PERBANDINGAN HAMZAH FANSURI and ANDREW H
PENDAHULUAN
Perkembangan sastera sebagai sebuah disiplin ilmu telah memperlihatkan munculnya cabang
ilmu Sastera Bandingan pada zaman moden iaitu sekitar abad ke-19 di Perancis. Lebih tepat
lagi iaitu pada tahun 1827 ketika Abel Villemain dari Perancis memberikan sesi kuliahnya di
Universiti Sorbonne, Paris. Villemain merupakan orang yang pertama yang menggunakan
istilah ‘Sastera Bandingan’ dan meletakkan asas-asas dan ruang lingkup bagi kajian
kesusasteraan ini. Kemunculan disiplin ilmu ini memberi ruang kepada pengkaji sastera
untuk melakukan perbandingan dari sudut perbezaan dan persamaan antara sebuah sastera
nasional dengan sebuah sastera nasional yang lain. Aspek perbandingan boleh dilihat melalui
kajian pengaruh, tema, terjemahan, sejarah nasional dan sebagainya. Hal ini kerana masih
terdapat kemusykilan dalam kalangan sarjana sastera mengenai garis panduan bagi Sastera
Bandingan. Sarjana aliran Perancis cenderung melakukan perbandingan yang bersifat ilmiah
dan bukannya estetik seperti yang dilakukan oleh aliran Amerika yang bersifat terbuka dalam
melakukan perbandingan sastera.
Walaupun disiplin ilmu ini telah berkembang sejak abad ke-19 lagi, namun, masih
terdapat kecelaruan dalam menentukan takrif bagi disiplin ini. Aliran Perancis mendifinisikan
sastera bandingan sebagai ilmu bandingan antara dua atau lebih daripada dua kesusasteraan.
Manakala, bagi aliran Amerika lebih menekankan perbandingan bahan-bahan sastera dengan
psikologi, sosiologi, seni lukis, muzik, falsafah, politik dan lain-lain. Inilah perbezaan besar
yang membezakan kedua-dua aliran ini.
Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengkaji sastera bandingan, mereka perlulah
memahami perbezaan yang jelas antara sastera nasional, sastera dunia dan sastera bandingan
itu sendiri. Sastera nasional ialah kajian sastera mengenai sastera dalam lingkungan sebuah
negara sahaja tanpa membandingkannya dengan sastera negara lain. Sastera dunia pula ialah
kajian sastera terhadap karya yang telah mendapat pengiktirafan dunia. Sesebuah karya itu
memerlukan masa yang lama untuk mendapat pengiktirafan dunia. Sastera bandingan pula
ialah kajian sastera yang membandingkan dua atau lebih karya dalam lingkungan geografi
yang berbeza.
Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan perkembangan sastera di Barat dan Nusantara.
Seterusnya, penulis akan mengkaji persamaan dan perbezaan karya sufi yang dihasilkan oleh
Hamzah Fansuri penyair sufi Aceh dan juga Andrew Harvey yang banyak menulis mengenai
karya-karya sufi dan mistik, serta perkembangan syair sufi dalam dunia Islam. Di samping
itu, penulis juga akan membandingkan perbezaan dan persamaan antara dua karya yang
dipilih iaitu Syair Perahu hasil karya Hamzah Fansuri dan The Truth is Within You tulisan
Andrew Harvey.
1.0
PERKEMBANGAN SASTERA DI NUSANTARA
Perkembangan sastera di Nusantara sering dikaitkan dengan kedatangan Islam ke
rantau ini. Kesusasteraan di rantau ini dapat dikaji dalam dua zaman iaitu sebelum
kedatangan Islam dan selepas datangnya Islam. Sebelum pengaruh peradaban Islam
mula bertapak di rantau ini, wujudnya pengaruh peradaban India sejak dari kurun
pertama Masehi sehingga
kurun ke-14 dalam bentuk dua falsafah agama iaitu
Hinduisme dan Buddhisme.1 Penyebaran kedua-dua agama ini telah memberi kesan
nafas baru kepada kebudayaan tempatan yang sedia ada di nusantara.
Golongan Brahmana telah memainkan peranan penting dalam usaha
mengembangkan peradaban India di samping pedagang-pedagang India dan orangorang tempatan. Kesan pertembungan kedua-dua kebudayaan ini lahirlah organisasi
sosial yang berbentuk negara dan negara-kota. Selain itu, wujudnya empayar-empayar
yang telah meluaskan pengaruh dari ibu kotanya. Hal ini menyebabkan wujudnya
kegiatan-kegiatan kesusasteraan terutama di istan. Namun, malangnya tidak ada
sebarang hasil kesusasteraan zaman ini yang terselamat dan sampai kepada kita pada
hari ini.2
Kebanyakan inskripsi-inskripsi yang ditemui di Nusantara ditulis dalam
bahasa Sanskrit dan juga Melayu kuno. Melalui bahan-bahan inilah para pengembara
dapat mengkaji mengenai sejarah dan peristiwa yang berlaku di rantau ini.
Contohnya, di Sumatera dijumpai empat buah inskripsi dan dan satu lagi di Kota
Kapur di Pulau Bangka yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Bersumberkan
inskripsi ini dapat diketahui mengenai kewujudan kerajaan Buddisme di Palembang
yang diberi nama kerajaan Sri Vijaya. Kerajaan ini sama seperti catatan yang
dilakukan oleh I-Ching iaitu Shih-li fo-Shih.
Selain itu, terdapat juga kerajaan Majapahit yang berkuasa di rantau ini (12931520). Nagarakrtagama yang dikarang oleh Prapanca pada 1365 ada menyebut lebih
daripada 15 negeri yang ditakluknya di Semenanjung Tanah Melayu. Antaranya ialah
1
Palaniappan. 1984. Sumbangan Kesusasteraan India Kepada Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Tradisional. Sari Jurnal Institut Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Melayu
(2).hlm.127.
2

(2).hlm.128.
Hujung-medini (Johor), Lengkasuka, Kelanten, Tringgano, Tumasik, Kelang, Keda,
Jere
dan
Kanjapiniran.
Dengan
demikian,
bolehlah
dikatakan
bahawa
berkemungkinan darah-daerah ini turut terlibat dalam menghasilkan karya sastera
yang berasaskan kepercayaan Hinduisme dan Buddisme serta mencampur-adukkan
dengan unsur-unsur tempatan yang sedia ada.
Selepas itu, Islam datang ke rantau ini pada abad ke-7 yang dibawa oleh para
ulama luar yang rata-ratanya adalah para pedagang telah mengubah kehidupan
masyarakat nusantara secara keseluruhan termasuklah dari segi kesusasteraannya.
Hamka telah melakukan kajian menggunakan sumber cina dan tulisan T.W. Arnold
Toynbee yeng menyatakan dakwah Islam di nusantara adalah sekitar abad ke-7
Masehi.3
Kemasukan
agama
Islam
telah
memainkan
peranan
penting
mengislamisasikan masyarakat tempatan yang rata-ratanya beragama Hindu dan
menukar corak pemikiran mereka berlandaskan Islam. 4 Selain itu, kedatangan Islam
juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Bukan
sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan pelbagai
buku kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk
prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi.5
Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Arab yang diasimilasikan ke
dalam bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam
bahasa Melayu.6 Karya-karya Melayu yang bercorak Hindu yang telah disunting
mengikut prinsip-prinsip Islam. Contohnya, cerita Ramayana ditukarkan kepada
beberapa versi iaitu Hikayat Seri Rama dan Mahabrata, Hikayat Pandawa Lima,
Hikayat Sang Boma dan Hikayat Lang Buana.7
3
Anon.t.th. www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm.dilayari pada 14 Disember
2012.
4

5
Ibid,

(2).hlm.132
7

(2)..hlm.133.
6
Kesimpulannya, perkembangan kesusasteraan di nusantara dipengaruhi oleh
unsur Hindu-Buddha sebelum Islam. Namun, selepas kedatangan agama Islam ke
rantau ini semua hasil kerya tersebut telah bertukar corak untuk disesuaikan dengan
memasukkan dan menukar istilah-istilah tertentu berdasarkan ciri-ciri Islam.
2.0
PERKEMBANGAN SASTERA DI BARAT
Kesusasteraan Inggeris atau dunia Barat mengalami banyak transformasi seiring
dengan perkembangan tamadun mereka sendiri. Namun, pada tahun 1500 bidang
kesusasteraan Barat semakin kukuh sama ada dari segi penggunaan bahasa, bentuk
kesusasteraan, dan aspek-aspek sastera yang perlu diberi penekanan. Sejarah
perkembangan sastera Barat tidak konsisten dan adakalanya agak mengelirukan jika
dikaji kerana sastera dan tamadun mereka saling berkaitan. Oleh sebab itu, jika ingin
mengkaji mengenai sastera Barat, maka pengkaji perli terlebih dahulu mendalami
sejarah mereka seperti juga sastera-sastera bangsa lain. 8
Zaman Renaissance sangat sinonim dengan tamadun Barat kerana bermula
daripada zaman ini mereka bangkit setelah berada dalam “Dark Age” pada abad ke
16 dan 17. Seiring dengan kemunculan zaman ini, lahirnya sastera moden dalam
kesusasteraan Barat menggantikan kesusasteraan yang terdiri daripada tokoh-tokoh
seperti Plato, Aristotle dan Horace. Pada era Renaissance Barat mula mengetengahkan
idea-idea falsafah dan karya Socrates mula diterjemahkan. Munculnya teori
kesusasteraan moden ini dikatakan setelah berkembangnya teori Formalisme Rusia
pada tahun 1915. Idea yang diketengahkan melalui teori Formalisme ini ialah
“kesusasteraan untuk kesusasteraan”.9
Pada zaman Renaissance ini lahirnya tokoh-tokoh seperti Francesco Petrach,
Dante Aligheri yang terkenal dengan karya “Divine Comedy” yang menceritakan
kisah perjalanan syurga dan neraka dan juga Giovanni Boccaccio yang terkenal
dengan buku “Decameron”.10
8
Richard Bradford (penyt). 1996. Introducing Literary Studies. Press (Padstow) Ltd. London.hlm.61.
Anon.t.th. http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/bermulanya-teori-sastera-moden.html.dilayari
pada 12 Disember 2012.
10
Anon.t.th.http://panitiasejarahsgb.blogspot.com/2012/08/zaman-renaissance.html.dilayari pada 17
Disember 2012.
9
3.0
PERKEMBANGAN SYAIR SUFI
Lahirnya syair sufi ekoran perkembangan daripada syair zuhud yang tersebar dalam
masyarakat Arab Iraq pada akhir kurun kedua Hijrah. Tema-tema yang dikemukakan dalam
syair zuhud ini adalah berkaitan dengan akhlak yang mulia seperti sifat lemah lembut, malu,
sabar, suci hati, ikhlas, dan jujur dalam persahabatan.11
Syair sufi dan zuhud ini lahir daripada pemikiran Islam dan dalam lingkungan Islam
bukannya daripada unsur-unsur agama Hindu atau Kristian. Tasawwuf adalah pemikiran
islam dari segi ruh, hakikat, sejarah pembentukan dan perkembangannya. Tasawwuf
sememangnya mempunyai kaitan dengan syariat Islamiyah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.12
Menurut Nicholson, Dhu al-Nun merupakan orang pertama yang mengasaskan
tasawwuf. Beliau telah membahagikan makrifat kepada tiga peringkat. Makrifat Awwam iaitu
mengenal Allah hanya dengan bibir. Kemudian, makrifat Mutakalimin iaitu mengenal Tuhan
dengan logik iaitu untuk golongan ahli falsafah dan ulama. Akhir sekali, makrifat
Muqarrabin iaitu mengenal Allah dengan hati iaitu untuk para wali dan auliyat yang melihat
Allah dengan mata hati mereka.13
Kemudian pada kurun ketiga Hijrah tasawwuf semakin kukuh dan dianggap suatu
aktiviti kerohanian melalui idea hubb ‘Illah (cinta Tuhan) yang bertujuan untuk sampai
kepada Tuhan dan mencapai tahap ittihad. Pada akhir kurun ketiga ini, didapati ramai ahli
sufi yang mengarang syair sufi untuk menggambarkan perasaan cinta (hubb dan ‘isyq)
mereka kepada Allah. 14
Seterusnya, pada kurun ketiga dan keempat Hijrah syair sufi ini mula berkembang dan
semakin kukuh dengan munculnya beberapa orang tokoh. Antaranya ialah, Abu Qurab
‘Askar bin Husayn al-Nakhsyabi dan Abu Zakariya Yahya al-Razi. Pada kurin
kelima dan keenam Hijrah konsep hubb ‘Illahi dalam kalangan sastera sufi semakin
berkembang dan subur, begitu juga syair pujian terhadap nabi (mada’ih). Antara penyair
11
Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara 25-26 November 2011.hlm.1-10.
12

13
Yunasril Ali.1987. Pengantar Ilmu Tashawuf 25-26 November 2011. Jakarta. Pedoman Ilmu
Jaya.hlm. 69
14

zaman ini ialah ‘Abdul al-Qadir al’Jaylani, Abu ‘Abdullah bin Ahmad alAndalusi al-Quraisy, Baba Tahir al-‘Uryani dan Umar Khayyam.15
Pada kurun ketujuh syair sufi telah mencapai zaman kemuncaknya dalam konsep
hubb al-‘Illahi di tangan penyair sufi Ibn al-Farid yang meninggal dunia pada tahun 623H.
antara penyair-penyair pada zaman ini ialah Muhyiden Ibn Arabi, al-Busayri yang meninggal
dunia pada 695H dan ‘Abdul Aziz al-Darini yang meninggal dunia pada tahun 694H. Namun,
pada kurun kelapan sastera sufi mengalami kemerosotan disebabkan penyair-penyair pada
zaman ini banyak bergantung kepada konsep yang dibawa oleh para penyair kurun
sebelumnya.16
Walaubagaimanapun, sastera sufi tidak berhenti setakat itu sahaja, ia juga semakin
berkembang daripada lingkungan ia bermula. Sastera sufi semakin berkembang ke seluruh
dunia Islam seperti Farsi, India, dan Asia Tenggara seiring dengan perkembangan agama
Islam itu sendiri. Akhirnya pada abad ke-16 menyaksikan lahirnya seorang tokoh sastera sufi
nusantara iaitu Hamzah Fansuri.17
Bukan sahaja dunia Islam, bahkan dunia Barat turut menerima pengaruh sastera Sufi
Islam. Sehinggakan mereka mengakaji disiplin ini dan cuba melakukan sesuatu yang hampir
sama dengan sastera sufi Islam. Lantas, banyaklah karya-karya sufi Islam yang diterjemahkan
sebagai rujukan dunia Barat. Antara tokoh-tokoh Barat yang terkenal dalam mengkaji
mengenai ilmu sufi Islam iala Nicholson dan Andrew Harvey.
15

16

17

4.0
ANALISIS PERBANDINGAN KARYA HAMZAH FANSURI DAN ANDREW
HARVEY
4.1
Latar Belakang Hamzah Fansuri
Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh yang terkenal di Nusantara dan nama
beliau sentiasa disebut-sebut dalam sejarah kedatangan Islam di alam ini. Hamzah
Fansuri merupakan penyair sufi yang teragung dan beliau merupakan orang pertama
yang menyampaikan doktrin sufi dalam bahasa Melayu.18 Tarikh kelahiran beliau
tidak dapat disahkan kerana tidak terdapat sumber yang menyatakan fakta ini secara
pasti. Menurut Profesor al-Attas dalam bukunya A Commentary on The Hujjat alSiddiq of Nur al-Din al-raniri, Hamzah Fansuri dipercayai hidup di antara tahun 1550
dan 1660.19
Beliau berasal dari Barus, di pantai Barat Sumatera Utara. Gelaran “Fansur”
diambil bersempena dengan tempat lahir beliau iaitu “Pansur” berhampiran dengan
Singkel. Selepas itu, nama tempat lahirnya “Pansur” telah ditukarkan kepada sebutan
Arab “Fansur” dan dihubungkaitkan dengan nama beliau. Maka, lahirlah nama
Hamzah Fansuri.20 Walaubagaimanapun, Syed Naquib al-Attas berpendapat Hamzah
Fansuri berasal dari Shawr Nawi seperti yang dinyatakan dalam sajak beliau:
Hamzah Shawr- Nawi terlalu hapus
Seperti kayu sekalian hangus
Asalnya laut tiada berharus
Menjadi kapur di dalam Barus21
Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai tempat kelahiran beliau,
namun kedua-dua tempat ini memberikan pengertian yang sangat besar dalam
18
Dr. Bukhari Lubis. 1994. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu) dan
Ibrahim Hakki Erzurumlu (Turki Uthmani). Persuratan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.hlm.102.
19
Ibid,
20
Norakmal Azraf, Mohd Akmal, Mohd Haidhar Kamarzaman & Azmul fahmi. 2011. Konteks
Historiografi Kitab Sharab al-‘Ashiqin Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26
November 2011. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selangor.hlm.519-531.
21
Anon. tth. Hamzah Fansuri Penyair Aceh. Peny. Abdul Hadi W.M & L.K. Ara. Lotkala.hlm.15
kehidupan tokoh ini. Oleh sebab itu, kedua-dua tempat ini terdapat dalam nukilan
sajak beliau.
Hamzah Fansuri mula mempelajari ilmu-ilmu agama di Aceh. Bagi menambah
dan memperluaskan lagi pengetahuan dalam hal-hal agama, beliau mengembara ke
tempat-tempat lain. Pada masa yang sama beliau juga menyebarkan ajaran Islam.
Beliau telah menjelajah ke Pahang, Banten, Baitulmaqdis, Siam, Makkah dan
Baghdad. Beliau juga menguasai bahasa Arab dan Parsi. 22 Justeru, tidak hairanlah jika
beliau dianggap sebagai tokoh yang terkenal kerana mahir dalam beberapa bahasa.
Karya-karya beliau banyak memberi pengaruh kepada orang Melayu Islam di
Nusantara. Semua karya beliau berbentuk prosa dan kebanyakan syairnya mempunyai
kaitan dengan tasawwuf. Bukan itu sahaja, karya-karya beliau juga berjaya menarik
perhatian sarjana Barat atau orientalis seperti Prof. A. Teeuw dan juga R.O. Winstedt.
Mereka mengakui Hamzah Fansuri memiliki semangat yang luar biasa yang tidak
terdapat pada orang lain. Antara sarjana tempatan yang banyak membincangkan
mengenai Hamzah Fansuri ialah Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dan buku
yang ditulis beliau mengenai tokoh ini seperti; The Mysticism of Hamzah Fansuri
(disertasi, 1996), Raniri and the Wujudiyyah, New Light on Life of Hamzah Fansuri
dan The Origin of Malay Syair.23
Karya-karya beliau banyak mengetengahkan doktrin tasawwuf dan beberapa
nama ahli-ahli sufi turut disebutkan dalam karyanya. Antaranya ialah Ibn ‘Arabi,
Rabi’at al-‘Adawiyah, Dzu al-Nun al-Misri, Abu Yazid Bistami, Junayd al-Baghdadi,
al-Hallaj, Abu Bakr al-Shibli, Abu Hamid, Abd al-Qadir al-Jilani, ‘Attar, Rumi, Jami
dan ‘Ali Abu al-Wafa. Beliau juga turut menyebut nama seperti ‘Ayn al-Qudat alHamadani dan Nesimi.24
Buku-buku tasawwuf beliau ditulis dalam bahasa Arab, Melayu dan Parsi.
Disebabkan itu beliau digelar sebagai mulamma’ iaitu penyair yang menulis bait22
Sri Mulyati. 2006. Tasawuf Nusantara Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka. Kencana Prenada Media
Group. Indonesia.hlm73.
23
Ibid, hlm.76-78.
24

Lumpur.hlm.104.
baitnya lebih daripada satu bahasa. Hal ini kerana beliau menulis kitab-kitabnya
dengan merujuk kepada sumber kitab-kitab Arab dan Parsi.25 Antara penyair yang
Sufi yang menghasilkan mulamma’ dalam bahasa Arab dan Parsi termasuklah Hafiz
dan Rumi.26 Hamzah Fansuri terkenal dengan doktrin wahdatul wujud dan
dikembangkan di Aceh sekitar suku terakhir abad ke-16. Doktrin yang diperkenalkan
oleh beliau ini mendapat tentangan daripada Nuruddin al-Raniri. Beliau mengatakan
Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumatrani mengajar ajaran sesat dan bertentangan
dengan perkara yang dipelajari beliau.27
Hamzah Fansuri meninggal dunia di Wilayah Singkel dekat kota kecil
Rundeng. Beliau dimakamkan di kampung Oboh Simpang Kiri Rundeng di Hulu
Sungai Singkel.28
Kesimpulannya, Hamzah Fansuri telah banyak berjasa dalam perkembangan
ilmu tasawwuf di Nusantara. Beliau merupakan penulis pertama yang menulis
mengenai ilmu ini dalam bahasa melayu. Walaubagaimanapun, karya-karya yang
sampai kepada kita hari ini hanya sedikit disebabkan timbul beberapa salah faham
terhadap beliau sehingga karya-karyanya dibakar.
4.2
Latar Belakang Andrew Harvey
Andrew Harvey merupakan seorang penyair, penulis dan cendekiawan agung dalam
bidang spiritual bagi dunia Barat. Selama 25 tahun, beliau telah merintis aspek-aspek spiritual
melalui guru-gurunya. Guru-guru beliau terdiri daripada mereka yang beragama Kristian,
Hindu, pengkaji ilmu sufi Islam dan Buddha. Oleh hal yang demikian, beliau telah berjaya
menghasilkan lebih kurang 30 buah buku yang menyentuh tentang spiritual berdasarkan
kepada pengalaman dan perkara yang telah dipelajarinya.29
25

Group. Indonesia.hlm78.
26
Dr. Bukhari Lubis. 1994. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu) danIbrahim
Hakki Erzurumlu (Turki Uthmani). Persuratan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.hlm.104.
27

28

29
Miriam Knight. 2003. A Mystic for Our Time: An Interview with Andrew Harvey.
http://newconnexion.net/articles/index.cfm/2003/01/harvey.html.dilayari pada 17 Disember 2012.
Beliau dilahirkan di Selatan India pada tahun 1952 dan menetap di sana sehingga
berumur sembilan tahun. Kemudian, beliau berhijrah ke England untuk meneruskan
pengajiannya di sebuah sekolah swasta di sana. Pada tahun 1970, beliau berjaya melanjutkan
pelajaran di peringkat universiti di Universiti Oxford dengan dibiayai biasiswa dalam bidang
sejarah. Ketika berumur 21 tahun, beliau dilantik sebagai felo di All Soul’s College iaitu satu
penghormatan tertinggi dalam bidang akademik di England.30
Beliau merupakan seorang penganut Hindu pada asalnya, namun beliau telah menukar
pegangan agamanya kepada Buddha, kemudian kembali kepada Hindu setelah bertemu
seorang guru bernama Mother Meera. Akhir sekali, beliau telah menukar kepercayaannya
kepada Kristian. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab-sebab di atas
penukaran pegangan hidupnya ini. Namun, sesuatu perkara yang ganjil mengenai beliau ialah
perkahwinanya dengan seorang lelaki bernama Eryk Hanute yang telah banyak membantunya
bersama-sama menghasilkan karya-karyanya.31
Pada tahun 1984, beliau mula melakukan kajian dalam hasil-hasil karya Rumi dan
kesufian di Paris bersama sekumpulan pengkaji sufi Perancis serta Eva Vitray-Meyerovitch.
Eva Vitray-Meyerovitch merupakan seorang penterjemah karya-karya sufi Rumi ke dalam
bahasa Perancis. Antara karya yang dihasilkan oleh Andrew tentang Rumi pada peringkat
awal ialah The Way of Passion, The Celebration of Rumi dan Perfume of The Desert: An
Anthology of Sufi Mysticism. Karya beliau Light Upon Light Inspirations from Rumi yang
menjadi pilihan penulis dalam kertas kerja ini telah diterbitkan pada 1996 yang memuatkan
karya-karya Rumi dalam bidang sufi.32
Kesimpulannya, Andrew Harvey merupakan seorang tokoh yang sangat berminat
dalam mendalami aspek-aspek spiritual. Beliau bukan sahaja mengkaji aspek-aspek spiritual
Barat, bahkan beliau juga sangat tertarik untuk mengkaji karya-karya Timur khasnya karya
Rumi yang sangat terkenal dalam bidang kesufian.
4.3
Sinopsis Syair Perahu
30
Anon. t.th. Andrew Harvey-Biography www.andrewharvey.net/biography.php 1/2 dilayari pada 17
Disember 2012.
31

32

Pada rangkap pertama Hamzah Fansuri telah menjelaskan tujuannya menulis syair ini
adalah untuk memperbaiki i’tikad umat Islam atau al-‘Aqidah al-Islamiyah pada zaman
beliau. Hal ini kerana beliau melihat para ahli tarekat ketika itu telah jauh terpesong daripada
ajaran Islam yang sebenar.
Beliau menggunakan perahu sebagai simbol atau tema utama dalam syairnya dan hal
ini jelas terbukti dengan pemilihan tajuknya iaitu Syair Perahu. Perahu yang diceritakan
dalam syair ini merupakan simbol perjalanan hidup seorang manusia atau hamba. Perjalanan
kehidupan ibarat menaiki sebuah perahu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Namun,
sepanjang perjalanan tersebut pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi yang
kemudiannya akan menentukan sama ada seseorang itu berjaya sampai dengan selamat ke
destinasi yang dituju atau karam di pertengahan jalan.33
Selain itu, perahu juga merupakan simbolik keimanan seseorang seperti yang
terkandung di dalam al-Quran iaitu rujukan utama penyair sufi. Hal ini seperti yang
digambarkan oleh Hamzah Fansur dalam syairnya iaitu apabila seseorang itu berada dalam
musibah, maka imannya mrnjadi kebal dan mantap serta merasa dekat dengan Allah.
Sedangkan apabila seseorang itu telah terlepas dari cubaan dan halangan ia kembali
melupakan Allah dan seolah-olah ia tidak pernah memohon bantuan dari Allah. Hal ini selari
dengan firman Allah:34
Maksudnya: Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),
mereka memohon pertolongan kepada Allah Dengan doa Yang tulus ikhlas kepadaNya. kemudian
setelah Allah menyelamatkmereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
Di samping itu, beliau juga menyampaikan mesej bahawa kehidupan ini hanya
sementara, semua manusia satu masa nanti akan menuju ke alam yang bersifat kekal. Apabila
seseorang manusia itu telah kembali menemui ajalnya, maka lautan yang diharungi selama ini
telah selesai dan ia sudah berada di destinasi yang dituju iaitu alam yang bersifat abadi.
33
Anon. T.th.http://acehmeutuah.blogspot.com/2011/12/syair-perahu-by-hamzah-fansuri.html.dilayari
pada 12 Disember 2012.
34
Al-Quran
Sepanjang mengharungi lautan, seseorang pelayar perlu memiliki kompas sebagai penunjuk
arah supaya tidak tersesat dilambung gelombang. Perkara ini merupakan pengajaran kepada
muslim agar menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.
Menurut Hamzah Fansuri lagi, seperti yang dinyatakan dalam syair ini bahawa selama
tempoh pelayaran seorang pelayar perlu membawa bekalan yang mencukupi. Bekalan yang
dimaksudkan di sini ialah segala amal kebaikan yang akhirnya akan menjdikan seseorang itu
bertakwa. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197:35
Maksudnya: (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh
Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu,
maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar,
Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui
oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik
bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai
orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
Beliau juga menyentuh mengenai kehidupan di alam kubur iaitu manusia tinggal
bersendirian sahaja tanpa ditemani sesiapa kecuali amal ibadat semasa hidupnya. Selain itu,
beliau juga mengetengahkan konsep Wahdatul Wujud dalam rangkap syairnya. Beliau
merupakan pendukung konsep Wahdatul Wujud yang membicarakan mengenai kesatuan
antara kewujudan Allah dengan kewujudan makhluk.
Beliau juga turut membahaskan mengenai tauhid, iman dan makrifat. Menurut beliau
manusia yang meyakini kalimat ل االلله ال اakan menjadikan Allah tempat meminta
pertolongan dan tempat bergantung. Hal ini kerana realiti masyarakat masih ada yang
meminta bantuan selain daripada Allah seperti meminta pada kubur, pokok dan sebagainya.
Manakala, konsep makrifat ialah seseorang hamba itu telah benar-benar mengenal Tuhannya
dan ia mampu merasakan bahawa Tuhan selalu berada di sisinya.36
35

36
Secara kesimpulannya, Syair Perahu ini menceritakan mengenai perjalanan seorang
hamba menuju suatu destinasi yang abadi untuk bertemu Penciptanya. Sepanjang perjalanan
tersebut, seseorang itu perlu mempunyai bekalan yang mencukupi iaitu amal ibadat agar tidak
terkandas separuh jalan. Bukan itu sahaja, seseorang itu perlu menjadikan al-Quran dan alSunnah sebagai kompas panduan sepanjang perjalanannya agar mendapat petunjuk menuju
alam yang abadi.
4.4
Sinopsis The Truth is Within You
Karya Andrew Harvey yang dipilih oleh penulis ini merupakan hasil terjemahan
daripada karya-karya tokoh sufi agung iaitu Jalal al-Din al-Rumi yang dimuatkan dalam
bukunya Light Upon Light Inspirations from Rumi. Namun, hasil terjemahan ini telah
mengalami perubahan berbanding teks asal kerana terdapat penambahan dan pengurangan
oleh Andrew Harvey mengikut kesesuaian dirinya. Tajuk yang dipilih penulis ialah The
Truth is Within You yang merupakan sebuah prosa dalam buku ini. Perubahan tersebut
dinyatakan oleh Andrew dalam pendahuluan buku ini yang berbunyi:
“On rare occasions I have cut or added where I think Rumi’s intention demands it. The
longer poems come from the Diwan of Shams-I-Tabriz or the Mathnavi, the great
majority of the longer prose passages from the Discourses, the quatrains from the
Rubaiyat, and a few short passages from Rumi’s letters. The brief quatations that pepper
the text are nearly always from the Odes or the Discourses”
Pada perenggan pertama prosa ini dimulakan dengan perbualan di antara Jesus dan
John. Jesus sentiasa ketawa seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah, manakala, John
pula sering termenung dan menangis seolah-olah memikirkan masalah besar dalam hidupnya.
Kemudian, John menyatakan kepada Jesus pasti dia telah merasakan dirinya terselamat
daripada perkara ghaib yang akan berlaku kelak sehingga dia mampu untuk ketawa bahagia.
Jesus kemudiannya menjawab, “pasti engkau telah lupa bahawa Tuhan Yang Maha Mulia itu
sangat penyayang dan penuh dengan kelembutan”.
Kemudian, seorang hamba berdoa dan bertanya kepada Tuhan, “yang mana satukah
yang lebih hampir kepada-Mu?dan yang mana kah memiliki kedudukan yang tertinggi di
sisimu?” Tuhan lantas menjawab, “ yang mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisiku
ialah yang memandang tinggi terhadapKu”.
Moral yang diperolehi daripada prosa ini ialah amat penting bagi seorang manusia itu
meletakkan pandangan yang tinggi, cantik dan gambaran agung bagi Tuhan. Hal ini kerana
Tuhan akan menjelma dalam diri seseorang sepertimana yang dibayangkannya. Melalui cerita
ini juga Tuhan mengatakan “Aku seperti mana yang hambaku fikirkan terhadapKu: kerana
setiap manusia itu mempunyai bayangan yang berbeza: apapun bayangan hambaKu
terhadapKu, seperi itulah Aku. Justeru, berhati-hatilah hambaKu, sucikan hatimu dan
kembangkanlah pemikiranmu terhadapKu, kerana disitulah rumahKu”.
Carilah waktu yang sesuai sama ada ketika gembira, berpuasa, sembahyang,
bersendiri atau dalam bermasyarakat yang memberi faedah kepada diri sendiri. Hal ini kerana
kehendak manusia sentiasa berubah, oleh itu hendaklah sentiasa jujur dan peka dengan
sekelilng. Apapun cara yang boleh membawa kepada jalan kebenaran dengan sempurna dan
betul hendaklah diikuti. Walaupun, kadang-kadang jalan yang dilalui tersebut bertentangan
dengan kehendak diri sendiri, teruskanlah. Hal ini kerana kebenaran itu terletak dalam diri
sendiri. Bandingkanlah pendapat-pandapat sekeliling dengan naluri hati. Apabila telah
ditemui keserasian di dalam hati, maka ikutlah jalan tersebut.
4.5
Analisis Perbandingan
Syair Perahu karya Hamzah Fansuri merupakan sebuah karya sufi. Hal ini kerana
Hamzah Fansuri seperti yang dijelaskan dalam latar belakang beliau, merupakan seorang
penyair sufi yang terkenal di Nusantara dan sentiasa menjalankan aktiviti mengembangkan
ajaran tasawwuf ketika hayatnya.
Sementara, karya Andrew Harvey iaitu The Truth is Within You merupakan
terjemahan daripada penyair sufi agung iaitu Rumi dan bukannya karya asli beliau. Andrew
merupakan seorang aktivis agama yang cuba mengetengahkan tema sufism dalam penulisan
beliau.
Selain itu, tema yang cuba disampaikan oleh kedua-dua karya ini adalah berbeza.
Syair Perahu membawa mesej perjalanan seorang hamba menuju destinasi yang abadi iaitu
bertemu Penciptanya. Hal ini dibuktikan dengan simbolik perahu sebagai pengangkutan yang
dinaiki dan memerlukan bekalan yang mencukupi iaitu amal kebaikan untuk menuju
matlamatnya. Selain itu, pelayar tersebut juga memerlukan kompas iaitu al-Quran dan alSunnah sebagai panduan agar tidak terpesong daripada jalan yang sebenar.
Manakala, tema yang dipaparkan dalam prosa The Truth is Witihin You pula ialah
gambaran atau perspektif seorang hamba kepada Tuhan. Hal ini dijelaskan bahawa Tuhan
akan hadir dalam diri manusia mengikut gambaran mereka terhadap-Nya. Apabila seorang
hamba itu mempunyai perspektif yang baik dan indah mengenai Tuhan maka ia akan
merasakan sentiasa bahagia dan gembira begitu juga jika sebaliknya.
Syair Perahu bukan sahaja memiliki tema utama iaitu perjalan seorang hamba, namun
ia juga diiringi dengan tema-tema sampingan. Antaranya, kehidupan di alam kubur. Hamzah
Fansuri turut menyampaikan mesej bahawa kehidupan di alam kubur itu adalah bersendirian
dan amal kebaikan ketika hiduplah yang akan menjadi pembantu manusia kelak. Selain itu,
turut diketengahkan tema tauhid iaitu keyakinan kepada Allah. Hal ini kerana apabila seorang
hamba itu yakin kepada Allah sebagai tempat bergantung ia tidak akan memohon selain
kepada Allah.
Tema sampingan ini tidak terdapat dalam prosa The Truth is Within You. Hal ini
kerana ia merupakan prosa pendek iaitu sebanyak satu muka surat sahaja. Oleh sebab itu, ia
hanya mengetengahkan satu tema sahaja untuk disampaikan kepada pembaca berbanding
Syair Perahu yang panjang dan mempunyai beberapa tema sampingan.
Selain itu, penulis melihat gaya bahasa yang digunakan dalam Syair Perahu sangat
indah dan memiliki diiksi yang sesuai dengan temanya yang berbentuk tasawwuf. Pemilihan
kata bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan dan memerlukan penelitian serta
kesabaran bagi memahami maksudnya. Hal ini mungkin agak sukar bagi pembaca yang
masih asing dengan istilah-istilah sufi untuk memahami syair ini dengan lebih mendalam. Ia
juga banyak menggunakan istilah bahasa Arab dan lebih banyak maksud yang tersirat.
Manakala, The Truth is Within You menggunakan gaya bahasa yang agak kompleks.
Hal ini memerlukan penelitian dan pembacaan berulang-kali untuk memahami maksud yang
cuba disampaikan. Namun, mesej yang disampaikan adalah berbentuk secara langsung atau
tersurat dan bukannya tersirat.
Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua karya ini ialah ia memiliki unsur-unsur
keagamaan dan tergolong dalam karya sufi. Namun, unsur sufi dalam Syair Perahu
berlatarbelakangkan tasawwuf Islam. Manakala, doktrin sufi dalam The Truth is Within You
adalah bersesuaian dengan Barat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan sastera dalam dua tamadun iaitu Islam dan Barat mempunyai
beberapa tahap sebelum sampai kepada tahap lahirnya pelbagai karya mengikut acuan
tamadun masing-masing. Perbezaan kesusasteraan antara dua tamadun ini memberi
kesempatan kepada para pengkaji sastera untuk melakukan penyelidikan dalam
perkembangan ilmu kesusasteraan. Nusantara pada awalnya sangat dipengaruhi dengan
sastera Hindu-Buddha kerana kepercayaan ini yang banyak mempengaruhi alam ini sebelum
datangnya Islam. Namun, kedatangan Islam sekaligus telah mengubah kepercayaan dan
bentuk kesusasteraan kepada sesuatu yang lebih bermakna. Lain pula keadaannya dengan
dunia Barat kerana mereka telah mengalami banyak transformasi dan pernah berada dalam
“Dark Age” sehingga mereka berada dalam keadaan “deforestation” dalam pelbagai aspek
kehidupan. Selepas itu, mereka bangkit pada zaman Renaissance dan mula membina tamadun
dengan mengambil ilmu-ilmu dari tamadun Islam dan kemudiannya bangkit menjadi sebuah
kuasa besar pada hari ini. Namun, walaupun mereka telah mendahului umat Islam dalam
kajian ilmu pengetahuan, sebagai pembaca dan pengkaji yang beragama Islam kita perlu
menapis sumber-sumber yang datangnya daripada Barat. Bukan bermaksud kita tidak boleh
mempelajarinya, tetapi kita perlu menyesuaikan dengan garis-garis yang telah Islam tetapkan.
Hal ini kerana karya-karya yang mereka hasilkan hanya bersesuaian dengan kebudayaan
mereka sahaja kerana lebih mementingkan hedonisme, justeru seorang muslim perlu menapis
dan meneliti setiap sumber daripada Barat khasnya dalam penterjemahan karya-karya Islam
zaman klasik. Hal ini kerana adalah tidak mustahil bagi mereka untuk cuba memasukkan
unsur-unsur agama mereka sebagai salah satu gerakan missionari Kristian dan umat Islam
perlu berwaspada.
RUJUKAN
Al-Quran.
Anon. Tth. Rangkaian Sastera Sufi. Peny & terj. Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur:
Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC).
Anon. 1994. Persuratan Islam. Peny.Muhammad Bukhari Lubis. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman. 1986. Sastera Bandingan Konsep, Teori dan Amalan. Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sri Mulyati, M.A. 2006. Tasawuf Nusantara: Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka.
Indonesia: Kencana Prenada Media Group.
http://newconnexion.net/articles/index.cfm/2003/01/harvey.html.dilayari pada 17 Disember