Pengaruh Sejarah Terhadap Seni Bina Mela

PENSYARAH
DR. SABZALI MUSA KAHN

SUBJEK
SENI BINA DAN RAGAM HIAS MELAYU-JFEA2315

TUGASAN
PENGARUH SEJARAH DAN AGAMA DALAM SENI BINA DAN RAGAM HIAS
MELAYU

NAMA PELAJAR
MUHAMAT HAMZAH BIN EKSAN-AEP120007

SESI AKADEMIK
2013/2014-SEMESTER DUA

Soalan:
Faktor sejarah dan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
perkembangan seni bina dan ragam hias dunia Melayu. Sila bincangkan penyataan ini
dan berikan contoh yang sesuai bagi menyokong pendapat anda.


1.0 PENDAHULUAN
Dunia Melayu sememangnya sebuah tamadun yang unggul dalam konteks regional timur.
Alam Melayu yang juga dikenali sebagai mutiara timur terbentang luas dari semenanjung
Asia tenggara hingga ke Kepulauan Indonesia dan Filipina dan menyusur jauh ke lautan
Pasifik di sekitar kawasan Ocenia. Sebahagian pengkaji sejarah menyatakan bahawa
semenanjung Melayu merupakan kawasan penghubung antara daratan dengan kepulauan
merupakan komponen terpenting dalam perhubungan antara timur dan barat. Di bahagian
Selat Melaka,terdapat beberapa buah kerajaan yang secara amnya memberi sumbangan
kepada perkembangan Tamadun Melayu.
Keunggulan tamadun Melayu banyak dicatatkan dalam catatan-catatan pelayar-pelayar
kuno dari China. Misalnya, Cen Cung Syin dalam bukunyta Tong Nian Ya Lien Gou
Zhi(negeri-negeri di asia tenggara) Melayu dicatatkan sebagai

Ma la-yu atau Ma li yi

er.Dalam catatan sejarah China juga ada mencatatkan berkenaan negeri-negeri di sekitar
kepulauan melayu, tempat-tempat tumpuan para pedagang dan berkenaan dengan keluaran
hasil bumi di kawasan kerajaan Melayu.
Kedudukan ini geografi ini menyebabkan dunia Melayu menjadi tumpuan pedagang yang
datang dari seluruh dunia suatu ketika dahulu. Kedatangan ini membawa pelbagai pengaruh

asal dari negara mereka dan berkembangan pesat di dunia Melayu sebagai salah satu
komponen kebudayaan. Kedatangan mereka memberi banyak perubahan kepada elemen

kebudayaan tempatan khususnya dalam bidang seni Bina. Oleh hal demikian.penulisan ini
pada dasarnya adalah untuk melihat sejauh manakah pengaruh sejarah dan keagamaan
dalam konteks seni Bina dan Ragam Hias Melayu.
2.0 SENI BINA DAN RAGAM HIAS MELAYU:KERAJAAN MELAYU AWAL
Perkembangan awal tamadun Melayu telah dikenalpasti seawal abad pertama masihi.Kisah
pensejarahan Melayu ada dicatatkan dalam kitab sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang
yang

dinamakan

sebagai

Sulalatus Salatin. Sebelum

tersebarnya

Islam


ke

wilayah

nusantara, hampir kesemua kerajaan-kerajaan awal amat dipengaruhi oleh agama Hindubuddha. Kerajaan seperti Kerajaan Langkasuka(Kedah Tua), Kerajaan Srivijaya,Kerajaan
Majapahit merupakan antara kerajaan yang menerima pengaruh kuat hindu-buddha dalam
adat

resam

dan

kebudayaan

mereka

melalui

proses


asimilasi

setelah

berlakunya

pertembungan kebudayaan.Pengaruh seni bina ini amat kuat hingga boleh dilihat dalam
konteks

kepercayaan, falsafah

mahupun

budaya

kenbendaan

seperti


seni

bina.

Singaravelu(1989) dan Coedes(1966) menyatakan bahawa kebudayaan Melayu itu banyak
dipengaruhi oleh agama hindhu melalui pengamalan sistem agama Hindhu itu sendiri
yang merangkumi elemen pentadbiran, adat istiadat tempatan, mitos-mitos kosmos.Para
pengkaji sejarah awal asia tenggara menyatakan bahawa keadaan ini juga disebut sebagai
proses indianisasi. Antara seni bina terawal yang dikesan yang mempunyai pengaruh
hindhu-Buddha ini

dicatatkan oleh Subrahmanya(1936) merupakan sebuah kuil Buddha

yang dinamakan sebagai Culamanivarmavihara yang dibina pada 1005 Masihi atas
permintaan raja Seriwaja dan kuil ini terletak di Kadaram ataupun Kedah. Perkembangan
hindu-buddha di kawasan nusantara ini banyak mengambil konseo-konsep daripada epik-

epik dan mitologi Hindu Puranas. Unsur-unsur ini banyak membekalkan prinsip asas
spiritual yang tegas dalam organisasi politik masyarakat.
Salah satu prinsip yang diterima oleh pemerintahan kerajaan Melayu awal ialah prinsip

kosmologi(alam semesta)(Heine-Geldern,1942). Prinsip ini melihat kerajaan duniawi sebagai
suatu kerajaan yang bersifat syurga dan akhirnya ia membawa kepada pembentukan
pemerintahan Devaraja(tuhan-raja). Kesan daripada pengamalan prinsip ini boleh dilihat
menerusi perkembangan seni bina zaman kerajaan Melayu awal yang mana kebanyakan
Istana Raja telah dibina di kawasan tengah-tengah bandar dan

pada kebiasaanya

kedudukan istana itu dibina di kawasan yang lebih tinggi. Hal ini secara simboliknya
istana itu melambangkan Gunung Mahameru yang juga dipercayai merupakan tempat
tinggal kepada tuhan mereka yang terletak di tengah-tengah alam semesta.
Dalam zaman itu, wujud binaan-binaan batu yang tahan lama yang dinamakan sebagai
candi yang telah dibina sekitar kawasan kerajaan Melayu awal(A.Lamb,1960). Candi ini
digunakan sebagai tempat menjamu makanan untuk Devaraja supaya pemerintah dianggap
suci oleh rakyat(Singaravelu,1986). Suppian(2005) menyatakan bahawa candi merupakan
antara komponen tinggalan data arkeologi yang menjadi bukti penghubung pengalaman
keagamaan di kawasan sekitar asia tenggara. Menurut beliau lagi, tujuan utama pembinaan
candi ini adalah untuk memenuhi keperluan spiritual manusia terhadap penciptanya lalu
ia


dikembangkan

menjadi

sebuah

monument

yang

melambangkan

kekuasaan

dan

kebanggan sesebuah kerajaan atau dinasti yang pernah wujud di Asia Tenggara. Jika
diteliti, perkembangan candi jelas mempunyai konsep mitologi yang bergabung dengan
unsur sakral dan hal ini menyebabkan ada sebahagian candi dibina di kawasan yang


tinggi, tepian sungai dan bentuknya pula kadangkala ringkas dan sebahagian yang lain
sangat kompleks.
Antara candi yang mempunyai seni bina yang kompleks ialah candi tinggalan Dinasti
Sailendra yang terletak di kepulauan jawa. Candi yang dinamakan sebagai candi
Borobudur ini merupakan salah satu bukti terpenting yang memperlihatkan seni bina
hindu Buddha yang bermazhab Mahayana. Gambaran kosmografi iaitu penggambaran
kosmos menurut kepercayaan agama Buddha Mahayana menjadi asas kepada konsep
pembinaan

candi

Borobudur. Struktur

candi

dibina

secara

bertingkat-tingkat


secara

simboliknya membawa maksud tahap pencapaian kesempurnaan rohani. Secara fizikalnya,
candi Borobudur ini berkeluasan 123mx123m dan tingginya pula kira-kira 34.5m(42m
merupakan ketinggian asal) Mannika.E. (1985). Candi ini mengandungi 72 buah stupa yang
berketinggian kira-kira 3m setiap satu, 504 buah patung Buddha dalam posisi duduk dan
mengandungi 1460 buah “relief panel” yang mencatatkan kisah-kisah naratif kerajaan
saleindra.Pada

ruangan koridor candi ini pula, ia mengandungi kira-kira 3000 buah “relief

panel” yang memuatkan kisah dalam lima buah kitab Buddha. Pembinaan candi
Borobudur melambangkan konsep Bodhisattva yang mempunyai sepuluh peringkat yang
berlainan dalam mencapai kesempurnaan dalam hidup.
Selain itu, antara candi yang menonjolkan pengaruh agama Hindu-Buddha ialah Angkor
Wat. Monumen ini telah dijumpai sekitar tahun 1880-an dan monument ini merupakan
bangunan ibadat terbesar yang pernah dibina oleh manusia.Berdasarkan kepada rekod
sejarah, Angkor Wat ini telah dibina pada zaman kerajaan Angkor di bawah pemerintahan
Suryavarman II iaitu sekitar tahun 1113M-1150M(Myrdal dan kessle,1971). Angkot Wat

dibina menyerupai sebuah kota sebagai simbolik kepada prinsip kosmos seperti mana

konsep pembinaan candi Borobudur.Secara fizikalnya, Angkor Wat mempunyai ketinggian
kira-kira 130 kaki dengan teres empat segi dan keluasannya pula kira-kira 1km panjang
dan 800m lebar.Antara keunikan Angkor Wat ialah ianya dikelilingi oleh parit buatan
manusia berukuran 200m lebar yang berfungsi sebagai sistem saliran dan juga bertujuan
untuk sistem pertahanan.Pada dinding Angkor Wat(Mannika,1985). Terdapat ukiran-ukiran
yang memaparkan kisah-kisah dalam epic Ramanyana dan Mahabrata dan bentuk
ukirannya pula sangat halus dan sangat benilai tinggi. Selain daripada ukirannya yang
unik, Angkor Wat juga mempunyai 8 buah menara kecil yang mengelilingi satu bentuk
pyramid

yang

lebih

besar

yang


secara

simboliknya

melambangkan

gunung

mahameru(Coedes,1980).Pada bahagian tengah Angkor Wat ini, terdapat patung Vishnu
yang menunggang Garuda.Secara ringkasnya,Angkor Wat juga menggunakan konsep
devaraja

sebagai

asas

kepada

pembinaan. Sebagai

hasilnya, ukiran-ukiran

yang

menggambarkan sistem-sistem perundangan , falsafah dan fahaman hindu-buddha dapat
dilihat menerusi arca,monument dan binaan-binaan yang terdapat dalam Angkor Wat itu
sendiri.
Kajian arkeologi oleh Universiti Malaya pada tahun 1950-an telah menemui tapak candi
yang dikenali sebagai candi Batu Pahat(A.Lamb, 1960). Kajian juga mendapati bahawa
pembinaan candi ini adalah untuk memberi peringatan kepada pemimpin tempatan yang
berkuasa mutlak dan para pengkaji sejarah menyatakan bahawa candi ini telah dibina
sekitar 1235 Masihi. Selain itu, candi lembah bujang juga memperlihatkan aspek pengaruh
hindu-buddha melalui seni binanya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui konsep
kesenian yang digunakan dalam membuat candi itu.

Selain pengaruh dalam seni bina, konsep hindu-buddha juga dapat dilihat menerusi
beberapa bentuk ragam hias yang kerap kali digunakan dalam pembinaan monument
ataupun bangunan mereka. Antara ragam hias yang menonjolkan elemen pengaruh hindubuddha ialah seni ukiran. Pada zaman kegemilangan hindu-buddha, kebanyakan seni ukiran
mengaplikasi konsep-konsep epik-epik Ramayana dan mahabrata serta motif dan ukiran
pada zaman ini lebih tertumpu kepada “object-figure” .
Siti Zainon(1985) menyatakan bahawa pengaruh kepercayaan hindu sangat sangat kuat
dalam kalangan masyarakat Melayu zaman itu hinggakan terdapat haiwan-haiwan tertentu
dianggap sebagai suci malah terdapat juga haiwan yang disimbolikkan sebagai jelmaan
tuhan ataupun pelindung.Oleh

hal demikian, beliau menjelaskan bahawa ukiran-ukiran

bermotifkan angkuk berbentuk burung dan ikan banyak digunapakai kerana haiwan itu
dianggap bagai pesuruh yang setia,kuat dan tinggi martabatnya serta dianggap sebagai
perantara antara tuhan dan manusia. Selain itu, Sabrizza(

) menyatakan bahawa dalam

ragam hias hindu Buddha, imej kala,makara,garuda,Naga dan gunungan yang juga
dianggap

sebagai

imej

dewa-dewa

monument.Walau bagaimanapun, beliau

begitu

signifikan

menjelaskan

lagi

dalam

pembinaan

bahawa

dalam

sesebuah
konteks

semenanjung tanah Melayu, elemen itu hanya wujud dalam bentuk keris,wayang kulit,
peralatan rumah dan makyong. Bentuk-bentuk lain yang kerap dijadikan ukiran ataupun
hiasan ialah lambang Swastika yang dikatakan sebagai salah satu symbol suci dalam
agama Hindu-buddha. Secara umumnya, bentuk ini banyak digunakan dalam monumentmonumen di sekitar kawasan India dan dikatakan bahawa symbol ini simbolik kepada
nasib baik Sabrizza( 2008 ) .

Daripada penjelasan yang dikemukanan,dapatlah dirumuskan bahawa sememangnya faktor
agama dan sejarah itu mampu memberi pengaruh dalam konteks pembinaan dan juga
ragam hias masyarakat Melayu. Pengaruh ini diterjemah dalam pelbagai bentuk dan rupa
agar ia mampu memperlihatkan tautan yang kukuh antara konsep keagamaan dan juga
penganutnya. Bahagian seterusnya akan menjelaskan pengaruh agama Islam dalam seni
bina dan ragam Hias Melayu.
3.0 PENGARUH ISLAM DALAM SENI BINA DAN RAGAM HIAS MELAYU
Sebelum meneliti pengaruh Islam dalam seni bina Melayu, kita perlu menyelusuri terlebih
dahulu berkenaan dengan sejarah kedatangan Islam di alam Melayu secara ringkas.
Aba’iyah(2011) menyatakan bahawa Islam mula menyebarkan pengaruhnya ke Alam
melayu seawal abad ke-7 dan kedatang Islam dibawa oleh para ulama luar yang juga
merupakan pedagang yang datang ke tanah Melayu pada masa itu.
Kedatangan

Islam

ini

telah

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dari

segi

mengislamisasikan masyarakat tempatan sehingga berlakunya perubahan besar dalam
kehidupan masyarakat Melayu pada masa itu. Ulama yang datang ke alam melayu pada
ketika itu telah mengislamkan masyarakat setempat yang sebahagian besarnya beragama
hindu secara berperingkat-peringkat baik daripada golongan bangsawan hinggalah kepada
rakyat biasa. Kedatangan Islam ini telah menyebabkan perubahan corak pemikiran dan
elemen-elemen Islam itu mula meresapi komponen-komponen kebudayaan masyarakat
Melayu. Golongan ulama yang datang berdakwah ke alam Melayu pada ketika itu
menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah iaitu dengan menekankan pembuktian ke atas
setiap ajaran agama. Misalnya tentang kewujudan Tuhan yang Maha Esa dibuktikan melalui

kewujudan alam ini. Jika tiada penciptanya sudah tentu alam ini juga tidak akan wujud dengan
sendirinya. Secara tidak langsung pembuktian secara rasional dan ilmiah ini telah menukar
aliran sejarah yang sebelumnya banyak dipengaruhi oleh ajaran animisme dan Hindu-Buddha
yang berasaskan kedewaan dan pemujaan bersifat kesenian kepada

satu aliran yang lebih

berasaskan ilmu dan akal(Arba’iyah,2011)
Islam merupakan agama yang bersifat luwes dan menyeluruh. Kedatangan Islam bukan
sahaja mengubah corak hidup masyarakat Melayu namun secara tidak langsung ia telah
mengubah konsep seni bina dan dan ragam hias itu sendiri daripada elemen-elemen
dewa-dewa kepada konsep yang selari dengan agama Islam. Oleh kerana falsafah Islam
serasi dengan kehidupan dan jiwa orang Melayu, nilai-nilai Islam telah diserap dalam kehidupan
orang Melayu seperti dalam cara berpakaian dan meraikan tetamu. Penerimaan dan penyerapan
itu juga amat jelas dalam bidang-bidang senibina, seni khat, seni ukir, dan seni teater yang
mempunyai falsafah Islam(Idris Zakaria,2012)
Grube(1978) menjelaskan bahawa seni bina Islam dapat dibahagikan kepada dua bentuk
jenis Spiritual yang merangkumi ruang (Space) yang mempunyai fungsi yang sejajar dengan
ibadah Islam serta berkait rapat dengan alam semulajadi serta keselesaan penghuni bangunan
dan jenis fizikal yang mengambil kira bentuk (Form) bangunan yang merangkumi faktor-faktor
hiasan dalam dan luaran yang indah seperti dinding, bumbung, tingkap dan sebagainya.
Bentuk binaan spiritual ini pada kebiasaanya perlambangan-perlambangan tertentu dalam
seni bina yang membolehkannya berkait secara langsung dengan elemen agama Islam itu
sendiri. Sebagai contoh,Idris Zakaria(2012) menyatakan bahawa Bentuk kubah masjid pula
umumnya ditafsir sebagai lambang langit yang melengkungi kehidupan kita, sementara lampu-

lampu yang dipasang adalah bintang-bintang di langit dan lantai pula adalah bumi ini sendiri. Ini
bermakna

seni bina telah digunakan sepenuhnya oleh seniman-seniman dan pereka-pereka

Islam Melayu dahulu untuk menggambarkan World-View Islam yang melibatkan hubungan tiga
dimensi iaitu Allah, manusia dan alam ini.
Dalam penerangan yang lebih lanjut, Idris Zakaria(2012) menyatakan Masjid, surau dan
rumah orang Melayu jelas mempamerkan senibina Islam. Reka

bentuk bumbung biasanya

direka dalam bentuk limasan, yang mana cerminnya bertingkap tiga, atau lima, lebar di bahagian
bawah dan menirus ke atas. Masjid Agong Damak di Jawa dan juga Masjid Kampung Laut
Kelantan adalah antara contoh terbaik seni bina ini. Bumbung limas itu melambangkan tingkattingkat perjalanan kaum sufi iaitu tariqat, haqiqat dan makrifat. Bahagian bawah yang lebar
menggambarkan lautan manusia, manakala bahagian atas yang tirus pula mempamerkan tentang
matlamat akhir yang dituju dan dituntut oleh umat Islam iaitu keredhaan Tuhan Yang Maha Esa.
Bahan binaan adalah dari kayu waktu itu, dan kini dengan simen dan batu-bata, namun unsurunsur kesenian Islam tetap terpelihara.
Dalam struktur binaan masjid yang lain, terdapat beberapa elemen penting yang menjadi
tunjang kepada seni bina Islam. Antaranya ialah mihrab dan tiang masjid. Umumnya,
mihrab merupakan titik tumpu dalam masjid yang juga menjadi penanda arah untuk
kiblat. Kebanyakan masjid di dunia mempunyai pebagai bentuk mihrab berdasarkan
pengaruh budaya setempat. Bagi masjid di sekitar nusantara terutamanya masjid di
kepulauan jawa dan kepulauan nusantara yang lainnya. Namun demikian, masjid di
semenanjung tanah melayu tidak menumpukan binaan mihrab namun lebih fokus kepada
binaan mimbar. Walau bagaimanapun, mihrab masjid tanah melayu masih lagi mempunyai
nilai kesenian. Misalnya, Azizul et al (2012) menyatakan bahawa hiasan yang bermotifkan

bunga teratai dapat dilihat pada Masjid Tengkera, Masjid Batu Uban, Masjid Kapitan Keling,
Masjid Kampung Keling dan Masjid Kampung Tuan. Pada masjid Leboh Aceh terdapat bentuk
bunga ‘jasmin’ dan teratai pada bahagia atas mihrabnya. Pada Masjid Kampung Laut, Kelantan
hampir tidak ditemukan sebarang hiasan pada bahagian puncak mihrabnya.
Menurut Surat et al(2011),dalam pembangunan masjid Melayu warisan, prinsip asas binaannya
berkemungkinan besar masih dikekalkan kerana ia adalah hasil dari kesinambungan dari idea
masjid hypostyle Arab atau gaya asli Arab yang dibawa oleh para ulamak terdahulu. Yang
membezakannya adalah gaya persembahan atau bentuk luarannya

yang telah dibuat bagi

memenuhi faktor tempatan. Jelas beliau lagi, masyarakat dari luar daerah atau dari luar ruang
lingkup budaya Melayu berkemungkinan tidak akan merasa janggal bila berada di dalam ruang
sembahyang masjid warisan Melayu kerana gagasan ruangnya adalah hampir sama dengan
masjid-masjid lain di Jazirah Arab dan di dunia Islam yang lain.
Berbalik semula kepada pengaruh sejarah dan agama Islam dalam hal-hal seni bina
Melayu, pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu, selain daripada masjid, Istana juga
merupakan komponen seni bina yang menerima pengaruh Islam. Salah satu istana yang
dikatakan mempunyai elemen seni bina Islam ialah Istana Melaka. Seperti yang telah
tercatat dalam “Sejarah Melayu”, Istana Melaka merupakan sebuah bangunan yang
mempunyai tujuh perenggan kerangka bertiang kayu,mempunyai tujuh lapis bumbung
bergenting kuprum dan dihiasi dengan tunjuk langit keemasan serta cermin kaca dari
China.Namun

demikian, ,istana

ini

telah

musnah

dalam

kebakaran

besar

tanpa

meninggalkan apa-apa kesan yang membuktikan ragam hiasnya. Lebih malang lagi,
kebanyakan istana-istana lama Melayu dibina daripada kayu dan hal ini memudahkan
strtuktur binaan reput serta ditambah pula dengan ketiadaan penulisan yang mencatatkan

secara terperinci sejarah seni bina Melayu menyebabkan maklumat penting berkenaan
sejarah terbatas dalam jangka 500 tahun sahaja.
Walaupun kurangnya catatan sejarah berkenaan dengan bentuk-bentuk seni bina Islam,
namun pengaruh seni bina Islam dalam konteks falsafah binaanya masih lagi dapat dilihat
hingga hari ini. Pada umumnya, falsafah seni bina Islam banyak digunapakai dalam
membina rumah Melayu tradisional di mana kebanyakan rumah melayu digunakan sebagai
perlambangan kepada konsep kekuasaan tuhan. Bahagian bawah rumah pada asasnya ia
melambangkan alam barzakh ataupun alam selepas mati kerana kebiasaanya bahagian bawah
rumah Melayu ialah tanah. Jadi ia simbolik kepada kembalinya manusia kepada tanah apabila ia
telah meninggal dunia kelak. Seterusnya, bahagian tengah pula pada kebiasaanya menempatkan
ruang tamu,ruang urusan harian yang secara simboliknya menggambarkan konsep kehidupan
manusia di dunia. Manusia diciptakan menjadi khalifah di bumi dan ditugaskan untuk
memakmurkan bumi ini jadi ia digambarkan melalui ruangan tengah rumah tradisional
Melayu.Bahagian akhir yang terdapat dalam rumah tradisional Melayu ialah bahagian atas yang
pada kebiasaannya menempatkan loteng.Bahagian atas ini pada kebiasaannya kosong dan ia
menggambarkan langit dan juga konsep kekuasaan Allah.
Selain itu, Islam juga telah mengubah konsep seni bina rumah Melayu. Selepas kedatangan
agama Islam, pembahagian ruang-ruang rumah juga turut mengalami perubahan. Dalam
sebuah rumah, ia harus memiliki sekurang-kurangnya tiga bilik bagi menempatkan anakanak lelaki dan perempuan apabila mereka dewasa kelak. Islam juga menganjurkan konsep
ruangan tamu yang mana ia mengelakkan percampuran antara tetamu lelaki dan
perempuan dalam satu-satu masa.

Selain dari struktur binaan masjid-masjid,pengaruh Islam juga boleh dilihat menerusi
komponen seni ukir. Jika sewaktu zaman Hindu-Buddha motif ukiran lebih kepada unsur
haiwan-haiwan, pengaruh Islam telah menyebabkan kebanyakan motif ukiran berubah
kepada

bentuk

geometri,bunga-bungaan,pucuk

tumbuhan

dan

dedaunan. Islam

telah

mengubah fahaman masyarakat Melayu dalam seni dan mula mengaplikasi elemen-elemen
Islam dalam ukirannya sebagai salah satu komponen ragam hias.
Sebagai contoh,motif daun,bunga dan buah-buahan menggambarkan kejayaan hidup di
alam itu sendiri. Kehidupan digambarkan sebagai suatu yang berhasil,wujudnya daun-daun
yang hijau, bunga yang kembang dan buah yang lazat membantu Selain itu, kebanyakkan
motif ukiran Melayu banyak dipengaruhi oleh motif awan larat. Misalnya, awan larat
dimulai dengan kepala kara yang membawa maksud symbol kejadian alam yang
mempunyai permulaan dan pengakhiran. Hal ini menunjukkan semua benda hidup akan
mati melainkan Allah sahaja yang kekal. Seterusnya, motif awan larat juga ada menyentuh
kekuasaan Allah yang sukar ditafsir. Hal ini diterjemah melalui motif awan larat beribu
yang dimulakan dengan Ibu Awan Larat. Ibu pada dasarnya akan mengambil elemen
bunga yang secara simboliknya merujuk kejadian yang tidak dapat dikesan punca
kewujudannya

seperti

langit,bulan,matahari,akhirat,syurga,neraka,luh mahfuz

dan

alam

barzarkh.Kesemua alam ini tetap bersifat baharu kerana ia dijadikan bukan terjadi sendiri
dan ia dijadikan dengan kuasa dan izin Allah.
Apabila Islam melarang penggunaan motif haiwan dalam pembentukan ukiran, maka
pengukir-pengukir pada masa itu telah mencari altenatif lain untuk dijadikan komponen
ragam hias. Antaranya ialah motif geometri yang seringkali digunakan untuk menghiasi
masjid,surau,makam,istana dan rumah.Motif geometri ini juga pada kebiasaanya akan

digabungkan dengan elemen-elemen kaligrafi. Apabila Islam diterima oleh bangsa Melayu di
rantau ini, para pengukir telah giat menghasilkan seni ukir yang bercirikan keIslaman. Seni
kaligrafi terus mendapat tempat di kalangan pengukir dan sering diolah bersama – sama dengan
motif flora dan geometri yang digunakan berupa teks nasihat, pengajaran, peringatan, undang –
undang, doa dan sebagainya (Kraftangan Malaysia,2009.
Kesimpulannya, setelah meneliti dari sudut sejarah dan agama Islam, sememangnya ia telah
memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat di alam melayu. Banyak
perubahan berlaku dari sudut reka bentuk binaan, motif hiasan dan juga falsafah.
4.0 PENGARUH BARAT DALAM SENI BINA DAN RAGAM HIAS MELAYU
Selain dari pengaruh Hindu-Buddha dan Islam, alam Melayu juga menerima pengaruh
barat dalam aspek seni bina menerusi proses penjajahan yang dilakukan oleh mereka
selama 500 tahun. Walau bagaimanpun, pengaruh penjajah hanya melibatkan seni bina
sahaja dan ianya tidak melibatkan perubahan agama seperti mana yang berlaku pada
zaman Hindu-Buddha dan zaman kedatangan Islam. Nazmi dan Jaffary(2013) menyatakan
bahawa

era penjajahan oleh masyarakat Eropah telah ditandai dengan kejatuhan Empayar

Kesultanan Melaka dalam pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511) di tangan Portugis
yang menyerang Melaka pada tahun 1510 Masihi. Penguasaan Portugis berlanjutan selama
130 tahun sebelum Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641. Selepas penjajahan
oleh Belanda, maka bermulalah era penjajahan oleh Inggeris lewat abad ke-18 dan
kedatangan mereka membawa tujuan serampang tiga mata iaitu 3G(gold,glory,gospel).
Bermula pada saat, banyak elemen-elemen kebudayaan masyarakat setempat dipengaruhi
oleh barat. Walau bagaimanapun, kedatangan Belanda ke Melaka tidak meninggalkan

banyak tinggal budaya kerana pada masa itu, Belanda hanya menumpukan perkembangan
sector ekonomi dan usaha untuk menguasai beberapa laluan perdagangan yang strategic di
Alam Melayu.
Apabila Portugis menakluki Melaka, Alfonso d’Alburquerque mengarahkan penduduk
tempatan membina kubu bagi memperkukuh pertahanan kota Melak pada masa itu. Kubu
ini dikenali sebagai A Farmosa(Fortaleza de Malaca) dan ianya dibina mengelilingi Kota
Melaka. Pembinaan kubu ini selesai di sekitar tahun 1548 dan menjadikan kota A Farmosa
pada waktu itu seperti kota bertembok era Mediavel di Eropah dan ia disiapkan dalam
tempoh lima bulan. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom
(bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali
sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo
Domingo, dan Baluerte de Santiago. Walau bagaimanapun, Portugis akhirnya tewas kepada
Belanda pada tahun 1641 dan kota A Farmosa ini telah dimusnahkan kecuali sebuah
pintu gerbang sahaja.
Apabila Belanda mengambil alih Melaka, mereka telah membina bangunan-bangunan yang
mencerminkan seni bina Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara
jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan
bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia.
Bangunan

ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan

Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang
halus.Walau bagaimanapun, identity seni bina Belanda tidak banyak yang boleh dilihat
kerana mereka tidak menumpukan pembangunan fizikal Melaka.

Selepas penjajahan Belanda, Inggeris pula mengambil tempat di tanah melayu pada ketika
itu dan pemerintahan mereka bermula sekitar tahun 1875 hingga 1957. Sepanjang proses
penjajahan mereka, banyak bangunan yang dibina dengan berkonsepkan seni bina Barat.
Mereka bukan sahaja membina bangunan untuk pentadbiran malah wujud juga bangunan
untuk kegunaan sekolah, gereja dan masjid. Bangunan-bangunan ini boleh didapati di
semua negeri yang dinaungi oleh British.
Catatan sejarah menunjukkan bahawa monument pertama yang dibina menggunakan ciri
seni bina barat ialah Kota Cornwallis iaitu sebuah kota pertahanan yang dibina oleg
Francis

Light

di

Pulau

Pinang

pada

tahun

1786. Kedatangan

Inggeris

telah

memperkenalkan rekabentuk bangunan yang lebih ringkas iaitu pada ukiran dan motif di
dinding bangunan terutamanya di sekeliling tingkap, tiang besar dan pada bahagian
gerbang lengkung(Norlizaiha,2005). Jelas beliau lagi, Gaya senibina barat yang umum
terdapat di Malaysia adalah Moorish, Tudor, Neo-Klassik dan Neo Ghotik. Pengaruh senibina
barat dapat dilihat pada bangunan-bangunan kolonial di Malaysia seperti senibina Neo-klasik
pada Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, di bina pada tahun 1897. Senibina Moorish
dapat dilihat keunggulannya pada Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bangunan
yang dibina antara tahun 1894 dan 1894 ini juga mempunyai pengaruh senibina Islam yang
mendapat inspirasi dari gaya senibina Moghul yang terdapat di Utara India. Gaya senibina Tudor
dapat dilihat pada Bangunan Kelab Selangor. Gaya Senibina Neo-Ghotic pula dapat dilihat
pengaruhnya pada bangunan-bangunan gereja seperti gereja Holy Rosary, Kuala Lumpur, dibina
pada tahun 1903.
Selain itu, konsep seni bina barat juga mempengaruhi konsep pembinaan masjid-masjid
dibeberapa buah negeri di tanah Melayu pada ketika itu. Menurut Surat et al(2011),

kebanyakan masjid yang dibangunkan oleh penjajah Inggeris

tersebut telah dimulakan

pembinaannya di akhir kurun ke 19 dan ada yang menjangkau pembinaanya sehingga ke awal
kurun ke 20. Sebagaimana binaan untuk

bangunan-bangunan kolonial yang lain, penjajah

Inggeris telah menggunakan khidmat kumpulan arkitek dan jurutera yang dibawa dari England
dan India. Jelas beliau lagi, Apabila kumpulan arkitek dan jurutera dari India diberi beranan
untuk

merekabentuk masjid, sudah pasti mereka akan membawa perwatakan yang sama

sebagaimana yang telah mereka lakukan di India iaitu dengan meniru gaya dan perwatakan
masjid di India Utara yang dikembangkan oleh generasi Monggol. Antara
dibangunkan dengan menggunakan pendekatan tersebut adalah Masjid

masjid yang

Zahir di Alor Setar

(1912), Masjid Jamek Kuala Lumpu (1909), Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar (1913), dan
sebagainya. Namun begitu, berdasarkan kepada hakikat sejarah, kumpulan arkitek dan jurutera
dari England telah diberi peranan terlebih dahulu untuk merekabentuk masjid di Tanah Melayu.
Antara binaan masjid terawal ialah Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru (1893), Masjid
Muhammadi di Kota Bharu (1867), Masjid Sultan Ibrahim di Muar (1920an), Masjid Kanpung
Paloh di Ipoh (1912) dan sebagainya. Mereka juga

memberikan perwatakan yang sama

sebagaimana bangunan kolonial lain dan hanya menambah binaan menara sebagaimana pada
binaan masjid di Timur Tengah dan Asia Tengah(Surat et al,2011).
Ringkasnya, pengaruh seni bina barat mulai meresap dalam ke dalam budaya tempatan
apabila bermulanya era penjajahan mereka ke atas tanah Melayu. Berdasarkan analisis
yang dilakukan, seni bina barat lebih ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan seni
bina Hindu-buddha dan seni bina melayu itu sendiri.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sememangnya sejarah dan agama itu memberikan pengaruh yang cukup
besar dalam kehidupan harian masyarakatnya. Kedua-duanya saling berkaitan antara satu
sama lain dan tidak boleh dipisahkan kerana sejarah tidak akan tercipta tanpa adanya
pengaruh agama dan agama tidak boleh berkembang tanpa wujudnya sejarah. Dalam
persepktif seni bina, sejarah memperlihatankan bagaiman sesebuah konsep seni bina itu
masuk dan diasimilasikan dengan budaya setempat lalu membentuk evolusi seni bina
baharu hasil dari pertembungan kebudayaan itu. Bagi agama pula, falsafah dan fahaman
sesebuah agama itu pada akhirnya akan menjadi perkara asas dalam proses membina
sebuah monument ataupun bangunanan.
Seperti mana yang berlaku dalam seni bina dan ragam hias Alam Melayu,perubahan demi
perubahan yang dialami akibat kesan peredaran zaman

dan juga anutan agama

menyebabkan seni bina Melayu semakin unik kerana ianya diambil dari pelbagai budaya.
Bermula dengan seni bina yang dipengaruhi oleh elemen hindu-buddha lalu beransur-ansur
berubaha menjadi seni bina yang menurut acuan Islam dan akhirnya ia berubah mengikut
konsep seni bina barat. Hal inilah yang perlu dilindungi bagi memastikan keunggulan seni
bina Melayu terus terpelihara selamanya.

6.0 RUJUKAN
A.Lamb. (1960). Chandi Bukit Batu Pahat. Singapura: Eastern University.
Azizul Azli Ahmad, Aizan Ali. (2012). Wacana Reka Bentuk Mihrab Masjid Tradisi Nusantara:
Kajian Masjid Semenanjung. Paper presented at the International Conference on Arts,
Social Sciences & Technology Penang, Malaysia, Pulau Pinang.
Coedes.G. (1980). Angkor: An Introduction. London: Oxford University Press.
G.Coedes. (1966). The Making of Southeast Asia (A. V. M. J.S Holmes, Trans.). The Hague:
W.Van Hoeve.
Heine-Geldern, R.Von. (1942). Conception of State and Kinship of South East Asia. FEO, 2(1530).
Kraftangan Malaysia. (2009). Ukiran Kayu Warisan Melayu. Kuala Lumpur: Perbadanan
Kemajuan Kraf Tangan Malaysia.
M.Rajantheran. (2001). Amalan Kultus Devaraja di Asia Tenggara.JATI, 6, 49-68.
M.Surat, N.Utaberta, H.Othman,. (2010). Dokumentasi,Analisis dan Penggunaaan Hadith: Satu
Penilaian Ke atas Rekabentuk Masjid Moden di Malaysia. Journal of Building
Performance, 1(1).
Mannika.E. (1985). Angkor Wat: Meaning Through Measurement. USA: University of
Michigan.
Maurits G.T Kwee. (2012). The Borobudur: A Psychology of Loving-Kindness Carved in Stone
The Journal of the International Association of Buddhist Universities (JIABU), 3, 1-28.
Mohd Tajuddin Mohd Basri, Kamaruddin Mohd Ali, Syed Ahmad Iskandar Syed
Ariffin,Ra'Alah Mohd,Gurupiah Mursib,. (2004). Warisan Seni Bina Dunia Melayu
Rumah-rumah Tradisi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Myrdal.J, Gun Kessle. (1971). Angkor:An Essay on Art and Imperialism. London: Chatto and
Windus.
Noor, Arba’iyah Mohd. (2011). Perkembangan Pensejarahan Islam di Alam Melayu. Jurnal AlTamaddun, 6, 29-50.
Rashid, Mohd Sabrizaa B Abd. Evolusi Bentuk dan Makna pada Ragam Hias dalam Seni Bina
Tradisional Melayu. Centre for Knowledge & Understanding of Tropical Architecture &
Interior (KUTAI). UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.

S.Singaravelu. (1989). Ulasan Ringkas Hubungan Kebudayaan antara India dengan Malaysia
pada Zaman Pramoden. In A. A. D. Ismail Hussein, Abd Rahman Al-Ahmadi, (Ed.),
Tamadun Melayu(Jilid Satu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Norlizaiha Harun. (2005). Perkembangan Sejarah dan Pengaruh ke atas Seni Bina di
Malaysia: Sebuah Tinjauan Ringkas, Buletin Perancang, JPBD.
Suppian Sabtu. (2005). Arkeologi dan Kesenian di Lembah Bujang:Data Pahatan Batuan Pada
Struktur Percandian Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
V.Subramanya Aiyar. (1936). The Larger Leiden Plates(of Rajaraja I). Epigraphia Indica,
22(213-266).
Zakaria, Idris. (2012). Islam dan Falsafahnya dalam Kebudayaan Melayu Jurnal Hadhari Special
Edition, 91-108.