan miskin.

iv.

Bentuk keempat “produktif kreatif” iaitu zakat diwujudkan
dalam bentuk permodalan projek sosial atau membantu
menambahkan modal pedagang / pengusaha kecil.

Daripada bentuk-bentuk bantuan yang dinyatakan diatas,
pemanfaatan zakat dalam bentuk ketiga dan keempat adalah bentuk
bantuan yang sesuai dengan mustahiq fakir dan miskin yang mana ia
harus kita kembangkan dan promosikan kepada masyarakat kerana
bentuk tersebut seiring dengan syariat zakat baik dari segi fungsi
ibadah mahupun fungsi sosial yang kita harapkan.

Peranan Pemerintah dalam Mengurus Zakat
Pemerintah memainkan peranan yang besar untuk
memastikan urus tadbir zakat ini diurus dengan baik dan teratur. Hal
ini kerana, dalam mengurus tadbir zakat, memerlukan kepada suatu
sistem yang tersusun bagi menjamin matlamat syariat ibadah zakat ini
tercapai.
Jika kita lihat konteks pengurusan zakat di Malaysia,
pemerintah terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan
pengurusan zakat. Pengurusan zakat terletak di bawah bidang kuasa
pemerintah negeri, hal ini seperti termaktub di dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dalam senarai 2 (1) iaitu
Senarai Negeri. Peruntukan tersebut berbunyi :
“Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum syarak dan

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 44

undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang
menganut agama Islam, termasuk hukum syarak
berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak
berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas
kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak,
penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan
amanah bukan khairat, wakaf Islam dan ta‟rif serta
peraturan mengenai amanah khairat dan khairat
ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan
perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian
ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan
yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali
dalam Negeri, adat istiadat Melayu, zakat Fitrah dan
Baitulmal atau hasil ugama Islam yang seumpamanya,
masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam
untuk orang Islam, mengadakan dan menghukum
kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang
yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun
Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk
dalam senarai Persekutuan, keanggotaan, penyusunan
dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang
akan mempunyai bidang kuasa hanya keatas orangorang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai
mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan
ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa mengenai
kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh
undang-undang Persekutuan, mengenai perkembangan
iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang
menganut ugama Islam, menentukan perkara-perkara
hukum syarak dan iktikad dan adat Melayu”.
Daripada senarai 2 (1) Perlembagaan Persekutuan yang
dinyatakan di atas, jelaslah bahawa pemerintah diberi kuasa untuk
mentadbir urusan zakat, dan mengenai hal ehwal pengurusan zakat,
tertakluk kepada bidang kuasa negeri. Pada peringkat negeri, terdapat
juga enakmen-enakmen negeri yang mengatur pengurusan zakat
untuk negeri masing-masing, di sini penulis melampirkan satu contoh
enakmen pentadbiran negeri, antaranya:

45 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

Negeri Perak.
Undang berkaitan pentadbiran zakat bagi negeri Perak tertakluk
kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 yang di
dalamnya tertulis :
Seksyen 75. Kuasa memungut zakat dan fitrah.
“Majlis berkuasa memungut zakat dan fitrah yang
kena bayar oleh tiap-tiap orang Islam di dalam
Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut hukum
Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.”
Seksyen 76. Kuasa membuat peraturan-peraturan.
1. Majlis dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia
Sultan boleh membuat peraturan-peraturan
untuk mengawal selia semua perkara yang
berhubungan dengan pemungutan, pentadbiran
dan pembahagian zakat dan fitrah.
2. Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang
terdahulu, Majlis boleh membuat peraturanperaturan untuk:
a. menentukan dari semasa ke semasa nilai
kadar zakat dan fitrah yang kena dibayar
oleh tiap-tiap orang Islam di Negeri Perak
Darul Ridzuan;
b. mewujudkan tatacara pemungutan zakat dan
fitrah;
c. melantik amil-amil bagi pemungutan zakat
dan fitrah; dan
d. mewujudkan
kesalahan
dan
memperuntukkan hukuman bagi perkaraperkara yang berkaitan dengan pemungutan
atau penyerahan hasil pungutan zakat dan
fitrah.
Berhubung dengan kesalahan tidak membayar zakat dan fitrah
ia dimasukkan dalam Bahagian IV- kesalahan berhubung dengan
maruah agama dan institusinya dalam Enakmen Jenayah (Syariah)
Perak 1992.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 46

Seksyen 25. Tidak membayar zakat Fitrah
1. Sesiapa yang dikenakan membayar apa-apa zakat atau
fitrah enggan atau dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah itu adalah bersalah atas
sesuatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.
2. Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak
berkuasa untuk menghapuskan liabiliti tersebut.
Manakala lain-lain kesalahan berkaitan zakat dimasukkan
dalam Bahagian V- pelbagai kesalahan berhubungan dengan keadilan
dan ketenteraman awam:
Seksyen 40. Membayar zakat atau fitrah secara tidak sah
“Sesiapa yang dengan sengaja membayar atau
menyebabkan supaya dibayar zakat kepada manamana orang yang tidak diberi kuasa untuk
memungut zakat atau fitrah adalah bersalah atas
suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,
dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya.”
Seksyen 41. Memungut zakat atau fitrah secara tidak sah
“Sesiapa yang memungut zakat atau fitrah atau
menyebabkan zakat atau fitrah dipungut tanpa diberi
kuasa yang sah, adalah bersalah atas suatu kesalahan
dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau
kedua-duanya.
Mahkamah
hendaklah
memerintah pungutan itu dirampas dan diserahkan
kepada baitulmal.”
Seksyen 42. Amil tidak menyerah pungutan
1. Mana-mana orang dilantik menjadi amil di
bawah undang-undang yang berkuat kuasa yang
tidak menyerahkan pungutan sebagaimana yang
dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan

47 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

mengenainya adalah melakukan suatu kesalahan
dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.
2. Sabitan di bawah seksyen ini hendaklah tidak
berkuasa untuk menghapuskan liabiliti amil
tersebut kepada baitulmal.
Selain itu, terdapat juga satu lagi peruntukan perundangundangan yang mengatur masalah zakat di Negeri Perak, iaitu
Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah, 1975. Dalam peruntukan
undang-undang ini menyatakan :
Enakmen Pentadbiran Islam 1992. Berkaitan Zakat
dan Fitrah (1): Majlis hendaklah berkuasa
memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar dalam
Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut hukum
syarak: dengan syarat bahawa peruntukan ini hanya
berkuat kuasa setelah satu ketetapan untuk berbuat
demikian diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan
oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan serta setelah
disiarkan di dalam warta. (2) walau apa pun
peruntukan subsyeksen (1) Majlis boleh menerima
apa-apa bayaran yang dibuat dengan maksud zakat.
Daripada peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas,
sama ada peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Enakmen
Pentadbiran Islam (Perak) 2004, jelaslah pemerintah memainkan
peranan yang besar di dalam urus tadbir zakat. Hal ini kerana,
pemerintah akan memainkan fungsi siyasahnya dalam memungut dan
mengagihkan zakat. Jadi seharusnya rakyat menyerahkan urusan zakat
kepada mereka yang telah di lantik oleh pemerintah iaitu petugas
zakat sama ada urusan memungut zakat, mencari asnaf dan
mengagihkan zakat. Hal ini juga, terdapat ulama‟-ulama‟ berpendapat
sedemikian iatu pemerintah mempunyai autoriti dalam mengurus
tadbir hal ehwal zakat. Di antaranya dapat diambil dari kitab AlMajmu‟ Syarah Muhazzab juz 6 karangan imam Nawawi :

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 48

‫َعِعإ ِعن ْع يَعَبنَعَبعُع ْعو‬
‫ْعيِعيَع تً َعلَعى‬

‫لَعو طَعلَعب ألَع و َعا لظَّ ِعه ةَع وجب لَعي ِعو ليَّسلِعيم اِعَعَل ِعخ َعَل ٍس‬
‫ اَع ْعذالً لِعلطَّ َع ِعة‬،‫ف‬
‫َع َع َع َع َع ْع ْع ْع ُع‬
‫ْع َع ْع َع‬
‫ِع‬
َّ ‫ ِعأل‬،‫ْي إِع َع إِع ْعخَع ِعج َعه اِعأَعنْعَب ُعف ِعس ِعه ُعم‬
‫َعن ِع ْعِف َع ْعنعِع ِعه ُعم‬
‫َع تَعَبلَع ُعه ْعم ِعإل َع ُعم َعوإِع ْعن َع نَبُع ْعو ُعُمْعيبِع ْعَع‬
.‫ِعإل َع ِعم‬

“Jika pemerintah memungut zakat harta yang zahir wajib diserahkan
kepadanya tanpa ada perselisihan pendapat dalam kalangan ulama‟.
Sebagai tanda ketaatan, dan jika mereka (rakyat) enggan maka
pemerintah boleh memerangi mereka. Meskipun mereka rela
mengeluarkan (zakat) dengan sendiri, kerana mereka telah
meluputkan/mensia-siakan arahan pemerintah.”18
Selain itu, Al-Mawardi di dalam kitab karangannya iaitu AlAhkam Al-Sultaniyyah juga ada menyatakan mengenai masalah
pemerintah memainkan peranan dalam urus tadbir zakat menerusi
petugas-petugas zakat yang telah dilantiknya. Menurut beliau19 :
“ Jika petugas sedekah (zakat) tersebut seorang adil, maka ada
dua pendapat;
1. Bahawa perintah petugas sedekah (zakat) kepada orang
terkena wajib sedekah (zakat) adalah perintah wajib. Ertinya
mereka tidak boleh bertindak sendiri dalam mengeluarkan
sedekah (zakat)nya, dan tidak sah jika mereka
mengeluarkannya sendiri.
2. Perintah petugas sedekah (zakat) adalah perintah sunnah
untuk menimbulkan rasa patuh orang yang terkena wajib
sedekah (zakat) kepadanya. Jika orang yang terkena wajib
sedekah (zakat) bertindak sendiri dalam mengeluarkan
zakatnya, itu sudah cukup.”
Daripada pernyataan-pernyataan yang dinyatakan di atas,
jelaslah bahawa pemerintah menjadi pengurus tadbir zakat dan rakyat
harus mengikut atau patuh kepada ketentuan-ketentuan pemerintah
dalam urusan memungut dan mengagihkan zakat. Pemerintah mesti
18

19

An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Muhazzab jld 6 ( Jakarta: Pustaka Azzam, 2015) h.
167.
Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah fi Al-Wilayah ad-Diniiyyah ( Beirut: Daar ElKitab Al-Arabiy, 2006) h. 202.

49 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

membuat kebijakan siyasahnya dalam mengagihkan zakat kepada
rakyatnya supaya mereka mendapat semaksimum mungkin manfaat
dari dana zakat.

Peningkatan Ekonomi Umat Islam dengan Skim Bantuan Zakat
Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pemerintah
merupakan pengurus tadbir zakat dan mesti membuat kebijakan
siyasahnya supaya dapat memaksimumkan manfaat dana zakat kepada
rakyatnya. Oleh itu kita lihat di Malaysia, banyak lahirnya skim-skim
bantuan zakat kepada masyarakat yang telah disusun oleh pengurus
zakat di setiap negeri untuk memastikan dana zakat ini digunakan
semaksimum mungkin.
Pada peringkat permulaannya, instutusi zakat memberikan
bantuan berbentuk makanan dan wang ringgit untuk membantu
golongan yang dhaif dan miskin. Hal ini bertujuan untuk
meringankan beban keluarga sekaligus memberikan keselesaan kepada
mereka. Namun, dalam konteks negara sekarang, pihak pengurusan
zakat telah memikirkan cara bagaimana mengelakkan keluarga fakir
dan miskin ini terus mendapat sumbangan kewangan tanpa
mempunyai semangat berdikari serta sikap kebergantungan kepada
pusat zakat khususnya. Oleh itu, pada masa sekarang satu anjakan
paradigma telah dilakukan oleh pihak pengurusan zakat.
Sebagai contoh, pada tahun 2013, pihak Majlis Agama Islam
dan „Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menambah baik bentuk
bantuan para asnaf dengan meningkatkan pendapatan isi rumah
tanpa bergantung kepada bantuan bulanan sahaja. Satu skim iaitu
Skim Bantuan Modal telah disediakan dengan menggalakkan para
asnaf untuk berdikari dengan berusaha meningkatkan pendapatan
melalui aktiviti perekonomian yang melibatkan aktiviti perniagaan
perniagaan, pertanian, perikanan, penternakan, dan perkhidmatan.
Skim ini berlandaskan konsep memberi kail, bukan ikan.20
Berpandukan kepada jadual 1 di bawah ini, jumlah penerima
Bantuan Modal Perniagaan pada tahun 2012 adalah sebanyak 174
orang dan meningkat kepada 191 orang penerima pada tahun 2013.

20

Laporan Tahunan 2013, ( Ipoh: Majlis Agama Islam Dan „Adat Melayu Perak,
2014) h. 38.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 50

Jumlah agihan juga turut meningkat daripada RM 0.85 juta pada 2012
kepada 1.21 juta bagi tahun 2013.
Table 1: Statistik Penerima Bantuan Modal Perniagaan Bagi Tahun
2010-2013
Tahun

Jumlah Penerima (Orang)

Jumlah Bantuan (RM)

2010

60

0.51 juta

2011

321

0.63 juta

2012

174

0.86 juta

2013

191

1.21 juta

Daripada statistik yang dinyatakan di atas, menunjukkan
peruntukan untuk bantuan modal meningkat untuk setiap tahun.
Secara tidak langsung, maka bertambahlah golongan usahawan yang
dahulunya merupakan fakir dan miskin, berubah menjadi seorang
usahawan, maka akan berkurang jumlah fakir dan miskin seterusnya
dapat meningkat produktiviti dalam ekonomi negara. Bentuk bantuan
seperti ini tidak menyalahi syarak, dan ia selari dengan pendapat para
ulama‟, antaranya :
i.

Pendapat Imam Zainuddin bin Abdul Aziz Al-Malibary dalam
kitabnya Fathul Muin menyatakan:

‫ِع‬
‫ِع ِع‬
‫س َع ٍسا َع ْعك ِعفْعي ِعو ِعر ْع ُعجوُع َع لِعبً َعْعوِع ْع َع ًة‬
‫َعَبيُعَب ْععطَعى ُع ُّدل ْعنَب ُعه َع إ ْعن تَعَب َعع َّوَعد ِتَع َعرًة َعرأْع َع‬
‫ وَع ْع َعْع ًْع ِعس ْع ِع ْع َع ًة وَعال ِعِتَع رًة َبُع ْععطَعى ِع َعفيَع َعة لعُع ْع ِع للَعلِع ِع‬، ‫لَعيَعَب َعه‬
.‫ب‬
‫َع َع‬
‫َع‬
“Fakir dan miskin jika boleh berniaga diberi modal agar
keuntungannya boleh mencukupi mereka. Jika mereka boleh
bekerja, maka mereka diberi alatnya. Jika tidak boleh berniaga
mahupun kerja, maka ia diberi wang untuk mencukupi
keperluannya sesuai dengan umur kebiasaannya”. 21

21

Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary, Terjemahan Fathul Mu’in, (Bandung:
Husaini Bandung, 2003) Diterjemah oleh Achmad Najieh (Teks asal dalam
Bahasa Arab) h. 30.

51 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

ii.

Pendapat Imam Ramly dalam kitab Syarah Al-Minhaj li alNawawi yang menerangkan pendistribusian harta zakat bagi
orang miskin untuk memenuhi keperluan dasarnya serta
dimungkinkan pembelian aset untuknya sebagai berikut:

‫ِع ِع ِع‬
‫ْي إِع ْعن َعْع ُعْع ِعس ُع ُع ُّدل ِع ْعنَب ُعه َع َع ْعسبً ِعِعِب ْع َعٍسة َعوالَع ِعِتَعَعٍسة َبُع ْععطَعى‬
‫إَع َّن َعلف ْعِعْي َعو مل ْعسك ْعَع‬
‫ِع َعف َعَعة َع اَعِع ي ِع ْع ُع ْع ِع للَع لِع ِع‬
َّ ‫ب ِعألَع ْع ثَع لِعِعو ِع ْعِف اَعَبلَع ِعد ِعه ِعأل‬
‫ َعوالَع‬،‫ص َعد إِع ْعنَع ُعؤهُع‬
‫َعن ل َع ْع‬
‫َع‬
‫ ولَعي مل د اِعِعإ طَع اِع‬،‫ َعِعإ ْعن زد ه لَعي ِعو أُع ِعطي اِعسن ٍسة‬. ‫َع صل إِعالَّ اِع َعذ لِعك‬
‫َع َع ُع ْع ُعُع َع ْع ْع َع َع َع َع ْع َع َع ُع ْع‬
‫َع‬
‫ْع ُع ُع‬
‫ُع‬
‫ِع‬
‫ِع‬
‫ِع‬
‫ِع ِع‬
‫َع ْع الَع ُعْع ِعس ُع َع‬
‫ب إِع ْعطَع ُعؤهُع نَعَب ْع ًد َع ْعكفْعي ِعو تِعلْع َع‬
‫ك ملُعدَّة اَع ْعل َع َع ْعكفْعيو َعد َعخلُعوُع ْعنوُع‬
‫لك ْعس َع‬
‫ِع‬
.‫ث َع ْعنوُع‬
‫َعَبيَع ْع َعِع َع لَعوُع اِعِعو َع َع ًر َع ْعسيَعلِعلَّ َعو َعوَعَب ْعليَعِعِن اِعِعو َع ِع َّللَع ِعة َعَبيَع ْع ل ُعكوُع َعوَبُعَعوّعِعر ُع‬
“Orang fakir dan miskin, bila keduanya tidak mampu untuk
bekerja dengan satu keahlian atau perdagangan diberi harta
zakat sekiranya cukup untuk keperluan seumur hidupnya
dengan ukuran umur manusia yang umum di negerinya,
kerana harta zakat dimaksudkan untuk memberi seukuran
kecukupan / kelayakan hidup. Kalau umurnya melebihi
kebiasaan umumnya manusia, maka akan diberi setiap tahun
seukuran keperluan hidupnya selama setahun. Dan tidaklah
dimaksudkan di sini, orang yang tidak dapat berkerja,
diberikan dana tunai seukuran masa tersebut, akan tetapi dia
diberi dana di mana ia sewakan, sehingga ia tidak lagi menjadi
mustahiq zakat”
Daripada pendapat ulama‟ yang telah dinyatakan di atas,
menunjukkan bahawa, mereka menyokong cara agihan zakat secara
produktif kerana dengan cara tersebut akan meningkatkan ekonomi
seterusnya dapat mengeluarkan seseorang itu dari belenggu
kemiskinan yang menyebabkan mereka meminta-minta dari pihak
yang lain, dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada insan lain
dengan mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dengan
mengadakan peluang pekerjaan yang baru.
Melalui skim bantuan zakat ini, sebenarnya banyak kebaikan
bagi golongan asnaf yang memberanikan diri menceburi sesuatu
bidang yang mencabar ialah mereka mampu memberi ruang pekerjaan
kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan selain menambah

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 52

rezeki seseorang asnaf berkenaan. Secara tidak langsung, ruang rezeki
itu akan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi umat
Islam amnya.
Namun begitu, proses pemantauan dan penganalisaan perlu
diteliti. Ia merangkumi semasa memilih asnaf yang mempunyai minat
yang tinggi dalam perniagaan dan proses menjaga penyelarasan
perniagaan selepas perniagaan itu dijalankan. Pemantauan ini perlu
untuk menjaga kewangan yang sudah pasti melibatkan aliran wang
tunai. (Perlaksanaannya boleh diilustrasikan seperti berikut) : 22
Bagan 1. Model Proses “ Turning Over”

Agihan Zakat

Penerima Zakat

Proses Rekrut usahawan melalui pendekatan
modul dan bengkel

Usahawan Asnaf

Pantau Kewangan (Penyata Kewangan)

Pengeluaran Hasil (Untung)

Pembayaran Zakat (Fitrah/ Perniagaan /
Pendapatan)

Pengumpulan dana [zakat oleh Pusat zakat

22

Hisham bin Sabri dan Zulkifli bin Hassan, Zakat : Instrumen Penyumbang
Pembentukan Usahawan (Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006) h. 225.

53 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

Model ini berupaya menjana jaminan sosial yang lebih
progresif. Kesannya sudah pasti memberi rangsangan kepada umat
Islam amnya. Pengeluaran zakat yang dahulunya diperoleh oleh asnaf,
telah dijana semula oleh mereka sehingga mereka mampu membayar
zakat kepada pemberi modal iaitu badan pengurus zakat negeri.
Kesannya golongan ini tidak lagi menerima zakat malah mereka
pula yang mengeluarkan zakat. Dalam erti kata lain, setelah seseorang
itu berjaya dalam bidang yang telah diceburi dengan hasil bantuan
dana zakat, maka proses ini akan dipanggil proses “turning over”. Jika
suatu ketika dahulu seseorang itu mendapat bantuan dari dana zakat,
maka sekarang berlaku sebaliknya iaitu mereka telah menjadi
pembayar zakat. Seterusnya hasil bayaran zakat yang mereka berikan
kepada badan pengurus zakat akan disalurkan kepada mereka yang
berbakat dalam keusahawanan melalui skim bantuan modal. Secara
tidak langsung, proses ini dapat meningkatkan sosio ekonomi umat
Islam.

Penutup
Zakat secara umumnya untuk membantu golongan asnaf yang
mana golongan ini diterima syarak. Zakat juga berperanan dalam
membangunkan sosioekonomi umat Islam. Dengan mengemaskini
skim bantuan zakat, maka golongan asnaf dapat menukar hidup
daripada seorang fakir miskin yang menerima zakat menjadi seorang
muzakki iaitu mengeluarkan zakat.
Berdasarkan masalah yang diutarakan di atas, kita dapati
bahawa badan pengurus zakat diperlukan dalam memastikan zakat ini
dimanfaatkan semaksimum mungkin. Sehubungan dengan itu,
langkah yang perlu diambil oleh sesetengah organisasi zakat adalah
membina struktur pentadbirannya meliputi pakar dalam bidang
pemasaran, sains teknologi dan sebagainya. Hal ini mampu
meningkatkan sosioekonomi umat Islam. Kewujudan skim ini adalah
satu anjakan paradigma dalam sosial umat Islam demi memartabatkan
Islam seantero dunia.

Amirulhakim – Zakat: Instrumen Peningkatan Sosioekonomi Umat Islam 54

Bibliografi
Al-Quran dan Terjemahan (Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman,
2004).
Al-Mawardi, Al-Ahkam al-Sultaniyyah fi Al-Wilayah ad-Diniiyyah (Beirut:
Daar El-Kitab Al-Arabiy, 2006).
An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Muhazzab jld 6 ( Jakarta: Pustaka Azzam,
2015).
An-Nawawi, Riyadhus Shalihin, (Jeddah: Al-Haramain, 2005).
Dalil-Dalil Pilihan Berkaitan Zakat (Ipoh: Majlis Agama Islam dan „Adat
Melayu Perak, 2012).
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.
Enakmen Jenayah (Syariah) (Perak) 1992.
Hassan Bahrom et al, Fiqh Zakat Malaysia (Selangor: Universiti
Teknologi Mara, 2011)
Hisham bin Sabri dan Zulkifli bin Hassan, Zakat : Instrumen
Penyumbang Pembentukan Usahawan
(Selangor:
Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2006).
Mahmmod Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat
Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2003).

(Kuala Lumpur:

Muhammad bin Ismail Al-Kahlani, Terjemahan Subulussalam,
(Surabaya: Al-Ikhlas, 1991)
Diterjemah oleh Abu Bakar
Muhammad (Teks asal dalam Bahasa Arab)
Muhammad Syukri Salleh et al, Transformasi Zakat Daripada Zakat
Saradiri Kepada Zakat Produktif (Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, 2011)
Mustafa al-Khin, et al, Kitab Fikah Mazhab Syafie (Kuala Lumpur:
Pustaka Salam, 2009).
Pedoman zakat (Jakarta: Kementerian Agama Republik Indonesia,
2006).
Peraturan-peraturan Zakat dan Fitrah, 1975.
Taqiyuddin Abubakar bin Muhammad Alhusaini, Kifayatul Akhyar
Kelengkapan Orang Shalih (Surabaya: Bina Iman, 2007)

55 Muamalah, Volume 01, Nomor 01, November 2015: 035-055

Diterjemah oleh Syarifuddin Anwar dan Mishbah Musthafa
(Teks Asal dalam Bahasa Arab).
Wahbah Az-Zuhaili, Fiqh Islami Wa-Adillatuhu alih bahasa, cet. ke- 10
(Jakarta: Gema Insani, 2007) Diterjemah oleh Abdul Hayyie
al-kattani et al (Teks asala dalam Bahasa Arab).
Wahbah az-Zuhaili, , Zakat Kajian Berbagai Mazhab (Bandung: PT
Remaja Rosdakarya,
2008) Diterjemah oleh Agus Efendi
dan Bahruddin Fananny (Teks asal dalam
Bahasa Arab).
Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary, Terjemahan Fathul Mu’in,
(Bandung: Husaini Bandung, 2003) Diterjemah oleh Achmad
Najieh (Teks Asal dalam bahasa Arab).