sejarah olahraga perlu diketahui (2)

1.0 Pengenalan: SEJARAH OLAHRAGA
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula kira-kira 1000 tahun sebelum
Masihi di Greece Kuno. Ini bermakna olahraga sudah pun diadakan sejak lebih 3000
tahun yang lampau. Berdasarkan maklumat ini, dipercayai olahraga merupakan
salah satu sukan tertua di dunia. Bagaimanapun, tidak ada bukti lain yang dapat
mengukuhkan dakwaan ini.
Sukan Olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang
merupakan tempat bermulanya tamadun manusia, dapat menguatkan catatan
tentang sukan olahraga ini. Dengan kata lain, orang-orang Greece sudah pun
melibatkan diri di dalam olahraga, walaupun matlamat mereka bukan untuk
menjadikannya sebagai sukan tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut
buku The Encyclopedia of Sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan
ialah lompat jauh. Ini dilakukan oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada Sukan
Olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau berjaya melompat sejauh 23 kaki 1½ inci
(7.0485).
Dari setahun ke setahun, sukan olahraga ini telah berkembang ke serata dunia dan
bilangan negara yang menghasilkan ahli-ahli olahraga bertaraf dunia turut
meningkat. Ahli-ahli olahraga dan negara Eropah turut mencatat kejayaan,
khususnya dalam Sukan Olimpik yang menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur
kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini, pesertapeserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet dari
Eropah. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul atlet-atlet dari Afrika dan Asia

yang mampu memberikan saingan, tetapi kejayaan yang mereka capai masih belum
memberangsangkan. Kini, atlet-atlet olahraga dari Afrika dan Asia sudah ada yang
mencatat kejayaan, khususnya dalam Sukan Olimpik.

2.0 Pengenalan Lari Jarak Sederhana
2.1 Lari Jarak Sederhana
Disebabkan lari pecut merupakan asas kepada acara-acara lari dalam olahraga,
sudah tentu segala aspek dan taktik mengenai Iari pecut ini juga boleh dijadikan
panduan umum untuk acara-acara lari yang lain. Bentuk Iatihan Iari jarak sederhana
juga adalah hampir sama. Hanya teknik larian agak berbeza.
Terdapat dua acara Iarian yang digolongkan sebagai acara lari jarak sederhana, iaitu
800 meter dan 1500 meter. Adakalanya sesetengah pihak menggolongkan acara 400
meter sebagai acara lari jarak sederhana. Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan
terdahulu, 400 meter adalah tergolong sebagai acara Iari pecut bersama 100 meter
dan 200 meter. Oleh itu, wajarlah 800 meter dan 1500 meter digolongkan sebagai
acara lari jarak sederhana. Kedua-dua acara Iari jarak sederhana ini disertai oleh
lelaki dan perempuan. Di peringkat sekolah, kedua-dua acara ini turut disertai oleh
murid-murid Ielaki dan perempuan. Jika dibandingkan dengan acara pecut, acara Iari
jarak sederhana atau jarak jauh agak kurang mendapat sambutan termasuk daripada
penonton.

Ramai peminat dan penggemar sukan olahraga tidak tahu siapakah pemegang
rekod dunia atau sekadar rekod kebangsaan negara kita untuk kedua-dua acara mi,
tetapi mereka dapat pula mengetahui pemegang rekod dunia atau kebangsaan
misalnya untuk acara 100 meter.
Pihak-pihak lain pula senang mengkategorikan kedua-dua acara ini iaitu 800 meter
dan 1500 meter sebagai acara jarak jauh, memandangkan banyak persamaan,
antara acara-acara ini dengan acaraacara Iari jarak jauh. Malah banyak buku tentang
sukan olahraga yang ditulis dan ditebittkan di banyak membincangkan tentang
acara-acara ini dan acara jarak jauh secara bersama.
Persamaan yang terdapat pada kedua-dua kategori acara Iarian ini merangkumi
permulaan , bentuk Iarian, teknik larian dan kaedah latihan. Malah olahragawan yang
mengambil bahagian dalam mana-mana acara pada kedua-dua kategori ini
mempunyai jurulatih yang sama. Ramai pelari jarak sederhana yang turut menganbil
bahagian dan menunjukkan prestasi yang setanding dengan acara Iari jarak jauh. Di

peringkat dunia sekalipun, pelari yang berjaya dalam acara jarak sederhana juga
berjaya dalam acara Iari jarak jauh jika mereka turut rnengambil bahagian.
2.2 Acara Jarak Sederhana : 800 meter.
Oleh kerana jarak sesuatu pusingan balapan ialah 400 meter, manakala seseorang
pelari 800 meter perlu berlari dua pusingan balapan tersebut. Seperti acara-acara

balapan yang lain, acara 800 meter boleh dijalankan sama ada di atas padang
ataupun balapan berturap. Jika dalam acara pecut pelari akan melakukan larian
pada kederasan yang maksimum boleh dikatakan di sepanjang jarak yang
ditetapkan, tetapi dalam acara 800 meter pelari perlu bijak membahagikan lariannya.
Adalah tidak mungkin pelari itu mampu mengekalkan kadar kederasan yang sama
(maksimum) sepanjang 800 meter lariannya. Dengan membahagikan lariannya
mengikut jarak tertentu akan memberikannya kelebihan serta keyakinan untuk
menunjukkan prestasi yang tinggi. Disamping kelajuan, pelari jarak sederhana
khususnya untuk acara 800 meter harus bijak mengatur langkah dengan
mengekalkan ketahanan dan konsentrasinya, supaya tidak mudah digugat oleh
pelari lain, yang sudah tentu akan berusaha mengalahkannnya.
Dalam perlumbaan olahraga peringkat dunia, para pelari 800 meter sering herusaha
rnengekalkan ketahanan larian rnasing-masing pada harnptr sepanjangjarak acara
itu. Pada masa yang sama mereka cuba pula rneningkatkan kepantasan dan
berusaha mengekalkannya sehingga ke garisan penarnat. Ada kalanya kita seolaholah melihat peserta untuk. acara mi berlari pecut dalarn 200 meter atau 400 meter,
schingga kadangkala keputusan terpaksa ditentukan dengan cara ‘photo-finish’.

2.3 Latihan Ansur Maju
Larian jarak sederhana juga memerlukan latihan ansur maju supaya iaberkesan
kepada atlit yang melakukan secara berterusan. Antara latihanansur maju yang

boleh dilakukan ialah seperti berikut:



Latihan Jeda
Latihan Fartlek

A) Latihan Jeda

Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang berulang-alik secara berterusan dan
diselang-selikan rehat yang cukup. Tujuan utama latihan ini adalah untuk
menambahkan

kecekapan

sistem

tenaga

anaerobik


supaya

menambahkan

kebolehan individu dalam prestasi yang lebih hebat. Latihan ini merupakanh latihan
yang saintifik dan mengandungi latihan ulangan pada satu jarak yang ditetapkan
dengan masa pemulihan di antara latihan dalam bentuk berjalan, berjogging atau
aktiviti yang bersesuaian. Jeda juga bermaksud “kerja dan rehat” iaitu melibatkan
pelaksanaan aktiviti dan di antara set aktiviti. Atlet mampu melakukan aktiviti dalam
jangka masa yang panjang kerana terdapat masa pemulihan di antara ulangan. Di
mana, atlet mampu memproses sistem aerobik semasa membuat masa pemulihan
sebelum membuat ulangan yang berikutnya.
Atlet yang menjalankan aktiviti berterusan selama 10 minit akan menghadapi
masalah kelesuan yang menyebabkan atlet tersebut berhenti untuk meneruskan
aktiviti. Manakala atlet yang menjalani latihan jeda, atlet tersebut mampu mengatasi
kelesuan dan dapat meneruskan aktiviti lebih daripada satu jam. Dalam latihan jeda,
atlet dapat mengatasi masalah kelesuan dan memperolehi oksigen yang mencukupi.
Latihan jeda adalah satu latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi, iaitu
merupakan satu latihan jantung. Aktiviti dan latihan ini diajar dalam bentuk-bentuk

yang berlainan, yang pentingnya ialah berlari pantas dalam jarak tertentu beberapa
kali atau beberapa ulangan. Latihan ini banyak diaplikasikan dalam olahraga dan
sukan permainan seperti berbasikal, bola sepak dan pelbagai permainan lagi.Latihan
jeda ini membantu atlet untuk mencapai kecergasan fizikal atau pada satu tahap
yang tinggi dalam masa lapan minggu dengan menjalankan latihan jeda selama tiga
kali seminggu.
B) Latihan Fartlek
Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah
mula diperkenalkan di negara Sweden. Fartlek merupakan perkataan Swedish yang
bererti ‘permainan dengan kelajuan’. Pengasasnya ialah gosta Holmer yang
menggunakan jenis latihan ini dalam tahun 1930-an. Spark dan Bjorklund (1984)
menganggapkan latihan ini sebagai latihan jeda yang tidak berstruktur dan tanpa
peraturan. Secara asas latihan ini berdasarkan kepada perubahan kelajuan dalam
sesi latihan; variasi fasa lambat, sederhana dan cepat. Secara mendalam ia

melibatkan gabuangn larian berterusan uang bertempodengan kelajuan, stamina dan
rehat. Katz (1988) mencadangkan untuk mencapai kesan latihan, kadar nadi latihan
mencapai tahap hamper 75% semasa fasa cepat. Ia juga dikatakan sebagai latihan
berterusan dengan pecutan. Sebagai contoh pecutan selama 5-10 saat setiap 2-3
minit dalam satu sesi latihan. Satu sesi latihan Fartlek boleh mengambil masa 45

minit hingga 2 jam.
Aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam
aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki
melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan
berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima. Latihan ini biasanya diadakan
di kawasan luar dengan keadaan permukaan tanah yang tinggi rendah. Selain
meningkatkan keupayaan daya tahan kardiovaskular, latihan ini juga berupaya
meningkatkan keupayaan daya tahan otot. Latihan ini boleh dianggap sebagai
latihan jeda tidak rasmi dan diperkenalkan penghujung musim persediaan umum
sehingga awal musim persediaan khusus.
Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit di
samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘prerequisite’ dalam pembinaan kuasa ekplosif.

2.4 Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana .
Dibandingkan dengan acara lari pecut, acara Ian jarak sederhana mempunyai
beberapa perbezaan yang ketara. Jurulatih yang berpengalaman mampu merangka
bentuk latihan yang berbeza-beza untuk kedua-dua kategori larian ini. Pelari atau
olahragawan yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana
mempunyai beberapa ciri tertentu. Perlu diingatkan, cini-cini mi adalah hampir sama
dengan ciriciri untuk acara Iari jarak jauh. Antara persamaan adalah seperti berikut:

i.

Pelari jarak sederhana danjarakjauh harus mempunyai keupayaan fisiologi
dan psikologi untuk mengurangkan keletihan dan ketegangan semasa
berlari.

ii.

Pelari

hendaklah

mempunyai

keseirnbangan

yang

tinggi


antara

kepantasan asli dengan ketahanan dan kualiti yang harus dibentuk daii
iii.

semasa ke semasa, sama ada rnenerusi latihan ataupun pertandingan.
Pelari yang dilahirkan dengan kebolehan semulajadi memerlukan
beberapa tahun tempoh regangan sebelum memperoleh kejayaan.

A) Aturan dan Cara Larian.
i.

Pelari akan berlari sejumlah dua pusingan balapan bermula dan berakhir

ii.

Iebih kurang pada tempat yang sama.
Pelari akan berlari mengikut lorong masing-masing untuk pusingan
pertama, dengan permulaan seperti dalam acara 400 meter. Pelari
dibenarkan memotong masuk ke lorong paling dalam selepas suatu jarak


iii.

yang ditetapkan.
Pelari tidak dibenarkan

keluar

meninggalkan

balapan

sebelum

menamatkan larian, cuba menghaIang pelari lain merempuh pelari lain
iv.

ketika sama-sama berlari.
Pelari hendaklah berlari setelah isyarat dan arahan diberikan oleh pegawai


v.

pelepas
Pelari dibenarkan memakai kasut larian atau spikes, atau kasut biasa atau
berlari tanpa berkasut. Bagaimanapun adalah lebih balk dan wajar mereka

vi.

rnemakai spikes bagi memudahkan larian dan demi keselamatan diri.
PeIari hendaklah menamatkan lanan dengan melepasi pita atau gansan
penamat yang disediakan.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai
untuk sukan olahragakhasnya untuk acara ini.

B) Pakaian dan Peralatan
Pakaian untuk pelari 800 meter adalah sama dengan pakaian yang dipakai oleh
olahragawan yang mengambil bahagian dalarn acara-acara lain. Wálaupun mereka
dibolehkan berlari tanpa memakai kasut, tetapi demi keselamatan dan untuk
mendapatkan larian yang baik serta cengkaman yang lebih berkesan ke atas
balapan, mereka dinasihatkan supaya memakai spikes mengikut keselesaan
masing-masing.
Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan jangan terlalu jarang kerana
biasanya pelari akan dibasahi peluh di akhir Iarian sehingga menampakkan bentuk
badan, terutama pelari wanita. Baju dan seluar yang dipakai sebaik-baiknya

hendaklah jenis yang ringan dan tidak diserap air supaya tidak rnenimbulkan
sebarang masalah semasa berlari. Pelari hendaklah memakai nombor peserta dan
kodpasukan atau negara yang mereka wakili supaya mudah dikenalpasti oleh
pegawai kejohanan.

2.5 Fasa-Fasa Kemahiran Lari 800M
Acara 800 meter merupakan suatu acara’ yang penuh dengan taktik, iaitu pelari akan
berlari mengikut matlamat yang ditetapkan olehnya sendiri, jurulatih atau
pasukannya. ini termasuk untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya, ke
pusingan akhir, sekadar menarnatkan Iarian pelari, atau hanya untuk memperbaiki
catatan masa peribadi terbaik. Bagaimanapun taktik tidak memberikan apa-apa
makna sekiranya pelari tidak mempunayai stamina dan kelajuan yang dikehendaki.
Adalah penting untuk mengetahui bagaimana menggunakan kelebihan daripada.
stamina dan kelajuan ini serta mengetahui perkaitan antara satu dengan yang lain.
Terdapat dua cara memenangi acara 800 meter iaitu memulakan Iarian dengan agak
laju dan mengekalkan Iarian itu hingga ke garisan penamat. Kedua, berlari pada
kelajuan yang sama dan mula dengan mengekalkan kelajuan itu dan terus mernecut
pada selekoh terakhir.
Bagi pelari-pelari baru, sebelum dapat menggunakan sesuatu taktik Iarian yang
dinyatakan, mereka terlebih dahulu hendaklah belajar berlari dengan betul,
menggunakan teknik yang betul serta mengikut arahan dan panduan yang diberikan
oleh jurulatih, guru pelatih atau mereka yang lebih berpengalaman dalam acara ini.
Ini penting kerana taktik larian bukan sahaja untuk acara 800 meter, malah dalam
sebarang acara Iarian biasanya dipelajari selepas seseorang pelari didedahkan
dengan teknik Ianan itu dahulu.
Pada akhir peringkat pertama latihan uyang diikuti, pelari baru atau mereka yang
baru menceburkan diri dalam acara mi hendaklah diajar teknik larian yang sesuai
dan mampu diterima oleh pelari berdasarkan bentuk dan ketinggian tubuhnya serta
ciri-ciri ototnya. perkembangan ciri-ciri fizikal seperti kekuatan, kelajuan dan
kelenturan rnenjadikan sesuatu yang perlu bagi pelari baru seimbang dan selaras
dengan perkembangan fizikalnya.

A) Teknik Larian
Teknik larian berrnaksud cara seseorang pelari melakukan larian dan mula niereka
berlepas sehingga ke akhir larian itu. Pelani hendaklah mempelajari beberapa teknik
lanian sebelum menghadapi sesuatu perlumbaan. Dengan mengetahui beberapa
teknik larian, peserta mudah dapat menyesuaikan din ketika penlumbaan serta dapat
pula menandingi atau mengatasi peserta lain yang mungkin mempunyai teknik yang
sama.
B) Permulaan
Sebelum memulakan larian, peserta diundi untuk menentukan lorong yang akan
mereka gunakan pada pusingan pertama Iarian. Selepas lorong ditentukan, mereka
akan ke tempat permulaan mengikut lorong masing-masing. Perlu diingatkan iaitu
larian mengikut lorong ini hanya untuk keseluruhan pusingan pertama dalam
pusingan kedua. Sebaliknya mereka dibolehkan memasuki lorong paling dalam
untuk meneruskan larian.
Biasanya pelari yang diletakkan di lorong paling dalam pada balapan atau di lorong
pertama mempunyai kelebihan psikologi kerana pelari ini dapat melihat setiap
pergerakan yang dilakukan oleh pelari lain yang berada lebih ke hadapan
daripadanya. Dengan demikian pelari berkenaan dapat mengatur teknik lariannya
berdasarkan Ianran peserta-peserta lain yang berada di hadapannya
Apabila pelari melepasi 100 meter pertama dalam pusingan kedua, mereka akan
memotong masuk ke lorong pertama. Di sini semua peserta akan berusaha masuk
ke lorong paling dalam sebingga adakalanya berlaku perebutan lorong antara ke
semua pelari. Malah disebabkan seorang pelari cuba menghalang pelari lain
daripada menghampirinya, dia akan berusaha menghalang, sehingga boleh berlaku
kekecohan atau menyebabkan kecederaan.
Permulaan akan dilakukan oleh pegawai pelepas, di tempat permulaan dengan
arahan ‘Ke Garisan’, diikuti dengan arahan ‘Sedia’ serta tembakan pistol
menandakan peserta boleh memulakan lariannya. Peserta boleh memilih sama ada
menggunakan gaya berdiri ataupun gaya dekam untuk memulakan Iarian,
kebanyakan pelari menggunakan gaya berdiri kerana mereka tidak perlu membuat
lonjakan atau permulaan yang pantas seperti dalam acara pecut.

Semasa berlari, pelari hendaklah mematuhi aturan larian dengan betul, terutama
selepas semua pelari berlari di lorong yang sama. Seringkali berlaku tolak-menolak
atau sesuatu yang boleh menjejaskan larian peserta lain, sehingga boleh
mengakibatkan pembatalan Iarian peserta berkenaan. Ketika berlumba, peserta tidak
dibenarkan mendapatkan sebarang bantuan atau pertolongan daripada orang luar.
C) Semasa Larian
Dengan menggunakan permulaan cara berdiri memberi peluang kepada kaki pelari
untuk diletakkan paling dekat dengan garisan permulaan dan tangan dapat bergerak
bebas serentak dengan pergerakan kaki. Unsur dan teknik larian bergantung kepada
bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari.
Kombinasi antara hayunan kaki hingga ke bahagian punggung akan memberi
kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas, walaupun hayunan ini
masih bergantung kepada kelenturan pelari. Mengangkat kaki dengan baik dan
menghasilkan suatu sudut antara paha kaki yang akan menghasilkan jarak
jangkauan kaki tanpa melangkah terlalu jauh. Untuk membantu mempercepatkan
pusingan dan jangkauan kaki, dada mestilah dalam kedudukan mendepan dengan
Iengan mengayun supaya dapat memberikan kuasa yang lebili kepada keseluruhan
badan.
Dengan mengangkat kaki hingga ke punggung membolehkan pelari menambahkan
tingkat kepantasan serta pergerakan kaki ke hadapan tanpa menggunakan tenaga
yang banyak. Walaupun pelari mempunyai daya tahan dan kecepatan pergerakan
kaki, tetapi pelari tidak dapat menamatkan larian dalam masa yang singkat jika tiada
kuasa pergerakan ke hadapan menggunakan tenaga yang minimum untuk acara
larian ini.
Semasa pelari menukar kaki, sebaik-baiknya tapak kaki pelari hendaklah menyentuh
balapan pada masa yang sama supaya tenaga dapat dijimatkan. Pelari hendaklah
tidak meriggunakan hujung kaki atau tumit semata-mata. Dalam acara jarak
sederhana prinsip penjimatan tenaga amat penting, oleh kerana tenaga simpanan
yang banyak diperlukan kemudiannya boleh digunakan untuk melakukan pecutan
atau meningkatkan kelajuan terutama pada peringkat akhir larian. Semasa berlari,
kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada

kedudukan selari dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam
situasi menegak dan seimbang.
Pelari hendaklah mengelakkan dari menoleh ke belakang, atau ke sebelahnya
kerana boleh mengganggu pergerakan dan tidak dapat memberi keseimbangan diri
juga tumpuan pada larian. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih
kurang tiga meter di hadapannya. Pada masa yang sama pelari hendaklah menanam
semangat yang kental dan keazaman yang tinggi untuk memenangi perlumbaan itu.
Pelari juga hendaklah memberikan perhatian terhadap rentak antara kaki dan tangan
apabila berlari dalam acara ini. Umumnya, terdapat tiga fungsi kaki, iaitu untuk
menyokong kaki itu berlari, menggerakkan badan pelari kehadapan, dan mengulangi
pergerakan ‘drive’ yang baru selepas selesai sesuatu ‘drive’. Tangan pelari sering
bertukar fungsi dengan kaki. Umpamanya, apabila kaki sebelah kanan bertindak
sebagai penggerak hadapan, siku tangan kiri pelari akan bergerak ke belakang.
Dengan demikian, hayunan tangan dan pergerakan kaki secara berlawanan amat
penting dalam usaha meningkatkan kepantasan sesuatu pergerakan atau larian.
bahu pelari pula mestilah dalam keadaan lurus serta pusingan lengan hendaklah
berlaku di sini dan bahu digerakkan ke hadapan sedikit. Pelari secara amnya harus
berlari dengan tenang dan bersahaja supaya pelari mempunyai tenaga simpanan
yang akan digunakan untuk membuat pecutan pada fasa akhir larian.

D) Menamatkan Larian
Sudah tentu matlamat seseorang pelari dalam sebarang acara ialah menamatkan
larian sejauh dua pusingan balapan bersaiz 400 meter dalam masa sesingkat
mungkin. Dalam proses menamatkan larian., dia mungkin memenangi perlumbaan
itu atau menduduki tempat kedua atau mungkin juga tempat terakhir, atau berjaya
pula mencipta rekod baru.
Semuanya ini akan dicapai sekiranya pelari itu dapat berlari dengan baik,
menggunakan teknik dan taktik larian yang betul serta mempunyai ciri-ciri utama
pelari acara ini. Dengan menggunakan taktik yang betul dan bersesuaian dengan
keupayaan sendiri, pelari dapat menamatkan lariannya dengan baik dan mencatat

masa yang diharapkannya. Untuk tiba ke garisan penamat pelari akan berusaha
meningkatkan kepantasan atau pecutannya, walaupun kadang-kadang kakinya
berasa tidak berdaya berbuat demikian kerana kekurangan tenaga dan daya. cara
menamatkan larian adalah sama seperti acara-acara larian yang lain, iaitu dengan
menolak ke hadapan bahagian torso untuk mencecah pita atau tali penamat lebih
dahulu daripada pelumba lain.

E) Panduan Umum
Jurulatih untuk pelari-pelari baru hendaklah lebih menumpukan perhatian kepada
aspek-aspek yang perlu dalam larian terlebih dahulu daripada memberi penekanan
pada hal-hal yang mungkin kurang penting ketika itu. Antara aspek-aspek itu adalah
seperti berikut :
1. Pelari baru atau muda hendaklah belajar berlari dengan menggunakan tapak
kakinya.
2. Semasa berlari, sebaik sahaja kaki hadapan melangkah, kaki hendaklah
membengkok secara semulajadi ke arah paha, oleh itu dengan cara ini lutut
dapat dinaikkan dan ke hadapan.
3. Bahagian belakang pelari hendaklah dikekalkan lurus menegak untuk
membantunya dalam pergerakan hadapan serta mengangkat lutut dan
memberi sokongan yang betul dengan kaki.
4. Bahagian atas anggota badan harus dihayunkan selebar yang boleh,
diselaraskan dengan anggota bahagian bawah tubuh.
5. Bahagian atas badan hendaklah dalani kedudukan tenang seboleh mungkin.

4.0 Penutup: Aplikasi Dalam Larian
Walaupun ramai pelari beranggapan bahawa teknik permulaan untuk acara 800
meter iidak terlalu penting tetapi teknik ini tidak harus diabaikan. Teknik permulaan ini
harus digunakan oleh pelari untuk mencari kedudukan permulaan terbaik
dibandingkan dengan pelari lain. Permulaan yang baik sudah tentu akan memberi

kemenangan psikologi dan akan mewujudkan kayakinan pada diri pelari untuk
meneruskan lariannya atau memenangi acara itu dengan cemerlang.
Untuk jarak 200 meter yang pertama pelari hendaklah berlari pada kepantasan yang
agak tinggi dan sebaik-baiknya hendaklah berada di hadapan atau berlari di lorong
paling dalam pada kedudukan yang selesa. Pelari-pelari yang berlari dalam lorong
luar tidak dapat melihat jarak yang ditinggalkannya apabila melepasi sesuatu jarak
dan merupakan suatu masalah kepada pelari berkenaan untuk berlari mengikut
rentak dan strategi sendiri tanpa dipengaruhi pelari lain.
Dalam larian 800 meter, apabila seseorang pelari mengatasi pelari lain. Dia
hendaklah cuba menjarakkan diri daripada pelari lain. Ini adalah sebagai satu cara
untuk mengelakkan persaingan daripada peserta lain dan memberikan kesan
psikologi kepada mereka. Sekiranya seseorang pelari itu ditinggalkan oleh pelari lain,
dia hendaklah cuba merapatkan din dalam kumpulan peserta yang di hadapannya.
Dengan mengekori pelari di hadapan pada jarak yang dekat memudahkan pelari
berkenaan bertindak sesuatu apabila hampir dengan garisan penamat.
Selain itu, pelari harus berusaha mencani kelemahan yang terdapat pada peserta
lain. Pengetahuan ini boleh diperolehi menerusi jurulatih, guru pengawas dan
penghayatan sendiri. Dengan adanya sedikita maklumat dan pengetahuan tentang
peserta lain, sedikit sebanyak mampu membantu pelani itu mengatur strategi lain
yang sesuai dengan keadaan di situ.
Ketahanan diri boleh dibina menerusi latihan yang konsisten dan mematuhi aturan
latihan ini dengan betul dan bersistem. Antara latihan yang sesuai untuk membina
rentak larian yang sama dalam larian 800 meter merangkumi latihan berikut:
a)
b)
c)
d)
e)

Latihan berlari dengan meningkatkan jarak.
Latihan berlari pecut untuk jarak yang dekat.
Latihan harian pecut dengan kelajuart dan kepantasan yang berbeza-beza.
Latihan berlari mengikut arah yang berlainan.
Latihan berlari mengikut rentak Iarian yang sama untuk jarak yang agak jauh.

Dengan adanya gabungan latihan larian pecut, lari ketahanan dan lari mengikut
rentak akan melengkapkan seseorang pelari untuk bersedia menghadapi sebarang
saingan daripada pelari lain dalam perlumbaan. Setiap latihan membawa

kepentingan tersendiri kepada pelari. Misalnya, latihan berlari pecut adalah penting
untuk pelan melakukan pecutan pada peringkat akhir larian 800 meter.
Pada keseluruhannya, acara 800 meter boleh menjadi acara yang menarik dan
mencabar walaupim ramai yang tidak berpendapat demikian. Penonton juga akan
menggemari acara ini kerana pelari akan berlari sejauh dua pusingan balapan yang
memberikan kesempatan kepada penonton untuk menyaksikan larian yang lebih
lama tetapi pada kepantasan yang agak tinggi. Untuk berjaya dalam acara ini,
seseorang pelari mesti bersedia dan segi mental dan fizikal supaya dapat mengatasi
sebarang halangan, sebelum menghadapi peserta-peserta lain dalam perlumbaan.
Oleh yang demikian dengan mengikuti latihan yang bersepadu dan bersistem serta
menggunakan strategi larian yang berkesan, sudah tentu akan menjanjikan suatu
keputusan yang cemerlang kepada pelari jika dapat mencatat masa yang lebih baik
dari semasa ke semasa.
Salah satu cara meningkatkan masa larian yang lebih baik ialah menerusi
penyertaan dalam sesuatu perlumbaan dari semasa ke semasa. Pelari atau jurulatih
hendaklah menyimpan rekod catatan peribadi yang harus diisikan misalnya untuk
tempoh sebulan, tiga bulan, enam bulan, setahun dan sebagainya.