KONSEP BUDI BAHASA mandarin siswa kelas

KONSEP BUDI BAHASA
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuh lah bangsa
“Budi bahasa budaya kita” merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi didengar
oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan budi bahasa ini sangat
penting dan perlu diamalkan oleh semua warga Malaysia tidak mengira agama, pandangan
politik, usia mahupun bangsa. Namun begitu, amat ketara sekali budi bahasa dan nilai nilai
murni di Malaysia telah merosot. Persoalannya, mengapakah masih terdapat segelintir pihak
yang enggan mengamalkan sikap berbudi bahasa? Adakah ini kerana masih terdapat
golongan yang belum benar benar memahami konsep budi bahasa? Atau mungkinkah ini
kerana masih ramai yang belum mengetahui kepentingan berbudi bahasa dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia. Sebelum saya menjawab dan mengulas dengan lebih
lanjut soalan-soalan ini, adalah wajar bagi saya untuk menghuraikan dahulu konsep budi
bahasa menurut kamus dewan dan pandangan beberapa tokoh terkemuka.

Apakah maksud budi bahasa? Secara umumnya, budi bahasa merujuk kepada tutur
kata, kelakuan,sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan
tercantum dalam kata-kata mulia. Dalam erti kata lain, setiap gerak laku, tutur kata, tata
hidup pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain .Dalam aspek berbudi bahasa dapat

kita lihat dua aspek iaitu aspek tutur kata dan aspek tingkah laku atau perbuatan. Terdapat
cabang-cabang kecil pada aspek kedua iaitu mimik muka, bahasa badan dan respon.
Merujuk kepada Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman. Menurut Awang
Sariyan (2007), kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi
teman bicara. Antara contoh perlakuan yang menunjukkan kesantunan dan budi bahasa
seseorang ialah memberi salam atau menegur dengan teguran yang baik apabila berjumpa
dengan kenalan, membongkokkan badan apabila lalu di hadapan, melayan tetamu dengan
menghidangkan juadah dan menunjukkan sesuatu menggunakan ibu jari. Tidak dapat
dinafikan bahawa budi bahasa mempunyai banyak kepentingan kepada negara antaranya
ialah mewujudkan perpaduan, melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan
mengukuhkan ekonomi negara.

Salah satu kepentingan budi bahasa ialah mewujudkan perpaduan antara
masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama di negara kita. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa
mengira perbezaan adat, budaya, taraf dan umur individu. Mereka akan mengamalkan
amalan yang berbudi bahasa antara anggota masyarakat seperti memberi senyuman dan
ziarah menziarahi antara satu sama lain. Dalam sesuatu masyarakat, panggilan yang

digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan kesantunan.
Panggilan seperti pak cik, mak cik dan macha mungkin pada zahirnya nampak berbudi
tetapi sebenarnya panggilan ini boleh dianggap sebagai agak kasar. Kita patut mencontohi
bangsa Barat yang memanggil pelanggan mereka “sir”. Dalam masyarakat kita, panggilan
“sir” ini boleh disamakan dengan panggilan tuan, puan dan encik.

Dengan ini, masyarakat

akan dapat hidup secara aman dan harmoni walaupun hidup dalam masyarakat yang
berbeza daripada aspek budaya, adat dan kepercayaan. Ini seterusnya akan membantu
mengelakkan pertelingkahan dan perselisian faham antara kaum selanjutnya dapat
mengelakkan daripada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Tragedi ini telah
menyebabkan kepincangan politik, ekonomi dan sosial. Peribahasa “bersatu teguh, bercerai
roboh” dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu bangsa hanya akan mampu
mengharungi cabaran lokal dan global sekiranya bangsa itu bersatu. Sekiranya bangsa itu
berpecah dan bercerai disebabkan perbalahan kaum, sudah tentu bangsa itu akan menjadi
lemah dan mudah dijajah oleh bangsa lain. Melalui amalan budi bahasa , sesebuah
masyarakat itu akan menghormati satu sama lain seterusnya mengukhkan hubungan antara
kaum dan akhirnya mengekalkan kestabilan negara dengan mudah.


Disingkap dari perspektif lain, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat
yang lebih bertamadun. Menurut Aristotle, yang meninggikan darjat seseorang ialah akal
dan adabnya, bukan asal keturunannya. Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan
dan minum.

Menyingkap sejarah ketamadunan manusia, masyarakat tamadun purba

mampu membina empayar dan kerajaan yang kuat kerana mereka mengamalkan
kesantunan dalam kalangan masyarakat. Tamadun seperti tamadun Mesopotamia, tamadun
Mesir Purba dan tamadun Hwang Ho sangat mementingkan kesantunan dalam kehidupan
seharian supaya aktiviti seharian dapat dijalankan dengan lancar. Melihat pada zaman
pemerintahan Rasulullah S.A.W pula, adab dan budi bahasa amatlah ditekankan
terutamanya ketika berurusan dengan orang ramai. Kita dapat lihat masyarakat Islam
mencapai kegemilangan mereka pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W dan antara
faktor kejayaan mereka merupakan kerana mereka mengamalkan kesantunan dalam
kehidupan harian. Dalam skop masyarakat hari ini, amalan berbudi bahasa membantu

memudahkan komunikasi antara dua pihak yang berurusan antara satu sama lain. Amalan
berbudi bahasa sesama pemimpin negara juga akan bertambah baik. Hubungan antara
negara


akan

bertambah

baik

seterusnya

membina

lebih

banyak

peluang

bagi

perkembangan ekonomi dan akhir sekali membantu negara untuk terus berkembang maju.


Dari sudut pandangan yang lain, industri pelancongan juga turut berkembang dengan
positif. Masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai
murni seperti memberi layanan yang sopan dan bersopan santun terhadap pelancong asing.
Hal ini penting supaya dapat memberi imej yang positif terhadap negara kita kepada
pelancong. Bukan itu sahaja, pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka dialu-alukan dan dihargai
oleh masyarakat tempatan. Negara Jepun seyogia dijadikan entiti misali kerana
masyarakatnya sememangnya terkenal dengan amalan budi bahasa mereka. Misalnya,
ucapan “irasshaimase” yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan
menusuk ke gegendang telinga tanpa mengira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan
berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun dengan
ucapan “arigato gozaimasu”. Tegasnya, budaya murni ini patutlah diserapkan dalam diri
setiap individu di Malaysia terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing
agar mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.

Akhirulkalam, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi yang sepatutnya
menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah
dilestarikan, dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri
yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengatakan bahwa

Negara kita akan mudah dikalahkan sekiranya kita mempunyai infrastruktur
kelas pertama tetapi mentality kelas ketiga. Oleh hal yang demikian,
dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul
amat mustahak untuk Negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai
taraf Negara maju untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
Negara-negara gergasi lain di seantero dunia. Dalam menanam amalan
berbudi dalam diri setiap individu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai
Murni

perlulah

diimplimentasikan

dari

semasa

ke

semasa


untuk

meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya amalan berbudi. Bukan
itu sahaja, semua pihak haruslah menggembleng tenaga bagai aur dengan

tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Seiring dengan itu, kita berharap agar menjelang tahun
2020, tabiat negative sudah lupus daripada memori setiap rakyat Malaysia
supaya Negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepentingan
amalan berbudi dalam masyarakat terpapar dalam pantun di bawah: