SENARAI TUGAS GURU DATA doc

SENARAI TUGAS GURU DATA
Peringkat
: Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan
: Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29
Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah
dua sesi waktu
bertugas boleh disesuaikan merangkumi
kedua-dua sesi)
1.

Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan
kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua
(PGB).

2.

Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan
peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah (Gabungan)
dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

a) Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem
aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan,
pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan
sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang
berkaitan dengan:
i. Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman
mengajar;
ii. Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
iii. Staf bukan guru;
iv. Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am
sekolah;
v. Pendaftaran PTK;
vi. Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
b) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data
dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid
(SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP,
peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.
c) Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian
komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal

dibuat oleh Penyelaras IT.
d) Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data
dan maklumat peringkat sekolah bagi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

3.

Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan
data dan maklumat peringkat sekolah.

4.

Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan
Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5.

Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data
yang diarahkan dari semasa ke semasa.


GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data:
1.
2.
3.

Mengemas kini data EMIS Online.
Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan
yang telah ditetapkan.
Memastikan data disemak dan disahkan.

4.

Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh:
catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan
ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum
menghantar ke PPD.

5.


Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang
dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan disahkan oleh PGB
sebelum dihantar ke PPD.

6.

Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau
elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS Online.

7.

Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan
pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan
peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada
Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak
terganggu.

8.

Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses

muat turun dan menyimpan disket backup dengan baik.

9.

Jika berlaku kerosakan komputer /talian internet segala urusan
kemas kini hendaklah dilakukan di sekolah
berhampiran/PKG/PPD/JPN/KPM.

10. Pihak pengurusan sekolah perlu memastikan data disimpan di
tempat yang selamat kerana ia merupakan bahan terkawal dan
sulit.

PROSEDUR PENYERAHAN DATA KUTIPAN SEKOLAH
1. Ralat data yang berkaitan yang dipapar dari aplikasi Utiliti
Semak Ralat Data Online dibersihkan.
2. Pihak sekolah menyerahkan Cetakan Semak Ralat Data Online
kepada JU atau Pegawai Maklumat Daerah yang telah disahkan
PGB/PK1.
3. Pihak sekolah perlu mengesahkan data sekolah, catatan/alasan
naik/turun (perubahan) data enrolmen, dan Laporan Pengesahan

Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online.

SENARAI SEMAK EMIS
Berikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di
sekolah:
1. Fail EMIS sekolah
2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober
tahun semasa.
3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini
4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini
5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini
6. Kemaskini data dari masa ke semasa.
7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.
8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu
9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu
yang dicetak dari aplikasi EMIS .

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA
PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang

disediakan setelah disemak, dan ditentu sah bagi menghasilkan
data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan menepati masa.
2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah
(pengantara) dalam rangkaian maklumat antara sekolah, PPD,
JPN dan KPM.

3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan
peringkat sekolah.
4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan
Januari, April, Jun dan Oktober (kutipan perdana) iaitu sebelum
data EMIS Online dimuat turun oleh PPD / JPN / KPM.
GARIS PANDUAN PENYELENGGARAAN EMIS PERINGKAT
SEKOLAH
AKTIVITI

PROSES

Taklimat/
Penjelasa
n


Menghadiri taklimat berkaitan dengan
EMIS Online

Kemasuk
an dan
pengema
s –kinian
data
sekolah

1)
2)
3)
4)

5)

memasukkan dan mengemas
kini data

membuat semakan
menggunakan aplikasi Utiliti dan
Verifikasi Asas
membetulkan ralat data yang
berkaitan yang dipapar
menyediakan catatan atau
laporan ralat terutama tentang
turun/naik maklumat enrolmen
untuk dihantar ke PPD
memastikan data yang
tersimpan dalam komputer di
sekolah adalah data terkini yang
telah dikemas kini dan diperbaiki
selepas verifikasi terakhir
dijalankan

Maklumat Sekolah
Profil Am
Pengurusan Sekolah
Kedudukan Sekolah

Kawasan
Bangunan
Bilik-bilik di sekolah
Kuarters Guru
Peralatan
Kemudahan Sukan
Tandas
Kenderaan

TINDAK
RUJUKAN
AN
Pengetu Surat arahan
a/
Guru
Besar
Guru
Manual Definisi
Data
Variabel EMIS Online


Dokumen berkaitan:
- pelan sekolah:
keluasan sekolah,
bilangan dan,
kegunaan bilik,
bilangan blok, jenis
padang/ gelanggang
dll.
- penubuhan sekolah
- penyerahan sekolah
- geran tanah
- keadaan bangunan
dari JKR
dll.

Tempat letak kenderaan
Maklumat Asrama
Bangunan Asrama
Bilik-bilik Asrama
Peralatan
Maklumat Staf (Guru & Bukan
Guru)
Maklumat Peribadi
Perkhidmatan
Tugas Khas
Tarikh-tarikh
Kelulusan Akademik
Kelulusan Ikhtisas
AKTIVITI

PROSES

Guru
Data
dan
Pemban
tu
Tadbir

Pelan asrama
- bilangan dan
kegunaan bilik
- bilangan blok
- jenis padang/
gelanggang
dll.

Fail Peribadi Guru dan
staf
Dokumen berkaitan:
- sijil akademik
- sijil ikhtisas
- jadual waktu
peribadi
dll.
TINDAK
RUJUKAN
AN

Kokurikulum
Bukan Guru
Latihan Dalam Perkhidmatan/PTK
Elaun
Mata pelajaran Ajar
Sejarah Perkhidmatan
1) menyediakan nota penerangan
ringkas untuk
dilampirkan bersama borang
pengisian/ pengemaskinian
maklumat
2)
mengagihkan
borang dan jadual yang berkaitan
kepada mereka yang berkenaan
3)
menjelaskan cara
mengisi borang/jadual tersebut
dengan betul dan tepat
4)
memaklumkan
tarikh mengumpul semula borang
tersebut
5)
memastikan
Guru
borang-borang berkenaan telah
Data
diterima dan diisi dengan lengkap
6)
memasukkan dan
mengemaskinikan data dalam EMIS
Online

PK HEM
Penyelaras/Guru
Tingkatan
Guru Panitia/Bidang
MP

Dokumen berkaitan:
Rekod/Jad
ual Kehadiran Murid
setiap Tahun/
Tingkatan
senarai
murid contoh:
menerima biasiswa,
yatim, mengikut
subjek elektif, Islam,
mendaftar
Tahun/Ting. 1,
warganegara asing
dll.

Maklumat Enrolmen
Enrolmen Murid dan Bilangan Kelas
Bilangan Murid Yatim
Bilangan Murid Intervensi 3M
Maklumat Murid Thn. 1 dari Prasekolah
Tahun Lepas
Bilangan Murid Khas
Bilangan Murid dan Kelas Mengikut MP
Elektif-KBSM/ Tambahan KBSR
Bilangan Murid POL
Bilangan Murid ke Tingkatan
Peralihan/Tingkatan 1
Enrolmen Murid Tahun 1 dari/tanpa
Prasekolah
Bilangan Murid Beragama Islam
Bilangan Murid Mengulang
Bilangan Pemegang Biasiswa
Bilangan Penghuni Asrama
Bilangan Murid Mendaftar Tahun 1
Bilangan Murid Cicir (Berhenti sekolah
dan tidak meneruskan pelajaran)
Bilangan Murid Cicir (Berhenti sekolah
dan meneruskan dalam sistem lain)
Bilangan Warga Negara Asing
Kelas Cantum

AKTIVITI

PROSES
1)

Penghant
aran data
sekolah
ke PPD

mengemaskini data berdasarkan
dokumen yang berkaitan
2)
membuat semakan
menggunakan aplikasi Utiliti dan
Verifikasi Asas
3)
menganalisis naik/turun
(perubahan) data seperti yang
terdapat dalam output kuiri
Verifikasi Asas
4)
menyediakan catatan/alasan
bagi maklumat dalam 3)

TINDAK
AN

1)

melakukan muat turun data ke
dalam disket untuk keselamatan
data.

Guru
Data

RUJUKAN

2)
3)

4)
5)
6)

7)

mencetak Laporan Pengesahan
Maklumat Sekolah.
mendapatkan tandatangan
pengesahan daripada PK1 dan
Pengetua/Guru Besar dalam
Laporan yang dicetak.
melakukan proses muat turun
dalam disket.
melabelkan disket serta tarikh
kutipan dan disimpan ditempat
khas.
menyerahkan data sekolah
bersama Laporan Pengesahan
Maklumat Sekolah yang dicetak dari
aplikasi EMIS serta catatan
naik/turun enrolmen ke PPD.
melaporkan segala masalah
berkaitan Pengurusan data kepada
Pegawai Maklumat Daerah di PPD.

Carta Aliran –
Pengurusan
Data EMIS

Mula
Guru Data sedia dan cetak
borang/dokumen: Profil sekolah, Guru
dan Staf, Enrolmen, Asrama
Guru Data serah borang/dokumen kepada
Pembantu Tadbir berkaitan maklumat
Guru/Bukan Guru
Guru Data edar borang/dokumen kepada
AJK JPMS yang berkenaan untuk
dilengkapkan
Tidak
lengkap

Lengkapkan/kemas
kini semula
maklumat dalam
sistem.

Ya

Maklumat lengkap

Tidak
tepat
Buat semakan/
pembetulan dan
cetak semula

Buat semakan/
pembetulan dan
cetak semula

Guru Data kumpulkan semula
borang/dokumen yang diedarkan dan
semak

Ya

Tidak
lulus

Guru Data kemaskini maklumat dalam
aplikasi
Guru Data semak data menggunakan
Aplikasi Utiliti EMIS dan Verifikasi Asas
dan cetak laporan ralat
Maklumat tepat
Guru Data dapatkan pengesahan
PGB/PK1

Lulus

Guru Data cetak Laporan Pengesahan
Maklumat Sekolah dan dapatkan
tandatangan pengesahan daripada PK1
serta Pengetua/Guru Besar.
Guru Data muat turun data ke dalam
disket / tumb drive dan buat backup dan
serta disimpan